|
|
[Tempatan]
Wan Azizah isytihar dapat sokongan majoriti untuk jadi Menteri Besar
[Copy link]
|
|
|
Anak_Nogori posted on 15-8-2014 10:53 PM
habis ada rakyat yg dah lebih tahu dah kak...
Generally ada
Item by item tu yg sendu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 15-8-2014 10:56 PM 
Generally ada
Item by item tu yg sendu
takes time lah tu sikit..takkan tak ada yg expert?..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 15-8-2014 10:59 PM 
takes time lah tu sikit..takkan tak ada yg expert?..
Tu ang tgh berbual dgn so call expert la Ankel... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
xy_daen posted on 15-8-2014 11:10 PM
Tu ang tgh berbual dgn so call expert la Ankel...
Feel honoured plak
Wakakakakaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
xy_daen posted on 15-8-2014 11:10 PM 
Tu ang tgh berbual dgn so call expert la Ankel...
saya tahulah dia dlm kementerian tu...dia kena berhati2 lah..jangan kecik dan ikut emosi...kerja terbuang...tentu dia pernah sign aku janji.
dia kena ingat...betui apa yg dia cakap pasal GST tu sekarang..oklah...tak betul nanti takut macam totok nyuruk belakang pintu jengok macam kura2..nama plak sering diseru2...patut tunggulah expert yg cakap..jangan memandai spt lagu kejolobak kejolobu...nanti badan merasai..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Gst ada benang lainla
Ni benang mat gagap
@atira la ni:lol |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Majlis Syura Pas Sokong Khalid Ibrahim Tanpa Maklumat Sebenar – Adun Morib
Berikut ialah Kenyataan yang KONONNYA dibuat oleh YB Hasnul Baharudin, ADUN Morib berhubung dakwaan khianat ke atas beliau dan YB Saari Sungip. [Ketulenan kenyataan ini belum dapat disahkan]
Assalamualaikum.
Tindakan PAS sengaja utk melambatkan usaha melantik Menteri Besar baru adalah satu kesilapan yang besar dan pendapat ini dikongsi bersama kebanyakan AJK PAS Pusat.
Itulah sebabnya Presiden tidak memanggil mesyuarat AJK PAS Pusat yang mempunyai kuasa eksekutif dan 10/8 sengaja ditunda ke 13/8 dan ke 17/8.
Alasan untuk bargain dan tidak bersetuju dgn Dr Wan Azizah adalah suatu tindakan paling tidak munasabah. Kita Pakatan Rakyat boleh duduk berbincang sehingga rentung dan hantar satu nama. Kalau Sultan tolak kita hantar nama lain dan seterusnya sampai setuju. Tapi PAS terus ambil sikap sambil lewa. Sehingga imej kita rosak di mata pengundi2 Pakatan Rakyat terutamanya bangsa Cina. Pesuruhjaya Selangor takut utk memanggil mesyuarat dan ambil tindakan proaktif dan serahkan 100 peratus ke pusat. Kita yang duduk di Selangor tentu lebih faham dan seharusnya bertanggungjawab.
Saya yang menyokong Pakatan Rakyat akan di hadap ke tindakan disiplin. Inikah parti Islam yg kita agung-agungkan? Kalau di Kelantan atau Kedah mungkin boleh tapi ini Selangor. Jauh beza keadaannya. Kita mesti mengambilaa hati pengundi khasnya bangsa Cina.
Macam mana Exco yg bersekongkol dengan MB Bebas gila kuasa dan memecat semua Exco Pakatan Rakyat yang lain. Kalau tidak kerana tindakan saya hari ini, semua ahli majlis PKR dan DAP pun akan dipecat oleh Khalid Ibrahim dan disokong oleh EXCO2 PAS yang wala’ dengan pimpinan kononnya. Siapa yang khianat sebenarnya. Pejabat MB sudah telefon Ahli Majlis yang sudi untuk setia dengan Khalid Ibrahim.
Exco2 Pakatan Rakyat dipecat dan dihalau keluar bersama dengan 30 staf2 dan ada yang tunggu masa hendak bersalin. TSKI juga seorang yang suka meninggalkan solat dan kuat berfoya-foya. Majlis Syura Ulamak tahu tak maklumat ini? Kalau tak tahu tanyalah. Jgn butakan mata!
EXCO yang duduk berjam2 dengan TSKI boleh mengesahkan perkara ini. Kenapa nak pertahankan TSKI sampai setengah mati terutamanya Pesuruhjaya PAS Selangor tu?
Saya mengambil tindakan ini untuk menyelamatkan PAS dari terus hanyut dengan tindakan2 yang merugikan.
Kita kata masih bersama PR tapi perbuatan kita yg menghancurkan PR.
Saya sudah bersedia untuk terima apa juga akibatnya dari tindakan saya. Buatlah tindakan ke atas saya kalau berani sebelum saya buka semua keaiban semua pimpinan PAS Selangor.
Hasnul b Baharuddin
ADUN Morib |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan YB Hasnul Baharudin berhubung dakwaan khianat ke atas beliau dan YB Saari Sungip..
Assalamualaikum.
Tindakan PAS sengaja melambat2 kan usaha melantik Menteri Besar adalah satu kesilapan yang besar dan pendapat ini dikongsi bersama kebanyakan AJK PAS Pusat.
Itulah sebabnya Presiden tidak memanggil mesyuarat AJK PAS Pusat yang mempunyai kuasa eksekutif. 10/8 di tunda ke 13/8 ke 17/8.
Alasan untuk bargain dan tidak bersetuju dgn Dr Wan Azizah adalah tidak munasabah. Kita pakatan rakyat boleh duduk berbincang sehingga rentung dan hantar satu nama. Kalau sultan tolak kita hantar nama lain dan seterusnya. Tapi kita terus ambil sikap sambil lewa.
Sehingga imej kita rosak di mata pengundi2 pLPakatan Rakyat terutama bangsa Cina. Pesuruhjaya Selangor tidak memanggil mesyuarat dan ambil tindakan proaktif dan serahkan 100 peratus ke pusat. Kita yang duduk di Selangor tentu lebih faham dan seharusnya bertanggungjawab.
Saya yang menyokong pakatan rakyat akan di hadap ke tindakan disiplin.
Macam mana exco yg bersekongkol dengan mb bebas dan memecat semua exco pakatan rakyat yang lain. Kalau tidak kerana tindakan saya hari ini, semua ahli majlis PKR dan DAP pun akan di pecat oleh Khalid Ibrahim dan disokong oleh EXCO2 PAS yang wala' dengan pimpinan kononnya. Siapa yang khianat sebenarnya. Pejabat MB sudah telefon bekas2 ahli majlis yang sudi untuk setia dengan Khalid Ibrahim.
Exco2 pakatan rakyat dipecat dan dihalau keluar bersama dengan 30 staf2 dan ada yang tunggu masa hendak bersalin. TSKI juga seorang yang suka meninggalkan solat. Majlis syura ulamak tahu tak maklumat ini?
EXCO yang duduk berjam2 dengan TSKI boleh mengesahkan perkara ini. Kenapa nak pertahankan tski sampai setengah mati?
Saya mengambil tindakan ini untuk menyelamatkan pas dari terus hanyut dengan tindakan2 yang merugikan.
Kita kata masih bersama PR tapi perbuatan kita menghancurkan PR.
Saya sudah bersedia untuk terima apa juga akibatnya dari tindakan saya.
Hasnul b Baharuddin |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kronisme Dan Nepotisme Semakin Parah Dalam Pakatan
images-171Oleh Norshazlina Nor’azman
Dalam usaha parti pakatan menyelesaikan kemelut politik Selangor yang semakin parah, pemerhati politik mendapati tindakan yang diambil menyerlahkan lagi amalan kronisme dan nepotisme pimpinan tertinggi parti berkenaan.
Jika sebelum ini kepimpinan Umno sering dihentam oleh parti lawan dengan tuduhan mengamalkan kronisme dalam semua tindakan, tetapi tuduhan seumpamanya yang sering dijadikan senjata nampaknya mula makan tuan.
Imej kronisme dan nepotisme, yang sebati di dalam PKR, semakin parah berikutan tindakan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menamakan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon paling layak mengambil alih tugas sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor, yang berlarutan sejak ‘Langkah Kajang’ Mac lepas sehingga membawa kepada pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR 9 Ogos lepas, menonjolkan wajah sebenar PKR.
Ini jelas bertentangan dengan penafian Ketua Pembangkang dalam satu wawancara bersama stesen televisyen BBC pada 2008, bahawa partinya tidak mengamalkan nepotisme meskipun secara hakikatnya Dr Wan Azizah adalah Presiden PKR ketika itu dan sehingga kini.
BERLELUASA DALAM PARTI PEMBANGKANG
Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kronisme membawa maksud amalan mengutamakan atau mementingkan teman rapat dalam pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dan sebagainya. Nepotisme pula adalah perbuatan atau amalan yang mementingkan atau melebihkan sanak-saudara dan rakan-rakan yang ada hubungan.
Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Abdul Halim Sidek berkata isu kronisme dan nepotisme sebenarnya telah sebati dengan parti PKR dan DAP.
“Amalan kronisme dan nepotisme ini sudah berleluasa dalam parti pakatan, kita boleh lihat ketika Pilihan Raya Umum yang lalu, anak beranak dan suami isteri yang bertanding malah dalam PKR juga ramai yang mempunyai hubungan bau-bau bacang.
“Orang yang suka menuding jari telunjuk kepada orang lain, sebenarnya tidak menyedari ibu jarinya bengkok ke arah diri sendiri… mereka asyik mengaitkan kronisme dan nepotisme dengan BN sedangkan mereka sendiri mewujudkan dinasti masing-masing,” katanya kepada Bernama.
TIDAK PROFESSIONAL
Beliau berkata parti pakatan bertindak tidak profesional apabila sanggup memporak-perandakan dan mencampuradukkan kepentingan peribadi dengan profesionalisme dalam pentadbiran negeri.
“Di dalam Umno contohnya, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berada di tampuk pemerintahan, menghalang anak-anaknya daripada aktif berpolitik dan memegang jawatan tertinggi Umno.
“Perdana Menteri sekarang pula, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak memberi jawatan kepada isterinya dalam politik atau pentadbiran negara, malah turut tidak mengheret anaknya dalam kancah politik,” katanya.
Sebaliknya dalam parti pakatan, Anwar dilihat tidak putus-putus mempromosikan anak dan isterinya ketika beliau berkuasa di dalam PKR.
Persoalannya, cukup berkaliberkah Dr Wan Azizah untuk mentadbir negeri?
Abdul Halim berkata Presiden PKR tidak mempunyai sebarang rekod mentadbir dan menguruskan organisasi besar, berbanding Abdul Khalid yang disanjung tinggi berikutan kepimpinan dan pengalaman di dalam korporat, meskipun tidak ‘pandai’ berpolitik.
“Pengaruh yang ada pada Dr Wan Azizah ialah beliau isteri kepada Anwar… kalau tiada ‘title’ isteri Anwar, orang tidak akan kenal dan undi mungkin tidak akan berpihak pada beliau. Kalau ikutkan etika, ini sebenarnya satu kronisme dan amat tidak professional sekali,” katanya.
CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN
Justeru, jika benar terdapat isu kronisme dan nepotisme di dalam BN seperti yang sering dilaungkan pembangkang, mengapa pembangkang sendiri mengamalkannya?
Abdul Halim berpendapat pembangkang menunjukkan sikap hipokrit mereka apabila mereka sendiri membenarkan kronisme dan nepotisme berlaku serta berleluasa di dalam parti mereka, terutamanya oleh ketua mereka sendiri.
“Kalau benar BN lakukan kesilapan dan pembangkang tidak suka ia berlaku, maka pembangkang sendiri tidak seharusnya ikut kesilapan itu… jangan buat.
“Sepatutnya kepimpinan melalui tauladan… mengapa perlu tuduh BN bermacam-macam sekiranya pembangkang sendiri mengamalkan apa yang dituduh itu?,” katanya.
BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cu tepek sekeping pic TSKI yg suka berfoya2. First time dgr nih....:lol |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak kena tanya org UMNO... nih .... benda2 cam nih biasa puak2 dorang cepat jer .... :lol |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang konon Hasnul tuis ttg tski tu cam bdk sekolh rendah je
Part tuduh menuduh , peribadi org solat la, gatal la, plg menyampah ni ... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
d'zeck posted on 15-8-2014 08:05 AM 
setuju tu
wan jijah tak nampak ketrampilannya
Wan Azizah kan boneka.
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 15-8-2014 10:47 PM 
Sultan titah Khalid tunggu 27 Ogos ini
NIZAM ZAIN
15 Ogos 2014
TSKI guna saluran betul dah.
Dlm berita tv tadi, dia ada cakap, kalau nak buat sidang tergempar sebab dah klaim ada majoriti, dapatkan perkenan sultan. Dah dpt perkenan, the rest will follow. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 15-8-2014 08:30 PM 
Kalo majikan bapa announcement kau nk cakap apa
Lol
x kira la majikan bapa apa sekalipun. apa yg majikan nak kena deliver.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dess402 posted on 15-8-2014 08:53 PM 
tak kott . tukang masak tu cuma pekerja .
tetapi yg idea murah ini datang dari majikan .
memang la pekerja sahaja. kalo dah x deliver boleh berhenti kerja. dalam konteks negara plak biar rakyat yang menghukum. setiap maximum 5 tahun sekali ada election. biar rakyat yg menghukum. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 15-8-2014 11:17 PM 
saya tahulah dia dlm kementerian tu...dia kena berhati2 lah..jangan kecik dan ikut emosi...kerja t ...
Biasalah Ankel...dah otai katanya..untouchable kekdahnya...jaman Nuart Munteri situ dia dah ada situ gak kot....tu yg sehabis nyawa pertahankan Nuart... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tensic~ posted on 15-8-2014 09:03 PM 
Klu patutnya goreng ayam stgh jam.. majikan suruh goreng 5 minit.. salah tukang goreng jugak ke
salah tukang goreng la. dah tau majikan nak dalam temph 5 minit buat lah. cari jalan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa anwar kak jijah semua nak buang khalid? Lebih baik si khalid dr dorg! Menyampah tgk puak2 gila kuasa ni. Tiba2 jah nak buang si khalid! |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|