CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] KRISIS MB KEDAH:[KEMASKINI}KRONOLOGI DARI AWAL ISU MUKHRIZ PG1

[Copy link]
Post time 3-2-2016 11:54 AM | Show all posts
stay strong mukhriz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 11:55 AM | Show all posts
esok akan keluar la berita dlm paper  kawan kawan kg , adik beradik Badshah cerita kebaikkan dia ..lama lama hangpa terpengaruh juga.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 11:55 AM | Show all posts
zamzam replied at 3-2-2016 11:53 AM
haaha makcik pokcik dapat package ransangan ekonomi dari jibby elok jer nanti pangkah basah next e ...

Pastu pi perapi kata kalau cina DAP mmerintah habih la melayu merempat.. Mokcik pokcik pun ketaq la lutut takut... pangkah la dacing karat..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 11:57 AM | Show all posts

jgn hina mr bean
dia lebih pandai dari kesemua jemaah menteri mesia
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 11:59 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 3-2-2016 11:57 AM
jgn hina mr bean
dia lebih pandai dari kesemua jemaah menteri mesia

Graduate Imperial College tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 12:00 PM | Show all posts
cak! replied at 3-2-2016 11:14 AM
najib melawan dgn madet..paklah dulu lembik

Pak lah tak dak RM billion nak beli sokongan.... Najib pencuri bnyk duit hasil dari mencuri duit orang malaysia

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2016 12:05 PM | Show all posts
bluehedgehog replied at 3-2-2016 11:57 AM
jgn hina mr bean
dia lebih pandai dari kesemua jemaah menteri mesia


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 12:08 PM | Show all posts
malangnya dapat MB baru yang bukan sahaja TUA dan BURUK tapi LEMBAP dan BASHAH....

yes pun intended
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 12:08 PM | Show all posts
baru naik dah kena troll embee nie..
bertabahlah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 12:09 PM | Show all posts
Edited by cabalero at 3-2-2016 12:13 PM
kak_sue replied at 3-2-2016 11:52 AM
hang orang kedah kan? Mukhriz ini tak macam bg anwar. Di suruh resign dia resign. Bg anwar di suru ...

Kadang agak pelik dgn penyokong Anwar ni

sebagai penyokong they should know more about anwar, sejarah dia, naik turun dia dalam umno, pemikiran dia etc etc etc

but when they tried to equate what happen to muhriz sama mcm apa yg terjadi pada anwar aku memang rasa kelakar sangat la

nampak mcm mereka ini tak kenal idola mereka sendiri

cuba semak sejarah anwar dalam umno

mcm mana sebaik saja masuk dalam umno dia terus nak tapau suhaimi kamaruddin ketua pemuda

and then terus panjat ke naib presiden

of course what he did to Tun Ghaffar lagi teruk

Tun Ghaffar did not even got enough nominations for himself

Tun M sendiri ada cakap sebaik saja Anwar dilantik timbalan menteri he quickly see Tun M bagitau yang dia sepatutnya dilantik jadi Menteri Penuh dan bukannya Timbalan menteri walhal dia baru saja masuk UMNO tu

on his sodomy case

he should resign when given the chance afterall dah memang ko buat pun

but yet he insist to make a police report in order to get to the people who made the report

he even "selected" pegawai penyiasat utk siasat kes dia

that's why he "requested" Tan Sri Musa Hassan sebab Arwah Fuad Hassan cukup baik dan rapat dgn dia pada ketika itu hoping that nothing is going to happen to him

but he forgot that Musa Hassan is not Fuad Hassan

as Tan Sri Musa Hassan pernah kata "kita ni dah lama jadi penyiasat boleh tau samada orang itu bohong atau tidak"

mana taknya bila ditanya jawapan yang diberi pelik2


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 12:09 PM | Show all posts
hmm..rakyat kedah..gunakan hak anda di masa PRU nanti ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 12:12 PM | Show all posts
cm_matjawasp replied at 3-2-2016 11:55 AM
esok akan keluar la berita dlm paper  kawan kawan kg , adik beradik Badshah cerita kebaikkan dia ..l ...

Ahmad Bashah watak penting kejayaan BN rampas Kedah

3 FEBRUARI 2016

Ahmad Bashah
Umno dan Barisan Nasional (BN) merampas semula Kedah daripada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Ahmad Bashah, 66, yang dikenali sebagai pemimpin yang "low profile", merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Pengerusi BN Kedah yang berjaya menyatukan pimpinan Umno dan BN negeri serta menguatkan semula parti sehingga BN memperoleh 21 kerusi daripada 36 kerusi Dun pada 2013.
Beliau merupakan antara pemimpin Umno negeri yang paling kanan apabila menjadi Adun Bakar Bata (dahulu Alor Merah) untuk lima penggal sejak 1995.

Berakhirnya PRU-13, Ahmad Bashah membuktikan kesetiaan kepada parti apabila memberi laluan kepada timbalannya Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk menerajui tampuk kepimpinan kerajaan negeri.
Dalam pengumuman kabinet kerajaan Persekutuan selepas PRU13, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Ahmad Bashah sebagai Senator dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Dua bulan selepas PRU13, Ahmad Bashah sekali lagi membuktikan kesetiaan beliau kepada parti apabila kali ini memberi laluan kepada Mukhriz menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, dengan beliau turun pangkat sebagai timbalannya pula.

Dilahirkan pada 10 Oktober 1950, beliau memegang pelbagai jawatan sepanjang pembabitannya dalam dunia politik lebih 40 tahun, antaranya Ketua Pemuda Umno Bahagian Alor Setar, Naib Ketua Pemuda Umno Negeri, Ketua Umno Bahagian Alor Setar, Bendahari Umno negeri dan Bendahari BN negeri.

Selepas BN dan Umno kalah pada PRU12 iaitu pada 2008, Umno Kedah dirombak dan beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah mulai 24 April 2009 bagi membantu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku Pengerusi.

Beliau kemudian dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Pengerusi BN negeri pada 1 Jan 2011, manakala Mukhriz sebagai Timbalannya.

Selain berpengalaman luas dalam bidang politik, beliau turut berpengalaman  dalam pentadbiran kerajaan apabila menjadi Exco selama dua penggal sejak 1999 dengan memegang portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan.  



Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 12:13 PM | Show all posts
Mukriz harap Bashah tak lena masa angkat sumpah



Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan sebagai menteri besar hari ini tetapi sempat meninggalkan pesanan sinis untuk penggantinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanapiah.

"Jangan lena masa angkat sumpah,” katanya.

Terdapat serangan di Internet kepada kumpulan anti-Bashah sebelum ini yang cuba menggambarkan timbalan pengerusi Umno Kedah itu sebagai 'kaki tidur'.

Selepas dua minggu pergolakan politik melanda Kedah, Mukhriz hari ini bersetuju melepaskan jawatannya.

Mukhriz membuat pengumuman itu dalam sidang media di pejabat pentadbiran negeri di Wisma D

arul Aman di Alor Setar,

Mukhriz mengumumkan keputusan untuk berundur selepas dimaklumkan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti ADUN di negeri ini.

Dua puluh satu ADUN BN dan 15 ADUN pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah telah menyuarakan pandangan mereka kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada hari Isnin dan Selasa lalu.

Pelantikan Ahmad Bashah sebagai menteri besar Kedah yang baru diumumkan dalam satu sidang media khas oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din pagi ini.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 12:14 PM | Show all posts
jangan tidur ya bashah
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 3-2-2016 12:08 PM
malangnya dapat MB baru yang bukan sahaja TUA dan BURUK tapi LEMBAP dan BASHAH....

yes pun intend ...

tapi kalau lepas ni dia perform hampa nak kata apa
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 12:16 PM | Show all posts
Syd replied at 3-2-2016 12:12 PM
Ahmad Bashah watak penting kejayaan BN rampas Kedah

3 FEBRUARI 2016

pergh giler bagus punya artikel... klu org tak tau mmg respek habis la kat basah ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Voyagers replied at 3-2-2016 12:13 PM
Mukriz harap Bashah tak lena masa angkat sumpah



ouch, berasap kepala ahmad bashah dengar ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 12:17 PM | Show all posts
HAHA JGN LENA
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 12:20 PM | Show all posts
Sedihnya... tgk la gambar Tun Siti Hasmah peluk anaknya Mukhriz..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 12:28 PM | Show all posts
kroeGand replied at 3-2-2016 12:16 PM
pergh giler bagus punya artikel... klu org tak tau mmg respek habis la kat basah ni...

Ahmad Bashah Watak Penting Dalam Kejayaan BN Rampas Kedah
Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 11:56 AM

[size=0.75em]Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (dua, kiri) mengangkat tangan bersama Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ketika Barisan Nasional berjaya merampas Kedah daripada pembangkang pada PRU-13, 6 Mei 2013.

ALOR SETAR: Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan watak penting kejayaan Umno dan Barisan Nasional (BN) merampas semula Kedah daripada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ahmad Bashah, 66, yang dikenali sebagai pemimpin yang "low profile", merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Pengerusi BN Kedah yang berjaya menyatukan pimpinan Umno dan BN negeri serta menguatkan semula parti sehingga BN memperoleh 21 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 2013.

Beliau merupakan antara pemimpin Umno negeri yang paling kanan apabila menjadi anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata (dahulu Alor Merah) untuk lima penggal sejak 1995.

Berakhirnya PRU-13, Ahmad Bashah membuktikan kesetiaan kepada parti apabila memberi laluan kepada timbalannya Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk menerajui tampuk kepimpinan kerajaan negeri.

Dalam pengumuman kabinet kerajaan Persekutuan selepas PRU13, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Ahmad Bashah sebagai Senator dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Dua bulan selepas PRU13, Ahmad Bashah sekali lagi membuktikan kesetiaan beliau kepada parti apabila kali ini memberi laluan kepada Mukhriz menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, dengan beliau turun pangkat sebagai timbalannya pula.

Dilahirkan pada 10 Oktober 1950, beliau memegang pelbagai jawatan sepanjang pembabitannya dalam dunia politik lebih 40 tahun, antaranya Ketua Pemuda Umno Bahagian Alor Setar, Naib Ketua Pemuda Umno Negeri, Ketua Umno Bahagian Alor Setar, Bendahari Umno negeri dan Bendahari BN negeri.

Selepas BN dan Umno kalah pada PRU12 iaitu pada 2008, Umno Kedah dirombak dan beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah mulai 24 April 2009 bagi membantu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku Pengerusi.

Beliau kemudian dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Pengerusi BN negeri pada 1 Jan 2011, manakala Mukhriz sebagai Timbalannya.

Selain berpengalaman luas dalam bidang politik, beliau turut berpengalaman  dalam pentadbiran kerajaan apabila menjadi Exco selama dua penggal sejak 1999 dengan memegang portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Apabila tsunami politik melanda pada 2008 menyebabkan BN gagal untuk  terus menguasai Kedah, Ahmad Bashah masih mempertahankan kerusi Dun Bakar Bata dengan menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rohani Bakar dengan majoriti 358 undi.

Pada PRU13 yang lalu, Ahmad Bashah sekali lagi membuktikan pengundi masih percayakan beliau apabila menang dengan majoriti 895 undi mengatasi calon PKR Mohd Eekmal Ahmad dan calon Parti Bersatu Sasa (Bersama) Jawahae Raja Abdul Wahid.

Beliau berkahwin dengan Datin Seri Hizam Awang Ahmad dan dikurniakan  empat puteri.

Sejak 20 Januari lepas, nama Ahmad Bashah menjadi sebutan ramai apabila mengetuai sebahagian besar Adun, anggota Parlimen dan ketua Umno Bahagian di Kedah menzahirkan ketidakpercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.379111 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list