CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

PERLUKAH AKU?

  [Copy link]
Post time 16-12-2011 02:48 PM | Show all posts
saje2 nak bagi kalian geram dgn sya....

“Kenapa isteri saya tidak percaya dengan saya ermmm..? ...
Adilla Post at 16-12-2011 14:40



    auw.... romantisnya....
sedih tapi romantik
i like...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2011 03:13 PM | Show all posts
As salam Adilla.... kami skrg nie tgh geram ngan Badariah nie... Siapa perempuan nie??????
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 03:51 PM | Show all posts
menunggu sambungan haji din dan minah niihhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 04:11 PM | Show all posts
siapa lak tuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 04:46 PM | Show all posts
cepatla sambung....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 08:58 PM | Show all posts
baru balik dari kpg hari ni terus teringat kat hj. idin & minah..puas rasa hati dpt baca n3 baru. kalau dah jahat sapa yg nak pinang dia..nasib baik hj. idin x kawin dia badariah kalau x mmg cam kes yg lepas juga lah nasib rmahtanggan hj. idin...anyway bukan jodoh badariah ngan hj. dinkan apa nk jeles2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2011 10:01 AM | Show all posts
sape yg akn kacau daun tuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 03:47 PM | Show all posts
badariah:@ bakor kang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2011 05:21 PM | Show all posts
saje2 nak bagi kalian geram dgn sya....

“Kenapa isteri saya tidak percaya dengan saya ermmm..? ...
Adilla Post at 16-12-2011 14:40



sayang sya.......
xnak la geram dgn sya....   sambung panjang2 k.....
tp jeles la dgn aminah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2011 08:52 PM | Show all posts
Menunggu hj din.... cepatlaa muncul dah rindu ni
hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2011 09:33 PM | Show all posts
best la citer nie...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 10:48 AM | Show all posts
Haji Din & Minah masih bercuti lagi ekkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 11:11 AM | Show all posts
jap...jap...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 12:26 PM | Show all posts
dilla, lama2 nanti ada rusuhan kat sini. marahkan badariah walaupun tak tahu sape badariah tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 12:49 PM | Show all posts
dilla, lama2 nanti ada rusuhan kat sini. marahkan badariah walaupun tak tahu sape badariah tu...
Syafiya Post at 19-12-2011 12:26



   sekejap saja...ada penambahan sikit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 01:02 PM | Show all posts
show time...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2011 01:04 PM | Show all posts
25

Tengahari itu selesai makan, Haji Din berehat diruang tamu bersama Syukri dan Shahrul. Bercerita macam-macam dan gelak ketawa kedengaran hingga ke dapur. Aku dah Kak Ngah sibuk mengemas dan membasuh peralatan memasak tadi. Kak Lang sudah naik keatas untuk bersolat. Kak Ngah yang lembut dari perwatakannya sama seperti Umi. Tidak malu aku hendak bertanya kerana Kak Ngah melayan aku dengan lemah lembut. Ehsan dan Elina sudah lama tertidur diatas.

“Kak Long! Along minta kak long buatkan dia air kopi O macam biasa.” Aku yang asyik berbual dengan Kak Ngah berpaling bila mendengar suara Syahrul.

“Kejap, nanti akak bawa ke depan.” Ujar ku. Terasa lain bila membahasakan diri sebagai kakak yang tua dalam rumah ini walaupun umur ku hanya berjarak dua tahun dengan Syahrul. Tetapi Haji Din sudah memberi amaran pada setiap orang dalam rumah ini supaya menghormati aku sebagai menantu yang sulung jadi semua akur.

“Kak Long, dalam peti ais tu ada kek coklat. Potonglah sekali.” Cadang Kak Ngah.

“Haji Din tak makan sangat manis-manis nilah Ngah. Dia dah start puasa pasal bab-bab manis ni.” Terang aku sambil tersenyum. Tangan aku lincah membasuh periuk. Memang Haji Din ada memberitahu bahawa bila dah menjangkau umur sebegini, lelaki itu hendak mengurangkan dan menjaga pemakanannya. Aku hanya menurut saja kerana sebagai seorang isteri tugasan ku adalah untuk menjaga segala-galanya berkaitan dengan Haji Din.

“Iyer? Wow! Perkembangan baik ni. Selalunya kalau kita buat air terkurang gula pasti dah kena bebel.” Usik Kak Ngah sambil tersenyum memandang aku.

“Betul ke? Tapi sejak kami berkahwin, Haji Din dah pesan kat Kak Long jangan manis-manis buat kuih atau air untuk dia.” Terang ku. Tangan ku lincah memasukkan kopi dalam teko yang berbunga ros.

“Pasti Along nak selaraskan kesihatannya dengan diri Kak Long. Iyerlah perbezaan umur kadang kala kena ambil tahu juga Kak Long. Ada orang itu main bantai saja. Tak beringat, main makan saja. Bila dah sakit barulah menyesal.” Kak Ngah masih menyentuh hal pemakanan. Iya! Memang betul kerana jarak umur aku dan Haji Din sudah pasti aku kena ambil tahu permakanan Haji Din secara serius. Aku tidak mahu Haji Din jatuh sakit.

Setelah selesai membancuh, aku segera membawa ke ruang tamu. Tiga set cawan beralas ditatang bersama. Aku letakkan didepan meja ruang tamu. Haji Din tersenyum menyambut kedatangan aku bersama dengan air kopinya. Syukri dan Syahrul masih berbual dengan Haji Din. Entah apa topic yang dibincangkan tiga beradik ini.

“Duduklah!” Haji Din memperlawa aku duduk bersama mereka tetapi aku mengeleng kepala. Segan untuk bersama mereka kerana sebagai seorang perempuan untuk berada dalam golongan lelaki bukan diri aku sebenarnya.

“Minah ada kerja sikit. Haji Din duduklah. Nak kek coklat tak?” terus aku bertanya. Takut-takut Haji Din ingin merasa ke?

“Aminah Amia buat apa kat dapur tu? Tak selesai lagi ke?” Haji Din masih ingin aku berada disampingnya. Ditarik tangan aku lantas terduduk aku disebelahnya.

“Minah nak tolong Angah kemas dapur. Ingat nak buat cekodok sikit. Nak kek coklat tak?” terang ku dan masih bertanya hal yang sama.

“Saya tak mahu kek coklat. Aminah Amia tahu kan? Saya cuma mahu sambal tumis ikan bilis Aminah Amia. Hari ini tak buat untuk saya pun?” Haji Din seakan merajuk manja. Bukan aku tak mahu masakan untuk Haji Din tetapi sesekali balik kesini biarlah Haji Din merasa seratus peratus masakan Umi pula.

“Minah minta maaf. Nanti Minah buatkan untuk Haji Din.” Aku tertunduk bila Haji Din merenung aku lembut.

“Buat lebih sikit iya. Esok boleh bawa sekali.” Pinta Haji Din.

“Tak mengapa, esok Minah buat lain.” Janji ku dan Haji Din tersenyum.

“Ermmm! Ermmm!” suara Syukri di depan membuat aku bertambah malu. Terlupa dengan dua mahkluk ALLAH ini.

“Amboi Along, mengadanya dia.” Usik Syukri. Haji Din tenang saja tanpa riak.

“Kak Long, kami nak kek coklat.” Syahrul menyampuk sambil membuat muka comel.

“Ambil sendiri.” Tukas Haji Din. Syahrul dah mencebik muka.

“Tak mengapa, Minah ambilkan.” Aku mahu melangkah tetapi Haji Din menarik tangan dan menahan aku pergi.

“Biarlah diorang ambil sendiri.” Haji Din berkata dan aku serba salah. Janji ku untuk memberi ruang untuk lelaki ini menerajui hidup kami menghambat diri.

“Alahhhh along!!! Sesekali bagilah kami manja dengan Kak Long.” Syukri berkata.

“Dah tak ada tangan dan kaki ke?” Haji Din dah mula bertegas. Syukri dan Syahrul dah terdiam.

“Minah nak ke dapur semula, Boleh Minah ambilkan kek coklat untuk adik-adik kita?” pinta ku dan aku tekankan sedikit pada perkataan ‘adik-adik kita’. Aku tidak mahu Haji Din mencemburi hubungan aku dan adik-adiknya. Pada aku setelah diwartakan aku menjadi menantu yang sulung dan panggilan aku ditarafkan oleh Haji Din, hanya perasaan seorang kakak kepada adik-adiknya walau umur aku lagi muda dari Syukri dan Syahrul. Walau pada pemulaannya kekok tetapi aku ingin belajar menjadi seorang kakak yang sulung.

“Ermmm..okeylah. Nanti ambilkan saya sekali biskut lutut yeh.” Akhirnya Haji Din membenarkan aku menjalankan tugas sebagai seorang kakak tetapi aku tahu Haji Din seorang yang bijak. Sebab itu Haji Din meminta aku mengambilkan dia biskut lutut untuk tanggungjawab ku sebagai isteri pula. Memang kita tidak sedar dan anggap perkara itu remeh. Tetapi dengan sikap Haji Din begini, sedikit demi sedikit aku sudah boleh mentafsir rentaknya.

“Iyalah, Minah bawakan biskut lutut untuk Haji Din dan kek coklat untuk adik-adik kita.”
Senyum aku dan Haji Din bersatu. Aku pandang wajah Syukri dan Syahrul dah tersenyum sama dan kedua adik beradik nakal ini sempat bertepuk tangan. Terus aku mengangkat kaki ke ruang dapur. Malulah Minah Haji Din oiiii….Aku segera mengeluarkan kek coklat dari peti ais dan biskut lutut dari Tupperware. Setelah diletakkan dalam pinggan, aku ke depan semula. Setelah melayan Haji Din aku kembali semula ke dapur untuk menyambung kerja aku tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 01:05 PM | Show all posts
“Tak siap lagi ke?” Kak Ngah sengaja mengusik. Dia tahu yang aku hanya menghantar air dan akan kembali membasuh pinggan yang ada separuh lagi didalam singki. Tetapi tidak sangka kena melayan Haji Din dahulu baru aku boleh menyambung kerja tadi.

“Biasalah Ngah, kena siasat dengan Imigresen dulu.” Sengaja aku membalas usikan Kak Ngah. Pinggan yang terletak diatas meja makan aku ambil dan letakkan dalam singki yang sudah ada buih sabun.

“Kelakarlah Along sekarang. Dulu tak macam ini pun, bekas bini dia yang jadi Imigresen tau. Sekarang dah terbalik.” Kak Ngah masih hendak menyentuh perihal Haji Din lagi yang telah banyak berubah. Membalas usikan aku dalam erti kata sebenar.

“Tak mengapalah Ngah, Kak Long tak kisah Haji Din nak jadi Imirgresen sekarang ini. Asalkan Haji Din bahagia. Tapi kalau Haji Din jadi Imirgresen pasti banyak pintu masuk kena periksakan.”  Tekun aku membasuh pinggan yang masih berbaki tanpa memandang Kak Ngah. Hanya kedengaran suara Kak Ngah yang tergelak saja. Tersenggih aku sendiri bila membayangkan Haji Din berunifrom pegawai Imirgresen tegak berdiri depan pintu rumah. Mungkin Kak Ngah berfikiran sama bila Kak Ngah tergelak tadi. Hahaha…

“Siapa nak jadi Imirgesen ni? Mengumpat saya yeh?” bisik Haji Din ke telinga ku tiba-tiba. Terkejut sungguh dan hampir terlepas pinggan ditangan.

“Erkk…erkkk…Mi…Mi…Minnnaahhhh…..tttakkkk…” langsung aku menjadi gagap oleh kerana terkejut dan terkantoi. Entah bila Haji Din ada di belakang. Aku pandang Kak Ngah dan wanita itu tergelak mengekek. Pasti Kak Ngah tahu kehadiran Haji Din dan berpakat dengan lelaki itu untuk mengenakan aku.

“Apa gagap-gagap ni?” keras Haji Din bertanya. Kak Ngah masih tergelak.

“Minah tak sengaja.” Aku dah nak nangis. Takut Haji Din marah sebenarnya.

“Habis kenapa nama saya naik tadi?” Haji Din masih keras suaranya.

“Minah cakap-cakap saja. Minah minta maaf.” Aku dah sayu. Semakin kecut hati ini. Selalunya aku menjaga percakapan bila berada luar dengan Haji Din.

“Lahhh…saya tak marah Aminah Amialah. Saya usik saja.” Haji Din terus memujuk aku bila melihat keadaan aku yang bagaikan hendak mengalir airmata.

“Tadi Minahhh..Minahhh..” aku cuba menerangkan keadaan sebenarnya walaupun Haji Din hanya bergurau. Takut kalau aku berdosa dengan suami ku.

“Dahlah, saya main-main saja.” Haji Din terus memegang kedua-dua bahu ku. Kak Ngah dah berhenti ketawa bila melihat Haji Din beriya-iya memujuk aku.

“Benar Kak Long, Along gurau saja tu.” Kak Ngah datang menghampiri kami.

“Tengok! Angah punya pasallah ni isteri Along nangis.” Marah Haji Din pada Kak Ngah.

“Angah pulak. Along yang suruh Angah diam tadikan.” Kak Ngah dah bertingkah dengan Haji Din.

“Angahlah!” sengaja Haji Din menghangatkan suasana. Aku hanya menundukkan muka. Tak berani pandang Haji Din.

“Alongkan yang bagi isyarat suruh Angah diam, sempat taruk jari kat bibir lagi.” Terang Kak Ngah sambil tersenyum. Haji Din dah tersenyum bila bertemu pandang dengan aku.
Ohh..Haji Din nak kenakan aku.

“Haji Dinnn…” aku dah geram. Haji Din ketawa.

“Okey, saya minta maaf.” Sempat Haji Din mencuit hidung aku dan pipi yang memerah.

“Haji Din nak apa datang dapur ni. Minah tak siap kerja lagi.” Terang aku bila suasana kembali tenang. Kak Ngah dah keluar ke laman dan memberi ruang kepada kami suami isteri.

“Boleh isteri saya sediakan cawan untuk tetamu di depan?” Haji Din merenung aku tenang. Sempat jari jemarinya membetulkan rambut aku yang terhurai dan diselitkan di telinga. Senyumannya terhias dibibir bila pandangan kami bertemu. Bagaikan mata kami menari sama. Ada rentak seirama dan akhirnya aku tertunduk malu. Terasa merah dipipi bila menyedari ketelanjuran mata ini sedangkan halal bagi kami.

“Aminah Amiaaa…” bisik Haji Din lembut dan jari telunjuknya menyentuh dagu ku dan pandangan kami bertemu lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 01:19 PM | Show all posts
Tu yang dtg si mulut lazer badariah kan...
klu tetamu lelaki yg dtg tentu Abg Haji srh minah pakai tudung
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 01:23 PM | Show all posts
alaaa... tak sabo tak sabo... cepat2 syaaaaaaaaaa.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.328058 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list