|
“bilik 1 katil” ringkas Shah.
“baik encik, kami akan pindah kan isteri encik dalam masa 15 minit nanti.”
“anak saya kena tahan wad juga ke macam mana?”
“nanti saya check yer encik.” Jururawat itu menghilang ke bilik kecemasan yang menempatkan Kira tadi. 10 minit berlalu, dia kembali semula.
“encik, anak encik perlu pemantauan lagi. Encik nak tempatkan di bilik yang sama?”
“yes, please.”
“baik encik” jururawat itu menghilang ke bilik menempatkan Lisa, beberapa ketika pintu di buka luas. katil disorong keluar, Lisa berbaring. Mata masih terpejam. Wayar berselirat menakutkan hati lelakinya. Kata selamat tapi wayar berselirat, kecut perutnya. Mula syaitan bertengek.
Shah mengikut langkah jururawat2 itu menolak katil Lisa. Menurut mereka, Kira akan menyusul kemudian. Doctor bertugas belum sain untuk pelepasan Kira untuk dipindahkan ke wad. Mungkin masih ramai pesakit kecemasan. |
|
|
|
|
|
|
|
fazss merayap rumah org pun..jgn lupa sambung ye |
|
|
|
|
|
|
|
Rusdi tu mmg binatang suka suke aje dia
nakkan hak org. Bior dia kena pengajaran
yg akan dia ingat sampai mati.:@ |
|
|
|
|
|
|
|
memintak semua selamat...
termasuk BB LISA... |
|
|
|
|
|
|
|
fazss merayap rumah org pun..jgn lupa sambung ye
nallepooh Post at 21-12-2010 13:20
penat fazss merayap..byk rumah tuan x ada... huhu |
|
|
|
|
|
|
|
smbung cepat2 ye fazs
tension dbuatnye karina dgn rusdi ni
juliet80 Post at 21-12-2010 13:34
sabar... fazss hukum karma ada yer.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang mereng karina dgn rusdi...
sewai lah dua-duanya...
harap semuanya selamat... |
|
|
|
|
|
|
|
best2xx sambung lagi k... |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik baby lisa,lisa dan kira ok...
harap2 rusdi insaf lepas ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
rusdi ni tak insaf2...kejenya asyik nak meruntuhkan
rumahtangga org je....kesian dengan shah yg baru
nak merasa kebahagian dengan lisa dan kira.... |
|
|
|
|
|
|
|
apa masalah RUSDI nie erkkk...
dengki giler ngan SHAH... |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua... fazss buka rumah... selamat datang.. hehehe ada bawa kuih tak? nak breakfast.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kekalutan yang tegang kian mengendur. Sesaat demi sesaat Shah sudah mampu bernafas dengan sempurna. Wajah Lisa direnung, tangan nya membelai tangan Lisa berhati2 dengan lembut. Risau juga jika jarum air yang melekat itu tercabut.
Perlahan pintu bilik di ketuk mengejutkan Shah. Masuk seorang jururawat lelaki membuka pintu itu agak luas. Shah hanya duduk memerhati dari birai katil Lisa. Satu katil ditolak masuk. Kira memandang keliling terkebil2. . Lama juga Kira di tahan di bawah, ruang bilik kecemasan tu. Berjam2 juga. Mujur ada Mak Yah yang menanti nya.
“papa..” sebaik melihat Shah yang menghampirinya, Kira mula menangis.
“syyyy…..dah2 jangan nangis lagi” pujuk Shah. Lama juga Shah mendodoikan akhirnya Kira tertidor semula.
Malam menjelma, Kira bangun termangu. Senyap tidak bergerak. Mata memandang neneknya di birai katil. Disuap makanan sikit dia tertidor semula. Mak Yah membantu Shah serba sedikit menjaga Lisa dan Kira. Jika Shah perlu ke tandas atau solat, maka Mak yah la menjaga.
“mama dah lewat, pergi la balik dulu. Esok plak mama datang, bawa baju kami yer.” Pesan Shah. Mak Yah berlalu beberapa saat kemudian.
Shah membuka notebook nya. tanpa arah, mouse di gerak ke merata2. Dia sendiri tidak tahu untuk berbuat apa. Kira bergerak2. Perlahan Shah bangun memantau nya. mungkin terkejut melihat papa nya, terus dia bangun dan memeluk kejap.
“syyyyhhh….Kira..” Shah mengurut belakang Kira.
“mama…” |
|
|
|
|
|
|
|
hari ni ade n3 lagi ni kan fazs ?? |
|
|
|
|
|
|
|
jahat gila rusdi..adui...pelikkan..suka je iri ati pada org manusia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
“mama ada…dah..dah…” pipi Kira di sapu lembut.
“uncle buat mama nangis” Shah memeluk Kira. Kesian anakku.
“papa..tolong mama cepat” tubuh Shah di goncang. Kira kalut.
“Kira…Kira…mama dah ada dengan kita. Tu kat sana. Mama tido lagi, Kira kena senyap. Biar mama rehat yer” Kira yang galak bercakap terdiam. Hanya sedu sedan sahaja yang tinggal. Tubuh Kira di baringkan semula. Shah menepuk lembut, Kira terlena semula.
Shah sedar pagi menjelma, hanya ketika Mak Yah tiba bersama juadah sarapan mereka dan beberapa helai pakaian. Subuh terlajak, entah pukul berapa lah tertidor malam tadi. Memang sukar nak lena kalau menjaga orang sakit.
Hati penuh dengan kerisauan yang bukan2. Bukan sahaja tentang kesihatan, takut juga jika benar ini onar Rusdi. Macam2 perkara boleh terjadi lagi.
“Shah nak sarapan ke? Mama ada bawa dari rumah.” Mak Yah menghidang makanan di meja rehat pelawat dalam bilik itu.
“boleh juga. Mama bawa apa?” Shah duduk di sofa bersama Mak Yah.
“sup ayam, nasi putih, bubur nasi pun ada. Ikan goreng ada, sayur sikit. Makan la.. mama nak suap Kira” Mak Yah membawa semangkuk bubur nasi bersup untuk disuap Kira.
Sambil menyuap juadah sarapan, mata Shah tertancap ke Lisa yang masih nyenyak. Lena tidor nya pagi ini, malam tadi ada juga dia mengingau. Bercakap apa tidak di fahami oleh Shah. Selesai makan, Kira dihampiri. Kira tersengih. Nampak sudah makin baik berbanding semalam.
“nak cium mama” lengan Shah dirangkul. Shah mengangguk , dia membantu Kira turun dari katilnya. Kira mudah bergerak kerana dia tidak ada wayar2 seperti Lisa. Kira hanya perlu di tahan untuk mengawasi luka dalam dan emosinya.
“papa…” Kira menepuk tilam Lisa. Kira sebenar, menyuruh Shah mengangkatnya naik. Shah senyum, sedar khilaf nya.
“mama…Kira sayang mama..” pipi Lisa di cium. Shah memegang bahu Kira, supaya Kira dapat mengimbangi tubuhnya. Lengannya ada luka2 kecil, pasti lengan itu tidak mampu untuk bertahan.
“papa ngan Kira teman mama ok, mama takut sorang2 kan” dia tergelak kecil sendirian. Kira bercakap di telinga Lisa, seakan berbisik tapi kuat suaranya.
“don’t worry, Kira ada…” rambut Lisa dilurut.
“papa, adik?” Kira menunjuk perut Lisa yang membuncit.
“adik ok, kiss la..” kata Shah.
“adik jangan nakal, mama sakit” sempat juga dia berpesan pada adik nya dalam perut. Kepala nya terlentuk di perut Lisa.
“papa, Kira rasa mama kena cepat keluar hospital la..” |
|
|
|
|
|
|
|
“kenapa?”
“lama2 nanti, mama dah bau hospital, tak best” Kira geleng2 kan kepala nya. Shah tawa kecil. Semalam bukan main menjerit, loyar buruk keluar ok la tu.
Mak Yah menghampiri mereka di birai katil Lisa tersenyum mendengar perbualan dua beranak itu.
“Lisa ok Shah?”
“macam semalam la mama. Tak sedar betul lagi. Malam tadi tidor tak lena, ini baru nampak dia lena.”
“doctor dah check?”
“belum, kejap2 lagi kot”
“Kira, jom duduk kat katil Kira, sempit adik tu” pujuk Mak Yah, Kira asyik menyempit di katil Lisa, takut terjaga pula Lisa nanti.
“jap la nenek.. nak dengar adik gerak2” Mak Yah tersenyum. Kesian pada Kira, dia rapat dengan Lisa. Jangan lah jadi sesuatu tak terduga pada Lisa, jalinan jiwa mereka rapat.
“assalammualaikum, morning..”
“waalaikumsalam, morning dok” Shah menyahut salam doctor yang baru masuk.
“maaf saya check isteri encik sekejap yer..”
“ok..” Shah mengangkat Kira ke katilnya. Doctor itu turut membawa beberapa doctor muda, gaya nya seperti cikgu pula mengajar satu per satu pada mereka. Mungkin doktor2 muda itu pelatih lagi atau masih tempoh belajar.
Shah risau, jangan doctor muda itu merawat Lisa sudah, entah apa pula yang jadi nanti. Sedangkan pakar pun kadang2 terlepas pandang inikan pula pelatih. Selisih malaikat.
“en Shahnizam..” Shah tersentak. Jauh di berfikir. Semua yang ada melihatnya termangu.
“erkk…yer..”
“anak encik, semakin baik. Mengikut laporan, perkembangan ketara berbanding semalam. Tekanan darah dan jantung juga normal. Kita cuba bentuk semula emosinya.” Seorang doctor pelatih menerang serba sikit. Doktor pakar itu memandangnya, biasa lah menilai la tu, sejauh mana kemampuan student nya.
“ok” mata shah merenung ke doctor pakar itu. seakan faham, dia mengangguk tanda setuju dengan ulasan pelatih. |
|
|
|
|
|
|
|
apa masalah RUSDI nie erkkk...
dengki giler ngan SHAH...
shahrinas Post at 22-12-2010 08:47
rusdi..rusdi... menakutkan... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|