CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lejen

Agama punca permasalahan dunia

[Copy link]
 Author| Post time 28-8-2013 11:36 AM | Show all posts
mashimaru83 posted on 28-8-2013 08:47 AM
Ada dalam A? Beritahu saya reproductive organ apa yang ada dalam hips?
Anda kata ayat tersebut  ...
Ada dalam A? Beritahu saya reproductive organ apa yang ada dalam hips?
Anda kata ayat tersebut salah dari sudut sains, tetapi anda belum pun memberitahu lokasi reproductive organ dari sudut sains untuk perbandingan.
Saya tidak katakan A adalah hips, saya katakan A = hips, lower abdomen dan groin region. Oleh itu, lokasi reproductive organs adalah tepat di dalam A.

Saya sudah katakan lokasi reproductive organs dari sudut sains, anda hanya cuba membawa posting ini ke asalnya tanpa ingin berbincang ia juga mempunyai kesalahan bahasa.

Lagipun, anda yang setuju katakan bahawa loins adalah hips, lower abdomen dan groin. Bagaimanapun, saya masih bersandar kepada majority translasi iaitu the backbone dan ribs (as per Al Quran).

Itu adalah pendapat anda. Apa yang author mention adalah ejaculate. Dan apa yang ejaculate adalah semen. Kesimpulannya, author masih lagi konsisten. Lihat pula kenyataan anda:
@Lejen
tiada timeframe adalah tiada had masa. tiada had masa bermaksud tiada ukuran untuk masa. "tiada ukuran" bermaksud "tiada limit" dan tiada limit bermaksud infinite.

'no timeframe' adalah 'tiada jangka masa', dan bukannya 'tiada had masa'. Sudah tentu ianya dua perkara berbeza. Saya tidak pasti kamus mana yang anda gunakan kerana anda tidak menunjukkan bukti dari kamus mana yang mengatakan bahawasanya: jangka = had. Bukankah itu adalah kesalahan terminologi yang jelas?
ejaculate bukan production. anda boleh pertahankan author semahu anda, hakikatnya ejaculate bukan production.

sebenarnya saya tidak nampak isu yang anda cuba bangkitkan dengan tiada timeframe ini, sedangkan anda yang mulakan frasa tiada mula dan tiada akhir. oleh itu, saya anggap tiada had masa / tiada jangka masa.

time frame merujuk google translate adalah jangka masa. mungkin kamus lain ia ditulis sebagai had masa.

sebagaimana ada maksud lain bagi loins. Jadi oleh itu sejujurnya saya tidak nampak apa yg anda cuba bangkitkan.

Saya tidak katakan ianya sama. Apa yang saya cuba katakan ialah anda cuba menggunakan translasi yang salah untuk 'blaming game' anda. Jelas sekali 96:15-16 bercakap mengenai manusia.
96:15  Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -
96:16  Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
bagaimana anda boleh bersifat selektif menggunakan surah.my dalam kes ini dan bagi kes lain anda tidak percaya kepada translasi surah.my tentang berkawan rapat kes Yahudi dan Kristian?

Bukankah anda perlu konsisten?

Oleh kerana ayat itu menceritakan tentang manusia, kenapa perlu salahkan ubun-ubun / forehead dalam isu ini? ubun-ubun ini yg saya persoalkan bukanlah "game", "student" dsbnya.

Anda salah faham. Anda menggunakan 'asas pengiraan dari sifar' sebagai pembuktian everything starts from zero. Singularity itu adalah sebahagian daripada everything. Walaubagaimanapun saintis masih lagi belum tahu permulaan Singularity itu (sama ada dari sifar atau lain-lain). Jadi, pembuktian matematik 'asas pengiraan dari sifar' anda tidak boleh digunapakai. Maaf, sila bawa bukti yang lain.

Saya juga belum terjumpa para akademik yang menggunakan 'asas pengiraan dari sifar' sebagai pembuktian everything starts from zero. Boleh tolong beri rujukan akademik tersebut?

saya katakan asas pengiraan matematik adalah dari sifar. ianya bukan bermula dari negatif mahupun infinity. Oleh kerana anda katakan bahawa singularity point adalah daripada everything, jadi anda memasukkan creator ke dalam sistem ciptaannya sendiri. Oleh kerana sains belum tahu singularity point asalnya dari sifar atau tidak, jadi sifar masih menjadi salah satu teori bukan? oleh kerana ia masih bersifat teori yang BELUM ada Refutation, saya tidak faham kenapa anda mahu refute sesuatu yang belum terbukti.

Anda gunakan perkataan tidak boleh diguna pakai sedangkan sains masih mengkaji sama ada singularity point itu bermula dari sifar atau tidak. Lagipun, jika kita bandingkan secara parallel dengan matematik, sistem nombor adalah bermula dari 0 dan bukanlah bermula dengan 1 (singularity point).

Saya tidak pernah katakan "asas pengiraan dari sifar" sebagai "pembuktian" everything starts from zero. Saya katakan bahawa ia salah satu elemen lain selain sains. Ia masih perlu kepada pembuktian sains.

Jika sains dan matematik (bersama-sama) mampu buktikan bahawa everything starts from zero, maka tidak ada alasan untuk saya menolak jika ia terbukti.

Saya sudah pun membuktikan kewujudan Tuhan melalui prinsipal yang saya nyatakan. Memandangkan Tuhan itu wujud, saya tidak nampak masalah kenapa Tuhan tidak boleh mencipta syurga dan neraka. Logikal bukan?

Anda belum buktikan Tuhan, anda hanya buktikan bahawa sesuatu yg wujud mesti lah wujud sebelum nama diberi. Sesuatu yg wujud itu belum ada kepastian sama ada ia Tuhan atau tidak.

Tuhan juga adalah entiti yang berbeza daripada agama kerana agama adalah panduan / satu set kepercayaan. Apabila saya katakan bahawa tuhan masih ada ruang logikal dan agama tidak, ini bermakna dalam ajaran agama tersebut ada sesuatu yg tidak logikal dan juga melanggar fitrah manusia.

Memang Tuhan x ada masalah mencipta syurga dan neraka, persoalannya adalah ciptaan tuhan itu sendiri sama seperti zat Tuhan.

1. Kali ini anda membawa 'wap' pula. Bagi saya itu hanyalah interpolasi anda sahaja. Ayat tersebut jelas menyebut tentang air hujan dan bukannya wap.
2. Anda salah apabila menggunakan ukuran pH untuk menentukan kebersihan air. pH adalah ukuran keasidan dan kealkalian dan bukannya ukuran kebersihan.

Sekali lagi saya hadirkan artikel di bawah:
http://www.iwawaterwiki.org/xwiki/bin/view/Articles/Rainwater,+Why+is+it+Safe
In this chapter, the truth will be exposed: rainwater is actually extremely clean and safe.

Anda membuat kesalahan tetapi anda katakan hujah anda adalah logikal. Hukum logik apakah yang anda gunakan?

---

1. Anda mungkin tidak tahu bahawa tidak semua tempat terkena hujan, saya belum lagi membawa isu Kutub Utara dan Selatan, dan saya yakin anda juga akan katakan bahawa ia hanya pendapat / interpolasi sahaja.

2. saya gunakan pH ukur "pure" air. Anda juga katakan bahawa pure bukanlah suci tetapi bersih dan suci. Sesuatu yang pure skywater (as per Al Quran) hakikatnya mempunyai purata 5.6 dalam skala pH.

Saya tidak nampak fungsi anda ulang kenyataan tentang "rainwater is actually clean and safe" kerana saya setuju dengan artikel itu, permasalahan nya adalah air hujan tidak pure keseluruhannya dan juga tidak semua tempat terkena air hujan.

Btw, dalam artikel yang anda bawakan:

To be honest, it is true that rainwater is acid. The acidity of clean water is 5.6pH and almost all the rain in the earth is acid. If the region it rains on has the source of the air pollution, the acidity would be stronger so the level of pH will be 3-4pH (The acidity is stronger as the value of pH gets lower). However, after another 20 minutes of rain, the acidity becomes far weaker than before.

Dan ini pula artikel saya;

http://www.thenakedscientists.com/HTML/questions/question/1565/

Maafkan saya, saya lebih percaya kepada response daripada saintis berbanding iwa water wiki yg mana boleh diedit.

Kes 2/3 untuk sisters, saya cadangkan anda baca apa itu maksud 'kalalah' di bahagian awal ayat 4:176.

Untuk 4:8-12, pegangan anda adalah sekadar pegangan anda. Dan itu adalah subjektif.
Baik saya akan mengkaji "kalalah" sebagaimana anda sarankan. Walau bagaimana pun, ia masih tidak menjawab 2/3 untuk daughters kerana itu adalah permasalahan dalam kes 2.

Memandangkan ada penyebabnya, itu bermakna anda turut bersetuju terjadi sendiri adalah salah.
Kenapa pula anda berkata demikian, penyebabnya mungkin tenaga internal dalam sesuatu oleh itu ia terjadi sendiri. Saya tidak berkata ia salah, saya katakan bahawa anda salah kerana anda keluarkan tenaga yg berada dalam sistem.

Apabila anda kata 'bukan tuhan', itu bermaksud perkataan Tuhan itu sudah pun ada untuk merujuk kepada sesuatu, jika tidak, frasa 'bukan Tuhan' itu tidaklah bermaksud apa-apa. Isunya bukanlah sama ada tenaga itu Tuhan atau tidak; atau Tuhan itu tenaga atau tidak; tetapi sebaik sahaja anda menggunakan perkataan Tuhan, anda telah pun bermaksudkan sesuatu untuk perkataan Tuhan itu. Seperti yang saya kata, apabila ada objek barulah nama diberi. Dan secara prinsipalnya, kita tidak boleh menamakan sesuatu yang tidak berasaskan item yang wujud secara realiti. Apabila anda menggunakan perkataan 'Tuhan', Tuhan itu haruslah wujud terlebih dahulu secara realiti.
Oleh kerana saya menggunakan perkataan Tuhan atau Bukan Tuhan, ia langsung tidak bermakna saya mengakui atau percaya atau yakin kpd Tuhan. Saya katakan bahawa Tuhan itu mungkin sahaja sebenarnya adalah tenaga, Tuhan, dsbnya.

Disebabkan Tuhan tidak boleh diukur berbanding tenaga, secara logiknya bagi saya hujah yang logikal adalah tenaga berbanding tuhan.

Secara prinsipal, saya gunakan prinsipal anda sahaja bahawa tenaga juga wujud dahulu sebelum label diberikan.

'Sesuatu yang ada ruang untuk refutation adalah sesuatu yang tidak sempurna dan ada kelemahan' adalah sekadar pendapat anda. Tiada ahli akademik yang berkata demikian, jika tidak, anda sudah tentu membawa bukti dari ahli akademik tersebut.
Ini bukan lah pendapat melainkan fakta, anda juga sering kali mengatakan hujah saya "lemah dan tiada asas" kerana menurut anda boleh refute dan "tidak logikal". Sebagaimana teori big bang, teori zero energy universe yg ada multiple issues, dsbnya sudah mencukupi bahawa ia mempunyai ruang untuk refutation.

Sesuatu yg x boleh direfute contohnya: 1+1 = 2 adalah universally accepted dan ia tidak mampu direfute oleh mana-mana ahli akademik.

Jika dibandingkan dengan contoh Mr X anda, bagaimanakah manusia mahu menggunakan syaitan dan neraka (perbandingan dengan senjata kimia) untuk melakukan sesuatu yang negatif?
Saya tidak nampak perbandingan tak logikal yg anda lakukan. Tuhan mampu buat segalanya dan Mr X mampu membuat senjata kimia. Oleh itu saya ingin tahu jawapan anda sebelum anda melontarkan persoalan kembali kepada saya.

Saya tidak bertanya sama ada Tuhan itu mampu atau tidak mampu mengubah citarasa. Saya bertanyakan mengapa kita kena menggunakan citarasa manusia sebagai penentu ukur sesuatu agama?
Ini juga anda harus lihat dari sudut kenapa nabi / manusia perlu digunakan untuk menyampaikan citarasa "Tuhan". Jika Nabi (manusia) digunakan sebagai penyebar risalah citarasa "Tuhan", maka nabi berkomunikasi dengan manusia yang juga mempunyai citarasa berbeza / sama dengan "Tuhan".

1. Anda gagal memahami soalan. Saya tidak tanya 'kenapa'. Saya tanya 'bagaimana'.
2. Lihat respons asal anda: "Pencipta mencipta sebahagian". Teori mana yang menyatakan pencipta mencipta sebahagian, dan sebahagian yang lain adalah natural selection?
3. Anda gagal memahami apa yang cuba saya sampaikan. Saya tidak mengeluarkan apa-apa elemen dari bintang; apa yang saya minta ialah bukti saintifik bintang itu tercipta sendiri. Sekali lagi anda gagal membawa bukti seperti yang diminta.
1. Sebagaimana virus A evolusi menjadi virus B, kemungkinan kaedah yang sama juga untuk kewujudan virus A bukan?
2. Saya membuka ruang kemungkinan ini yg mana saya juga tidak setuju, namun begitu, kemungkinan ini masih ada kerana pencipta itu maha berkehendak, natural selection adalah teori evolusi.
3. Maaf, saya tidak akan ulang kembali persoalan yg lama dibincangkan, saya pernah post artikel itu sebelum ini.

http://en.wikipedia.org/wiki/Star_formation

Hujah anda tidak lengkap. Saya sudah nyatakan beberapa kali dalam post yang lepas, Tuhan itu bersifat pengampun bagi manusia yang memohon pengampunan atas dosa mereka. Saya tidak pasti kenapa anda ignore bahagian pengampunan, kemudian mencuba sedaya upaya membuktikan kontradiksi dalam sifat Tuhan.

Anda juga belum menjawab persoalan saya. Dalam post lepas, anda kata tiada kemaafan bagi mereka. Soalan saya, adakah mereka sudah memohon kemaafan atas kesalahan mereka?

Persoalannya adalah kenapa tuhan PERLU manusia untuk meminta ampun daripadanya. Bukankah ia menunjukkan sifat kebergantungan?

Sepatutnya sesuatu yg MAHA, tidak terikat dan tidak tergantung kepada segalanya melainkan dirinya sendiri.

Apabila anda katakan Tuhan perlu manusia memohon maaf, adakah org buta PERLU memohon maaf kepada anda jika dia melanggar anda?

Saya tanyakan bahawa apakah logik di sebaliknya org islam tidak boleh ada ally dengan kristian dan yahudi. artikel itu tidak menjawabnya. dia juga katakan bahawa ally dan close friend adalah 2 benda berbeza.

The word "Allies or guardian" is the correct one, because in all of the Noble Verses above Allah Almighty was talking to the Muslims in the context of war where they were told to be cautious as to taking non muslims (who were at the time showing aggression and deception towards the muslims) as protectors or guardians instead of Muslims.
Maknanya, ayat ini merujuk kpd peristiwa perang pada masa dahulu atau sekarang ini?

Seperti yang saya katakan, saya akan lihat evidence itu terlebih dahulu dan juga mengkaji kajian-kajian yang dibuat oleh para ilmuan lain. Saya bukannya bertaklid buta secara membuta-tuli mempercayai manusia lain.

Berdasarkan pengalaman saya, ramai manusia yang kata risalah sekian-sekian salah, tapi apabila dibawa berbincang saya mendapati kebanyakan mereka mempunyai kriteria-kriteria di bawah:
1) Mereka bukannya faham bahasa asal risalah tersebut tetapi begitu yakin adanya 'kontradiksi' tanpa merujuk atau membuat kajian dengan mereka yang memahami bahasa tersebut.
2) 'Kontradiksi' yang mereka claim adalah sekadar copy paste dari internet.
3) 'Kontradiksi' yang mereka claim adalah berdasarkan translasi risalah dan bukannya kajian sebenar dari bahasa asal risalah tersebut.
4) 'Kontradiksi' yang mereka claim adalah hasil interpolasi yang merapu, yang tiada kena mengena dengan apa yang cuba disampaikan oleh ayat tersebut. Mungkin mereka agak desperate.
5) Kebanyakan mereka mempunyai sifat anti-agama tersebut.
6) Kebanyakan mereka tidak berupaya berdiskusi secara rasional dan reasonable. Apabila bukti diminta, sama ada mereka menghilangkan diri atau melengah-lengahkannya.
7) Kebanyakan mereka juga suka membuat claim bahawasanya saya ada katakan sekian-sekian, tetapi apabila saya tanya dari post mana saya berkata sedemikian, mereka senyap.
8) Mereka keliru antara 'bukti' dan 'contoh'.
9) Mereka suka membuat kesimpulan menggunakan penilaian subjektif!

Anda boleh lihat sebahagian kriteria di atas wujud dalam thread ini.
Memandangkan ini semua pengalaman anda, maka boleh dikatakan bahawa ia subjektif dan tidak semestinya betul.

Jika saya perhatikan ayat anda 1-4, anda menceritakan tentang 'kontradiksi' dan kaitkan dengan tidak merujuk bahasa asal, copy paste dari internet, hasil interpolasi merapu, oleh itu saya juga agak tertanya tanya sedangkan dalam denomination serta mazhab ajaran agama pun ada banyak kontradiksi, namun mereka ini tidak la dilabel sebagai anti-agama, x rasional dan reasonable, membuat kesimpulan subjektif dsbnya.

Sebagai contoh; "Ali created a crane"

Crane
  • a bird
  • a type of construction equipment
  • to strain out one's neck

Untuk perbincangan ruang akademik, maka adalah wajar kita mengkaji kesemua translasi crane tersebut dan melihat yang mana sesuai dengan konteks ayat bukan?

Jika seseorang ahli akademik meninggalkan salah satu meaning tersebut, kita boleh anggap ia akan menjadi hipotesis yg berat sebelah dan tidak reasonable dan rasional.

Apabila ada manusia yang melakukan demikian, (keluarkan translasi "a bird" dan "to strain out one's neck"), maka kita boleh assume kajian yg manusia itu lakukan tidak menyeluruh dan hilang nilai akademik. Setuju?





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2013 12:09 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 28-8-2013 04:52 AM
...samb.
Syiah-Sunni?
Yg sujud sesama dpn kaabah tu x kira ke?

Al-Quran tu peringatan (Az-Zikr), sbb manusia tu pelupa khen...
Maha Pencipta Maha Mengetahui ciptaanNya khen?
- Para nabi/rasul a.s. tu pilihan Dia le...
Depa sembah tuhan yg satu tapi berbunuhan, ka yg tu pasal xda agama?

Klo ada hukuman kpd pencetus huru-hara - nk lari konteks cmne?
- bunuh bkn seksa, dh angkat perjanjian ketaatan kna la patuh.
(Bab agama Kristian, hang tanya le ahlinya - xkn dh abis modal kot? )

Kritik tu xda masalah pn, bole je bwk bincang.
Kalo xda undang2 bunuh hang hijrah le...khen?

Dhtu yg berhala dlm diri tu penamanya?
tak habis modal pun pasal kristian pun agama gak. ka kristian bukan agama?

kalu aku bawakan sejarah isle hang tak percaya, jadi aku bawalah sejarah kristian lak, nak tengok macam mana hang defend "agama bukan punca permasalahan dunia". hang harus ingat, survey ni diamik di UK di mana majority adalah kristian.

berhala tu depa anggap tuhan, ia masih la agama jugak, jauh sekali nak label xda agama.

La isle bonita ka?

Selagi hang x berikan hujah agama punca permasalahan dunia
selagi tu le saya akan bertanya...knp x bole ke?

Yg dah angkat perjanjian dgn persaksian tu kna la ikut perintah/larangan, etc.
yg dah angkat perjanjian tp taknak ikut tu hipokrit le...

Sbb tu saya tanya negara mana yg beragama? Logik khen...
- ikut ketuanya ketika zamannya la
Makna kata Islam tu dipelihara dgn tegas
- xda plk ketika tu nabi s.a.w. perintah Yahudi/Nasrani/Pagan solat dgn bakar rumah khen...
Bole je hang tanya, tapi nanti hang konar kata quraisy tu xda agama, pasni mungkin kristian lak dilabel bukan agama.

Memang perjanjian x bole langgar, tapi nak hukum pun kena sesuai dengan fitrah, kata islam ni agama sejahtera?

Negara mana ada agama pun, sebab tuhan tak hukum negara pun, tuhan hukum manusia ja. tapi majority ummat manusia ni beragama sejak dulu lagi dah dominan.

Main bako bako ni macam Ucop ja dalam kisah Hantu Kak Limah, kita bakor jer..

Sbb hang bkn pandai yg Arab pn i.e. x fokus bahasa gtu
'in denial' tu bom tangan, tp hang jgn bunuh hujah sendiri dulu ye...
- penulis sejarah non-muslim tu jauh lbh ramai, sila le.

"2 wrongs make a right" tu hang yg kata
Kalo analogi pn ada pemberat - bkn main hentam je
Yg benar tetap benar, yg palsu katakan palsu...betul x?
Hang tau x apa dia s.a.w. kata kt Quraisy tu?
Aku kata aku x fokus bahasa bila bercerita pasai sains. bila kita cerita pasai bahasa barulah kt fokus pd bahasa tak gitu?
Aku nak cerita sini pun hang akan kata sejarah isle je benar belaka sejarah kafir ni semua anti islam.

Pasai kafir buat salah, maka isle pun bole la buat salah ye tak? jawab dulu soalan ni, jangan belit belit

Hang yg teranalogistik khen...
- sbb hang xtau beza hukuman dgn kezaliman
Kalo undang2 barbarik tu cmne hukumannya?
Yg Benar itu Adil lg Sejahtera.
So? Bible, Torah, Veda pun kata Tuhan depa maha adil dan baik baik belaka. Agama bahai pun claim depa tbaik, So?

Khen...yg salah tu bole je refute.
Tp jgn smpi lari  Hang nk pi mana?
Aku tak lari pun, kecuali hang nak label "Kristian ni bukan agama lah" baru aku bawa isle masuk balik. Macam mana?

Org dulu2 panggil sains tu apa?
- yg ni pn hang x bole nk jwb..
"knowledge", hang nak kata sains tu asal isle ka? Latin tu isle?

Dh ada nabi/rasul a.s. sbg ikutan, xda agama ada apa?
Kalo ikut logik Pagan...
Tuhan xtahu perbuatan hambanya
jika diletakkan di dlm peti besi.
Sbb sains menunjukkan tiada penglihatan dlm kegelapan.
- Hang pilih cara yg mana?
xda agama depa ada logik dan akal, depa tak jadi "follower", depa jadi "logical thinker"

kalu hang kata mi maggi ni sedap betullah, jadi hang kena la buktikan dan bawa mi maggi tu kat aku ye tak?

Ye le, siapa lg???
- bertuhankan setan le...
setan tu kan figure dalam agama, yg xda agama depa x percaya tuhan, apa lagi nak percaya setan.

Math ke ni?
Hawa tu peneman nafsu (jiwa) - baru x sunyi
Agama (spt takrif) pengekang hawa nafsu
dan bkn mengongkong...
Ada masalah x?
Kalu aku kata ubat batuk ni baik untuk kesihatan, tp overdose ubat batuk mampu membahayakan kesihatan, aku boleh kata ubat batuk ni ada baik dan buruknya jugak bukan?

jika apply logik yg sama dalam semua keadaan yg ada baik buruknya, kenapa kita nak amik sisi positif dan buang sisi negatif? Logik?

Same je, klo perundangan/kehakiman syariah di bwh tapak kaki common law.
- ada beza ke? Mana adilnya? Sekerat2 khen...

Hang nk pakai hujah apa pn bole (kecuali logistiic)...
Sbb tu la kena kembali kpd isle sebenar..

bukan salah xda agama pun, salah pemimpin yg beragama (cuma depa x ikut agama - bkn xda agama).

hang menyampuk pun takpe, nak tengok hang defend kristian lak pasni... agama kan tu.. lpas ni aku nak bawa isle, judaism, hindu, buddha masuk sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 04:05 PM | Show all posts


jom tenguk apa sumbangan agama pada tamadun manusia di sini => http://imgur.com/a/FbIbq

The problem I have with religion version 2.0

This is a SMALL sample of what religion has done (or had a hand in doing) in my life time


Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 04:07 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 04:10 PM | Show all posts
Lejen posted on 28-8-2013 12:09 PM
Depa sembah tuhan yg satu tapi berbunuhan, ka yg tu pasal xda agama?

tak habis modal pun pas ...
Depa sembah tuhan yg satu tapi berbunuhan, ka yg tu pasal xda agama?
Yg berbunuhan tu manusia khen...

tak habis modal pun pasal kristian pun agama gak. ka kristian bukan agama?

kalu aku bawakan sejarah isle hang tak percaya, jadi aku bawalah sejarah kristian lak, nak tengok macam mana hang defend "agama bukan punca permasalahan dunia". hang harus ingat, survey ni diamik di UK di mana majority adalah kristian.

berhala tu depa anggap tuhan, ia masih la agama jugak, jauh sekali nak label xda agama.

Yg isle punca ke hulu isle punca ke hilir tu mana?

Dh hang bwk sejarah sekerat² saya lengkap kn je...
Kristian ke? Kalo Kristian puncanya, survey xde le kata 'agama' khen?
Sblm vikings masuk sana pn, Kristian jgk. Yg mana satu?

Yg xda agama tu bertuhankan hawa nafsu le - wlpn mykad tulis isle

Bole je hang tanya, tapi nanti hang konar kata quraisy tu xda agama, pasni mungkin kristian lak dilabel bukan agama.

Memang perjanjian x bole langgar, tapi nak hukum pun kena sesuai dengan fitrah, kata islam ni agama sejahtera?

Negara mana ada agama pun, sebab tuhan tak hukum negara pun, tuhan hukum manusia ja. tapi majority ummat manusia ni beragama sejak dulu lagi dah dominan.

Main bako bako ni macam Ucop ja dalam kisah Hantu Kak Limah, kita bakor jer..

Ok, tp yg konar² tu sape?
- klo xde takrif agama bole la sondol ke kiri dan kanan, tp dh bg khen...

Fitrah apa fitrah...? Apa fitrah yg xda agama. Silakan.
- cuba hang berhukum tgk...sejahtera ke huru-hara.

Tau pn xda negara beragama dh - tiada perlaksanaan
Dh xda yg mengangkat hukum Tuhan masih nk salahkan agama?
- mmg le bila kebenaran dtg yg palsu pn lenyap binasa - jd dominan le.

Hang suke tgk Hantu Kak Limah Ke...

Aku kata aku x fokus bahasa bila bercerita pasai sains. bila kita cerita pasai bahasa barulah kt fokus pd bahasa tak gitu?
Aku nak cerita sini pun hang akan kata sejarah isle je benar belaka sejarah kafir ni semua anti islam.

Pasai kafir buat salah, maka isle pun bole la buat salah ye tak? jawab dulu soalan ni, jangan belit belit

Dhtu bila tanya asal sains, hang kata Latin knp?
- semua pn bermula dgn bahasa, tu pn dh byk error (antara punca)
i.e. orang² tu bkn jamak tp singular, tau khen...
Sejarah adalah sejarah. Cerita le, jgn simpan²...silakan.

Laa, ayat tu dh bg...hang xtau ke?
Salah Quraisy, Nabi s.a.w. maafkan je - bila buka Mekah.
- yg salah tu Islam suroh perbetulkan dan bkn membontoti
Drpd sekecil² hati ke lisan smpi ke tangan - amar makruf nahi mungkar

Yg masalah tu bila xda agama - xtau baik/buruk, benar/palsu, betul/salah, etc.

So? Bible, Torah, Veda pun kata Tuhan depa maha adil dan baik baik belaka. Agama bahai pun claim depa tbaik, So?

Hang tanya le depa (ahli²nya)
- ada ke depa laksana hukum² dlm kitab masing²?

Aku tak lari pun, kecuali hang nak label "Kristian ni bukan agama lah" baru aku bawa isle masuk balik. Macam mana?

Yg kna refute tu hujah hang le - xde kena-mengena dgn Kristian
Hang nk bawa isle jalan² mana tu?

"knowledge", hang nak kata sains tu asal isle ka? Latin tu isle?

knowledge tu pengetahuan, sains tu jln mendptkn nye le.
Latin tu bahasa la dol. Sains tu dicoined pd zaman kegemilangannya le di sinun.
- tp knp slps Islam dan bkn sblmnya?

xda agama depa ada logik dan akal, depa tak jadi "follower", depa jadi "logical thinker"

kalu hang kata mi maggi ni sedap betullah, jadi hang kena la buktikan dan bawa mi maggi tu kat aku ye tak?

Logiknya, parents yg xda agama tu sbg kenderaan je le ek?
- tp makan, minum, berak, etc. difollownya siapa?

Kalo kedai runcit blkg rumah hang xda jual mi maggi, mai la pindah sini. Snang...

setan tu kan figure dalam agama, yg xda agama depa x percaya tuhan, apa lagi nak percaya setan.

Oh, lupa. Sorry ek.
Depa panggil hantu.

Kalu aku kata ubat batuk ni baik untuk kesihatan, tp overdose ubat batuk mampu membahayakan kesihatan, aku boleh kata ubat batuk ni ada baik dan buruknya jugak bukan?

jika apply logik yg sama dalam semua keadaan yg ada baik buruknya, kenapa kita nak amik sisi positif dan buang sisi negatif? Logik?

Sbb hang xtau bila nk telan.
Salah kalo kata 'baik utk kesihatan'.
Sbb tu ubat hanya utk org sakit dan bkn org yg sihat.

X le. Tp logiknya, yg benar tetap benar. Yg disisi tu benar, yg diketepi tu palsu.
Yg palsu tu kna la konar² nk temberang utk dibenarkan wlpn x.
Yg baik x semestinya benar dan yg palsu tetap palsu wlpn konar² gtu.
Lg logik khen...

Sbb tu la kena kembali kpd isle sebenar..

bukan salah xda agama pun, salah pemimpin yg beragama (cuma depa x ikut agama - bkn xda agama).

hang menyampuk pun takpe, nak tengok hang defend kristian lak pasni... agama kan tu.. lpas ni aku nak bawa isle, judaism, hindu, buddha masuk sekali..

Kebenaran Islam dipelihara, yg kembalikan kpd kebenaran.

Dh salah pemimpin yg beragama (x ikut agam) pulok?
- silakan jgk le.

Xpa la, tggu dia bg laluan dulu la.
- bawa la apa pn, yg mana salah saya cuma tanya lalu betulkan adja jika ada salahnya. Tq.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2013 08:35 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 28-8-2013 04:52 AM
...samb.
Sejarah yg benar le. (Q7:191)
Sejarah yg dikaji dek semua pihak.
Kn dh kata asalnya kna tahu la. (Q2:213)
Bila agama membawa kebenaran, yg jd salah/palsu tu sbb umatnya la.

tapi bila org nak kritik kebenaran tu tak boleh pulak, pelik betul..

kalu al quran tu betul, tak salah org nak kaji bukan?

Agama bawa kebenaran, sains tu alat adja.
Yg salah guna keduanya tu manusia le.
Kebenaran tu disampaikan oleh model manusia yg mulia, berakhlak tinggi, etc.
yg terbaik dlm kalangan umatnya i.e. nabi/rasul a.s.
- kalo nak salahkan para penyampai risalah kebenaran tu silakan le...

kebenaran apa yg agama bawa? sains tu takda dlm kitab? pastu pasal apa depa agama compare dgn sains lak?

Yg berbunuh2an dan kafir-mengkafir tu sekolahnya ka atau ahlinya?
Bkn semua pn, segelintir pentaksub/extremist, etc.
- yg ni sbb manusia jgk

Permikiran Islam bersandarkan Quran dan sunnah le.
- sains tu kn alat adja...

Sbb ada beza school of thought ni berasal daripada interpolasi dari agama kan? ka yang ni salah xda agama?

Bila aku kata agama ni punca kpd perbezaan mazhab, apa yg salah kenyataan aku tu?

Sbb hawa nafsu yg tunggang akalnya
berfikir mengikut hawa nafsu x guna akal le...
Berkahwin tu utk kawal hawa nafsu, selain puasa, etc.
- yg xda agama tu tunggang-langgang le nafsunya

Tp yg tinggi crime rate, jenayah sana sini semua negara yg majority beragama. Sekalipun yg xda agama x dpt kawal hawa nafsu mereka, masalah itu hanya masalah depa bukanlah sampai ke peringkat global.

yg ada agama pun x dpt kawal nafsu jugak.

Tu persepsi hang yg kata, saya x kata.
yg xda agama tu xtau bila nk guna logik, bila nk guna sains, bila nk guna sejarah, etc.
Sbb xtau mana yg baik/buruk, benar/palsu, betul/salah, etc. - akal xda sbb xda agama

Hang yg xtahu asal sains drpd mana - kn ada asalnya (manusia)
- 'teori' yg mana?

apsal yg xda agama xtau bila nak guna logik, sains dan sejarah? sedangkan yg ada agama tau pulak? kalu yg ada agama tau bila nak guna sains, pasal apa ada sains yg bercanggah dgn agama?

baik/buruk, benar/palsu etc bukan sahaja boleh ditentukan oleh agama; budaya dan undang-undang pun mainkan peranan jugak.

So kalu sains asal manusia, agama pun asalnya dari "manusia" jugak, apa bezanya?

Mana Tuhan? Bak mai tgk...
Tuhan batu, Tuhan kayu, Tuhan dlm wallet, Tuhan sana, Tuhan sini, Tuhan perut, etc....
Hang percaya tuhan yg mana?

Bila Allah tu disekutukan dgn Al-Ilah, Al-Lat, Al-Uzza, etc.
- tu agama ke? Kitab kata musyrik (non-believer) a.k.a. xda agama le.

Tu kitab agama yg kata, bukan aku kata . Lagipun Adam bukan hang atau aku..

Bila depa nak samakan Tuhan dgn sesuatu yg lain tetaplah agama, cuma depa "menyimpang" dr agama asal.

Kalu aku ikut logik hang;

Aku suka makan mi hun goreng (asal/ori) tapi hang suka mi hun goreng basah + udang (dah ada penambahan), so, mi hun goreng basah + udang hang ni kita boleh kata xda makanan ka?

Klo ada hukuman kpd pencetus huru-hara - nk lari konteks cmne?
- bunuh bkn seksa, dh angkat perjanjian ketaatan kna la patuh.
(Bab agama Kristian, hang tanya le ahlinya - xkn dh abis modal kot? )

Kritik tu xda masalah pn, bole je bwk bincang.
Kalo xda undang2 bunuh hang hijrah le...khen?

Dhtu yg berhala dlm diri tu penamanya?
Kalu ada hukuman tu biarlah logikal dan ikut FITRAH. Faham ka? Lain la kalu si dia ni membunuh org barulah dia tu patut pun kena bunuh.
Jadi sebagai agama fitrah, tang mana fitrah bunuh org yg hina nabi ni?

Apsal kalu Kristian tanya ahli tp kalu hal Isle kena rujuk kitab?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2013 08:40 AM | Show all posts
Lejen posted on 28-8-2013 11:36 AM
Saya tidak katakan A adalah hips, saya katakan A = hips, lower abdomen dan groin region. Oleh itu, ...

@Lejen
Saya tidak katakan A adalah hips, saya katakan A = hips, lower abdomen dan groin region. Oleh itu, lokasi reproductive organs adalah tepat di dalam A.
Saya sudah pun membaca semula post anda yang lepas, tetapi anda tidak pernah menyatakan kedudukan reproductive organs dari sudut sains. Jadi bagaimana perbandingan harus dibuat?

---
@Lejen
ejaculate bukan production. anda boleh pertahankan author semahu anda, hakikatnya ejaculate bukan production.
Sekali lagi anda berinterpolasi. Author tidak pernah mengatakan ejaculate itu adalah production.

---
@Lejen
time frame merujuk google translate adalah jangka masa. mungkin kamus lain ia ditulis sebagai had masa.
Nampaknya anda gagal membawa bukti seperti yang dipinta.

---
@Lejen
Bukankah anda perlu konsisten?
Ya, saya konsisten dengan merujuk dahulu translasi lain dan penulisan para ilmuan yang memahami bahasa arab.

@Lejen
Oleh kerana ayat itu menceritakan tentang manusia, kenapa perlu salahkan ubun-ubun / forehead dalam isu ini? ubun-ubun ini yg saya persoalkan bukanlah "game", "student" dsbnya.
Siapa yang salahkan ubun-ubun/forehead? Adakah ini interpolasi anda?

---
@Lejen
Oleh kerana anda katakan bahawa singularity point adalah daripada everything, jadi anda memasukkan creator ke dalam sistem ciptaannya sendiri.
Anda membuat kesimpulan salah. Dalam post lepas, saya katakan singularity point adalah sebahagian daripada everything. Kenapa anda tiba-tiba mengatakan saya memasukkan creator ke dalam sistem ciptaannya sendiri?

---
@Lejen
Anda gunakan perkataan tidak boleh diguna pakai sedangkan sains masih mengkaji sama ada singularity point itu bermula dari sifar atau tidak. Lagipun, jika kita bandingkan secara parallel dengan matematik, sistem nombor adalah bermula dari 0 dan bukanlah bermula dengan 1 (singularity point).

Saya tidak pernah katakan "asas pengiraan dari sifar" sebagai "pembuktian" everything starts from zero. Saya katakan bahawa ia salah satu elemen lain selain sains. Ia masih perlu kepada pembuktian sains.

Jika sains dan matematik (bersama-sama) mampu buktikan bahawa everything starts from zero, maka tidak ada alasan untuk saya menolak jika ia terbukti.
Ya, tidak boleh diguna pakai. Bukankah anda sendiri katakan adanya pembuktian matematik? Bagaimana anda kata adanya pembuktian sedangkan permulaan singularity point itu pun masih lagi dalam kajian. Oleh yang demikian, hujah permbuktian matematik anda ini terpaksa ditolak. Sila hadirkan pembuktian baru. Saya cadangkan anda quote hasil kerja saintis dan bukannya rekaan anda seperti 'asas pengiraan dari sifar' ini kerana saya tidak pernah terjumpa saintis atau para akademik di luar sana yang menggunakannya dalam membuktikan 'everything starts from zero'.

---
@Lejen
Tuhan juga adalah entiti yang berbeza daripada agama kerana agama adalah panduan / satu set kepercayaan. Apabila saya katakan bahawa tuhan masih ada ruang logikal dan agama tidak, ini bermakna dalam ajaran agama tersebut ada sesuatu yg tidak logikal dan juga melanggar fitrah manusia.
Itu adalah pendapat anda sahaja. Saya hanya melihat pada evidence.

@Lejen
Memang Tuhan x ada masalah mencipta syurga dan neraka, persoalannya adalah ciptaan tuhan itu sendiri sama seperti zat Tuhan.
Zat apakah yang anda maksudkan?

---
@Lejen
1. Anda mungkin tidak tahu bahawa tidak semua tempat terkena hujan, saya belum lagi membawa isu Kutub Utara dan Selatan, dan saya yakin anda juga akan katakan bahawa ia hanya pendapat / interpolasi sahaja.

2. saya gunakan pH ukur "pure" air. Anda juga katakan bahawa pure bukanlah suci tetapi bersih dan suci. Sesuatu yang pure skywater (as per Al Quran) hakikatnya mempunyai purata 5.6 dalam skala pH.

Saya tidak nampak fungsi anda ulang kenyataan tentang "rainwater is actually clean and safe" kerana saya setuju dengan artikel itu, permasalahan nya adalah air hujan tidak pure keseluruhannya dan juga tidak semua tempat terkena air hujan.
1. Ya, interpolasi. Ayat tersebut tidak berbincang mengenai tempat yang terkena hujan.
2. "Anda juga katakan bahawa pure bukanlah suci tetapi bersih dan suci." Sila bawa bukti bahawasanya saya ada berkata demikian. Jika tidak, saya assume bahawasanya anda bertaklid buta.

@Lejen
Maafkan saya, saya lebih percaya kepada response daripada saintis berbanding iwa water wiki yg mana boleh diedit.
Dari website tersebut:
http://www.thenakedscientists.com/HTML/questions/question/1565/
If you’re isolated from pollution sources, the rain is coning from a pristine ocean and will be pretty clean.
Terima kasih kerana menguatkan lagi hujah saya.

---
@Lejen
Baik saya akan mengkaji "kalalah" sebagaimana anda sarankan. Walau bagaimana pun, ia masih tidak menjawab 2/3 untuk daughters kerana itu adalah permasalahan dalam kes 2.
2/3 untuk daughters?

---
@Lejen
Kenapa pula anda berkata demikian, penyebabnya mungkin tenaga internal dalam sesuatu oleh itu ia terjadi sendiri. Saya tidak berkata ia salah, saya katakan bahawa anda salah kerana anda keluarkan tenaga yg berada dalam sistem.
Sila bawa rujukan ahli akademik/saintis mengenai "tenaga internal dalam sesuatu oleh itu ia terjadi sendiri". Saya juga tidak pernah membuat kenyataan "keluarkan tenaga yang berada dalam sistem". Sekali lagi anda bertaklid buta.

---
@Lejen
Oleh kerana saya menggunakan perkataan Tuhan atau Bukan Tuhan, ia langsung tidak bermakna saya mengakui atau percaya atau yakin kpd Tuhan. Saya katakan bahawa Tuhan itu mungkin sahaja sebenarnya adalah tenaga, Tuhan, dsbnya.
Saya tidak suruh anda mempercayai atau yakin kepada Tuhan. Saya hanya membuktikan kewujudan Tuhan. Sebaik sahaja anda menggunakan perkataan Tuhan atau apa-apa 'objek', 'objek' tersebut bukannya boleh wujud secara automatik dalam fikiran manusia. Ia haruslah berdasarkan sesuatu yang wujud secara realiti.

Hujah anda mengenai sama ada Tuhan itu tenaga atau tidak hanya datang selepas perkataan 'Tuhan' itu wujud. Persoalannya sekarang ialah bagaimana manusia pada zaman dahulu boleh menamakan perkataan Tuhan tanpa kehadiran objeknya?

@Lejen
Disebabkan Tuhan tidak boleh diukur berbanding tenaga, secara logiknya bagi saya hujah yang logikal adalah tenaga berbanding tuhan.
'Ukuran' hanyalah kriteria anda. Saya tidak pernah jumpa para akademik yang mengatakan hujah logikal perlu berdasarkan sesuatu yang boleh diukur. Sila bawa bukti dari para akademik jika anda berkata benar.

---
@Lejen
Ini bukan lah pendapat melainkan fakta, anda juga sering kali mengatakan hujah saya "lemah dan tiada asas" kerana menurut anda boleh refute dan "tidak logikal". Sebagaimana teori big bang, teori zero energy universe yg ada multiple issues, dsbnya sudah mencukupi bahawa ia mempunyai ruang untuk refutation.

Sesuatu yg x boleh direfute contohnya: 1+1 = 2 adalah universally accepted dan ia tidak mampu direfute oleh mana-mana ahli akademik.
Contoh '1+1=2' bukanlah pembuktian lengkap. Contoh != Bukti. Sekali lagi: "Sesuatu yang ada ruang untuk refutation adalah sesuatu yang tidak sempurna dan ada kelemahan" adalah sekadar pendapat anda. Tiada ahli akademik yang berkata demikian, jika tidak, anda sudah tentu membawa kajian dari ahli akademik tersebut.

---
@Lejen
Saya tidak nampak perbandingan tak logikal yg anda lakukan. Tuhan mampu buat segalanya dan Mr X mampu membuat senjata kimia. Oleh itu saya ingin tahu jawapan anda sebelum anda melontarkan persoalan kembali kepada saya.
"Segalanya" dan "senjata kimia" adalah dua perkara berbeza. Perbandingan anda tidak tepat. Sila hadirkan hujah yang tepat.

---
@Lejen
Ini juga anda harus lihat dari sudut kenapa nabi / manusia perlu digunakan untuk menyampaikan citarasa "Tuhan". Jika Nabi (manusia) digunakan sebagai penyebar risalah citarasa "Tuhan", maka nabi berkomunikasi dengan manusia yang juga mempunyai citarasa berbeza / sama dengan "Tuhan".
Citarasa Tuhan bukanlah terminologi yang tepat. Dan saya tidak pasti apa yang cuba anda sampaikan apabila berkata "nabi berkomunikasi dengan manusia yang juga mempunyai citarasa berbeza / sama dengan "Tuhan"".

---
@Lejen
1. Sebagaimana virus A evolusi menjadi virus B, kemungkinan kaedah yang sama juga untuk kewujudan virus A bukan?
2. Saya membuka ruang kemungkinan ini yg mana saya juga tidak setuju, namun begitu, kemungkinan ini masih ada kerana pencipta itu maha berkehendak, natural selection adalah teori evolusi.
3. Maaf, saya tidak akan ulang kembali persoalan yg lama dibincangkan, saya pernah post artikel itu sebelum ini.

http://en.wikipedia.org/wiki/Star_formation
1. Sila bawa kajian sains untuk menyokong hujah anda bahawasanya virus boleh tercipta sendiri.
2. Maaf, kita bukannya berbincang mengenai kemungkinan yang direka oleh anda. Sila bawa kajian sains.
3. Apa yang saya cari ialah bukti "tercipta sendiri". Link yang anda post tidak langsung menyatakan bahawasanya bintang itu tercipta sendiri. Adakah anda cuba lari dari membawa bukti?

---
@Lejen
Persoalannya adalah kenapa tuhan PERLU manusia untuk meminta ampun daripadanya. Bukankah ia menunjukkan sifat kebergantungan?Apabila anda katakan Tuhan perlu manusia memohon maaf, adakah org buta PERLU memohon maaf kepada anda jika dia melanggar anda?
Saya tidak pernah katakan Tuhan PERLU manusia memohon maaf. Yang menggunakan perkataan "Tuhan PERLU" adalah anda, dan bukannya saya.

---
@Lejen
Saya tanyakan bahawa apakah logik di sebaliknya org islam tidak boleh ada ally dengan kristian dan yahudi. artikel itu tidak menjawabnya. dia juga katakan bahawa ally dan close friend adalah 2 benda berbeza.
Sekali lagi:
The word "Allies or guardian" is the correct one, because in all of the Noble Verses above Allah Almighty was talking to the Muslims in the context of war where they were told to be cautious as to taking non muslims (who were at the time showing aggression and deception towards the muslims) as protectors or guardians instead of Muslims.
Disebabkan itulah Allah menurunkan ayat tersebut. Logikal.

---
@Lejen
agak tertanya tanya sedangkan dalam denomination serta mazhab ajaran agama pun ada banyak kontradiksi, namun mereka ini tidak la dilabel sebagai anti-agama, x rasional dan reasonable, membuat kesimpulan subjektif dsbnya.
Sekali lagi, saya hanya melihat pada evidence dan bukannya bertaklid buta. Saya tidak mempunyai masalah untuk berbincang dengan mereka yang berlainan mazhab. Saya harus mengkaji dahulu pandangan mereka sebelum membuat apa-apa kesimpulan.

@Lejen
Jika seseorang ahli akademik meninggalkan salah satu meaning tersebut, kita boleh anggap ia akan menjadi hipotesis yg berat sebelah dan tidak reasonable dan rasional.
Itu adalah anggapan anda sahaja. Boleh jadi ahli akademik tersebut tersilap; ahli akademik pun manusia juga.

@Lejen
Apabila ada manusia yang melakukan demikian, (keluarkan translasi "a bird" dan "to strain out one's neck"), maka kita boleh assume kajian yg manusia itu lakukan tidak menyeluruh dan hilang nilai akademik. Setuju?
Tidak tepat; boleh jadi ahli akademik tersebut telah pun membuat kajian dan mendapati bahawasanya translasi "a bird" dan "to strain out one's neck" bukanlah translasi yang sesuai dengan konteks ayat, jadi mereka mengeluarkan translasi tersebut.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2013 10:16 AM | Show all posts
mashimaru83 posted on 29-8-2013 08:40 AM
Saya sudah pun membaca semula post anda yang lepas, tetapi anda tidak pernah menyatakan keduduka ...
Saya sudah pun membaca semula post anda yang lepas, tetapi anda tidak pernah menyatakan kedudukan reproductive organs dari sudut sains. Jadi bagaimana perbandingan harus dibuat?
Saya cadangkan anda masuk wikipedia dan melihat reproductive system bagi male.

Sekali lagi anda berinterpolasi. Author tidak pernah mengatakan ejaculate itu adalah production.
Saya tidak ada isu dengan apa yang author katakan. isunya hanya terminologi, itu sahaja.

Nampaknya anda gagal membawa bukti seperti yang dipinta.
Google translate bukan bukti?

Ya, saya konsisten dengan merujuk dahulu translasi lain dan penulisan para ilmuan yang memahami bahasa arab.
Jadi anda juga perlu merujuk kpd translasi yg disediakan dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris sama ada ia bertepatan atau tidak bukan?

Siapa yang salahkan ubun-ubun/forehead? Adakah ini interpolasi anda?
sila rujuk balik ayat yang anda sendiri lampirkan.

Anda membuat kesimpulan salah. Dalam post lepas, saya katakan singularity point adalah sebahagian daripada everything. Kenapa anda tiba-tiba mengatakan saya memasukkan creator ke dalam sistem ciptaannya sendiri?
kerana anda anggap singularity point sebagai tuhan. jika tidak, anda tidak akan menolak teori segalanya bermula dari sifar.

Ya, tidak boleh diguna pakai. Bukankah anda sendiri katakan adanya pembuktian matematik? Bagaimana anda kata adanya pembuktian sedangkan permulaan singularity point itu pun masih lagi dalam kajian. Oleh yang demikian, hujah permbuktian matematik anda ini terpaksa ditolak. Sila hadirkan pembuktian baru. Saya cadangkan anda quote hasil kerja saintis dan bukannya rekaan anda seperti 'asas pengiraan dari sifar' ini kerana saya tidak pernah terjumpa saintis atau para akademik di luar sana yang menggunakannya dalam membuktikan 'everything starts from zero'.
kalau ada di mana kajian tentang singularity point?

oleh kerana anda katakan singularity point termasuk dalam sistem dan bukan tuhan (posting anda yg awal), jadi saya anggap ia sebagai 1.

bermaksud;

1 --> 0 ---> 1 ----> 2 dan seterusnya.

tetapi saya yakin dengan susunan seperti ini.

0 ---> 1 ---> 2 dan seterusnya. susunan ini logikal bagi saya, ia juga terbukti secara matematik.

Oleh kerana saya tidak ada bukti setakat ini dalam sains, adalah tidak munasabah anda meminta everything starts from zero dari kaca mata sains. Saya ulang sekali lagi, jika ada terbukti NANTI, saya berbesar hati untuk tunjukkan kepada anda.

dan jangan lupa bahawa saya juga sudah selitkan hujah daripada al quran dan bible.

Itu adalah pendapat anda sahaja. Saya hanya melihat pada evidence.
Suatu ritual yang mencederakan diri (hindu, syiah) adalah salah satu evidence. ada pelbagai agama lain yg melakukan ritual dan kepercayaan yg tidak logikal. ini adalah pengetahuan umum dan bukanlah sekadar pendapat.

Zat apakah yang anda maksudkan?
tiada ending. eternal.

1. Ya, interpolasi. Ayat tersebut tidak berbincang mengenai tempat yang terkena hujan.
2. "Anda juga katakan bahawa pure bukanlah suci tetapi bersih dan suci." Sila bawa bukti bahawasanya saya ada berkata demikian. Jika tidak, saya assume bahawasanya anda bertaklid buta.
1. Apakah bumi bukan tempat?
2. Bukankah anda yang bawakan translasi "pure" menurut rujukan anda sendiri?

Dari website tersebut:
http://www.thenakedscientists.com/HTML/questions/question/1565/
If you’re isolated from pollution sources, the rain is coning from a pristine ocean and will be pretty clean.
Terima kasih kerana menguatkan lagi hujah saya
Hujah anda menjadi kuat? Ayat itu terang terang mengatakan bahawa terdapat tempat yg free pollution dan ada yg pollution. jadi secara logik, terdapat hujan yg turun dari langit terkena udara yg polluted dan mencemarkan air, logik?

2/3 untuk daughters?
ya, sila rujuk 4:11

Sila bawa rujukan ahli akademik/saintis mengenai "tenaga internal dalam sesuatu oleh itu ia terjadi sendiri". Saya juga tidak pernah membuat kenyataan "keluarkan tenaga yang berada dalam sistem". Sekali lagi anda bertaklid buta.
Saya merasakan anda confuse dan memaksakan diri untuk berhujah. Anda telahpun membuat statement bahawa kemungkinan muncul tenaga sebelum tenaga yg selepas big bang adalah tidak logikal.

http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/thermo/inteng.html

Jika anda tidak membuat statement "keluarkan tenaga yg berada dlm sistem" bermaksud anda setuju bahawa tenaga itu ada dalam sistem. Jadi persoalannya adalah, anda tahu bahawa tenaga mampu berubah form bukan?

Saya tidak suruh anda mempercayai atau yakin kepada Tuhan. Saya hanya membuktikan kewujudan Tuhan. Sebaik sahaja anda menggunakan perkataan Tuhan atau apa-apa 'objek', 'objek' tersebut bukannya boleh wujud secara automatik dalam fikiran manusia. Ia haruslah berdasarkan sesuatu yang wujud secara realiti.

Hujah anda mengenai sama ada Tuhan itu tenaga atau tidak hanya datang selepas perkataan 'Tuhan' itu wujud. Persoalannya sekarang ialah bagaimana manusia pada zaman dahulu boleh menamakan perkataan Tuhan tanpa kehadiran objeknya?
Terdapat perbezaan ketara membuktikan wujud PERKATAAN Tuhan dengan membuktikan wujud Tuhan.

Manusia mempunyai ability untuk berfantasi (kerana zaman dahulu sains dan teknologi x secanggih sekarang). Jadi manusia mampu berfantasi bahawa ia adalah Tuhan.

Contohnya jelas apabila terdapat golongan manusia yang bertuhankan Firaun, tetapi apabila Firaun mati, maka manusia tidak lagi menyembah Firaun

Hujah saya tentang tenaga bukanlah wujud selepas perkataan tuhan, ia wujud sejak lama selari dengan manusia yg ingin mengkaji ketuhanan.

'Ukuran' hanyalah kriteria anda. Saya tidak pernah jumpa para akademik yang mengatakan hujah logikal perlu berdasarkan sesuatu yang boleh diukur. Sila bawa bukti dari para akademik jika anda berkata benar
Kita juga boleh merasa tenaga, adakah anda perlukan bukti mengenai rasa juga? bukankah anda sendiri katakan bahawa kita boleh merasa kesan tenaga?

Dan jika ukuran bukan kriteria yg sesuai, apakah kriteria yg sesuai? percaya?

http://en.wikipedia.org/wiki/Logic_model

Contoh '1+1=2' bukanlah pembuktian lengkap. Contoh != Bukti. Sekali lagi: "Sesuatu yang ada ruang untuk refutation adalah sesuatu yang tidak sempurna dan ada kelemahan" adalah sekadar pendapat anda. Tiada ahli akademik yang berkata demikian, jika tidak, anda sudah tentu membawa kajian dari ahli akademik tersebut.

Saya memberi contoh / bukti bahawa 1+1=2 adalah sesuatu yang tidak mampu "diserang" secara akademik/logikal.

http://changingminds.org/disciplines/argument/making_argument/refuting_argument.htm

http://changingminds.org/disciplines/argument/making_argument/toulmin.htm

Apa yg anda sedang lakukan sekarang adalah satu contoh refutation kepada hujah saya kerana anda anggap ia punya kelemahan, betul?

"Segalanya" dan "senjata kimia" adalah dua perkara berbeza. Perbandingan anda tidak tepat. Sila hadirkan hujah yang tepat.

Kenapa saya tidak boleh membuat perbandingan secara parallel dan ratio? bukankah ini salah satu kaedah matematik dalam theorem pythagoras

seseorang yg berkuasa seperti menteri kewangan akan mengira belanjawan negara (bekerja), seseorang petani menanam sayur sayuran (bekerja). Apa beza nya dari sudut pekerjaan?

Citarasa Tuhan bukanlah terminologi yang tepat. Dan saya tidak pasti apa yang cuba anda sampaikan apabila berkata "nabi berkomunikasi dengan manusia yang juga mempunyai citarasa berbeza / sama dengan "Tuhan"".
Bukankah agama harus berlandaskan kepada kehendak dan citarasa Tuhan? saya katakan bahawa nabi (manusia) berkomunikasi dengan manusia lain untuk sampaikan ajaran/citarasa/kehendak Tuhan.

1. Sila bawa kajian sains untuk menyokong hujah anda bahawasanya virus boleh tercipta sendiri.
2. Maaf, kita bukannya berbincang mengenai kemungkinan yang direka oleh anda. Sila bawa kajian sains.
3. Apa yang saya cari ialah bukti "tercipta sendiri". Link yang anda post tidak langsung menyatakan bahawasanya bintang itu tercipta sendiri. Adakah anda cuba lari dari membawa bukti?
1. Saya bawakan kepada anda manusia mencipta suatu bentuk komputer virus yg mana self-replicate. http://hackthedark.blogspot.com/2012/06/create-self-replicating-virus-in-c.html . Jika manusia mampu mencipta sesuatu yg self-replicate / self-created, secara logikal, jika tuhan ada, Tuhan pasti jauh lebih berkemampuan untuk mencipta sesuatu yang self created / self replicate betul?

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC114820/

2. Sila rujuk human evolution.

3. The Jeans mass can be estimated in a number of ways, but perhaps themost relevant one is to note that if star-forming cloud cores are created by
turbulent compression and are confined at least initially by the ambient nonthermal pressure in molecular clouds

Thus, if the simulations that have been made so far are a good guide,
they suggest that the star-forming clumps in molecular clouds are created by
turbulent motions and that they are compressed to their high observed densities
by the same fluctuating pressures that pervade molecular clouds and help to
support them against gravity on larger scales.

http://www.astro.yale.edu/larson/papers/Ringberg97.pdf

Bintang yg mati;

A star will eventually use up most of it's hydrogen and be left with helium. At this time there is not enough pressure crushing down on the star to create a nuclear reaction with helium. Nuclear reactions cease inside the star, and because there is no longer any outward push from fusion, the star begins to collapse upon its self

Jadi, setakat ini, sains mempunyai hujah dari mana asal usul ciptaan bintang, dan juga hujah mengenai bahawa bintang boleh mati secara sendiri.

Sekali lagi, saya hanya melihat pada evidence dan bukannya bertaklid buta. Saya tidak mempunyai masalah untuk berbincang dengan mereka yang berlainan mazhab. Saya harus mengkaji dahulu pandangan mereka sebelum membuat apa-apa kesimpulan.
Ini termasuk dengan mereka yg xda agama dan mereka yg percaya kpd tuhan tetapi tidak beragama kan? Pendek kata; anda perlu memberikan layan adil dan sama rata kepada semua golongan betul?

Itu adalah anggapan anda sahaja. Boleh jadi ahli akademik tersebut tersilap; ahli akademik pun manusia juga.

Jadi jika ahli akademik itu tersilap, kenapa anda perlukan bukti daripada ahli akademik? jika manusia melakukan kesilapan, maka ia harus dibetulkan bukan?

Dalam akademik, kesalahan meninggalkan satu meaning menunjukkan suatu bentuk kelemahan hujah bukan?

Tidak tepat; boleh jadi ahli akademik tersebut telah pun membuat kajian dan mendapati bahawasanya translasi "a bird" dan "to strain out one's neck" bukanlah translasi yang sesuai dengan konteks ayat, jadi mereka mengeluarkan translasi tersebut.
Bukankah mereka harus membuat analisis terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan? sekurang-kurangnya memberi punca kenapa tidak gunakan translasi yg lain?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2013 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
eherm kalo kena ngan kekdahnya, agama & sains (esp. bidang quantum physic) muleh naa at least hypothetically mencapai harmoni sesama?

bleh wat mcm mamat kokesen syoksendrik but highly likely lunatically genius ni haa supaya hangpa takyah dok bertekak tadak abeh ujongnyaaa keh keh keh



Last edited by loQlaQ on 30-8-2013 01:08 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 04:44 AM | Show all posts
Lejen posted on 29-8-2013 08:35 AM
tapi bila org nak kritik kebenaran tu tak boleh pulak, pelik betul..

kalu al quran tu betu ...
tapi bila org nak kritik kebenaran tu tak boleh pulak, pelik betul..

kalu al quran tu betul, tak salah org nak kaji bukan?
Dh tau kebenaran pastu nk kritik, pelik khen...
- Ramai je yg kaji Al-Quran sbb mereka berakal.

kebenaran apa yg agama bawa? sains tu takda dlm kitab? pastu pasal apa depa agama compare dgn sains lak?
Agama ada kitab drpd Pencipta - Kebenaran
Ketetapan tau ketetapan?
96:4-5 He Who taught (the use of) the pen, Taught man that which he knew not.
Hang tau kan sains tu apa?
Sapa yg compare? Compare apa? Pemikiran ka kitab?

Sbb ada beza school of thought ni berasal daripada interpolasi dari agama kan? ka yang ni salah xda agama?

Bila aku kata agama ni punca kpd perbezaan mazhab, apa yg salah kenyataan aku tu?
Thoughts tu pemikiran kn? Interpolasi tu mengembangkan pemikiran kn?
Yg berubah tu agama ke pemikiran, dol?
- kenyataan hang tu salah le sbb yg berfikir tu manusia khen...

Tp yg tinggi crime rate, jenayah sana sini semua negara yg majority beragama. Sekalipun yg xda agama x dpt kawal hawa nafsu mereka, masalah itu hanya masalah depa bukanlah sampai ke peringkat global.

yg ada agama pun x dpt kawal nafsu jugak.
Dh hang akui tiada negara beragama kn?
Common law, hukum, undang-undang, etc. hang tau kn?
Apa kena-mengena majoriti beragama dgn kadar jenayah?
- hang tolong jelas detail sket ye...jgn lari dulu.

Yg jadi global tu sbb hawa nafsu tu kawal manusia yg kawal kebykan manusia yg ikut hawa nafsu - bole faham ke ni?
- bila agama diketepikan tanpa laksana i.e. xda agama

apsal yg xda agama xtau bila nak guna logik, sains dan sejarah? sedangkan yg ada agama tau pulak? kalu yg ada agama tau bila nak guna sains, pasal apa ada sains yg bercanggah dgn agama?

baik/buruk, benar/palsu etc bukan sahaja boleh ditentukan oleh agama; budaya dan undang-undang pun mainkan peranan jugak.

So kalu sains asal manusia, agama pun asalnya dari "manusia" jugak, apa bezanya?
Sbb pendekatan logistiknya salah.
- pendek kata, misscoordinate...menyondol tanpa ketetapan ilahi.

1. Budaya
2. Undang-undang
Sila buktikan asalnya 'bukan' drpd kebenaran, tq.

Agama tu drpd Pencipta dgn kitab melalui nabi/rasul a.s. kpd manusia
Sains diguna sbg alat utk bantu/mudahkan kehidupan (agama)
- Kalo xde manusia xde la agama xde la sains...

Tu kitab agama yg kata, bukan aku kata . Lagipun Adam bukan hang atau aku..

Bila depa nak samakan Tuhan dgn sesuatu yg lain tetaplah agama, cuma depa "menyimpang" dr agama asal.

Kalu aku ikut logik hang;

Aku suka makan mi hun goreng (asal/ori) tapi hang suka mi hun goreng basah + udang (dah ada penambahan), so, mi hun goreng basah + udang hang ni kita boleh kata xda makanan ka?
Hang yg kata (in black):
Adam "nampak" Tuhan sebab tu ia bukan lagi kepercayaan tapi logikal.
Buktikan (in red) kitab agama yg kata!

Kalo yg xda agama hang kata 'menyimpang' malah dikatakan agama
maka, jgn le panggil Atheist ka agnostic ka...sbb depa pn ada agama.
Logik khen bila semua makan mi hun...
- Kalo suka itu x suka ini tu bkn agama tp hawa.

Kalu ada hukuman tu biarlah logikal dan ikut FITRAH. Faham ka? Lain la kalu si dia ni membunuh org barulah dia tu patut pun kena bunuh.
Jadi sebagai agama fitrah, tang mana fitrah bunuh org yg hina nabi ni?

Apsal kalu Kristian tanya ahli tp kalu hal Isle kena rujuk kitab?

Logiknya, fitrah tu aman maka hapuskan le si pencetus huru-hara.
- x faham lg ka?

Semua pn kna rujuk kitab, tp klo x fokus bahasa cmne?
- yg ahli tu mesti le yg fokus bahasa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 07:57 AM | Show all posts
Lejen posted on 29-8-2013 10:16 AM
Saya cadangkan anda masuk wikipedia dan melihat reproductive system bagi male.

Saya tidak ada i ...
@Lejen
Saya cadangkan anda masuk wikipedia dan melihat reproductive system bagi male.

Lihat point saya yang lepas:
6) Kebanyakan mereka tidak berupaya berdiskusi secara rasional dan reasonable. Apabila bukti diminta, sama ada mereka menghilangkan diri atau melengah-lengahkannya.

Memandangkan anda gagal membawa bukti kukuh, maka dengan ini dapat disimpulkan bahawasanya hujah 'kontradiksi' tersebut mempunyai keraguan dan tiada sebab untuk diteruskan perbincangan mengenainya.

---
@Lejen
Google translate bukan bukti?

Sila bawa link translate tersebut sebagai bukti.

---
@Lejen
Jadi anda juga perlu merujuk kpd translasi yg disediakan dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris sama ada ia bertepatan atau tidak bukan?

Saya merujuk kepada translasi, tetapi tidak bergantung pada translasi sepenuhnya kerana membaca translasi sahaja bukanlah cara yang tepat dalam mempelajari ilmu yang pada asalnya ditulis dalam bahasa lain. Boleh jadi kita tidak faham apa yang translator cuba sampaikan daripada ayat asalnya.

---
@Lejen
kerana anda anggap singularity point sebagai tuhan. jika tidak, anda tidak akan menolak teori segalanya bermula dari sifar.

Itu adalah pendapat anda sahaja. Saya tidak pernah anggap singularity point sebagai Tuhan.

---
@Lejen
tetapi saya yakin dengan susunan seperti ini.
0 ---> 1 ---> 2 dan seterusnya. susunan ini logikal bagi saya, ia juga terbukti secara matematik.

Oleh kerana saya tidak ada bukti setakat ini dalam sains, adalah tidak munasabah anda meminta everything starts from zero dari kaca mata sains. Saya ulang sekali lagi, jika ada terbukti NANTI, saya berbesar hati untuk tunjukkan kepada anda.

'yakin' adalah sesuatu yang subjektif dan bukannya boleh dijadikan hujah yang kuat. Memandangkan anda tiada bukti yang kuat untuk menyokong hujah anda, maka saya berpendapat hujah 'everything starts from zero' yang anda bawa ini terpaksalah dihentikan di sini.

---
@Lejen
Suatu ritual yang mencederakan diri (hindu, syiah) adalah salah satu evidence. ada pelbagai agama lain yg melakukan ritual dan kepercayaan yg tidak logikal. ini adalah pengetahuan umum dan bukanlah sekadar pendapat.

Disebabkan itulah kita harus melihat/mengkaji setiap evidence yang ada sebelum mencapai sesuatu konklusi.

---
@Lejen
tiada ending. eternal.

Adakah 'tiada ending' sahaja? Maka sudah tentu ianya bukanlah Tuhan.

---
@Lejen
1. Apakah bumi bukan tempat?
2. Bukankah anda yang bawakan translasi "pure" menurut rujukan anda sendiri?

1. Apa yang anda cuba sampaikan? Adakah ayat Al-Quran tersebut membincangkan 'bumi bukan tempat'?
2. Sila lihat balik apa yang saya kata. Saya tidak pernah katakan bahawasanya "pure bukanlah suci tetapi bersih dan suci." Itu adalah rekaan anda sahaja.

@Lejen
Hujah anda menjadi kuat? Ayat itu terang terang mengatakan bahawa terdapat tempat yg free pollution dan ada yg pollution. jadi secara logik, terdapat hujan yg turun dari langit terkena udara yg polluted dan mencemarkan air, logik?

Ya, menjadi kuat. Hakikatnya ayat Al-Quran tersebut dengan jelas menyebut tentang air hujan yang bersih dan langsung tidak membincangkan tentang air hujan yang tercemar, air hujan yang berasid dan juga tempat yang tercemar. 'Kontradiksi' yang anda nyatakan ini adalah interpolasi hasil daripada imaginasi anda sahaja.

---
@Lejen
Saya merasakan anda confuse dan memaksakan diri untuk berhujah. Anda telahpun membuat statement bahawa kemungkinan muncul tenaga sebelum tenaga yg selepas big bang adalah tidak logikal.

http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/thermo/inteng.html

Jika anda tidak membuat statement "keluarkan tenaga yg berada dlm sistem" bermaksud anda setuju bahawa tenaga itu ada dalam sistem. Jadi persoalannya adalah, anda tahu bahawa tenaga mampu berubah form bukan?

Adakah meminta bukti bermaksud confuse?

Link yang anda bawa langsung tidak membincangkan kenyataan anda: "tenaga internal dalam sesuatu oleh itu ia terjadi sendiri".

"keluarkan tenaga yang berada dalam sistem" bukanlah kenyataan saya. Itu adalah interpolasi anda sahaja. Seperti yang saya katakan, saya hanya berhujah berdasarkan evidence.

Sekali lagi, sila bawa evidence dari ahli akademik bagi menyokong kenyataan anda: "tenaga internal dalam sesuatu oleh itu ia terjadi sendiri".

---
@Lejen
Manusia mempunyai ability untuk berfantasi (kerana zaman dahulu sains dan teknologi x secanggih sekarang). Jadi manusia mampu berfantasi bahawa ia adalah Tuhan.

Sekali lagi anda gagal menjawab soalan saya. Sudah saya terangkan, apa-apa sahaja 'nama objek' yang manusia fantasikan, ianya mestilah berasaskan objek yang wujud secara realiti. Anda tidak boleh lari dari kenyataan tersebut.

@Lejen
Hujah saya tentang tenaga bukanlah wujud selepas perkataan tuhan, ia wujud sejak lama selari dengan manusia yg ingin mengkaji ketuhanan.

Itu adalah pendapat anda sahaja, sila sertakan evidence 'selari' tersebut.

---
@Lejen
Kita juga boleh merasa tenaga, adakah anda perlukan bukti mengenai rasa juga? bukankah anda sendiri katakan bahawa kita boleh merasa kesan tenaga?

Dan jika ukuran bukan kriteria yg sesuai, apakah kriteria yg sesuai? percaya?

Anda salah faham.
@Lejen
Disebabkan Tuhan tidak boleh diukur berbanding tenaga, secara logiknya bagi saya hujah yang logikal adalah tenaga berbanding tuhan.

Anda menggunakan kriteria 'Tuhan tidak boleh diukur' dan cuba membuat perbandingan dengan tenaga. Persoalannya, mengapa anda menggunakan kriteria dan perbandingan tersebut? Adakah terdapat ahli akademik yang menggunakan kriteria dan perbandingan tersebut untuk mencapai keputusan logikal?

---
@Lejen
Saya memberi contoh / bukti bahawa 1+1=2 adalah sesuatu yang tidak mampu "diserang" secara akademik/logikal.
http://changingminds.org/disciplines/argument/making_argument/refuting_argument.htm
http://changingminds.org/disciplines/argument/making_argument/toulmin.htm
Apa yg anda sedang lakukan sekarang adalah satu contoh refutation kepada hujah saya kerana anda anggap ia punya kelemahan, betul?

Erk... Anda pergi terlalu jauh. Sudah saya katakan contoh bukanlah bukti. Saya juga boleh refute contoh '1+1=2' anda dengan mudah. Dalam sistem penomboran base 2; 1+1=2 adalah salah, yang betulnya ialah 1+1=10. Maka terbukti contoh yang anda bawa ini mempunyai ruang untuk refutation. Itu sebabnya saya katakan 'contoh' bukanlah pembuktian lengkap, ianya tidak merangkumi semua kes untuk menyokong hujah anda. Untuk kesekian kalinya, sila bawa bukti dari ahli akademik dan bukannya contoh.

---
@Lejen
Kenapa saya tidak boleh membuat perbandingan secara parallel dan ratio? bukankah ini salah satu kaedah matematik dalam theorem pythagoras

seseorang yg berkuasa seperti menteri kewangan akan mengira belanjawan negara (bekerja), seseorang petani menanam sayur sayuran (bekerja). Apa beza nya dari sudut pekerjaan?

Anda tidak faham. Post kali ini anda membandingkan manusia (menteri kewangan) dengan manusia (petani). Post yang lepas, anda cuba membandingkan Tuhan dengan manusia (Mr. X). Bukankah itu perbandingan yang tidak logikal? Itulah yang menjadi persoalannya sekarang ini.

---
@Lejen
Bukankah agama harus berlandaskan kepada kehendak dan citarasa Tuhan? saya katakan bahawa nabi (manusia) berkomunikasi dengan manusia lain untuk sampaikan ajaran/citarasa/kehendak Tuhan.

Apakah yang cuba disampaikan dengan perbezaan 'citarasa' ini?

---
@Lejen
1. Saya bawakan kepada anda manusia mencipta suatu bentuk komputer virus yg mana self-replicate. http://hackthedark.blogspot.com/2012/06/create-self-replicating-virus-in-c.html . Jika manusia mampu mencipta sesuatu yg self-replicate / self-created, secara logikal, jika tuhan ada, Tuhan pasti jauh lebih berkemampuan untuk mencipta sesuatu yang self created / self replicate betul?
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC114820/

Sekali lagi, contoh yang salah. Virus komputer yang pertama telah dicipta oleh manusia. Selepas wujud virus yang pertama, barulah virus tersebut replicate. Replicate pun disebabkan oleh instruction (programming) yang ditulis oleh manusia. Jadi virus tersebut bukanlah tercipta sendiri pada asalnya. Self-replicate bukanlah 'tercipta sendiri'. Anda cuma membawa contoh self-replicate dan bukannya 'tercipta sendiri'.

---
@Lejen
2. Sila rujuk human evolution.

Hujah asal anda ialah 'Pencipta mencipta sebahagian'. Adakah teori human evolution ada mengatakan 'Pencipta mencipta sebahagian'?

---
@Lejen
Thus, if the simulations that have been made so far are a good guide, they suggest that the star-forming clumps in molecular clouds are created by turbulent motions and that they are compressed to their high observed densities by the same fluctuating pressures that pervade molecular clouds and help to support them against gravity on larger scales.

Bintang yg mati;
A star will eventually use up most of it's hydrogen and be left with helium. At this time there is not enough pressure crushing down on the star to create a nuclear reaction with helium. Nuclear reactions cease inside the star, and because there is no longer any outward push from fusion, the star begins to collapse upon its self

Sekali lagi, 'bukti' yang anda bawa langsung tidak menyatakan bintang itu 'tercipta sendiri'.

---
@Lejen
Ini termasuk dengan mereka yg xda agama dan mereka yg percaya kpd tuhan tetapi tidak beragama kan? Pendek kata; anda perlu memberikan layan adil dan sama rata kepada semua golongan betul?

To a certain extent, yes. Seperti yang saya katakan, saya perlu melihat/mengkaji sesuatu kes itu terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kesimpulan.

---
@Lejen
Jadi jika ahli akademik itu tersilap, kenapa anda perlukan bukti daripada ahli akademik? jika manusia melakukan kesilapan, maka ia harus dibetulkan bukan?

Dalam akademik, kesalahan meninggalkan satu meaning menunjukkan suatu bentuk kelemahan hujah bukan?

Di dunia ini bukannya ada seorang sahaja ahli akademik. Jika seorang silap, kita boleh refer pada yang lain. Apakah yang dimaksudkan dengan satu 'meaning'? Seperti yang saya katakan, saya perlu melihat/mengkaji sesuatu kes itu terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kesimpulan.

---
@Lejen
Bukankah mereka harus membuat analisis terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan? sekurang-kurangnya memberi punca kenapa tidak gunakan translasi yg lain?

Saya tidak berani membuat konklusi bagi pihak mereka. Mungkin mereka sudah membuat analisis, tetapi seperti yang saya katakan, kesilapan masih boleh berlaku kerana manusia itu tidak lari dari kesilapan.



Last edited by mashimaru83 on 30-8-2013 08:02 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 01:25 AM | Show all posts
bukan masalah agama dunia ni huru hara

masalah tiada keadilan dalam dunia ni.

dunia ni mcm haramjadah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2013 10:18 AM | Show all posts
mashimaru83 posted on 30-8-2013 07:57 AM
Lihat point saya yang lepas:

Memandangkan anda gagal membawa bukti kukuh, maka dengan ini dap ...
Lihat point saya yang lepas:
6) Kebanyakan mereka tidak berupaya berdiskusi secara rasional dan reasonable. Apabila bukti diminta, sama ada mereka menghilangkan diri atau melengah-lengahkannya.

Memandangkan anda gagal membawa bukti kukuh, maka dengan ini dapat disimpulkan bahawasanya hujah 'kontradiksi' tersebut mempunyai keraguan dan tiada sebab untuk diteruskan perbincangan mengenainya.
Sila jelaskan kepada saya maksud melengah-lengahkan atau menghilang diri apabila saya memberikan anda rujukan wikipedia bagi reproductive system bagi male.

mungkin anda tidak faham kenyataan saya yang paling mudah itu, oleh itu saya berikan link.

http://en.wikipedia.org/wiki/Reproductive_system

http://biology.clc.uc.edu/courses/bio105/reproduc.htm

Anda mempunyai definasi "gagal" yang pelik.

Sila bawa link translate tersebut sebagai bukti.

Sekali lagi, satu permintaan yang anda sendiri mampu buat.

http://translate.google.com/#en/ms/timeframe

Saya merujuk kepada translasi, tetapi tidak bergantung pada translasi sepenuhnya kerana membaca translasi sahaja bukanlah cara yang tepat dalam mempelajari ilmu yang pada asalnya ditulis dalam bahasa lain. Boleh jadi kita tidak faham apa yang translator cuba sampaikan daripada ayat asalnya.

kita perlu merujuk kepada naskah asal dan juga translasi lain bukan? Setuju?

Itu adalah pendapat anda sahaja. Saya tidak pernah anggap singularity point sebagai Tuhan.
Jadi tiada point untuk diskus singularity point. Kerana kita berbicara pasal Tuhan.

'yakin' adalah sesuatu yang subjektif dan bukannya boleh dijadikan hujah yang kuat. Memandangkan anda tiada bukti yang kuat untuk menyokong hujah anda, maka saya berpendapat hujah 'everything starts from zero' yang anda bawa ini terpaksalah dihentikan di sini.
bukankah anda juga tidak mampu membuktikan singularity point? bezanya saya memberi rujukan kitab dan sains/matematik. sedangkan anda tidak langsung memberi rujukan anda.

secara logikal, hujah saya jauh lebih kuat berbanding anda. namun jika anda mahu menghentikan di sini, saya faham kerana anda sendiri tidak mampu refute dari kitab dan sains/matematik.

Disebabkan itulah kita harus melihat/mengkaji setiap evidence yang ada sebelum mencapai sesuatu konklusi.
kaji / lihat evidence harus berpaksi kepada ajaran kitab / pesuruh (nabi) dan ritual penganutnya betul?

Adakah 'tiada ending' sahaja? Maka sudah tentu ianya bukanlah Tuhan.
Bukankah sebelum ini saya katakan sebahagian? bukan semua sifat tuhan ada pada ciptaannya.

oleh itu jika saya katakan ciptaan tuhan menyerupai sebahagian kecil / besar sifat tuhan, kenyataan ini benar bukan?

1. Apa yang anda cuba sampaikan? Adakah ayat Al-Quran tersebut membincangkan 'bumi bukan tempat'?
2. Sila lihat balik apa yang saya kata. Saya tidak pernah katakan bahawasanya "pure bukanlah suci tetapi bersih dan suci." Itu adalah rekaan anda sahaja.
1. maafkan saya, saya tidak ingin melanjutkan perbicaraan ini. saya nampak anda cuba mengelak dan memberi hujah balas yg lemah.
2. see above.

Ya, menjadi kuat. Hakikatnya ayat Al-Quran tersebut dengan jelas menyebut tentang air hujan yang bersih dan langsung tidak membincangkan tentang air hujan yang tercemar, air hujan yang berasid dan juga tempat yang tercemar. 'Kontradiksi' yang anda nyatakan ini adalah interpolasi hasil daripada imaginasi anda sahaja.
See above.

Adakah meminta bukti bermaksud confuse?

Link yang anda bawa langsung tidak membincangkan kenyataan anda: "tenaga internal dalam sesuatu oleh itu ia terjadi sendiri".

"keluarkan tenaga yang berada dalam sistem" bukanlah kenyataan saya. Itu adalah interpolasi anda sahaja. Seperti yang saya katakan, saya hanya berhujah berdasarkan evidence.

Sekali lagi, sila bawa evidence dari ahli akademik bagi menyokong kenyataan anda: "tenaga internal dalam sesuatu oleh itu ia terjadi sendiri".

Saya juga tidak ingin melanjutkan perbicaraan ini. Saya memberi pelbagai bukti dan anda tetap tidak akan percaya. maafkan saya, ini hanya membuang masa saya.

Sekali lagi anda gagal menjawab soalan saya. Sudah saya terangkan, apa-apa sahaja 'nama objek' yang manusia fantasikan, ianya mestilah berasaskan objek yang wujud secara realiti. Anda tidak boleh lari dari kenyataan tersebut.
begitu juga tenaga. apa yang anda hendak buktikan?

Itu adalah pendapat anda sahaja, sila sertakan evidence 'selari' tersebut.
Saya sudahpun suruh anda melihat "The Law of Attraction" di mana manusia mengatakan bahawa tuhan dan tenaga adalah sama, tuhan xda tapi yg ada tenaga etc.

Anda salah faham.
@Lejen
Disebabkan Tuhan tidak boleh diukur berbanding tenaga, secara logiknya bagi saya hujah yang logikal adalah tenaga berbanding tuhan.

Anda menggunakan kriteria 'Tuhan tidak boleh diukur' dan cuba membuat perbandingan dengan tenaga. Persoalannya, mengapa anda menggunakan kriteria dan perbandingan tersebut? Adakah terdapat ahli akademik yang menggunakan kriteria dan perbandingan tersebut untuk mencapai keputusan logikal?
Persoalan nya sepatutnya bukan mengapa menggunakan kriteria berkenaan, persoalan yg lebih penting adalah mengapa tidak boleh.

Keputusan logikal harus sesuatu yg nyata / boleh diukur / berdasarkan EVIDENCE. Saya sudah memberikan link dan terpulang kepada anda untuk menerima atau tidak.

Jadi saya tanya kenapa anda, jika kriteria ukur tidak boleh digunakan untuk tuhan, apakah kriteria nya?

Erk... Anda pergi terlalu jauh. Sudah saya katakan contoh bukanlah bukti. Saya juga boleh refute contoh '1+1=2' anda dengan mudah. Dalam sistem penomboran base 2; 1+1=2 adalah salah, yang betulnya ialah 1+1=10. Maka terbukti contoh yang anda bawa ini mempunyai ruang untuk refutation. Itu sebabnya saya katakan 'contoh' bukanlah pembuktian lengkap, ianya tidak merangkumi semua kes untuk menyokong hujah anda. Untuk kesekian kalinya, sila bawa bukti dari ahli akademik dan bukannya contoh.
Anda nampak bahawa untuk refute, anda perlukan "sudut lain" untuk refute. Jadi oleh itu saya katakan bahawa sesuatu yg boleh refute adalah lemah. Sama ada ia agama, matematik, sains, sejarah atau apa sekalipun, jika ada kelemahan sudah pasti ada ruang untuk refutation. malah ada banyak permasalahan matematik yg x boleh / belum boleh diselesaikan.

sama ada ia bukti atau contoh, ia masih ada ruang untuk refutation. bukan saya ingin persoalkan itu bukti atau contoh. saya cuma katakan bahawa sesuatu yg ada ruang refutation, ada kelemahan. itu sahaja.

dan sesuatu yg ada kelemahan tidak datang dari tuhan, setuju?

Anda tidak faham. Post kali ini anda membandingkan manusia (menteri kewangan) dengan manusia (petani). Post yang lepas, anda cuba membandingkan Tuhan dengan manusia (Mr. X). Bukankah itu perbandingan yang tidak logikal? Itulah yang menjadi persoalannya sekarang ini.

Saya membandingkan pekerjaan, bukan membanding siapa (manusia atau tuhan). Pekerjaan / Career / Tugasan  itulah yg saya bandingkan. kenapa saya tidak boleh bandingkan pekerjaan? kenapa ia tidak logikal?

Apakah yang cuba disampaikan dengan perbezaan 'citarasa' ini?

bukankah anda yg meminta evidence? umum tahu bahawa setiap agama di dunia mempunyai citarasa yg berbeza. jadi saya katakan bahawa Tuhan bagi setiap agama mempunyai citarasa yg berbeza kpd penganut agama, setuju?

Sekali lagi, contoh yang salah. Virus komputer yang pertama telah dicipta oleh manusia. Selepas wujud virus yang pertama, barulah virus tersebut replicate. Replicate pun disebabkan oleh instruction (programming) yang ditulis oleh manusia. Jadi virus tersebut bukanlah tercipta sendiri pada asalnya. Self-replicate bukanlah 'tercipta sendiri'. Anda cuma membawa contoh self-replicate dan bukannya 'tercipta sendiri'.
Saya bukan bawakan sesuatu yang terjadi sendiri. saya membawa hujah untuk katakan bahawa;

1. Manusia mampu mencipta sesuatu yang self-replicate, jika manusia mampu, tuhan juga mampu bukan?
2. Dan jika tuhan mampu mencipta sesuatu yg self-replicate, ia logikal bukan?

Oleh itu, jika saya katakan bahawa; tuhan mencipta sebahagian, dan tuhan juga mencipta sebahagian yg lain yg mampu self-replicate, self-construct, ia logikal bukan?

Hujah asal anda ialah 'Pencipta mencipta sebahagian'. Adakah teori human evolution ada mengatakan 'Pencipta mencipta sebahagian'?

Hujah atau kemungkinan? saya senaraikan 4 kemungkinan dulu. saya juga tidak berpegang kpd kemungkinan tersebut krn ia rapuh. tapi dari sudut akademik, ia juga perlu dibincangkan, setuju?

Sekali lagi, 'bukti' yang anda bawa langsung tidak menyatakan bintang itu 'tercipta sendiri'.

Oleh itu saya katakan sejak dulu belum ada sains yg buktikan terjadi sendiri. tapi mati sendiri itu ada banyak.. oleh kerana tidak ada, belum ada, tidak bermakna ia tidak logikal bukan?

sebab itu kita harus melihat dari sudut logikal, jika bintang boleh mati sendiri, boleh atau tidak bintang tercipta sendiri? created by turbulent motions (tenaga) bukanlah sesuatu yg dpt dikaitkan dgn tuhan.

To a certain extent, yes. Seperti yang saya katakan, saya perlu melihat/mengkaji sesuatu kes itu terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kesimpulan.

bukankah to a certain extent merujuk kepada limitation? bagaimana sesuatu akan ada nilai akademik jika punya limit?

Di dunia ini bukannya ada seorang sahaja ahli akademik. Jika seorang silap, kita boleh refer pada yang lain. Apakah yang dimaksudkan dengan satu 'meaning'? Seperti yang saya katakan, saya perlu melihat/mengkaji sesuatu kes itu terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kesimpulan.

Jadi kita boleh merujuk kpd ahli akademik lain, tapi ahli akademik juga merujuk kpd rujukan mereka betul? Apa yg saya maksudkan satu meaning adalah jika meaning yg satu itu tertinggal, maka ia hilang nilai akademik.

Saya tidak berani membuat konklusi bagi pihak mereka. Mungkin mereka sudah membuat analisis, tetapi seperti yang saya katakan, kesilapan masih boleh berlaku kerana manusia itu tidak lari dari kesilapan.

oleh kerana sesuatu yg bukan bidang anda, maka kita tidak boleh membuat konklusi bukan? bagaimana dgn sesuatu yg universal seperti agama, keselamatan, education dsbnya. adakah anda berani membuat konklusi?




Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 07:41 AM | Show all posts
Lejen posted on 2-9-2013 10:18 AM
Sila jelaskan kepada saya maksud melengah-lengahkan atau menghilang diri apabila saya memberikan a ...
@Lejen
Sila jelaskan kepada saya maksud melengah-lengahkan atau menghilang diri apabila saya memberikan anda rujukan wikipedia bagi reproductive system bagi male.

mungkin anda tidak faham kenyataan saya yang paling mudah itu, oleh itu saya berikan link.

http://en.wikipedia.org/wiki/Reproductive_system

http://biology.clc.uc.edu/courses/bio105/reproduc.htm

Anda mempunyai definasi "gagal" yang pelik.

Terima kasih kerana menghadirkan buktinya. Dari link di atas, dapat disimpulkan kesemua organ-organ yang terlibat dalam reproductive system terletak di antara loins (region of hips, groin and lower abdomen) dan ribs.

---
@Lejen
Sekali lagi, satu permintaan yang anda sendiri mampu buat.

http://translate.google.com/#en/ms/timeframe

Jelas sekali 'no timeframe' adalah 'tiada jangka masa' dan bukannya 'tiada had masa' seperti yang anda nyatakan sebelum ini.

---
@Lejen
bukankah anda juga tidak mampu membuktikan singularity point? bezanya saya memberi rujukan kitab dan sains/matematik. sedangkan anda tidak langsung memberi rujukan anda.

secara logikal, hujah saya jauh lebih kuat berbanding anda. namun jika anda mahu menghentikan di sini, saya faham kerana anda sendiri tidak mampu refute dari kitab dan sains/matematik.

Itu adalah pendapat anda sahaja. Hujah kuat apakah yang anda maksudkan? Anda sendiri kata, pembuktian sains masih lagi belum ada. Lihat pula rujukan Al-Quran yang anda gunakan:

He said, "Nay, your Lord is the Lord of the heavens and the earth, He Who created them (from nothing): and I am a witness to this (Truth). (Quran 21:56)

'them' yang dirujuk adalah 'heavens and earth' dan bukannya Tuhan itu sendiri.

---
@Lejen
kita perlu merujuk kepada naskah asal dan juga translasi lain bukan? Setuju?
kaji / lihat evidence harus berpaksi kepada ajaran kitab / pesuruh (nabi) dan ritual penganutnya betul?

Sudah tentu kita juga harus merujuk pakar bahasa kitab tersebut. Ritual penganutnya pula mestilah berpaksikan ajaran yang dibawa dalam kitab dan juga ajaran nabi/rasul.

---
@Lejen
Bukankah sebelum ini saya katakan sebahagian? bukan semua sifat tuhan ada pada ciptaannya.

oleh itu jika saya katakan ciptaan tuhan menyerupai sebahagian kecil / besar sifat tuhan, kenyataan ini benar bukan?

Tidak berapa tepat. Terdapat perbezaannya. Jika sesuatu itu dicipta kekal oleh Tuhan; sifat kekal tersebut mempunyai kebergantungan, iaitu kebergantungan kepada Tuhan, manakala sifat kekal Tuhan pula tiada kebergantungan.

---

@Lejen
1. maafkan saya, saya tidak ingin melanjutkan perbicaraan ini. saya nampak anda cuba mengelak dan memberi hujah balas yg lemah.
2. see above.

Terpulang kepada anda. Setakat ini anda hanya membawa interpolasi anda sendiri yang tidak berpandukan rujukan mereka yang memahami bahasa Arab.

---

@Lejen
Saya juga tidak ingin melanjutkan perbicaraan ini. Saya memberi pelbagai bukti dan anda tetap tidak akan percaya. maafkan saya, ini hanya membuang masa saya.

Hakikatnya 'pelbagai bukti' yang anda bawa itu langsung tidak menyentuh mengenai 'terjadi sendiri'. Nampaknya saya betul, apa yang anda nyatakan ini adalah rekaan anda semata-mata.

---

Sekali lagi anda gagal menjawab soalan saya. Sudah saya terangkan, apa-apa sahaja 'nama objek' yang manusia fantasikan, ianya mestilah berasaskan objek yang wujud secara realiti. Anda tidak boleh lari dari kenyataan tersebut.
@Lejen
begitu juga tenaga. apa yang anda hendak buktikan?

Tuhan dan tenaga wujud :-)

---

@Lejen
Saya sudahpun suruh anda melihat "The Law of Attraction" di mana manusia mengatakan bahawa tuhan dan tenaga adalah sama, tuhan xda tapi yg ada tenaga etc.

Ayat anda mempunyai kontradiksi. "Tuhan dan tenaga adalah sama" vs. "tuhan tiada tapi yang ada tenaga". Adakah benar "The Law of Attraction" mengatakan sedemikian?

---

@Lejen
Persoalan nya sepatutnya bukan mengapa menggunakan kriteria berkenaan, persoalan yg lebih penting adalah mengapa tidak boleh.

Keputusan logikal harus sesuatu yg nyata / boleh diukur / berdasarkan EVIDENCE. Saya sudah memberikan link dan terpulang kepada anda untuk menerima atau tidak.

Jadi saya tanya kenapa anda, jika kriteria ukur tidak boleh digunakan untuk tuhan, apakah kriteria nya?

Anda salah faham. Mari saya bawakan contoh: Bayi menangis kerana sakit dipukul oleh ibunya. Adalah logikal bagi bayi tersebut menangis kerana dipukul, tetapi jika menggunakan kriteria anda, apakah ukurannya?

---
@Lejen
dan sesuatu yg ada kelemahan tidak datang dari tuhan, setuju?

Tidak setuju. Sesuatu yang dicipta Tuhan sudah tentu mempunyai kelemahan.

---
@Lejen
Saya membandingkan pekerjaan, bukan membanding siapa (manusia atau tuhan). Pekerjaan / Career / Tugasan  itulah yg saya bandingkan. kenapa saya tidak boleh bandingkan pekerjaan? kenapa ia tidak logikal?

Okay. Lihat post asal anda:

@Lejen
Sesuatu yang lemah, zalim, negatif etc tidak sesuai dengan sifat tuhan bukan? Jika tuhan cipta sesuatu yang negatif (syaitan/neraka), maka ciptaan tuhan bersifat negatif.

Katakan Mr X mencipta senjata kimia utk manusia (sesuatu yang negatif), bolehkah kita anggap bahawa Mr X seorang yang negatif dan jahat?

Jika Tuhan mencipta neraka (negatif) untuk menghukum mereka yang sengaja melanggar perintahnya (negatif) tanpa bertaubat, adakah ianya sesuatu yang zalim?

---

@Lejen
bukankah anda yg meminta evidence? umum tahu bahawa setiap agama di dunia mempunyai citarasa yg berbeza. jadi saya katakan bahawa Tuhan bagi setiap agama mempunyai citarasa yg berbeza kpd penganut agama, setuju?

Maaf, mungkin saya terlupa. Memandangkan Tuhan itu satu, saya tidak pasti apakah yang anda maksudkan 'Tuhan bagi setiap agama', apakah ianya merujuk kepada Tuhan yang berbeza?

---

@Lejen
Oleh itu, jika saya katakan bahawa; tuhan mencipta sebahagian, dan tuhan juga mencipta sebahagian yg lain yg mampu self-replicate, self-construct, ia logikal bukan?

Logikal utk self-replicate tetapi tidak 'terjadi sendiri'. Self-replicate != terjadi sendiri.

---

@Lejen
Hujah atau kemungkinan? saya senaraikan 4 kemungkinan dulu. saya juga tidak berpegang kpd kemungkinan tersebut krn ia rapuh. tapi dari sudut akademik, ia juga perlu dibincangkan, setuju?

Anda boleh membincangkan sebanyak kemungkinan yang anda mahu, tapi haruslah disertakan evidence'nya. Teori human evolution yang dibawa oleh anda tidak menyatakan 'Pencipta mencipta sebahagian'. Anda boleh membawa seribu satu kemungkinan, tetapi dari sudut akademiknya, anda harus sertakan evidence. Setakat ini anda tiada evidence.

---

@Lejen
Oleh itu saya katakan sejak dulu belum ada sains yg buktikan terjadi sendiri. tapi mati sendiri itu ada banyak.. oleh kerana tidak ada, belum ada, tidak bermakna ia tidak logikal bukan?

sebab itu kita harus melihat dari sudut logikal, jika bintang boleh mati sendiri, boleh atau tidak bintang tercipta sendiri? created by turbulent motions (tenaga) bukanlah sesuatu yg dpt dikaitkan dgn tuhan.

Anda salah faham. Apa yang anda nyatakan di sini (tercipta sendiri) hanyalah kemungkinan yang tidak disokong oleh bukti sains. Seperti yang saya katakan, anda boleh membawa seribu satu kemungkinan dari kotak pemikiran anda, tetapi dari sudut akademiknya anda harus sertakan evidence. Link yang anda letak sebelum ini langsung tidak menyatakan bintang itu tercipta dengan sendiri.

---

@Lejen
bukankah to a certain extent merujuk kepada limitation? bagaimana sesuatu akan ada nilai akademik jika punya limit?

Tak semua manusia boleh tahu semua knowledge yang ada di dunia ini, atau dengan kata lain pengetahuan manusia adalah limited. Jadi, adakah ini bermaksud tiada nilai akademik?

---
@Lejen
Jadi kita boleh merujuk kpd ahli akademik lain, tapi ahli akademik juga merujuk kpd rujukan mereka betul? Apa yg saya maksudkan satu meaning adalah jika meaning yg satu itu tertinggal, maka ia hilang nilai akademik.

Apa yang anda lakukan di sini ialah anda cuba membuat generic statement atau rule: 'jika tertinggal satu meaning, maka hilang nilai akademik'. Rule yang anda guna ini terlalu generic dan saya tak pernah lihat para akademik lain menggunakan rule tersebut untuk menentu ukur nilai-nilai akademik sesuatu rujukan. Seperti yang saya kata, saya perlu mengkaji evidence'nya terlebih dahulu: siapakah ahli akademik tersebut, rujukan apakah yang dimaksudkan, meaning apakah yang tertinggal, kenapa/bagaimana translator tertinggal meaning tersebut, dan lain-lain lagi. Saya bukannya bertaklid buta mengambil rule yang dinyatakan anda untuk menentukan nilai akademik sesuatu rujukan tanpa sebab musabab yang jelas.

---
@Lejen
oleh kerana sesuatu yg bukan bidang anda, maka kita tidak boleh membuat konklusi bukan? bagaimana dgn sesuatu yg universal seperti agama, keselamatan, education dsbnya. adakah anda berani membuat konklusi?

Seperti yang saya katakan, saya perlu melihat evidence'nya terlebih dahulu seperti kes apa yang dibincangkan, konklusi apakah yang dimaksudkan, keberanian apakah yang dimaksudkan anda, dan lain-lain. Saya tidak boleh membuat konklusi berdasarkan statement anda yang terlalu generic.


Last edited by mashimaru83 on 4-9-2013 07:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 03:12 PM | Show all posts
@Lejen sibuk ke?
Xpa take ur time...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 11:19 AM | Show all posts
Sebenarnya bukan agama yang menjadi masalah dunia tetapi orang-orang yang memegang agama yang menjadi masalah dunia... Agama asalnya benar, diturunkan oleh Allah bermula dari Nabi Adam as. Namun apabila Nabi Adam as meninggal dunia, agama yang benar itu telah diselewengkan. Allah utuskan pula Nabi Isa, Nabi Nuh dan seterusnya diakhiri dengan Nabi Isa dan kemudiannya Nabi Muhammad saw. Tapi tetap juga agama yang telah lengkap diutuskan kepada Nabi Muhammad saw itu diselewengkan. Andai manusia benar-benar berpegang kepada agama Allah maka tidaklah kucar kacir bumi ini. Namun akibat ada Iblis yang menghasut maka ramai yang memilih untuk bersama Iblis dineraka. Oleh itu berpegang kuatlah dengan agama yang Allah yang Allah iktiraf iaitu Islam. Jangan lihat orang ISlam tetapi lihatlah al-Quran dimana terletaknya kandungan Islam yang sebenar sedang Nabi Muhammad itu adalah al-Quran bergerak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.072110 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list