CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: xpdckelate

~Gomo KELATE Gomo #PremierLeague2022~

[Copy link]
 Author| Post time 25-12-2012 09:48 PM | Show all posts
Musim tengkujuh jejas persiapan TRW, atur dua perlawanan persahabatan

KOTA BHARU – Musim tengkujuh yang melanda negeri Pantai Timur sekarang nyata menjejaskan persiapan juara treble, Kelantan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia yang bermula awal bulan depan.

Pengurus merangkap Ketua Jurulatih, Bojan Hodak mengakui hujan yang berterusan di Kota Bharu sejak seminggu lalu menjejaskan perancangan beliau dalam membentuk barisan mantap sebelum bertemu Angkatan Tentera Malaysia dalam perlawanan Sumbangsih pada 5 Januari ini.

“Sedikit sebanyak mengganggu persiapan kami. Saya tak boleh menerapkan percaturan taktikal jika pemain berterusan menjalani latihan di atas padang yang becak setiap hari,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

“Apa boleh buat, kami kena akur ini adalah lumrah alam. Kita kena buat pertimbangan untuk pergi menjalani latihan pra musim di luar Kota Bharu. Kita tak ada banyak masa persiapkan pasukan kerana perlawanan pertama kita pada 5 Januari nanti.

Menurut Hodak, beliau memerlukan lebih banyak perlawanan persahabatan bagi mencari kombinasi terbaik memandangkan persiapan pra musim mereka kali ini berdepan dengan beberapa masalah.

“Ada beberapa pemain lewat menyertai pasukan, kita ke Australia hanya sempat main satu perlawanan persahabatan dan di Indonesia (Kejohanan Piala Gabenor Acheh) pula, kita beraksi dua perlawanan tapi di atas permukaan padang yang teruk,” katanya.

Sementara itu, jurulatih berusia 41 tahun itu turut lega apabila dua pemain skuad kebangsaan, Mohd Shakir Shaari dan Khairul Fahmi Che Mat kembali melapor diri menjalani latihan bersama pasukan hari ini.

“Mohd Shakir akan bersama kita ke Pulau Pinang sementara Apex (Khairul Fahmi) saya beri pelepasan kepada dia untuk menguruskan persiapan perkahwinannya pada 28 Disember ini,” katanya.

Skuad kendalian pengendali dari Croatia itu berlepas ke Pulau Pinang hari ini bagi menjalani latihan selama seminggu. Selain itu, Kelantan akan menghadapi tiga perlawanan dengan bertemu Pulau Pinang pada 24 Disember di Stadium Bandaraya dan Kedah (26 Disember) di Stadium Darul Aman.

Turut dijangka menguji kewibawaan The Red Warriors ialah naib juara Piala FA musim lalu, Sime Darby FC pada perlawanan persahabatan ketiga di Stadium Bandaraya pada 30 Disember ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2012 09:49 PM | Show all posts
esok terr jupo kedoh plok terr
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 10:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 02:10 AM | Show all posts
kalah 4-1 dgn sime darby
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 12:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 02:18 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-1-2013 08:22 AM | Show all posts
ATM julang Piala Sultan Ahmad Shah

SHAH ALAM 5 Jan. - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memulakan musim 2013 dengan langkah kanan apabila menjulang Piala Sultan Ahmad Shah setelah mengalahkan Kelantan 4-3 menerusi penentuan penalti di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 90 minit permainan dengan Kelantan mendahului hasil jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-55, namun ATM menyamakan kedudukan menerusi gol Irwan Fadzly Idrus pada minit ke-85. - Utusan

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -Shah#ixzz2HDH2n0Xb
© Utusan Melayu (M) Bhd


ps: xpolah,nasib dok menyebelahi sek kito,tahun depe cubo lagi...apopun,misi mempertahankan 3 pialo tetap menjadi matlamat utamo kito....gomo kelate gomo
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 07:09 PM | Show all posts
2013 Warriors Kelantan FA Shirt

































Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2013 07:16 PM | Show all posts
2013 Warriors Kelantan FA Official Apparel

















Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 01:44 PM | Show all posts
Mat Yo, two others ' freed '





11 January 2013



DECISION : PSC rules in favour of players

MALAYSIAN footballers will have greater freedom of movement following three landmark rulings by the FA of Malaysia's (FAM) player status committee which significantly curtailed the power of state FAs



Players from development team Young Tigers need not have to move back to their original teams when released by FAM while teams can no longer demand a transfer fee once a player has bought out his contract.

This came about after the committee ruled on the status of Young Tigers duo Affize Faisal Mamat and Akram Mahinan and the protracted transfer of Norshahrul Idlan Talaha, whose nickname is Mat Yo, from Kelantan to Darul Takzim.

Defender Affize, 24, rejected a return to Terengganu and signed with Armed Forces while Akram, 20, could not reach agreement with Kedah and joined Darul Takzim.

Player status committee chairman Datuk Takiyuddin Hassan said Affize and Akram were within their rights to reject offers from their original teams and go elsewhere.

" As Affize is over the age of 21, Terengganu have no claim on him if the player could not agree terms with them," said Takiyuddin after chairing a meeting of the committee at Wisma FAM in Petaling Jaya yesterday.

" Terengganu only have first option to negotiate with the player, who is not obligated to sign with them. As the player then decided he did not want to play for Terengganu, he was free to sign with other teams without having to pay compensation to Terengganu.

" In Akram's case, Kedah are entitled to development and training compensation as Akram is below the age of 21. But he too was not obligated to sign with Kedah after being released by Young Tigers if he could not reach agreement with them.

" Both players are now free to play for their respective teams in the next round of matches. "

Additionally, the committee ruled that Darul Takzim will have to pay Kedah RM15,000 in compensation for Akram while Forces agreed to the committee's suggestion of a RM5,000 ex-gratia payment to Terengganu for Affize.

In Norshahrul's case, the committee ruled that Kelantan cannot demand a transfer fee from Darul Takzim after the player paid RM299,000 to buy out the remaining 13 months of his own contract.

" A contract no longer exists once a player has bought out his contract so Kelantan cannot then demand a transfer fee, " said Takiyuddin. "They are only entitled to a transfer fee if the player still had a contract with them.

" But since Kelantan agreed from the outset in black and white for the player to buy out his own contract, which Norshahrul paid (in two tranches of RM250,000 and RM49,000) on Jan 4 and 5, we consider the matter closed."

While Kelantan tried to have their cake and eat it too with regards to Norshahrul, they also lost out on compensation for S. Chanturu's transfer to Perak after the committee found that a notice of extension given to the player three months before the expiry of his contract was deemed void for being incomplete.

" In that notice, there were no details of any offer in regards to salary, allowances and other benefits nor did they set a date for discussions. As such, the notice is incomplete and the player not bound to it, " said Takiyuddin.





Kelantan cannot demand a transfer fee for Norshahrul Idlan Talaha (left).




- NST -









Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 12:17 AM | Show all posts
T-Team FC Vs Kelantan FA (12/1/2013)




Result :  T-Team FC (1)  Kelantan FA (0)














http://www.youtube.com/watch?v=Hgrft5QZZ0o





Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 12:43 AM | Show all posts
Liga Super 2013 Chart (12/1/2013)











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 09:55 AM | Show all posts
15 januari 2013,pukul 8.45 mlm,stadium sultan mohd ke-4,kota bharu

~male nih,match of the season,kelate vs johor darul takzim,jange lupo terrrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 07:55 AM | Show all posts
‘Saya sokong TMJ, FAM’

Kangar: “Saya sokong tindakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang bukan saja berani, malah menunjukkan keprihatinan terhadap pemain.

“Malah saya juga menyokong FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang membenarkan enam laras senapang dibawa masuk ke stadium (Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan), minggu lalu,” kata Datuk Seri Shahidan Kassim, semalam.


Shahidan berkata, bukan itu saja, sepatutnya Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sepatutnya membawa 600 laras senapang berikutan bilangan penonton yang hadir ke stadium itu.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis berkata, jumlah senjata dibawa itu sebenarnya kecil berbanding kehadiran penonton pada perlawanan itu.


“Saya sokong tindakan TMJ kerana beliau berani berbuat demikian, demi pemain dan penyokongnya, malah ia juga dibenarkan FAM.


“Harapan saya, FAM tidak mengambil tindakan ke atas kenyataan saya ini kerana menyokong tindakan yang mereka lakukan,” katanya. Menurutnya, beliau juga berharap Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa tidak risau dengan apa berlaku kerana ia hanya enam pucuk senapang yang dibawa ketika perlawanan itu.

“Apa yang kita akan lakukan jika pemain dibaling botol oleh penyokong lawan? Pasti kita marah dan TMJ hanya melakukan apa yang patut, berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kerajaan Johor.


“Penonton yang hadir juga melebihi 30 ribu, KAFA tidak perlu risau kerana ia hanya enam laras senapang,” katanya mengenai tindakan PBNJ membawa tentera lengkap bersenjata daripada Rejimen Ke-21 Gerup Gerak Khas (GGK) dari Kem Iskandar Mersing, Johor ke perlawanan itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/21
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 07:58 AM | Show all posts
Liga Super: Pahang kekal kerusi pendahulu

23 Januari 2013
Liga Super 2013


PENDAHULU Liga Super, Pahang yang kalah 2-3 kepada Selangor pada Sabtu lepas, bangkit mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas pasukan jiran mereka, Terengganu di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.

Tiga gol skuad Tok Gajah dijaringkan oleh Mohd Hafiz Kamal pada minit ke-75 dan 89 serta Mohd Fauzi Roslan pada minit ke-77.

Keputusan itu menyaksikan pasukan bimbingan Dollah Salleh kekal menerajui takhta liga dengan mengumpul 12 mata daripada lima perlawanan.

Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula merampas tangga kedua daripada wakil kelab dari Singapura, Lions XII selepas mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Felda United di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban.

Penyerang import skuad 'The Gladiators' iaitu Marlon Alex James membuka tirai jaringan pada minit ke-14 sebelum Mohd Shukor Adan memastikan kemenangan untuk pasukan bimbingan B. Sathianathan pada minit ke-55.

Pasukan berstatus bintang dari Johor iaitu Kelab Bola Sepak Darul Takzim naik dua anak tangga ke kedudukan kelima liga selepas membelasah Selangor PKNS, 3-1 di Stadium Shah Alam.

Mohd Safee Sali membuka tirai jaringan untuk skuad Harimau Selatan pada minit ke-19 sebelum Ahmed Ezrie Shafizie Sazali menggandakan kedudukan pada minit ke-61.

Penyerang import dari Sepanyol, Danial Guiza menjaringkan gol ketiga untuk skuad bimbingan Fandi Ahmad itu pada minit ke-88 sebelum Mohd Faiz Mohd Isa mengurangkan defisit jaringan untuk PKNS dengan gol saguhati pada minit ke-90.

Wakil kelab dari Terengganu, T-Team turut mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Lions XII, 1-0 hasil sepakan penalti pemain tengah, Mohd Badrul Hisham Morris pada minit ke-75 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan berkenaan oleh pengadil perlawanan, Syed Azhar Syed Kamar selepas pemain pertahanan Lions XII, Faritz Abdul Hameed menampan bola di dalam kotak penalti.

Sementara itu, dua pasukan iaitu Perak dan Kelantan hanya mampu mengutip satu mata selepas mereka mencatatkan keputusan seri di laman sendiri.

Perak diikat oleh Selangor dengan keputusan 1-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.

Francis Forkey Doe membuka tirai jaringan untuk pasukan Selangor pada minit ke-65 sebelum penyerang skuad Seladang, Abdul Hadi Yahya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-80.

Terdahulu, Selangor terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-40 selepas Mohd Amri Yahyah dilayangkan kad merah kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil perlawanan, Zulkifli Ahmad.

Mohd Amri sebelum itu menerima kad kuning daripada Zulkifli kerana  melakukan kekasaran ke atas pemain lawan.

Kelantan pula terikat tanpa jaringan ketika melayan kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 07:59 AM | Show all posts
gano sek kito nih,seri pah ceroh,hu2...nampoknyo kelate meme ado masaloh bahagian serangan yang serius!!
harap keita dapat menemui rentak,sebelum dimi amik alih bule 6 nih,ko gano sek kito??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2013 10:01 AM | Show all posts
April ni transfer window bukak balik harap bojan masukan dimi dah try kieta dok jadi . aku percaya ada harapan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 03:37 PM | Show all posts
cempat g ke nk kejar nti???

seyes, bojan kne wat sesuatu ngn brsn dpn ASAP.......


Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2013 03:20 PM | Show all posts
kawe raso bulih lagi nih, ado lg 17 game lg, tapi keno mene blako la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2013 06:28 PM | Show all posts
Alf_Ramsey posted on 24-1-2013 03:20 PM
kawe raso bulih lagi nih, ado lg 17 game lg, tapi keno mene blako la

kalu dok kaloh rasonyo ado pelue...harap2 bulih pialo la,jange xdok lasung,hu2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.068387 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list