CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: milanhawkin

Kusimpul Mati

 Close [Copy link]
Post time 3-5-2007 05:11 PM | Show all posts
sambung cpt milan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2007 05:28 PM | Show all posts
jap2.. last chapter nih
milan nak habiskan hari ni gak
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 05:44 PM | Show all posts
huk huk huk
dah last chap ka????
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 05:50 PM | Show all posts
yee..yeee..habis hari nieee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2007 05:53 PM | Show all posts
Bab 49

Amirul mundar mandir di hadapan bilik wad kecemasan. Hampir setengah jam juga dia berkawat di situ. En Zulfakar dan Pn Meriam hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah anak lelaki tunggal mereka. Alia turut rimas dengan gelagat abangnya.

"Abang Mirul, boleh tak jangan dok berkawat kat sini? Orang tengah risau ni" bentak Alia, geram. Amirul buat2 pekak. Dia lagi risau dengan keadaan isterinya. Macam mana la tak risau, sampai2 je rumah tengok Mila dah terjelepuk atas lantai. Entah berapa lamalah dia kat situ. Entah apa penyakit pula yang menyerang, yang mahu mengganggu kebahagiaan yang baru mereka kecapi ini? Dia tak sanggup kehilangan lagi. Apa sajalah doktor tu buat kat dalam tu?

"Mirul, cubalah bawa2 bertenang sikit. Kejap lagi keluarlah doktor tu" nasihat Pn Meriam.

Memang panjang umur doktor tu kerana sebaik saja ayat Pn Meriam habis, doktor tersebut melangkah keluar. Wajahnya menunjukkan ada berita tak baik yang bakal dilaporkan.

"Siapa suami Pn Mila?" soal doktor perempuan muda itu. Amirul tercegat di hadapan doktor tersebut sambil mengangkat sebelah tangannya. Macam budak sekolah je lagaknya.

"Pn Mila nak jumpa dengan encik" serius doktor itu bersuara. Dengan itu, doktor perempuan itu terus berlalu meninggalkan mereka sekeluarga tanpa menjawab apa2 pertanyaan dari mereka sekeluarga. Debaran di hati Amirul semakin hebat. En Zulfakar, Pn Meriam dan Alia pula saling berpandangan. Masing2 sudah bersedia untuk menerima berita buruk.

Lemah kaki Amirul melangkah memasuki ruang putih itu. Hatinya berbalam sayu melihat Mila yang terbujur di atas katil. Nampak lemah sekali. Matanya pula sedang tertutup. Nafas yang dihela seakan tertahan. Mila!

"Sayang! Baby!" Amirul menyeru lembut setelah katil pesakit itu didekati. Tangannya mencapai jemari Mila yang lemah, diusapnya lembut. Kemudian dikucupnya dengan penuh kesyahduan. Hatinya sudah semakin sebak. Air matanya bergenang.

Mila membuka kelopak matanya.

"Abang..." panggilnya.

"Ye sayang. Kenapa ni sayang? Kenapa doktor tu taknak cakap apa2 kat abang? Baby sakit apa ni? Kenapa baby tak pernah cakap dengan abang? Baby, please, jangan buat abang risau macam ni" Amirul merayu bersungguh2. Dia tak mampu menahan gelojak rasa ingin tahunya. Musibah apakah yang bakal dilaluinya ini? Mila mengalihkan pandangannya dari Amirul. Bibirnya digigit kuat.

"Semua ni salah abang" tuduh Mila tiba2. Amirul terpempan. Wajah Mila tidak dapat ditatapnya dengan jelas kerana isterinya itu masih tidak mahu memandangnya. Masihkah Mila menyimpan dendam padanya? Masih tak cukupkah penjelasannya hari itu? Bukti apakah lagi yang diinginkan oleh isterinya? Amirul meraup wajahnya.

"Baby, abang mintak maaf sangat. Tolonglah maafkan abang, sayang, please. Janganlah buat macam ni lagi. Jangan simpan dendam tu. Kan abang dah minta maaf ni. Pandanglah abang, sayang. Please...."

"Senanglah abang cakap. Yang menanggungnya saya, bukannya abang!" sekali lagi Mila bersuara keras.

"Mila, tolonglah cakap dengan abang, Mila sakit apa ni? Jangan buat abang macam ni sayang. Kalau pun betul abang yang sebabkan semua ni, tolonglah jelaskan pada abang" Amirul masih tak putus merayu. Sungguh dia gelisah dengan teka teki yang dimainkan oleh Mila ini. Penyakit apa pula yang boleh diberikan kepada isterinya? Nak kata dia terlibat dengan gejala tak sihat, demi Allah, tak pernah. Malah sepanjang dia bersama Syalinda, paling teruk pun yang dilakukannya hanyalah berpelukan.

Mila menekup mukanya dengan tiba2. Kedengaran suara Mila yang teresak2 menangis. Hati Amirul dipalu resah.

"Mila, tolonglah! Tolonglah cakap dengan abang! Kenapa ni?! Betapa berat pun penyakit ni, abang akan sama2 melaluinya dengan Mila. Abang janji. Tolonglah sayang, cakaplah dengan abang" kali ini suara Amirul sudah meninggi, bercampur dengan cemas. Tangannya menggoyangkan tubuh Mila, mengharap agar Mila akan bersuara semula.

"Mila pregnant" terdengar suara Mila di balik tangannya. Luluh perasaan Amirul mendengarnya. Ya Allah! Penyakit apa pula ni? Apsal rasa macam pernah dengar je? Teruk ke penyakit ni?

"Kenapa? Macam mana? Ya Allah..." Amirul meraup mukanya berkali2 sambil memikirkan cara bagaimana mahu mengubati penyakit tersebut.

Abang! Mila pregnant la..." Mila sudah merenungnya dengan pelik. Namun ada senyuman di bibir manis itu. Boleh pula isteri aku ni tersengih saat2 macam ni? Dahla cakap dia pregnant... hah? Pregnant? Mengandung?

Sesudah melepasi tahap tak boleh berfikir, Amirul tiba2 menjerit kegirangan. Meloncat2 di sekeliling katil Mila. Penat melompat, Amirul memeluk tubuh Mila dengan gemas. Wajah Mila dihujani dengan ciuman2 yang bertalu2.

"Eh, kenapa dengan kamu ni Mirul?" soal En Zulfakar, bertambah pelik bila melihat Amirul sibuk memeluk isterinya. Mila pula tidak mampu berbuat apa2 untuk menahan kegembiraan suaminya.

Amirul segera menjelaskan perkara sebenar pada keluarganya. Pn Meriam dan Alia segera mengucapkan tahniah dan mencium pipinya. En Zulfakar pula sudah mengeluarkan segala nasihat yang mahu diperturunkan kepada anak lelakinya. Pn Meriam pula berjanji untuk selalu singgah ke rumah mereka nanti.

Setelah keluarga mereka pulang, Amirul berbaring di sebelah isterinya. Kemudian dia mencubit pipi Mila sekuat yang boleh hingga Mila menjerit kesakitan.

"Jahat!" Mila bersuara manja, sambil mengusap pipinya. Sakit! Tapi dia tak mampu untuk marah. Dia terlalu gembira untuk mereka.

"Sapa suruh buat abang sampai macam ni? Abang dah risau gile tadi tau tak? Geramnya!" sekali lagi Amirul mencuba untuk mencubit pipi isteri kesayangannya, namun tak berjaya bila Mila sudahpun memeluknya dengan erat. Pandai! Amirul balas merangkul isterinya. Malah dia sudi memaafkan gurauan Mila bila mendengar tawa Mila yang merdu singgah ke telinganya.

"Sorrylah abang. Janganlah marah. Mila saja je nak bergurau" ujar Mila, masih lagi dalam tawanya. Suka dia dapat mengenakan suaminya itu.

"Habis, yang lama2 kat dalam sini tadi buat apa?"

"Saja borak2 ngan doktor tu. Baik kan doktor tu, abang"

"Baik ler sebab dia setuju bersubahat dengan Mila. Sampai hati Mila buat abang risau macam ni ekk. Kalau abang ada sakit jantung, dah lama dah abang masuk hospital skali dengan Mila" Mila tertawa galak.

"Mila saja je nak surprisekan abang. Abang tak marah kan?" Mila sudah bermain2 dengan butang baju kemeja suaminya.

"Tak"

"Mila ada permintaan ni" dengan ragu2 Mila berkata.

"Apa dia? Cakap jer, selagi abang mampu tunaikan, abang akan tunaikan"

"Mila tak nak abang gaduh dengan Dani lagi. Please, abang. Dani kan kawan baik abang dulu. Tolonglah berbaik2 dengan dia, for old time抯 sake. Lagipun dia banyak tolong Mila dulu" Wajah Amirul bertukar masam sebaik mendengarkan nama Dani meniti di bibir isterinya.

"Tolong ada makna tu..." Amirul mencebir.

"Please abang. Cukuplah dengan apa yang dah berlaku. Mila tahu, dia pun rindukan sahabat baiknya" pujuk Mila lagi.

"Hmm... yela... nanti abang akan cakap dengan dia. Tengok la macam mana. Jangan berharap sangat" akhirnya Amirul mengalah demi isteri tercinta.

"Baby, terima kasih untuk hadiah ni. Abang sangat2 menghargainya" bisik Amirul. Mila sekadar mengukir senyum bahagia. Sememangnya dia sudah teramat bahagia bersama Amirul. Dan memberi cahaya mata untuk suaminya, merupakan antara cita2nya.

Amirul menggenggam tangan kiri Mila. Tanpa suara, Amirul kemudiannya menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Mila. Tanpa kata juga, Mila memandang jarinya dengan rasa tidak percaya. Cincin emas putih itu tampak ringkas dengan bentuk love kecil ditengah2nya. Di bahagian tengah bentuk love itu pula ditatah dengan sebentuk berlian kecil. Di bawah bentuk love itu pula, terdapat sebuah lagi bentuk love yang sama berjuraian ke bawah.

"Cantiknya!" ucap Mila, sudah mula menumpahkan air mata. Sungguh dia terharu dengan pemberian Amirul ini.

"Ini kira cincin kahwin kita la ye" romantis Amirul bersuara. Mila mengangguk laju.

"I love you, baby"

"I love you too, my big baby"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2007 05:55 PM | Show all posts
dah tamat dah......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2007 06:18 PM | Show all posts
thanks Milan

errrr.. dah abis ke ni???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2007 06:20 PM | Show all posts
dah abis dah chichi
nak sambung lagi ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2007 06:25 PM | Show all posts
hihihihi
laaaaaaa.....
dah abis kea
huhuhuuh
cedih plak nak pisah rasanyer
hihihihihii
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 06:27 PM | Show all posts
ehhh eeeehhhhhhhhh
lupa nak ucap TQ

MILAN, TQ 4 the interesting stowi....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 06:30 PM | Show all posts
milan...ni dah last ke...at last happy jugak diorang beduer ek...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 06:39 PM | Show all posts
:pompom::pompom::pompom:

best nya.....
tapi sad sal cite ni dah abis!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 08:52 PM | Show all posts
Originally posted by milanhawkin at 3-5-2007 06:20 PM
dah abis dah chichi
nak sambung lagi ke?


i ada 2 answers for u

1. nak... coz ceta ni best
2. tak nak... coz  lama tunggu u update...
hehhe
apa2 pun.. cerita ni best. thanks Milan & Thydiva
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 09:49 PM | Show all posts
xprasan milan ade cakap tadi tu chapter last...anyway, gud story....congrates to milan n thydiva...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 11:14 PM | Show all posts

Reply #726 milanhawkin's post

huhu bestnyer dah habis.. sebab citer nilah aku sanggup mendaftar jadi ahli. boleh tengok tiap2 ari.
Anyway ckp kat thydiva citer dia memang best n better she sent to any publishing... dapat duit n kembangkan bakat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 11:37 PM | Show all posts
best tul la citer milan nie
thank milan sbb abiskan gak ari ni...


nnt senang2 wat citer baru ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2007 08:25 AM | Show all posts
abis gak ye milan..thank u..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2007 10:35 AM | Show all posts

Reply #726 milanhawkin's post

terima kasih milan .,....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2007 10:56 AM | Show all posts
thanks milan..
n thydiva jg...
bestlh cter ni,    mcm x caya je dh abis rupanya......
klu ade cter yg tbaru jngn lupa antar lg ye milan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2007 11:17 AM | Show all posts
bestnya.................
thank u milan....:love: :love: : :love:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.056241 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list