CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
 Author| Post time 14-2-2014 03:53 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 14-2-2014 03:47 PM
macam mana nak mengkambingkan zack tu Nicki? Tangkap basah? So klise!

JENG JENG JENG....





Tak mainlah kol2 JAWI ni....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2014 03:53 PM | Show all posts

nicki, kan aaron haritu yer yer aa nak kawin ngan farizah?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 03:59 PM | Show all posts
UsuFie posted on 14-2-2014 03:53 PM
nicki, kan aaron haritu yer yer aa nak kawin ngan farizah?

Aaron nak. Farizah yg taknak. Dia kan berchenta hagung dengan Shah kononnya....

Dan tak sangka lak benih ditabur menjadi pokok. Mungkin sebab tanahnya subur .

And since
tipical minded Farizah 'lelaki takkan bertanggungjawab', maka dia pun carilah sekor kamben. Kamben tu pulak, bukan tipikal kamben yg dia selalu jumpa...

Err..logik tak?

Last edited by Nicki_Meow on 14-2-2014 04:07 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 04:09 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-2-2014 03:59 PM
Aaron nak. Farizah yg taknak. Dia kan berchenta hagung dengan Shah kononnya....

Dan tak sangka ...

xnak lah..

patut izzy bagitau haron tu dulu..

kambeng2 ni xbape gemor lah....

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 04:18 PM | Show all posts
awanjingga posted on 14-2-2014 04:09 PM
xnak lah..

patut izzy bagitau haron tu dulu..



kan...

bagi tau aaron tu benih kau tanam dah bercambah...

tentu...la tu jugak berlari si aaaaron ajak nikah...





tak pun kalo izah taknak gak..carilah tu forumer ada yg nama kambenmasam..
tp jgnlah si zack tu...





Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 06:50 PM | Show all posts
Sila putar alam skek nicki...kang tak psl2 seiras je dgn SAK nati...asik cr kambeng baik utk ayam penyet apsal
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-2-2014 09:24 AM | Show all posts
UsuFie posted on 14-2-2014 04:18 PM
kan...

bagi tau aaron tu benih kau tanam dah bercambah...


tentu...la tu jugak berlari si aaaaron ajak nikah...

Dari jauuuuhhhhhhh ke berlarriiiiii....mengejar mimpi-mimpiiiii.....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 09:26 AM | Show all posts
sarizu posted on 14-2-2014 06:50 PM
Sila putar alam skek nicki...kang tak psl2 seiras je dgn SAK nati...asik cr kambeng baik utk ayam pe ...



Errrr....ayam penyet sedap apa? (Literally..... )

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2014 09:27 AM | Show all posts
awanjingga posted on 14-2-2014 04:09 PM
xnak lah..

patut izzy bagitau haron tu dulu..

Karang...tak saspen le pulak. Takde konflik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 09:40 AM | Show all posts
Episode 31

Kereta MyVi hitam diparkir di tepi jalan. Waktu yang terpamer pada jam menunjukkan lagi 15 minit ke lapan malam. Zack mencapai telefon bimbit lalu menaip mesej.

Zack dah sampai kat bawah.

Beberapa saat kemudian, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

Okay. Tunggu. Lagi 5 minit Izah turun.

Telefon bimbit disimpan dalam poket seluar.

Sambil menunggu, penyaman udara dibiarkan terpasang. Walaupun malam hari, udara luar masih terasa panas berbahang. Kebanyakan negeri di semenanjung Malaysia sedang mengalami cuaca panas ketika ini. Sudah berminggu hujan tak turun. Kalau mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia, ini adalah perubahan cuaca yang biasa.   

Ada yang salahkan manusia lain sebab cuaca. Suka sangat buat dosa. Kan dah panas…

Ahli politik sembang kencang, boleh salahkan Anuar dan Najib.

Sambil membiarkan lagu di radio berkumandang, Zack membuang pandang ke luar tingkap kereta.

Kening Zack berkerut. Di bawah lampu jalan, seorang lelaki yang sedang bersandar di pintu sebuah kereta Lancer sambil bermain dengan telefon bimbit menarik perhatian.

Macam pernah nampak sebelum ini. Jika tak salah, itu teman lelaki Amy yang dia terlupakan namanya. Peristiwa Amy dimarahi depan orang ramai timbul dalam benaknya. Maki bukan sebarang maki, sesiapa yang melihat peristiwa itu dulu pasti tahu, betapa mulut mamat saiko itu memang tak ada insuran.

Zack mematikan enjin kereta lalu keluar. Dia juga, turut sengaja bersandar di pintu kereta sambil pura-pura meneliti telefon bimbit. Sekali-sekala, mamat saiko itu diperhati.

Takkanlah si Amy bercinta lagi dengan mamat saiko ni?

Muncul rasa kurang senang. Mahu saja Zack halau mamat saiko itu pergi. Tapi, apakan daya…tempat ini tempat awam. Bukan bapa dia punya…

Ikutkan hati, ingin saja dia menelefon Amy lalu memberi ‘sepatah dua kata’. Apa? Tak serik-serik bercinta dengan mamat panas baran? Nak tunggu muka berlebam biru baru nak sedar? Amy pun satu. Yang pergi hadap sangat dengan mamat saiko tu, kenapa?

Bukan mahu menyibuk hal Amy. Pada Zack, ramai lagi yang lebih sesuai untuk Amy jadikan teman lelaki, bukan seperti mamat saiko panas baran itu. Zack tak boleh menerima seandainya Amy dikasari lebih-lebih lagi, dengan mamat saiko. Sungguhpun tak pernah berbaik, walau sering bergaduh, Amy tetap keluarganya. Tak mungkin dia tegar melihat mana-mana ahli keluarganya disakiti. Last edited by Nicki_Meow on 22-2-2014 12:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 09:51 AM | Show all posts
Ala zack...brp Kali nk ckp da...Kwin je dgn Amy tu...Kasi nicki Tenang sket
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 10:10 AM | Show all posts
sarizu posted on 17-2-2014 09:51 AM
Ala zack...brp Kali nk ckp da...Kwin je dgn Amy tu...Kasi nicki Tenang sket

Kenapa mesti Amy?




Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 10:13 AM | Show all posts
Brp Kali nk ckp zack...jimat blnja ok!
Nk Kwin skrg kalu x dak 30k...forever alone la kau zack
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 10:18 AM | Show all posts
“Hai Zack.”

Satu suara manja menegur. Zack menoleh ke kanan.

Terpana. Amy dan mamat saiko terbang dari fikiran.

Farizah sudah hampir dengan jarak semeter, tersenyum padanya. Berjalan penuh gaya. Rambutnya teralun-alun mengikut rentak langkah. Bau wangian lembut yang Zack tak tahu dari pewangi jenama apa, menerjah hidung membuatkan nafasnya sesak secara tiba-tiba.

Posisi bersandar dengan kaki bersilang, kekal. Farizah dipandang dari atas ke bawah.

Dress sendat atas lutut terletak elok mengikut lekuk tubuh. Cardigan putih nipis dipakai buat menutupi apa yang terdedah dibahagian atas. Kasut tumit tinggi tiga inci mempamer ilusi tinggi lampai walaupun Farizah tidaklah begitu tinggi orangnya. Solekannya tipis namun kejelitaannya masih terserlah.

“Zack.” Namanya dipanggil lagi.

“Hi…err…Izah…” Zack menelan air liur.

Bukanlah tak pernah tengok perempuan cantik. Tetapi dengan Farizah, gaya menggodanya lain macam. Seram.

“Cantik-cantik ni, Izah nak pergi mana?” Zack berseloroh sedikit. Dia hanya memakai jeans biru dengan T-Shirt putih berjenama Adidas serta kasut dari jenama sama. Ringkas. Manakala Farizah, bukan main lagi bergaya. Macam tak sesuai pula nak keluar berdua.

Farizah menjawab dengan senyum dan jeling manja bersahaja.

“Lama ke, Zack tunggu Izah?”

“Taklah.” Zack bangkit dari sandaran. Satu senyum nipis dihadiahkan kepada Farizah. Sempat menjeling mamat saiko diseberang jalan.

“Jom.”

Farizah mengangguk lalu beralih ke tempat duduk sebelah pemandu. Zack sudahpun masuk ke perut MyVinya.

“Amy ada kat rumah ke?” Saat enjin kereta dihidupkan, Zack bertanya. Mahu membuat sedikit soal-siasat.

Farizah senyum dan mengangguk.

“Dia tak keluar?”

“Amy jarang keluar. Sejak dia putus dengan Farid, lagilah jarang dia keluar…”

Oh. Mamat saiko tu nama Farid.

“Amy dah putus dengan Farid?” Jari Zack menekan lambat-lambat butang radio, mencari siaran yang sesuai.

Farizah mengangguk lagi.

Habis, apa mamat saiko tu buat kat sini?

“Amy tahu ke kita keluar berdua?”

“Tak.” Farizah geleng dan senyum.

“So, kita nak pergi mana ni?”

“Tak tahu. Zack nak pergi mana?”

Lemah betul bila jawapan yang diberi adalah ‘tak tahu. Zack angkat bahu tanda dia pun tak ada idea mahu ke mana. Kalau ikut dia, kedai mamak pun tak ada hal.

Tapi, minah ni pakai macam nak pergi clubbing. Nak ke pergi mamak je? Ah..nanti-nantilah bincang.

MyVi hitam mula bergerak meninggalkan kawasan itu.

***
Last edited by Nicki_Meow on 18-2-2014 02:07 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 10:59 AM | Show all posts
Jauh kereta dipandu hingga ke Damansara. Dalam kereta, mereka lebih banyak berbalas senyum dari berbalas kata. Zack, ideanya mati untuk berbual panjang. Lebih kerap menjeling Farizah disebelah dengan ekor mata. Farizah pula, memerhatikan pemandangan diluar tingkap, melayan rasa yang dia seorang saja tahu.



Malam minggu. Kawasan ini memang selalunya penuh dengan warga kota yang mahu menyenggang masa terluang. Kebanyakannya, muda-mudi. IKEA menjadi destinasi pilihan Zack. Sudah tak tahu mahu ke mana. Sesekali layan cuci mata di kedai perabot pun okay juga.

Sebenarnya, IKEA adalah tempat dia sering keluar berpacaran dengan Liana dulu. Hobi separa pelik Liana adalah, cuci mata di IKEA. Kata Liana, kalau sudah ada rumah sendiri, dia berangan mahu ada dekorasi dalaman seperti di IKEA.

Satu masa dulu, Zack pernah memasang angan-angan untuk bersurikan Liana.

Sesaat kenangan bersama Liana datang, secepat kilat juga ia hilang. Bukanlah tujuan dia datang ke sini untuk mengenang memori lama. Dia ke sini sebab memang tak tahu mahu ke mana lagi.

Selepas dua pusingan, tuah menjelang. Jumpa juga parkir kosong disebelah sebuah Vios putih. Nama pun malam minggu. Tak sah kalau pusat membeli-belah tak penuh. Nak-nak, yang urban seperti di Damansara ini.

“Jomlah.” Zack keluar dari kereta dituruti Farizah di sebelah sana. Last edited by Nicki_Meow on 18-2-2014 01:33 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 11:36 AM | Show all posts
Sepanjang berjalan, Farizah tak lepas dari berpaut pada lengannya. Sesekali kepala Farizah terlentok di bahu. Sesekali perutnya dicubit bila dia berjenaka.  

Manja. Macam kucing Parsi. Dan malam ini, terlebih-lebih pula.

Pro dan kontra bermain dalam kepala Zack. Berjalan dengan Farizah, membuatkan egonya naik membukit. Bukan sedikit mata yang memandang ke arah mereka. Lebih tepat, ke arah Farizah. Yang memandang ke arahnya pula, ekspresi wajah mereka pada perkiraan Zack memberi gambaran - ‘Mamat ni, muka pecah rumah tapi awek cun gila.’  

Dan dia akan memandang kembali dengan ekspresi - 'Kau ada?’

Ya, tak dapat dia nafikan. Bila berjalan dengan awek cun gila, akan wujud rasa riak dan bangga.

Di satu sudut pula, Zack kurang selesa. Wujudnya Farizah di dunia seperti memang mahu dijadikan ujian kepada imannya. Beberapa kali dia memberi hint supaya Farizah berjalan seperti biasa. Tak perlulah nak berpaut lengan. Sekejap-sekejap, Zack pura-pura membelek telefon bimbit. Kadang-kadang, dia sengaja memegang perabot. Macam-macam cara dia buat supaya Farizah jalan macam biasa. Tetapi, tetap Farizah tak memahami atau mungkin, buat-buat tak faham.

Hendak diberitahu terus-terang, bagai tak terucap pula dibibir. Iyalah, awek cun. Tak sampi hati rasanya. Cuba andaikan rupa Farizah seperti Maya Karin versi Pontianak - jangan kata nak paut lengan, ajak keluar pun belum tentu dia setuju.

Tipikal lelaki, biasalah. Harap akal aje ada sembilan…  

“Izah, nak makan tak?” Zack bertanya. Dihadapan Foodcourt, langkah terhenti. Bebola daging IKEA seperti memangil-manggil.

“Izah tak ada selera. Tapi, kalau Zack nak makan…Izah temankan…” Sambil senyum, Farizah menjawab. Dia memang tak ada selera. Rasa mual yang datang dan pergi, ditahan sedari tadi. Namun, dia harus bertahan. Masa tak banyak. Rancangan perlu diteruskan.

Zack angguk. Tak apalah kalau tak nak makan. Biar dia yang makan. Antara perut yang lapar dengan awek yang cun, rasanya perut lapar lagi penting. Last edited by Nicki_Meow on 18-2-2014 02:14 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2014 11:51 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 17-2-2014 09:27 AM
Karang...tak saspen le pulak. Takde konflik....

nak bagi konflik pun biar logik hokehhh!

Ni dah setara dgn logik tak nak tahu siapa bakal suami melainkan di hari perkahwinan nanti....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 11:56 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 17-2-2014 11:51 AM
nak bagi konflik pun biar logik hokehhh!

Ni dah setara dgn logik tak nak tahu siapa bakal suami ...

Eh...tak.

Ini konflik  - Siapa Bakal Jadi Bini Zack?


Undian masih di buka.

Taip Vote Izah untuk Farizah Sidek. 5 / 10 /20 dan hantarkan kepada 12345

Taip Vote Zareen untuk Zareen Hakeem. 5 / 10 /20 dan hantarkan kepada 12345

Taip Vote Amy untuk Amylea Alwi. 5 / 10 /20 dan hantarkan kepada 12345

Taip Vote Kate untuk Katelyn Banham. 5 / 10 /20 dan hantarkan kepada 12345

Pemenang akan menerima hadiah saguhati berupa novel terbaru dari penulis. Tertakhluk pada tema dan syarat.



Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 12:14 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 17-2-2014 09:27 AM
Karang...tak saspen le pulak. Takde konflik....

xsaspennya kalu macam tu..dh biasa sgt..

buatlah sesuatu diluar alam plak......


@UsuFie ..jgn lupe yr lady ini mlm...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 12:26 PM | Show all posts
Vios putih?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.385051 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list