CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 24-3-2011 07:57 PM | Show all posts
Wardah tersembul di muka pintu pejabatnya. Arif mendongak dengan penuh tanda tanya.

“Ada apa?” soal Arif. Kelat wajah Wardah dilihatnya.

“Kak Mas cakap, there’s someone would like to see you. But he does not have any appointment,” ujar Wardah serius di muka pintu. Arif terdiam sambil berfikir. Siapa pula?

“Is he one of our supplier or sub-con?” soal Arif.

“I don’t think so…,” Wardah menggeleng. Sejak makan malam di rumah Wardah tempohari, panggilan Encik Arif sudah berganti dengan ‘I’ dan ‘you’ sahaja. Pertuturan mereka juga lebih menjerumus kepada perbualan antara kawan, bukan lagi majikan dan pekerja.

“So, you nak jumpa dia tak?” soal Wardah. Arif menarik nafas, kemudian bangun.

“Tak apa. I’ll see him at lobby,” enggan membiarkan seseorang yang tidak dikenali masuk ke pejabatnya, Arif mengambil keputusan untuk berjumpa dengan tetamu yang ingin bertemunya di lobi bangunan itu sahaja.

Arif keluar melewati Wardah. Wardah sudah kembali meneruskan kerjanya sementara Arif pula terus melangkah ke lobi. Senyuman dihadiahkan kepada Kak Mas, si penyambut tetamu tatkala dia melintasi meja receptionist tersebut.

Arif terus memandang ke sofa berwarna merah hati yang terletak di ruang lobi.

“Assamualaikum bang! Ingat saya lagi tak?” lelaki itu terus menghulur tangan untuk bersalaman dengan Arif. Terlopong mulut Arif memandang lelaki yang memang cukup diingatinya.

“Ali…macam mana boleh sampai ke sini?” soal Arif seraya duduk. Ali yang tanpa dipelawa terus duduk berdepan dengan Arif. Tersenyum2 Ali memandang Arif.

Penampilan Arif dari hujung kepala ke hujung kasut dipandang. Sesekali dia menggeleng2. Patutlah Jasmin tak pandang aku….

“Ali..” panggil Arif bila melihat Ali yang asyik melanga melihatnya. Ali tersengih pula.

“Hebat baju abang ye….selalu nampak orang pakai kat TV. Tapi, hari ni saya sangat berbesar hati bang, dapat tengok orang pakai suit macam ni…Abang memang hensem bang!Mantappp!!” puji Ali. Arif terkesima. Kesitu pulak budak ni.

“Macammana boleh sampai ke sini?” soal Arif sekali lagi. Hairan juga dia tiba2 melihat Ali sudah terjongol didepan matanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2011 07:58 PM | Show all posts
“Ohh…dulu saya pernah tengok kad nama abang pada Jasmin. Alamat tu saya hafal…itu yang saya datang hari ni. Ingat nak buat surprise kat Jas,” kata Ali lagi. Arif terdiam sambil memandang Ali.

“Jas ada kat sini tak bang?” soal Ali lagi sambil tersenyum. Arif bersandar ke sofa, kemudian meraup dagunya.

“Jas kat rumah…” balas Arif. Takkanlah aku nak bawa Jasmin ke sini…

“Itulah! Saya dah agak tadi. Mesti Jas kat rumah kan bang? Tapi, memandangkan saya cuma tahu alamat ni je, maka saya datang ke sini. Tapi, abang boleh tolong saya tak?” pinta Ali. Berkerut dahi Arif mendengar.

“Tolong apa? Cakaplah,” kata Arif. Jangan kau mintak yang bukan2 sudahlah…

“Saya nak jumpa Jasmin. Ada hal penting. Ini hal antara hidup dan mati ni. Kalau saya tak jumpa dia, mati saya bang. Silap2, dia pun tak boleh hidup…” kata Ali  dengan riak wajah yang serius. Naik takut pula Arif mendengar. Dipandang wajah Ali antara rasa percaya dan tidak.

“Tolonglah bang…saya mintak tolong sangat2 ni…” pinta Ali lagi. Melihat cara pandangan Arif padanya, dia tahu lelaki itu tidak percaya akan kata2nya.

Arif menarik nafas resah. Lantai yang berkilat direnung. Kemudian dia memandang Ali. Perlahan2 dia mengangguk. Hidup dan mati punya hal, bolehlah….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2011 07:59 PM | Show all posts
Jasmin merenung lesen L yang baru saja diperolehinya tadi. Senyumnya melebar hingga ke telinga panjangnya. Setelah bersusah payah menghadiri kelas, akhirnya usahanya berbaloi jua.

“Apa yang ditenung lesen tu…” Datin Zaharah disebelah turut tersenyum lucu melihat gelagat Jasmin. Bila Jasmin gembira, dia juga gembira. Pintu pagar rumah dilewati oleh kereta yang dipandu Pak Kadir.

“Ehh…tu kereta abang Arif kamu. Awal dia balik hari ni..” kata Datin Zaharah sambil meninjau kereta yang diparkir di garaj. Jasmin turut melihat sama. Dia mengangguk. Tak pernah2 Arif pulang kerja awal. Buang tebiat ke?

Jasmin dan Datin Zaharah terus turun sebaik kereta berhenti. Jasmin terus menanggalkan kasut snickersnya lalu masuk ke ruang tamu rumah.

“Assa..” belum sempat dia memberi salam, matanya terbeliak melihat wajah lelaki yang sedang duduk diruang tamu bersama Arif. Siapa lagi, kalau bukan si Ali!

Arif memandang Jasmin. Ada riak kurang senang diwajahnya. Dia yang hanya memakai jeans dan t-shirt bangun menghampiri Jasmin.

“Kawan Jas datang tadi..” kata Arif. Ali cepat2 bangun lalu menghampiri Jasmin. Namun, apabila melihat Datin Zaharah di belakang Jasmin, terus sahaja dia menghulur tangan kepada Datin Zaharah untuk bersalam.

“Kawan Jasmin dari Tioman Datin,” kata Ali. Datin Zaharah terpinga2, tetapi tetap mengukir senyuman. Wajah Ali dan Jasmin dipandang silih berganti.

“Ohh..jemput duduk. Dah lama sampai?” soal Datin Zaharah ramah. Dipandangnya Ali dengan teliti. Tak pernah pula Jasmin bercerita kepadanya bahawa Jasmin mempunyai kawan semasa di Tioman dulu.

Mereka berempat duduk di ruang tamu utama. Jasmin memandang Ali seakan tidak percaya. Bila mata mereka bertembung, Jasmin menjegilkan matanya kearah Ali. Marah dengan kedatangan Ali yang tidak memberitahunya. Arif hanya memandang kedua2nya sambil mendiamkan diri. Pura2 tidak memerhatikan mereka.

“Adalah dalam sejam. Datin apa khabar?” soal Ali. Jasmin mengerling ke arah Ali yang tersenyum. Amboi..amboi..ramah sungguh dia ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2011 08:02 PM | Show all posts
“Ohh.. Alhamdulillah sihat. Siapa nama kawan ni Min? Tak kenalkan kat mama pun..” kata Datin Zaharah. Jasmin ternganga. Arif di depan, dipandang. Tapi Arif buat muka selamba kodok.

“Ohh..Ini Ali mama. Kawan Jas masa kerja kat restoran dulu,” kata Jasmin dengan rendah diri.

“Ohhh..tak apalah. dah minum? “ soal Datin Zaharah.

“Oh..sudah Datin. Terima kasih banyak..” balas Ali berbudi bahasa. Datin Zaharah senyum. Dia mencapai beg tangannya.

“Kamu berbuallah ye. Auntie nak masuk dalam sekejap,” kata Datin Zaharah mengundur diri. Ali bangun, menghormati Datin Zaharah yang bangun untuk berlalu ke tingkat atas. Jasmin dan Ali memandang langkah Datin Zaharah sehingga hilang dari pandangan mereka.

“Macam mana kau boleh sampai ke sini? “ hilang saja Datin Zaharah, terus Jasmin melibas beg sandangnya ke bahu Ali di sebelahnya. Arif hanya memandang kedua2nya silih berganti.

“Surpriseeee!!!!!” Ali ketawa kecil, cuba mengawal nada suaranya. Bimbang terkuat pula suaranya di dalam rumah besar itu. Jasmin tersenyum ceria.

“Bagitahu betul2lah!!!” marah Jasmin.

“Kan aku dah bagitau dalam telefon hari tu, aku nak datang sini jumpa kau…” kata Ali lagi. Arif yang mendengar, terangkat keningnya. Bagitau dalam telefon? Bila diorang berdua berbual dalam telefon? Jasmin sudah ada telefon bimbit sendirikah? Arif menarik nafas panjang.

“Tapi…macam mana kau boleh jumpa rumah ni?” soal Jasmin seakan tidak percaya. Ali menunjuk kearah Arif yang berada di depan mereka.

“Kau ingat lagi tak, aku pernah baca namecard abang kau? Alamat tu aku hafal. Jadi, tadi aku terjah terus kat office abang kau..” kata Ali sambil tersenyum lebar.

Wahh!Wah!!! Dah macam cerita jejak kasih lah pulak diorang ni…. Arif membetulkan duduknya yang tidak senang. Dia berdehem sekali dua, agar kedua2nya sedar diri bahawa ada orang ketiga diantara mereka berdua.

“Aik..kau masih ingat? Sweetnya…” Jasmin memandang Ali lalu mengukir senyum.

Berjumpa teman lama buat dia rasa bahagia. Terdapat satu perasaan gembira yang sukar untuk diluahkan.

Arif mendengus. Aku berdehem punya kuatpun, masih mereka tak perasankan aku kah?

“Uhuk! Uhuk!!!” kali ini Arif berpura2 batuk pula. Barulah Jasmin dan Ali menoleh.

“Apa hal antara hidup dan mati tadi? Serius sangat bunyinya..” kata Arif sambil menyilangkan kakinya memandang Jasmin dan Ali.

“Oh yalah! Aku lupa pulak! Nampak muka kau Jas, terus semua ingatan aku hilang..” bebel Ali. Segera dia menyelongkar beg sandangnya mencari sesuatu. Jasmin terintai2 perbuatan Ali.

“Terengg!!!” Ali melayangkan sekeping kad di depan mata Jasmin. Arif memandang dengan rasa kurang enak. Jasmin terpegun melihat kad ditangan Ali. Dia sendiri hampir lupa mengenai hal itu.

“Aku tahu, kau mesti rasa terharu kan? Haa..tulah…” kata Ali lalu menyerahkan kad pengenalan baru yang dipohon oleh Jasmin dahulu. Jasmin memegang kad tersebut lalu dibeleknya.

“Tapi..macammana kau boleh dapat ambil?” soal Jasmin hairan. Wajah Ali dipandang lagi. Ali senyum.

“Alah..tukang jaga kaunter tu, kawan aku. Aku ting tong dia sikit….kemudian dapatlah,” kata Ali lagi. Jasmin mengukir senyum lagi. Menawan sungguh senyuman itu dimata Ali. Arif pula menarik nafas marah. Entah mengapa, moodnya berubah 180 darjah.

“Thank you….” Panjang dan menggoda ucapan terima kasih diucapkan dari bibir Jasmin. Naik berdesing telinga Arif mendengarnya. Ali pula tersengih2. Kembang lubang hidung diberikan penghargaan.

“Demi kau Jas, aku sanggup buat apa saja..” kata Ali.

Uwweeekkkkk!!!!Arif terasa seperti hendak menjolok anak tekaknya sendiri. Cepat2 dia bangun dari sofa.

“Abang ke dapur sekejap. Panas pulak kat ruang tamu ni…” kata Arif lalu berlalu pergi. Jasmin mengangguk saja. Tidak mengambil peduli kata2 Arif.

Ali tersenyum simpul melihat perlakuan Arif. Jasmin disisinya dipandang. Ali mengukir senyum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2011 08:04 PM | Show all posts
“Apa Jas sembang dengan Ali siang tadi lama sangat?” soal Arif sebaik melabuhkan punggungnya disebelah Jasmin yang sedang membaca buku di bilik bacaan. Bilik bacaan yang berukuran 30 kaki persegi tak ubah seperti perpustakaan mini dengan rangkaian buku2 yang tersusun kemas dirak sendiri.

Pintu bilik ditutup rapat. Enggan mengganggu Datuk Muhaiyeen dan Datin Zaharah yang sedang berbual dengan Mak Esah di luar. Jarak bilik bacaan dengan ruang tamu kedua rumah itu, tidaklah berapa jauh.

“Sembang2 biasa saja,” balas Jasmin sambil menyelak helaian buku yang dibacanya. Arif memandang Jasmin didepannya.

“Dia dah balik Tioman sekarang?” soal Arif . Jasmin menggeleng. Dia memandang Arif didepannya. Arif mengerutkan dahinya.

“Dah tu?” soal Arif.

“Dia dapat kerja kat sini. Sekarang dia sewa rumah kat Cheras,” kata Jasmin.

“Kerja apa?” soal Arif ingin tahu. Jasmin senyum.

“Posmen. Dia dapat kerja dengan POS Malaysia,” kata Jasmin. Arif terlopong.

“Dia kata, dia dah lama mintak kerja dengan POS Malaysia tu. 2 tahun tunggu, baru dapat,” tambah Jasmin.  Arif terdiam sambil merenung Jasmin. Tidak tenteram hatinya dirasakan. Dia menongkat dagunya merenung Jasmin pula.

“Wah..seronoklah Jas kali ni. Buah hati dah ada depan mata..” kata Arif. Pantas Jasmin memandang Arif dengan pandangan tajam. Matanya yang galak merenung tepat ke mata Arif. Kelu lidah Arif melihat renungan itu. Jasmin telah memukau pandangannya.

“Abang janganlah cakap yang bukan2…” marah Jasmin perlahan. Gemuruh dada Arif tiba2 mendengar suara itu. Dia menarik nafas dalam2. Jasmin kembali membaca. Arif merenung Jasmin yang sedang membaca buku.  Wajah manis itu ditatap tanpa puas.

“Oh, lupa nak bagitahu abang…Jas dah dapat lesen L,” kata Jasmin lalu senyum lebar. Arif tergelak.

“Lesen L? Ingatkan dah dapat lesen penuh…” kata Arif. Jasmin menarik muncung.

“Eh, Jas dah ada telefon sendiri ya? Tak bagitau abang pun….” Soal Arif. Dengan Ali kau bagitahu ya…

“Abang tak tanya…” balas Jasmin pendek.

“Ah, whatever. Apa nombor telefon Jas?” soal Arif lalu mencapai pensel kontot di atas meja lalu bersedia untuk menulis. Jasmin tersenyum. Pensel ditangan Arif diambil. Arif dan Jasmin berpandangan bila tangan mereka bersentuhan.

Jasmin menulis beberapa nombor di sekeping kertas lalu menghulurkan kepada Arif.

“Nombor telefon Jas. ..” kata Jasmin. Arif meneliti nombor yang tertera dikertas. Jasmin dipandang. Senyuman diukir lagi. Jasmin bangun seraya menutup buku.

“Nak kemana?” soal Arif terpinga2.

“Tidurlah. Dah malam ni….” Kata Jasmin sambil membuka pintu bilik bacaan. Arif melopong. Niat hatinya untuk memanjangkan lagi perbualan mereka terbantut. Satu keluhan dilepaskan sebaik tubuh Jasmin menghilang dari pandangannya. Arif memandang nombor telefon yang tertera di kertas ditangannya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 08:52 PM | Show all posts
thanks fizi for the nice entries.  dapat tidor lena cket mlm nie{:1_137:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2011 08:58 PM | Show all posts
cerita ni makin lama makin panasssssss!!!
Nak lagi, tak cukup!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 09:12 PM | Show all posts
saya bersependapat dengan blings, nak lagi ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2011 09:30 PM | Show all posts
wahh...dah nak berputik bunga2 cinta....
sambung lagi fizzy....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 09:34 PM | Show all posts
Arif rasa tak senang dah tu..... come on Ali, bagi Arif tak lena sikit........
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 09:42 PM | Show all posts
jual mahal lagi .... jangan menyesal kalo terlepas
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 08:09 AM | Show all posts
jual mahal kang datin kahwin kan adik sayang dgn ali melepas abg baik hati hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 08:13 AM | Show all posts
Arif rasa tak senang dah tu..... come on Ali, bagi Arif tak lena sikit........
cewey2 Post at 24-3-2011 21:34


  


   alolorr sian arif
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 08:30 AM | Show all posts
cepatlah terus terang ARIF oiii...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 08:31 AM | Show all posts
TQ fizzi ....

arif dah mula tak senang duduk
almaklum ali dah dekat ngan jasmin ...hihihihi

jgn tunggu lama2 arif nanti gigit jari ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 08:51 AM | Show all posts
best arif da mula cemburu...gelak dpn komp bce en3 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2011 08:57 AM | Show all posts
Jas dan Ariff dah menceriakan
pagi Jumaat uda...
TQ fizzi
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 09:24 AM | Show all posts
salam... n morning...
thanks for the n3.
sambung lah lg fizi.... x sabar nie nk tgk arif berterus trg ngan min... tp arif nie lmbat sgtlah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 09:25 AM | Show all posts
mawar mesti confuse dah Arif ngan Amir (Anak cikgu Zul)..
cmf_norb_ina Post at 24-3-2011 09:15



malunya, tersilaplah pula....
tgh geram kat sarah, bila masuk rumah lain, terbawa2 karakter org lain....
thanks, tlg betulkan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 10:16 AM | Show all posts
wah..xpuas..nak lagi..hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.330590 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list