|
lawak, mulut tak reti jaga ada hati nak tegur orang pasal anjing..
itulah dia bila penganut agama melayu yang kuat... |
|
|
|
|
|
|
|
faraway1 posted on 19-10-2014 09:20 PM
Even anjing pun dinaik taraf dalam cita pemuda yang bangun dalam gua tu.
Babi ada cita camtu?
kucing ada?
|
|
|
|
|
|
|
|
mesmerize posted on 21-10-2014 12:06 AM
dah google belum sabun taharah tu apa? macam belummm aje macam belumm aje.. ke nak aku googlekan t ...
Jangankan kata sabun taharah, tanah pun depa suruh pakai tanah liat. Kesian tanah dilabel macam2.
Sedangkan semua jenis tanah dari lapisan bumi ni boleh guna untuk sertu. Tapi noooooo..nenek moyang kata kena pakai tanah liat. |
|
|
|
|
|
|
|
mesmerize posted on 21-10-2014 12:37 AM
tanya ustaz kazim the one and only korang tu
Aku suka ustaz kazim tapi aku x setuju dgn dia pasal ni...
Sampai bila la org melayu nk bebas pandangan negatif tentang anjing...
Aku ade bace somewhere dan dengar ceramah...ada ulamak berpendapat boleh basuh pakai sabun sebagai ganti sertu...dikatakan sebab zaman dulu hanya air tanah boleh bersihkn kenajisan air liur anjing....zaman sekarang ni ade mcm2 sabun lebih2 lagi yg anti bacterial punye...dikatakan mempunyai fungsi yg sama untuk bersihkan kuman yg ada pd air liur anjing...
Aku pon lepas pegang anjing just basuh tangan guna sabun..
Dan dah kenapa org kecoh pasal kenapa tunjuk gambar pengunjung pegang anjing seolah2 dorang bangga pegang anjing...bukankah kempen ni pon namanye sy nk pegang anjing?
Ape pon usaha penganjur ni patot dipuji sbb nk educate masyrakat tentang anjing.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa salahnya kalau program ni mengajar kita buat baik terhadap haiwan ni....rata2 masyarakat melayu membenci anjing...kalau kena langgar pun kita tak peduli berbanding kucing....ada yang sesetengah tu memanah anjing dgn banganya...mcm ada thread kat CI dulu....org 'alim' TU... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni pendapat peribadi iols. Iols memang nebes dengan anjing. Kalau dgr gong gongg, dr jauh dah menicicit lari. Tapi itu bukan maksudnya iols benci kat anjing. Sampai nak cederakan anjing bagai.
Tapi, bila masuk bab2 hukum nih, iols memang amik jalan terbaik. Iols nye taraf ilmu2 agama ni memang tahap minima lah. Jadinya, benda2 yang meragukan, baik dielakkan. Skang ni pun dah banyak sangat dosanya. Tak nak lah nak tambah2 lagi dengan kes2 anjing nih. Tak silap iols, boleh nak bela/pegang anjing, tapi bukan utk sesaja sahaja. Sesaja nak fefeeling urban bela anjing, taraf hidup menjulang tinggi ke arasy ketujuh kalau bela anjing? Diri hina dina digelar PPRT kalau takut ngan anjing?
Tapi, kalau dah nak sangat bela anjing, belai anjing, cium2 anjing, silakan. Seperti biasa, kubur masing2. Tapi, apa salahnya dengar sikit pesanan/ilmu dari org yang lebih afdhal. Apa2 pun, pilihan di tangan masing2. Enjoice |
|
|
|
|
|
|
|
cer mintak pendapat ulama dlu sebelum buat sesuatu tu.... xde la jadi isu... ni ilmu xde main bedal jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Acara tidak langgar peraturan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3244#sthash.YNlY9321.dpuf
Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengesahkan pihaknya ada memberi kebenaran berkaitan penganjuran program ‘I Want To Touch A Dog’ (saya hendak sentuh anjing) di Central Park, One Utama, Selangor, kelmarin.
Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, acara berkenaan yang dianjurkan individu Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam memang tidak menyalahi peraturan.
“Sebenarnya perkara ini tak perlu kelulusan dan tiada akta yang boleh menahan penganjur daripada membincangkan isu hukum sedia ada atau masalah masyarakat yang berkait dengannya.
“Jadi ia memang tak menjadi kesalahan seperti penganjuran program agama lain,” katanya dalam teks yang dikirimkan menerusi aplikasi WhatsApp kepada wartawan.
Sementara itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihak berkaitan perlu mengambil tindakan tegas bagi menghalang penganjuran program seumpama itu yang mencetuskan perbalahan antara umat Islam.
“Pihak berkuasa agama perlu gunakan kuasa mereka, sekat mana-mana program yang boleh timbulkan polemik tak bermanfaat macam ni, ambil tindakan tegas kepada penganjur.
“Apa sebenarnya motif mereka? Kalau nak tunjukkan rasa nilai kemanusiaan bukan begitu, banyak lagi cara lain yang lebih berfaedah.
“Tak perlu jadikan perkara ini dalam bentuk seperti kempen untuk tarik perhatian kerana akhirnya akan cetuskan rasa tak puas hati dan berbalah sesama kita, ” katanya ketika dihubungi semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
hbms posted on 20-10-2014 10:57 PM
ikut pi hang la.... org ckp A, dia ingat W , sbb tu duk x paham2
minat bontot anjing la ni ya? tak geli ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
http://www.hmetro.com.my/node/3244
Kalau tak mau klik, baca je kat post #708
-MAIS benarkan program, pasal takder celah nak cakap benda ni sesat/salah.
-Dr. Asyraf, YADIM, cakap kena tegas halang penganjur...apasal? Dosa?Tak.
Sebabnya nanti jadi berbalah. Korang la tu.
-Penganjur buat pasal nak kurang rasa takut pada anjing, katanya.
Tak der risiko yg menyebabkan budak2 tu akan bela anjing.
-Yang pegi melalut, sindir nanti buat program nak pegang babi pulak, apasal?
Memang selalu jumpa babi tengah pekan ke? Ada isu takut babi ke?
-Dah tu budak2 tu posing senyum bergambar...yg rasa tersentuh hati apasal?
Takder pun budak2 tu cakap apa2. Takder pun kata aku hebat, kau tak.
-Tapi yg nampaknya, masing2 nak tegak hak nak terasa hati kecik...alamak.
-Lantaklah. Bukan pasal korang terasa, boleh jadi dosa pun.
Yang penting, tuan punya badan yg terlibat tu...kalau dah check tak dosa. Kau buat ajelah, apa yg kau nak. Kurang satu qirath tu, kalau bela anjing.
-Kalau nak reply aku, nak berbalah, banyak modal be...blakang skrin je pun. Maleh nak layan.
Tapi nasihat ku, nak kritik, pegi bagitau diorang. Taip kat sini, diorng tak tau, mengumpat tu oii.
Dah nak kena mintak ampun dekat diorang pulak. Menganjing orang kat forum, bukan boleh taubat pada Allah, ye.
Jgn cover kata tulis nak buat pengajaran. Pengajaran tak de kondem2 orang. Pengajaran cakap apa yg boleh buat pengajaran.
Ps: Jangan cop aku penggemar acara gini pulak. Aku tak suka anjing dan tak mau pegang.
Begitu jugak dengan bewak, ular, dan banyak lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
gua tetap setia dgn kucing. meow meow.. |
|
|
|
|
|
|
|
lavasirapsusu posted on 19-10-2014 12:35 PM
nampak bodoh je cina bawak anjing dorang..melayu2 p datang pegang2 pastu p sertu diri sendiri tepi ...
cik es sokong kata-kata awak.
Kalo nok ajor samok, takyah bawa anjing kan? |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 19-10-2014 05:24 PM
Anjing pun ada perasaan untuk disentuh oleh awek Melayu.
Adakah Anjing minat manusia?hihi |
|
|
|
|
|
|
|
alfida posted on 19-10-2014 10:22 PM
so bila plak penganjur nak buat ..hari menyentuh babi ni?:
Betul! tok sabo nok tengok kaum malay pegang babi.hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 21-10-2014 12:09 AM
itulah.....yg jadi masalahnya..cara kempen pun tak betul...dah tahu mostly dimomokkan...buat plak ...
Selasa, 21 Oktober 2014 @ 2:30 PM
Nik Aziz sifatkan peserta Program Sentuh Anjing tidak berotak
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang terbabit dalam Program Sentuh Anjing atau 'I Want To Touch A Dog' adalah seperti manusia yang tidak berotak.
"Orang seperti ini hanya mempunyai kepala saja tapi di dalamnya tidak mempunyai otak. Tidak boleh digunakan untuk berfikir.
"Malah dalam kepala mereka itu juga penuh dengan ulat. Perkara ini tidak munasabah langsung terutama membabitkan orang Islam," katanya berucap pada majlis sempena Pentadbiran Kelantan 24 Tahun di sini, sebentar tadi.
Beliau mengulas mengenai Program Sentuh Anjing yang diadakan di Selangor, kelmarin, yang membabitkan penyertaan orang Islam yang menyentuh dan memeluk anjing.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, umat Islam yang terbabit itu sebenarnya hendak mencari sesuatu yang memberi balasan teruk di akhirat nanti.
Perkara seperti ini amat mustahak untuk ditangkis oleh umat Islam di negara ini sebelum ia menjadi satu budaya yang boleh memusnahkan kesucian Islam nanti.
Saya berharap perkara ini dapat ditangkis secara rasional supaya ia tidak menggugat keharmonian di negara ini," katanya.
Nik Aziz berharap pemimpin keluarga, masyarakat serta negara beragama Islam memberi keutamaan dalam menjaga kesucian agama Islam.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat
apa komen AN
Last edited by crossfire on 21-10-2014 03:54 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
crossfire posted on 21-10-2014 03:49 PM
Selasa, 21 Oktober 2014 @ 2:30 PM
Nik Aziz sifatkan peserta Program Sentuh Anjing tidak berota ...
This coming from a guy yang beza2 kan masjid ikut parti politik...yang suka suki ludah orang..i think not lah.
Next...
|
|
|
|
|
|
|
|
mzzenma posted on 21-10-2014 03:53 PM
This coming from a guy yang beza2 kan masjid ikut parti politik...yang suka suki ludah orang..i th ...
selari dgn aliran Mazhab Shafei..tiada kesalahan di situ cuma stetment keras.. biasalah pok nik
|
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 21-10-2014 03:25 PM
Adakah Anjing minat manusia?hihi
Setahu saya memang anjing ni minat pada manusia. Kan dorang kawan baik manusia? Lagipun anjing setia.
Itu cuma pandangan saya, bukan bermaksud galakkan Muslim minat kat anjing. Hahahahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
mzzenma posted on 21-10-2014 06:10 AM
Jangankan kata sabun taharah, tanah pun depa suruh pakai tanah liat. Kesian tanah dilabel macam2.
...
nenek moyang melayu ini lebih islamic daripada rasulullah kata mereka sis.
|
|
|
|
|
|
|
|
event yang takder faedah langsung semua syok sendiri.. sbb ko takut dgn anjing lepas tu nak babitkan org lain dengan buat kempen macamnie.. bodo..
JANGAN MENGHALALKAN APA YANG HARAM!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|