|
|
Sembang Santai Episod 8 Malaysia Tanah Pusaka Bertuah
[Copy link]
|
|
|
Edited by nafizzz at 14-9-2025 09:21 PM
ATLANTIS DI PADANG PASIR SAHARA?
PART 2 -Richat dan Raja Atlas
Topik semalam pasal macam mana Plato dapat cerita Atlantis dari Solon dan apa ciri ciri Atlantis yang diceritakan oleh Plato. Harini kita kupas macam mana kaitan Richat dan Atlas. Siapa Atlas? Jom kita kupas..
Menurut Plato, raja pertama Atlantis adalah seorang yang bernama Atlas, juga merupakan anak Poseidon (Tuhan orang Greek). Secara kebetulannya terdapat satu suku kaum di Mauritania yang dinamakan sebagai kaum Mauri, namun kini kaum tersebut kenali sebagai Berber. Nama Mauritania sendiri berasal dari kaum Mauri. Tambahan lagi, raja Mauritania pada ketika itu bernama Atlas.
Herodotus yang lebih dikenali sebagai 'Bapa Sejarah' kerana beliau antara orang penting dalam mengumpulkan bahan dan koleksi dokumentasi. Dilahirkan pada 484 sebelum masihi dan sangat terkenal pada zaman nya. Kalau anda lihat peta yang dilukis oleh Herodotus ini, anda akan dapat lihat perkataan Mt Atlas dan Atlantes pada peta nya, secara kebetulan pergunungan Atlas yang terletak di Maghreb didiami oleh kaum Beber.
Atlantis bermaksud Bandar Atlas, sempena nama raja yang mengasaskan kota lagenda tersebut. Gunung Atlas, kaum mauri/beber, perkataan Altantes dalam peta Herodotus. Dah nampak persamaan nya? Jom kita pergi selanjutnya..
Plato juga mengatakan terdapat bukaan diselatan Atlantis, begitu juga dengan Richat, terdapat bukaan. Kawasan mauritania juga terdapat lukisan dinding yang mengatakan terdapat haiwan-haiwan seperti Gajah, juga sama seperti cerita Plato. Setakat ini para saintis masih lagi pening tamadun apa yang mendiami kawasan tersebut.
Terdapat bangkai ikan paus yang dijumpai pada padang pasir disekitar Mauritania, ini menunjukkan bahawa kawasan negara ini pernah berada dikawasan lautan. Richat berada pada 300 kaki dari aras laut. Kita sedang bercakap tulang dan bukan nya fossil yang mengambil masa berjuta juta tahun untuk menjadi batu.
Bagaimana sebuah pulau menjadi tanah gersang,kering dan tandus? Kawasan mauritania merupakan satu kawasan yang hijau dan mempunyai tumbuhan serta haiwan haiwan pada ketika itu, tetapi kawasan tanah disekitar benua afrika telah terangkat beberapa milimeter setahun,Ini merupakan perkara yang terjadi pada benua antratika. Komet jatuh ke bumi lebih kurang 12,000 tahun dahulu dipercayai penyebab kenapa peristiwa Younger Dryas terjadi, disebabkan oleh kemusnahan oleh komet tersebut, terjadi satu mega tsunami dan gempa bumi yang kuat pada ketika itu, hampir sama dengan cerita plato yang mengatakan Atlantis tenggelam dalam satu malam.
Tenggelam bermaksud dihempas oleh ombak besar dan kota hebatnya runtuh. Bila kita saksikan video tsunami aceh atau palu, kita dapat lihat bagaimana ombak menghancurkan dan menarik segala benda benda yang ada. Jadi tidak hairan lah kalau kita lihat tidak ada kesan runtuhan atau apa apa peninggalan pada richat ni.
Kalau kita tengok dari google earth, terdapat semacam benda yang telah menghakis kawasan tersebut, bersaiz sangat luas. Kemungkinan besar kesan impak mega tsunami yang menghentam pulau Atlantis.
Ditengah kota atlantis terdapat istana dengan tumbuhan unik dan di diami oleh para pendeta serta golongan bangsawan, manakala bulatan yang lain terdiri dari bala tentera yang berkemungkinan lebih kurang 100,000 tentera laut dan darat, menurut plato terdapat 'trek' latihan ketenteraan didalamnya.
Bulatan paling ramai penduduknya terletak dibahagian luar, mungkin sejuta orang yang diceritakan oleh plato, dinamakan sebagai Downtown atlantis, jual beli tidak henti pagi hingga ke malam. Betapa hebatnya kota lagenda atlantis ini pada waktu itu.
Apa yang dihairankan, jika kita pernah lihat cerita Aquaman, dia sendiri pergi ke sebuah tempat di gurun sahara, kenapa sahara? Secara kebetulannya Richat ni memang berada dikawasan gurun sahara dan tidak ada siapa sangka benda tu kemungkinan Atlantis, dan kenapa afrika? Wakanda dalam cerita black panther juga dikawasan afrika, mempunyai teknologi canggih. Sesuatu yang tidak mungkin dibuat secara kebetulan. CREDIT fb Jon Mohamed
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengasas Maggi
Siapa yang tak kenal dengan jenama maggi kan. Mee Maggi sedap dimakan, mee segera yang dikatakan hanya ambil 2 minit untuk dimasak. Mungkin ramai yang ingat maggi tu hanyalah mee segera, tapi ramai yang tak tahu maggi ni sebenarnya nama pengasas syarikat tersebut.
Julius Michael Johannes Maggi yang dilahirkan pada 9 Oktober 1846 merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Switzerland. Maggi ni pada ketika itu hanyalah syarikat yang mengeluarkan tepung gandum, dalam pada masa yang sama Julius Maggi ni melihat keadaan semasa yang berlaku dan mula berfikir sejenak.
Dia mendapati kaum wanita yang menyediakan makanan untuk keluarga mereka, dari situ Julius Maggi ni dapat idea untuk hasilkan makanan yang bermutu tinggi dan cepat untuk dimasak.
Dia kemudiannya bekerjasama dengan seorang pakar yang bernama Fridolin Schuler, dia ni mempunyai konsep untuk meningkatkan mutu makanan bagi golongan pekerja. Melalui bantuan Julius maggi ni lah mereka mengeluarkan produk kekacang pada tahun 1884, namun produk tersebut tidak mendapat sambutan orang ramai, mereka tidak berputus asa.
2 tahun selepas itu mereka berdua pula mengeluarkan produk sup segera yang. Usaha mereka ketika itu mendapat perhatian dari kerajaan Switzerland malah pihak kerajaan ketika itu menyokong penuh projek yang dilaksanakan. Dari sinilah lahirnya produk sup kekacang mereka untuk membantu para wanita menyiapkan makan dengan lebih cepat untuk keluarga.
Kemudiannya Maggi mengeluarkan beberapa sup dan sos yang dijadikan sebagai penambah selera dalam masakan, kejayaan itu telah membawa Maggi ke peringkat antarabangsa. Pada 1888, syarikat maggi telah membuka beberapa cawangan di Amerika, Itali, Perancis dan lain-lain.
Nestle kemudiannya membeli syarikat Maggi pada tahun 1947, kedua syarikat yang berasal dari Switzerland ini kemudiannya berkembang pesat dalam industri makanan, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang ketika itu kekurangan zat makanan.
Julius Maggi meninggal pada tahun 1912 disebabkan oleh strok, dia telah berkahwin sebanyak 2 kali mempunyai 4 anak perempuan dan 2 anak lelaki. Jasa Maggi sangatlah besar untuk golongan pekerja ketika itu, kini maggi telah menjadi satu jenama yang tidak asing bagi ramai orang, pelbagai produk yang dikeluarkan dari mee segera sehingga lah perencah makanan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Gurun Atacama Baru Sahaja Berbunga—Dan Ia Sangat Menakjubkan ????️
Dalam satu peristiwa yang jarang berlaku dan menakjubkan, Gurun Atacama di Chile, yang dikenali sebagai tempat paling kering di Bumi, telah meletup dengan warna-warni bunga liar buat kali pertama dalam sedekad.
Keajaiban alam ini, yang dipanggil "desierto florido" dalam bahasa Sepanyol, hanya berlaku apabila hujan luar biasa membangunkan benih-benih yang telah terpendam di bawah tanah gurun—ada yang bertahun-tahun lamanya.
Pakar-pakar percaya bahawa gabungan corak iklim dan hujan di luar musim semasa musim luruh Hemisfera Selatan telah mencetuskan pembungaan tahun ini, mengubah lebih 115 hingga 155 batu persegi kawasan kering menjadi permaidani bunga ungu, putih, dan keemasan yang memukau.
Bunga-bunga yang paling ikonik termasuk:
• Pata de guanaco (Calandrinia)
• Suspiros del campo ("keluhan padang")
• Dan spesies gurun jarang yang lain
Transformasi bunga ini bukan sahaja tontonan visual tetapi juga peristiwa ekologi yang penting, menyokong serangga, burung, dan hidupan gurun yang lain.
Lokasi: Gurun Atacama, Chile Utara
Pembungaan besar terakhir: Lebih 10 tahun yang lalu
Peringatan: Walaupun dalam keadaan yang paling sukar, alam semula jadi tetap menemui jalan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Bila Orang Melayu Mula Makan Nasi?”
Oleh: Azizul Farhan
Ramai orang hari ni anggap nasi tu makanan “asli” orang Melayu. Asal Melayu je, mesti nasi. Tapi sebenarnya, orang Melayu tak makan nasi dari awal pun.
Kita bukanlah bangsa penanam padi dari dulu kala. Malah, sejarah menunjukkan nasi mula menyerap masuk dalam kehidupan orang Melayu hanya bila padi sawah mula ditanam secara besar-besaran di Tanah Melayu dan ini berlaku jauh lebih lewat dari apa yang ramai bayangkan.
Kalau kita tengok zaman Austronesia dulu-dulu, memang betul padi dah wujud sebagai tanaman. Tapi bukan padi sawah, sebaliknya lebih kepada padi bukit atau padi huma yang tumbuh atas tanah tinggi dan bukan digenangi air. Dan ia bukan sumber makanan utama pun.
Banyak komuniti awal lebih bergantung pada ubi-ubian, hasil hutan, sagu dan tanaman liar lain. Peralihan kepada nasi sebagai makanan ruji hanya berlaku bila teknologi pengairan, sistem penanaman sistematik dan polisi kolonial mula masuk campur dalam abad ke-19 dan ke-20.
Kedah, Perlis dan bahagian utara Semenanjung adalah kawasan pertama yang dikenali sebagai pengeluar padi secara konsisten sehinggakan digelar sebagai “jelapang padi”.
Tapi tahu tak, sebelum 1900-an, kawasan ni pun tak cukup hasil untuk makan satu Semenanjung?
Dalam tahun 1910 misalnya, pengeluaran padi daripada negeri-negeri Melayu tak lebih daripada 64,000 tan sahaja. Itu pun banyak dari Perak, Kedah dan Kelantan.
Untuk orang ramai pada masa tu, beras selalunya kena diimport dan sebahagian besar datang dari Burma, Siam dan India.
Cheng Siok Hwa dalam kajian beliau tahun 1969 menjelaskan bahawa sebelum Perang Dunia Pertama, kawasan penanaman padi kat Tanah Melayu hanya meliputi “certain pockets of the Peninsula, especially in the north-west” dan bukan satu industri nasional pun.
Tambah lagi, petani-petani dulu tak ramai yang bercita-cita besar. Mereka tanam untuk makan sendiri je. Tiada lebihan hasil, tiada modal dan tiada galakan daripada kerajaan.
Sehinggalah berlaku krisis beras dalam Perang Dunia Pertama dan juga kegawatan ekonomi 1930-an, barulah penjajah British mula fikir balik pasal kepentingan makanan ruji ni.
Salah satu inisiatif besar-besaran pertama ialah projek pengairan Krian di Perak pada tahun 1906, diikuti oleh projek Tanjung Karang, Sungai Manik dan lain-lain pada dekad berikutnya.
Dengan adanya sistem tali air dan subsidi daripada kerajaan kolonial, kawasan sawah mula berkembang. Tapi bukan semua projek tu berjaya. Ada juga yang gagal sebab orang kampung tak sanggup bersihkan hutan sendiri.
Ada yang balik semula ke estet getah sebab penanaman padi waktu tu masih memenatkan dan kurang menguntungkan. Tapi bila kerajaan mula bagi subsidi RM33 seekar, ramai berpatah balik.
Perubahan terbesar berlaku semasa penjajahan Jepun 1942–1945. Jepun memperkenalkan benih cepat matang dari Taiwan yang boleh dituai dua kali setahun. Ini memperkenalkan konsep “double cropping” yang sebelum itu tak dikenali pun di kalangan petani tempatan.
Walaupun usaha tu banyak yang gagal sebab kekurangan baja, peralatan dan tenaga buruh semasa zaman perang, selepas perang ia berkembang pesat.
Dalam kajian Cheng Siok Hwa, “the Japanese contribution to rice growing in Malaya lay in the introduction of quick-maturing varieties which made double-cropping possible.”
Masalah baru pula muncul bila tuan tanah mula naikkan sewa sebab tahu petani boleh dapat hasil dua kali. Tapi lama-kelamaan sistem ini menjadi kebiasaan dan hasil padi terus meningkat.
Dalam tahun 1957, hasil padi tempatan dah meningkat cukup tinggi untuk menampung lebih separuh keperluan makanan dalam negeri. Kalau dulu British mengimport lebih 60% bekalan beras kita, menjelang kemerdekaan angka tu dah turun jauh.
Namun tak semua negeri dapat hasil yang sama. Cheng catat bahawa pengeluaran paling tinggi datang dari Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan. Kawasan seperti Negeri Sembilan, Selangor dan Johor pula banyak bergantung pada import.
Malah sampai hari ini pun, kita masih belum capai 100% tahap sara diri dalam pengeluaran beras.
Jadi bila sebenarnya orang Melayu mula makan nasi? Jawapannya bila kerajaan mula ambil serius pasal bekalan makanan dalam abad ke-20. Sebelum tu, makanan ruji orang Melayu sangat pelbagai dari ubi kayu ke sagu, dari pisang ke jagung.
Nasi cuma naik taraf jadi makanan harian bila ada cukup sokongan dasar kerajaan, subsidi pertanian, teknologi benih dan mesin serta infrastruktur pengairan moden.
Nasi bukanlah warisan yang wujud sejak zaman Melaka atau Srivijaya. Ia adalah simbol kejayaan transformasi pertanian moden dan polisi makanan nasional.
Dan mungkin sebab itu jugalah, kita hari ini rasa macam “tak lengkap” kalau sehari tak makan nasi walhal nenek moyang kita dulu elok je hidup dengan ubi.
⸻
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tujuh tahun sudah
Kau buatku percaya
Dengan keyakinan
yang semu membiru
Tenggelamku dalam
Sebuah kepalsuan
Yang kau rajut untuk
membalut malu
Dawai yang telah lama kupetik
sumbang dan terus lirih berpekik
Doa yang pernah ku ucap
Surga tak menjawab
Betapa sungguh tega oh hatimu
Mencuri yang digariskan untukku
Hati yang dulu terluka
Dirundung dilema
Mencoba 'tuk paham
Namun sulit maafkan
Iman yang kugenggam
kini pun tenggelam
Di palung lautan
Kini t'lah kutemukan
Secercah harapan
Yang lama t'lah hilang
Dawai yang telah lama kupetik
sumbang dan terus lirih berpekik
Doa yang pernah ku ucap
Surga tak menjawab
Betapa sungguh tega oh hatimu
Mencuri yang digariskan untukku
Hati yang dulu terluka
Dirundung dilema
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|