|
CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)
[Copy link]
|
|
{Wahh!Wah!!! Dah macam cerita jejak kasih lah pulak diorang ni…. Arif membetulkan duduknya yang tidak senang. Dia berdehem sekali dua, agar kedua2nya sedar diri bahawa ada orang ketiga diantara mereka berdua.}
aura jealous dah keluar.....
lambat bertindak gigit jari nanti.... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg tak puas.... sambung lagi..... |
|
|
|
|
|
|
|
herb rasa la kan... fizz nak kahwinkan arif dgn wardah... tu yg tetiba aja muncul dak arif. |
|
|
|
|
|
|
|
ha ha tak tau, arif dah dah jatuh cinta ngan Jasmin, best best tak sabar nak tgk hero mengayat adik angkat sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
herb rasa la kan... fizz nak kahwinkan arif dgn wardah... tu yg tetiba aja muncul dak arif. {:1_152 ...
produkherba Post at 25-3-2011 12:31
silap lak... ali kahwin dengan wardah. arif tu dgn jas la. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha....nko org nie sumer nak citer nie happy ending jer, jas kawen dgn arif bukan dgn wardah. fizi kena buat plot citer nie diluar kotak pemikiran pembaca.
i can imagine kita kat sini sumer meroyan kalo citer nie tak jadi seperti yg kita mimpikan. fizi pls keep us in stitches yer!{:1_137:} |
|
|
|
|
|
|
|
muke jasmin mcm ni kah?? lawa nyeee..
ThuLE Post at 24-3-2011 12:20
nie dress yg datin belikan tuk min kot....kalau mcm ni mmg patut arif
tak nak balik rumah sorang2... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 729# qimi08
aku pun ingat lagi citer tu
best sbb ending " tergantung"
tp fizzi kena sambung atas permintaan ramai
mcm filem hindi kalau bukan happy ending penonton bakar panggung |
|
|
|
|
|
|
|
[color=huhu...tq....sambung lg yer |
|
|
|
|
|
|
|
Reply minahsaudi
Cube minah cari cerita lama fizz.....
mula2 memang dia buat ending hero d ...
qimi08 Post at 25-3-2011 16:27
sama gak ngan blings, asalnya dia nak matikan watak kia, haris dan pura pulak berbahagia.. Tapi blings terpaksa ubah jalan cerita atas kehendak pembaca.. Tu yang best kat cari ni, penonton, eh pembaca seolah2 produser drama boleh arah2 director supaya tukar skrip |
|
|
|
|
|
|
|
lom ada smbungan ke...... |
|
|
|
|
|
|
|
fizzi sibuk agaknya hujung minggu ni........
tunggu ajelah............... |
|
|
|
|
|
|
|
Arif mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Ditekan2 beberapa punat sebelum dia merenung satu nombor yang baru dimasukkan ke dalam data buku panduan telefon itu semalam. Nombor telefon Jasmin! Hatinya berkira2 mahu mendail saja nombor itu. Puas difikir bekali2, wajarkah tindakannya menelefon gadis itu waktu2 ini. Jangan2 dia masih berada di dalam kelas bahasa Inggerisnya sekarang?
Menurut cerita mama, minggu depan Jasmin akan tamat kelas memandu. Hanya menunggu ujian bagi lesen P. Hmm…better check dengan mama dulu jadual budak tu…
Nombor telefon mama dicari dan ditekan. Arif segera melekapkan telefon bimbit ketelinganya. Bunyi deringan itu tidak sampai 4 kali pun berdering, sudah disambut taliannya.
“Hello Arif..” suara mama menyapa sebaik panggilan bersambung. Arif senyum, sambil memusingkan kerusi pejabatnya menghadap dinding kaca di belakangnya.
“Hai mama. Mama buat apa tu?” tak pernah2 dia menelefon mamanya untuk bertanya khabar selama ini, kali ini dia membuang tebiat!
“Ohh..layan movie. Hari ni mama free. Tak kemana2 pun….ada hal penting ke telefon mama?” soal Datin Zaharah. Pelik juga dia tengahari itu, angin tak ada ribut tak ada…tau2 Arif menelefonnya.
“Err..tak ada apa. Just call to say hi…” kata Arif berdalih. Tali leher dirasakan ketat, mencekik nafasnya. Arif melonggarkan sedikit ikatan tali lehernya.
“Arif dah makan?” soal Datin Zaharah lagi.
“Belum…” Arif berdehem seketika, terus tanya sajalah Arif…
“Err..mama, petang ni Jas ada kelas tak? Is she around now?” soal Arif berterus terang. Terdengar suara Datin Zaharah ketawa dihujung talian.
“Ohh…dia tak ada kelas hari ni. English classnya postponed. Tapi, dia tak ada kat rumah sekarang…” balas Datin Zaharah. Arif terkedu. Tak ada kat rumah? Arif merenung jendela di pejabatnya. Dia mengetap bibirnya.
“Dia kemana?” soal Arif ingin tahu. Jangan2 dia keluar dengan Ali? Mentang2lah Ali sudah bermastautin di Kuala Lumpur, pandai pulak nak mengambil kesempatan atas kebaikan mama untuk keluar!
“Ohh..tadi Ali datang. Dia minta izin dari mama nak bawak Jas keluar. Memandangkan Jas pun tak pernah jalan2 kat KL sejak dia datang sini, so mama just allowed them…” balas Datin Zaharah.
Terbeliak mata Arif sebaik mendengar kata2 mamanya. Tidak syak lagi! Telahannya kini benar2 terjadi. Tak guna! Penghawa dingin di bilik pejabatnya dirasakan panas tiba2.
“Mama tahu diorang pergi mana?” soal Arif, lagak seperti pegawai CIA tak bertauliah.
“Katanya nak pergi zoo…” kata Datin Zaharah lagi. Sekali lagi mata Arif terbelalak.
Zoo???? Arif mematikan telefon bimbitnya. Dia bingkas bangun. Tali lehernya dibuang segera dari kemeja lalu dicampakkan ke meja.
Punyalah banyak tempat kat KL ni untuk berjalan, zoo jugak yang kau pilih ya Ali? Arif bergegas keluar dari bilik pejabatnya. Pintu dibuka dan ditutup kasar. Pergerakannya jadi terlalu pantas.
“Where’re you going?” Wardah yang sedang berdiri di tepi mejanya terpinga2 melihat Arif yang tak ubah seperti lipas kudung. Nampak resah benar dia.
Langkah Arif mati bila Wardah menegurnya. Dia memandang Wardah seraya meraup dagunya. Kalau aku pergi sorang2, kalau terserempak dengan mereka berdua, mesti Jasmin tu tertanya2 pulak, apa aku buat kat situ sorang2….
Arif merenung Wardah yang memandangnya. Hmmm…Arif tersenyum.
“You dah lunch?” soal Arif. Wardah menelek jam tangannya.
“But, still quarter to 12.30,” kata Wardah. Belum masuk waktu rehat lagi pun…
“Come. You ikut I sekejap boleh?” soal Arif sambil tersenyum. Peduli apa waktu bekerja ke, waktu makan ke….office ni aku yang punya!!
Wardah ternganga. Belum pernah Arif mengajak mana2 pekerja untuk makan bersama. Diletakkan fail ditangan, lalu beg sandangnya pantas dicapai. Cepat2 dia menghampiri Arif.
“Where are we going for lunch?” soal Wardah sambil berjalan seiringan dengan Arif. Beberapa pasang mata di pejabat hanya menjadi pemerhati.
“Zoo..” balas Arif pendek. Tapi cukup membuatkan mata Wardah membuntang besar. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|