Post Last Edit by Adilla at 15-12-2011 17:12
As salam Adilla... rindu benor ngan Aminah & Hj Din.....
naufal2705 Post at 15-12-2011 16:11
maaf kwn2 belum siap sepenuhnya...tp sya bagi sikit je kat sini ek...
“Jemput minum Badariah.” Sekali lagi aku mempelawa setelah memenuhi gelas tersebut dengan airyang berwarna oren itu. Tanpa segan Badariah terus mencapai gelas yang siaptertuang.
“Air apa ni? Tawar meleseh?” bentak Badariah dan meletakkan gelas itu secara kasar. Terpercik airdari gelas tersebut akibat dihentak dengan kuat.
“Tawar?” tanya kupelik. Sebelum aku membawa ke depan tadi, aku sudah merasai air tersebut.Manis-manis buah seperti yang di pesan Haji Din setiap kali aku menghidangkan air atau makanan.
“Iya! Tawar! Kau ni tahu ke tidak buat air? Kalau tak pandai ke dapur jangan gatal nak berlaki.”Sinis Badariah berkata. Aku terkedu dengan kata-kata Badariah. Siapa sebenarnyameminang atau dipinang? Aku melepaskan keluhan dan kembali menguasai perasaaan. Aku tidak akan biarkan syaitan menguasai pemikiran aku dan yang penting tidak menjatuhkan maruah Haji Din suami ku. |