|
Edited by rindusangbulan at 17-1-2017 10:34 AM
nahh tolong tepek...kalau ikut list baju yg disediakan mcm semua pun tak sesuai utk janna. designer ni pun mendiva sgt harap retis tegur dia dulu...![](static/image/smiley/default/tongue.gif)
KUALA LUMPUR: Pereka fesyen, Khairul Amri Hassan, menyifatkan kenyataan Janna Nick berhubung tindakannya yang enggan memakai baju rekaan beliau pada sesi fotografi kerana tampak seksi dianggap tidak masuk akal.
Khairul yang juga pemilik butik Dokoh berkata, beliau menyediakan enam helai pakaian untuk memudahkan Janna memilih gaya sesuai, namun situasi lain pula berlaku apabila pelakon terbabit menarik muka.
"Saya sediakan enam pilihan pakaian untuk sesi fotografi itu. Dua yang dipilih adalah persalinan 'oversize' jaket dan 'skinny fitted pants', manakala satu lagi gaun hijau zamrud yang baru disiapkan sehari sebelum sesi fotografi itu. "Turut disediakan adalah sehelai 'oversized jumper', gaun paras bawah lutut, 'loose top' dan skirt paras bawah lutut, sehelai gaun biru paras bawah lutut dan sehelai gaun hitam 'strapless' paras lutut seperti yang didakwa. Namun dress (gaun) hitam itu sekadar baju pilihan lain sekiranya ada masalah dengan pakaian lain.
"Dia (Janna) bagaimanapun tidak menggayakan langsung mana-mana pakaian disediakan, sebaliknya memilih untuk memakai baju yang dibawa sendiri tanpa memaklumkan kepada saya akan pilihan itu. Jadi saya menganggap beliau tidak berminat untuk menggayakan pakaian yang saya bawakan. Buat apa mahu menunggu dia?" katanya menerusi status yang dimuatnaik di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Menerusi ruangan pojok B*POP Sabtu lalu, seorang pereka fesyen kesal dengan tindakan Janna yang dilihat menarik muka selepas menolak untuk memakai baju yang disediakan. Ekoran itu, Janna tampil membuat penjelasan menerusi sebuah akhbar, mengatakan ada sebab beliau tidak mahu memakai baju-baju berkenaan kerana dianggap seksi dan tidak sesuai dengan imejnya.
Malah, satu daripadanya lebih kurang sama dengan pakaian yang pernah digayakan olehnya sebelum ini.
Khairul turut kesal kerana tidak diberikan penjelasan lanjut berhubung keperluan terhadap pakaian disediakan olehnya untuk sesi fotografi berkenaan. "Sudahlah ketika berada di ruang solek, tiada sepatah kata perkenalan daripada dia sehinggakan saya sendiri yang menghulur salam dulu. "Apapun, pada pendapat saya, masing-masing mempunyai kerjaya dan tuntutan kerja. Seandainya seseorang artis itu perlu memenuhi jadual harian, begitu juga saya. Masa dan kudrat bukan perkara percuma untuk disia-siakan," tegasnya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/235489 |
|