CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
 Author| Post time 26-12-2007 08:40 AM | Show all posts
TransMaris mengawasi sempadan negara

Oleh ZABRY MOHAMAD MADZLAN


ZABEDAH Mohamed menunjukkan skrin yang memaparkan maklumat mengenai pergerakan kapal-kapal di perairan yang dipantau oleh syarikat miliknya semasa Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2007 baru-baru ini.

TUJUH tahun lalu, negara digemparkan dengan insiden penculikan di Pulau Sipadan, Sabah, yang dilakukan oleh Kumpulan Abu Sayyaf.

Dalam kejadian pada 23 April 2000 itu, seramai 21 orang termasuk pelancong asing dijadikan tebusan oleh kumpulan pengganas tersebut.

Pada 18 September tahun yang sama, satu lagi insiden berlaku di Pulau Pandanan, kira-kira 20 batu nautika dari Semporna, kali ini melibatkan tiga orang awam.

Ekoran kedua-kedua kejadian tersebut, Kabinet memutuskan supaya bilangan anggota Tentera Darat yang ditempatkan di pulau-pulau strategik sekitar Sabah dipertingkatkan.

Maka pada 20 September 2000, Ops Pasir dilancarkan dan sehingga hari ini sebanyak 19 pulau sekitar Kudat, Sandakan dan Semporna didirikan pos-pos pemerhati tentera bagi mengekang sebarang bentuk pencerobohan oleh pihak luar melalui perairan Sabah.

Bagaimanapun, untuk mengawal pantai sepanjang 1,577 kilometer itu bukannya tugas mudah.

Ini kerana di situ terdapat banyak pulau-pulau kecil yang membolehkan penceroboh melarikan diri dan bersembunyi.

Ditambah dengan kecetekan air dan terumbu, menyukarkan lagi kapal-kapal pasukan keselamatan seperti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjejaki mereka.

Bagi membantu anggota-anggota tentera yang ditempatkan di pulau-pulau berkenaan memantau sebarang pencerobohan maka mereka disediakan dengan sistem pengawasan perairan.

Transmaris Techno-Sciences Sdn. Bhd. (TransMaris), sebuah syarikat bumiputera telah dipertanggungjawab untuk membekal sistem tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TransMaris, Zabedah Mohamed, sistem berkenaan menggunakan radar yang diletakkan di lokasi-lokasi strategik untuk mengawasi sebarang pergerakan di perairan negara.

Katanya, kemasukan kapal atau bot ke dalam sempadan negara dan destinasi selepas itu dapat dikesan melalui skrin yang dipantau oleh petugas.

Beliau menambah, sekiranya objek yang diawasi itu disyaki penceroboh, maka petugas akan memaklumkan kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya sama ada terus dipantau oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) atau disekat kapal peronda TLDM.

揝istem ini penting untuk mencegah pencerobohan di sempadan, tidak kira perairan atau daratan.

揇i Sabah, sistem ini berupaya meliputi radius sejauh 70 kilometer dan boleh lebih jauh lagi jika diminta,,拻 katanya ketika ditemui Mega di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2007 baru-baru ini.

TransMaris menyertai segmen maritim LIMA 2007

Zabedah memberitahu, kelebihan TransMaris berbanding sistem-sistem lain di pasaran dunia adalah perisian yang dimiliki.

Beliau menjelaskan, sistem TransMaris amat canggih sehingga mampu mengesan objek-objek yang kecil seperti burung yang sedang terbang dan pergerakan peluru yang dilepaskan melalui tembakan.

Katanya, selain pencerobohan sempadan, sistem tersebut juga boleh digunakan untuk menghalang pengganas, pendatang asing tanpa izin, penyeludupan dan tangkapan ikan secara haram.

揝istem kami menyediakan segala data trafik yang perlu untuk memintas kapal-kapal kecil ini sebelum berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini,拻 katanya.

Beliau menambah, selain Tentera Darat, turut menggunakan sistem yang sama adalah Lembaga Sungai Sarawak dan Perusahaan Listrik Negara Indonesia.

Menceritakan sejarah penubuhan TransMaris, beliau berkata, syarikat tersebut diperbadankan pada 2001 atas nama Global Transmaris (M) Sdn. Bhd., iaitu sebuah syarikat milik penuh bumiputera.

Pada awal November lalu, pihak pengurusan meluluskan penukaran namanya kepada Transmaris Techno-Sciences Sdn. Bhd.

TransMaris merupakan ejen eksklusif bagi Asean untuk sebuah syarikat antarabangsa, VisSim AS dari Norway.

VisSim AS merupakan pakar dalam sistem pengurusan trafik kapal dan perkhidmatan maklumat (VTMS).

Sistem VisSim AS dipasang di 22 negara dan di sesetengah perairan paling sibuk di dunia untuk pengawasan, keselamatan pelayaran, aliran trafik cekap, mencari dan menyelamat serta perlindungan alam sekitar.

Tempoh enam tahun bersama VisSim AS ternyata begitu berharga kepada TransMaris di mana mereka berupaya memperoleh pengetahuan serta pengalaman dalam kerja-kerja pemasangan, pengujian, pentauliahan dan latihan ke atas sistem berkenaan.

Pada Oktober lalu, TransMaris diberi persetujuan oleh VisSim untuk pemindahan teknologi.

揚emindahan teknologi ke Malaysia bererti kita tidak lagi bergantung kepada pembekal luar.

揟iada lagi risiko maklumat sulit sistem pengawasan kita dikirim kepada dunia luar yang mungkin digunakan bagi tujuan risikan dan secara langsung mengancam keselamatan negara.

揑a juga menjadikan Malaysia satu-satunya negara di Asean dan negara Islam yang memiliki teknologi canggih ini,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-12-2007 08:44 AM | Show all posts
Dr. Faizennah penuhi impian bapa

Oleh SYED RIDZUWAN SYED ISMAIL


DR. Faizennah Abdullah (dua dari kanan) memberi penerangan mengenai ubat-ubatan kepada pegawai dan anggota yang bertugas di Pulau Layang-Layang, Sabah.

TAK kenal maka tak cinta. Mungkin itu yang dapat digambarkan pada gadis kecil molek, Kapten Dr. Faizennah Abdulah ketika mula menglibatkan diri dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Minatnya sejak kecil sememangnya dalam bidang perubatan dan doktor adalah kerjaya yang diimpikan, tetapi tidak pernah terlintas atau terfikir baginya menjadi seorang anggota tentera, apatah lagi mengenakan pakaian seragam.

Namun, demi tidak mengecewakan harapan bapanya yang juga seorang pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) agar menyertai pasukan beruniform dia tanpa banyak soal bersetuju menyertai pasukan tersebut.

Semuanya bermula apabila dia menerima tawaran biasiswa daripada ATM untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM) pada awal tahun 2000 dalam bidang perubatan.

Mengimbau kembali penglibatan awalnya sebelum menjadi anggota tetap ATM, Dr. Faizennah yang kini berusia 27 tahun berkata, sewaktu belajar selama lima tahun di UM dia tidak pernah mengambil tahu mengenai keputusannya untuk menyertai ATM apabila tamat belajar.

Peliknya, dia juga tidak pernah ada sedikit pun berasa sayang atau suka pada pasukan beruniform walaupun bapanya seorang anggota tentera.

揃apa saya tidak terlalu mendesak agar menyertai pasukan tentera, tetapi tidak sampai hati rasanya untuk menolak permintaannya.

揝aya fikir apabila keluar nanti saya tetap boleh bekerja dalam bidang perubatan, seperti mana yang saya impikan,拻 katanya ketika ditemui dalam program ATM bersama media di Pulau Layang-Layang, Sabah, baru-baru ini.

Apabila tamat belajar di UM, Dr. Faizennah diwajibkan menjalani latihan di hospital kerajaan selama setahun sebagai pegawai perubatan siswazah.

Menurutnya, walaupun memiliki kad pengenalan tentera (BAT C 10) dan 憇ebahagian' dirinya ketika itu diserap dalam pasukan ATM tetapi perasaan suka dan sayang pada kerjaya beruniform itu tetap belum ada.

揑a berterusan apabila saya menjalani kursus pegawai ikhtisas selama lima minggu sebelum melaporkan ke unit,拻 ujarnya.

Bagaimanapun, dia memberitahu semua perasaan itu berubah dengan sekelip mata apabila ditauliahkan selepas kursus tersebut.

揝angat sukar untuk menggambarkan apa yang dirasai ketika itu...ada perasaan bangga, seronok, bersyukur kerana menjadi anggota tentera dan yang paling penting semangat untuk berkorban untuk negara tercinta.

揃ayangkan daripada langsung tidak meminati pasukan beruniform dengan sekelip mata ia berubah. Tamat sahaja perbarisan air mata saya menitis kesyukuran,拻 katanya yang percaya menjadi anggota tentera adalah pilihan yang tepat.

Perbezaan

Ketika ditanya perbezaan bertugas sebagai doktor dalam pasukan tentera dan awam, Dr. Faizennah memberitahu baginya tiada perbezaan yang sangat ketara antara kedua-duanya.

Baginya, tugas dan niat setiap doktor adalah sama iaitu bagi membantu orang ramai yang sakit serta memerlukan.

Namun, secara peribadi dia merasakan menjadi doktor tentera lebih mencabar kerana seseorang itu perlu bijak merancang keperluan ubat-ubatan yang diperlukan bagi kegunaan pesakit mengikut keadaan, operasi atau perjalanan.

揝ekiranya bertugas di hospital atau klinik tidak menjadi masalah kerana segala kemudahan boleh didapati dengan mudah. Jika terdapat sebarang keraguan mengenai simptom penyakit rujukan boleh dibuat dengan doktor yang lebih pakar.

揟etapi apabila bertugas di dalam hutan atau mengikuti mana-mana tugasan luar seseorang doktor perlu mengetahui penyakit yang biasanya menyerang. Sebagai contoh keadaan di laut tidak sama dengan keadaan di hutan dan sebagainya,'' ujarnya.

Menurutnya, walaupun baru setahun berkhidmat dengan ATM tetapi dia merasakan kerjayanya sebagai doktor lebih menyeronokkan kerana berpeluang memberikan rawatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman melalui program-program kemasyarakatan yang diadakan.

揂pabila kita memberikan rawatan dan orang ramai menghargainya kita dapat merasakan satu kepuasan biar pun dalam keadaan yang sedikit penat,拻 katanya yang peramah dan murah dengan senyuman.

Ditanya mengenai tanggapan mengenai gaji yang diterima oleh doktor awam yang tidak setimpal berbanding doktor swasta, beliau berkata, perkara itu merupakan khabar angin sahaja.

揃agi saya soal gaji tidak timbul. Sekarang gaji pegawai kerajaan lebih tinggi dan adanya elaun kakitangan tentera serta pelbagai elaun lagi.

揃ezanya jika dalam tentera hanya perlu bersedia dipanggil bertugas setiap masa. Rasanya doktor biasa pun begitu juga sekiranya keadaan memerlukan,拻 tegasnya.

Walaupun mempunyai ayah yang bertugas sebagai bekas pegawai kanan TUDM, Dr. Faizennah memberitahu, bapanya tidak akan bercakap mengenai hal kerja dengannya.

揝aya rapat dengan bapa tetapi apabila bab kerja dia tidak akan membincangkannya.

揇ia akan biar saya uruskan sendiri tanpa mengharapkan bantuannya, cuma beberapa nasihat sahaja yang diberikan hanya untuk panduan,拻 jelasnya yang kini menyertai misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Referendum di Sahara Barat.

Misi tersebut yang akan berlangsung selama enam bulan adalah bagi menggantikan pasukan terdahulu yang dihantar sebelum ini.

Pasukan itu terdiri daripada 20 pegawai dan anggota perubatan termasuk tiga wanita diketuai oleh Leftenan Kolonel Dr. Zuki Othman.

Dalam misi tersebut mereka bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan bantuan perubatan tahap satu kepada lebih 450 anggota tentera dan awam selain menjalankan rawatan kepada pelarian perang dalam penerbangan yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNCHR).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2007 08:45 AM | Show all posts
Kembara Merdeka 2007 dari kaca mata Shahron

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR

揃ERsyukurlah kerana anda seorang rakyat Malaysia.拻 Demikian kata Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Shahron Ibrahim apabila ditanya mengenai pengajaran dan pengalaman yang dilaluinya sepanjang menyertai Kembara Merdeka 2007 baru-baru ini.

Ekspedisi sejauh hampir 21,000 kilometer (km) dari Cape Town, Afrika Selatan ke Kuala Lumpur itu nyata 憁embuka mata
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 04:44 PM | Show all posts
Utusan Malaysia Online


MTD tinggalkan 1001 nostalgia

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR


--------------------------------------------------------------------------------------------


PERBARISAN Tahunan 2007 merupakan perbarisan terakhir
buat para pelajar tingkatan lima MTD 2007 yang meneruskan
perjuangan mereka dalam bidang akademik atau kerjaya.

--------------------------------------------------------------------------------------------

APABILA sebut sahaja Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC, ramai orang terutamanya pelajar-pelajar yang menuntut di tingkatan satu hingga lima di negara ini pasti terbayangkan suasana persekolahan bersifat ketenteraan dengan disiplin yang ketat.

Tanggapan sebegitu ada kebenarannya kerana dalam melahirkan pemimpin berkualiti sama ada dalam tentera mahupun perkhidmatan awam dan swasta, disiplin adalah perkara asas di MTD atau lebih dikenali dengan nama Inggerisnya, Royal Military College (RMC).

Antara tokoh-tokoh ternama tanah air yang pernah menuntut di maktab ini ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; bekas menteri, Tun Dr. Ling Liong Sik; Pengerusi Eksekutif Westport (M) Berhad, Tan Sri G. Gnanalingam; Pengerusi Malaysian Airlines System (MAS) Berhad, Datuk Munir Majid dan bekas pemain hoki kebangsaan, Minarwan Nawawi.

Ketika penulis ke maktab yang terletak di dalam Kem Tentera Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menyaksikan Perbarisan Tahunan dan Penyampaian Hadiah 2007 pelajar-pelajar di sana, semangat setiakawan pelajar-pelajar dalam mood ketenteraan jelas terasa.

Selepas tamat kedua-dua upacara tersebut, para pelajar tingkatan lima yang baru selesai menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bakal meninggalkan MTD kelihatan sugul untuk berpisah dengan rakan-rakan mereka di maktab berkenaan.

Apatah lagi, perbarisan tahunan tersebut merupakan perbarisan terakhir mereka (pelajar tingkatan lima) selepas empat kali melaluinya bersama sejak mula memasuki MTD pada 2004 iaitu di tingkatan dua.

Di sebalik memori MTD yang bakal menemani mereka sepanjang hayat, beberapa pelajar cemerlang di sana yang menerima anugerah sempat berkongsi pengalaman mereka.

Pegawai Rendah Kanan (PRK) Mohd. Farhan Kamarulbahrin, 17, berpendapat, latihan dan disiplin ketat di MTD mengajarnya berdikari dan memandang dunia dalam perspektif berbeza.

Untuk tahun 2007, Mohd. Farhan muncul sebagai pelajar cemerlang apabila menerima Hadiah Komandan, iaitu hadiah tertinggi untuk pelajar maktab berkenaan.

揇i sekolah ketenteraan sebegini, kami bangun seawal pukul 5.30 pagi dan sebelum ke kelas kami akan berbaris di tepi katil masing-masing untuk standby bed atau perbarisan pemeriksaan bilik.

揔emudian kami akan ke kelas dengan pakaian tentera sehingga pukul 1.50 tengah hari dan berehat sebelum memulakan aktiviti sukan selepas waktu Asar,
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2008 08:34 PM | Show all posts

38 wira polis

apsal takde thread 'all about polis' kat sini ekk..

oh ye, korang ada tak cerita-cerita pasal 38 wira ni.  kisah heroic mereka, fakta menarik, etc.  aku rasa bagus diceritakan kat sini.  untuk pengetahuan ramai selain buka mata rakyat kepada cabaran susah senang yang dihadapi seharian tapi tersembunyi dari tatapan umum.

[quote]
Kisah 38 wira polis minggu depan
KUALA LUMPUR 3 Jan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2008 05:22 PM | Show all posts
Straits air surveillance to include Thailand

By SHAHANAAZ HABIB

KUALA LUMPUR: Malaysia and Singapore plan to invite Thailand to join them in the "Eyes in the Skies" air surveillance programme to combat piracy in the Straits of Malacca.

Defence Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the "Eyes in the Skies" air surveillance had very positive impact on the security of the Straits.

"We want to expand this and there is a possibility that Thailand will be with us in the programme," he told reporters Tuesday after a visit from his Singapore counterpart Teo Chee Hean.

As for the timing, Najib said, this would depend on the new Thail Government which had just been sworn in.

"They have expressed their interest to join us and we have no objection," he said.

Teo said the "Eyes in the Skies" programme had made the Straits more secure that it was now taken off the war risk list which was an important development for shippers.

Both ministers described their bilateral relations in defence as good.

Najib said they also discussed the exchange of information between the two countries, particularly with regards to security in the region.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2008 09:38 AM | Show all posts

Thailand sertai rondaan udara

Thailand sertai rondaan udaraOleh HATA WAHARI

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Thailand akan menyertai Malaysia dan Singapura dalam program rondaan bersama Eye in the Sky (EiS) yang telah memberi kesan positif terhadap tahap keselamatan di Selat Melaka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, program EiS perlu dikembangkan secara berterusan bagi memastikan ia meningkatkan kawalan keselamatan di Selat Melaka yang merupakan laluan kapal perdagangan utama dunia.

''Malaysia dan Singapura sebelum ini telah mempelawa Thailand untuk menyertai EiS dan negara itu memberikan reaksi positif.
"Tetapi kita akan biarkan negara itu menyelesaikan masalah dalamannya dahulu memandangkan Thailand baru selesai mengadakan pilihan raya umum. "Malaysia dan Singapura tidak menetapkan masa bagi Thailand untuk menyertai program rondaan bersama tersebut,'' katanya.

Najib berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Singapura, Teo Chee Hean di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Najib dan Chee Hean sebelum itu mengadakan perbincangan dua hala mengenai kerjasama ketenteraan Malaysia-Singapura.
Program EiS telah dilancarkan pada 13 September 2005 bagi menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa mengenai kesungguhan negara pesisir pantai di Selat Melaka untuk mengendali dan menjaga keselamatan perairan tersebut.
Berdasarkan konsep EiS, setiap negara akan membuat dua penerbangan seminggu di laluan yang telah ditetapkan dengan wakil dari ketiga-tiga negara ditugaskan di dalam setiap pesawat.

Najib menambah, kedua-dua negara juga akan menambah aset untuk program EiS apabila keadaan memerlukan.
Katanya, Malaysia dan Singapura juga bersedia menerima bantuan dari negara-negara lain dalam menyediakan infrastruktur bagi melaksanakan rondaan bersama itu.

Beliau menjelaskan, Jepun telah memberikan bantuan dengan menyediakan kapal latihan kepada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Beliau berkata, Malaysia juga mengalu-alukan sumbangan lain bagi memastikan keselamatan Selat Melaka.
Sementara itu, Chee Hean memberitahu, program EiS telah memberikan reputasi baik kepada rantau Asia Tenggara.
Katanya, semasa lawatannya ke Amerika Syarikat, pegawai-pegawai negara itu memuji langkah tersebut kerana ia meningkatkan tahap keselamatan Selat Melaka.

''Kesan daripada kerjasama ini membolehkan Jawatankuasa Penasihat Peperangan (JWC) Lloyd's Market Association (LMA) menarik semula status Selat Melaka sebagai kawasan berisiko perang pada tahun 2006 dan ini merupakan kesan positif daripada program EiS," katanya.

Mengenai kerjasama ketenteraan di antara Malaysia dan Singapura, Chee Hean memberitahu, hubungan kedua-dua negara akan ditingkatkan terutama dari segi pertukaran lawatan antara pegawai di semua peringkat.
Najib pula menambah, kedua-dua negara juga bersetuju meningkatkan pertukaran maklumat risikan kedua-dua negara khususnya berhubung keselamatan rantau ini.

Chee Hean memberitahu, dalam perbincangannya dengan Najib mengenai kerjasama Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA), mereka bersetuju Singapura dan Malaysia akan terus menyokong kerjasama tersebut.
Ditanya mengenai pembelian aset radar pesawat perisikan amaran awal dan pemerintahan (AWAC), Chee Hean berkata, Singapura telah melaksanakan operasi pesawat perisikan sejak tahun 1980.

"Ia merupakan aset yang diperlukan dan kebanyakan negara juga mempunyai pesawat perisikan AWAC," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 09:43 AM | Show all posts

Rejimen sempadan ditubuh

Rejimen sempadan ditubuhKUALA LUMPUR 29 Jan. - Kerajaan telah meluluskan penubuhan Rejimen Sempadan iaitu kor ke-16 Tentera Darat berkuat kuasa 12 Januari lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rejimen itu ditubuh berasaskan organisasi Batalion Infantri Siri 300 Askar Wataniah yang ditukar peranan kepada batalion sempadan.

"Ini bermakna lima buah batalion yang terdapat di bawah Siri 300 Askar Wataniah dibubarkan," kata Najib yang juga Menteri Pertahanan.

Beliau mengumumkan penubuhan rejimen terbaru itu pada sidang akhbar selepas memakaikan pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Abu Bakar Abdullah di sini hari ini.

Menurut Najib, kesemua 125 pegawai dan 3,607 anggota lain-lain pangkat daripada batalion wataniah yang dibubarkan diserap kembali untuk berkhidmat secara tetap dalam Rejimen Sempadan.

Langkah itu, kata beliau, akan membolehkan pegawai dan anggota terlibat menikmati segala keistimewaan dan kemudahan seperti bantuan pinjaman, perumahan, kenderaan serta pencen yang sama seperti warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lain. Najib menjelaskan, peranan yang dimainkan Rejimen Sempadan menyamai peranan askar-askar wataniah yang terbabit dalam mengawal sempadan negara.

DiperintahTambah beliau, rejimen itu akan dikawal dan diperintah oleh sebuah markas briged yang ditubuhkan khusus untuk mentadbir serta mengawal semua bentuk operasi yang dilaksanakan.

Rejimen itu yang diketuai seorang Kolonel akan diletakkan di bawah Markas 2 Divisyen dan rejimen terbabit mempunyai identiti tersendiri.

Identiti tersendiri itu, tambah beliau, antaranya ialah lencana dan lambang baru yang khusus untuk rejimen terbabit.
Mengulas lanjut berhubung penubuhan rejimen itu, Najib berkata, Rejimen Sempadan membolehkan ATM menggandakan usaha mengawal keselamatan sempadan negara kerana ia kini mempunyai sebuah pasukan khusus yang cukup terlatih.
"Penubuhan Rejimen Sempadan ini mengambil kira keperluan semasa untuk memantapkan lagi pengawalan sempadan negara bagi memenuhi kehendak nasional dalam menentukan pengawalan ketat diadakan di semua sempadan darat.
"Berasaskan konsep operasi yang mendukung Polisi Pengurusan Sempadan Nasional, Rejimen Sempadan berperanan mengawal keselamatan sempadan daripada sebarang bentuk kegiatan pencerobohan, penyusupan dan jenayah," katanya.
Najib berkata, pelancaran rasmi Rejimen Sempadan akan diadakan di Kem Batu 11, Tanah Merah, Kelantan pada 9 Februari depan.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2008 09:49 AM | Show all posts

Latihan Seaex Thamal kukuh hubungan dua negara

Latihan Seaex Thamal kukuh hubungan dua negaraOleh NURUL HUDA HASSAN


PULAU PINANG 29 Jan. - Kerjasama Malaysia dan Thailand dalam memastikan perairan kedua-dua negara selamat akan terus diperkukuhkan menerusi latihan bersama Tentera Laut dan Polis Marin Malaysia-Thailand Ke-52 (Seaex Thamal) April ini.
Ketua Polis Marin Wilayah Utara, Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan berkata, usaha sama kedua-dua negara itu membolehkan maklumat kegiatan maritim termasuk pencerobohan atau rompakan dapat dikongsi.

Menurutnya, latihan navigasi dan ilmu maritim pada Seaex Thamal sebelum ini ternyata berkesan terutama dalam membina hubungan baik antara kedua-dua negara.

"Justeru konsep, sistem penyampaian, pengendalian kapal dan hubungan interaksi kedua-dua pihak akan dipertingkatkan dalam usaha memastikan keberkesanan latihan sekali gus dipraktikkan kedua-dua pihak pada masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Timbalan Pemerintah Wilayah Songkhla Tentera Laut Diraja Thailand (TLDT), Laksamana Muda Thongchai Jaiyen di Ibu Pejabat Pangkalan Polis Marin Wilayah Utara di Batu Uban di sini hari ini.

Menurut Zainul Abidin, latihan yang dijalankan sebelum ini meningkatkan kematangan kedua-dua pihak dari segi kerjasama mengawal perairan sempadan di samping sentiasa menitikberatkan soal perkongsian maklumat.

Thongchai yang mengetuai rombongan lapan orang dari TLDT dan Polis Marin Diraja Thailand ke negara ini akan menghadiri mesyuarat 'Combined Naval Working Group' (CNWG) ke-52 di Langkawi, Kedah esok.

Mesyuarat tahunan itu adalah bagi membincangkan pelbagai pendekatan yang akan diguna pakai kedua-dua negara semasa sesi Seaex Thamal siri pertama untuk tahun ini.

Lebih 300 pegawai serta anggota dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Marin Diraja Malaysia (PMDM), TLDT dan PMDT membabitkan lapan kapal dari kedua-dua negara dijangka menyertai Seaex Thamal kali ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang menjadi pemerhati pada latihan sebelum ini akan turut menyertai latihan seminggu bermula di Pulau Langkawi dan berakhir di Phuket, Thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 11:25 AM | Show all posts
Local News
2008/02/25
Keeping memory of Kampar battle aliveBy : Jaspal Singh



Chye Kooi Loong (centre) briefing British High Commission defence attache Col Paul Edward (left) and Warrant Officer Chris Hardman on the 1942 battle of Kampar.

KAMPAR: For 79-year-old Chye Kooi Loong, history is not merely passages of events that had taken place but a living entity that enables one to feel the vibrations from the past even as one breathes in the present.
[table=200][/table]It is due to this belief that Chye has never been able to give up on his struggle to preserve the site where the famous Battle of Kampar took place during Japan's Malayan campaign.

For 30 years, he has pleaded, fought and reasoned with the authorities to protect the battleground where the fiercest clash took place between British and Japanese forces.

In fact, the site of the battle, which saw 7,000 Japanese soldiers mounting an all-out assault on 1,300 British/Indian defenders, is the only one where the original defence positions remained intact from when the clash took place from Dec 30, 1941 to Jan 2, 1942.

Chye is worried that his personal battle for a lasting recognition for the site may end before it is declared a war museum.
"I am already 79. I am not saying I am tired of fighting but how much time do I have anyway? I hope this battleground is accorded the status of a war museum before I die," said Chye after leading the British High Commission's defence attache members on a tour of the Green Ridge recently.

The Green Ridge is the only sector of the actual battleground where trenches, bunkers, machine gun pits and artillery observation posts are clearly visible. The other two, Thompson and Cemetery ridges, had been swallowed up by development.

Chye said the recognition was important as the Battle of Kampar was studied in military colleges worldwide as an example of how the British/Indian forces were able put up their fiercest fight in Malaya despite a shortage of manpower, among others.

Echoing Chye's sentiment, Col Paul Edwards, the head of the defence attache and defence adviser to the British High Commission, said the authorities had a duty to protect the Green Ridge and recognise it as an important heritage site.

[ Last edited by  mmc at 25-2-2008 11:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 07:52 AM | Show all posts

Pesawat pejuang nyaris terhempas

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN

BUTTERWORTH 26 Feb. - Sebuah pesawat pejuang jenis F5E Tiger milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) nyaris terhempas setelah mengalami masalah teknikal pada bahagian tayar ketika membuat pendaratan cemas di Pangkalan TUDM Butterworth di sini hari ini.

Menurut sumber, pesawat pejuang itu yang berpangkalan di sini diterbangkan oleh seorang juruterbang lelaki ketika menjalani latihan kira-kira pukul 10.30 pagi.

Difahamkan, juruterbang tersebut menghubungi pangkalan untuk memaklumkan kerosakan pada tayar pesawat berkenaan yang memerlukannya pendaratan kecemasan.

"Kerosakan itu menyebabkan pesawat terpaksa berlegar-legar di udara untuk menghabiskan minyak sebelum mendarat bagi mengelak berlakunya letupan jika tergelincir di landasan.

"Bagaimanapun, pesawat tersebut berjaya melakukan pendaratan cemas di atas jaring khas yang dipasang pasukan penyelamat di atas landasan," jelasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut sumber, juruterbang berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan pesawat tersebut ditarik ke dalam hangar untuk pemeriksaan.

Sementara itu, seorang pegawai Pejabat Perhubungan Awam TUDM di Kuala Lumpur ketika dihubungi enggan mengulas lanjut kejadian itu.

Petikan dari : Utusan Online
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 03:28 PM | Show all posts
UTUSAN MALAYSIA

Jawatan baru diwujud, ramai anggota tentera bakal naik pangkat
28/02/2008 1:57pm


BUTTERWORTH 28 Feb.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 04:20 PM | Show all posts
Army To Recruit New Members With High Academic Qualifications


By Mohd Yusof Saari

KUALA LUMPUR, Feb 29 (Bernama) -- The Malaysian army, which is celebrating its 75th anniversary tomorrow, is determined to enhance its professionalism and efficiency by giving emphasis to high academic qualifications and technology skills in the recruitment of new members.

Army Chief General Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin said such qualifications and skills were necessary in view of the challenges and developments in the military.

"By having educated members and those with skills in technology, we will be able to expedite the process of producing skilled military personnel who are quick at mastering the latest technology.

"If we have quality trainees, it will be easy to train them and also reduce the training period," he said in a special interview held in conjunction with the army's anniversary at Wisma Pertahanan here.

Towards this end, he said, the army would recruit graduates from local universities, including the Malaysian Military Academy, the Royal Military College and from Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. He said work professionalism in the army would also be enhanced by reducing bureaucratic red-tapes.

On the establishment of the Border Regiment, Muhammad Ismail said it was to ensure a more systematic and secure monitoring of the 506-km land boundary between Malaysia and Thailand which was part of the army's continuous efforts to strengthen the country's defence.

The regiment was launched by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who is also Defence Minister, on January 12.

Muhammad Ismail said with the progress in land defence system the army planned to acquire combat helicopters, adding that the purchase would however, depend on the government.

The army, he said, also planned to enhance efficiency of its pilots by sending them for training with Nuri pilots. On the participation in the United Nations' (UN) peace missions, he said the Malaysian army has received recognition from the UN on its successes like in Mindanao and Aceh, and the Malaysian contingent (Malcon) and the Malaysian battalion (Malbatt) in Lebanon.

Muhammad Ismail said the army was making assessment on the possibility of participating in the peace mission in Darfur, Sudan.

"A team is currently in Darfur to look into the security and logistics aspects should Malaysia decides to send soldiers there," he said.

He said the army was also honoured to be invited by the British government to participate in a function at the Buckingham Palace in May, adding that 200 members from the first battalion of the Royal Malay Regiment would represent the army.

Meanwhile, he said, the army would introduce its new tanker, to be named "Pendekar" (warrior), to the public tomorrow.

--BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 09:39 PM | Show all posts
Tanker? Lori tangki ker? Pasai apa lori tangki nama Pendekar? Anyway kita tengok besok, apa ke bendernya tanker ni....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 10:56 AM | Show all posts
Pendekar' kereta kebal pertama negara

KUALA LUMPUR 29 Feb. - Kereta Kebal utama pertama milik negara, model PT-91 M yang dibeli dari Poland bakal dinamakan sebagai 'Pendekar'.

Majlis rasmi penamaan kereta kebal itu dijangka dilakukan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin pada April ini.

Menurut beliau, butiran mengenai pemilihan nama kereta kebal buatan Poland itu belum boleh didedahkan.

''Kalau saya ceritakan segalanya sekarang, nanti tiada lagi keseronokan pula," katanya kepada Utusan Malaysia dalam wawancara khas sempena Sambutan Jubli Intan Tentera Darat di sini, Isnin lalu.

Kini, sebanyak enam buah 'Pendekar' sedang ditempatkan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan daripada 62 buah keseluruhannya.

PT-91M secara rasminya telah dibeli pada tahun 2003, selepas kerajaan memeterai kontrak dengan syarikat pengeluar kereta kebal Poland, FTE Bumar Labedy, membabitkan kos RM1.4 bilion.

Muhammad Ismail berkata, selain kereta kebal terbaru itu, Tentera Darat kini bercadang untuk mendapatkan kereta-kereta perisai baru pula di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), bagi meneruskan pemodenan Tentera Darat.

Menurutnya, perkara itu sedang diteliti untuk menggantikan kereta perisai jenis Adnan dan Sibmas yang telah digunakan sejak lebih 20 tahun lalu.

''Bagaimanapun, fakta itu menunjukkan bahawa Tentera Darat telah melakukan tugas yang baik dalam menyelenggara dan menjaga kedua-dua aset tersebut," jelasnya.

Ditanya mengenai sistem pertahanan udara jarak sederhana pula, beliau berkata, sistem itu kini buat sementara berada di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 11:12 AM | Show all posts
75 tahun RAMD terus berjuang

Oleh: CHE MD. NOOR ARSHAD

REJIMEN Askar Melayu Diraja (RAMD) meraikan Jubli Intannya pada tahun ini. Pelbagai acara sambutan telah diaturkan dari Januari hingga Ogos.

Ditubuhkan pada 1 Mac 1933, RAMD merupakan organisasi tentera tetap tertua negara dan menjadi pengasas kepada Angkatan Tentera Melaysia (ATM) sekarang.

Namun begitu, RAMD bukanlah pasukan pertama tentera anak watan Malaysia. Beberapa unit telah pun wujud sebelum itu seperti Timbalan Setia Negeri (yang ditubuh oleh DYMM Sultan Abu Bakar di Johor pada 1885), The Malay States Guides (yang ditubuhkan di Taiping di bawah perjanjian antara kerajaan penjajah dengan negeri-negeri Melayu pada tahun 1895), dan Malay States Volunteer Rifles (yang ditubuhkan tahun 1902).

Unit-unit ini lebih berfungsi sebagai pasukan sukarela dan bukan angkatan tetap (regular force) yang berkeupayaan untuk berperang. Keadaan ini timbul, kerana pihak penjajah telah menugaskan tentera India untuk mempertahankan Malaya dan memelihara kedaulatan raja-raja Melayu di bawah kontrak berdasarkan Perjanjian Persekutuan (Federal Treaty) yang ditandatangani dengan semua negeri Melayu.

Kesan daripada desakan Raja-Raja Melayu sejak tahun 1913, akhirnya penjajah menimbang penubuhan Askar Melayu bagi mempertahankan negeri-negeri Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Suasana dunia di tahun 1930-an kemudiannya mempengaruhi pendirian penjajah Inggeris untuk menubuhkan Askar Melayu. Kemelesetan ekonomi dari tahun 1929 hingga 1932 dan kemunculan Hitler di Eropoh memaksa kerajaan penjajah mempercepatkan penubuhan Askar Melayu di Malaya.

Pada 1 Januari 1935, Batalion Pertama Askar Melayu telah terbentuk, dan ekoran tercetusnya Peperangan Dunia Kedua di Eropah pada tahun 1939, maka kerajaan penjajah Inggeris telah membuat keputusan untuk menubuhkan satu batalion lagi. Kerajaan penjajah Inggeris kemudiannya memutuskan agar kedua-dua batalion dilengkap dan dilatih untuk peperangan dan kawasan latihan meliputi Singapura.

Justeru, bila tentera Jepun melancar serangan terhadap Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1941, maka Askar Melayu telah pun bersedia untuk dilibatkan dalam pertempuran untuk mempertahankan Malaya dan Singapura.

Mempengaruhi

Keyakinan terhadap keupayaan Rejimen Askar Melayu semasa Perang Dunia Kedua, telah mempengaruhi pihak penjajah Inggeris yang balik berkuasa di Malaya untuk membesarkan Rejimen Askar Melayu khususnya bagi menghadapi atau memerangi ancaman komunis.

Kesannya apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Rejimen Askar Melayu telah pun mempunyai tujuh batalion. Apabila rejimen telah mencapai usia 25 tahun pada 1 Mac 1958, Askar Melayu telah dianugerahkan gelaran Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama. Semasa menentang dasar konfrontasi dari Indonesia (1963-1965), RAMD telah diperbesarkan lagi menjadi sembilan batalion.

Berikutan kehendak untuk menguatkan sistem pertahanan negara bagi memerangi kebangkitan keganasan anggota komunis, selepas peristiwa 13 Mei 1969, dan persiapan untuk menghadapi ancaman luar akibat kejatuhan negara-negara Indochina ke tangan komunis, maka RAMD turut diperbesarkan lagi, dan pada tahun 1989 ia mempunyai 25 batalion.

Selain dari terlibat dalam pelbagai operasi membantu pihak berkuasa awam untuk memelihara keselamatan dalam negeri dan bencana alam, batalion-batalion RAMD telah dikerah untuk berkhidmat di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam operasi pengamanan di Congo (1961-1963), Namibia (1990-1991), Somalia (1993-1995), Bosnia (1993-1998), dan Timor Leste (2004-2006).

Sejumlah pegawai juga telah berkhidmat di bawah PBB sebagai pemerhati. Malah ketika di Somalia dan di Timor Leste, pegawai tinggi dari RAMD telah dilantik sebagai pemerintah pasukan pengaman PBB.

RAMD juga telah mencatat rekod dalam sejarah sebagai penyumbang pimpinan kepada kor-kor lain dalam Tentera Darat, dan juga kepada perkhidmatan lain dalam ATM. Umpamanya, di kala Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang giat berkembang dalam lewat tahun 1950-an dan awal tahun 1960-an, pegawai-pegawai RAMD yang mempunyai kecenderungan dalam bidang penerbangan, telah diambil untuk dilatih sebagai juruterbang. Beberapa orang daripada mereka telah berjaya memegang jawatan tinggi dalam TUDM.

Adalah menjadi kelaziman dalam Tentera Darat bagi pegawai-pegawai RAMD dipinjam untuk berkhidmat dengan kor-kor lain. Dari segi pucuk pimpinan dalam ATM, semua penyandang jawatan Panglima ATM, melainkan buat satu ketika sahaja, telah dipegang oleh pegawai-pegawai tinggi dari RAMD. Begitulah juga bagi jawatan Panglima Tentera Darat yang mana hanya pada satu masa sahaja seorang pegawai tinggi bukan berasal dari RAMD dilantik menjadi Panglima Tentera Darat.

Sifat semula jadi anggota RAMD kepada kerajaan memerintah, raja dan negara sepertimana dituntut oleh cogan kata 揟aat Setia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2008 07:25 PM | Show all posts

Reply #735 far-eiq's post

-Meanwhile, he said, the army would introduce its new tanker, to be named "endekar" (warrior), to the public tomorrow.-

bikin gempaq jer la Bernama ni, ada ka tank dia bagi nama tanker.... introduce "new tanker" apa kejadah...bukan bender baru pun. cakap ler nak introduce nama baru utk pt91 tuh, semua orang paham....ngok ngek betui ler reporter nih...

[ Last edited by  windof at 1-3-2008 07:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 07:25 PM | Show all posts

Reply #735 far-eiq's post

double post

[ Last edited by  windof at 1-3-2008 07:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 07:26 PM | Show all posts

Reply #735 far-eiq's post

triple post

[ Last edited by  windof at 1-3-2008 07:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 08:27 PM | Show all posts

Reply #736 far-eiq's post

"Sifat semula jadi anggota RAMD kepada kerajaan memerintah"-cannot be applied....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.171376 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list