CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
 Author| Post time 31-8-2021 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 1-9-2021 09:38 AM

Kenangan di Newfoundland, Kanada

Pengalaman aku ni memang benar-benar terjadi pada aku semasa aku berusia 10 tahun di pertengahan tahun 1980-an.  Waktu itu aku dan keluargaku sedang bercuti di sebuah taman awam di Newfoundland, Kanada. Di Newfoundland ni, ada banyak cerita dongeng tentang kewujudan pari-pari di tempat ni. Antara cerita yang sangat terkenal adalah bagaimana pari-pari di sini suka menculik manusia dengan cara memukau manusia yang pari-pari ni berkenan. Tapi sejujurnya aku tak percaya pun dengan mitos pari-pari ni tapi setiap kali aku terkenang kembali pengalaman ni aku terfikir jugak mungkinkah ada kaitan dengan legenda pari-pari tu.

Kami sekeluarga sampai di tapak perkhemahan tu dah masuk tengahari la jugak.  Aku ingat lagi, tempat tu kosong je, kami siap boleh pilih-pilih lagi tapak mana yang kami nak sebab takde orang lain selain kami di situ.  Akhirnya kami jumpa tapak yang kami nampak macam bersih dan selesa, jadi kami pun pilihlah tapak tu.  Sementara ibu ayah aku memasang khemah, aku dan kakak mintak izin boleh tak kami nak pergi tengok kawasan pantai yang tak jauh dari tapak perkhemahan tu.  Pantai tu memang tak jauh pun, cuma kene lalu kawasan hutan pokok jenis ‘birch’.  Ibu aku benarkan tapi ibu pesan kami kena balik dalam masa 2 jam.

Kami jumpa papan tanda yang mengarah ke pantai.  Memang di situ disediakan laluan khas untuk ke pantai jadi aku dan kakak dah tak perlu nak cari jalan lain lagi selain dari situ.  Sejujurnya bila aku melangkah masuk je ke laluan tu, aku dah rasa macam ada sesuatu yang tak kena.  Sebab keadaan hutan tu jadi sunyi sepi, tiada burung berkicau, tiada bunyi bayu menghembus, memang senyap betullah.  Aku jugak perasan yang sepanjang laluan kami tu, kiri kanannya penuh dengan pokok pakis.  Memang kat Newfoundland ni ada je pokok pakis, tapi pokok pakis yang kami nampak ni, sangat-sangat hijau sampai bersinar-sinar dek pantulan cahaya matahari yang terkena anak daun pakis tu, dan ianya sangat besar.  Aku rasa pokok pakis ni pun dah sama tinggi je dengan aku.  Entah mengapa timbul rasa macam ada binatang atau manusia tengah menyorok di balik pokok pakis tu, tapi mungkin itu cuma imaginasi budak kecik je.

Walaupun masa kami datang tu cuaca cerah dan nyaman je,  tapi cuaca mula berubah apabila aku dan kakak dah berada dalam hutan tu.  Hutan itu mula berkabus. Mula-mula kabus tu muncul perlahan-lahan dari tanah dan setakat buku lali kami je, tapi lama kelamaan kabus itu mula meninggi. Semakin hampir kami ke pantai tu, makin tinggi kabusnya. Sampai akhirnya kami dikelilingi dengan kabus. Tak pernah-pernah lagi aku merasa berjalan dalam kabus macam ni. Makin seram pulak rasanya.

Akhirnya kami sampai ke penghujung laluan.  Di penghujung tu ada anak tangga kayu yang akan membawa kami terus ke pantai yang berpasir.


  Tapi malangnya, suasana di pantai tu pun turut berkabus jugak.  Jadi keadaan pantai tu agak suram sebab takde cahaya matahari menyinari pantai tu.  Bila kami dah meninggalkan hutan dan masuk ke pantai, aku dilanda rasa menyesal eh kenapalah aku datang sini?  Pantai kenalah ada sinaran matahari yang panas barulah syok.  Aku baru ingat nak ajak kakak balik  jelah ke khemah kami, tapi kakak ternampak sesuatu yang menarik perhatian dia.

Rupa-rupanya bukan kami berdua je ada kat pantai tu, kakak ternampak ada seorang lelaki yang berdiri beberapa meter daripada kami.  Lelaki itu sedang khusyuk merenung ombak kecil yang memukul gigi pantai itu.  Kakak aku ni pulak peramah orangnya, dia pun tegurlah lelaki itu.  Tapi lelaki itu langsung tidak mempedulikan dia.  Kakak aku berulang-ulang kali ucapkan hello tapi lelaki itu tetap tegak berdiri macam tu je seolah-olah dia tak dengar sapaan kakak aku. Aku cakap kat kakak aku, “Jomlah kita balik kak”.

Masa nilah, segala-galanya jadi agak kabur bagi kami.  Aku tak ingat pun bila masa kami tinggalkan pantai tu, tapi tahu-tahu je, aku dan kakak dan berada di sebatang jalan tak berturap yang lebar.  Aku dan kakak tak cam lokasi kami kat mana masa tu.  Rasanya macam baru sekejap je masa berlalu, tapi aku rasa penat yang teramat sangat dan kaki pun aku pun sangat lenguh.  Masa ni aku nampak matahari dah makin menurun di langit padahal aku rasa tak sampai sejam pun aku tinggalkan khemah tadi.

Aku dah mula rasa bingung sebab aku tak tau aku kat mana sekarang ni, aku mula terasa nak kena serangan panik.  Tapi nasib baiklah kakak ada untuk tenangkan aku.  Kakak kata dia yakin kalau ikut jalan ni, kami akan dapat balik ke khemah kami. Aku pun ikut jelah, kami pun jalan dan jalan dalam 45 minit camtu, sampailah akhirnya kami jumpa pintu gerbang nak masuk ke taman awam tadi.

Masa ni dah hampir gelap gelita, aku dan kakak terus berlari sampai akhirnya kami jumpa jugak khemah kami.  Ayah sangat terperanjat bila nampak kami, dengan penuh kerisauan dia tanya kitorang ni pergi mana? Sampai 5 jam tak balik-balik.  Terkejutlah kami berdua sebab kami rasa kami keluar takdelah lama macam tu sekali.  Ibu pulak keluar mencari kami di laluan tadi.

Sekarang ni, taman awam tu dah gelap, dan kami mula risaukan ibu pulak sebab ibu dah tak balik-balik.  Ayah dah bersiap sedia dengan lampu suluhnya nak cari ibu, tapi ibu akhirnya muncul jugak.  Ibu nampak je aku dan kakak, ibu dah rasa lega bercampur kagum.  Ibu kata, dia berulang-alik sepanjang laluan tadi sampai ke pantai nak carik kami. Mustahil tak nampak kami sebab laluan tu pendek dan lurus je.

Bila masing-masing dah tenang, kami pun makan malam dan terus masuk tidur. Sebelum aku melelapkan mata, aku terdengar perbualan ibu dan ayah.  Ibu mengadu pada ayah yang laluan nak ke pantai tu kali ni macam seram sikit.  Esok paginya, ibu dan ayah mengambil keputusan untuk menamatkan percutian kami di taman awam itu. Pagi tu jugak kami berkemas dan balik ke rumah kami, dan itulah kali terakhir kami bermalam di taman awam itu….

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 02:36 PM | Show all posts
keep it up tt.... best baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2021 02:44 PM | Show all posts
Melancong ke Pai, Thailand
Kejadian yang aku alami ni terjadi semasa aku pergi melancong ke Thailand bersama-sama teman wanita aku (sekarang dah jadi ex).  Kami memang saja nak menjelajahi satu Thailand ni, dan salah satu destinasi kami adalah Pai.  Pai ni agak pedalaman sikit berbanding dengan tempat-tempat menarik lain di Thailand, tapi ianya agak popular di kalangan pelancong yang hippie.  Pai ni selalu dijadikan lokasi penggambaran filem-filem Asia, kalau nak carik tempat yang masih hijau dengan suasana desa, Pai lah tempatnya.  Semasa aku berada di sini, satu benda yang aku perasan kat Pai ni adalah tempat ni banyak betul anjing tidak bertuan.  Bukan sekor dua yang aku jumpa masa jalan-jalan di pekan Pai, dekat-dekat 20 ekor lah jugak.  Tapi anjing-anjing ni walaupun liar dan takde tuan, diorang ni tak kacau orang.  Kalau nak makan ke dengan selambanya anjing-anjing ni pergi jelah ke mana-mana restoran atau kedai makan pastu buat muka sedih.  Tak pernahlah aku tengok anjing ni mengasari orang yang lalu lalang apatah lagi sampai nak gigit.  Jinak-jinak je anjing liar kat sini.



Kebetulan, bila kami sampai sana ada satu konsert reggae yang sangat besar tengah berlangsung di daerah Pai tu.  Tapi konsert tu dibuat di sebuah padang lapang, nak pergi ke situ kami kene naik satu bas khas dari pekan Pai ke padang tu.  Dari resort tempat penginapan kami, kami naik skuter nak ke hentian bas tu.  Konsert tu berakhir pada pukul 2 pagi.  Kami pun baliklah naik bas ke hentian tu, tapi kami berdua lupa pulak mana kami letak skuter kami tadi tu. Agak cemas jugaklah sebab kami dahlah lewat masa tu, anjing-anjing liar tu pulak asyik membontoti kami pastu tengok je kami cari-cari skuter tu.

Berpeluh-peluh jugaklah kami cari skuter kami tu, akhirnya jumpa jugak. Tu pun dah masuk pukul 3 pagi dah. Sampai ke resort dah hampir pukul 4pagi. Semasa kami dah nak sampai ke resort kami, masa tulah benda ni terjadi. Aku dan teman wanita aku ternampak seorang perempuan berpakaian serba hitam, bajunya labuh dan longgar, rambutnya pun panjang hitam likat tengah berdiri di tengah jalan tu.  Dia dikelilingi oleh 30 ekor anjing liar yang menyalak-nyalak kat dia, tapi takde seekor pun yang mendekati dia.  Macam anjing tu takut-takut tapi buat-buat berani.  Bayangkanlah ye kalau korang sebagai manusia mesti dah panik dan menjerit-jerit kena kepung dengan anjing, tapi perempuan tu tegak macam patung kat tengah jalan tu, cuma tangannya je digawang-gawangkan di udara.  Nak kata dia dalam kesusahan tapi dia langsung tak bersuara.

Nasib baiklah aku naik skuter jadi aku pun laju jelah tunggang motor tu melepasi perempuan dan anjing-anjing tu. Aku takde niat nak berhenti tolong pulak masa tu.  Aku macam terfikir jugak eh mungkinkah perempuan tadi tu cuma khayalan aku je?  Tapi bila sampai je kat resort tu, rupa-rupanya teman wanita aku pun nampak jugak perempuan tadi tu.  Teman wanita aku kata kami kena tolong perempuan tadi tu.  Kami cubalah cari kakitangan resort kami nak ajak tolong perempuan tadi, tapi mungkin faktor dah pukul 3pagi, jadi kami tak jumpa orang lain di resort tu.  Pengawal keselamatan pun kami takde.

Bunyi anjing-anjing menyalak yang boleh didengari dari dalam resort tu pun dah berhenti.  Aku dan teman wanita aku beranggapan perempuan tu dah tak apa-apa, jadi kami pun masuklah ke bilik untuk tidur.  Ingatkan malam tu bolehlah kami tidur lena, tapi kami diganggu dengan bukit ketukan di pintu dan di tingkap.  Kejap kat pintu, pastu di tingkap. Tapi bila bukak pintu dan selak langsir, takde orang pulak.  Yang tambah menyeramkan, bunyi salakan anjing tadi muncul kembali tapi anjing-anjing itu menyalak ke arah bilik kami. Nasib baiklah jugak bilik kami tu dipisahkan dengan pagar resort, jadi anjing-anjing tu cuma menyalak dari luar resort je. Bunyinya agak sayup-sayup tapi kenapa takde pengawal atau kakitangan resort lain bangun halau anjing-anjing tu sebab ganggu ketenteraman awam.

Esok paginya, aku dan teman wanitaku mengambil keputusan untuk keluar je dari tempat tu.  Tapi malangnya bas yang nak keluar dari Pai semua dah penuh dek penangan pengunjung dari luar yang datang semata-mata untuk konsert reggae malam tadi.  Akhirnya aku dan teman wanita aku tekad nak naik kereta sewa je walaupun harga tambangnya 4 kali ganda dari tiket bas.  Yang penting kami taknak dah bermalam di Pai lagi.

Sampai sekarang aku tak pasti apakah yang benar-benar terjadi sebenarnya dan apa kaitan perempuan tu dengan anjing-anjing yang seolah-olah saja nak ganggu kami.  Adakah perempuan itu betul-betul manusia dan sebenarnya perlukan pertolongan kami?  Tapi jauh di lubuk hati aku tahu keputusan aku untuk tidak mempedulikan perempuan di tengah jalan itu memang betul....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2021 05:26 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 1-9-2021 05:35 PM

Ajakan Siapa?
Kejadian ini berlaku semasa aku dalam ekspedisi menjelajah taman-taman negara bersama-sama 3 orang lagi rakanku.  Biarlah aku namakan mereka A,B dan C sahaja.  Kami semua memang peminat tegar aktiviti lasak di dalam hutan yang dah berpengalaman. Memang kami semua hikers la senang cakap.   Tujuan kami mengembara bersama-sama ni sebab lepas ni kami semua akan masuk ke kolej pilihan masing-masing, jadi kami dah rancang cuti musim 3 bulan ni kami nak mengembara bersama-sama sebagai kenangan terakhir kami. Lepas ni entah bila lagi kan nak rasa pengembaraan macam ni lagi.  Kami semua memang dah dibesarkan dalam suasana luar rumah, berkhemah dan mendaki tu memang hobi kami. Kami rancang nak masuk hutan dari Yosemite ke Yellowstone dan berakhir di Taman Negara Hoosier.  

Jauh perjalanan memang macam-macamlah yang kami tempuhi. Tapi ada satu peristiwa yang terjadi ni memang aku takkan lupakan sampai bila-bila.  Ianya terjadi di pertengahan bulan Jun. Tempatnya biarlah aku rahsiakan namanya, aku bagi hint jelah ye, tempat ni memang ada banyak runtuhan struktur dari penempatan Orang Asli Amerika yang telah ditinggalkan.

Kami memasang khemah kami di kawasan berdekatan sungai atau air terjun sebab tempat macam ni sejuk sikit, lagipun dekat dengan sumber air.  Kami terpaksa buat unggun api yang agak besar sebab tempat tu banyak serangga kecil.  Terutamanya nyamuk.  Bila pasang api ni kuranglah sikit nyamuk menghurungi kami. Pukul 11 malam aku nak pergi kencing, jadi aku pun pergilah ke kawasan belukar yang menjadi pemisah kem aku dan hutan.  Tengah mengosongkan tangki tu, aku macam tertarik-tarik nak masuk ke hutan tu, saja nak tau apa yang ada di sebelah sana.

Selesai je urusan aku tu, aku terus kembali ke kem, aku cakap aku nak pegi masuk hutan tapi aku nak sorang temankan aku. A dan B taknak ikut sebab dah selesa duduk tepi api, jadi C lah yang ikut aku.  C tak habis-habis tanya aku, 'apsal wei kau ni malam macam ni nak masuk hutan tu?".  Tapi aku jawab aku saje je nak jalan-jalan padahal aku rasa macam ada sesuatu yang tengah mengawal diri aku sekarang ni.

Jalan punya jalan, kami pun sampai ke satu kawasan lapang yang jaraknya dalam 200 ela je dari khemah kami, tapi ianya masih terletak di tepi sungai lagi.  Kawasan lapang tu dalam 50 kali 50 ela je, tapi memang lapang betul, takde pokok yang tumbuh di situ.  Anak pokok atau tunggul pokok kesan ditebang pun takde, tapi rumput dan semak samun ade je. Bagi aku yang dah biasa dalam hutan, memang aku tak pernahlah jumpa kawasan macam ni.  

Di tengah-tengah kawasan lapang tu ada satu bangunan.  Bangunan tu nampak lama, tapi macam baru dibina.  Bukannya bangunan lama, tapi bangunan tu dibina ikut rekabentuk lama.  Dan rekabentuknya bukan macam struktur orang Asli Amerika yang bersepah kat tempat ni. Bangunan tu kosong takde cahaya.  Yang aku ingat, aku dapat dengar bunyi orang tengah bersenandung macam orang tengah yoga.  Oooooohhhhmmmmm.... Bunyinya sayup je tapi masih boleh didengari.  Bunyi tu macam suara manusia padahal cuma ada aku dan C je kat tempat tu.


Kawan aku dah tanya apsal aku nak datang sini.  Aku tak boleh nak jawab sebab aku pun tak tau macam mana aku tau ada tempat ni.  Tapi kawan aku sempat jugakla bebel, "nasib baiklah kat sini takde serangga macam kat khemah kita tadi".  Ni aku memang ingat sangat, sebab kami berada di tengah hutan, tepi sungai tapi takde serangga langsung.  Jangankan serangga, tempat tu pun takde bunyi.  Bunyi angin, bunyi desingan nyamuk, bunyi air mengalir, takde. Aku tak tau kenapa tapi aku rasa suasana masa tu macam tak kena.

Tapi aku nak sangat pergi ke bangunan tu.  Bangunan tu kelihatan seperti sebuah rumah segi empat macam kabin, aku anggarkan luasnya dalam 250 kaki persegi.  Aku dah mula buka langkah nak ke situ tapi C dah tarik tangan aku tanya aku nak pegi mana pulak dah ni.  Aku tak jawab apa pun sebaliknya aku berkeras nak jugak berjalan ke rumah tu. C sedaya upaya cuba menghalang aku  sampai tahap C akhirnya terpaksa seret aku balik ke khemah tadi sebab aku dah jadi lain macam. Sepanjang perjalanan balik tu aku meronta-ronta cuba nak lepaskan tangan aku dari pegangan C tapi bila aku dapat rasa kehangatan unggun api tadi, aku tiba-tiba tersedar semula. Masa tu barulah aku perasan yang aku tengah kesejukan macam tahap membeku.  Padahal masa tu pertengahan bulan Jun, iklim tengah panas dan lembab tapi aku pulak boleh kesejukan.

Kawan aku lagi 2 orang tu, A dan B tanya kitorang pergi mana, C cuma diam je tapi aku tipu diorang, aku cakap aku ternampak binatang tadi.  C tau aku menipu tapi dia pun tak kata apa.  Aku sebenarnya tak reti nak jelaskan apa yang kami nampak tadi. Malam tu aku tak boleh tidur dan aku rasa C pun sama.  Esok paginya barulah aku berani berterus-terang pada A dan B.  A dan B pulak rasa teruja, diorang suruh aku bawak diorang pergi ke bangunan yang aku dan C jumpa malam tadi.

Aku pun bawaklah diorang ke situ, tak jauh pun. Terkejut aku apabila aku dapati bangunan tu masih ada, tapi dah separuh runtuh.  Malam tadi aku dan C bawak lampu suluh berkuasa tinggi ke situ, kitorang nampak bangunan tu masih sempurna.  Tapi depan mata aku sekarang ni, hanyalah sebuah bangunan yang dah roboh dinding sebelah, pintunya pun dah terbang, tingkapnya pecah sana sini.  Yang lagi pelik, tempat tu sekarang dah dihurungi bermacam-macam serangga, kumbang, nyamuk, agas-agas.  Tak pasal-pasal jugak A dan B tuduh aku dan C saja nak mainkan diorang, tapi aku dan C hanya berpandangan sebab kami tahu apa yang kami nampak malam tadi.

Aku dan C tak pernah dah ungkit pasal tempat tu sampailah setahun lepas ekspedisi kami tu, kami ada berjumpa kembali.  C ngaku sebenarnya dia nampak apa yang aku nampak, dan dia pun rasa peristiwa tu sangat pelik.  Sampai sekarang sukar kami nak jelaskan pengalaman kami ni.


Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 12:03 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 1-9-2021 05:26 PM
Ajakan Siapa?
Kejadian ini berlaku semasa aku dalam ekspedisi menjelajah taman-taman negara bersama ...

tQ TT.... gigih mentranslate citer...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
MrsFrogGirl1 replied at 15-8-2021 02:02 PM
Kat Malaysia ni pun byak kes salah tembak bila berburu kat hutan,agaknye MMG diorg npak kawan diorg  ...

Kes ni baru terjadi kt sabah kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tamat jugak marathon baca kisah pelik versi bukan nusantara. Tahniah tt. Bahasa sempoi dan mudah di fahami. Tak ada sambungan lagi ke cerita tt??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2021 09:41 PM | Show all posts
Misteri Dusun Eucalyptus

Satu-satunya pengalaman misteri yang aku alami dalam hidup setakat ni terjadi pada tahun 2000.  Hari tu dah 30hb Oktober, dan aku sedang menghadiri satu parti Halloween bersama-sama kawan-kawan aku yang lain.  Memandangkan aku berada di parti, jadi memang ramailah orang yang datang, termasuklah tetamu dari mana entah yang aku pun tak kenal.  Dah nama pun parti Halloween jadi yang hadir tu kebanyakannya memang peminat paranormal termasuklah aku.  Masa dalam parti tu kami sempat bertukar-tukar cerita seram masing-masing.  Mula-mula tu ceritanya seram-seram sejuk je, pasal kawan aku terdengar bunyi pelik kat rumah dia la, bar angker di tempat kitorang, tapi banyak cerita yang kitorang dengar tu macam cerita rekaan je.  Sehinggalah ada seorang lelaki ni bercerita tentang sebidang dusun kat tempat kami ni.

Dusun yang dimaksudkan itu adalah dusun yang ditanam dengan pokok jenis eucalyptus dan secara teknikalnya, dusun itu adalah milik lapangan terbang di bandar kami.  Kedudukan lot dusun ni macam ni, lot kawasan perumahan, dusun tu, sebuah padang luas yang korang biasa nampak kat lapangan terbang tu, lapangan terbang tu sendiri, pastu sebelah lapangan terbang tu ada taman.  Ada sebatang jalan yang merentasi di antara dusun dan taman perumahan tu jadi boleh dikatakan kami semua ni mesti pernah lalu tepi dusun tu.  Antara penampakan yang aku pernah dengar orang cerita adalah perempuan serba putih berjalan kat situ.

Ada cerita lain pasal kewujudan syaitan.  Lelaki tu ceritalah, keluarga die ni kenal rapat dengan paderi tempat dia. Paderi tu cerita yang ada satu malam tu dia memandu di jalan tepi dusun tu, sekali tu dalam 50 kaki nak masuk simpang ke jalan besar tu dia ternampak ada syaitan tengah berdiri kat situ.  Memang tak silap lah apa yang paderi tu nampak sebab makhluk tu bertanduk, kaki kambing bertelapuk pastu siap ada lingkaran api di sekelilingnya.  Hampir-hampir sakit jantung paderi tu tapi nasib baiklah dia dapat kawal kereta dan pecut keluar dari jalan dusun tu.

Topik perbualan kami sekarang ni adalah tentang dusun tu.  Kitorang tau yang dulu tanah tu milik tentera sebab lapangan tentera tu dibina oleh tentera pada 1940an, pastu bermacam-macam teori lain yang keluar.  Ada yang kata tempat tu dulu bekas tapak perkuburan la, pintu gerbang ke neraka la, dan macam-macam lagilah.  Dah dok bersembang pasal dusun tu, adalah sorang ni kasi cadangan, jom kita ramai-ramai masuk dusun tu nak tak?

Jadi kami pun beramai-ramai la naik kereta masing-masing menuju ke dusun tu.  Seingat aku adalah dalam 10 ke 13 orang termasuklah kawan-kawan aku yang pergi.  Kami pun letak kereta kami di kawasan taman perumahan tu dan menyeberang ke sebelah jalan untuk ke dusun eucalyptus tu.  Dusun tu berpagar tapi pagar biasa je yang boleh dipanjat dengan mudah sekali.  

Malam dan agak lewat, suasana dusun tu gelap gelita dah bila kitorang semua masuk dalam dusun tu. Dah macam ada kat tengah hutan dah.  Ada di antara kami yang bawak lampu suluh.  Dah teringat pulak cerita-cerita seram pasal dusun ni tadi. Tapi aku jadi berani sikit sebab kitorang ramai.  
Kitorang dah masuk sedalam 200 kaki apabila masing-masing dah mula mengadu rasa seram sejuk, dan kami semua pun setuju nak keluar dari hutan tu.  Yang buat kitorang seram tu sebab pokok-pokok eucalyptus tu mengeluarkan bunyi yang pelik.  Sebenarnya itu bukanlah sesuatu yang pelik sebab tempat aku ni memang kuat anginnya, dan bunyi yang kitorang dengar tu pun macam bunyi dedaunan bergeser ditolak angin.  Tapi yang kitorang hairan tu kenapa kami tak dapat rasa pergerakan angin tu.  Ada beberapa orang yang menyuluh pada pokok dan kami pun terperasan yang daun-daun pokok tu tak bergerak langsung. Jadi mana datangnya bunyi tu?

Sebab dusun itu memang gelap sungguh, bawak lampu suluh pun memang tak nampak apa. Tapi kami boleh dengar bunyi ranting patah.  Mungkin ada antara kami yang terpijak kot, tapi bila fikirkan kami ni dah macam meraba dalam gelap kami pun bersiap sedialah nak patah balik.  Untuk keselamatan,kami semua berjalan dalam dusun gelap tu sambil berpautan tangan.  Kawan aku lelaki ni tengah berpimpinan dengan seorang budak perempuan yang kami baru kenal masa kat parti tadi. Budak perempuan tu pakai baju lengan panjang, tiba-tiba budak perempuan tu mengaduh kesakitan.  Dia meronta-ronta kepanikan dan cuba menyingsing lengan bajunya.  Tapi lengan baju di tangan yang dia guna untuk paut kawan aku tu.  Di belah dalam lengan dia tu, ada 3 calar panjang yang tak berapa dalam, tapi jelas nampak kemerahan.  Kami yang lagi 12 orang pun mengelilingi dia, dan depan mata kami sendiri kami nampak calar tu dari birat biasa jadi makin teruk sehingga mengalirkan darah.  Pendarahannya juga makin lebat, makin banyak darah keluar sampai menitik-nitik darahnya.

Kami bawak budak perempuan tu balik ke parti dan cuba nak menutup calar tu dengan kit kecemasan yang ada, tapi tak berjaya.  Budak perempuan tu dah trauma teruk sebab darahnya tak nak berhenti mengalir dan akhirnya dia terpaksa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.  Lepas kejadian itu, aku dah tak pernah jumpa lagi dah budak perempuan tu. Termasuklah dengan kawan-kawan baru yang ikut sekali masuk ke dusun tu.  Aku dan kawan-kawan aku pun macam ada perjanjian senyap, kitorang tak pernah ungkit lagi pasal kejadian malam tu.  Tapi kami semua faham yang apa yang kitorang saksikan tu adalah sesuatu yang luar biasa dan tak boleh nak dijelaskan dengan logik akal.  

Sehingga sekarang aku masih lagi tinggal dalam beberapa batu je dari dusun eucalyptus tu. Tapi aku dah tak berani dah lalu jalan tu lagi, Aku sanggup pusing jauh asalkan bukan ikut jalan tu…

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2021 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Best best
Nak lagi
Suka sangat
Sabar menanti update TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2021 11:56 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 9-9-2021 06:21 PM

Rumah Pusaka di Ireland : Bahagian 1

Aku dilahirkan dan dibesarkan di Amerika, tapi ibuku berasal dari Ireland, dan sehingga kini keluarga ibuku masih memiliki sebidang ladang yang luas di bahagian barat daya Ireland. Jadi kami masih punya rumah pusaka di negeri kelahiran ibuku. Aku anggarkan rumah pusaka kami di Ireland tu dah berusia 200 tahun lebih dah, aku pun tak pasti bila tahun sebenar ianya dibina, tapi yang aku tau banyak kisah-kisah dongeng dan pelik berkisar rumah aku tu.  Orang kampung sini mendakwa, rumah ni dibina berhadapan dengan sebuah gereja yang menjadi laluan bagi roh-roh dan makhluk halus. Rumah kami ni dah jadi penghalang la untuk roh-roh tu lalu dan dikatakan ada beberapa roh tu dah terperangkap terus dalam rumah pusaka tu.  Ada orang kampung cerita, semasa rumah kami ni dibina, seorang lelaki tua yang tidak dikenali muncul di situ 3 hari berturut-turut dan memberi amaran kepada tukang-tukang di situ, kalau mereka tidak menghentikan pembinaan ni, akan ada kematian berlaku.  Hari keempat tu, susunan perancah untuk pembinaan tu runtuh dan menyebabkan 3 orang tukang mati.

(Ni memang gambar asli dari redditor tu sen

Sejak tu memang sapa2 yang pernah bermalam di rumah tu mesti ada pengalaman tersendiri.  Kalau beruntung dapat usikan kecik-kecik jelah, macam barang hilang tapi jumpa kat tempat lain, barang tiba-tiba jatuh.  Yang aku nak cerita ni pengalaman yang luar biasa je.

Kisah pertama adalah kisah ibu aku sendiri.  Ibu aku kalau setiap kali cuti musim panas je dia akan tinggal di rumah tu. Waktu tu yang mewarisi rumah tu adalah pakcik dia merangkap atuk sedara aku.  Ibu aku suka melepak di ruang tamu di rumah tu untuk membaca sebab ruangan tu senyap sikit.  Kadang-kadang bila ibu aku masuk je bilik tu, ibu perasan yang perabot-perabot berat dalam bilik tu dah beranjak sikit kedudukannya.  Ibu aku perasan sebab boleh nampak kesan lekuk di permaidani yang terhampar di bawah perabot tu. Padahal sebelum tu takde pun orang guna bilik tu.

Pada suatu malam, ibu sedang berbaring dalam bilik dia.  Bilik dia di tingkat dua dan paling hujung sekali.  Ibu aku baru nak melelapkan mata apabila tiba-tiba dia merinding, kesemua bulu roma dibadannya menegak.  Ibu aku rasa macam badannya ditekan, dan entah dari mana dia terdengar bunyi tapak kaki. Bermula dari depan bilik dia, kemudian bunyi itu bertukar dari bunyi tapak kaki kepada bunyi orang berlari di sepanjang lorong rumah atas tu sampailah turun tangga.  Dalam rumah tu cuma ada ibu dan pakcik dia je, tu pun pakcik dia dah berumur 70an, memang mustahillah pakcik dia yang tua tu nak berlari pecut macam tu.

Esok paginya, pakcik ibu bertanya kenapa ibu main lari-lari malam tadi? Ibu menafikan yang itu dia.  Pakcik tu pun percaya, siap cakap lagi, "agaknya malam tadi tu ada makhluk halus melawat rumah ni kot".

Atuk sedara aku tu memang duduk di rumah ni, jadi memang sah-sahlah banyak kejadian pelik yang dia alami dalam rumah tu.  Pada satu malam di musim perayaan Krismas, atuk sedara aku ni baru balik dari dengar ceramah di kampung dia.  Atuk sedara aku ni jalan kaki je.  Rumah tu letaknya di atas bukit, jadi kalau datang dari arah kampung tu memang nampak jelas la rumah tu.  Dalam perjalanan tu, atuk sedara aku terperasan yang rumah dia terang-benderang.  Setiap lampu dalam rumah tu dipasang.  Atuk sedara aku sangkakan ada ahli keluarga yang balik kampung.

Atuk sedara aku pun seronoklah, tapi yang peliknya, bila dia dah nak masuk laman rumah, laman tu kosong, takde kereta yang parking kat situ.  Atuk sedara aku memang simpan kunci rumah di bawah tong susu, senang kalau ada ahli keluarga balik, tapi bila atuk sedara aku angkat tong tu, kunci rumah masih ada di situ.  Dari luar atuk sedara aku nampak lampu dalam rumah terpasang, siap boleh dengar bunyi muzik lagi tu.  Tapi dalam rumah tu kosong takde orang.

Atuk sedara aku bingunglah sekejap, tapi sebab dah biasa kan, atuk sedara aku berfikiran macam ni, 'eh ni mesti makhluk halus ni ada buat parti kat rumah aku.  Diorang pun nak berseronok jugak nak sambut Krismas'.  Atuk sedara aku pun lepaklah kat bangsal tepi rumah sambil memerhatikan rumah dia.  Setelah beberapa lama menunggu, akhirnya bunyi muzik tu pun berhenti begitu sahaja, dan dengan serentak kesemua lampu yang ada dalam rumah tu terpadam sendiri. Masa tu barulah atuk sedara aku masuk rumah dan terus masuk tidur.  Berani betul atuk sedara aku tu, kalau aku idaklah memang malam tu jugak aku tumpang rumah jiran.

Bersambung


Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 6-9-2021 11:56 AM
Rumah Pusaka di Ireland : Bahagian 1

Aku dilahirkan dan dibesarkan di Amerika, tapi ibuku berasal ...

Thank you tt....tiap hari tunggu kisah baru...
Teruskan tt...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaikk. Best sgt cite
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 05:05 PM | Show all posts
tq tt for the update
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 06:19 PM | Show all posts
Rumah Pusaka di Ireland : Bahagian Akhir

Kisah seterusnya adalah pengalaman atukku sendiri atau kugelar Grandpaddy.  Atuk aku masa ni masih muda lagi, usianya baru nak menginjak awal 20-an.

Pada suatu malam, sepupu atuk yang bernama Bernie datang melawat ke rumah kami ni, Bernie ni datang dari kampung sebelah je.  Jadi Bernie ni tidur sebilik dengan atuk aku di bilik utama.  Bilik ni adalah bilik yang sama mak aku guna dalam cerita sebelum ni.  Dan bilik ni memang betul-betul atas bilik tamu yang mak aku cerita tu.  Bilik tamu ni dulu-dulunya adalah bilik tempat nenek moyang aku melahirkan anak, dan juga bilik untuk ahli keluargaku yang sedang nazak dibaringkan untuk ahli keluarga dan saudara-mara lain memberikan penghormatan terakhir.

Atuk dan Bernie baru nak lelapkan mata, apabila mereka terdengar suara manusia dari bilik tamu tu.  Pada awalnya mereka berdua ingatkan tu adalah suara atuk sedara aku, sebab atuk sedara aku masa tu pergi ke mana ntah, jadi diorang sangkakan yang atuk sedara aku tu dah balik rumah.  Tapi dari satu suara tetiba jadi ramai suara orang pulak.  Kemudian muncullah bunyi muzik.  Ditambah pula bunyi pinggan mangkuk berlaga dan perabot dialihkan, seolah-olah macam ada orang tengah buat jamuan makan di bilik tamu tu,

Atuk sedara aku ni seorang yang tak berapa pandai bersosial, atuk dan Bernie rasa macam eh pelik plak atuk sedara ni nak pulak jemput orang datang rumah.  Tapi diorang pun taknak ganggu aktiviti di bilik tamu jadi diorang buat tak dengar jelah.  Tapi, lain pula bagi Bernie, Bernie naik berang sebab dia tak boleh nak tidur sebab bising sangat kat bilik tamu.  Jadi Bernie pun bingkas bangun dengan membawa sebatang lilin (zaman tu takde elektrik lagi) dan turun ke bawah dengan niat nak tegur tetamu-tetamu tadi tu untuk senyap.  Atuk aku tak ikut, dia perhatikan je Bernie tu turun tangga.

Masa ni, ikut cerita Bernie, pintu nak masuk ke bilik tamu tu tertutup.  Masa Bernie dah turun bawah dia masih lagi dengar bunyi muzik dan orang bersembang dari sebalik pintu tu. Tapi bila dia sentuh je tombol pintu tu,  bunyi-bunyian tadi automatik terberhenti sendiri.  Suasana jadi senyap-sunyi.  Bernie cuba mengintai dari balik pintu,  bilik tamu tu kosong takde orang.  Pinggan mangkuk dan sudu garpu perak masih tersusun dalam almari, lampu tak terpasang.  Tapi dia nampak pada hamparan permaidani di bawah kerusi-kerusi itu ada lekuk-lekuk tanda ianya baru dialihkan.

Bernie pun terus berlari masuk bilik dan terjun atas katil.  Dia pun cerita kat atuk aku apa yang dah terjadi.  Tapi bila diorang cuba nak lelap mata je, parti di bilik tamu tu bermula semula!  Cuma kali ni tiada siapa pun yang berani nak bukak mata apa lagi nak turun ke bilik tamu tu.

Kalau nak diikutkan, ramai je ahli keluarga dari satu generasi ke generasi baru cuba nak halau entiti yang ada di rumah tu.  Macam-macam cara dah kitorang guna, panggil paderi Katolik, panggil bomoh dan macam-macam lagilah. Tapi tak berjaya pun.  Lama kelamaan kami pun dah terbiasa.  Mujurlah, peristiwa yang kami alami cuma setakat dengar-dengar bunyi je.  Setakat ni tiada lagi ahli keluarga aku terserempak dengan entiti yang suka berparti kat rumah kami ni…

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 07:12 PM | Show all posts
Pengalaman Aku Di Kem Tentera Fort Hood, Texas

Kejadian ni terjadi lama dah, tahun 1992.  Masa tu aku masih muda lagi dan sedang berkhidmat dalam tentera.  Aku ditugaskan di Fort Hood, Texas pada masa tu.  Fort Hood ni adalah kem tentera yang sangat besar, aku rasa masa tu inilah kem paling besar di USA.  Pangkalan utama yang menempatkan bangunan pentadbiran dan kenderaan-kenderaan tentera terletak di bahagian selatan dan betul-betul di sebelah pagar tu adalah bandar Killeen.  Dan selebihnya adalah kawasan hutan liar yang tidak berusik.  Kawasan inilah yang dijadikan tempat untuk tentera-tentera berlatih dan menguji kemampuan senjata pihak tentera. Nun jauh di utara kem ni dikenali sebagai North Fort Hood. Jauhnya kira-kira 30 ke 40 minit pemanduan dari pengkalan di selatan tadi. Pada awal 1990an bahagian utara ni memang takde bangunan atau infrastruktur lain kecuali satu kompleks kecil ni.

Aku ditugaskan di sebuah unit yang memerlukan kami mengkalibrasi satu peralatan ni.  Peralatan ni perlu ditinggalkan di satu tempat selama seminggu sampailah proses kalibrasi tu selesai.  Aku taknak cerita lebih lanjut pasal alat apa sebab takde kene mengene dengan cerita ni dan jugak sebab aku masih terikat dengan rahsia ketenteraan.  Cukuplah kalau aku cakap yang proses kalibrasi tu kena dibuat di kawasan North Fort Hood yang terceruk tu.  Dan alat tu perlu dijaga siang dan malam, cuma kalau di sebelah malam cukuplah ada 2 tentera je yang bertugas mengawal alat tu.  Sebenarnya inilah kerja paling senang sekali sebab dalam kawasan kem tentera yang paling terceruk sekali, sape nak datang sini curik kan? Pulak tu disediakan khemah siap dengan makanan lagi.  Tentera-tentera yang ditugaskan di situ cakap diorang tak buat apa pun, main kad, makan-makan pastu tidur.  Dah macam percutian sambil berkhemah je.  Yang paling untung, sapa-sapa yang sanggup berkawal malam tu, esok harinya akan diberi cuti ganti.

Aku sukarela nak bertugas mengawal alat pada Khamis malam Jumaat, sebab aku nak cuti hari Isnin.  Jadi Jumaat tu bolehlah aku terus blah dari kem ni. Bijak tak aku? Aku bertugas bersama-sama seorang lagi tentera yang juga merupakan kawan aku.  Kami berdua masih muda lagi masa tu, aku baru 21 dan tentera lagi sorang tu pun baru 19 tahun.  Tahun 1992 ni, zaman ni telefon bimbit memang dah wujud, tapi memang jarang sangat orang pakai.  Kalau korang ingat, telefon bimbit zaman tu memang besar dan tebal pastu kalau nak bawak kena simpan dalam beg khas tu.  Lagilah tentera muda macam kitorang ni, memang kitorang tak mampu nak beli lah.

Pukul 5petang,kami pun dibawa ke situ oleh ketua kami dan ditinggalkan begitu sahaja.  Kami tak diberi kenderaan atau alat perhubungan pun.  Cuma kami berdua je kat tempat tu dan kalau apa-apa berlaku, kami berdualah yang perlu menghadapinya. Tapi setelah sekian lama proses ni berlaku, tak pernahlah kami dengar apa-apa benda buruk terjadi, maka aku dan tentera lagi sorang tu pun tak berapa nak risau sangat sebab tugas ni mudah sangat kalau nak dibandingkan dengan tugasan lain.

Kami berdua terus berada dalam khemah apabila kami merasakan ada angin kuat sedang bertiup dari arah selatan.  Bila tengok kat luar, dah nampak awan mendung sedang bergerak perlahan-lahan menuju ke sini dari arah selatan.  Aku tak taulah sapa yang tegakkan khemah kami tu, sebab khemah kami jadi condong dek pukulan angin kuat tu.  Ribut petir ni bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kat Texas ni, tapi ribut petir kat Texas ni agak cepat terjadi dan agak ganas jugak.  Nasib baiklah kat tempat tu ada trak tentera 6 roda yang berbumbung tu.  Kalau korang nak tau rupanya macam mana, korang boleh google trak M35A2.  Aku dan rakanku pun teruslah berlari masuk dalam trak tu kami berlindung di bahagian belakang trak.

Mesti korang terfikir kan, eh kenapa kitorang tak pandu je trak tu keluar dari tempat tu?  Kan dah nak ribut tu.  Sebenarnya trak tu amat diperlukan dalam proses kalibrasi alat tu dan juga sebab kami ni tentera, kami takdenye sesenang itu nak berlari begitu sahaja dari pos kami.  Memang dah termaktub dalam arahan ketenteraan yang askar ni tak boleh sesuka hati ingkar perintah.

Jadi kami pun menyorok la di bahagian belakang trak berbumbung tu, tapi dengan pintu kanvasnya sedikit terbuka, sebab-sebab kenapa kitorang sengaja bukak pintu kanvas tu, satu sebab dalam bahagian belakang lori tu takde elektrik jadi kalau kami tutup terus memang tiada pergerakan udara dalam bahagian lori tu yang boleh menyebabkan efek keracunan karbon monoksida.  Kitorang nak bernafas la senang citer.  Lagi satu senang kitorang nak jenguk peralatan tentera tu mane tau kan diterbangkan dek ribut tu.

Kami berdua pun ambil giliran sorang berehat dan sorang lagi berkawal.  Memandangkan aku lagi senior, akulah tidur dulu tapi tu pun aku sekadar tidur atas lantai je. Kawan aku tu duduk di tepi pintu kanvas tu memerhatikan keadaan di luar, walaupun kitorang tahu tak mungkin ada apa-apa berlaku.  Aku baru je nak masuk alam mimpi apabila aku dikejutkan dengan ganasnya oleh kawanku tadi. Digoyang-goyangnya badan aku sampai termangu-mangu aku dibuatnya.  Bila aku bukak mata, aku nampak kawan aku tadi tengah kelam-kabut zip pintu kanvas lori tu pastu siap nak kunci pakai mangga lagi.  Macam aku cakap tadi, dalam lori tu takde elektrik jadi kawan aku tu guna cahaya lampu dari jam tangan dia nak kunci pintu kanvas tu. Walaupun begitu, dari remang-remang cahaya lampu jam tu aku boleh nampak riak muka dia sangat ketakutan.  Akupun tanyalah kenapa ni, kenapa takut sangat sampai macam ni sekali?

Dia pun mula bercerita, tadi dia berkawal dengan kedua-dua kakinya terjuntai ke bawah. Tiba-tiba dia rasa ada orang tarik kaki dia, tapi nasib baiklah dia tak terjatuh.  Aku cuba tenangkan dia, aku cakap mungkin dia terlelap sekejap kot tu yang dia terasa macam kene tarik. Tapi dia beriya-iya mengaku dia tak tidur langsung pun. “Aku dengar orang yang tarik kaki aku tu cakap, dia nak datang balik”. Selepas ‘orang’ tu lepaskan cengkaman tangan dia pada kaki kawan aku tu, tu yang dia terus kejutkan aku tu.  

Benda pertama yang terlintas di fikiran aku, ada orang lain tengah gurau kasar dengan kami ni.  Aku pun cuba halang dia dari kunci ketat pintu tu, sebab nanti udara tak masuk lagi bahaya untuk kitorang.  Pujukan aku tak berjaya, tapi kawan aku tu taknak dah berkawal di pintu tu, sebaliknya dia memilih untuk menikus di hujung bertentangan pintu tu.

Aku pun bukak sikit jelah pintu kanvas tu, cukuplah untuk aku bernafas. Pastu aku pun berbaring jelah di tepi bukaan pintu kanvas tu.  Tak sampai beberapa minit kemudian, kami berdua terdengar bunyi cakaran di sekeliling kain kanvas yang melitupi belakang lori tu.  Di bahagian tepi, di bahagian atas dan paling ngeri di bahagian lori depan tu pun ada bunyi cakaran.  Ada beberapa kali lah jugak aku nampak pintu kanvas tu bergerak-gerak macam ditekan orang, tapi tidak dibuka.  Masa ni aku dan kawan aku tu yakin yang bukan kami berdua je ada kat situ.

Kitorang pun merabalah cuba nak cari bahan untuk dijadikan senjata.  Aku jumpa kayu kapak.  Kapak yang ada bahagian kayu je, mata kapaknya takde.  Kawan aku tadi perlahan-lahan berjalan menuju ke pintu kanvas tu. Aku serahkan kayu kapak tu pada dia.  Aku pun cari senjata lain dan aku jumpa la satu batang besi ni.  Tanpa bertukar ayat, kami berdua dah faham, kalau ‘orang’ kat luar tu masuk je kami akan belasah dia pakai senjata-senjata kami ni.

Bunyi cakaran itu berterusan sepanjang malam.  Dan sepanjang malam tulah aku dan kawan aku tadi tak berani nak tidur.  Senjata masing-masing digenggam dengan erat, tinggal nak hayun je.  Tanpa disedari, kami dapat rasakan bahang cahaya matahari yang mula nak naik, tanda subuh nak masuk dah.  Masa tulah bunyi cakaran tadi berhenti.

Tapi aku dan kawan aku tu masih tak berani nak keluar dari situ. Kami menunggu dalam 40 ke 50 minit sampai matahari betul-betul tegak.  Aku berbisik pada kawan aku tu, aku akan turun dulu, untuk tengok kot-kotlah orang yang kacau kami tu masih ada lagi kat sini.  Kitorang pun kira 1,2,3, bukak pintu kanvas, dan aku pun teruslah melompat turun dari lori tu macam Rambo. Tapi aku tak nampak sesiapapun di luar lori tu.  Aku cuba nak ikut jejak langkah yang ditinggalkan oleh orang tu, sebab malam tadi kan ribut hujan, keadaan tanah di situ jadi becak tapi yang hairannya aku tak jumpa tapak kasut lain pun selain daripada aku.  Aku mengelilingi lori itu mencari kot-kotlah ada kesan lain yang ditinggalkan, tapi kesan cakaran yang aku dengar sepanjang malam tadi pun takde. Aku tak tau samada nak rasa lega ke rasa pelik ke.  Bila keadaan dan selamat barulah aku panggil kawan aku tadi tu turun.

Kitorang pun cepat-cepatlah kemas barang-barang kami, dalam 30 minit kemudiannya, barulah ketua kami datang naik humvee nak bawak kitorang balik.  Tak sempat dia nak turun, kitorang terus melompat masuk humvee tu.  Ketua kitorang tu gelak je, dia gelihati sebab tengok kitorang ni macam tak sabar nak balik je.  Di pertengahan jalan tu, masa tu kami kene berhenti sekejap sebab kami berada di persimpangan jalan nak masuk ke Fort Hood, kami terdengar bunyi petir yang sangat kuat.  Bunyinya jelas datang dari arah belakang kami iaitu tempat kami berkawal malam tadi.  Kawan aku sempat toleh belakang, pastu dia bisik kat aku, ‘wei langit kat belakang tu cerah je. Mana datang bunyi petir tu?’.  

Aku bukanlah seorang yang percaya pada benda macam ni. Bagi aku benda paranormal ni cuma mainan imaginasi orang yang terlampau aktif je, semua tu boleh dijelaskan dengan logik akal.  Tapi apa yang terjadi pada aku dan kawanku malam tu memang sesuatu yang tak dapat aku jelaskan sampai sekarang…  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2021 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hai uols sorry i lambat hapdet. Sbnrnye minggu ni i demam + cirit birit. I agak risau kalau I ni sbnrnye covid,tp alhamdulillah swab test i negative. Demam biasa je. Nasib baik sempat vaksin huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2021 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeke min...gws min..nsb baik bkn covid..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 9-9-2021 08:38 PM
Hai uols sorry i lambat hapdet. Sbnrnye minggu ni i demam + cirit birit. I agak risau kalau I ni sbn ...

Semoga sihat bro...crita best2...2 3 hari skali aku check-in kt2 ada crita baru ..tq
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sihat tt
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 9-9-2021 08:38 PM
Hai uols sorry i lambat hapdet. Sbnrnye minggu ni i demam + cirit birit. I agak risau kalau I ni sbn ...

Moga cepat sembuh….
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1120517 Replies : 797
Indonesia: Pontianak Merangkak Dalam Asrama Sekolah Pondok (CCTV)
tumpanglalu74Indonesia: Pontianak Merangkak Dalam Asr
Views : 7377 Replies : 10
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.370057 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list