CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

[Copy link]
Post time 28-5-2015 03:40 PM | Show all posts
pacak tiang sini dulu hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2015 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
TT takde hapdate ke.. setia menunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 3-12-2014 03:56 PM
kenapa la nak buat hentian kat bwh bukit berhutan tu ye? iskkkk
Iols pun tak pernah benti kat sit ...

Hentian gua trmpurung tu...hentian yang ada rtc gopeng tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2015 01:43 PM | Show all posts
Edited by hatikudus at 2-6-2015 01:45 PM
MissVixen replied at 1-6-2015 09:49 AM
Hentian gua trmpurung tu...hentian yang ada rtc gopeng tu ke?

Isshhh dok aihhh...hentian kecik ja...arah selatan...rtc gopeng tu jauh beza benor dik oiiii

@cik.nana mana menghilang? rindu kemunculan cerita cik.nana

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2015 03:26 PM | Show all posts
Kisah 31 - Baling-baling Manja

2 minggu lepas, seorang kawan husband aku meninggal dunia, kemalangan. Kebetulan aku dengan suami dok melepak kat Dataran Merdeka malam tu sebab kebosanan kat rumah, dapat call dari sorang member suami yg memaklumkan pasal berita tu. Suami aku terus bergegas nak pi ke HKL sebab mayat kawan yg meninggal tu dibawa ke HKL untuk post-mortem. Sampai kat HKL dalam pukul 10 lebih. Member yg call tu, Naim, dah ada kat bilik mayat HKL. Dia bawak sekali isteri dengan anak-anak dia sebab dia tengah makan kat luar masa dapat berita kematian arwah. Isteri dia, Kak Nina, duduk menunggu dalam kereta je sebab ada anak kecik. Aku pun lepak la dengan Kak Nina sambil sembang-sembang.

Kereta Si Naim ni dia park dekat dengan jalan masuk ambulans sebelah kawasan bilik mayat tu, bawah sebatang pokok besar. Aku berdiri menyandar je tepi kereta Naim sambil sembang-sembang dengan Kak Nina dan main dengan anak kecik dia yg berumur 11 bulan. Anak sulung Naim, umur 6 tahun dok sibuk melayan cerita Frozen kat tab mak dia. Masa kami sampai tu, post-mortem belum selesai lagi. Yang ada pun masa tu beberapa orang kawan arwah dan tunang dia. Abang dan kakak arwah masing-masing dalam perjalanan dari Nilai dan Temerloh.

Sedar tak sedar, aku tengok jam kat handphone dah pukul 11 lebih. Post-mortem masih jugak belum selesai. Aku dah start rasa ngantok tapi aku tahankan ajela. Anak kecik Kak Nina dah start meragam, mungkin sebab bosan atau mengantuk. Aku duduk kejap di kaki lima sambil layan Instagram. Malam tu agak berbahang la sebenarnya. Tengah aku dok belek handphone tu, aku perasan macam ada angin sejuk berhembus kat muka aku. Automatik je bulu roma aku meremang. Aik, lain macam je ni? Aku terus angkat muka, pandang ke depan kat arah kereta Kak Nina. Masa tu jugak aku nampak macam ada rambut panjang gila berjuntaian atas bumbung kereta. Gulp! Aku telan air liur. Aku tak pandang terus ke atas. Aku pandang semula ke handphone, terus Whatsapp suami yg tengah menunggu dalam kawasan bilik mayat.

Aku: Abg, lama lagi ke?
Suami: Tak tau la, tak siap lagi ni. Syg dah mengantok ke?
Aku: Tak... tanya je...

Aku duduk diam tak berketik atas kaki lima tu. Masa tu jugakla baby Kak Nina melalak sekuat-kuat hati dia. Aku beranikan diri angkat muka pandang kereta Kak Nina sekali lagi. Dah takde dah rambut berjuntaian atas bumbung kereta. Tapi aku tak berani nak pi dekat kereta Kak Nina. Punggung aku macam dah melekat kat kaki lima tu. Naim pulak, dah dengar anak dia melalak, dia cepat-cepat datang kat kereta. Suami aku pun ikutlah sekali. Bila dah nampak suami aku, barula aku berani bangun pergi dekat Kak Nina. Si kecik tu dok melalak sampai buntang mata dok tengok ke atas. Puas Kak Nina dan Naim pujuk, tak jalan jugak. Aku pun tarik la suami ke tepi sikit, bagitau apa yg aku nampak. Suami pun angguk-angguk je la lepas tu dia pi kat Naim cakap-cakap sikit. Naim masuk kereta, tutup tingkap apa semua, amek anak dia lepas tu dok baca something. Lama-lama anak kecik dia tu diam, tinggal sedu-sedan je sikit.

Lepas tu, suami aku suruh aku masuk kereta Naim, temankan Kak Nina sementara tunggu ahli keluarga arwah sampai. Jadi aku pun masuk la dalam kereta, duduk kat tempat driver. Anak kecik Kak Nina pulak dok hisap susu. Sambil tu mata bulat dok tengok luar. Nak sembang-sembang masa ni pun, macam dah terbantut pulak lepas yg anak Kak Nina melalak tu. Kami pun sembang ala kadar je la. Tak semena-mena, Kak Nina bukak cerita pasal adik lelaki dia meninggal 4 bulan lepas. Mati lemas masa memancing dengan kawan-kawan. Lepas 2 hari, baru mayat adik dia ditemui tersangkut kat pokok. Masa nak bawak naik jip polis, ayah Kak Nina dah pesan jangan tengok mayat, tapi Kak Nina tertengok jugak. Seminggu jugakla amek masa nak pulih semangat dia semula lepas tu. Terdiam aku dengar cerita Kak Nina.

Kak Nina: Jadi ceritanya, akak nak cakap akak ni takla kuat semangat sangat. Nana kalau nampak apa-apa, jangan cakap kat akak tau.

Oh gituuuu. Aku angguk-angguk je la. Habis-habis je Kak Nina cakap macam tu, pelepup! Tingkap sebelah aku macam dibaling sesuatu dari luar. Eh, eh, amenda pulak tu? Aku pun jengukla kepala sikit. Tak nampak apa pulak. Aku pusing tengok muka Kak Nina kat sebelah, dah pucat dah muka member.

Aku: Eh, mana ada apa la, kak. Janganla panik tak tentu pasal.
Kak Nina: Akak rasa lain macam la, Nana.
Aku: Takde ape la, kak...

Padahal aku pun dah rasa lain macam ni. Mujur anak sulung Kak Nina dah senyap tidur kat belakang. Si kecik tu pun mata dah macam digantung guni beras beratnya. Aku dengan Kak Nina duduk diam sekejap. Aku nak bukak radio, takut segar pulak mata si kecik tu. Sudahnya, aku belek handphone jugak. Tengah aku dok belek handphone, pelepup! Bunyi sekali lagi kat tingkap sebelah aku. Betul-betul macam ada something dibaling. Aih, tak puas hati pulak rasanya aku.

Aku: Kak, Nana keluar tengok kejap ye.
Kak Nina: Eh, tak payah Nana! Duduk je la dalam ni sampai diorang datang.

Kak Nina berkeras tak bagi aku keluar. So aku pun perhati je la dari dalam kereta, kot ternampak apa yg dibaling, atau siapa yg membaling. Dalam aku dok perhati tu, dengar lagi bunyi benda dibaling ke arah kereta tu. Dua tiga kali. Semuanya datang dari sebelah kanan. Kalau pun ada someting jatuh dari atas pokok, mestila bunyinya datang dari atas bumbung kereta, kan? Ni tak, bunyi datang dari sebelah aku. Makin lama makin galak pulak bunyi tu. Si kecik dari nak tertidur, terus terjaga. Aku nampak riak-riak cemas di wajah Kak Nina. Aku jadi tak sabar. Terus aku buka pintu kereta dan keluar. Aku check la tanah sekitar kereta tu, kot ada apa-apa yg rupa macam dibaling ke arah kereta. Tak ada apa-apa yg suspicious pun. Daun kering je banyak.

Tengah aku dok tertunduk-tunduk tengok sekeliling, aku rasa macam lengan aku kena pegang dengan tangan yg sejuk. Aku terjerit terus berdiri tegak. Aku tengok kanan dan kiri, takde apa. Terus aku masuk balik dalam kereta, tutup pintu siap kunci.

Kak Nina: Kenapa, Nana?
Aku: Takde ape...

Serentak tu, bunyi macam kereta diketuk-ketuk kat bahagian pintu sebelah aku. Dajei ni, dalam kepala otak aku dok pikir macam tu. Daaannnn baby pun meraung sekuat hati dia, sampai kakak dia terjaga dan kakak dia sama ikut menangis sebab terkejut. Kak Nina panik. Aku pun panik. Aku terus call suami. Tak sempat cakap apa, suami aku dengan Naim dah berlarian datang arah kereta. Diorang dengar rupanya baby meraung. Mujurlah masa tu post-mortem dah selesai. Abang dengan kakak arwah pun dah sampai nak tuntut mayat arwah. Kiranya kerja dah hampir selesai la. Cuma nak tunggu van jenazah sampai nak bawa balik arwah. Dah anak dia dok meraung-raung tu, Naim tengok je sambil garu kepala. Tak sentuh pun anak dia. Rupanya tadi suami dan Naim sempat tengok jenazah dan Naim siap pegang tangan arwah. Tu yg dia jadi serba-salah nak pegang anak dia pulak.

Suami aku suruh Kak Nina baca ayat-ayat sikit, selawat dan hembus ke muka baby. Aku pulak pujuk si kakak yg menangis. Lama-lama keadaan jadi reda. Suami aku suruh Naim balik terus, tak payah tunggu dah. Kami pun sama, balik jugak. Masa nak keluar dari situ, aku sempatla lagi tengok arah pokok besar tu. Aku nampak macam ada rambut panjang berjuntaian. Terus aku tak tengok dah. Aku tengok jam. 12.45 malam dah rupanya...

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2015 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 2-6-2015 01:43 PM
Isshhh dok aihhh...hentian kecik ja...arah selatan...rtc gopeng tu jauh beza benor dik oiiii  ...

Serius cari banyak kali. Ke selatan. X nampak..adehhh. Nak cuba singgah lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2015 05:21 PM | Show all posts
cik.nana replied at 2-6-2015 03:26 PM
Kisah 31 - Baling-baling Manja

2 minggu lepas, seorang kawan husband aku meninggal dunia, kemalan ...

Tima kasih cik.nana terubat rindu...ailebiu lahhhhh nah munga
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2015 05:21 PM | Show all posts
MissVixen replied at 2-6-2015 03:47 PM
Serius cari banyak kali. Ke selatan. X nampak..adehhh. Nak cuba singgah lagi

hahah sila cuba lagi dik...moga bersua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2015 12:28 PM | Show all posts
yeahh...berjaya habiskan benang ni lepas 2 hari merempit. mujur bos x masuk opis kuikuikui
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah selamat drift kat sini..serammmm...sampai semalam lansung tak boleh tido..pukul 5 pagi baru dapat tido..penangan cerita nana yang seram ni..cuakkk je rasa
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 05:18 PM | Show all posts
MissVixen replied at 2-6-2015 03:47 PM
Serius cari banyak kali. Ke selatan. X nampak..adehhh. Nak cuba singgah lagi

kenapa nak di cari hentian gua tempurung tue..?? tmpatnya tersorok sikit sbb bkn tepi jln..
kiri kanan nmpk utan jer..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
aleesyasofia replied at 9-6-2015 05:18 PM
kenapa nak di cari hentian gua tempurung tue..?? tmpatnya tersorok sikit sbb bkn tepi jln..
kiri ...

Nak tengok. Sebab dah 2-3 kali lalu dan carik...masih x dapat jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 11:44 AM | Show all posts
MissVixen replied at 10-6-2015 12:27 AM
Nak tengok. Sebab dah 2-3 kali lalu dan carik...masih x dapat jumpa

macam seram je perhentian kat gua tempurung tu,sbb tersorok... parking kereta kat bawah..tandas belah atas...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kali ke4 lalu ni kalau x jumpa memang sah buta dah mata aku.
Dia ada tempat makan2 ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2015 12:27 PM | Show all posts
MissVixen replied at 10-6-2015 12:07 PM
Kali ke4 lalu ni kalau x jumpa memang sah buta dah mata aku.
Dia ada tempat makan2 ke?

Takde tempat makan. Hentian ni tersorok sikit, kena masuk dalam, bukan bebetul tepi highway so tak nampak. Leceh sikit Hentian Gua Tempurung ni sebab parking belah bawah, nak gi tandas kena naik atas, naik tangga.

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 01:29 PM | Show all posts
kenapalah di bawa anak kecik nak tunggu siap post mortem tu. Hantarlah anak isterinya balik ke rumah dulu. Haih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2015 01:33 PM | Show all posts
velvetkiss replied at 10-6-2015 01:29 PM
kenapalah di bawa anak kecik nak tunggu siap post mortem tu. Hantarlah anak isterinya balik ke rumah ...

Sebab tempat makan dah dekat dgn hospital. Dan jugak masa tu takde orang lain nak tolong uruskan pasal waris apa semua sebab tunang dia tengah dalam keadaan terkejut.

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 02:11 PM | Show all posts
khailya replied at 26-11-2014 04:41 PM
ko kedah kt mane?....
aku kt gurun... kire ok lagi la.. kawasan tak sunyi sgt...
hehehe...

ckp pasai gurun ni, masa odw balik loqstaq ari tu, kami singgah rnr gurun. 19 jam woo perjalanan aku dari kl ke loqstaq sebab bearing tensioner aku pecah kat nak naik bukit before terowong menora.

aku dah letih sangat, maka takmau la turun join pakcik aku p minum.. lepak ngan anak2 dalam gheta. depa dok lena elok ha. tetiba tup... lampu dalam keta terbukak.. gheta exora.. hat depan kat pemandu tu.. kan ka kena tekan baru bukak.. suis tu tertekan hokayyyy....

jahat sungguh haih.. main lampu yeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2015 09:45 AM | Show all posts
Salam...

cik.nana, i dah khatamkan cerita2 u ni dlm board mps. Semua perasaan ada.
Sedih, Kelakar, Takut, Seram....mcm2 lg la. Huhu. I suka sgt2 jalan cerita yg u smpkan.
Smpkan i terbayang2 n rasa ketakutan tu. Keep it up! Klu ada lg, cerita la lg. Hoho.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2015 11:14 AM | Show all posts
tgglkan jejak supaya igt mana aku bhenti...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.073710 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list