CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
 Author| Post time 15-12-2011 10:22 AM | Show all posts
“You’re late!”  bidas Tengku Alyah sambil tersenyum senang.

“Sorry…I’ve got problem kat butik tadi. Dah lama tak pakai sampin…inilah jadinya,” balas Faris lalu menhampiri Tengku Alyah. Penampilan Tengku Alyah dipandang sekilas lalu.

“Cantik you hari ni…” puji Faris sambil tersenyum. Kian lebar senyuman Tengku Alyah. Kembang kempis lubang hidungnya menerima pujian itu. Faris belum pernah memuji kecantikannya sebelum ini. Adakah itu satu petanda yang baik?

“Jom…” lalu lengan Faris terus sahaja diraih mesra. Peliknya, Faris juga turut memegang kejap lengannya dan melangkah beriringan dengannya masuk ke villa Tengku Khursiah. Meski agak kaget dengan perubahan Faris yang begitu mesra dengan dirinya, namun itulah yang ditunggu2 oleh Tengku Alyah selama ini. Dia tersenyum lebar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2011 10:22 AM | Show all posts
Tengku Fatimah meletakkan tepak sirih junjung yang telah digubah cantik oleh pereka tempatan yang terkenal di penjuru meja panjang. Matanya terarah ke hujung sudut di celah2 tetamu.

Faris dan Tengku Alyah kelihatan begitu baik sekali. Mereka ketawa bersama2 dan makan bersama2. Riak wajah Tengku Alyah bersinar ceria. Lama dia tidak menatap wajah Tengku Alyah segembira itu.

Hati Tengku Fatimah terasa berdebar. Dia terus memandang. Ada rasa aneh menyelinap ke ruang dadanya. Pandangannya terus menikam kea rah pasangan itu. Adakah Faris sudah berbaik semula dengan Tengku Alyah seperti dahulu? Tapi, sedarkah Faris bahawa anak gadisnya itu masih menyimpan perasaan terhadapnya?

“Tengku Nong pandang siapa?” lamunannya terhenti sebaik bahunya ditepuk oleh seseorang. Pantas dia menoleh. Ah! Tengku Kamil….

“Kamu ni…terperanjat Nong..” Tengku Fatimah mengurut2 dadanya sambil tersenyum. TEngku Kamil dipandang.

“Asyik benar merenung ke sana…ada apa?” soal Tengku Kamil hairan. Dia pula yang tercari2 arah pandangan Tengku Fatimah tadi.

“Tu haa….” Tunjuk Tengku Fatimah kea rah Faris dan Tengku Alyah yang asyik berbual tanpa mempedulikan tetamu yang lain. Tengku Kamil memandang kea rah yang ditunjukkan. Jelas kelihatan Faris sedang melayan Tengku Alyah dengan baik sekali.

Riak wajah Tengku Kamil berubah serius. Dia terdiam, bungkam. Senyumannya hilang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 10:23 AM | Show all posts
“Jangan lupa esok tengahari…” pesan Tengku Alyah sekali lagi sebelum Faris pulang. Majlis sudahpun berakhir. Tidak mahu menunggu lama untuk berborak panjang, Faris terus sahaja memohon diri untuk pulang. Tengku Alyah pula, masih belum boleh pulang kerana Tengku Fatimah yang masih mempunyai hal untuk dibincangkan dengan Tengku Khursiah.

“Oh..ya lah! You boleh tulis tak alamat restoran tu…I takut I pergi tempat salah. Area KL ni, I tak berapa familiar…” kata Faris.  Tengku Alyah tersenyum, lalu mengangguk. Faris yang menghulurkan pen dan kertas yang diambil dari keretanya dipandang saja.

Tengku Alyah pantas mengambil pen dan kertas yang dihulurkan oleh Faris. Lantas alamat restoran bar uterus ditulis.

“Kenapa you tak nak I ambik you? Kan senang…” sempat dia mengomel semasa menulis alamat tersebut.

“Kan I cakap…pagi esok, I ada hal kat luar yang tak boleh nak dielakkan. So, kita akan jumpa lepas I habis kerja I ….” Kata Faris lagi.

“Tapi you jangan lupa pulak. Make sure you datang. I tak nak tunggu lama2 kat sana tau,” pesan Tengku Alyah sambil menyerahkan kembali alamat restoran tersebut kepada Faris.

“Yes my dear…I takkan biarkan you tunggu I lama2….i promise…” lebar senyuman Faris. Makin manis dipandang oleh Tengku Alyah. Dia tersenyum girang lalu mengangguk. Faris terus masuk ke perut kereta. Manakala Tengku Alyah pula masih tegak berdiri melihat dari saat enjin kereta dihidupkan hingga kereta Faris hilang dari pandangan matanya.

Apabila kereta Faris hilang dari pandangan, barulah Tengku Alyah menyusur masuk ke dalam villa Tengku Khursiah dengan senyuman yang masih berbaki di bibirnya.

Tanpa sedar, tindak tanduknya diperhatikan oleh Tengku Kamil dari balkoni atas. Tengku Kamil menghela nafas lemah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 10:25 AM | Show all posts
As salam... nak tanya gak... Fizzi nak gie mana??????
naufal2705 Post at 14-12-2011 15:55


aku tamau jawab!!!!!:@
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 10:56 AM | Show all posts
Reply 704# fizziany


   garang tul...jgn r konpius...kalo cete nie dibukukan...mesti den li...seronok bace y awal2...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 11:52 AM | Show all posts
Apa kena ngan Tengku Kamil.... ada hati kat Tengku Alyah ke?????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2011 02:13 AM | Show all posts
yayyy..akhirnyaaa..ada jugak update
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2011 09:00 AM | Show all posts
yeay...n33
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2011 01:38 AM | Show all posts
Sebaik kaki dilangkah masuk ke dalam rumah, Aishah sudah tercegat berdiri menantinya. Faris menghela nafas penat sambil menanggalkan songkoknya. Dia berjalan menuju ke ruang tamu kedua rumah itu. Aishah turut membuntutinya.

Faris yang baru melabuhkan punggungnya di sofa memandang Aishah. Secarik senyum diukir buat menyapa gadis itu. Melihat pandangan mata Aishah kepadanya, Faris  tahu benar akan niat gadis itu yang menyambutnya pulang dari rumah Tengku Khursiah.

“Nak air?” soal Aishah sambil tersenyum simpul. Faris tersengih melihat senyuman nakal Aishah. Dia menggeleng lemah.

“Aku tak dahaga…” balas Faris lemah.

“Memanglah. Kau mesti dah minum banyak air kat sana kan?” Aishah pula membidas. Faris mengukir senyum lemah. Dikeluarkan sekeping kertas lalu dihulurkan kertas itu kepada Aishah. Kertas bertukar tangan.

Aishah pantas merenung bait2 tulisan yang terdapat pada kertas tersebut. Bibirnya mengukir senyum sinis. Aishah membentangkan kertas tersebut ke meja kaca di hadapan mereka. Nota berdarah yang digenggam di tangannya sejak tadi dibuka dengan hati2 lalu turut dibentangkan ke meja kaca tersebut.

Faris turut merenung kedua2 nota tersebut. Dia turut serta membantu Aishah untuk cuba membandingkan tulisan yang terdapat pada kedua2 nota tersebut. Aishah yang begitu tekun meneliti, hampir2 saja mencium kertas di hadapannya. Tindak tanduknya hanya diperhatikan oleh Faris.

Lama meneliti tulisan2 tersebut, Aishah perlahan2 mengangkat wajahnya memandang Faris. Mata keduanya saling berpandangan curiga. Berkerut dahi Faris melihat wajah Aishah yang penuh rahsia.

“So?” Faris menjungkit keningnya, menyoal Aishah akan keputusan penelitian itu. Aishah mengukir senyuman perlahan2.

“Sama!” ujar Aishah yakin sambil memandang Faris. Kemudian , kedua2 nota itu diambil dan dilipat dengan hati2. Faris ternganga. Tersandar badannya ke sofa, cuba  bernafas lebih tenang.

“I can’t believe it…” Faris memicit kepalanya yang mula pening. Mereka telah menemui satu lagi bukti yang menunjukkan Tengku Alyah terbabit dalam kes ini. Kali ini, Faris sendiri tidak boleh menyangkal kenyataan itu. Persoalannya, bagaimana Tengku Alyah boleh bertindak sedemikian?

“Jadi…tidak syak lagi…Tengku Alyah adalah dalang di sebalik semua ni. …” Aishah termenung sejenak. Dia bangun perlahan2 beredar dari ruang tamu itu. Langkahnya menuju ke tingkat atas. Faris hanya memandang. Seribu persoalan mula menyerang benaknya.

Tidak sampai 5 minit, kedengaran tapak kaki Aishah menuruni anak tangga laju. Di tangannya, tergenggam tas tangan hitam yang erat digenggamnya.

“Kau nak kemana?” pantas Faris menyoal Aishah yang nampak seperti terburu2.

“Bayar hutang…” pendek jawapan Aishah lalau menghampiri pintu utama. Pantas Faris mendapatkan Aishah lalu bahu gadis itu terus dipaut. Ada rasa kurang enak menjalar di hatinya melihat riak wajah Aishah.

“Hey!!! Kau boleh jelaskan pada aku tak…apa yang kau nak buat ni?” bentak Faris. Tangannya sudah menggenggam lengan Aishah. Pantas Aishah menepis tangan Faris.

“Bukan urusan kau!” sebaik tangan Faris ditolak, tas tangan hitam ditangan Aishah turut tercampak. Isinya jatuh berderai ke lantai.

Aishah dan Faris terpaku. Kaget, melihat isi tas tangan hitam yang sudah terburai keluar. Mereka sama2 merenung isi kandungan tas tangan hitam tersebut. Faris ternganga apabila melihat Aishah pantas mengutip semula pistolnya yang terkeluar dari tas tangan kecil tersebut.

“So…ini yang selalu kau bawa ke hulu ke hilir selama ni?!” bentak Faris. Dia segera menahan Aishah lalu merampas tas tangan hitam tersebut dari tangan Aishah.

“Hey!!!Lepaskan beg aku!!!” Aishah cuba merampas kembali tas tangannya. Faris segera menyembunyikan tas tersebut di belakangnya.

“Aishah!!!” bentak Faris kuat bila Aishah bagai hilang kawalan. Suara Faris yang kuat serta merta mematikan tindak tanduk Aishah. Nafas Aishah tercungap2 memandang Faris yang telah menggagalkan rancangannya.

“Kau  jangan halang aku! Ini antara aku dan Tengku Alyah!!!” bentak Aishah kuat sambil menuding jari telunjuknya ke wajah Faris.

“Heyy!!! Kau dah hilang akal ke? Kau nak serbu dia macam tu saja? Fikirlah sikit!!!” kemarahan Faris sudah memuncak dengan tindakan Aishah yang dirasakan kurang waras.

“Kau jangan buat aku naik darah Faris! Aku kata pulangkan balik beg aku tu! Pulangkan!!!” jerit Aishah lagi.

“Aishah…kalau setakat boxer dan tulisan ini sahaja…bukti masih belum kukuh! Kita perlukan masa lagi untuk mencari satu bukti yang cukup kukuh! Kau jangan jadi bodoh! Takkan kau nak rosakkan plan kita yang dah berminggu2 kita rancang ni? Jangan jadi bodohla..” bentak Faris lagi.

“Dah terang lagi bersuluh macam ni pun kau masih tak percaya? Kau masih nak menangkan Tengku Alyah? Atau kau memang dah jatuh hati pada perempuan tu? Kau ni memang munafik Faris!!!Aku benci kau!!!” Aishah mula jelak melihat wajah Faris. Di matanya, Cuma ada api kebencian yang meluap2 terhadap keluarga lelaki itu.

“Aku pun bencikan kau Aishah! Kau tahu tak, yang kau tu dah banyak berubah!!! You’re so annoying now!!!! And I hate that!!!” Faris sudah naik darah. Sikap Aishah yang degil dan keras kepala menyakitkan hatinya. Tas tangan dibelakangnya digenggam kemas. Dia tidak akan sesekali membiarkan tas tangan itu kembali ke tangan Aishah.

Mendengar hamburan kata2 dari Faris, Aishah tiba2 terdiam. Wajah Faris dipandang. Nafasnya turun naik. Peluh merenik di dahinya.

“Sekarang…kau pun dah bencikan aku….” Pedih hatinya bila mendengar Faris menuturkan kata2 itu. Faris dipandang. Kemudian Faris segera ditinggalkannya. Aishah terus belari laju menuju ke biliknya. Tidak ada guna hendak berebut beg dari tangan Faris. Dia tahu, Faris tidak akan melepaskan beg tersebut.

Jadi, tunggu saja saat ketiadaan Faris. Akan digeledah rumah itu untuk mendapatkan semula beg tersebut. Pistol itu akan didapatkannya kembali. Pasti! Dia mahu kepala Tengku Alyah berkecai dengan pistol itu!

Faris yang ditinggalkan, hanya merenung langkah Aishah yang sudah menghilang ke dalam biliknya. Bunyi pintu bilik yang dihempas kuat jelas kedengaran di telinganya meski dia sedang berdiri di tingkat bawah.

Faris cuba menenangkan perasaannya. Marah sungguh Aishah padanya. Tapi..aku jua bersalah pada dia…Aduhh…Faris menghela nafas lemah. Rambutnya diseka bersama helaan nafas payah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 01:39 AM | Show all posts
Faris merenung Aishah dari belakang. Aishah yang asyik menyisir rambut di balkoni rumah dipandang. Perlahan2, Aishah dihampirinya. Barangkali menyedari derap langkah menghampirinya dari belakang, Aishah lantas menoleh. Faris dan Aishah berpandangan.

Aishah memandang ke depan kembali. Kehadiran Faris bagaikan tidak memberi makna padanya. Berus rambut ditangan masih menari2 dirambutnya.

“Aku minta maaf sebab marah kau siang tadi…” Faris bersuara perlahan, kemudian menghampiri Aishah lagi. Kini dia berdiri betul2 di belakang Aishah. Harum tubuh gadis itu menerpa rongga hidung hingga membangkitkan naluri lelakinya.

“Tak apa…” balas Aishah perlahan. Dia masih merenung bulan yang mengambang penuh  tanpa mempedulikan kehadiran Faris.

“Aku tak patut marah kau macam tu…” sambung Faris lagi. Serba salah. Rambut Aishah yang sedang disikat dipandang tanpa puas. Aishah diam. Sedikit tidak memberi sebarang reaksi. Faris merenung tubuh itu dari belakang. Luruh hatinya melihat perilaku Aishah yang sudah tidak seperti dahulu. Mengapa Aishah jadi begini?

“Aishah….” Faris bersuara lagi. Suaranya kini tenggelam timbul. Namun, hasrat hatinya yang terpendam lama sudah tidak dapat diselindung lagi.

“Aishah…kau ingat tak, masa kita mula2 jumpa dulu?” Faris turut sama merenung bulan. Seakan mahu berkongsi rasa dengan Aishah. Aishah terdiam. Peristiwa lalu menjengah kembali ruang ingatan Aishah. Mana mungkin dia boleh lupa semua kenangan itu.

“Dulu kau..selalu kutuk aku kan? Kita selalu bertekak…walau pada perkara kecil kan?” tutur Faris lagi. Aishah diam, mengingati detik2 masa lampau.

“Kau tunjal kepala aku…kau tendang perut aku…kau kata aku bingai….” sambung Faris perlahan.

“Kau campak aku dalam sungai….” Aishah tiba2 menyampuk. Mendengar suara Aishah yang perlahan, Faris mengukir senyum. Hatinya berbunga bahagia.

“Kau masih ingat rupanya…” Faris menarik nafas lega. Direnung tubuh Aishah dari belakang. Kali ini tubuh itu didekatinya. Jarak mereka sudah terlalu dekat. Lantas, Faris terus merangkul tubuh Aishah dari belakang. Dipeluk Aishah sekemas2nya. Bagai tidak mahu melepaskan gadis itu lagi. Dia tidak mahu gadis itu berubah lagi. Hangat tubuh Aishah begitu terasa ke dalam hatinya.

“Aku rindukan Aishah yang dulu…Aishah yang periang….Aishah yang gila…” lirih suara Faris berbisik ke telinga Aishah. Leher Aishah dikucup tanpa sedar. Aishah pula kaku, membiarkan sahaja perbuatan Faris. Hatinya seakan berdebar kencang. Matanya melorot merenung bulan.

Dia juga rindukan Faris! Selama ini hatinya memang merindui Faris. Kenangan silam yang terlalu berharga memang sukar untuk dilupakannya. Tapi…semua kenangan itu, akan berakhir dengan peristiwa kematian Abu dan Dol! Mengenangkan itu, hatinya yang tadi tenang, kini berombak besar.

Pantas tangan Faris yang melingkari pinggangnya segera direntap kasar. Aishah lantas berpusing, memandang Faris tajam. Bagaikan tersedar dari mimpi, Faris terasa nafasnya tersekat memandang Aishah yang merenungnya. Pipi Aishah cuba diusap, namun Aishah pantas berlalu menyusup ke dalam biliknya. Faris merenung setiap langkah Aishah hingga hilang dari pandangannya. Satu keluhan dilepaskan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 01:41 AM | Show all posts
Tengku Fatimah mengangkat wajahnya memandang Tengku Alyah yang baru saja turun dari biliknya. Sejak akhir2 ini, Tengku Alyah nampaknya tidak lekat di rumah. Ada saja urusannya di luar. Malah, yang lebih menghairankan dan membimbangkan Tengku Fatimah, Tengku Alyah selalu keluar berdua dengan Tengku Faris.

“Keluar lagi?” soal Tengku Fatimah meskipun tahu jawapan yang bakal diberikan oleh Tengku Alyah dari cara pemakaiannya.

“Hmm…” Tengku Alyah Cuma mengangguk sambil meneguk jus oren yang tersedia di meja santap. Tengku Fatimah melirik ke arah Tengku Alyah.

“Kenapa tak ajak Faris ke sini saja? Apa yang ada di luar sana sampaikan hari2 keluar?” soal Tengku Fatimah lagi. Tersenyum lucu Tengku Alyah dengan soalan itu.

“Privacy…” pendek jawapan Tengku Alyah seraya bangun dan beredar dari ruang dapur tanpa sepatah kata. Langkahnya yang laju menunjukkan dia seperti tidak sabar lagi hendak keluar. Lalu, Tengku Fatimah diam cuma. Dia menarik nafas lemah. Deruan enjin kereta yang keluar dari perkarangan villa jelas kedengaran di telinganya.

Tengku Fatimah merenung gelas minuman Tengku Alyah yang masih berbaki. Kali ini mereka berdua benar2 sudah berbaikkah? Harap2nya begitulah….Jangan terjadi sebaliknya pula sudahlah. Kali ini dia tidak sanggup melihat Tengku Alyah kembali kepada perangai lamanya lagi. Tengku Fatimah mengeluh perlahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 01:42 AM | Show all posts
Tengku Kamil membuka cermin keretanya bila keretanya ditahan di pintu masuk banglo milik Tengku Faris. Dari luar, banglo itu sunyi sepi. Kereta kesayangan Faris juga tidak kelihatan dari luar. Wajah pengawal keselamatan yang beruniform dipandang. Sejak bila pula Faris sudah pandai pasang pengawal keselamatan di rumah pula ni…

Tapi bagus juga…untuk keselamatannya. Bibirnya menguntum senyum sebaik pengawal keselamatan itu tunduk hormat.

“Nak jumpa siapa tuan?” soal pengawal keselamatan itu.

“Tengku Faris ada?” soal Tengku Kamil. Berkerut dahinya memandang pengawal keselamatan itu. Leceh sungguh! Nak jumpa adik sendiri pun macam nak mengadap ke bawah duli sultan.

“Minta maaf tuan. Tengku Faris tak ada di rumah sekarang. Kalau tuan ada apa2 pesanan, tuan boleh tinggalkan kepada saya,” jawab pengawal keselamatan itu sopan.

“Hmm..tak apa…terima kasih…” cermin keretanya segera dinaikkan. Dipandang lagi pagar rumah itu dari luar. Niatnya untuk memerhati sekitar banglo itu terbantut kini. Melihat 2 orang pengawal keselamatan yang berjaga di hadapannya, memusnahkan sekaligus harapannya untuk masuk ke rumah tersebut.

Enjin kereta masih belum dimatikan. Tengku Kamil meninjau2 ke arah banglo. Kemudian telefon bimbitnya segera dicapai. Nombor telefon Faris segera di dail.

“Hello…” segera disapa suara itu apabila panggilannya bersambut.

“Kau kat mana?” soal Tengku Kamil. Suara dihujung talian menjawab perlahan.

“Dengan siapa?”   soal Tengku Kamil sekali lagi sebaik mendengar jawapan di hujung telefon. Dahinya berkerut sekali lagi.

“Hmm…datang rumah mama malam ni. I have important thing to discuss. Jangan lupa…” pesannya tegas. Telefon terus dimatikan dan diletakkan di ruang telefon di dalam keretanya. Tengku Kamil terdiam sejenak. Darahnya berderau bila mendengar nama Tengku Alyah. Jantungnya berdegup tidak tenteram.

Gear dimasukkan, stereng dipulas, lalu Tengku Kamil segera meninggalkan banglo Tengku Faris.

Dari jauh di dalam banglo, Aishah mengurut dada, menarik nafas lega. Resah benar hatinya jika kereta itu benar2 masuk ke rumah tersebut. Aishah menutup langsir rapat2 lalu kembali duduk di sofa, cuba mencari semula ketenangannya yang hilang sejak tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 01:49 AM | Show all posts
“Bila kau nak balik? Kau tahu, tadi ada orang datang…nasib baik dia tak dapat masuk…” marah Aishah. Telefon bimbit melekap di telinganya. Faris dihujung talian terdiam sejenak berfikir.

“Kau kenal siapa?” soal Faris. Jalanraya di hadapannya masih dipandang teliti. Dia sedang memandu menuju ke villa Tengku Khursiah.

“Cermin kereta tu gelap. Tapi aku sempat hafal nombor plat keretanya…TK 111..” ujar Aishah.

“Tengku Kamil…” perlahan nama itu keluar dari bibir Faris. Aishah yang mendengar turut terdiam.

“Kau balik cepatlah! Aku dah tak sabar nak bincang pasal plan esok. Aku dah tak nak tinggal dalam rumah ni lama2…” ujar Aishah menyuarakan kegusarannya hatinya.

“Aishah…sabar ya. Aku nak ke rumah Tengku Kamil. Lepas tu, aku balik. Jaga diri kau baik2 ya…”pesan Faris lagi.

“Hmmhh…tapi balik cepat!” Aishah lantas mematikan telefon. Direnung telefon bimbitnya seketika, lalu dicampakkannya ke kepala katil. Aishah membenamkan wajahnya ke bantal. Nafas dihela kuat. Geram. Geram kerana pistol dan tas tangan hitam yang dicari di seluruh rumah sejah Faris keluar siang tadi masih belum ditemuinya.

Hii…kat mana pulak dia simpan barang aku! Takkan dia bawa sekali waktu dia keluar? Habis sudah seluruh rumah digeledahnya termasuk bilik air. Namun usahanya masih belum menampakkan hasil.

Aishah bingkas bangun, lalu meneruskan pencariannya. Dia mahukan pistol itu semula. Dia mahukan nota berdarah itu semula! Dia boleh jadi gila kerana kehilangan 2 barang penting itu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 01:53 AM | Show all posts
insya-Allah...., this story gonna end very soon....very2 soon!

(Lega aku!)
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 10:46 AM | Show all posts
Reply 714# fizziany

Tu sudah bagusssss tapi jgn lah ko buat sad ending pasti ramai yg terbangun dari lena yang panjang ha ha ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 11:33 AM | Show all posts
Reply 715# qimi08


stuju ngsn qimi... hope faris dgn aishah... lalalalaaa{:4_181:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2011 09:36 PM | Show all posts
Reply 715# qimi08


qimi,
cinta tak semestinya bersatu...
hahahhaa....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 09:37 PM | Show all posts
“Kau betul2 serius dengan Tengku Alyah?” soal Tengku Kamil tanpa berselindung. Di balkoni biliknya, kini hanya ada dia dan Faris. Persoalan itu benar2 mengganggu benaknya sejak majlis pertunangan Tengku Ratna minggu lalu lagi. Tambahan pula, khabar dari Tengku Fatimah yang sering memberitahunya tentang hubungan antara Faris dan Tengku Alyah mula mencambah dan berkembang kian hari.

Faris memandang Tengku Kamil dengan pandangan serius. Wajah abang tirinya nampak benar2 mahukan jawapan tulus. Apa harus diberitahu kepada Tengku Kamil? Hakikat atau pembohongan?Faris terjerat.

“What’s wrong with her?” soal Faris untuk melarikan diri dari menjawab soalan Tengku Kamil. Giliran Tengku Kamil pula yang terdiam. Di pandangnya wajah Faris lagi. Diusap2 tapak tangannya ke peha. Pandangan dilemparkan jauh ke langit malam.

“Kau kan tak suka dia? Kenapa rapat sangat dengan dia sekarang?” bidas Tengku Kamil pula. Faris terdiam lagi. Lalu dia tunduk.

Melihat Faris yang tunduk membisu, Tengku Kamil menghela nafas resah.

“Faris…Kalau tak suka dia, jangan rapat sangat dengan dia. Dia bukan seperti yang kau sangka. Kau mungkin tak pernah nampak apa yang aku nampak..sebab kau tinggal jauh dengan kami…” ujar Tengku Kamil lagi.

“Apa maksud abang?” pantas Faris mengangkat wajahnya. Kata2 Tengku Kamil menimbulkan keraguan.

“Faris…” kata2 Tengku Kamil terhenti sejenak. Tidak sanggup dia hendak meneruskan kata2nya yang mungkin boleh menjatuhkan air muka seseorang. Tapi…dia perlu memperjelaskan hal sebenar kepada Faris agar Faris tidak membuat kesilapan yang boleh mendatangkan akibat yang lebih buruk di kemudian hari.

“Alyah…sejak kecil…dia sakit…” kata Tengku Kamil tegas. Berkerut dahi Faris mendengar. Sakit? Tapi…wajah Tengku Alyah yang sihat segar bugar terpampang di ruang matanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 09:37 PM | Show all posts
“She’s different since she was 8 years old. Dia pernah pulas kepala anak kucing sampai mati sebab dia berebut anak kucing dengan Tengku Ratna. She’s been admitted under psychiatrist when she’s 10. Dia bukan seperti yang kita nampak..” terang Tengku Kamil.

“Maksud abang, she’s having mental disorder?” soal Faris mahukan kepastian. Tengku Kamil mengangguk lagi. Wajahnya tenang kini.

“Aku tak kisah kalau kau betul2 mahu serius dengan dia. At least, Tengku Nong akan gembira bila dia tahu kau akan jaga Tengku Alyah nanti. Tapi, aku takut…kalau2 kau mainkan Tengku Alyah macam dulu…she was treated under psychiatrist for 3 months after that incident you know. We were very upset at that time,” ujar Tengku Kamil lagi.

Faris terkedu. Lidahnya kelu membeku. Di sandar kepalanya ke kerusi. Nafas lemah dihela. Wajah Tengku Kamil dipandang lagi. Wajarkah dia memberitahu Tengku Kamil apa yang terjadi sekarang? Mahukah Tengku Kamil mempercayai kata2nya nanti?

“Tapi…kalau kau betul2 serius kali ni….i’m glad for the relationship. Tapi kau kena tahu lah…orang macam tu, kalau dia tahu kau main kayu tiga belakang dia, mahu kepala kau dia pulas macam anak kucing sampai mati jugak! So…be careful…” ujar Tengku Kamil lagi. Dia mengukir senyum sinis.

Faris terdiam lagi. Wajah Tengku Kamil direnung tak berkedip. Rasa gerun menjalar ke seluruh tubuh bila mendengar ayat terakhir Tengku Kamil. Faris mengumpul kekuatan yang ada pada dirinya, cuba membuka mulut. Tengku Kamil nampaknya perlu tahu kebenaran di sebalik seluruh cerita ini!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 09:39 PM | Show all posts
Faris melabuhkan punggungnya ke sofa berhadapan Aishah. Banglo itu sudah suram bila dia pulang tadi. Jam di dinding sudah menunjukkan angka 1 pagi. Lampu meja berwarna kuning keemasan yang masih terpasang samar2 menerangi ruang tamu itu.

Faris dan Aishah saling berpandangan. Usai membersihkan diri sebaik pulang dari villa Tengku Khursiah, Faris terus mendapatkan Aishah. Pelan terakhir mereka akan dilakukan esok hari. Masing2 terdiam, sekejap saling memandang, sekejap saling tunduk merenung meja. Yang kedengaran hanya deru nafas yang saling bertingkah di celah kegelapan malam yang kian menginjak siang.

“So…Tengku Kamil dah tahu semuanya?” soal Aishah sebaik Faris menghabiskan ceritanya tentang Tengku Alyah. Faris angguk perlahan.

“Jadi, apa kata dia?” soal Aishah lagi. Faris mengetap bibirnya. Kedua belah tangannya diramas resah. Aishah di pandang.

“Dia nasihatkan kita supaya serahkan kes ni pada pihak polis…” balas Faris lagi.

“Serah pada pihak polis? Huh!” Aishah mendengus seraya bersandar enak ke sofa. Mulutnya mencebik dan dia memeluk tubuhnya memandang Faris di hadapan.

“Bila serah pada pihak polis, dengan laporan perubatan Tengku Alyah…dia akan dibebaskan begitu saja Faris…Aku takkan benarkan hal itu terjadi!” sambung Aishah dengan nada jengkel. Faris menghela nafas berat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.258468 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list