|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Edited by elia201 at 30-5-2015 12:11 PM
"Najiha.." Spontan tangan Jie ditarik menghalang dari pergi. " I cuma nak berbual dengan you. At least bagi I peluang untuk luahkan semua yang I pendamkan selama kita terpisah. Please.." Zack sendiri tak pasti dengan perasaan sendiri. Gila bertindak senekad ini sedangkan dia sedar dihadapannya kini adalah isteri kepada abang kandungnya sendiri.
"May be not today Zack !" Jie terus saja menolak. Pelahan genggaman tangan dilepaskan. Takut hatinya berbolak balik.
"Then bila?" Zack merenung wajah Jie. Mengharap Jie akan mengotakan janji. Berat rasa melepaskan Jie pergi.
" Please Zack ! I cakap not today , not today.. May be some other day.." Jie tak mahu Zack menagih janji darinya. Biarlah saja semua berakhir disini.
"Promise?" Nampaknya Zack masih tak putus asa.
Jie terpaksa mengangguk setuju. Tak selesa melihat Zack merayu begitu. Rimas !
"I akan tuntut janji you Najiha !" Zack tahu tindakannya agak keterlaluan. Namun dia tiada pilihan lain. Semakin lama dipendam Zack rasa boleh jadi gila. Bayangan Jie masih menghantuinya hingga kini.
"Suka hati youlah !" Jie malas layan. Takut cintanya beralih arah. Langkah semakin dilajukan. Menyesal keluar tadi. Rasa berdosa dengan Rayyan.
|
|
|
|
|
|
|
|
what if zack rogol jie? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 12-2-2015 08:25 PM
Jie merenung wajah suaminya yang masih lagi lena. Lepas solat subuh pagi tadi Rayyan mengadu pening kepala. Barangkali kepenatan semalam. Rambut lurus itu diusap lembut. Cinta Jie pada lelaki itu walau tak sedalam cinta pada Zack dulu tetap utuh. Malah Rayyan satu satunya lelaki yang berjaya membuka hati Jie untuk bercinta semula setelah pedih menanggung sengsara ditinggalkan Zack.
Sehingga sekarang Jie tak dapat terima kenyataan Zack meninggalkannya hanya kerana ugutan Ku Iz. Alasan yang sangat bodoh bagi Jie ! Zack sepatutnya berjuang untuk mempertahankan cinta mereka bukan terus meninggalkannya. Lemah ! Walauapapun alasan Zack, Jie tetap rasa dikhianati.
Kerana Zack, Jie sanggup menentang Maznah yang beriya iya inginkan Jie memilih lelaki yang lebih cerah masa depannya. Namun Jie tetap teguh pendirian untuk bersama Zack. Sayangnya lelaki itu merosakkan semua dengan tunduk pada kehendak Ku Iz. Zack memang lelaki penakut ! Air mata mengalir tanpa diundang.
"Sayang.." Rayyan menggosok mata. Kantuk masih bersisa. Terpandang Jie yang sedang merenung ke luar balkoni. Pantas isterinya didekati dan dipeluk mesra.
"You ini busuklah tak mandi lagi dah peluk I !" Jie sengaja mengusik. Cepat cepat airmata diseka lalu berpaling menghadap Rayyan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah jie akan terima zack semula? jeng jeng jeng..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Wajah Rayyan bertukar monyok. " I dah mandilah sayang. Sebelum subuh lagi tau." Rajuk mula terasa dengan ucapan isterinya. Pantas pelukan dileraikan.
"Honey ... I gurau saja ! Kalau you tak mandi lagi macam mana you boleh jadi imam I pagi tadi." Sejak kebelakangan ini Rayyan banyak mengajak Jie untuk berjemaah berdua. Malah Rayyan juga jarang berpisah dengan tafsir Al quran. Baru baru ini Rayyan menghadiahkan tudung dan jubah kepada Jie. Teringin nak melihat Jie memakai tudung. Pasti lebih ayu.
Namun Jie masih belum bersedia. Walau tahu menutup aurat adalah kewajipan wanita muslim. Biarlah perubahan itu dilakukan secara ikhlas satu hari nanti. Bukan kerana Rayyan. Mujur juga Rayyan tidak memaksa.
Masih tiada reaksi dari Rayyan . Jie mati kutu. |
|
|
|
|
|
|
|
Jie mesti hot bila pki tudung lbuh.
Aku rsakn. Klo jie dan zack pernh tidur bersama dulu. Taklah ralat sangat Zack bila lihat Jie bersama lelaki lain.mcm tak lah nak sangat2 coz like at least i had taste her..
Yg lelki, mesti phm.hehe.pernh dengr pasal ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-2-2015 09:51 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 12-2-2015 09:34 PM
Jie mesti hot bila pki tudung lbuh.
Aku rsakn. Klo jie dan zack pernh tidur bersama dulu. Takla ...
Mak ai..
U make me scared la my dear.. |
|
|
|
|
|
|
|
I mean..the truth like that. Mcm laki tu kpel dgn satu girl ni like for 3 yearsla. Diorang buat tutt jugaklah. So laki tu ofcozla kecewakan jika kalau pisah dengan girlfriend dia atas sebb tertentu. Tapi percyalah.Walau kecewa sekalipun, tetap satu perasaan puas dlm.hati dia like
at least aku da tidur dgn dia.So kiranya, tubuh dan bau dan skill girl tu dia tahu. Ada terbit rasa bangga!
Laki penerima.Girl pemberi. So sure klo mna2 lki klo dpt mkn girl, dia bangga woo! Like.. akhirnya girl ni serahkan diri pada aku..
Girl yg cerdik pula bangga dpt tidur dgn bf dia.atas dasar cinta kononnya. Hahaha.. ko kn lki.cer tanya kawan ko yg pernh main dgn bekas awek diorang. Ada tak rasa tu selinap! HAHA.
Jadi kes Zack ni.. If dia dapat tidur dgn jie dulu..For sure, dia akan kecewa kalo tak dpt hidup bersama dgn jie. Tetapi BADAN jie dia dah rasa. Jadi taklah kecewa sangat!Ini tidak, dahlah tak tutt dan kiss,tk dpt nikah. Kecewa bhai!
So alang2 ada bini, makanlah beb! Cinta cinta! Makanan makanan!
Lelaki byk akal. Perempuan mcm ni. Dia buat camni. Lelaki byk helah. Kita as girl, kna jga diri. Hehe. Lelaki barat fefeling cmtu la...yg melayu pun sama! HAHAHAHA.
|
|
|
|
|
|
|
|
oh my...how advance you are...
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh my dear Esmiria
You mixed around with f* a* guys
If you love a girl just touch her heart not her body k
Only loser rasa bangga buat macam tu
Btw how old are you?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak bagitaw..titew cter... Adalah bca blog sumpahmelayu dan beritahu realiti pasal lelaki.
Dan pnulis blog tu SANGAT berterus terang. Kaso tapi realiti. Tajuk artikel yg paling lucah sekali ialah
.
’Kami lelaki suka tengok br***t perempuan sebab kami horny custard’
Errr..tt, nanti sambung k. Dah, jgn reply my post.Yer sy thu sy budak hingusan k fine! k bye kakakku sygggg...!
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 3-6-2015 12:49 AM
"You dah tak sayang I lagi ke Hans?" Bahu Rayyan digoncang. Suaminya masih lagi membatu. Jie sudah kehabisan idea untuk memujuk. "Tak apalah kalau you tak nak bercakap dengan I." Kunci kereta dicapai. " I keluar dulu. Nanti bila you dah tak marah I you call I. I pergi dulu." Sempat Rayyan dijeling sekilas.
Rayyan bingkas bangun. Terlupa rajuk dihati. "Sayang tak mahulah main 'lari lari' lagi.I tak sihat nak kejar you." Tubuh isterinya diraih dalam pelukan. " I bukan setakat sayangkan you tapi I cintakan you ! Even you tak cintakan I, I takkan lepaskan you sampai I mati !" Mimpi sebentar tadi mula bermain difikiran. Jie meminta diri dilepaskan untuk hidup bersama lelaki lain. Mujur saja itu mainan tidur. Rayyan tak dapat bayangkan jika benar ianya menjadi kenyataan. Takut kehilangan isterinya. Cukuplah sekali Rayyan menanggung seksa melihat Jie disamping Ku Iz.
Jie membalas pelukan suaminya. Terharu mendengar kata kata yang keluar dari mulut Rayyan. "I takkan lari dari you Hans ! I isteri you dan I hanya akan pergi kalau you yang nak I pergi dari hidup you." Jie mula sebak. "And please don't ever say it again.. Even I tak cintakan you, you takkan lepaskan I sampai you mati..Cause I do love you forever Hans.. till end of my life.." Emosi Jie tidak stabil. Airmata menitik lagi.
"Thanks sayang !" Rayyan senyum. " I takkan pernah minta you pergi dari hidup I. I nak you sentiasa disisi I." Perasaan takut kehilangan satu satunya wanita yang dicintai kian pudar. Rayyan yakin Jie tulus mencintainya.
"Sayang.." Dagu isterinya disentuh. " Promise me you takkan tinggalkan I?" Bayangan mimpi tadi membuatkan Rayyan goyah semula.
Jie angguk. " I takkan tinggalkan you. I love you Rayyan Hardy ! Trust me my love !" Tak tahu bagaimana untuk buat Rayyan yakin akan cintanya.
" I love you more sayang.." Rayyan berdoa semoga cinta mereka akan kekal selamanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
"I takkan lari dari you Hans ! I isteri
you dan I hanya akan pergi kalau you yang
nak I pergi dari hidup you."
Sweet. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-2-2015 12:11 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 14-2-2015 12:42 AM
Sakit kepala Rayyan masih lagi tak reda. Usai makan dan menelan aspirin suaminya tidur semula. Jie tidak tahu untuk berbuat apa. Mahu ke bilik Viana bermain dengan baby Khalisha takut pula Khalid tak selesa. Hendak keluar bilik Jie tak mahu bertembung dengan Zack. Entah kenapa Zack bukan seperti yang dikenali zaman belajar dulu. Sejak kejadian di taman permainan tadi , Jie fikir perlu meletakkan batas dalam perhubungan mereka.
Tengku Safiah dan Tan Sri Isa pula sudah keluar berdua selepas sarapan pagi tadi. Jie tak pasti ke mana.
Perut terasa lapar lagi sedangkan baru berapa jam bersarapan tadi. Pelik mula dirasakan. Lapar yang teramat membuatkan Jie terus turun untuk menuju ke dapur. Mencari jika ada makanan untuk melapik perut.
Pembantu rumah yang sedang mengemas dapur terkejut dengan kehadiran Jie. "Cik Najiha nak makan ke? Mak Siti boleh hidangkan." Walau tahu Jie takkan pernah meminta namun Mak Siti rela melakukan kerja untuk Jie. Jie juga melayannya mesra. Berbeza dengan Zeeta maupun Viana. Jarang mereka mahu bertegur sapa dengannya. Kalau bercakap lebih kepada mengarah.
"Tak apalah Mak Siti. Jie ambil sendiri. " Jie terus saja mengambil pinggan dan menyenduk nasi. Mak Siti membantu menyediakan lauk lalu dihidang ke atas meja walau tidak disuruh. Fresh orange dituang dalam jug.
"Karl !" Jie menyapa Khalid yang kebetulan masuk ke dapur. " You nak makan tak? I ambilkan pinggan." Jie mempelawa. Tahu Khalid sibuk menguruskan Viana dan bayi sehingga tidak sempat bersarapan tadi.
Khalid hanya angguk. Memang perutnya agak lapar. Terus saja mengambil tempat berhadapan Jie. "Ray mana? Tak teman you makan ke?" Khalid mencari bayangan abangnya. Hairan melihat Jie sendirian. Jarang Rayyan mahu berenggang dengan isterinya.
"Ray tak sihat. Tidur balik lepas makan ubat tadi." Jie menyenduk nasi ke dalam pinggan lalu disua kepada Khalid. " Cukup tak nasi you?" Khalid dilihat cuma angguk. Pinggan bertukar tangan.
"You memang kakak ipar I yang paling best lah.." Khalid senyum. " I nak lauk tu Jie."Jari menunjuk ke arah udang goreng didalam pinggan. Teringat sewaktu Jie bekerja dibawah pengawasan Khalid dulu. Jie memang selalu menjadi mangsa arahan Khalid yang kadang mengarut.
"Malanglah nasib I ! You adik ipar I tapi lagi tua dari I. Ex boss pulak tu. Kerja asyik nak buli I saja." Jie tahu Khalid sengaja mahu mengarahnya. Teringat pengalaman bekerja dibawah arahan' kuku besi' alias android bernama Khalid Hardy. Susah mahu melihat Khalid senyum bila dipejabat. Wajah lelaki itu selalu serius dan 'bad mood'.Malah Jie dan Sheera menggelar Khalid 'mamat senget' kerana perangai Khalid yang suka marah marah tak kira masa. Teringatkan Sheera hati Jie jadi sayu. Tak sangka Sheera mencintainya. Jie rasa bertanggungjawab atas segala yang terjadi ke atas Sheera.
" Dah you pilih abang I so you kenalah beradik iparkan I ! You ada peluang untuk jadi wife I kot, you yang reject lamaran I." Khalid tergelak mengenangkan saat dia dan Rayyan sibuk merebut cinta Jie. Nasib baik Jie tak membalas cintanya, kalau tak pasti Khalid pening untuk memilih apabila mengetahui Viana adalah kakak Jie. Masakan tidak, karakter Viana dalam diri Jie yang membuat Khalid jatuh hati.
Jie senyum. Tahu Khalid hanya bergurau. Lelaki dihadapannya sangat mencintai Viana sehingga menyangka jatuh cinta pada dirinya yang menyerupai Viana.
"Zack.." Khalid menegur adiknya yang berjalan masuk ke dapur. " Come join us." Kerusi ditarik mengajak Zack menyertai mereka.
Zack hanya akur. Sekilas mata melirik ke arah Jie. Terdengar kata kata Khalid sebentar tadi. Tak sangka pula Khalid dan Jie pernah ada sejarah silam. Fikiran teringat pada pen drive yang pernah Jie serahkan dulu. Rasa ada terselit gambar Khalid. Sehingga kini Zack tak pasti siapa pemilik pen drive itu.
Jie tak selesa dengan kehadiran Zack. Nasi disuap ke dalam mulut. Hanya menjadi pendengar perbualan Zack dan Khalid yang banyak berkisar mengenai kisah mereka dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-2-2015 09:44 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 14-2-2015 08:16 AM
Sarapan nasi? :0
Bukan sarapn la cik es.. da nak masuk tgh hari.. ce bace betol2 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|