CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Modngengade

[Tempatan] Result SPM keluar hari ni chuolsss!

[Copy link]
Post time 16-3-2017 12:56 PM | Show all posts
Modngengade replied at 16-3-2017 11:19 AM
kak nab top student sekolah ker masa tu?

takdela mod....kaknab biasa2 je...bukan skolah asrama penuh pun...tapi under biasiswa la....kaknab kira tak menonjol pun kat skolah.... tapi result kaknab A dan B jela...separuh A separuh B so ayah kaknab kata tu dah kira cemerlang bagi dia....kaknab lak sedih time tu sbb kaknab nk hadiahkan arwah ayah result yg gempak2 untuk dia....
arwah ayah kaknab seorang supporter yg sangat baik mod....waktu sekolah kaknab dapat markah corot ke nombor last ke result elok tak elok dia tetap ucap tahniah...xpernah dia marah, pukul walaupun jentik...apa yang kaknab buat dia akan support. sebab tu kaknab xpernah ada boyfreind ke kawan lelaki yg rapat ke sebab bagi kaknab ayah dah ckup ada untuk kongsi semua bende suka duka....bila dia dh takde mmg huru hara hidup kaknab....

kaknab dpt offer buat medic kat gadjamada indon sana tapi time tu arwah baru je meninggal, cikgu kaknab pun x syorkan kaknab g sebab kaknab tak sesuai jadi doctor....so kaknab masuk ipta pun dengan kos buangan, walau kos terpape pun nasib baik jpa yang taja based on pointer kat matrik. tapi tulah...salah pilih kos memang menyesal tak sudah sebenarnya kaknab ni. keje pun terpape skrg ni.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2017 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sepupu meols mrsm taiping
dia dpt straight As tapi ada + dan A bulat.
A tolak takde
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 01:07 PM | Show all posts
Tahniah utk adik2 ambik result SPM...yg result x brapa nk cun tuuu jgn sedih2, akak dl spm 3 kredit jaaa tp alhamdulillah grad degree gak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 01:08 PM | Show all posts
JeNaB_PopPop replied at 16-3-2017 04:56 AM
takdela mod....kaknab biasa2 je...bukan skolah asrama penuh pun...tapi under biasiswa la....kaknab ...

boleh tak kak nab buat cerpen atau novel tentang perjuangan hidup kak nab...mana tau dpt masuk telenovela ke nanti

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 01:09 PM | Show all posts
sofiazara replied at 16-3-2017 05:02 AM
sepupu meols mrsm taiping
dia dpt straight As tapi ada + dan A bulat.
A tolak takde

Dengar cerita MRSM TGB ngetop di ibupertiwi sis dgn GPS 1.28

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 01:11 PM | Show all posts
cepheid replied at 16-3-2017 04:12 AM
Apasal thread ni sendu je kak mod? Motif semua tak cerita pasal spm result?

kakak syak result anak2 forumer CI sendu di aidil fitri sis sebab emak pak dok sibuk berporem 24-7  ,  cash la kan

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-3-2017 01:15 PM | Show all posts


SEREMBAN 16 Mac - Seramai 508 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di negeri ini memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Pengarah Pendidikan negeri, Rusni Ab. Jalil berkata, seramai sembilan calon mendapat semua A+, manakala 499 lagi memperoleh semua A.

“Seramai 12,974 calon layak menerima sijil berkenaan dan Gred Purata Nasional (GPN) yang dicatatkan di Negeri Sembilan 4.79,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Seramai 15,129 calon menduduki peperiksaan SPM di Negeri Sembilan pada tahun lalu.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan rasa gembira atas pencapaian Negeri Sembilan berada di tangga kedua terbaik bagi peringkat kebangsaan selepas Putrajaya dengan GPN 4.79 berbanding 4.90 pada 2015.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sehingga hasrat kerajaan Negeri Sembilan untuk terus mencemerlangkan agenda pelajaran dapat direalisasikan,” katanya dalam satu kenyataan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 57836#ixzz4bSlV39wT
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 01:16 PM | Show all posts


KANGAR 16 Mac - Seramai 59 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 memperoleh keputusan A dalam kesemua mata pelajaran yang diduduki, meningkat 1.19 peratus berbanding 2015, iaitu 41 orang.

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma di sini, mencatatkan keputusan terbaik di negeri ini dengan seramai 28 calonnya memperoleh A dalam kesemua mata pelajaran yang diduduki.

Ia diikuti Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra iaitu seramai 13 orang; SMK Agama Perempuan Kangar (enam) dan SMK Agama Arau (empat).

Berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), sebanyak 18 mata pelajaran menurun berbanding tahun sebelumnya antaranya Sejarah, Matematik dan Kesusasteraan Melayu. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 57828#ixzz4bSln8QeJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2017 01:17 PM | Show all posts


SHAH ALAM 16 Mac - Seramai 1,459 pelajar di negeri ini mencatat keputusan gred A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang pula muncul telah sekolah bandar paling cemerlang, manakala Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak dinobatkan sekolah paling cemerlang kategori luar bandar.

Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd. Salleh Mohd. Kassim berkata, jumlah pelajar mendapat semua A itu sedikit menurun berbanding tahun lalu yang merekodkan seramai 1,629 orang calon.

“Daripada 1,459 orang calon yang mendapat semua Gred A dalam semua mata pelajaran, 21 orang telah mendapat Gred A+ dalam kesemua mata pelajaran,” katanya semasa mengumumkan keputusan SPM 2016 bagi Selangor di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 57825#ixzz4bSm4qC4N
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 01:19 PM | Show all posts
SPM Kelantan menurun, kaka serambi @famri7 digesa lebih tekun mengajar

KOTA BHARU 16 Mac - Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 bagi negeri ini sedikit menurun apabila mencatat Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 5.09 berbanding 5.03 pada 2015.

Pengarah Pendidikan negeri, Jaafar Ismail berkata, peratusan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran turut menurun iaitu satu peratus pada 2016 berbanding 1.41 peratus pada 2015.

Bagaimanapun kata beliau, jumlah sekolah yang lulus 100 peratus meningkat apabila mencatat 25 buah sekolah berbanding 24 buah sekolah pada 2015.

“Sebanyak 49 buah sekolah menunjukkan Gred Purata Sekolah (GPS) mengatasi GPN manakala 68 buah sekolah menunjukkan peningkatan GPS dengan mata terbaik ialah 1.81.

“Sekolah dengan GPS terbaik 1.81 ialah Sekolah Menengah Sains (SMS) Tengku Muhammad Faris Petra,” katanya dalam majlis pengumuman keputusan SPM 2016 di Tunjong, di sini hari ini.

Seramai 31,267 calon telah menduduki SPM 2016 dengan 23,398 calon dari sekolah bantuan kerajaan, 5,013 calon sekolah agama kerajaan negeri Yayasan Islam Kelantan (YIK), 791 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan 1,974 calon persendirian. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 57822#ixzz4bSmK5qH7
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 01:20 PM | Show all posts
ALOR SETAR 16 Mac - Kementerian Pendidikan berpuas hati dengan peningkatan ditunjukkan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang diumumkan hari ini walaupun berlaku penurunan bilangan pelajar yang mendapat gred tertinggi (semua A).

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) yang mencecah 5.10 berbanding 5.15 pada tahun sebelumnya adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.

“Sebanyak 25 peratus soalan dalam peperiksaan tersebut menekankan aspek kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Justeru peningkatan ini tentunya sesuatu yang  baik untuk kita.

“Begitu pun kami akan terus melakukan analisis terhadap peperiksaan ini bagi mengenal pasti kelemahan yang ada pada pelajar dalam menjawab soalan KBAT,” katanya selepas menyampaikan sijil keputusan SPM kepada pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Rotan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 57826#ixzz4bSmgO8T3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 01:21 PM | Show all posts
Modngengade replied at 16-3-2017 01:16 PM
KANGAR 16 Mac - Seramai 59 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 memperoleh keputusan A dala ...

satu negeri 59 orang sahaja semua A
tak ada MRSM dan SBP lain di sana ke sis modngengade. SBP yang dalam berita tu pun tak perform
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 01:24 PM | Show all posts
Edited by Modngengade at 16-3-2017 05:29 AM
alya_daniela replied at 16-3-2017 05:21 AM
satu negeri 59 orang sahaja semua A  
tak ada MRSM dan SBP lain di sana ke sis modngengade.  ...

dekk...ko lulus geografi tak?  perlis kan negeri kecil...lagipun ummah perlis  x ramai mcm perak dan selangor

ko jgn buat kakak senyum sinis...ko kan top student?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 01:25 PM | Show all posts
PUTRAJAYA: Empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI), Pendidikan Islam dan Sains menunjukkan peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang diumumkan hari ini. Prestasi mata pelajaran BM meningkat bagi tahun 2016 iaitu 4.60 berbanding 4.77 (2015), manakala BI kepada 5.99 (6.08); Pendidikan Islam 4.40 (4.72) dan Sains 5.04 berbanding 5.35 bagi tahun 2015. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata sebanyak 41 daripada 73 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi dalam peperiksaan SPM 2016, manakala 28 subjek menunjukkan penurunan, serta empat mata pelajaran tidak berubah. "Prestasi mata pelajaran Pendidikan Islam menunjukkan peningkatan (GPMP) tertinggi iaitu sebanyak 0.32," katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM, di sini, hari ini. Bagaimanapun, katanya, prestasi mata pelajaran Matematik menunjukkan penurunan tertinggi GPMP iaitu sebanyak 0.29 berbanding 5.17 pada 2015. Katanya, pelajaran teras lain seperti Matematik, Sejarah dan Pendidikan Moral pula mencatatkan penurunan. Mengulas lanjut, Khair berkata, dalam bidang elektif sains dan matematik, empat mata pelajaran menunjukkan peningkatan iaitu Fizik, Biologi, Kimia dan Matematik Tambahan. Katanya, mata pelajaran Biologi menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi iaitu sebanyak 0.23, manakala Sains Tambahan menunjukkan penurunan tertinggi iaitu 0.12. "Dalam bidang teknikal pula, mata pelajaran Kejuruteraan Awam menunjukkan peningkatan tertinggi iaitu 0.72, manakala Teknologi Kejuruteraan menunjukkan penurunan tertinggi (0.58)," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/260693
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 01:28 PM | Show all posts


Berikut rangkuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 mengikut negeri:

Perlis

59 daripada 3,623 calon memperoleh semua A

Kedah

406 daripada 34,150 calon mendapat semua A

Pulau Pinang

656 daripada 19,593 calon memperoleh semua A

Perak

707 daripada 32,509 calon mendapat semua A.

Kuala Lumpur:

510 daripada 17,537 Lumpur memperoleh semua A.

Selangor

1,459 daripada 75,158 calon memperoleh semua A

Negeri Sembilan

499 daripada 15,129 calon memperoleh semua A

Melaka

244 daripada 12,515 calon memperoleh semua A.

Johor

1,015 daripada 52,617 calon mendapat semua A.

Kelantan

250 daripada 31,267 calon memperoleh semua A

Terengganu

306 daripada 20,517 calon dapat semua A

Pahang

269 daripada 18,988 calon mendapat semua A

Sabah

113 daripada 33,581 calon memperoleh semua A

Sarawak

590 daripada 32,245 calon memperoleh semua A
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 01:30 PM | Show all posts
Modngengade replied at 16-3-2017 01:28 PM
Berikut rangkuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 mengikut negeri:

Perlis

negeri Johor lebih 1000 orang dapat semua A

tahniah anak anak johor

jangan jadi macam negeri Perlis
tak sampai 60 orang dapat semua A
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2017 01:33 PM | Show all posts
akak nak ucap tahniah pada anak-anak / adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang di forum ni...

anak akak tahun ni form 4... so amik spm tahun depan... tahun 2019 baru boleh report kat sini... itupun kalo hidup lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 01:35 PM | Show all posts
kaka modngade...
ada tak percentage result laki pompuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2017 01:37 PM | Show all posts
atira replied at 16-3-2017 05:35 AM
kaka modngade...
ada tak percentage result laki pompuan

kakak sedang gigih menganalisa statistik dekkk.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 01:43 PM | Show all posts
Modngengade replied at 16-3-2017 01:37 PM
kakak sedang gigih menganalisa statistik dekkk.....

kalau tgk trend yg lepas masuk ipta tahun2 lepas..
weols boleh rasa result jantan2 syumul ni haus je di aidiladha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.085771 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list