|
BAB 24
Istana Suriyan
Dari jendela-jendela anjung, remang cahaya petang menerobos masuk, Melimpah jatuh ke atas lantai istana yang berhiasi permaidani warna hijau lembut. Pohon Moneira yang semakin lebat berbunga tumbuh melingkar di tiang anjung, menambah seri.
Di situ, Syakilla menyusur perlahan. Tempat yang dia mahu tuju adalah Bilik Ilmuan, sementelah Raja Amsyar memberi titah supaya dia masuk mengadap pada petang ini. Titah itu akan dituruti pastinya, belum pernah lagi dia membangkang segala permintaan ayahanda angkatnya itu.
Sesampai saja di pintu Bilik Ilmuan, langkahnya terhenti. Seorang pengawal sedang berdiri menjaga pintu. Syakilla mengukir senyuman.
“Tuan.” Sapa Syakilla. Si pengawal membuat tunduk hormat.
“Masih ada tetamu di dalam. Harap Puteri Syakilla dapat tunggu sebentar.” Pengawal tegap berkata sopan. Syakilla mengangguk. Kemudian, Bilik Ilmuan itu, ditinggalkan.
Dia menuju ke luar anjung, mahu menikmati keindahan suasana disekeliling Istana itu seketika, sementara menantikan masanya untuk mengadap. Syakilla mundar-mandir sambil matanya tunduk memerhatikan bayang-bayangnya yang terbias di atas lantai. Sesekali, dia membuat gerakan kecil, bermain dengan bayang-bayangnya sendiri. Bagai kanak-kanak riang, Syakilla tersenyum.
Sekuntum Moneira yang baru saja melayang gugur ke hujung kaki, menarik perhatian. Ulahnya terhenti. Moneira kuning emas itu direnung lama. Kemudian, dengan perlahan, Syakilla merendahkan dirinya lalu bunga itu dicapai. Sekilas, ingatan pada seseorang datang menerjah.
“Kenapa kau tidak mahu berbunga sepanjang musim?” Syakilla berkata sendiri.
Pohon Moneira itu, bunganya tumbuh berkala. Hanya tiga kali dalam setahun. Ketika ini, adalah waktu puncak di mana Moneira berbunga lebat. Dua warna iaitu kuning emas dan putih susu akan menghias pohon sebelum gugur lalu lenyap, berbunga pada waktu berikutnya.
Moneira itu dibelek seketika. Kelopaknya yang besar bagaikan loceng itu memenuhi dua tapak tangannya. Jika dulu, Moneira pada Syakilla hanyalah antara bunga indah yang biasa dilihat. Tumbuhnya merata di kawasan Istana. Entah mengapa, hari ini bunga itu dilihat jauh lebih cantik dari biasa.
“Bagai bidadari.” Suara bisikan itu terngiang-ngiang di telinga. Syakilla memejamkan mata. Wajah seseorang pula menjelma dalam fikiran. Jelas.
Ah, tidak. Apa yang aku fikirkan ini? Sepatutnya, rasa ini aku biarkan mati. Arania jauh lebih berhak.
Satu keluhan dilepaskan. Mata terbuka. Kuntuman Moneira kuning emas itu direnung sayu, sebelum dilempar keluar dari jendela anjung, terus melayang jatuh ke bawah.
Serentak dengan itu, terdengar bunyi di belakangnya. Syakilla berpaling. Pintu Bilik Ilmuan telah terbuka. Memanda Zaffar melangkah keluar. Sebaik saja melihat Syakilla, langkahnya terhenti.
Pandangan mereka bertembung. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 17-12-2014 12:28 AM
BAB 24
Istana Suriyan
niki,..aku.takmo mereka bercinta dgn qi.pliss. |
|
|
|
|
|
|
|
Syakilla sedikit kaget apabila ditenung tajam, secara tiba-tiba. Pelik. Tidak pernah lagi Memanda Zaffar memerhatikan dia dengan begitu sekali. Selama ini, kehadirannya di Istana Suriyan tidak pernah dipedulikan oleh Memanda Zaffar, mahupun keluarga Penasihat Diraja itu. Malah, Syakilla tahu, Memanda Zaffar sekeluarga, Zuhril terutamanya tidak pernah menyukai kehadirannya di sini. Bagi mereka, dia hanyalah anak angkat Raja Amsyar yang tidak tahu diuntung.
Seketika kemudian, Memanda Zaffar berlalu pergi. Syakilla menarik nafas panjang. Entah mengapa, rasa lega terbit apabila tautan pandang terputus dan Zaffar menjauh.
Iya. Dia sendiri tidak sukakan Memanda Zaffar dan keluarganya yang angkuh dan sombong itu. Jika boleh, dia tidak mahu langsung berjumpa dengan mereka. Sedaya-upaya, keluarga itu dielakkan. Tapi...tadi, perilaku Penasihat Di Raja itu mengundang teka-teki. Untuk apa Zaffar, memerhatikannya dengan begitu sekali?
Sehingga kini, Syakilla kurang mengerti mengapa Memanda Zaffar itu diangkat menjadi Penasihat Di Raja sedangkan, ramai lagi orang yang lebih berwibawa layak memegang jawatan itu. Jika tidak kerana keturunan...
“Puteri Syakilla.”
Syakilla tersentak sedikit apabila namanya dipanggil. Dia lalu memandang empunya suara. Si Pengawal sedang melihat ke arahnya. Segera, Syakilla meninggalkan anjung, menghampiri Bilik Ilmuan.
“Tuanku sedang menunggu.” Si Pengawal berkata lagi apabila didekati. Syakilla mengangguk. Tanpa berlengah lagi, dia melangkah masuk.
Kelibat Raja Amsyar terlihat di satu sudut berhampiran dengan jendela. Syakilla tersenyum. Sudah arif dengan sudut kegemaran ayah angkatnya itu. Langkah di atur ke arah sana.
“Ayahanda.” Syakilla membuat tunduk hormat tatkala Raja Amsyar dihampiri.
“Anakanda Syakilla.” Raja Amsyar mengukir senyuman.
“Mari, duduklah bersama ayahanda.” Perintah Raja Amsyar. Syakilla menurut. Dia melabuh duduk di atas kerusi empuk berkain baldu, berhadapan dengan Raja Amsyar.
Mereka saling berpandangan, berjeda seketika.
“Ayahanda.” Syakilla menegur. “Mengapa ayahanda melihat Syakilla begitu?”
“Maaf.” Sahut Raja Amsyar. “Syakilla benar-benar mengingatkan ayahanda pada...” Kata-kata Raja Amsyar terhenti. Anak angkatnya itu direnung sekali lagi. Syakilla tunduk. Sayu secara tiba-tiba. Dia tahu, siapa yang Raja Amsyar maksudkan. Sudah pasti kedua ayah dan ibunya yang sebenar.
Ayahnya telah yang terkorban semasa perang. Ibunya yang mati kesedihan kerana menanggung azab rindu kerana kehilangan.
“Maaf.” Sekali lagi, Raja Amsyar memohon. “Bukan niat ayahanda mahu membuat Syakilla bersedih.” Rasa bersalah hadir dalam diri.
“Tidak mengapa. Tidak perlu memohon maaf, ayahanda.” Tutur Syakilla. Satu senyum nipis terukir pada bibir.
Suasana menjadi hening sekali lagi. Syakilla melempar pandangan keluar tingkap. Memerhatikan beberapa ekor burung yang terbang berkumpulan melewati jendela.
“Syakilla tahu, mengapa ayahanda memanggil Syakilla ke sini?” Raja Amsyar memecah sunyi. Syakilla memandang Raja Amsyar.
“Kerana, Pemuda dari Keramat itu?” Syakilla membalas soal, turut sama menduga. Raja Amsyar angguk.
“Benar.” Balas Raja Amsyar. “Pemuda itu, bukanlah saudaramu, bukan?”
“Dia…bukan saudara Syakilla.” Akui Syakilla. Sedikit kerisauan terbit dalam hati. Melihat riak wajah Raja Amsyar ketika ini, sukar untuk dia membuat tafsiran. Adakah Raja Amsyar akan murka? Adakah Raja Amsyar akan mempercayai kata-katanya?
“Dan dia juga tidak berasal dari dunia ini.”
Kata-kata Raja Amsyar kali ini tidak disambut Syakilla. Tidak menidakkan, tidak juga mengiyakan.
“Siapa dia sebenarnya?” Raja Amsyar menyoal lagi.
“Syakilla tidak tahu.”
Kening Raja Amsyar berkerut dan dalam masa yang sama, membuat isyarat agar Syakilla meneruskan bicara.
“Pemuda itu…Qusyairi…” Syakilla menarik nafas seketika. “Dia sudah muncul berkali-kali, secara tiba-tiba dalam kawasan istana. Pertuturannya dan cara dia berpakaian agak pelik.”
“Apa tujuan dia datang ke sini?” Soal Raja Amsyar lagi.
Syakilla geleng. “Masih belum ada kesempatan untuk Syakilla bertanya. Qusyairi muncul dan hilang tanpa dapat dijangka. Tapi…”
“Tapi…apa?”
“Pemuda itu tidak berbahaya, jika itu yang menjadi punca kebimbangan ayahanda.” Syakilla menyambung kata, seraya memandang wajah ayahanda angkatnya. Dapat dia lihat jelas riak wajah itu sedikit berubah. Tidak lagi tegas seperti tadi.
“Sikapnya juga lemah-lembut, tidak angkuh. Adakalanya lucu, adakalanya, dungu.” Saat berkata begitu, Syakilla tunduk, melarikan pandangan. Ada biasan senyuman pada bibir yang cuba disembunyikan.
“Apa hubungan Arania, dengan pemuda asing itu?”
Syakilla mengangkat muka, memandang Raja Amsyar. Dia sudah menjangka, soalan ini bakal keluar dari mulut ayahanda angkatnya. Malangnya, dia tidak ada jawapan untuk itu. Kepala ditundukkan kembali.
“Syakilla.” Panggil Raja Amsyar. “Terus-terang dengan ayahanda, apa hubungan Arania dengan pemuda itu?”
“Puteri Arania…” Kata-katanya terhenti. Syakilla menghela nafas lalu dilepas perlahan. Bagaimana mahu berterus-terang?
***
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 17-12-2014 12:04 AM
Awat pening?
Wujud ke tidak, tak tau le. Yg tukang buat cerita pun pening....
dua jejaka iaitu amir dan qi pasti pahlwan kn?
niki , selitkan magis. bru bertambah fantasi. Mcm Syakila blh buat manusia jadi kodok ke.hihi..eh, cdng je taw. |
|
|
|
|
|
|
|
selamat pagi semua...TT sambunglah lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
ok.. arania.. arania... aku dok ingat ariani ariana jah |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 17-12-2014 09:18 AM
Syakilla sedikit kaget apabila ditenung tajam, secara tiba-tiba. Pelik. Tidak pernah lagi Memanda Z ...
Nicki just buat apa yang hang nak buat.. Jangan terikut sangat kata orang
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 17-12-2014 11:48 AM
Nicki just buat apa yang hang nak buat.. Jangan terikut sangat kata orang
hehehe... nak like post neh...
teringat citer forever alone tuh... niki kata asalnya nk end kan hero dgn boss dia...
udahnya pegi dkt kate sbb request...
teringin juga nk tau cemana citer kalau dia jadi degn boss dia.. coz their chemistry tuuuuu... i like... ekekekeke... |
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 17-12-2014 11:48 AM
Nicki just buat apa yang hang nak buat.. Jangan terikut sangat kata orang
InsyaAllah... kali ni akan kekalkan plot.
Tapi....doakanlah jumpa jalan penamat. Iols terasa nak give-up...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 17-12-2014 02:39 PM
Hai Teh.... thanks sebab sudi jengah benang ni.
Yg tang forever alone tu - asalnya cerpen. Dala ...
klu dh kuar hardcopy minta tlg inform ye.. tag me PLEASE....
MMG NK BELI SGT.. sbb citer tu sgt dekat dgn daku.. hehehe..
mcm hana ilhami nye buku... mmg jadi koleksi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 17-12-2014 01:18 AM
Syakilla sedikit kaget apabila ditenung tajam, secara tiba-tiba. Pelik. Tidak pernah lagi Memanda Z ...
Syakila sgt2 sgt2 sgt2 hot.
|
|
|
|
|
|
|
|
fatimz posted on 17-12-2014 01:58 AM
selamat pagi semua...TT sambunglah lagi...
hope tt tak kna writer block. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 17-12-2014 06:28 AM
Tulah. Nasib aku tak letak nama tudung faridah.
Ekceli, Arania tu nama kawan anak aku. Zuhri ...
Ohhh..camtu..Sedap nama Arania. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 29-8-2014 06:18 AM
Ikutkan hati, ingin saja Qusyairi mengeluarkan kata-kata kurang sopan namun menahan kuat niat burukn ...
aku tk thu aku bca blik bab 1. nk tiru gaya ayat mungkin. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 29-8-2014 08:39 AM
“Dey..macchiiaaaa!”
Suara nyaring Kumar benar-benar menjengkelkan Qusyairi. Namun dia tidak me ...
Update la wei... |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 18-12-2014 08:53 AM
Ko ni akak tengok, kecelaruan dah....
nay nak like post ni boleh
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|