CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: telracs

Sembang Santai Episod 8 Malaysia Tanah Pusaka Bertuah

 Close [Copy link]
Post time 14-9-2025 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Seorang wanita hamil bertanya kepada suaminya: "Abang harap anak kita lelaki ke perempuan?"  

Si suami menjawab: "Kalau lelaki, abang nak ajar dia matematik, bersenam sama-sama, ajar dia memancing, dan macam-macam lagi."  

Si isteri sambil ketawa bertanya: "Kalau perempuan pula?"  

Si suami tersenyum dan berkata: "Kalau perempuan, abang tak perlu ajar apa-apa pun. Dia yang akan ajar abang segalanya: cara berpakaian, cara makan, apa yang patut cakap dan apa yang tak patut. Tak lama nanti, dia akan jadi macam 'ibu kedua' untuk abang, dan walaupun abang tak buat apa-apa yang istimewa, dia tetap akan anggap abang sebagai hero dia. Dia akan faham bila abang kata 'tak', dan walaupun begitu, dia tetap akan bandingkan suami dia dengan abang. Tak kira berapa pun umur dia nanti, dia akan sentiasa nak abang layan dia macam puteri kecil abang. Dia akan lawan dunia untuk abang, dan kalau ada orang yang sakiti abang, dia takkan pernah maafkan mereka."  

Si isteri, sedikit teruja, bertanya: "Maksud abang, anak perempuan buat semua tu, tapi anak lelaki tak?"  

Si suami menjawab, "Bukan, bukan begitu! Anak lelaki boleh buat semua ni juga, tapi dia kena belajar perlahan-lahan dengan masa. Tapi anak perempuan, semua ni dah memang jadi sifat semula jadi mereka. Jadi seorang ayah kepada anak perempuan adalah satu kebanggaan besar bagi setiap lelaki."  

Kemudian si isteri berkata, "Tapi dia takkan selalu ada dengan kita selamanya."  

Si suami dengan lembut menjawab, "Betul, tapi kita akan sentiasa ada dengannya, dalam hatinya, ke mana saja dia pergi."  

Anak perempuan adalah bidadari... Mereka lahir dengan kasih sayang dan keprihatinan tanpa syarat, selamanya dan selama-lamanya.  

Didedikasikan kepada semua ayah yang bertuah memiliki anak perempuan.  

Kredit : Amazing

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2025 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ujian Seorang Isteri

“Kenapa bukan aku?”

Itu soalan yang selalu berbisik dalam hati Nadia setiap kali kawan-kawan sebaya hamil. 5 tahun berkahwin dengan Amir, tapi rahimnya masih sunyi.

Dia dah cuba macam-macam. Suplemen, petua tradisi, doa tanpa henti. Tapi setiap bulan, darah haid yang turun jadi tanda kekecewaan baru.

Tahun pertama, dia fikir mungkin cuma lambat.
Tahun kedua, doktor mula jalankan ujian. Sperma Amir normal. Tapi keputusan HSG tunjuk satu tiub fallopio Nadia tersumbat. Doktor kata peluang tetap ada, cuma lebih rendah.

Malam itu Nadia menangis. Bukan sebab nak salahkan sesiapa, tapi sebab rasa gagal sebagai seorang wanita. Amir peluk dia erat.
“Sayang, ini bukan salah sesiapa. Tak ada siapa pilih nak diuji macam ni. Kita cari jalan sama-sama.”

.

Doktor cadangkan IUI. Sperma Amir akan diproses, dimasukkan terus ke dalam rahim Nadia. “Peluang tak besar, dalam 10–20% setiap cubaan. Tapi dengan umur awak bawah 35, kita masih ada harapan,” kata doktor.

Hari prosedur, Nadia pejam mata. Nafasnya laju. Amir genggam tangan dia, bisik perlahan:
“Kita buat sama-sama. Apa pun keputusan nanti, awak tetap cukup untuk saya.”

.

Saat Menunggu

Dua minggu menunggu terasa macam dua tahun. Setiap kali bangun pagi, Nadia takut nak buat ujian. Dia pernah kecewa banyak kali, dia tak mahu rasa itu lagi.

Malam terakhir, dia bangun solat tahajud. Dalam sujudnya, dia berdoa:
“Ya Allah, kalau ini bukan rezeki aku, tolong kuatkan hati aku. Tapi kalau ini jalannya, permudahkanlah.”

.

Keajaiban Dua Garis

Pagi itu, Nadia akhirnya beranikan diri. Dia tengok kit ujian, matanya kabur. Dua garis merah muncul jelas. Tangannya menggigil.

Amir masuk, panik tengok wajahnya.
“Kenapa sayang? Tak jadi lagi?”

Nadia hulur test kit. Amir terdiam. Lututnya lemah, dia sujud syukur di lantai bilik. Nadia menangis, kali ini bukan sebab kecewa, tapi kerana akhirnya doa mereka dimakbulkan.

.

Fakta

•  Dianggarkan 10–15% pasangan di Malaysia menghadapi masalah kesuburan. Secara global, WHO melaporkan sekitar 1 daripada 6 pasangan mengalami isu yang sama.
• Faktor kesuburan boleh datang daripada lelaki, wanita, gabungan kedua-dua, dan dalam sebahagian kes punca tidak dapat dikenal pasti.
• IUI ialah rawatan awal sebelum IVF. Ia lebih ringkas, kos lebih rendah, dan sesuai untuk kes tertentu seperti ovulasi tidak teratur, PCOS ringan, faktor lelaki ringan, unexplained infertility, atau jika sekurang-kurangnya satu tiub fallopio masih berfungsi.

.

Masalah kesuburan bukan salah sesiapa. Ia ujian, bukan hukuman.
Dan dalam ujian ini, kekuatan sebenar adalah bila suami isteri berdiri sama-sama, bukan saling menuding.

Kadang yang kita tunggu bertahun-tahun, akhirnya datang pada saat kita hampir putus asa.
Kalau anda di tempat Nadia, cukup kuatkah anda untuk terus bertahan sampai saat doa itu dimakbulkan?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadangkala kita jatuh bukan sebab kita lemah.
Ada masa, punca itu datang dari situasi tak dijangka, atau keadaan yang kita tak mampu kawal.

Begitu juga dalam hidup. Bukan semua kegagalan atau kejatuhan bermakna kita kurang usaha. Kadang-kadang memang cabaran itu yang terlalu berat, atau keadaan sekeliling yang tidak menyebelahi kita.

Yang penting, jangan salahkan diri sendiri terlalu lama. Bangkit semula, belajar dari pengalaman, dan hati-hati langkah seterusnya.

Ingat, jatuh itu biasa. Bangkit semula itu luar biasa.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa kecil, kawan datang berpuluh. Gelak tawa tak pernah putus.

Bila dewasa, circle makin sempit. Ada yang menjauh, ada yang pergi tanpa pesan. Akhirnya kita sedar, bukan jumlah yang penting, tapi siapa yang sudi ada sampai akhir.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Wanita Alpha & Pasangan Sejati

Wanita alpha dikenali dengan keyakinan tinggi, kepimpinan semula jadi, dan daya tahan luar biasa. Kajian psikologi (Ward et al., 2010) menunjukkan mereka biasanya lebih ekstrovert, ada harga diri yang kukuh, serta kecerdasan emosi yang tinggi.

Namun, timbul satu persoalan yang sering bermain di fikiran

“Siapakah yang layak jadi pasangan mereka?”

Bukan sekadar yang berani, tetapi yang stabil emosinya, tidak mudah rasa terancam dengan pencapaian wanita.

Perempuan yang mampu meraikan kekuatan itu, bukan cuba mengawalnya. Yang tahu bila perlu memimpin, bila perlu menyokong.

Kerana hubungan sihat bukanlah tentang siapa lebih dominan, tetapi bagaimana dua jiwa boleh saling menguatkan.
.

????Pada pandangan anda, adakah wanita alpha lebih sesuai dengan pasangan yang sama kuat, atau pasangan yang lebih tenang dan menyokong?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
PERIUK & KUALI , KESIHATAN KITA BERMULA DI DAPUR

Kita selalu pilih sayur segar, minyak sihat, lauk terbaik. Tapi pernah tak terfikir… periuk yang kita guna hari-hari tu, selamat ke tidak?

Kajian menunjukkan, periuk aluminium murah boleh lepaskan logam berbahaya bila masak kari atau kuah berasid.

Malah kuali non-stick kalau dah tercalar atau dipanaskan terlalu panas, boleh keluarkan asap toksik.

Stainless steel dan iron cast bukan sekadar periuk. Ia dianggap pelaburan jangka panjang untuk dapur sihat. Bahan ini lebih stabil, kurang risiko logam meresap ke dalam makanan, dan tahan lasak walaupun digunakan bertahun-tahun.

Kalau periuk murah mungkin perlu ditukar setiap kali calar atau rosak, periuk stainless steel dan besi tuang pula boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. Sekali beli, boleh jaga kesihatan keluarga dalam tempoh yang lama
.

Tips :

• Kalau periuk non-stick dah calar, jangan sayang – tukar.

• Kalau masih guna aluminium biasa, elok fikirkan alternatif.

Stainless steel gred baik, seramik tulen, dan iron cast memang lebih berbaloi.
.

Periuk & kuali di rumah sekarang jenis apa?

Pernah semak keadaan salutan atau masih guna walau dah calar?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2025 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
PERIUK & KUALI , KESIHATAN KITA BERMULA DI DAPUR

Kita selalu pilih sayur segar, minyak sihat, lauk terbaik. Tapi pernah tak terfikir… periuk yang kita guna hari-hari tu, selamat ke tidak?

Kajian menunjukkan, periuk aluminium murah boleh lepaskan logam berbahaya bila masak kari atau kuah berasid.

Malah kuali non-stick kalau dah tercalar atau dipanaskan terlalu panas, boleh keluarkan asap toksik.

Stainless steel dan iron cast bukan sekadar periuk. Ia dianggap pelaburan jangka panjang untuk dapur sihat. Bahan ini lebih stabil, kurang risiko logam meresap ke dalam makanan, dan tahan lasak walaupun digunakan bertahun-tahun.

Kalau periuk murah mungkin perlu ditukar setiap kali calar atau rosak, periuk stainless steel dan besi tuang pula boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. Sekali beli, boleh jaga kesihatan keluarga dalam tempoh yang lama
.

Tips :

• Kalau periuk non-stick dah calar, jangan sayang – tukar.

• Kalau masih guna aluminium biasa, elok fikirkan alternatif.

Stainless steel gred baik, seramik tulen, dan iron cast memang lebih berbaloi.
.

Periuk & kuali di rumah sekarang jenis apa?

Pernah semak keadaan salutan atau masih guna walau dah calar?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
PERIUK & KUALI , KESIHATAN KITA BERMULA DI DAPUR

Kita selalu pilih sayur segar, minyak sihat, lauk terbaik. Tapi pernah tak terfikir… periuk yang kita guna hari-hari tu, selamat ke tidak?

Kajian menunjukkan, periuk aluminium murah boleh lepaskan logam berbahaya bila masak kari atau kuah berasid.

Malah kuali non-stick kalau dah tercalar atau dipanaskan terlalu panas, boleh keluarkan asap toksik.

Stainless steel dan iron cast bukan sekadar periuk. Ia dianggap pelaburan jangka panjang untuk dapur sihat. Bahan ini lebih stabil, kurang risiko logam meresap ke dalam makanan, dan tahan lasak walaupun digunakan bertahun-tahun.

Kalau periuk murah mungkin perlu ditukar setiap kali calar atau rosak, periuk stainless steel dan besi tuang pula boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. Sekali beli, boleh jaga kesihatan keluarga dalam tempoh yang lama
.

Tips :

• Kalau periuk non-stick dah calar, jangan sayang – tukar.

• Kalau masih guna aluminium biasa, elok fikirkan alternatif.

Stainless steel gred baik, seramik tulen, dan iron cast memang lebih berbaloi.
.

Periuk & kuali di rumah sekarang jenis apa?

Pernah semak keadaan salutan atau masih guna walau dah calar?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2025 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau view depan rumah macam ini, confem setiap hari Work From Home... Hihi
#akinabalu
#kinabalu
#sabah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah Penuh Puteri Saadong, Ratu Agung Kelantan

Pada abad ke-17, negeri Kelantan pernah diperintah oleh seorang ratu yang sangat terkenal - Puteri Saadong. Beliau bukan sekadar cantik, tetapi juga berani, bijaksana, dan penuh dengan kisah misteri.

Puteri Saadong ialah anak angkat kepada Che Siti Wan Kembang, ratu masyhur Kelantan yang memerintah dari Gunung Chinta Wangsa. Selepas Che Siti Wan Kembang menyerahkan takhta, Puteri Saadong naik menjadi ratu Kelantan sekitar tahun 1660.

Darah bangsawan mengalir dalam dirinya - beliau dikatakan keturunan Raja Jembal dan ada juga cerita yang menyebut beliau berhubung dengan warisan raja Champa. Maka tidak hairanlah auranya sebagai ratu begitu kuat, dihormati rakyat dan ditakuti musuh.

Keberanian dan Pemerintahan

Di bawah pemerintahannya, Kelantan aman makmur. Beliau dihormati bukan sahaja oleh rakyat jelata, malah oleh kerajaan-kerajaan jiran. Puteri Saadong bukan ratu biasa - beliau boleh menunggang kuda, pandai ilmu peperangan, malah dikatakan memiliki ilmu kebatinan tinggi.

*Misteri Kehilangan

Namun, kisahnya tidak berakhir dengan indah. Ada versi yang mengatakan Puteri Saadong dilarikan ke Siam, ada pula cerita beliau ghaib secara tiba-tiba, meninggalkan istana dan tidak pernah kembali. Sehingga hari ini, misteri kehilangan Puteri Saadong masih jadi tanda tanya.

*Keturunan & Pantang Larang

Walaupun hilang, keturunannya masih wujud hingga kini. Mereka dikenali sebagai darah raja Kelantan, sebahagian bercampur dengan kerabat Patani dan Jembal.

Yang menarik, keturunan Puteri Saadong dikatakan mempunyai pantang larang tertentu yang diwariskan turun-temurun:

makan ikan kekacang - dipercayai boleh mendatangkan mudarat.

Pantang makan rebung buluh - dianggap boleh “memutuskan tuah darah raja”.

Pantang makan daging berkuku satu seperti kuda - kerana kuda adalah lambang kesayangan ratu.

Pantang memperlekehkan nama keturunan & pusaka raja - kerana dianggap menderhaka pada darah sendiri.

Selain itu, ada juga pantang tempat:
Pantang bermalam sembarangan di kawasan keramat seperti Gunung Reng atau Kota Jembal.

Pantang mandi di Telaga Puteri Saadong di Bachok tanpa izin.

Warisan untuk Cucu Cicit

Hari ini, kisah Puteri Saadong tetap hidup. Bagi cucu cicitnya, mereka harus menjaga maruah dan nama baik keturunan, kerana darah raja bukan sekadar gelaran - ia datang bersama tanggungjawab, amanah, dan pantang larang.

Puteri Saadong bukan sekadar ratu… beliau adalah simbol kekuatan wanita Melayu, ratu berdaulat yang ghaib dengan penuh misteri.

Penulis & Naratif:
"Che Shazz Che Rahman"

#puteri #melayu #nusantara #keturunan #leluhur #siam #puteriindonesia #rajajembal

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Alyssa Carson, seorang peminat angkasa lepas dari Amerika berusia 23 tahun, kini menjadi tumpuan apabila dia menjalani latihan bersama NASA dan agensi angkasa lain untuk menjadi antara manusia pertama menjejakkan kaki di Marikh. Sejak kecil, dia telah terlibat dalam pelbagai program dan simulasi angkasa, termasuk Akademi Angkasa PoSSUM Lanjutan, yang menunjukkan komitmen mendalamnya terhadap penerokaan angkasa.

Walaupun dakwaan bahawa dia “tidak akan kembali” masih bersifat spekulatif, Carson pernah menyatakan kesediaannya untuk menyertai misi kolonisasi Marikh jangka panjang, di mana mungkin pada awalnya tidak dapat kembali ke Bumi. Perjalanannya melambangkan semangat berani manusia yang sentiasa menolak sempadan penerokaan dan sains.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 06:40 PM | Show all posts
Salam senja

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 07:26 PM | Show all posts
salam maghrib

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 07:40 PM | Show all posts
Edited by nafizzz at 14-9-2025 07:41 PM

Kampung Baru: Sejarah, Lokasi & Trivia Kampung Ikonik di KL
Kampung Baru merupakan sebuah kawasan perkampungan Melayu yang wujud di tengah bandar metropolitan Kuala Lumpur yang dipenuhi oleh bangunan-bangunan pencakar langit.

Walaupun banyak tanah di sekitar Kuala Lumpur sudah dijual untuk dibangunkan semula sebagai kawasan pembangunan baru, kawasan Kg Baru masih kekal wujud sehingga ke hari ini dan masih mengekalkan identitinya.

Kampung Baru sering digunakan sebagai lokasi penggambaran filem dan drama kerana suasananya yang unik.

Kampung Baru merupakan sebuah kawasan perkampungan Melayu yang wujud di tengah bandar metropolitan Kuala Lumpur yang dipenuhi oleh bangunan-bangunan pencakar langit.

Walaupun banyak tanah di sekitar Kuala Lumpur sudah dijual untuk dibangunkan semula sebagai kawasan pembangunan baru, kawasan Kg Baru masih kekal wujud sehingga ke hari ini dan masih mengekalkan identitinya.
Kampung Baru sering digunakan sebagai lokasi penggambaran filem dan drama kerana suasananya yang unik

Sejarah Kampung Baru

Kampung Baru, atau “Kampong Bharu,” adalah salah satu kawasan tertua di Kuala Lumpur, Malaysia.
Ia diasaskan pada tahun 1899 semasa era penjajahan British sebagai kawasan khas untuk komuniti Melayu.
Kampung Baru diwujudkan melalui Akta Rizab Melayu, yang menetapkan kawasan itu hanya untuk orang Melayu, bagi melindungi budaya dan warisan Melayu di tengah perkembangan pesat Kuala Lumpur.

Kampung ini didirikan pada tahun 1899 oleh Sultan Selangor, Sultan Alaeddin Suleiman Shah, untuk membolehkan masyarakat Melayu tetap hidup dalam gaya hidup kampung di tengah bandar.

Pada tahun 1950, Kg Baru secara rasmi diwartakan sebagai Tanah Penempatan Pertanian Melayu
Sepanjang sejarahnya, Kg Baru memainkan peranan penting dalam perkembangan sosial dan politik Malaysia, termasuk menjadi lokasi peristiwa bersejarah seperti demonstrasi besar pada tahun 1946 untuk menentang Malayan Union.

LOKASI

Kampung Baru terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, dikelilingi oleh kawasan moden seperti KLCC dan Menara Berkembar Petronas.
Ia mudah diakses melalui:

1. Pengangkutan Awam: Kg Baru mempunyai stesen LRT (Laluan Kelana Jaya).
2. Jalan Utama: Berdekatan Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Abdullah.

FAKTA DAN TRIVIA

Berikut merupakan beberapa fakta dan trivia menarik mengenai Kampung Baru:

  • Budaya: Kg Baru menganjurkan pelbagai acara kebudayaan, termasuk bazar Ramadan yang terkenal.
  • Identiti Melayu: Kg Baru terkenal sebagai “kawasan Melayu” di tengah bandar kosmopolitan, menampilkan rumah tradisional Melayu di celah pencakar langit moden.
  • Makanan Tradisional: Ia adalah syurga makanan tradisional Melayu, termasuk nasi lemak, satay, dan pelbagai kuih-muih tempatan.
  • Rumah Tradisional: Banyak rumah di sini mengekalkan seni bina tradisional Melayu walaupun berada dalam persekitaran urban.
  • Ekonomi: Nilai tanah di Kg Baru sangat tinggi, tetapi peraturan Rizab Melayu menghadkan jual beli tanah kepada orang Melayu sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayangin, ikan ini dikira punah bareng dinosaurus 66 juta tahun lalu... eh ternyata cuma ngumpet di laut dalam. Kayak mantan yang tiba-tiba nongol pas hidup udah tenang-tenangnya

Coelacanth punya sirip yang geraknya mirip kaki hewan darat. Jadi bisa dibilang dia “latihan jogging” di bawah laut
Lebih gila lagi, dia bisa hamil sampai 5 tahun!  Bayangin aja, nunggu indomie 5 menit aja udah nggak sabar, apalagi nunggu bayi 5 tahun.

Fakta ilmiahnya: Coelacanth adalah “fosil hidup” yang membantu ilmuwan memahami bagaimana makhluk laut berevolusi jadi hewan darat. Jadi, meskipun tampangnya tua, manfaatnya tetap segar untuk dunia sains ????✨.

#faktadunia #faktaunik #sains #fosil #fyp #waterseven

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 08:27 PM | Show all posts
Salam Isyak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2025 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam isya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
yangsemb replied at 14-9-2025 07:57 PM
Bayangin, ikan ini dikira punah bareng dinosaurus 66 juta tahun lalu... eh ternyata cuma ngumpet di  ...

Waduh..
Kok beda rasanya ngomong pake bahasa indonesia..
Enak juga yaa..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
yangsemb replied at 14-9-2025 07:57 PM
Bayangin, ikan ini dikira punah bareng dinosaurus 66 juta tahun lalu... eh ternyata cuma ngumpet di  ...

Salam malem nini..
Kamu udah makan ?
Makan apaan tadi tuh..?

Adoi..parah deh..
terasa nk ngomong pake bhasa indonesia juga ni..

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 09:19 PM | Show all posts
ATLANTIS DI PADANG PASIR SAHARA?   PART 1

Richat Structure merupakan satu bulatan yang terbentuk di padang pasir di negara Muaritania. Lebih kenali sebagai Eye of Sahara kerana bentuknya yang menyerupai mata dan boleh dilihat dari angkasa lepas, ini menunjukkan Eye of Sahara ni sememangnya besar!

Richat ni dikaitkan dengan teori penemuan kota lagenda Atlantis yang dikatakan telah hilang atau lenyap lebih kurang 11,000-12,000 tahun dahulu. Ada juga yang mengatakan Atlantis ini berada di Greece, Lemuria, malah di Indonesia. Teori terbaru mengatakan Richat merupakan peninggalan kota Atlantis kerana bentuknya yang bulat dan menyerupai cerita Plato. Bagaimana Ceritanya? Jom kita rungkai satu persatu..

Cerita Atlantis telah direkodkan dalam buku Plato iaitu Critias dan Timaeus,Plato telah mendapat maklumat dari seorang bernama Solon, dia ni kalau ikutkan macam level guru. Solon telah pergi ke Mesir untuk menuntut ilmu dan setelah sampai disana, beliau berjumpa dengan orang atasan mesir bernama Sais, jadi orang mesir lah yang menceritakan kisah Atlantis sebuah pulau yang ditelan ombak besar. Plato menceritakan terdapat sebuah kerajaan besar yang berada didalam lingkaran terbahagi kepada air dan tanah dalam bentuk bulatan.

Dikatakan Atlantis merupakan sebuah pulau yang sangat indah, berada dalam lingkaran yang unik, terdapat ribuan armada tentera yang kuat mempunyai tamadun yang hebat dan rakyat jelata yang sangat ramai. Plato juga telah menceritakan Atlantis ini terdiri dari lingkaran kecil dan besar, lebih tepat lagi 2 bulatan tanah dan 3 bulatan air.

kalau dilihat dari udara, kita boleh nampak bentuk bulatnya, tetapi kalau dilihat dari bawah, kita tidak nampak apa-apa, hanya nampak tanah yang landai. Plato menceritakan didalam bukunya, bulatan Atlantis berukuran 127 Stadia, iaitu ukuran lagi bagi orang Greek pada ketika itu. 1 stadia bersamaan 607 kaki. 127 stadia didarab dengan 607 kaki bersamaan 23 kilometer. Apa yang menariknya bulatan di Richat pun 23 kilometer. Kebetulannya tidak terhenti disitu..

Malah Plato juga menceritakan bagaimana keindahan Atlantis, beliau mengatakan Atlantis mempunyai sungai yang mengalir, jika diperhatikan didalam gambar, anda boleh lihat aliran sungai yang mengalir dari atas bukit disebelah selatan Richat. ini menunjukkan bahawa Richat pada sesuatu ketika dahulu merupakan tempat yang indah dan hijau dan bukannya padang pasir, jelas dalam gambar dari satelit kita boleh nampak bukaan seperti aliran air yang masuk dari bawah.

Di dalam buku nya juga, diceritakan bagaimana batuan yang di gali pada kuari mempunyai warna putih,hitam dan merah. Begitulah keadaan bangunan Atlantis, dibina dari batuan berwarna tersebut. Ahli arkeologi telah menjumpai batuan yang mempunyai 3 warna tersebut di Richat. Terdapat dokumentari berkenaan Richat yang di keluarkan pada tahun 2011.

Atlantis dikatakan telah lenyap sekitar 11,000-12,000 tahun dahulu, bertepatkan dengan fenomena Younger Dryars yang telah menyebabkan perubahan iklim yang sangat mendadak pada ketika itu, walhal juga terdapat teori kenapa fenomena Younger Dyrars terjadi, iaitu komet telah jatuh sekitar 12 ribu tahun lalu.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:22 AM GMT+8 , Processed in 2.536118 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list