CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: CARI-LTS

Kes Kematian Anggota TLDM Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh- PDRM

[Copy link]
Post time 2-10-2017 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 2-10-2017 08:35 PM
Baru tahu kisah Asrul & prebet Shahrizal
Kat mana boleh baca kisah ni?

Rumah 8 ke 9 paan aDa sis , si jen pos .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2017 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Electromagnet replied at 2-10-2017 08:38 PM
Rumah 8 ke 9 paan aDa sis , si jen pos .

Noted with thanks ya
Sorry sis overlooked kisah ni dlm 2 rumah ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 11:02 AM | Show all posts
PREBET ADAM, SEKS ORAL DAN PENDERAAN DI DALAM KEM!











Kes kematian dua anggota TLDM dalam tahanan beberapa hari lalu mengimbau kembali apa yang terjadi kepada Prebet Adam Bin Jaafar, anggota tentera yang telah didera fizikal dan mentalnya hingga menyebabkan beliau mengamuk dan membunuh di Chow Kit kira-kira 30 tahun lepas.

Sewaktu saya menulis mengenai buku mengenai dirinya, Adam telah menceritakan A sampai Z apa yang sebenarnya terjadi. Ternyata jauh menyimpang daripada fitnah kononnya ia disebabkan perbuatan Yang Dipertuan Agong ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar yang selama ini dikatakan telah membunuh adik Adam di padang golf.

" Mereka di luar sana dengan tanpa usul periksa menuduh saya mengamuk disebabkan adik saya dibunuh sedangkan ia langsung tidak ada kena mengena. Adik saya meninggal ketika kami semua masih kecil masa rumah kami terbakar. Surat mati, segala bukti pasal kejadian itu masih ada. Kubur adik saya pun ada lagi.

" Jangan cuba NAK ALIH isu, mereka yang terlibat tahu saya jadi begitu sebab saya didera dengan tanpa perikemanusiaan dalam kem. Kesannya saya tanggung sampai sekarang!," katanya yang pada mulanya dijatuhkan hukuman gantung tetapi hakim akhirnya memutuskan untuk dia dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan bagi menjalani rawatan psikiatri yang dialaminya kesan daripada penderaan tersebut..

BERIKUT SAYA BERIKAN PETIKAN ISI KANDUNGAN BUKU KONFESI PREBET ADAM YANG SAYA TULIS BERDASARKAN KISAH BELIAU ITU:

" Semasa dalam kem, budaya sepak terajang ni dah jadi semacam ‘rutin’, denda lain tu tak payah cakaplah. Kata penyelia aku yang berpangkat Koperal, lepas ni bila kau jadi senior, kau pula yang akan buat benda yang sama pada junior yang lain. Aku diam saja. Nak kata kejutan budaya, taklah juga. Sebab aku pun bukanlah ‘kosong’ habis dalam tentera ni, dah dua tahun jadi simpanan jadi bukanlah satu yang mengejutkan sangat pun.

" Aku tahan apa saja yang anggota lama ini buat pada aku dan rakan-rakan. Memandangkan anggota pasukan Renjer ni terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan, tak hairan kalau kita tengok yang Melayu buli yang India, yang India buli yang Iban, yang Iban buli yang Cina… Macam-macamlah!

" Tetapi aku akui, lama-kelamaan aku makin tertekan dengan penderaan fizikal dan mental yang dilakukan oleh anggota-anggota senior ini. Makin lama makin melampau. Apa yang boleh aku katakan, kami semua didera hampir 24 jam! Hanya kalau ada latihan saja kami ‘selamat’. Tak kira siang atau malam, kami akan ‘kena’. Tengah tidur pun mereka kejutkan. Hampir tiga atau empat bulan juga kami dilayan seperti haiwan!

" Tangan aku ni, pernah melecur dicucuh dengan rokok yang menyala. Aku dipaksa menjilat tapak selipar seperti seekor anjing dan dipaksa minum air yang dicampur kicap, cuka, belacan, kuah kari dan gula. Sampai sakit perut dan pening kepala aku dibuatnya.

" Lebih menyakitkan hati, ada antara anggota senior ni bawa kawan-kawan yang terdiri daripada orang awam masuk ke dalam kem sedangkan itu adalah satu kesalahan besar. Bayangkan macam mana malunya aku dan kawan-kawan bila orang awam tengok kami dibuli sebegitu rupa.

" Paling memalukan, dorang suruh aku sapu kemaluan sendiri dengan kiwi hitam sampai habis satu tin! Masa tu kemaluanku melecet dan sakit, ibarat disapu dengan tanah kering. Masa nak buang air kecil, sakitnya Tuhan saja yang tahu. Kemuncak pada penderaan ini, aku disuruh menghisap zakar seorang anggota berketurunan India.

" Serius waktu itu aku memang tak sanggup, apatah lagi zakarnya berkulup kerana tidak berkhatan. Takut punya pasal, aku buat juga sehingga satu peringkat aku muntah sebab ‘benda’ tu sangat busuk. Masa itu, aku betul-betul marah kerana ia telah menjatuhkan maruah dan martabat aku sebagai seorang Islam, sebagai seorang tentera!

" Ada lagi, masa aku disuruh mencium dan menjilat selipar yang macam anjing tu, sambil menjilat mereka menjerit perkataan pariah! pariah! berulang kali padaku. Apa yang aku buat semua tak betul. Ada satu ketika kepalaku dihentak ke dinding bertubi-tubi seperti dalam adegan gusti. Kami juga diarahkan berbogel dan bergusti sesama kami!

" Disebabkan penderaan yang ‘gila’ itu, kepala aku selalu sakit dan pening… Apatah lagi aku sering tak cukup tidur. Aku sering nampak pecahan cahaya yang terang dan terdengar seolah-olah bunyi letupan dalam kepala dan telinga.

" Kalau tanya aku siapa anggota senior yang menderaku itu, sejujurnya aku memang tak ingat kerana ketika itu aku baru dalam pasukan. Yang pasti, aku cukup ingat satu nama ni… Koperal P****!

" Aku pernah laporkan perkara ini kepada Pegawai Pemerintah, tetapi beliau macam buat tak tahu saja. Kerana terlalu marah dengan manusia bernama Koperal P****, pernah aku rasa macam nak tembak saja dia tetapi aku tahu ia salah dalam Islam.

" Membunuh itu salah, kecuali terdesak!,"

-----------------------------------------------------------------

APAPUN saya yakin dan percaya hari ini pelbagai pendekatan dan tindakan telah dan akan diambil oleh peringkat kepimpinan tertinggi ATM bagi mengatasi masalah ini.

Saya merayu, janganlah hanya kerana Adam dan kes dua anggota TLDM itu, kita hilang kepercayaan kepada institusi yang telah memainkan peranan yang besar dalam menjaga keselamatan kita dan negara yang kita cintai ini sejak sekian lama.

Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Selamat Hari Pahlawan!

Nota : Buku Konfesi Prebet Adam dan terjemahannya dalam Bahasa Inggeris, Amok At Chow Kit adalah terbitan Dubook Press. Boleh datang dan beli di Dubook Press, No. 1-5-1, Lot 3, Tingkat Bawah, Jln Medan, Pusat Bandar 8A, Bandar Baru Bangi, Selangor, Harganya cuma RM30. Boleh juga dibeli di kedai-kedai buku terpilih atau belian online di https://dubookpress.com/produk/konfesi-prebet-adam/


Credit : Syahril A. Kadir

https://www.facebook.com/syahrilkadir



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.030782 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list