|
Reply #720 rosputih_28's post
insha` ALLAh , kalu ada masa saya akan menullis,. Buat masa sekarang ini saya masih sibuk cari tajuk untuk proposal tesis PhD saya.
Sekain wassalaam |
|
|
|
|
|
|
|
oooo...patut la kemain susah lagi mak saya nk g umrah bulan mei ni....
memula agen mai minta surat mati aruah abah...pas tu ni sibuk pulak nak surat kelahiran pacik aku sebagai waris (mak saya tadak anak lelaki)
mcm2 surat dia nak...
cerewet betul duta arab ni ekk...
mak saya ada la cakap...ikut hati travel2 agensi ni nak ja di boikot tak payah p umrah selama 2 tahun...depa ni tatau ka...duit visa tu kan sumber pendapatan depa...awat dok cerewet sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #722 Mas916's post
bukan travel agent yang cerewet tapi Konsul Visa di kedutaan Arab Saudi yang cerewet dan buat kerenah.
[ Last edited by naasiha at 6-4-2007 02:45 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum...
Sedih dgr ramai tak dpt pergi....syukur kami dpt, rezeki kami kot...itu pun selepas tertangguh 11/3 ker 16/3.
Visa ziarah nie hanya menggunakan Saudi Airlines, selain masalah kedutaan ker...may be (bersangka baik hehe) tikit kapalterbang tak dpt kot..tu yg visa pun tak dpt keluar. Coz masa flight saya tu, dari jakarta, so dah mcm 1/2 penuh ngan org indonesia, maid2 yg nk ker sana...mungkin jugak la kot...
macam rombongan dari brunei yg sempat i bercerita...satu group tu ader dlm 300 lebih..ader gak tersangkut visa tak dpt pergi..masa dh kat airport pulak tu..sama gak mcm yg jemaah kita kena....tapi dgr nyer flight tu dr brunei terus..tu yg dpt ramai.....
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #724 mrXYZ's post
Bukan masalah ticket. Untuk pengetahuan anda ticket tak confirm pun diberi visa dengan syarat beli tiket dan di submit dengan pasport, kalau tak da tiket tak boleh buat visa. Tahun-tahun lepas ada orang yang pergi ke Makkah sedangkan tiket mereka tak confirm. Sewaktu nak balik tiap-tiap hari pergi ke Jedah dengan harapan dapat seat kalau ada orang yang batalkan penerbangan.
Jadi masalah disini bukan masalah tiket tapi masalah Counsel baru yang bertanggungjawab mengeluarkan visa telah menghadkan hanya 300 visa sahaja boleh dikeluarkan dalam sehari.
Hari ni seorang kawan lama kebetulan berkunjung ke pejabat kami . Dulu dia bekerja di jabatan kami tetapi now dia bekerja di Jedah. Dia memang dilahirakan di Makkah . Adiknya bekerja di kedutaan Arab Saudi, KL tetapi bukan kerja di tempat visa. Dia beritahu beberapa bulan lepas Rafidah Aziz nak melawat Saudi . Duta Malaysia di Arab Saudi ( bekas boss saya ) menguruskannya tetapi Counsel visa di Kedutaan Arab Saudi tak mahu keluarkan visa untuknya. Mengikut katanya counsel visa yang baru ni namanya, Saleh ,adalah orang baru yang dinaikkan pangkat dan baru bertugas di Malaysia pula. Sebelum ini dia tidak pernah menmgendalikan visa . Mungkin pertama kali mengendalikan visa dia terkejut kerana beribu passport masuk ke kedutaan. Ya lah memang beribu passport kerana permohonan visa di buka lambat. Dia ni pula orang baru yang tak pernah hadapi masalah ini sebelumnya.Orang baru juga biasanya sangat straight supaya dinaikkan pangkat lagi. Menurut kata kawan saya itu lagi bahawa dia denganr khabar-khabar angin Wisma Putera telah oun masuk campur dalam masalah ini. Kalau lah berita ini benar , mudah-mudahan masalah inii akan dapat diselesaikan secepat mungkin.
Namun begitu Arab tetap Arab juga dan hanya orang Arab sahaja yang dapat berurusan dengan orang Arab. Oleh itu saya harap kepada anda semua kalau dapat carilah laman web Kementerian Haji dan Waqaf Arab Saudi ( Ministry of Haj and Awqaf ). Sekiranya ada e mail menterinya saya berharap anda adukan lah masalah ini kepadanya . Setahu saya Menteri Haji Dan Waqaf Saudi ini baik orangnya. Mungkin dia dapat nasihatkan Counsel visa di kedutaaan Arab Saudi, insha` ALLAH.
Pada tahun 1980an dulu seorang tok guru dari Kelantan, kalau tak silap saya Tuan Guru Hj Abdullah , Lubuk Tapah , Pasir Mas pergi ke kedutaan Arab Saudi kerana dia nak bawa berpuluh-puluh jemaahnya ke Makkah untuk mengerjakan haji dan nak menguruskannya sendiri. Jawapan yang diterimanya ialah mesti mendapat kelulusan dari Tabung Haji kerana itu perjanjian yang telah lama dimeterai sejak zaman ALLAHyarham Tun Razak lagi. Oleh itu dia pergi ke pejabat Tabung Haji tetapi permohonannya tidak diluluskan . Oleh itu sekali lagi dia ke kedutaan tapi jawapannya menghampakan. Jadi dia hantar teleks ( dulu pakai teleks ) ke menteri Haji Dan Wakaf Arab Saudi menerangkan masalahnya. Menteri itu hantar teleks kepada Duta Arab Saudi disini dan menerangkan bahawa anda tidak ada hak untuk melarang tetamu ALLAH yang hendak mengerjakan haji. Alhamdulillah Tuan guru dan rombonganya diberi visa haji . Kalau ada diantara pembaca ini tinggal berhampiran dengan Tuan guru ini cubalah tanya dia secara detail.
Untuk maklumat anda semua ketika itu tidak ada quata lagi yang ditetapkan untuk mengerjakan haji, hanya pada tahun 1986 sahaja barulah sistem quata dilaksanakan. Alhamdulillah saya terlepas dari sistem ini kerana saya pulang ke Malaysia tahun 1985. Kawan-kawan yang masih belajar di Madinah yang pulang selepas tahun tersebut tidak lagi boleh ke Makkah setiap tahun, sebaliknya mereka hanya boleh laksanakan haji 3 tahun sekali sahaja. Begitulah juga dengan orang Islam yang tinggal di Arab Saudi selain dari penduduk Makkah.
Disamping itu saya nasihatkan anda supaya jangan berangkat ke Makkah tanpa visa kerana anda boleh dipenjarakan. Ini kes benar yang berlaku kalau tak silap saya tahun 1983. Ketika itu saya masih belajar di Madinah dan setiap hari Khamis saya jadi Mutawwif dan tour guide jemaah umrah.Ada seorang kenamaan ( sekarang ALLAHyarham sejak 1 atau 2 tahun lepas ) dari Malaysia masuk ke Arab Saudi bersama isteri dan 2 anaknya tanpa visa. Di Jedah dia sekeluarga ditahan dalam penjara selama 2 malam. Nasib baik Duta Malaysia ketika itu ALLAHyarham Datuk Seri Kamarudin Mat Isa campur tangan. Orang kenamaan ini sangka mereka dapat masuk dan diberi visa di airport sebagaimana sesetengah negara-negara Arab yang lain dan dia juga sangka sebagai pemegang passport diplomatik dia dan keluarganya diberi visa tetapi lain pula jadinya.
Sekian semoga bermanfaat.
Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
[ Last edited by naasiha at 6-4-2007 03:11 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
BERITA HARIAN BARU MENYIARKAN MASALAH VISA HARI INI
Arab Saudi perketat syarat visa umrah
Oleh Amirullah Andi Nur dan Jalal Ali Abdul Rahim
1,000 terkandas berikutan peraturan baru elak tinggal lebih lama
KUALA LUMPUR
Lebih 1,000 bakal jemaah umrah negara ini terkandas dalam tempoh seminggu sejak28 Mac lalu dan ramai lagi dijangka mengalami nasib serupa berikutan syarat baru visa oleh Kedutaan Arab Saudi di sini.
Semua permohonan visa umrah kini dikenakan syarat tambahan, sesetengahnya pada saat akhir termasuk mesti disertakan tiket penerbangan pergi balik dan surat perakuan mahram yang disahkan jabatan agama Islam.
Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (Bumitra), Syed Mohd Razif Syed Yassin, berkata Kedutaan Arab Saudi memberi alasan peraturan itu dikenakan bagi mengelak jemaah menyalah gunakan visa untuk terus tinggal di Tanah Suci sehingga musim haji atau bekerja di negara itu.
Beliau berkata, syarat visa lebih ketat itu berikutan segelintir ejen tidak bertauliah disyaki mengemukakan permohonan visa umrah melalui syarikat yang diberi kebenaran mengendalikan pakej umrah.
揔ita bimbang masalah mendapatkan visa boleh menjejaskan lebih ramai umat Islam yang mahu menunaikan umrah, |
|
|
|
|
|
|
|
BERITA HARIAN BARU MENYIARKAN MASALAH VISA HARI INI
KOMEN SAYA
Disini saya nak beri beberapa komen:
1. Kenapa baru sekarang disiarkan sedangkan dah beribu jemaah terkandas sejak bulan March lagi.
2. { Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (Bumitra), Syed Mohd Razif Syed Yassin, berkata Kedutaan Arab Saudi memberi alasan peraturan itu dikenakan bagi mengelak jemaah menyalahgunakan visa untuk terus tinggal di Tanah Suci sehingga musim haji atau bekerja dinegara itu.).
Komen Saya :
Ini hanya alasan kedutaan sahaja. Setahu saya sejak dahulu lagi tak ramai rakyat Malaysia yang menyalahgunakan visa untuk terus tinggal di Tanah Suci sehingga musim haji atau bekerja di Negara itu. Yang ramai dari kalangan rakyat Asia Tenggara yang menyalahgunakan visa untuk terus tinggal di Tanah Suci sehingga musim haji atau bekerja di Negara itu ialah dari selatan Thai , Indonesia dan Filipina. Rupa mereka ini sama dengan rupa orang Malaysia kerana kita sebenarnya dari satu rumpun. Manakala yang dari negara lain pula yang ramai ialah dari India, Pakistan, Bangladesh, Mesir, Afrika dan lain-lain.
3. ( Beliau berkata, syarat visa lebih ketat itu berikutan segelintir ejen tidak bertauliah disyaki mengemukakan permohonan visa umrah melalui syarikat yang diberi kebenaran mengendalikan pakej umrah.)
Komen Saya :
Ini kata Syed Mohd Razif SyedYassin, bukan kata kedutaan kerana kedutaan tak ambil tahu masalah ini. Yang dititikberatkan oleh kedutaan ialah mengemukakan permohonan melalui syarikat ejen yang sah dan dokumen yang lengkap.
4. ( Berikutan itu, ejen pengendali umrah dikatakan mengalami kerugian hamper RM3juta akibat pembatalan tempahan hotel dan tiket penerbangan.)
Komen Saya :
Kasihan ya. Kita amat bersimpati diatas masalah yang menimpa sesama umat islam. Bagaimana tak rugi kerana tiket yang telah di beli terpaksa dipulangkan semula dan nak refund balik tak dapat harga yang dibayar sepenuhnya dan mungkin tak dapat refund terus. Ini merugikan travel ejen. Bagi saya kedutaan tak hirau masalah ini walaupun dia tahu travel ejen mengalami kerugian. Dia tak kisah orang lain rugi, tak kisah masalah ini menjejaskan orang termasuk orang bekerja terpaksa memohon cuti semula, kalau bos ok tak mengapa tetapi ada ramai bos yang tak faham.
5. ( Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, ketika dihubungi mengesahkan ada masalah mendapatkan visa umrah. Beliau akan mendapatkan maklumat sebenar daripada Lembaga Tabung Haji.)
Komen Saya :
Ini sangat aneh, bagaimana seorang menteri yang bertanggung jawab tentang agama tak tahu procedure urusan visa umrah kerana Tabung Haji juga tidak ada authoriti berkaitan visa umrah,yang mereka ada kuasa ialah visa haji. Sepatutnya Menteri ini berdiskusi dengan Syarikat-syarikat Travel Agensi, bukan minta maklumat dari Tabung Haji kerana Tabung Haji Travel sendiri pun menguruskan visa melalui syarikat yang diberi kebenaran mengendalikan pakej umrah iaitu setahu saya syarikat UMRAHAJ atau syarikat PEDATI .
6. ( Kedutaan Arab Saudi bagaimanapun gagal dihubungi.)
Komen Saya :
Memang Kedutaan Arab Saudi tak mahu layan orang terutama pihak media. Kalau menteri yang menghubungi kedutaan baru lah mereka terpaksa layan.
7. ( Sementara itu, Pengerusi Biro Haji dan Umrah Bumitra, Mohd Ayub Hassan, berkata pihak kedutaan bukan saja tidak mengeluarkan visa bagi permohonan yang diragui, malah sesetengah permohonan lengkap turut menerima nasib serupa.)
Komen Saya :
Memang ini perangai Tok Arab.Saya dah lama faham perangai mereka. Mungkin satu dua permohonan yang tidak lengkap dan diragui mereka terus pukul rata semuanya tanpa mahu lihat lagi permohonan yang lain .
7. ( Tahun lalu, 25 ejen tempatan menandatangani kontrak dengan muassasah Arab Saudi dan dijangka meningkat kepada antara 30 hingga 35 ejen tahun ini.)
Komen Saya :
Secara logiknya kalau kita fikir sebanyak 25 ejen tempatan menandatangani kontrak dengan muassasah Arab Saudi pun kedutaan Saudi buat hal apatah lagi dengan 30 hingga 35 ejen tahun ini nanti.
8. ( Syed Mohd Razif berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dalam pertemuan dengan Bumitra di Putrajaya, tiga hari lalu. 揚erdana Menteri berjanji untuk membantu dan isu ini sudah menjadi perbincangan antara kerajaan negara ini serta Arab Saudi, |
|
|
|
|
|
|
|
isu ni dah keluar paper sabtu 7/4..so mtk lepas nie dpt la jemaah kita pergi |
|
|
|
|
|
|
|
ciannya mereka yg terkandas.......![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
rosputih_28 This user has been deleted
|
Reply #727 naasiha's post
Saya pun risau bagaimana nasib abang saya, isteri dan anaknya yang telah booking untuk pergi cuti sekolah akhir Mei ni. Harap-harap masalah ini akan selesai cepat Sama-samlalah kita berdoa. Simpati sungguh kalau tergendala hajatnya |
|
|
|
|
|
|
kak_yong This user has been deleted
|
Kak Yong adalah antara yang patut berangkat pada Isnin 2 April lepas, tetapi masih di sini dan hanya boleh berdoa. Ajen kami terpaksa cancel pada Jumaat 30March, dan dapatkan tarikh baru disamping apply semula visa. Dalam keadaan ini, kak yong sanggup pergi, walaupun dibertahu sehari sebelumnya. Masakan tidak, masa hari tu rasa macam nak menangis... tapi nasib baik lah kami dibertahu agak awal. Jemaah TH pula pada hari sebelumnya, sudah berada di airport bila diberitahu visa tak dapat.
Jemaah kami seramai 100+ orang, dan MAS telah upgrade pesawat untuk menampung jemaah lain dan kami yang ramai ini. Kak yong dapat tahu, pesawat itu akhirnya berlepas dgn cuma 50+ jemaah. Malah pesawat ke Jeddah kebelakangan ini mengalami keadaan yang sama.
Minta kawan2 doakan kak yong dapat pergi, walaupun tak seperti jadual. Amin...
[ Last edited by kak_yong at 8-4-2007 04:55 PM ] |
|
|
|
|
|
|
rosputih_28 This user has been deleted
|
Reply #731 kak_yong's post
Sedihnya dengar cerita Kak Yong. Ini perkara serius yang sepatutnya kerajaan perlu masuk campur. Kita tak mau mereka yang ingin mengerjakan umrah mengalami nasib sebegini. Maklumlah, dah lama plan, kumpul duit, urusan ambil cuti, kawan, saudara mara terdekat dah tau kita nak ke Mekah, tiba-tiba tergendala pulak pasal visa. Memang sedih dan kecewa sangat .... sama-samalah kita bedoa agar masalah ini akan berakhir segera. |
|
|
|
|
|
|
|
DOKUMEN TAMBAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK WANITA MENGERJAKAN UMRAH
SYARAT - SYARAT
Suami/Isteri/Anak Perempuan & Lelaki Bawah 12 Tahun
- Salinan Kad Pengenalan
- Surat Nikah (Suami/Isteri)
- Surat Beranak (Anak Perempuan & lelaki)
Emak Mertua/Emak
- Salinan Kad Pengenalan
- Surat Beranak (Anak Perempuan & lelaki)
Lelaki Dibawah 18 Tahun
- Salinan Kad Pengenalan
- Surat Beranak
Cucu Perempuan/Lelaki & Anak Saudara Perempuan/Lelaki
- Surat Bereanak/Salinan Kad Pengenalan
- Surat Keizinan Dari Bapa (Draf Dalam Bahasa Inggeris)
Ipar
- Tumpang Mahram (Rujuk Di bawah)
TUMPANG MAHRAM
Isteri Mengerjakan Umrah (Suami Tidak Pergi)
- Salinan Kad Pengenalan
- Surat Nikah & Surat Keizinan Suami
(Draf Dalam Bahasa Inggeris)
- Surat Beranak
Anak Mengerjakan Umrah (Bapa Tidak Pergi)
- Salinan Kad Pengenalan
- Surat Nikah & Surat Keizinan Bapa(Draf Dalam Bahasa Inggeris)
- Surat Beranak
Janda (Kematian Suami)
- Salinan Kad Pengenalan
- Sijil Kematian Suami
- Surat Keizinan Dari Waris Terdekat (Draf Dalam Bahasa Inggeris)
- Surat Beranak
Bercerai (Tergantung) Perempuan Tinggal Dengan Bapa)
- Salinan Kad Pengenalan
- Surat Cerai
- Surat Keizinan Dari Waris Terdekat (Draf Dalam Bahasa Inggeris)
- Surat Beranak
Perempuan Indon (Pembantu Rumah/Janda)
- Salinan Permit/Salinan Kad Pengenalan
- Sijil Cerai/Sijil Kematian
- Surat Keizinan Dari Majikan (Draf Dalam Bahasa Inggeris)
- Surat Beranak
SEMOHGA DENGAN CAMPUR TANGAN KERAJAAN NANTI MASALAH INI DAPAT DISELESAIKAN. AAMIN. |
|
|
|
|
|
|
rosputih_28 This user has been deleted
|
Reply #733 naasiha's post
Assalamualaikum naasiha,
Terima kasih atas info yang diberikan.. Teruskan berbakti sebagai tali penyambung maklumat terkini kepada kita semua. |
|
|
|
|
|
|
|
insyaallah kalau niat yg baik tu akan sampai juga cuma masanye yg tak tau bila.
Saya insyaallah pegi cuti skolah nanti dengan hubby |
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN AKHBAR BH HARI INI TENTANG VISA
Agensi umrah tiada tauliah
Oleh Azman Zakaria, Magendran Rajagopal dan Nahar Tajri
Kedutaan Arab Saudi perjelas ejen tak diiktiraf punca lebih 1,000 visa gagal dikeluar
KUALA LUMPUR: Permohonan visa menerusi agensi pelancongan yang tidak diberi lesen mengendalikan pakej umrah, menjadi punca kelewatan pengeluaran dokumen itu oleh Kedutaan Arab Saudi di sini, baru-baru ini.
Pejabat Kedutaan Arab Saudi semalam menjejaskan, agensi terbabit menggunakan kemudahan syarikat pelancongan yang diberi lesen dan tauliah mengendalikan pakej umrah, untuk memohon visa berkenaan.
Setakat ini, sebuah agensi pelancongan berlesen dikesan gagal mematuhi peraturan visa umrah membenarkan beberapa agensi tidak berlesen menggunakan kemudahan yang diberikan kepadanya.
Kenyataan itu berkata, tindakan tidak beretika agensi itu menimbulkan masalah terhadap permohonan visa umrah sesetengah rakyat Malaysia yang dibuat melalui ejen tidak bertauliah.
揃agaimanapun, atas dasar hormat, kami menerima semua 5,797 permohonan visa yang dikemukakan agensi berlesen terbabit walaupun sebahagian besar permohonan sebenarnya daripada ejen tidak bertauliah, |
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA TENTANG VISA UMRAH
Arab Saudi nafi keluar peraturan
Oleh RAJA LUVENA SHARIFUDDIN
KUALA LUMPUR 10 April |
|
|
|
|
|
|
teriteribuzuo This user has been deleted
|
Reply #727 naasiha's post
saya telah mengalami nasib yang sama.
sepatutny saya berangkat pada 29 mac tapi sampai skrg saya masih belum boleh pergi.
tarikh lain semua dah penuh. saya almost nak putus asa tapi belum minta refund lagi. masih lagi mengharap utk pergi.
naasiha,
ade sebarang cadangan? saya teringin sgt nak pegi. kawan saya yg regeister di agency yg sama dah minta refund, dan register di agency lain. insya-allah akan berangakt 13 april ni. saya serba salah sebenarnya nak minta refund or just tunggu lagi. |
|
|
|
|
|
|
kak_yong This user has been deleted
|
Reply #738 teriteribuzuo's post
Alhamdulillah kak yong difahamkan sebahagian jemaah kami (termasuk kak yong) telah dapat visa. Sekarang problem lain pulak timbul... dapat flight, tak dapat tempat penginapan, dan sebaliknya. Maklumla arrangement baru.
Dalam apa hal, kak yong tunggu je. Nasib baiklah kak yong tak de problem nak dapatkan cuti dan sebagainya.
Kepada teriteribuzuo, kalau keyakinan pada agensi itu ada, tunggu sajalah mereka buat arrangement. Tapi kalau sebaliknya, kenalah minta pandangan mereka yg sama2 terlibat.
pssst pssst ... sebenarnya kak yong letih menunggu. Kena banyak2 bersabar. Fikiran pun dah tak boleh tumpu kepada agenda kerja harian Productivity down!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #737 naasiha's post
Saya abnyak kerja yang nak diselesaikan. Oleh itu tak dapat nak komen lagi . Panjang nanti kerana melibatkan sejarah muassah. Insha` ALLAH ada masa saya akan komen |
|
|
|
|
|
|
| |
|