CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
1234
Return to list New
Author: Voyagers

Pelajar UNIMAP maut terjatuh dari tingkat 7 (cuba masuk bilik ikut tingkap)

[Copy link]
Post time 20-4-2017 05:16 PM | Show all posts
mcm dejavu plak....dulu pernah baca berita budak asasi UITM puncak alam jatuh dari hostel ....sebab tertinggal kunci dlm  bilik jgk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2017 05:18 PM | Show all posts
oh dear..salam takziah..bende camni kesian sangat to the family
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2017 05:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2017 05:20 PM | Show all posts
KUALA SELANGOR: Gara-gara mahu mengambil kunci bilik tidurnya, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam,di sini, maut setelah terjatuh daripada tingkat empat asramanya, kelmarin.

Mangsa, Mohd Ilyas Saifullah Md Azhari, 19, pelajar semester pertama dalam program Asasi Sains jatuh setinggi kira-kira 30 meter dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian muka.

Seorang pelajar lelaki yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam.

“Pada ketika itu, Ilyas mahu masuk ke dalam biliknya, namun dia tertinggal kunci di dalam bilik,” katanya.

Beliau yang tinggal berdekatan bilik mangsa berkata, mangsa tinggal bersama seorang lagi rakan.

Namun, mangsa mengambil tindakan sendiri dengan cuba memanjat beranda dari bilik sebelah untuk masuk ke biliknya.

“Akibatnya, dia tergelincir sebelum jatuh ke bawah dan kami terus menghubungi polis bantuan universiti untuk melaporkan kejadian berkenaan,” katanya.

Menurutnya, ambulans tiba tidak lama kemudian dan terus membawa mangsa ke hospital.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan kejadian terbabit dan pihaknya mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut.

“Polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat,” katanya. #sumber
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2017 05:49 PM | Show all posts
Takziah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 08:39 AM GMT+8 , Processed in 1.322795 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list