CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
Post time 27-3-2013 06:47 PM | Show all posts
selalunya SR aja..tapi di sebabkan tindakan rahul tu...
arghhhh..kenapa nak buat lakonan tu depan eddie..
potong line betoiii laaa..hahahah

p/sssssttt  ladyF, saya salah seorang pemilik PLK...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2013 08:59 PM | Show all posts
UsuFie posted on 27-3-2013 04:22 PM
jgn pening..jgn pening...

Huhu...kurg jelas...igt lady speku main2...

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 10:27 PM | Show all posts
syanamir posted on 27-3-2013 04:21 PM
ye la sellie.. dah byk kali lady cakap mind teaser tu rahul....

biasa gay mmg otot kekar yer??... ...

Lahai...aku sorg jek x pawasan...huhu...maklumlah tertumpu fahmi jek....

Ada gak sya...jgn terkezut...gay yg jenis jaga penampilan...macm kat thai & jepun...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 10:04 AM | Show all posts
kita nak spekurama kat sini

1) Fahmi = Mujahid (semua dah tau)
2) Mind Teaser = Rahul ? ada betul ka Cik Puan Lady
3) Cicak Kobeng = Eddie ?

- Cicak Kobeng best friend Mujahid
- Cicak Kobeng suka pi gym
- Mujahid nak kahwin dgn Jiha
- Cicak Kobeng tahu berkenaan Jiha melalui teman serumah Jiha yang gila kan cicak kobeng tu......kalau tak macam mana Eddie tu boleh talifon tempat kerja jiha nak cakap dgn jiha je kan dan eddie tak mo cakap dgn kaunselor yang lain. pikir-pikirkanlah....

Sekian spekurama setakat hari ini.....konflik giler cerita ini kalau spekurama ini betul Last edited by redsentra on 28-3-2013 10:05 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 10:05 AM | Show all posts
redsentra posted on 28-3-2013 10:04 AM
kita nak spekurama kat sini

1) Fahmi = Mujahid (semua dah tau)

kalau cicak kobeng adalah bestfriend mujahid... adakah??????

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 10:07 AM | Show all posts
syanamir posted on 28-3-2013 10:05 AM
kalau cicak kobeng adalah bestfriend mujahid... adakah??????

mari memecahkan minda.. berfikir bersama ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-3-2013 10:09 AM | Show all posts
redsentra posted on 28-3-2013 10:04 AM
kita nak spekurama kat sini

1) Fahmi = Mujahid (semua dah tau)

Rahul=Mind Teaser.... dah revealed pg 21.

Meh buat koding spekurama...

If Cicak Kobeng = Eddie and Cicak Kobeng = BFF Mujahid
  Then Mujahid = GAY?  


--- koding ehsan dari Rahul.





Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 10:13 AM | Show all posts
meh coding ihsan dr saya...

if (cicakKobeng == "Eddie" && isCicakKobengBFFMujahid())
   cout<<" Mujahid aka Fahmi adalah seorang GAY!!!!!";

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2013 10:19 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 28-3-2013 10:09 AM
Rahul=Mind Teaser.... dah revealed pg 21.

Meh buat koding spekurama...

speku lagi... Mujahid kuat pegangan agama dia, jadi seboleh mungkin dia akan elakkan diri dia dari terjerumus menjadi gay.  Sebab kata Eddie kawan yang dia admirer tu tak mo buat mcm gay yang lain buat dan ingin berkahwin.... jeng jeng jeng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 10:19 AM | Show all posts
syanamir posted on 28-3-2013 10:13 AM
meh coding ihsan dr saya...

if (cicakKobeng == "Eddie" && isCicakKobengBFFMujahid())



ketawa saja... Tak perlu komen.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 10:25 AM | Show all posts
redsentra posted on 28-3-2013 10:19 AM
speku lagi... Mujahid kuat pegangan agama dia, jadi seboleh mungkin dia akan elakkan diri dia dari ...

jeng jeng jeng....

meh sambung hat semalam...

----


“How dare you touch my hand. Saya dah beri amaran pada awak, kan?” Aku memarahi Rahul sebaik sahaja kami sudah jauh meninggalkan Eddie. Tanganku yang berada di dalam genggamannya aku rentap kasar. Kali ini dia melepaskan.

“Kenapa tak boleh?” Soalnya.

“Saya orang Islam. Mana boleh bersentuhan antara lelaki dengan perempuan yang tiada pertalian. Saya lebih rela bersentuhan dengan anjing daripada membiarkan awak pegang tangan saya lagi.” Sengaja aku gunakan ayat yang kasar agar lelaki itu faham. Sudah berkali-kali aku beri amaran tapi dia masih berdegil. Rahul tertawa kecil sambil menggeleng. Aku tahu dia mengejek aku. Biarkanlah dia...

“Kalau macam tu, kenapa awak tak marah saja saya depan Eddie tadi?”

Aku menelan liur setelah mendengar kata-katanya.

“Sebab awak sebenarnya berterima kasih dengan saya...  I saved you from him, right?”

Aku melepaskan keluhan sambil merenung tajam ke wajahnya. “Ok... terima kasih. Now you can go.” Kataku sinis.

“Follow me. Dona is waiting.” Sekali lagi Rahul cuba meraih lengan aku tapi lekas-lekas aku mengelak. Malah aku pukul tangannya dengan beg tanganku. Geram aku dengan kedegilannya itu. Tak reti bahasa betul!

“Wauuu! Garangnya...” Rahul tertawa.

“Awak jangan ingat saya main-main!” Aku memberi amaran lagi.

“Tapi saya tengok ramai saja lelaki dan perempuan Melayu berpegangan tangan. Yang berpelukan pun ramai.” Rahul mempertikai aku pula.

“Jangan samakan saya macam orang lain.” Aku memarahinya lagi. Dia menjungkit kening tinggi-tinggi sambil merenung aku.



Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 10:27 AM | Show all posts
...kijamnya korang sampai hati sampai kaki korg speku2 mujahid my warrior ke arah songsang itu...mukan dia gak ke yg beriya patah2kn statment pasal gayah2 songsang nih?...tidakkkkkkkkk aku tak purcayaaaaaaaaaaaaaa....!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 10:29 AM | Show all posts
“Hebat prinsip awak.” Tuturnya kemudian.

“Ini bukan sekadar prinsip. Ini hukum.” Aku menjelaskan dengan tegas. Biar lelaki itu faham dalam Islam, perkara ini adalah larangan Tuhan.

“Oh... ok... I guess I have to respect that. I'll try to behave next time. But I cannot promise.”

Aku pandang wajahnya lagi sambil mengetap bibir. Dalam pada kata nak menghormati pendirian aku, masih lagi dia nak main-main dengan mengacah-acah sebegitu. Hmm... Adakah dia akan mengotakan segala kata-katanya? Atau ayat I cannot promise itu menunjukkan yang dia akan lakukan lagi bila ada peluang? Hatiku bersangka-sangka.
“So, can we make a move now?” Kali ini dia bersikap seperti lelaki yang bertertib.

“Nak pergi mana?” Soal aku naif. Memanglah aku mahu ke rumahnya menemui Dona tapi aku memang langsung tak menunggukan kedatangannya. Malah aku tak pernah beritahu pun dia yang aku nak datang.

“Balik lah... Dona asked me to fetch you.” Tuturnya.

Aku terdiam. Dona ni!!! Aku menjerit dalam hati marahkan Dona. Aku perasan sudah banyak kali Dona cuba merapatkan hubungan aku dengan abangnya. Apa motif Dona, aku tak pasti.

“Saya boleh pergi naik teksi. Awak tak payahlah susah susah sebab saya.” Aku mahu menunjuk ego. Marah aku sebenarnya masih belum reda.

“Saya pun memang nak balik ni. Nanti Dona marah sebab saya dah janji nak ambil awak.”

“Saya ada hal sikit. Nanti saya datanglah. Awak tak perlu tunggu saya.” Aku masih lagi berdegil. Lama Rahul merenung aku. Tak dapat aku menterjemah apa yang tersedik di dalam hatinya ketika ini. Atau... mungkinkah dia merasakan aku ni saja nak jual mahal?

“Saya akan beritahu Dona saya datang sendiri. Awak jangan bimbang. Dona faham.” Aku menyambung lagi apabila Rahul masih tak bersuara.

“Look... if you want me to force you, then I have to touch you.” Wajahnya masih lagi serius memandang aku. Aku jadi gugup.

Akhirnya aku mengalah kerana bimbang dia paksa aku dan menyentuh aku lagi. Perlahan-lahan aku mengatur langkah jalan beriringan dengannya menuju ke ruang di mana keretanya diparkir.

**********
Last edited by ladyFinger12 on 28-3-2013 10:34 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 10:31 AM | Show all posts
sellie003 posted on 28-3-2013 10:27 AM
...kijamnya korang sampai hati sampai kaki korg speku2 mujahid my warrior ke arah songs ...

Relaks lah cik sellie... Itukan spekurama?

If.... then



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 10:37 AM | Show all posts
“Eddie tu siapa?” Rahul menyoal ketika kami sudah pun berada di dalam keretanya. Namun aku malas menjawab pertanyaannya kali ini. Tak perlu pun.

“Boleh tahan... body pun mantap. Mesti rajin pergi gym.” Kata pujian yang keluar dari mulut Rahul membuatkan kening ku bertaut dan dahiku berkerut. Oh my! Lelaki memuji lelaki?

“But he's gay.” Sambungnya kemudian. Kian dalam tenungan aku ke wajahnya. Macam mana dia tahu? Rahul tersengih melihat reaksi muka aku yang terperanjat.

“Mana awak tahu? Memandai aje tuduh orang. Tak baik tau!” Aku memarahinya. Namun dalam hati, aku kagum juga Rahul boleh tahu Eddie itu lelaki gay.

“Oh, saya tahu... Hanya gay yang mengenali gay.” Kata-kata Eddie aku guna pakai untuk menyindir Rahul sebaik sahaja aku teringatkan kata-katanya sedikit masa dahulu. Namun Rahul langsung tidak memberi sebarang respon sebaliknya dia menghidupkan enjin kereta dan terus meluncurkan keretanya meninggalkan perkarangan pejabat aku.

Beberapa minit masa berlalu dalam suasana sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi suara juruhebah radio Hot FM berceloteh. Rahul meneruskan pemanduannya. Pandangannya hanya diarahkan ke depan.

"Are you gay?" Soal aku bagi memecah kebisuan yang melanda kami. Rahul masih terus tak berkutik. Sepatah haram pun tak keluar dari bibirnya. Menoleh ke arah aku pun tidak. Tumpuan diberi ke arah depan sahaja.

"Jadi, betullah awak ni gay?” Aku menyoal lagi.

“Dulu bukan main awak tuduh saya dengan Dona lesbian. Ceh! Pada hal awak tu yang songsang! Eeee..." Aku melepaskan tawa. Seronok sungguh hati aku apabila berpeluang mengenakan Rahul. Geramkan tindakannya terhadap aku tadi membuatkan aku berterusan membalas dendam yang terpendam.

“Kenapa awak diam? Awak dah teruja dengan Eddie, ya?” Aku mengusik lagi apabila Rahul terus menggumam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 10:40 AM | Show all posts
“Tapi saya tengok ramai saja lelaki dan perempuan Melayu berpegangan tangan. Yang berpelukan pun ramai.” Rahul mempertikai aku pula.


hah...tuh dia statment mind teaser....

apa pun suka gak kenakalan rahul nih...kalu mujahid nampk...harus tumbukan padu mengenai wajahnya...fadan muke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2013 10:41 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 28-3-2013 10:37 AM
“Eddie tu siapa?” Rahul menyoal ketika kami sudah pun berada di dalam keretanya. Namun aku malas m ...

ish Jiha ni.. kang ada yang kena cium dgn hero hidustan tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 10:44 AM | Show all posts
redsentra posted on 28-3-2013 10:41 AM
ish Jiha ni.. kang ada yang kena cium dgn hero hidustan tu...

Oh my! Tak sempat nak tepek.... Kuatnya telepati hang?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 10:47 AM | Show all posts
“Kaum gay ni mempunyai deria hidu yang sangat kuat, eh?” Aku bertanya pula dalam nada sindiran.

“Sejak bila awak jadi gay? Selepas putus cinta, ya?” Aku terus bertanya.

“Sadis! Kecewa dengan perempuan, awak terus menyongsang arus. Seronok ke jadi gay?” Aku kian galak bertanya. Manalah tahu boleh risik-risik mengenai kehidupan cik gayah. Dapatlah aku memahami Eddie secara tidak langsung. Aku lebih mengambil berat tentang Eddie sebab dia lelaki Islam. Rahul... lantak dialah. Dia bukan Islam.

"I'll kiss you if you keep calling me gay!"

Kata-kata yang terpacul dari mulutnya setelah sekian lama membisu, membuatkan aku terdiam serta-merta. Dia memandang aku sekilas dengan wajah yang benar benar serius. Pantas jantungku berdegup dengan kelopak mata yang berkedip beberapa kali. Kemudian dia kembalikan pandangannya ke depan. Kelihatannya dia sedang memberi penumpuan ke arah jalan sambil memandu keretanya. Dan aku tak berani nak bersuara lagi. Bimbang jika lelaki itu mengotakan amarannya.


**********


Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 10:49 AM | Show all posts
dona nak matchkan jiha dgn rahul supaya rahul pun tertarik dgn islam....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.672610 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list