|
CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)
[Copy link]
|
|
Reply 739# cewey2
aku gi 1utama siang tadi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmin dan Ali sama2 menyuap roti yang dibeli di dalam kompleks membeli belah tadi kemulut.Di depan mereka, tasik KLCC yang cukup tenang menjadi hidangan buat menjamu mata. Sesekali, air tasik buatan yang berwarna biru terbias ke wajah mereka.
“Sedap roti ni. Aku tak pernah makan roti rasa kopi macam ni..” kata Jasmin dengan isi mulut yang penuh. Ajaran dari kelas etiquette langsung tidak diingatinya saat itu.
“Haa..ni nama dia RotiBoy. Kawan2 tempat kerja aku cukup suka roti ni time lunch…selain cepat disediakan, roti ni murah. Jadi, jimat duit poket kau dari beli makanan lain..” kata Ali. Jasmin turut tersenyum.
Jasmin meneguk pula air mineral yang dibeli di Cold Storage tadi. Rasa puas dapat menikmati roti yang sedap di bawah pokok di tepi tasik. Tenang hatinya saat itu. Ali disebelah dipandang. Ali masih mengunyah.
“Dah lama aku tak makan kat bawah pokok. Rindu pulak nak camping macam ni…” kata Jasmin seakan mengeluh.
“Eh mangkuk, ni bukan camping. Kalau kau betul2 nak camping, nanti aku bawak kau ke satu tempat. Tapi, tengoklah macam mana, kalau mak angkat kau bagi ke tak..” kata Ali lagi. Sisa2 roti ditangan dikibas2 ke rumput. Jasmin tersenyum.
“So, macammana kerja kau?” soal Jasmin. Ali disebelah sibuk meneguk air.
“Okay aje. Baru2 masuk kerja, semua okay la. Tak taula kalau dah lama nanti,” kata Ali lagi. Jasmin senyum.
“Aku ni, bilalah nak kerja. Asyik masuk kelas sana, kelas sini… Aku ingatkan dah habis kelas aku nanti, aku nak cari kerjalah…” luah Jasmin perlahan. Dia tunduk merenung rumput dihujung kasutnya.
“Kerja apa kau nak buat dengan sijil pun tak ada..” kata Ali. Jasmin terdiam sejenak. Nafas payah ditarik. Kalaulah dia boleh kembali ke kampungnya untuk mengambil semua sijil2 sekolahnya….
“Betul jugak kan…” zaman sekarang, nak kerja kerani pun diorang nak tengok sijil. Jasmin menghembus nafas resah. Seakan hampa.
“Alah..kau minta kerja dengan kompeni abang angkat kau je. Dia mesti bagi punya…” kata Ali memberi cadangan. Jasmin memandang Ali.
“Kalau dia tak bagi?” soal Jasmin pula. Dari gaya Arif dan Datin Zaharah, mereka berdua nampaknya lebih gembira jika Jasmin hanya sekadar duduk diam di dalam rumah yang tak ubah seperti istana itu.
Ali mendengus. Dia memandang Jasmin sambil kepalanya menggeleng2.
“Kau ni…lurus sangatlah!” marah Ali perlahan. Serentak, Jasmin menunjal kepala Ali. Mereka ketawa kecil.
“Woi…kau ni..” Ali menggosok2 kepalanya. Tawanya terhenti.
“Kau pujukla abang kau tu. Cakap lembut2…perkataan ‘abang’ tu kau lembutkan sikit…bagi dia cair…mesti kau mintak apa dia bagi punya…” kata Ali lagi. Jasmin terdiam sambil menggigit jarinya.
“Itu pun aku nak kena ajar ke…” belum habis membebel lagi Ali rupanya. Jasmin mencebik.
“Tapi, geli geleman aku nak cakap lembut2 macam tu…” tukas Jasmin tidak setuju dengan idea Ali. Ali mendengus.
“Suka hati kaulah! “ kata Ali. Payah hendak mengajar budak ni! Terkadang lurus, terkadang terlebih cerdik !
“Pukul berapa kau nak balik? Lambat2 nanti, mak angkat kau marah pulak. Tak ada peluang lagilah aku nak ajak kau keluar lain kali kalau dia marah..” soal Ali. Mereka sudah melilau sekitar KLCC sejak jam 11 pagi tadi lagi. Sekarang, jam sudah pun menunjukkan pukul 4 petang.
Jasmin mengulum bibirnya. Kemudian menggigit hujung bibir, seolah2 berfikir sambil merenung tasik.
“Nanti kau ajak aku keluar lagi tau! Bukan senang aku nak jalan2 macam ni…” pinta Jasmin. Hendak mengajak Arif, lelaki itu sibuk memanjang dengan kerjanya. Lagipula, berat sungguh mulutnya hendak meminta itu ini dari keluarga yang sudah banyak berbudi kepadanya.
“Beres!” Ali angguk tanda setuju. Jasmin senyum. Sisa2 makanan tadi dikemaskan, lalu mereka menggalas beg masing2. Sampah dibuang kedalam tong sampah berdekatan, lalu mereka berjalan beriringan menuju motorsikal Ali yang diparking berdekatan dengan masjid. |
|
|
|
|
|
|
|
Mata Arif melilau ke segenap ruang zoo. Kereta kren yang dinaikinya berjalan perlahan mengelilingi sekitar zoo. Arif mengunyah hot dog yang dibelinya tadi. Pemandangan gajah, singa, kuda belang langsung tidak menarik perhatiannya. Siapa pula nak tengok kuda belang, gajah waktu2 panas macam ni!!! Peluh sudah bercucuran dari dahi hingga ke baju dalam!
“You kata nak pergi makan? Apa makanan yang ada kat sini?” getus Wardah separa berbisik ke telinga Arif disebelahnya. Menghidu bau yang terdapat di sekitar zoo, membantutkan seleranya serta merta. Bagaimana mahu makan dengan aroma yang hancing sebegitu? Terasa mual tekak Wardah berada di situ.
“I tengah makanlah ni…you kenapa tak makan?” kata Arif lalu menghulurkan sebungkus hot dog kepada Wardah. Wardah mengeliat.
“Eeiii..tolonglah! I dah nak muntah dengan bau kat sinilah! Jom balik!” rayu Wardah. Terasa menyesal pula mengikut lelaki itu.
“Sabarlah! Takkan kita nak turun dari kren ni. You nak ke kita jalan kaki balik ke pintu masuk? Buatnya ada ular ke, singa ke tunggu kita kat tengah jalan….you tak takut?” soal Arif menggertak. Puas sudah dipusing2 seluruh zoo, namun kelibat pasangan dua sejoli yang dicarinya masih belum berjumpa!
Arif menarik nafas geram. Kemanalah agaknya mereka berdua dah pergi? Dia sampai di zoo itu sekitar jam 1.30 petang. Takkan mereka dah balik? Kata nak tengok zoo?? Koman2 pun, mesti ambil masa 2-3 jam jugak…tapi, pukul berapa diorang keluar dari rumah tadi? Naik apa?
Takkan naik motor si Ali? Terbayang2 dimata Arif kelibat Jasmin yang menenggek dimotor Ali dahulu. Isyy…meremang bulu tengkuk Arif dibuatnya.
“Arif…jomla balik….” rengek Wardah sambil memeluk lengan Arif tanpa malu. Arif menarik nafas geram.
“Tunggu sampai kren ni habis pusing! Then kita balik,” tegas jawapan Arif. Wardah hanya terdiam dengan muncung bibir yang panjang sehasta. |
|
|
|
|
|
|
|
Arif cepat2 menekan punat hijau telefon bimbitnya yang berdering sejak tadi. Wardah disebelahnya dikerling sepintas lalu.
“Hallop ma…” mata Arif meliar memandang sekeliling jalan, takut2 kalau ada polis peronda yang berdekatan. Tak pasal2, kena saman pula memandu sambil menjawab telefon.
“Arif keluar dengan Wardah ya?” soal Datin Zaharah sebaik terdengar suara Arif. Terpana Arif mendengar soalan mamanya. Wardah disebelah dijeling.
Ini siapa pulak yang jadi wartawan cabuk ni….Aku keluar sekejap dengan Wardah pun boleh sampai ke telinga mama…
“Errr…kami pergi lunch tadi,” jawab Arif jujur. Sejujurnya, mereka belum lunch lagipun meski jam sudah menuding ke arah jam 4.30 petang. Puas berpusing di zoo, terus sahaja Arif memandu pulang ke pejabat, hendak menghantar Wardah.
“Lunch sampai pukul 4 ke? Eh, alang2 kamu dengan Wardah, bawaklah dia balik rumah. Mama ada masak special for tea time!!! Papa pun dah balik ni ha…” kata Datin Zaharah.
Arif menarik nafas payah, kemudian mengeluh kecil. Mama dah start jadi match maker semula nampaknya…. Bukan dia tak tahu niat mama. Aku ni kan anak mama, luar dalam hati mama, aku tahu…
“Tak apalah ma…kami pun dah nak sampai office pun,” kata Arif berbohong. Padahal pejabat masih jauh. Wardah disebelahnya memandang ke arahnya. Arif sengih.
“Tak apa…bawa dia ke sini. Nanti mama telefon parents dia, bagitau dia kat rumah kita….Arif bawa balik Wardah ke sini!” kata Datin Zaharah. Talian terus dimatikan. Arif ternganga. Telefon diletak ke bawah. Wardah dikerling. Arif terkial2 mencari alasan. Namun, dia buntu. Sudahnya, pemanduan terus dihala ke rumahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmin menyusun teko besar berwarna putih berbunga ros merah dengan beberapa padanan cawan dari rona yang sama. Semuanya sedondon. Set minum petang ala Inggeris sudah terhidang di tepi taman. Datin Zaharah menghampiri Jasmin dengan sedulang tart buah. Dia memerhati susun atur yang dibuat oleh Jasmin.
“Haa…dah pandai,” puji Datin Zaharah. Tak sia2 kelas etiquette yang dihadiri Jasmin. Jasmin mengukir senyum. Pulang saja dari keluar berjalan2 dengan Ali tadi, mama memberitahu dia akan menganjurkan minum petang. Lantas, Jasmin disuruh menyiapkan tempat. Ali pula terus pulang kerana ada hal penting tanpa sempat minum petang bersama mereka biarpun jenuh dipelawa oleh Datin Zaharah.
Mendengar deru enjin kereta di garaj depan, Jasmin dan Datin Zaharah memandang ke depan. Seakan tahu pemilik kereta tersebut, Datin Zaharah segera menuju ke ruang depan. Jasmin terus menyusup ke dapur mahu mengambil piring tisu yang sudah digubahnya tadi.
“Datang jugak rumah auntie…ingat dah tak nak datang…” sapa Datin Zaharah lalu memeluk Wardah. Wardah mencium tangan Datin Zaharah lalu mereka beriringan masuk ke rumah. Datuk Muhaiyeen yang baru turun dari tingkat atas terus disapa oleh Wardah. Salam bertukar.
Arif terus sahaja menuju ke dapur. Seharian berpanas, terasa perit tekaknya. Sesampai di pintu masuk dapur, dia bertembung dengan Jasmin. Namun, mereka hanya memandang antara satu sama lain tanpa bertegur sapa. Jasmin memandang Arif yang terus sahaja membuka peti sejuk. Langsung tidak memaniskan muka seperti selalu.
Jasmin jungkit bahu lalu terus berlalu menuju ke ruang taman. Datin Zaharah, Datuk Muhaiyeen dan Wardah sudah berada di situ.
“Hai…” sapa Wardah lalu menghulur tangan kepada Jasmin. Wajah jelita yang ringkas bert-shirt dan jeans itu dipandang.
“Jemput minum,” salam disambut. Jasmin mengukir senyum lalu mempelawa Wardah untuk minum. Penampilan Wardah dari hujung rambut ke hujung kaki dipandang. Gadis itu memang bergaya moden. Solekan diwajahnya juga sesuai dengan kulit putih kuningnya.
“Lunch kat mana tadi? Lamanya…” soal Datin Zaharah. Jasmin menuangkan air teh lalu diagihkan kepada semua orang. Jasmin duduk bersebelahan Datuk Muhaiyeen memandangkan Datin Zaharah sudah duduk bersebelahan Wardah. |
|
|
|
|
|
|
|
“Mmhh..tak sempat lunch lagipun auntie. Kami pergi zoo tadi,” kata Wardah.
Pssrrtttt!!!! Bersembur air teh yang diminum oleh Datin Zaharah. Dia dan Datuk Muhaiyeen berpandangan. Cepat2 Wardah menghulurkan tisu kepada Datin Zaharah.
“Pergi zoo???” soal Datin Zaharah kuat. Ketika itu juga, Arif datang ke arah mereka lalu duduk di kerusi bertentangan dengan Jasmin. Datin Zaharah mengelap2 bajunya yang sedikit basah.
Datin Zaharah terus memandang Arif yang baru duduk. Arif memasukkan sebiji tart buah yang sebesar ibu jari kakinya ke dalam mulut. Lapar benar dia nampaknya melalui cara kunyahannya.
“Kamu pergi zoo tadi Arif?” soal Datin Zaharah tidak percaya, tepat memandang ke wajah Arif.
“Haa??” Arif yang nampak terkejut, lantas memandang Wardah dan mamanya. Kemudian pandangannya beralih pula kepada papa dan Jasmin yang masih memandangnya.
“Err…” lidah Arif kelu. Kunyahan tart seakan seperti kunyahan chewing gum. Wardah ni pun satu, kenapa dibukak cerita waktu ni….Arif mengetap bibir.
“Arif ni…kalau nak tahu, dia takkan pergi zoo walau dibayar sejuta rupiah pun. You know why? Sebab Arif ni fobia pada….”
“Mama……” cepat2 Arif memintas. Pandangannya dan Datin Zaharah berlaga. Arif meredupkan pandangannya, memohon mamanya agar tidak membuka rahsianya di depan Wardah. Wardah pula memandang kedua2 beranak itu.
“Dia ada fobia? Tell me auntie,” pinta Wardah seakan merengek. Datin Zaharah memandang Wardah dan Arif silih berganti. Kasihan pula tengok muka Arif yang macam katak tertelan belon.
“Haa..itu Wardah kena tanya Arif sendiri. Since you all belum makan lagi, sekarang makan banyak2…” arah Datin Zaharah. Dia tersenyum2 sambil memandang Jasmin yang sedang menghirup tehnya.
Jasmin hanya diam, sesekali memandang Datin Zaharah yang berbual panjang dan mesra dengan Wardah. Arif pula, bagai laki mati bini, monyok saja. Tak seronok ke dating tadi? Dating kat zoo pulak tu…keh!keh!keh!keh! Jasmin tergelak lucu sendirian. Tanpa disedari, gelagatnya diperhatikan.
“Gelak apa tu sorang2?” tegur Datuk Muhaiyeen disebelahnya. Wajah Jasmin yang terpinga2 comel sungguh dimatanya.
“Errr..” Jasmin melopong. Dia memandang Arif didepannya yang turut tersenyum2. Mereka perasankah aku ketawa tadi? Jasmin cepat2 menghirup teh ditangannya. Cover malu! |
|
|
|
|
|
|
|
Jas dan Ariff dah menceriakan
pagi Jumaat uda...
TQ fizzi
uda08_za Post at 25-3-2011 08:57
you all happy...i lagi happy.... |
|
|
|
|
|
|
|
ada n3...yeaayyy |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmin membasuh pinggan di sinki. Mak Esah dan Pak Kadir pulang ke kampung mereka di Taiping Perak seminggu kerana menghadiri majlis kenduri saudara mereka. Papa memberi mereka seminggu untuk bercuti memandangkan mereka pun, tidak pernah meminta sebarang cuti sebelum ini. Cadangan mama untuk mengambil pembantu rumah sementara ditolak mentah2 oleh Jasmin.
Baginya, tidak ada pekerjaan berat pun dirumah itu. Dia sendiri berjanji akan melunaskan semua kerja2 rumah dalam masa seminggu ini. Datin Zaharah akur sahaja dengan permintaan Jasmin. Wardah sudah dihantar pulang oleh Arif selepas solat maghrib tadi.
Jasmin segera terbayang wajah Wardah. Gadis itu kurang mesra dengannya. Namun, dengan Datin Zaharah dan Datuk Muhaiyeen, bukan main mesra lagi. Dia sendiri, bagai kelu bicara sebaik berhadapan dengan Wardah.
Yalah, gadis moden itu mahukah berkawan dengannya? Anak orang kaya…orang terpelajar lulusan luar negeri. Ada etika sendiri. Melihat cara dia berjalan pun, penuh tertib melangkah. Bukan main hentam langkah saja. Nyatanya, Wardah kurang serasi dengannya.
Hmm…kalau jadi kakak ipar aku nanti macammana? Jasmin mengeluh. Melihat cara mama melayan Wardah, Jasmin tahu, mama memang berusaha merapatkan Arif dengan Wardah. Jasmin mengetap bibir. Kalau betul2 abang Arif kahwin dengan Wardah, perlukah aku terus berada di rumah ini? Lagi2 kalau mama dan papa dah tak ada nanti?
Wahh..jauhnya kau berfikir Jasmin……Jasmin menarik nafas resah. Air disinki ditutup. Derap langkah manusia di belakang yang kedengaran ditelinganya buat Jasmin menoleh. Arif sedang menarik kerusi makan lalu duduk.
“Cepatnya hantar kak Wardah…drift ke tadi?” soal Jasmin, hendak mengusik Arif. Lama sungguh dia tidak dapat bersembang dengan Arif. Arif menuangkan air kosong ke dalam gelas, lalu meneguk. |
|
|
|
|
|
|
|
tepek byk sikit ah...mood aku tgh cantik ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi2 fizziiiiiii.....
wahaha...tamak aku mlm ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
“Kereta tak banyak kat jalan, cepat la sampai,” ujar Arif menjawab soalan Jasmin. Jasmin senyum lebar sambil memandang Arif. Dia turut menarik kerusi makan lalu duduk.
“Betul ke abang pergi zoo tadi? Buat apa?” soal Jasmin lagi. Dia tersenyum2 memandang Arif. Terbayang dimatanya, badak, gajah, singa, harimau, kuda belang dan zirafah sedang tersengih lebar kea rah Arif dan Wardah.
Arif tidak menjawab, sebaliknya menjeling kearah Jasmin.
“Mesti semua kuda belang kat situ tertanya2…kenapalah couple yang siap berkot, bertali leher ni dating kat sini tengah2 panas buta kan…” Jasmine sudah mengekek ketawa. Arif menebalkan saja mukanya dengan jenaka Jasmin. Sejuknya…lawak!
“Abang jumpa binatang apa lagi kat sana? “ soal Jasmin dengan niat hendak mengusik. Senyuman tak lekang2 dari bibirnya. Arif diam lagi. Sesekali, Jasmin didepannya dijeling geram juga. Jasmin tunduk memandang suratkhabar di depannya. Arif nampaknya tidak mahu melayannya.
Tak apalah….nak buat macam mana.Orang tak nak layan… Helaian akhbar diselak satu demi satu. Tiba di satu helaian akhbar, mata Jasmin memandang tepat ke mukasurat tersebut. Bibirnya mengukir senyum sebaik ternampak gambar binatang tersebut di dalam akhbar.
“Binatang ni, abang jumpa tak??” segera gambar binatang tersebut diambil lalu ditayangkan betul2 dekat dengan muka Arif. Arif memandang.
“Aarrkkhhhttrfhkjjhh!!!!!!” Arif menjerit kuat, menepis akhbar itu lalu kerusinya terpelanting kebelakang. Jeritannya yang kuat bergema, membuatkan Jasmin terkedu. Tak semena2, Arif jatuh kebelakang.
Cepat2 Jasmin menghampiri Arif dan membantu Arif untuk bangun.
“Adoiiihh…” Arif menggosok2 belakangnya yang sakit akibat terjatuh tadi. Jasmine diserbu rasa bersalah. Kenapa dia menjerit? Pucat muka Jasmin memandang Arif.
“Kenapa Arif?” Datin Zaharah yang tiba2 muncul dari ruang depan segera mendapatkan Arif. Jasmine dan Arif dipandang silih berganti. Wajahnya juga pucat, takut mendengar jeritan Arif yang kuat sebentar tadi.
“Tak ada apa…” pantas Arif mengggeleng lalu bangun perlahan2 sambil dibantu oleh Jasmin.
“Jas yang salah. Abang Arif tiba2 menjerit bila Jas tunjuk gambar buaya tu pada dia…”kata Jasmin. Pucat lesi mukanya ketika itu. Datin Zaharah melopong. Dia dan Arif berpandangan.
“Laa….patutlah…” barulah lega hati Datin Zaharah. Jasmin memandang Datin Zaharah penuh tanda tanya.
“Abang kau ni Min, fobia dengan buaya. Jangankan nak tengok betul2, tengok gambar pun dia boleh menjerit macam orang gila….Haii..aku ingat apalah tadi…” Datin Zaharah berlalu sambil membebel. Jasmin dan Arif ditinggalkan di dapur.
Jasmine segera memandang Arif yang meneguk air kosong. Masih terkejut agaknya. Tapi, fobia sampai macam itu sekalikah? Tak pernah aku jumpa orang lelaki fobia sebegini! Jasmine duduk bersebelahan Arif.
“Jas mintak maaf bang…Jas tak tahu..” kata Jasmin lemah dan perlahan. Rasa bersalah melihat muka Arif yang pucat. Arif terdiam sambil menarik nafas.
“It’s okay,” kata Arif pendek. Jasmin masih diserbu rasa bersalah. Melihat Arif yang menggosok2 belakangnya, lantas Jasmin memegang tangan Arif. Dijatuhkan tangan Arif dari belakang. Lalu belakang Arif dusap2 perlahan, seperti mengurut.
“Jas minta maaf…” sekali lagi Jasmin bersuara. Lirih bunyinya. Arif hanya membiarkan tangan Jasmin yang lembut mengusap2 belakangnya. Ada rasa aneh menyelinap didada setiap kali Jasmin mengusap belakangnya. Terasa lembut dan nyaman hingga meresap kedalam jiwanya. Arif terkedu. Bibirnya terkunci. Dipejamkan matanya menghayati sentuhan tangan Jasmin yang lembut. Buat seketika, dia rasa terbuai oleh sentuhan itu.
Pappp!!! Terus mata Arif terbuka sebaik belakangnya ditepuk kuat oleh Jasmin.
“Abang tidur ke?Pergi naik ataslah….” Sergah Jasmin. Arif memandang Jasmin disebelahnya. Dahinya berkerut. Nafas ditarik, kemudian dia mendengus. Langkah kaki diatur menuju ke tingkat atas tanpa menoleh ke belakang lagi. Ada debar didadanya yang enggan berhenti. |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmin baru saja mengemop lantai dapur. Bila Mak Esah tak ada, barulah dia berpeluang untuk mengerjakan rumah itu semahunya. Datuk Muhaiyeen dan Arif sudah keluar bekerja. Datin Zaharah pula pergi menghadiri seminar persatuan yang diadakan di Seremban bersama rakannya. Jadi, hari ini, tinggal dia seorang saja dirumah.
Habis satu rumah dilapnya. Kalau ada Datin Zaharah, janganlah harap dia dapat memegang batang mop. Membebel berkilometer Datin tu nanti! Macam lah tangan aku ni tangan emas, langsung tak boleh pegang batang mop.
Dengan seluar track pendek separa lutut dan t-shirt, Jasmin yang sudah banjir satu badan dengan peluh terbongkok2 mengangkat baldi yang dipenuhi air sabun. Air sabun tersebut sudah bertukar hitam kerana bercampur habuk dari belakang dapur tadi.
Tuudiaaa..punyalah rajin aku ni! Sampaikan belakang dapur yang Mak Esah tak pernah masuk pun, aku pergi mop! Sahih dah boring sangat duduk rumahla nih…Jasmin bermonolog sendirian. Hendak bercakap dengan kucing, kucing pun tak ada dirumah itu.
Air mop di dalam baldi lalu dituang kedalam longkang belakang. Melihat deruan air yang mengalir, Jasmin tersenyum sendirian. Sesekali, dahinya dilap dengan hujung baju t-shirtnya. Selesai membasuh baldi dan menyimpannya di dalam stor belakang, Jasmin berjalan berkaki ayam menuju ke ruang depan.
Sebaik melintasi kolam renang yang membiru airnya, langkah Jasmin mati. Jasmin bercekak pinggang, merenung air kolam tersebut. Cantiknya air…..terliur aku tengok….Air kolam yang membiru itu sesekali terbias dek sinar matahari.
Jasmine tersenyum. Idea nakalnya mula menjelma. Tak ada orang sekarang dalam rumah ni…Dah lama aku teringin nak berendam dalam kolam ni. Selalunya, segan nak minta izin dengan mama. Tapi kali ni…
Jasmin duduk di tepi kolam. Dia cuba mengagak, berapa kedalaman kolam tersebut. Nampak macam tak dalam sangat….Hmm…Jasmin duduk, lalu menjulurkan kakinya kedalam kolam. Matanya terpandang tangga besi yang menjadi tempat pemegang dihujung kolam. Pantas dia bangun dan mendekati anak tangga besi tersebut.
Anak tangga dituruni satu persatu. Jasmin membuai kakinya kedalam air kolam. Sejuk! Dia cuba mencecahkan kakinya ke lantai kolam. Agak2..dalam tak….
Jasmin tersenyum riang bila kakinya sudah mencecah lantai kolam. Haa…tak dalam! Air sudah berada separa dada. Perlahan2, Jasmin melepaskan tangannya dari anak tangga besi. Jasmin berenang2 di dalam air. Melihat kolam yang luas, buat Jasmine terasa ingin berenang ke tengah. Perlahan2, dia bergerak ke tengah kolam. Sesekali, air kolam diambil lalu diraup ke wajahnya.
Tetapi, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Kalau tak tahu mengangak kedalaman kolam renang, jangan berlagak pandai sorang2. Kalau tak pandai berenang, jangan gatal2 nak main air kolam.
Langkah Jasmin memang langkah kiri! Menjijakkan kakinya ke lantai tengah kolam, rupanya bahagian tengah kolam lebih dalam berbanding lantai tepi. Jasmin yang tidak sempat hendak berpaut pada apa2pun, terus tenggelam.
Puas dia berhempas pulas untuk berenang ke tepi, namun usahanya gagal. Air kolam sudah memasuki telinga dan hidungnya hingga Jasmin terasa seakan lemas. Dia cuba juga untuk melangkah didalam air. Namun pergerakannya terumbang ambing. |
|
|
|
|
|
|
|
Arif membuka pintu rumah. Suasana senyap sunyi. Selepas menutup kembali pintu utama, Arif langsung menuju ke dapur. Barangkali Jasmin berada didapur waktu2 ini, memasak. Bolehlah dia tumpang sekaki makan bersama Jasmin. Puas didail nombor telefon bimbit Jasmine tadi untuk memberitahu Jasmin bahawa dia akan pulang tengahari itu untuk makan. Namun talian langsung tidak diangkat. Dia tidur agaknya. Teka Arif.
Kata papa, mama pergi ke Seremban. Mungkin malam baru pulang. Jadi, papa menyuruhnya pulang untuk meihat keadaan Jasmine. Sebaik tiba di dapur, Arif merenung segenap ruang dapur. Kosong! Arif menjungkit keningnya. Mana budak ni pergi?
Arif beredar, membuka pintu bilik bacaan, tempat Jasmin menghabiskan masanya. Namun kosong. Arif terdiam sejenak. Barangkali dia dibilik. Arif lantas mengatur langkah menuju bilik tidurnya. Niatnya mahu menukar pakaian dahulu, kumudian barulah hendak mengetuk bilik Jasmin.
Arif terus meletakkan gugusan kunci kereta di meja soleknya. Tali leher ditanggalkan. Butang kemeja ditanggalkan satu persatu. Kemeja yang melekap ditubuhnya dibuka lalu diletakkan kedalam bakul kotor. Arif masuk kekamar mandi.
5 minit selepas itu, Arif keluar. T-shirt putih dan seluar Bermuda paras lutut disarungkan. Arif menyikat rambutnya hati. Minyak wangi Mont Blanc dicapai lalu disembur kelehernya. Amboi Arif..sejak bila pakai minyak wangi kat rumah?
Arif yang seakan tersedar dia bemonolog sendirian didepan cermin, cepat2 meletakkan kembali minyak wanginya. Arif menghampiri balkoni bilik tidurnya lalu menolak langsir bilik yang menutup sebahagian sliding door.
Sliding door dibuka lalu Arif menuju ke balkoni, menjengah ruang kolam renang yang terletak betul2 berhadapan bilik tidurnya. |
|
|
|
|
|
|
|
“Errkk..” mata Arif terpana dengan apa yang dilihatnya. Terasa darah sudah menyerbu ke seluruh anggota tubuhnya. Adrenalinnya berdegup kencang. Arif terus berlari keluar dari biliknya. Anak tangga rumah dilangkah pantas. Seakan jauh sungguh jarak dari biliknya dengan kolam renang.
Sebaik sampai di kolam renang, terus Arif terjun ke dalam kolam. Batang tubuh yang sedang terapung dicapai lalu dibalikkan. Wajah Jasmin pucat lesi kesejukan. Arif pantas memeluk wajah Jasmin rapat ke dadanya.
“Jas!!!” teriaknya. Panik, resah, cemas semuanya bersatu. Tubuh Jasmin diraih ke dalam pelukan lalu di bawa ke tepi kolam. Tubuh Jasmin dibaringkan dalam keadaan melentang ditepi kolam. Arif segera memeriksa kadar denyutan nadi di leher Jasmin. Dia menekapkan telinganya ke dada Jasmin.
Nafas yang tidak tentu arah tadi teratur kembali sebaik terdengar degupan jantung Jasmin yang masih berfungsi. Pantas Arif menekan dada Jasmin dengan harapan gadis itu dapat memuntahkan air yang sudah memenuhi rongga dalamannya.
“Jas!!! Bangun!!!” teriak Arif cemas. Puas ditekan, namun gadis itu masih tidak sedarkan diri. Berkali2 dicuba, namun gadis itu masih tidak memberi sebarang reaksi. Ah sudah!!! Arif meraup dahinya. Buntu. Apa lagi???
Arif memandang bibir Jasmin yang pucat. Nafasnya turun naik. Dadanya bergetar, bercampur dengan tubuhnya yang menggigil. Arif memejamkan matanya, kemudian membukanya kembali. Arif mengetap bibirnya. Jas…I’m sorry….
Lalu bibir Jasmin diraup dengan bibirnya perlahan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
abisla jasmin |
|
|
|
|
|
|
|
Wah, jas ade cop arif la nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Jas x jelous pun arif ngan wardah tp dia cuma takt sebab wardah x mesra alam aje................ |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh... semakin menarik....... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|