CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
adi_sg This user has been deleted
Post time 12-12-2005 10:11 PM | Show all posts
Sepotong artikel yang ingin saya kongsi bersama...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT DI MALAYSIA.

1. Ajaran Empat Sahabat ( Kota Bharu pada tahun 1974)
2. Ajaran Cerang melilin ( Terengganu pada tahun 1976 )
3. Ajaran Husin Ali ( Kuala Terengganu pada tahun 1976 )
4. Ajaran Crypto ( Kluang Selangor pada tahun 1978 )
5. Tarikat Aurad Islamiah  ( Kedah pada tahun 1979 )
6. Tarikat Zikrullah  ( Hasan Anak Rimau / Ayah Pin, Kota Bharu.1983 )
7. Ajaran Haji Mohd Yamin Ab. Rahman ( Kota Bharu Pada tahun 1990 )
8. Ajaran Tok Ayah Selamat ( Kota Bharu pada tahun 1989 )
9. Al- Arqam. ( Seluruh negeri 1988 )
10. Golongan Anti Hadis ( wilayah Persekutuan !992 )


Al-Arqam

Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari Muhammad. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah (tareqat) dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh negara ini.

Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakyah melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.

Penyelewengan akidah Al-Arqam adalah berpunca dari pengajaran Ashaari Muhammad dan pegangan pengikut-pengikutnya terhadap Aurad Muhammadiah.

Ajaran Ust Ashaari terbukti telah menyeleweng dari akidah Islam yg benar dan pemimpin tertingginya ust Ashari sendiri telah mengakui dan telah melafazkan insaf dan bertaubat di masjid Negara 10 tahun yg lalu.

Namun apa yg kita lihat hari ini,mereka kembali aktif dengan berselindung dibalik topeng syarikat perniagaan Rufaqa'. Mereka gunakan kompleks perkedaian mereka untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa inilah model ekonomi Islam kononnya supaya ada yang akan terpesona dgn pembangunan ekonomi mereka dan nampak seolah-olah merekalah pejuang Islam sebenar.

Dalam hal ini kita patut rasa kecewa dengan sikap pihak berkuasa agama di negara ini dalam menangani isu ini terutamanya pihak JAKIM. Mereka tidak bersungguh-sungguh untuk membenteras ajaran Rufaqa' ini.

Di dalam VCD nasyid Qatrunada indonesia, salah seorang vokalisnya mendakwa ustaz ashaari adalah wali Allah.

Di dalam sebuah buku yang ditulis oleh pengarah SYKLAB: "bahkan kalau kita ke laut memancing atau menangkap ikan, kalau lambat sangat hendak dapat ikan kita boleh berkata begini.."wahai penjaga ikan2 dilaut tolong berikanlah saya beberapa ekor ikan yg besar2 dengan izin allah!!"

Sekarang mungkin mereka ini kembali aktif di tengah masyarakat dengan berselindung disebalik topeng Rufaqa', Kumpulan nasyid Mawaddah, motivasi Qanrunnada, Regal travel dan lain-lain. Maka berhati-hatilah dgn produk mereka.

Wallahu a'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2005 10:50 PM | Show all posts
Originally posted by adi_sg at 12-12-2005 10:11 PM
Sepotong artikel yang ingin saya kongsi bersama...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CONTOH-CONTOH ...



Assalamualaikum wahai newbie,

terimakasih kerana kembali mewarwarkan artikel ini. Kami tidak berkecil hati malah berterimakasih kerana anda sudi mempromosi arqam dan rufaqa.

Sebenarnya anda berhak berkongsi apa-apapun. Cuma adalah lebih baik sebelum dikongsi atau sesudah dikongsipun dilihat dan dkaji dari sudut ilmunya supaya menjadikan kita org yg berhati-hati menerima sebrg fitnah ke atas sesama umat islam.

yg kelakarnya, satu frasa kat artikel itu..berhati-hatilah dgn produk mereka....adakah dimaksudkan kehalalan produk rufaqa itu perlu dipantau?..hehhehe ...teruk cam ni JAKIM ndak pantau..pantau logo halalpun dah tk cukup tenaga...

kepada kawan-kawan sejemaah yg lain, kita berlapang dadalah sahaja dgn artikel ini. Tidak perlu diambil peduli, sebb kita ada byk tugas penting dari melayan artikel-artikel begini lagipun dh byk dijawab dalam forum ini.

Jadi kepada sang newbie silalah, pergi kepada ARQAM STUFF yg tlh disediakan oleh moderator kita utk melihat jawapan-jawapannya. cari sendirilah jawapannya yer..

kalau ndak tgk produk rufaqa dtglah ke bandar Country Homes Rawang atau Kota Damansara ker...kalau ndak tahu mengenai minda dan ilmu ustaz Ashaari Muhammad pergilah melawat WWW.RUFAQADAILY.COM dan WWW. RUFAQA.COM...

kami mengalu-alukan sangat sebrg PANTAUAN dan amat berbesar hati kerana ada saudara seagama yg sgt perihatin kepada kami dan sentiasa sudi utk MEMANTAU kami. Itu satu KEBERKATAN juga.

Bukankah ingat-mengingati dan tegur-menegur itu digalakkan dalam mebina hubungan kasihsayang dan kesejahteraan sesama makhluk Tuhan?.

[ Last edited by serihartatie at 12-12-2005 11:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 11:53 PM | Show all posts
Originally posted by luluguagua at 14-12-2005 10:34 PM
Lama tak jengok kesini....tapi sekali jengok nampaknya pemuja abuya masih spt dulu.....

Memang susah nak sembuh kalau dah terkena penyakit 3S ni.......



Tak kisah lah datang atau dapat penyakit, janji ingat pada Tuhan..

Bukan sihat walfiat, tapi lupa pada Tuhan...

Tuhan adalah segala2nya. Biarlah hidup mati ku dapat  mengenal dan menyintai  Allah dari cinta pada dunia!!!

Terima Kasih pada Abuya. Jasa mu ku kenang sampai akhir ku.. Biarlah kenangan ini berpanjangan ke anak cucu dan keturunan ku..



:cry::malu::pray::pray:
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2005 12:58 PM | Show all posts
Originally posted by luluguagua at 14-12-2005 10:34 PM
..... Barang dijauhkan Allah dari ku dan keturunanku...Amiiin.   



Amin ya Allah. Amin ya Rahim. cuma Engkau pujaan ku, nabiMu imamku.NabiMu yg maksum yg diagung2 agungkan.Nabimu yg Siddiq yg tidak pernah berdusta dan bercakap kosong.NabiMu yg layak memberi syafaat padaku Akhirat nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2005 03:22 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 15-12-2005 12:58 PM


Amin ya Allah. Amin ya Rahim. cuma Engkau pujaan ku, nabiMu imamku.NabiMu yg maksum yg diagung2 agungkan.Nabimu yg Siddiq yg tidak pernah berdusta dan bercakap kosong.NabiMu yg layak memberi sy ...



Benar tu sniper....          hanya rasul saw yg tidak pernah berdusta..... malangnya ramai yg mengaku memperjuangkan dakwah nabi tapi hakikatnya mereka mendustakan nabi. Barang dijauhkan Allah swt dari kita semua dari fitnah yg dahsyat ini.

Kalau orang sesat dlm gelap bolehlah kita suluhkan lampu agar kembali terang akan jalannya
tapi kalau yg sesat dalam cerah...... apakan daya kita, Mereka diibaratkan kelkatu yg  berterbangan disenja hari, berkerumunlah insan kearah 'cahaya' yg disangka cahaya,akhirnya mereka sirna dek cahaya kepalsuan....... Ya Allah berapa ramaikah dari mereka yg gugur dalam cahaya palsu itu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2005 10:39 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 12-12-2005 10:50 PM



Assalamualaikum wahai newbie,

terimakasih kerana kembali mewarwarkan artikel ini. Kami tidak berkecil hati malah berterimakasih kerana anda sudi mempromosi arqam dan rufaqa.

Sebenarnya ...



Untuk makluman terkini juga,

Ir Imaduddin Abd Rahim atau terkenal dgn panggilan Pak Imad dari Indonesia iaitu seorg tokoh wahabi terkenal di sana dan juga di luar negara serta di Malaysia juga terkenal diklgn ABIM telah menghadiri kuliah Ustaz Ashaari Muhammad di Putra Jaya.

(Pernah menjadi tenaga pengajar di UTM pada thn 1970..kini berusia 77 tahun. Beliau adalah tokoh wahabi Asia dan mempengaruhi banyak negara di nusantara di dalam pelbagai perkara termasuk penfatwaan. salah seorg yg terlibat di dalam memfatwakan pergerakan Arqam suatu ketika dulu )

Ulasan yg diberikan oleh beliau mengenai kuliah yg diberikan yg bertajuk SEKULARISMA  :

Beliau kagum dan menyatakan isi kuliah itu sangat baik.

Beliau memberitahu org tertinggi ABIM (En Azam) bahawa :

Ustaz Ashaari Muhamad itu tidak menyeleweng dan  tidak sesat.Kata beliau memang dulu haram, tetapi sekrg sudah HALAL.

Sekian dimaklumkan.

[ Last edited by serihartatie at 17-12-2005 12:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
adi_sg This user has been deleted
Post time 15-12-2005 11:00 PM | Show all posts
semasa diharamkan, sekalian jabatan agama islam malaysia, s'pore, brunei dan indonesia setuju dengan penyelewengan dan kesesatan pergerakan al arqam / rufaqa' tu. jumhur para ulama' daerah ini.

setakat satu orang alim dengar satu kuliah dan beri pandangan positif dah nak riuh sekampung?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2005 06:34 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 15-12-2005 10:39 PM



Untuk makluman terkini juga,

Ir Imaduddin Abd Rahim atau terkenal dgn panggilan Pak Imad dari Indonesia iaitu seorg tokoh wahabi terkenal di sana dan juga di luar negara serta di ...


Sebab itulah saya katakan, jangan kita jadi kelkatu disenja hari...... asal saja nampak macam cahaya maka kita pun berkerumun kesitu tanpa kita menilai dulu apa jenis cahayakah itu. Asal saja sipolan tu kata: "Inilah jalan kebenaran". maka terus kita ikut.

Jalan kebenaran itu bukanlah berdasarkan kepada apa yg orang kata/dakwa, harus dinilai..diteliti dgn Al quran dan sunah nabi serta para sahabat yg mulia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2005 10:27 PM | Show all posts
Originally posted by luluguagua at 16-12-2005 06:34 PM


Sebab itulah saya katakan, jangan kita jadi kelkatu disenja hari...... asal saja nampak macam cahaya maka kita pun berkerumun kesitu tanpa kita menilai dulu apa jenis cahayakah itu. Asal saja s ...


Persoalannya termasukkah kita dalam golongan kalkatu senja tu?

kata orang, kalau satu jari menunding, 3 jari lagi menghala pada penuduhnya...

Semacam nak bagi tahu pada orang lain yang penuduh tu benar2 kal katu senja....



:cak::cak::cak:
Reply

Use magic Report

adi_sg This user has been deleted
Post time 17-12-2005 10:55 AM | Show all posts
memang kita semua mencari islam yang benar. siapa yang dengan sengaja nak masuk geng sesat?

pokoknya, yang paling penting islam banyak menggunakan kalimat "tidakkah kamu berfikir" dan "orang2 yang berakal" untuk mengingatkan umat islam supaya tak jadi katak bawah tempurung yang setakat belajar dengan satu tok shaikh dan menjadi "pak turut".

kaji dan pertimbangkan pandangan2 dengan penuh ilmiah, objektif dan lapang dada. semoga Allah SWT memberi kita hidayah dan mengekalkan kami di jalan yang lurus, iaitu jalan ASWJ.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2005 12:28 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by mamicun at 17-12-2005 12:24 PM

Yang penting kita kena berlapang dada....

Mana tahu mungkin Tok Syeikh yang orang lain kata sesat, pengikut dia jadi kalkatu siang hari membawa perubahan yang luar jangka?

Sebab sejak kehadirannya di bumi Malaysia, atas kaedah iman dan taqwa, banyak umat Islam dah berubah.

Ada dari yang jahil agama, tak tahu dosa pahala dikenalkan pada Allah yang Maha Esa.

Sehingga mereka menjadi pejuang2 agama melebihi dari mereka  yang dah terdidik dalam pengajian agama!!

Soalnya bab ilmu. Adakah melalui ilmu terpimpin atau Yahudi yang memimpin Ulamak?



:kant::cak::stp:

[ Last edited by antiQue at 31-12-2005 10:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2005 04:49 PM | Show all posts
Mamicun kata:

"Sebab sejak kehadirannya di bumi Malaysia, atas kaedah iman dan taqwa, banyak umat Islam dah berubah".



Inilah contoh penangan penyakit 3S.

Memang sejak kehadiran asaari ke arena dakwah tanah air memang tak dinafikan berlakunya beberapa perubahan. Malangnya perubahan kearah negetif lebih banyak dari positif. Perubahan yg membawa umat kepada perpecahan, anak-anak membelakangi ibu-bapa, perceraian diantara suami isteri,siswa-siswi ponteng kuliah dan akhirnya drop out,daripada insan yg cerdik pandai kepada yg dungu menurut saja apa kata asaari dan yg paling besar mengajak umat kearah mempercayai perkara2 khurafat dan mendewakan asaari sebagai wakil tuhan konon....and yet he deserve for it.


INIKAH PERUBAHAN YANG ANDA INGINKAN?
Reply

Use magic Report

adi_sg This user has been deleted
Post time 17-12-2005 10:00 PM | Show all posts
Soalnya bab ilmu. Adakah melalui ilmu terpimpin atau Yahudi yang memimpin Ulamak?


muhasabah komen kamu sendiri ni...

sanggup menuduh sebahagian besar para ulama' rantau ini sebagai ulama' yang dipimpin kaum Yahudi setakat untuk memperjuangkan ashaari...

ini bukan kaedah ASWJ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2005 11:20 PM | Show all posts
Originally posted by adi_sg at 17-12-2005 10:00 PM


muhasabah komen kamu sendiri ni...

.ini bukan kaedah ASWJ...  


Boleh terangker cam ner pula kaedah ASWJ?

Yang setakat mengutuk dan mengata orang ker?


Hehehehehhehehee


:cak:
Reply

Use magic Report

na19_m This user has been deleted
Post time 18-12-2005 12:41 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 15-12-2005 10:39 PM



Untuk makluman terkini juga,

Ir Imaduddin Abd Rahim atau terkenal dgn panggilan Pak Imad dari Indonesia iaitu seorg tokoh wahabi terkenal di sana dan juga di luar negara serta di ...

Sample Text


Pak Im sudi mendengar kuliah Abuya, tak macam  sniper dan lulugua,  tak nak mencari kebenaran, hanya orang yang buta mata dan buta hati aje mengatakan Abuya tu sesat,  

Tatie,
Sapa yang jemput Abuya beri Kuliah kat Putra Jaya, kat masjid ke atau kat bangunan pentadbiran tu.
Reply

Use magic Report

adi_sg This user has been deleted
Post time 18-12-2005 01:53 AM | Show all posts
Boleh terangker cam ner pula kaedah ASWJ?

Yang setakat mengutuk dan mengata orang ker?


kita mulakan dgn kaedah yang mudah iaitu mendukung pendapat jumhur ulama' ASWJ.

Jadi, orang yang berfikiran waras akan selidik dan kaji mengapa jumhur ulama' rantau ini telah memfatwakan arqam / rufaqa' sesat dan menyeleweng. Bukan setakat bergayut pada bulu ketiak ashaari dan mengkafirkan para ulama' ASWJ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2005 03:00 PM | Show all posts
BANGSA YANG SUDAH ROSAK
10/12/2005


Satu bangsa yang sudah rosak jiwanya
Nafsu serakahnya tidak dapat dikawal
Di waktu itu bukan mudah dibaikpulihkan semula
Bangsa yang jiwanya sudah rosak ilmu akan disalah guna
Kecerdikannya akan dijadikan jerat
dan perangkap mangsa tipuannya
Jawatan dan pangkat  yang diberi itu adalah perniagaannya
untuk mencari untung

Atau ia akan menjadikan ladang
atau aset tempat mencari kekayaan
Setiap amanah yang diberi dianggap ghanimah
Yang tidak ada ilmu atau jawatan, dia akan buat apa sahaja,
yang penting adalah kesenangan
Mencuri, tipu, bunuh, rompak, pedaya dan lain-lain cara
Yang penting boleh cari makan, boleh hidup, boleh senang,
sekalipun mengorbankan kesenangan orang

Di waktu itu kasih sayang musnah, perpaduan punah
Hidup macam haiwan, macam syaitan,
yang kuat menindas yang lemah
Curiga-mencurigai satu sama lain pun datang
Prejudis yang tidak dapat dikawal perasaan

Duduk di tengah masyarakat terasa seorang
Duduk seorang bimbang, duduk di tengah masyarakat
terpaksa kerana keperluan
Indahnya tiada, curiga-mencurigai tetap ada,
senyum hanya dibuat-buat
Percaya-mempercayai sudah tidak ada

Aduh seksanya hidup bermasyarakat
Bergaul sesama manusia, macam bergaul dengan binatang buas
Sentiasa waspada, curiga, sentiasa awas, berjaga-jaga
Begitulah kalau satu bangsa jiwanya sudah rosak
Mereka terperangkap dengan ketakutan sesama manusia

Siapalah yang hendak memulihkan jiwa mereka?!
Ia perlukan seorang pemimpin yang cukup hebat wibawanya
Pemimpin yang dibantu oleh Allah mendidik dan memimpin mereka
Itu pun mungkin memakan masa berpuluh-puluh tahun juga lamanya

28.2.2004
Menjelang Asar
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2005 03:08 PM | Show all posts
Originally posted by mamicun at 18-12-2005 03:00 PM
BANGSA YANG SUDAH ROSAK
10/12/2005


Satu bangsa yang sudah rosak jiwanya
Nafsu serakahnya tidak dapat dikawal
Di waktu itu bukan mudah dibaikpulih ...


Mana dia Ulamak Yang anda puja tu...??








Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2005 03:36 PM | Show all posts

Alahai....

Cik Tatie kata:

"Ir Imaduddin Abd Rahim atau terkenal dgn panggilan Pak Imad dari Indonesia iaitu seorg tokoh wahabi terkenal di sana dan juga di luar negara serta di Malaysia juga terkenal diklgn ABIM telah menghadiri kuliah Ustaz Ashaari Muhammad di Putra Jaya.

(Pernah menjadi tenaga pengajar di UTM pada thn 1970..kini berusia 77 tahun. Beliau adalah tokoh wahabi Asia dan mempengaruhi banyak negara di nusantara di dalam pelbagai perkara termasuk penfatwaan. salah seorg yg terlibat di dalam memfatwakan pergerakan Arqam suatu ketika dulu )

Ulasan yg diberikan oleh beliau mengenai kuliah yg diberikan yg bertajuk SEKULARISMA  :

Beliau kagum dan menyatakan isi kuliah itu sangat baik.

Beliau memberitahu org tertinggi ABIM (En Azam) bahawa :

Ustaz Ashaari Muhamad itu tidak menyeleweng dan  tidak sesat.Kata beliau memang dulu haram, tetapi sekrg sudah HALAL."

Alahai..... Setelah mendengar satu kuliah asaari...terus istihar bhw asaari tidak sesat?

Pelik bin ajaib!

Jangan2 lebih sudu..dari kuah tak!  Kerana selama ini orang rufaqak memang terkenal suka menambah dan mereka2 cerita. Dari yg atas sampailah keperingkat bawahan. Dari dulu..sampailah sekarang..tak berubah.

[ Last edited by luluguagua at 18-12-2005 03:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2005 03:43 PM | Show all posts
PERJUANGAN ISLAM YANG SEBENAR

Memperjuangkan Islam bukan sekadar
memberitahu halal dan haram,
Membangunkan Islam bukan cukup
hanya mengecap seseorang itu bidaah,
sesat, fasik, munafik, ekstrim dan melampau,

Memperjuangkan Islam bagaimana
menyuburkan tauhid dalam fikiran,
Siapa yang takutkan Tuhan
dan mencintai serta menghayati Tuhan,
Agar Tuhan jadi tempat rujuk
dan tempat menaruh harapan,

Tuhan dibesarkan, diagungkan
bahkan tempat sandaran insan,
Hingga Tuhan diingati dimana-mana
dan dirasakan Tuhan adalah segala-galanya,
Dari sini barulah orang ingin bersyariat
sebagai melahirkan cinta kepada Tuhan,

Dari sini orang akan cinta mencintai sesama insan,
Orang akan bersatu padu, rasa bersama
dan bekerja sama, lahir timbang rasa,
mengutamakan orang lain, khidmat sesama
manusia kerana Tuhannya,

Orang kaya menjadi bank
kerana pemurahnya, inginkan pahala dari Tuhannya,
Cerdik pandai tawadhuk, yang bodoh merujuk,
yang miskin sabar di dalam hidupnya,

Begitu juga berjuang menunjuk jalan
bagaimana mengutamakan akhirat,
Menggunakan apa yang ada pada diri manusia,
Memberitahu bagaimana bersatu di dalam Islam,
Maju secara Islam, berhibur mengikut Islam,
Menunjuk jalan bagaimana berekonomi menurut Islam,
Bermasyarakat secara Islam,

Yang lebih penting para pejuang di dalam diri mereka
ada role model untuk diikut,
Ibadahnya, perpaduannya, masyarakatnya,
ekonominya, keluarganya, kebersihannya,
kasih sayangnya, kerjasamanya dan lain-lainnya,
Inilah dia perjuangan Islam sebenarnya,

Bukan sekadar cakap-cakap, slogan dan syarahan,
Yang lebih awal daripada semua itu,
Para pemimpin Islam ada ilmu untuk disarankan,
Untuk pimpinan dan didikan,
Ia merupakan panduan untuk insan yang ada kemahuan,
Bukan sekadar slogan, gesaan dan semangat-semangat
yang tidak ada panduan,

Kalau cara itu umat Islam berjuang cepat membatalkan tujuan,
Kalau tidak hanya angan-angan bahkan membawa perpecahan,
Para pejuang mestilah cukup persiapan,
Persiapan ilmu, role model kepada manusia yang hendak disedarkan,
Kalau begitu berjuang bukan mudah dan senang tapi amat mencabar,
Bukan seperti makan minum dan berpakaian serta hiasan,

Hasil Nukilan: Tuan Guru Haji Ashaari bin Muhamad
14.05.05


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.284410 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list