CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 25/9/24)

[Copy link]
Post time 24-5-2022 12:10 PM | Show all posts
tt bila nk sambung citer... ....

excited nak tunggu citer baru

Selamat hari raya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2022 10:59 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 4-6-2022 11:00 PM

Misteri Wak Dun Bahagian 6

Petang itu, sedang Ramli sibuk mencuci keretanya di halaman rumah. Tiba2 saja dia dikejutkan dengan teriakan Manap yang meminta tolong sambil berlari kepadanya.

“Ramli...Ramli...kau kena tolong aku...kau kena sorokkan aku...”, ujar Manap dengan nafasnya yang tercungap2 sambil memegang kedua2 lengan Ramli.

Tidak sempat untuk Ramli berkata apa2, Manap terus saja membuka bonet belakang kereta lalu melangkah masuk ke dalam bonet kereta tersebut lantas menutupnya.

Ramli masih terpinga2 memikirkan apa yang baharu saja dilihatnya itu. Tidak lama kemudian, muncul pula beberapa orang kampung yang dikepalai oleh Hisham tiba di hadapan laman rumah Ramli.

Tanpa memberi salam, tiba2 Hisham menyergahnya, “Pakcik, kau ada nampak Manap tak?”

Belum sempat Ramli berkata “Pakcik?” di dalam hatinya, Hisham menyambung kata2nya, “dah2...jangan nak buat2 terkedu setiap kali aku panggil kau Pakcik”.

“Boleh percaya ke orang tua ni?”, tanya salah seorang penduduk kampung yang jauh lebih tua dari Mak Ramli.

“Entah2...dia sama2 pakat dengan si Manap tu nak buat huru hara kat kampung ni”, tambah mamat rempit yang biasa “ramp” motor tengah2 malam kat depan rumah orang.

“Dah2...orang macam ni jangan bagi muka sangat, cepat bagitau kitorang sebelum aku letupkan muka kau!”, salah seorang dari pemuda kampung itu meninggikan suaranya sambil menghalakan tangannya yang kudung itu di hadapan muka Ramli dan sebelah lagi tangannya menolak badan Ramli rapat ke badan kereta di belakangnya.

“Kejap...kejap...korang tak bagi can pun kat aku nak cakap apa2. Kalau korang nak Manap, tadi dia lari menyorok dalam bonet ni”, jawap Ramli kaget sambil menunjukkan jarinya ke arah bonet.

Tanpa membuang masa, mereka terus menolak Ramli ke tepi dan seterusnya membuka bonet kereta tersebut. Dengan kasarnya mereka mengeluarkan Manap dari bonet kereta tersebut.

“Mana kau nak lari, setan?” ayat klishe dilafazkan oleh Hisham sambil menarik kolar baju Manap.

“Ramli...macam ni la kau kawan...kau belot aku...kau tak tau ke ni semua konspirasi yang lebih besar dari kita semua?”, ujar Manap dengan teori konspirasinya sambil diheret pergi penduduk kampung.

Hasil dari soal siasat, Manap telah menerima upah dari Wan untuk membuat kacau di gerai Hashim Tomyam.

Ibu dan ayah Wan serta Manap, masing2 merayu kepada Penghulu Kampung agar tidak menyerahkan anak mereka ke balai polis.

Akhirnya, melalui hasil perbincangan penduduk2 kampung, mereka bersepakat mengusir Wan dan Manap dari kampung itu.

Biarpun Wan dan Manap telah diberikan hukuman yang mungkin setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan...tetapi gelaran2 yang melekat pada Ramli seperti Pocong Lover, The Pocong Whisperer, Bomoh Pocong Temberang dan kawan orang gila masih kekal sehingga ke hari ini.

Tetapi kesemua itu tidak dipedulikan oleh Ramli, yang merisaukannya ketika itu ialah makhluk berbulu hitam yang mengancam ketenteraman keluarganya.

Biarpun Imam Khairul telah pun cuba memagar kawasan rumah itu, tetapi pada akhirnya Imam Khairul kecundang sehingga terpaksa dikejarkan ke wad hospital. Akibat dari serangan balas makhluk tersebut.

Satu hari, ketika Ramli sedang asyik termenung di pangkin rumahnya sambil memikirkan apa yang sedang berlaku...tiba2 saja Wak Dun menegurnya, “mengapa nian bermuram durja?”.

Perlahan2 Ramli menoleh ke arah orang tua tersebut, kelihatan Wak Dun berbaju kemeja Hawaii yang tidak dibutangkan menampakkan singlet putih di dalamnya, berseluar kargo tiga suku serta memakai kaca mata hitam mickey mouse. Raut wajahnya tersengih2 sahaja menunggu jawapan Ramli.

“Smart2 ni nak pergi mana, Wak Dun?”, tanya Ramli berseloroh. Bibirnya mula terukir senyuman bila melihat Wak Dun.

“Aku ke? Aku nak pergi jalan2 la...kerja aku kat sini dah nak selesai dah”, jawap Wak Dun bersahaja sambil mengelap kanta cermin mata hitam pada baju kemeja Hawaiinya.

“Wahh...wahh...kiranya Wak Dun kat kampung ni outstation lah ye?”, tanya Ramli sambil tersengih2.

“Eh...? Manha boleh bagitau...ithu samua konpidenshel”, jawap Wak Dun mengajuk dialek mat saleh berbahasa melayu.

Ramli tergelak kecil melihat telatah Wak Dun, tiba2 saja fikirannya yang serabut tadi menjadi semakin lapang.

“Lepas ni...Wak Dun nak ke mana pula?”, tanya Ramli.

Wak Dun meletakkan sebelah kakinya di atas tunggul yang tidak jauh dari Ramli lalu berkata, “di mana ada angin berhembus dan di mana saja kakiku berdiri”.

“Ada2 je la, Wak Dun ni...nak berpuitis bagai”, ujar Ramli sambil tergelak kecil.

“Tu semua kena tengok bos la...mana dia nak letak aku, aku polo je la. Tapi sebelum aku pergi ni, kau nak aku tolong masalah kau ke?”, tanya Wak Dun yang awalnya tadi seperti bergurau2 lalu bertukar menjadi sedikit serius.

Ramli hanya mengangkat sebelah keningnya lalu bersahaja menjawap, “kalau Wak Dun sudi...alhamdulillah juga”.

Wak Dun hanya tersenyum. Lalu dia mula melangkah pergi sambil mengangkat tangan kanan, dia berkata, “adios hermanos...assalamualaikum”.

Selang beberapa ketika setelah Wak Dun hilang dari pandangan Ramli, Hisham pula berjalan melintasi di hadapan rumahnya seperti orang hilang arah. Pakaiannya compang camping dan terdapat kesan terbakar.

Ramli cuba menegurnya, “Hisham...kau dah kenapa?”.

Dengan pantas Hisham berlari ke arah Ramli, seterusnya dia bertanya, “Ramli, kau tau tak siapa waris terdekat Wak Dun?”.

“Eh? Tak tau pula aku...rasanya mak aku tau la kot? Kenapa kau cari waris Wak Dun?”, tanya Ramli kembali.

“Kedai aku terbakar tadi, Ramli...kalau tak ada Wak Dun masuk dapur selamatkan anak aku, Ija...aku rasa...aku memang...”, Hisham tak mampu menghabiskan kata2nya kerana sebak.

“Anak aku cakap Wak Dun tak dapat keluar sebab tolong tahankan kerangka dapur tu dari roboh”, sambung Hisham lagi sambil mengesat air matanya.

“Eh? Habis tu Wak Dun meninggal?”, tanya Ramli kehairanan. Lebih menghairankan dia tadi baharu sahaja berborak dengan Wak Dun.

“Itu lah...bomba tak jumpa apa2 mayat pun dalam tu...aku nak cari waris dia kot2 dia selamat ke...tak ada lah aku terasa sangat”, jawap Hisham.

Ramli tidak mampu menjawap pertanyaan Hisham, makanya Hisham perlahan2 melangkah meninggalkan halaman rumah Ramli.

Ketika ini baharulah sel2 otak Ramli mula berhubung. Yang tahu tentang Wak Dun di kampung itu kebanyakannya telah meninggal dunia. Ibu Ramli pula sudah nyanyuk, tak mungkin boleh menjawap persoalan siapa waris Wak Dun dan dari mana dia berasal.

Sewaktu Ramli bercerita...

Paksu: Habis tu? Makhluk berbulu tu macam mana?
Ramli: Hah...tu lah yang peliknya. Makhluk tu hilang macam tu je.
Fendi: Aku punya turn pulak kan?

Beberapa hari lepas tu, Ramli ada bercerita kat aku secara private. Dalam ceritanya kakak Ramli pernah bermimpi di antara sedar dan tidak sedar melihat makhluk yang mengganggu keluarga mereka itu telah dirantai di dalam sebuah gua. Di dalam gua tersebut ada ramai lagi makhluk2 yang seumpamanya dikurung serta dirantai.

Satu lagi perkara yang aku tak ceritakan pada Ramli, sewaktu zaman belajar dahulu aku pernah terjumpa Wak Dun di Kuala Lumpur.


bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2022 11:01 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 4-6-2022 11:03 PM

Misteri Wak Dun Bahagian 7

Masa tu aku memang cam yang itu adalah Wak Dun sebab aku dah beberapa kali nampak dia merayau2 dalam kampung Ramli.

Masa tu juga sebenarnya aku tengah buat assignment yang Pak Mud minta aku buat. Tiada paksaan dari Pak Mud, cuma kalau boleh aku buat lah untuk bukakan sedikit minda.

Pak Mud meminta aku lepak sambil memerhatikan kelakuan orang di lorong2 dan kaki lima di sekitar Kuala Lumpur. Masa tu agak seram juga...macam2 yang aku tengok.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu sewaktu aku duduk minum di satu gerai belakang lorong, aku terlihat Wak Dun sedang duduk di tepi longkang...meminta sedekah.

Aku cuba untuk bangun tetapi kaki aku ibarat dipaku, tak boleh nak digerakkan. Perlahan2 Wak Dun membuat isyarat tangan “diam” dan “lihat”.

Walaupun aku agak terkejut masa tu, itulah pertama kali badanku tidak boleh bergerak mengikut kemahuan aku sendiri di dalam terang siang serta ramai orang lalu lalang.

Aku perhatikan, ada pelbagai fe’el manusia apabila Wak Dun meminta sedekah dari mereka. Yang paling ramai, tidak mengendahkannya.

Ni bukan stereotaip aku ye, apa yang aku nampak aku ceritakan seperti dalam cerita2 aku sebelum ni.

Ada beberapa budak2 muda berpakaian pejabat melintasi hadapan Wak Dun, seperti biasa Wak Dun meminta sedekah pada sesiapa yang lalu di hadapannya.

Tetapi kali ini tiba2 saja dia diherdik, “pergi kerja lah orang tua malas”.

Setelah mereka berlalu pergi dari situ, muncul pula seorang perempuan berpakaian seksi menghulurkan bungkusan makanan beserta air minuman.

Perempuan itu juga menghulurkan Wak Dun sedikit duit sebelum dia dipanggil oleh dua orang lelaki yang agak kasar perwatakannya.

Dalam aku melihat perempuan itu berlalu pergi, Wak Dun pun hilang dari pandangan.

Sejak dari itu, setiap kali kalau aku bersilisih dengan Wak Dun sewaktu merayau2 dengan Ramli di dalam kampungnya, Wak Dun akan membuat isyarat “diam2 sudahlah”.

Pak Mud pernah bercerita, orang seperti Wak Dun ni ada di mana2. Mungkin mencari murid atau mungkin juga menolong orang dengan cara tersendiri atau mungkin juga dihantar untuk menguji keikhlasan manusia.

Selang beberapa tahun kemudian, aku terlibat di dalam satu program CSR syarikat. Masa tu aku masih baru lagi pulang dari Australia.

Dijadikan cerita, masa aku tu tengah sibuk mengecat salah satu blok kat rumah orang2 tua. Tiba2 aku terdengar suara orang bergelak ketawa.

Tak tahu lah kenapa masa tu aku boleh terasa nak tengok, kalau Ramli tu lain lah...dah memang makanan dia.

Bila aku menjenguk melihat ke arah suara tu...aku ternampak seorang perempuan bertudung agak labuh dan berbaju kurung sedang menghiburkan makcik2 di situ.

Walaupun dah lama, tapi aku cam...itulah perempuan yang menghulurkan duit kepada Wak Dun dulu. Benda ni, walaupun macam tak berkaitan pun dengan aku...tapi Allah nak juga aku tengok.

Hmmm.....mungkin progress salah satu jalan cerita hambaNya kot?

Lepas tu tak pasal2 je aku kena perli dengan makcik2 kat situ, “nak mengecat ke nak mengendap?”.

Demm...tak pasal2 je aku kena.


Tamat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Terimakaseyy john, banyak cerita buka minda. What you see is not what you get gamoknya. Share la lagi kalu boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
thank you john sebab sudi share cerita2
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 02:12 PM | Show all posts
wahhhh tqtqtq ada cerita baru
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2022 03:45 PM | Show all posts
Alhamdulillah dah ada cite baru dari John.. yg jadi misteri Wak Dun ni hidup ke dah meninggal sbnrnya kan.. hermm
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 05:48 PM | Show all posts
Betul2 misteri wak dun ni...

Diam2 sudahlah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2024 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuan tanah ooo tuan tanah. Tak nak update cerita ke lama dah tinggal ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima diatas perkongsian kisah John @ Jaws.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2024 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Best2 la citer. Tgh merempit
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada cerita lagi John?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2024 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
bebulu replied at 13-7-2024 03:49 PM
Ada cerita lagi John?

eh? last cerita pun dah 2 tahun...masih mintak lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 16-8-2024 05:02 PM
eh? last cerita pun dah 2 tahun...masih mintak lagi?

Mesti la ada update dalam pengalaman dan kehidupan dalam tempoh 2 tahun ni. Tak gitu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2024 12:15 PM | Show all posts
Cerita aku kali ini memang tak ada kena mengena dengan aku. Eh…nak cakap takde langsung pun tak boleh jugak. Sebab rata2 cerita ni datangnya dari Paksu aku. Pada aku la…ujian Paksu aku ni boleh tahan dahsyat jugak. Kalau aku boleh kata Fendi je yang boleh buat aku rasa teringin nak buat macam Homer cekik Bart dalam cerita The Simpsons. Puas je kalau nengokkan gaya cekiknya tu…kena pulak kat tengkuk si Fendi.

Paksu aku ni budak asrama masa zaman sekolah dulu. Ngape masuk asrama? Ater perangeinye pun idak ler semiok mane. Datang sekolah taunye nak main je. Udah masuk sekolah menengah sifir pun tak hafal, ape lagi nak sembang trigonometri, teorem pythagoras atau aljabar ke…memang ke laut semua tu. Bukan nak sembang bagus, itu ler rope kenyataannya. Ater kalau sekolah memang niat nak main, buku idak nak bawak. Keroje sekolah memang haram puah nak buat.

Dipendekkan cerita, mak cik Paksu ni decide (tetiba speaking London) nak ngantorkan ke asrama. Biornya padan situ. Paksu ni anak yatim, adik-beradiknye boleh tahan ramai ler juga…ade ler dalam 14 orang. Dia yang paling bongsu. Disebabkan masalah logistik terlalu ramai, bapa Paksu bagi ler dekat kakaknya, bagi dia yang jaga. Masa tu sebelum meninggal ler…kome jangan ingat paknya tu udah meninggal balik ke rumah sebab nak suruh hantar Paksu ke kampung.

Atas sebab tu ler dia lagi rapat dengan makcik2 dengan sepupunya. Tapi nak kata dia tu derhaka dekat maknya pun tak juga. Elok je jaga hubungan sampai ke tua. Tapi sebab dia kekurangan makanan, memang nampak kecik la berbanding budak2 yang lain. Bila Jabatan Kesihatan datang melawat kampung, Paksu mesti dapat vitamin sebab kekurangan zat. Tambah panas lagi bila makcik yang menjaganya tu selalu ngatakan Paksu ni macam anak keling telinga capang.

Haih…penat melabun. Ater kita sambung cerita bahagian seramnya lain kali je lah ye?

Hahaha…ok tak kelakar. Ceritanya bermula dengan seorang kawan Paksu ni, namanya aku letak Seman je lah. Dia ni ngejutkan Paksu tengah2 malam, kalau siapa yang duduk asrama mesti faham punya. Member kejut tidur tengah2 malam mesti nak mintak teman pergi tandas.

Seman: Rah…man…man…an…
Paksu: Ape kehe kamu tergonyoh2 badan aku tengah2 malam ni? Kamu ingat aku tepung ke ape? Lepas tu ape kehenye nama aku makin pendek kamu panggil?
Seman: Temankan aku pergi tandas… (tak menjawab soalan)
Paksu: Hish…tak sior aih…aku kalau perlukan apa2 tengah2 malam buta, idak pulak nak ngejutkan kawan2. Dah memang nak ke tandas, pergi jelah. Apa masalahnya?

Sorang budak menyampuk, “woi, tidor la! Tengah malam memekak apa lagi? Aku nak mimpikan Leha pun tersangkut dengor kome menyembang.”

Paksu: Hah, tengok…kamu punya pasei ler ni.
Seman: Weh…tolonglah…
Paksu: Jangan nak mengada. Lampu suluh kat bawah katil.

Sepertimana insan2 normal yang lain…setiap kali berdiri di tingkap, tidak mengira mahu membasuh pinggan atau menggosok baju, pasti akan terbayang sesuatu berada di luar tingkap. Sekiranya meraba mencari sesuatu di bawah katil, terbayang pulak tangan akan dicapai sesuatu. Begitulah juga dengan Seman, andai kata kome kata tak pernah…maknanya kome ni memang tak berapa nak normal.

Dadanya berdebar-debar, hatinya pula bertanya, “manalah lampu suluh ni?”

Bam!

Hampir nak gugur jantungnya sebaik tangannya terabakan muka orang. Peluh membasahi dahi dan pipi, sudahlah nak memerut…terabakan muka pula di bawah katil.

“Woi, setan! Kau raba muka aku tu kenapa?” marah Paksu.

“Aku cakap, bawah katil…bawah katil ni lah. Bukannya bawah katil kau!” marahnya lagi sambil mencapai lampu suluh dan menyerahkannya kepada Seman.

“Dah…pergi melingkup...” kata Paksu memalingkan badan.

Seman masih teragak-agak mengharapkan belas ihsan kawan-kawan untuk menemankannya. Tetapi tiada sesiapa pun yang melayan, masing2 sedang enak diulit mimpi.

Sebelum melangkah keluar dia terdengar Paksu berpesan, “woi, lampu tu karang…suluh bawah je. Kau jangan memandai pergi suluh ke atas.”

“Ceh, aku tahulah! Ingatkan nak cakap temankan aku tadi,” rungut Seman di dalam hati.

Kata2 yang sememangnya tak serupa bikin, di dalam ketakutan dia melangkah berjalan di sepanjang koridor sebelum menuruni anak tangga. Tandas di blok tersebut sedang dibaiki, jadi mahu tak mahu penghuni2 blok tersebut kena ler menumpang tandas dekat blok sebelah.

Bibir seman tidak berhenti-henti meratib, “suluh bawah, jangan suluh ke atas…suluh bawah, jangan suluh ke atas.”

Zapp!!

Tiba2 dia merasakan sesuatu melintas di belakang, serentak Seman menoleh ke belakang dan menyuluh ke sana dan ke sini. Di dalam hatinya pula memaki2 sesiapa yang berkenaan kerana menutup lampu koridor pada waktu tidur bagi menjimatkan elektrik.

Setelah agak lama mencari, barulah dia merasakan tiada gunanya dia mencari apa bendanya yang melintas di belakangnya tadi. Ada lebih baik dia meneruskan perjalanannya untuk ke tandas dengan segera.

Kali ini mulutnya meratib, “suluh atas, jangan suluh bawah…suluh atas, jangan suluh bawah…”

“Ape kemendenya pulak tu?” tanya Seman sebaik ternampak lembaga hitam duduk bertenggek di atas bumbung laluan pejalan kaki.

“Batman gamaknya…” Seman cuba bersangka baik dan kembali meneruskan langkah kaki.

Woooo…!

Kali ini dia mendengar bunyi angin pula, bagaikan ada sesuatu yang melintas di belakangnya sekali lagi. Lantaran dia sekali lagi berpusing menyuluh mencari apakah yang melintas di belakangnya tadi.

“Siapa? Janganlah macam ni…jangan takutkan orang yang dah sedia takut,” Seman meminta simpati.

Tanpa belas kasihan, gangguan diteruskan dengan tiba2 sahaja angin sejuk menderu, cukup untuk membuatkan bulu2 romanya berdiri tegak.

Seman meraup bulu2 romanya sambil berkata, “shhh…tido balik. Tido balik…”

Biar setakut mana sekalipun, dia terpaksa meneruskan perjalanan dengan berbekalkan harapan supaya dia tidak terserempak dengan apa2 yang mampu menakutkan dirinya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia melepaskan hajat di longkang laluan pejalan kaki tersebut. Tetapi dia risau, hanya kerana dia sorang yang buat taik habis satu asrama lelaki didenda.

Setelah mengalami beberapa gangguan melintas di belakangnya, Seman akhirnya tiba di hadapan pintu tandas. Tangannya laju sahaja memetik suis lampu, namun tiada apa-apa yang berlaku. Suis tersebut bagaikan rosak, lampu tandas tidak juga menyala.

“Haish…ni yang awak tak gemor ni. Tolong ler jangan buat gini, kalau awak tau tadi…baik awak teruskan je perjalanan ke asrama perempuan. Tumpang tandas sana (gatal),” kata Seman sendirian.

“Nasib baik la ada lampu torchlight ni,” ujar Seman memberanikan diri melangkah masuk ke dalam tandas yang gelap gelita.

Kreookkk…

Bunyi pintu tandas bagaikan menambah perisa untuk menyedapkan pengalaman seram yang dialami Seman. Tangannya dengan laju menyuluh ke atas dengan mulut masih lagi meratib, “suluh atas, jangan suluh bawah…suluh atas, jangan suluh bawah…”

Mujur tiada apa2 yang bertenggek di atas dinding batu tandas, dapatlah Seman meneruskan apa2 yang patut bagi melepaskan hajatnya dengan hanya bertemankan cahaya lampu suluh.

Adakalanya dia mendongakkan kepala ke atas sambil menyuluh lampu kerana takut ada sesuatu yang bertenggek untuk menakutkannya. Pada akulah…benda tu buat apa nak dicari?

Sekali lagi dia menghembuskan nafas lega sebaik melihat tiada apa2 di atas dinding pembahagi tersebut. Namun…langit tidak selalunya cerah. Tambah pula bila hari dah malam macam ni.

Seman teringat semalam dia, Paksu, Fir dan Hakim bukan main seronok lagi bermain lampu suluh setelah menampal logo batman. Ater…ape lagi? Berkelip2 la lampu suluh di tangan Seman sebab kehabisan bateri. Sebaik lampu terpadam, Seman berada seorang diri di dalam tandas yang sunyi dan gelap…di dalam kedudukan mencangkung.

Ketika inilah dia mendengar ada seseorang berbisik betul2 di sebelah telinganya, “Seman…”

Maaaaakkkkk!!!

Ok, setakat ni je cerita kali ni…aku sambung lagi awal tahun depan ye? Hujung tahun ni sibuk sikit. Hahaha.


Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 11-9-2024 12:15 PM
Cerita aku kali ini memang tak ada kena mengena dengan aku. Eh…nak cakap takde langsung pun tak bol ...

Bertuahnya saya, bukak je benang ni terus dpt baca cerita baru. Tapi lamanya nak tunggu 3 bulan lagi, nak baca sambungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2024 11:53 AM | Show all posts
Exoskeleton replied at 11-9-2024 12:15 PM
Cerita aku kali ini memang tak ada kena mengena dengan aku. Eh…nak cakap takde langsung pun tak bol ...

adoi lama nyer taun depan....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 10:47 AM | Show all posts
terima kasih atas perkongsian cerita ni. awok memang gemor baca cerita seram lucu gini
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya lepas 2 tahun ada cerita best lagi. Hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
adoiiii... Tgh2 saspen...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.062144 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list