JACC pertimbang guna robot kesan serpihan
SYDNEY 14 April - Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang mengetuai misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, mempertimbangkan cadangan menggunakan sebuah robot yang berkeupayaan menyelam di dasar laut bagi membantu operasi mengesan serpihan pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac lalu. Menurut kenyataan JACC, robot dikenali sebagai Kenderaan Kawalan Jauh Dasar Laut yang dilengkapi sonar dan kamera mungkin digunakan untuk mencari serpihan selepas bateri kotak hitam dikhuatiri telah habis dan tiada lagi isyarat dikesan. "Penggunaan robot itu akan dilaksanakan sebaik sahaja kawasan operasi dikecilkan," jelas kenyataan tersebut. - REUTERS
|