|
Iols follow pandan gula melaka sbb dok sama negara so senang nk refer bahan2 yg dia guna. Masakan dia pun campur asian dan western dan resepi dia mudah jugak...so far follow je dulu try tu kena tunggu seru dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by chazey at 3-9-2017 02:34 AM
Ipo replied at 20-8-2017 09:49 AM
akak pun sama dik
Azie's Kitchen
Mat Gebu
3 bloggers ni memang ai folo karna resepi deyol sedap2 dan menjadi.
Namun,
Selain itu uols2 jika berminat boleh try google resipi keluarga Diana, ex forumner Cari dolu. Resipi nasi tomato dan ayam masak merah family sheol sangat sedap iya! Resipi paling sedap ai terai setakat ini.
Btw, untuk resipi chef selebriti ai suka resepi Chef Wan. Ai buat lontong ikut buku resepi heol menjadi sangat iya! Highly rekomended buku resipi tulisan heol.
Chef luar negara pula ai jarang folo but ai pernah buat Mac and Cheese ikut 100% resipi Ina Garten. Sheol buat Mac and Cheese letak cheese kombinasi sharp cheddar (tak silap) dan gruyere. 5 bintang sangat rasanya, sedap gila! Highly rekomended resipi sheol dan tak muak dimakan jua karna sheol letak tomato so rasa tangy tomato tu balance rasa creamy dari cheese. |
|
|
|
|
|
|
|
eeb tu apa ? ta paham |
|
|
|
|
|
|
|
Ai pernah buat kek chep wan .. Mmmg sedap , menjadi . Tp kos bahan2nya
Kaka . Ai gugil . Inikah resepinya
resepi nasi tomato keluarga Diana Forum Cari
28 June 2014 at 22:35
NASI TOMATO KELUARGAKU
Bahan-bahan
3 cawan beras basmati
2½ cawan air
1 cawan susu cair
1 biji bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih dikisar
3cm halia dikisar
4 sudu makan tomato puri/ setengah botol tomato sos Maggi
1 senduk minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
Garam secukup rasa
1/2 cawan bawang goreng
secukup gajus goreng
Cara Menyediakan
1) Basuh beras dan toskan. Panaskan minyak sapi di dalam periuk.
2) Masukkan bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bawang merah yang telah dihiris. Tumis sehingga naik bau.
3) Masukkan bawang putih dan halia yang telah dikisar dan tumis sehingga garing. Kemudian masukkan pula tomato puri/ tomato sos.
4) Setelah naik bau, masukkan air, susu cair dan garam secukup rasa. Masukkan beras, bawang goreng dan gajus goreng. Gaul rata.
5) Setelah airnya kering, alihkan ke rice cooker.
AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan
1 ekor ayam, potong ikut suka
25 tangkai lada kering, direndam air panas dan dikisar
2 biji bawang besar, dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 cawan sos tomatobawang goreng
gula secukup rasa
garam secukup rasa
ajinomoto jika suka
minyak untuk menumis
Cara Menyediakan
1) Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam dan digoreng setengah masak.
2) Panaskan minyak dan tumis lada kering, bawang besar, bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau dan tanak rempahnya.
3) Masukkan sos tomato, bawang goreng, garam, gula dan ajinamoto. Gaul rata.
4) Masukkan pula ayam yang telah digoreng setengah masak dan masak sehingga ia pekat dan mendidih.
DALCA
Bahan-bahan 300 gm daging, dipotong ikut citarasa2 batang lobak merah1 batang terung panjang3 biji ubi kentang2 biji tomato100 gm kacang buncis2 cawan kacang dal (Yang telah di rebus)8 sudu besar bumbung rempah kari daging1 biji kelapa (ambi 4 cawan santan)2 biji bawang besar (di kisar)4 ulas bawang putih (di kisar) 3 cm halia5 cm kulit kayu manis3 kuntum bunga cengkih3 biji buah pelagaair asam secukupnyagaram secukupnyaMinyak untuk menumis
Cara Menyediakan 1) Bersihkan daging dan potong kecil-kecil. 2) Sayur-sayuran di potong mengikut selera anda.3) Rebus kacang dal dan daging sehinga keduanya masak dan empuk.4) Masukkan kenteng dan lobak dan rebus sehingga empuk dan diikuti terung, kacang panjang dan tomato.5) Tumis darat: Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikut dengan bawang besar, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau. 6) Masukkan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan asam dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan kedalam periuk rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati.7) Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya.
PAJERI NENAS
Bahan-bahan1 biji nenas, potong bulat dan potong empat 3 tangkai lada kering, direndam air panas dan dikisar1 biji bawang besar, dikisar2 ulas bawang putih, dikisar 2 cm halia, dikisar2 cm kunyit, dikisar5 cm kayu manis2 biji bunga cengkih2 kelopak bunga lawang2 biji buah pelaga6 sudu besar gulagaram secukup rasaminyak untuk menumis
Cara Menyediakan1) Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.2) Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau dan masukkan gula dan garam. Gula kena lebih supaya pajeri nenas sedap. 3) Kemudian masukkan nenas dan masak sehingga layu dan keluar air. Sedia untuk dihidang.
https://www.facebook.com/notes/merlyn-hasshim/resepi-nasi-tomato-keluarga-diana-forum-cari/10154301194315265/ |
|
|
|
|
|
|
|
maaf borrow. typo error. web. azlita masam manis web dia macam dah tak leh masuk
|
|
|
|
|
|
|
|
Blog kaka azlita ada lagi https://norazlitaaziz.blogspot.my/
Ai think sheols tak renew domain name "www.azlitamasammanis.com" . Nak kekalkan nama "azlitamasammanis.com" kena bayar tiap2 tahun. Guna nama norazlitaaziz.blogspot.my free jah.
|
|
|
|
|
|
|
|
tq tq borrow. really appreciate it!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
welkem
|
|
|
|
|
|
|
|
Yay topik best
walau banyak kali save resepi tapi buatnya tidak...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat ig follow ig adik danish.harraz
Tapi malu sdiri sbb budak2 lagi terror masak dr acik. Tp resepi adik ni bnyk western |
|
|
|
|
|
|
|
kikiki biasanya bebudak ske western food. Kecik lagi adik ni . baru 10 thn
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau follow FB boleh dak nak senarai kan dik?
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalu follow Azie kitchen dan iffin biru |
|
|
|
|
|
|
|
No prob . Silakan share
Tp ai prefer blog kaka . Senang search resepi
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat FB selalu jenguk kat mama kent
jarang ke blog sebab susah nak dapat feedback dan boleh tengok-tengok komen betul sedap ke tak
|
|
|
|
|
|
|
|
azie's kitchen paling best. tapi suka jugak tgk HZ punya resipi, simple je |
|
|
|
|
|
|
| |
|