CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 26-3-2008 03:43 PM | Show all posts

Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 201

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2008 11:27 PM | Show all posts
Uniform jenis lama masih ada lagi dak? Atau semuanya dah tukar ke jenis baru nie? Yang lama nampak lawa lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 08:06 AM | Show all posts
TLDM capai 100% tahap kesiapsiagaan armada

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUANTAN 26 Mac – Tahap kesiapsiagaan armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini berada pada tahap 100 peratus, jauh lebih baik berbanding piawaian kesiapsiagaan antarabangsa.

Panglimanya, Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamad Ali berkata, pencapaian itu yang melibatkan semua aset termasuk kapal permukaan, pesawat dan helikopter dicapai sejak empat hingga lima bulan lalu.

“Saya sangat yakin dengan pencapaian ini. Kita telah melepasi standard kesiapsiagaan armada iaitu 70 peratus seperti yang ditetapkan piawaian antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena lawatan pengundurannya di Markas Wilayah Laut Satu, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang di sini, hari ini.

Turut hadir, Panglima Wilayah Laut Satu, Laksamana Pertama Datuk Abdul Hadi Abdul Rashid.

Bagi menghargai perkhidmatan Ramlan selama 38 tahun dengan TLDM, satu lintas hormat melibatkan 100 pesawat akan diadakan sempena majlis penerimaan Sayap Kehormat di Markas TLDM Lumut, Jumaat ini.

“Selain majlis persaraan saya, lintas hormat itu boleh dianggap sebagai kejayaan terbesar TLDM dalam kesiapsiagaan aset,” katanya.

Ditanya perkembangan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, beliau berkata, kapal selam jenis Scorpene itu dijangka tiba di negara ini selewat-lewatnya pada Julai tahun depan.

Bagi tujuan itu, kata beliau, pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah akan dipastikan siap sepenuhnya beberapa bulan sebelum ketibaan KD Tunku Abdul Rahman.

“Saya dimaklumkan kerja pembinaan pangkalan itu sedang rancak dijalankan mengikut jadual,” katanya.

Beliau berkata, turut dilaksanakan ialah latihan bagi pegawai dan anggota TLDM di Sekolah Latihan Kapal Selam Malaysia di Pangkalan Laut DCN, Brest, Perancis sebagai persiapan mengendalikan kapal selam tersebut.

Kapal selam jenis tempur konvensional yang berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 pemusnah periuk api itu, mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter.

Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak iaitu peluru berpandu anti kapal permukaan dan torpedo anti kapal selam.

http://utusan.com.my/utusan/info ... an&pg=mh_10.htm
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 01:05 PM | Show all posts

Reply #742 higen's post

Yang lama masih guna untuk perbarisan dan majlis...baru untuk "ground/point duties"
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 01:15 PM | Show all posts

Reply #743 bulat's post

Aku musykil la dengan fakta 100% siap siaga ni? Adakah fleet TLDM ni semuanya dalam keadaan 100% siap siaga tanpa ada satu pun aset di atas dock for repair & maintenance? Agak-agaknya Tan Sri Ramlan dapat fact & figure ni daripada mana? Plug from the sky?

Aku percaya tahap siap siaga any means of asset tak kira navy, airforce or armed forces paling tidak pun antara 70-80%, pasal mesti ada asset-asset yg due for repair dalam satu-satu masa. Kalu tak caya pergi check dry dock di Boustead Dockyard di Lumut, mesti ada sebuah dua aset atas darat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 01:28 AM | Show all posts

Reply #744 kiuros's post

So for those PVR, mereka kena tanggung satu lagi uniform dengan pocket money?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2008 02:48 PM | Show all posts

Reply #746 higen's post

rasa nya tak....kalau perlu pakai, Komandan masing2 mohon peruntukan je...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 02:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2008 09:27 PM | Show all posts
慞esta
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 02:47 PM | Show all posts
SATU LAGI IDEA BIJAK : ASKAR MELAYU AKAN DIHANTAR JAGA ISTANA BUCKINGHAM. UK


AKU BACA DALAM PAPER,
KENAPA PULAK NAK HANTAR ASKAR MELAYU NAK PI JAGA
ISTANA QUEEN ELIZABETH KAT UK NI ??

BUKAN KE PATUT ASKAR KITA MEMPERTAHANKAN
KEDAULATAN NEGARA..??

JAGA ISTANA NEGARA TU..

DAH TAK CUKUP KE ASKAR NAK JAGA ISTANA KAT UK TU ??



KUALA LUMPUR: Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)berpeluang meraih pengalaman berkhidmat dengan kerabat diraja Britishapabila pasukan berusia 75 tahun itu diberi kepercayaan melaksanakan'Tugas Awam London' yang berprestij di London tidak lama lagi.

Malaysia adalah negara anggota Komanwel keempat, selepasKanada, Australia dan Jamaica, diberi penghormatan melaksanakan tugasitu.        
        Antara tugas yang menanti pasukan itu ialah mengawal kediaman rasmi Raja Britain, Istana Buckingham.

Pemangku Pengarah Kor Perkhidmatan Am (Perhubungan Raya)Kementerian Pertahanan, Kolonel Fadzlette Othman Merican, berkata 122anggota RAMD daripada Pasukan Istiadat dipilih menjalankan tugas itu.

"ada 28 Februari 2007, Ketua Turus Umum United Kingdom SirRichard Dannat, melakukan kunjungan hormat ke Malaysia dan menyaksikananggota RAMD mengadakan kawalan kehormatan. Beliau tertarik denganpenyelarasan dan disiplin mereka berkawad dan seterusnya mempelawa RAMDmelaksanakan tugas berkenaan.



Secara umumnya, Tugas Awam ini terbahagi kepada dua jenis. KawalanRatu memerlukan kami mengawal Istana Buckingham, Istana St James danMenara London. Kawalan Istana Windsor memerlukan kami mengawal IstanaWindsor, antara kediaman Ratu Elizabeth II," katanya dalam temu bualdengan Bernama semalam.

Beliau berkata, RAMD juga akan terbabit dalam tugas rejimenbersama batalion lain daripada Pasukan Pengawal Peribadi di IstanaBuckingham.

Pasukan berkenan akan berlepas ke London pada 16 April dandijangka bertugas mulai 18 April hingga 12 Jun membabitkan kos hampirRM1.9 juta termasuk insurans, pakaian dan tiket penerbangan.

(NAK JAGA 2 BULAN JER.. RM1.9 JUTA TU DUIT RAKYAT KER??)


Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddindan Kolonel Yang Dipertua RAMD Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzamShah akan melawat pasukan itu, masing-masing pada 19 Mei dan 5 Jun.
                                "Anggota pasukan ini akan menggunakan pakaian istiadat, yang terdiridaripada kot merah, seluar hitam dan bearskin (topi tinggi daripadabulu haiwan). Mereka juga akan dilengkapkan dengan mesingan Crome M16ketika melaksanakan tugas biasa.

"Mereka akan terbabit dalam acara Pertukaran Pengawal dilaman kedua-dua istana berkenaan dan melakukan rondaan malam, mengawalpos kawalan istana serta menjadi sebahagian daripada pasukan tindakancepat," kata beliau sambil menambah anggota pasukan itu akan tinggal diWellington Barracks di tengah kota London. � Bernama


credit - ZamMaidin bod CI http://forum3.cari.com.my/viewth ... page%3D1&page=1


errrr...apa pendapat korang semua? perlu ke kita habiskan duit2 juta2 utk nie semua? apa yg kita dpt in return??
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 02:53 PM | Show all posts

Reply #750 mfadilaa's post

korang ni tak habis- habis sensitip sesangat.

itu macam kursus laaaa...

bekerja sambil belajar.

there's always 2 sides of the coin. you can either take a negative or positive views.

why must we be so negative? Ini bukan kali pertama anggota kita dihantar untuk bekerja untuk dapatkan pengalaman. sejak dulu lagi dah ada. tanya orang lama, jadi tukang gosok dek kapal pon ada, padahal pegawai tuh. tapi dari situ la belajar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 02:57 PM | Show all posts

Reply #751 tin's post

Kat CI memang sensitif bab2 gomen perabih duit xtentu hala n x clear apa yg boleh dpt dr investment mcm nie...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 03:06 PM | Show all posts

Reply #752 mfadilaa's post

bod CI memang camtuh.

masa buat KLCC pon berkepuk kutuk. sekarang nih, amacam?

nak kutuk boleh, tapi tengok la jauh ke hadapan. jangan tengok apa yang ada sekarang nih je.

satu la nak tanya, kat buckingham palace saja, ada berapa ribu pelancong datang sehari? depa suka tengok apa? Istana? tak. depa suka tengok pak guard dia dan kawad pertukaran pengawal.

sekarang, bayangkan askar melayu jaga sat dlm 2-3 bulan. pastu pakaian lain dan menarik. orang tanya drp mana, RAMD drp Malaysia. tuh kan promosi dan sumber prestige tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 03:08 PM | Show all posts

Reply #753 tin's post

kalau macam ni kawan aku tak lama lagi dapt star le tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 03:10 PM | Show all posts

Reply #754 mmc's post

in which nak tanya, bila lu mau naik lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 04:06 PM | Show all posts
Originally posted by mfadilaa at 7-4-2008 02:57 PM
Kat CI memang sensitif bab2 gomen perabih duit xtentu hala n x clear apa yg boleh dpt dr investment mcm nie...


dah baca dah thread tu..aku rasa yang bashing tu suma akal tak panjang...mungkin bebudak lagi kot???heheheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2008 05:15 PM | Show all posts
'errrr...apa pendapat korang semua? perlu ke kita habiskan duit2 juta2 utk nie semua? apa yg kita dpt in return??'

Saya rasa mereka ni terlalu taksub dgn $$ dan benefit. Ada seorg tu kata RM1.9 juta jika dibahagikan kpd rakyat akan dapat RM1000 seorg. Logik dak? Kalau setiap rakyat Malaysia bagi RM1 utk dikumpulkan akan jadi RM26 juta, takkan RM1.9 juta dibahagikan boleh dapat RM1000 seorg!

Yg mereka tak nampak bila RAMD bertugas kat sana, ia merupakan penghormatan dan nilai sejarah, jalinan hubungan setia kawan yg ada dgn UK. UK juga merupakan satu negara yg selalu membantu kita cuma kita tak sedar aje. FPDA salah satu jalinan pertahanan yg ada dgn UK.

Nilai kedua ada impak ekonomi negara dan UK. Itu korang fikir sendiri.

Saya memang rasa terkilan dgn komen yg terlalu kuno.

[ Last edited by  RainbowSix at 7-4-2008 10:48 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2008 05:27 PM | Show all posts

Reply #750 mfadilaa's post

kita tengok dari sudut positif leh x? Atleast askar terbaik kita ditugaskan untuk menjaga 2 port paling penting untuk Queen E yang mana suatu masa dahulu bekas penjajah kita, dan askar kita diberi penghormatan untuk menjaga keselamatan kediaman Queen E maaa, bukan satu keje enteng lah Padil....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 08:50 PM | Show all posts

Reply #758 yipun78's post

Yup...ada wa ckp wa pandang enteng ke? ada wa ckp wa bashing x tentu hala ke? wa post kat sini..pasal wa nak tahu/tgk pendapat kwn2 brother of the arms sendiri psl benda nie...kita tgk komen askar sendiri camna..pasal wa baca kat CI mostly bangkang n ckp idea nie bangang n waste taxpayers money...setahu wa..nie 1st time kita htr tentera kita jadi queen guard..benda baru..byk pros n cont...lebih2 lagi dlm keadaan politik negara skrg...sensitif beb belanja duit kerajaan x tentu hala....

Apa yg wa post tu..bukan wa yg tulis daa yip..tu ZamMaidin punya wa copy dr CI...wa cuma tulis..

'errrr...apa pendapat korang semua? perlu ke kita habiskan duit2 juta2 utk nie semua? apa yg kita dpt in return??'

rasanya..itu soalan..bukan wa punya komen....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 09:31 PM | Show all posts
London sentry misssion under fire        
Posted by kasee     
Monday, 07 April 2008  
(The Sun) PETALING JAYA (April 7, 2008): The government抯 decision to spend about RM2 million to send 122 members of the Royal Malay Regiment (RMR) to serve "London public duties" for two months has come under fire.

揑t is a waste of taxpayers
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.057884 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list