|
wah wah wah.........
seronoknya lisa dpt keje balik |
|
|
|
|
|
|
|
dah hbs merayap fazs?? sambung lg la....
xbaik tau berjln umah org lama2. kitorg ni lain la... xde assignment.. |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu seronok lisa bershopping
nak gi shopping gak.... |
|
|
|
|
|
|
|
tq fazss for the n3..best.. |
|
|
|
|
|
|
|
a'kum..semua... rindu fazss ke rindu Lisa ni?? hehehe....
terima lah..terbaik dari Ladang Fazss
***********************************************************************
Setelah 2 minggu bersidang, pelbagai ragam dapat dilihat menerusi setiap patah kata dalam mahkamah ini. Lisa mulai rasa kepenatan terpaksa berulang alik dari mahkamah dalam keadaan kandungan yang telah pun mencecah 5 bulan. Hati mula tertanya2 apa kah keputusan akhir hakim nanti.
Dalam tenang, ada saja yang ingin menganggu. Muncul kelibat kereta yang amat di kenali, janda hangat aka wanita birah. Aku tidak terkejut melihat Kira yang keluar dari kereta itu, memang Mak Som sudah pun memaklumkan tadi. Anak kandung dia, biar lah.
“mama..” Kira berlari dengan patung bear besar di dukungnya.
“besarnya..”
“mummy beli tadi”
“hi..” Lisa memandang Karina, saje bertegur sapa.
“hi…”balas nya sambil memimpin Kira masuk. Kira yang pada mulanya ingin duduk bersamaku di laman tertarik. Kesian nya. pasti sakit.
Tumpuanku melata di jatuhan air di kolam buatan di sudut laman. Damainya di sini. Sejuk berlindung disebalik kehijauan yang merimbun.
Lisa ke biliknya membersihkan diri. Shah biasa akan pulang pukul 6, jadi Lisa ada masa 1 jam lagi bersiap menyambut kepulangannya. Itu lah rutin sejak kena kuarantin di rumah. Namun ia tidak sedikit menyusahkan Lisa, malah ia amat membahagiakan.
Melihat wajah tenang suami setiap kali melangkah keluar, melihat wajah manis suami setiap kali melangkah masuk. Melihat jam, Lisa belum terlambat. Senyum lebar dia terus melangkah.
Langkah terhenti melihat adegan yang tidak di sangka. Kenapa wanita birah tu tak balik lagi, ini bukan lagi tempatnya! Angin panas menerpa. Karina membuka pintu ketika Shah pulang. Bermakna, Karina orang pertama yang di lihat, oh sakit sungguh hati ini.
Kekakuan Lisa dapat di hidu oleh semua yang ada, Shah, Karina, Mak Som dan Kira. Karina tersenyum senang, impian tidak di sangka menjadi. Tidak perlu langsung dia plan apa yang berlaku. Shah seolah tidak sedar di alam nyata.
Lisa tidak menghadap suaminya seperti petang2 yang lalu. Hati panas dan membara di bawa ke dapur. Sengaja dia sibukkan diri menyiap minum petang untuk suami dan wanita birah itu. sedap2 nak pegang laki orang. Tahu lah dia pernah pegang dulu tapi sekarang dia dah tak ada hak! Kenapa sibuk lagi! Benci2!
Setiap perlakuan jelas hati yang panas. Sudu , cawan, cerek habis di hentak2.
“sayang..” Shah melangkah mendekati Lisa yang mengacau jug air. Lisa menjauh. Gerak tangannya pantas. Namun jangan kata suara, renungan pun tidak dihadiahkan buat suaminya.
“sayang…” sengaja Shah merangkul pinggang Lisa, agar Lisa tidak bergerak lagi.
“tak nak salam I ker?” senyap.
“tapi I nak cium u, stop!” terhenti perbuatan Lisa, baru tersedar Shah di sisinya. Kemarahan yang melampau, membuat dia tidak sedar langsung kehadiran Shah. Muka Shah di pandang pelik, ciuman itu seolah menyedarkan nya semula ke alam nyata.
“biar I angkat”
“tak apa Lisa boleh lagi” malas nak tunjuk lemah pada wanita birah di depan sebenarnya.
“don’t! ambik briefcase I simpan”
“tak simpan lagi?” Lisa memandang pelik pada Shah. padahal bilik kerja berada diantara ruang tamu dan dapur. kenapa tidak terus disimpan tadi.
“biasa my wife yang simpan, entah hari ini kenapa” sempat lagi Shah menyindir. Lisa menjegilkan mata.
Malas nak melayan, dulang air Lisa biarkan pada Shah, lisa terus menyimpan briefcase Shah yang di letak di kaunter dapur ke bilik kerjanya. Tiba di ruang tamu, Lisa menyertai mereka. Lisa agak senyum apabila melihat riak muka Mak Yah yang terkejut dengan kehadiran Karina. Mak Yah baru pulang dari aktiviti bersama kawan2nya, mukanya tampak penat.
“so u datang sini buat apa?” berterus terangnya En Hubby ini. Lisa yang terkejut melihat kearah muka Shah di sisi. Shah faham renungan itu, menepuk lembut lengan Lisa, ‘don’t worry’.
“saje, tak boleh?” lembut, lemah gemalai. Walaupun usianya baru awal 30an namun cara berpakaiannya menampakkan seolah dia seperti 40an. Terlalu matang. |
|
|
|
|
|
|
|
“tak boleh!” tegas balasan Shah, nak terhambur rasa tawa Lisa melihat riak muka Karina.
“sampai hati u tak bagi I jumpa anak I”
“hello, tak faham bahasa melayu, nak I cakap bahasa siam ke? I cakap tentang datang sini, bukan nak jumpa Kira” angin Shah mula tinggi. Kira mula terkebil2 apabila nama nya di sebut.
“Kira..papa tak bagi mummy datang sini jumpa Kira” sengaja Karina pergunakan Kira. Kira mula melangut melihat mama, papa dan mummy. Otak nya cuba merencanakan apa yang didengari tadi.
“papa tak bagi mummy jalan2 dengan kira ke?” Kira memanjat papanya.
“kesian mummy kan..” Karina sengaja membuat muka sedihnya. Shah sudah berdengus, Lisa resah.
“bukan papa tak bagi keluar dengan mummy, tapi mummy tak boleh masuk sini sesuka hati” agak sukar untuk Shah terangkan keadaan yang rumit pada si kecil ini.
“kenapa?” petah nya dia bertanya. Shah sudah pun mati akal.
“Kira ingat tak kisah Mat dan Minah yang mama cerita dulu?” mujur Lisa ada akal. Kira mengangguk.
“ingat tak kenapa Mat tak boleh jumpa Minah lagi?” sekali lagi kira mengangguk.
“macam tu la mummy dan papa” Shah dipeluk, walau agak pelik shah membalas juga, mata nya mencari jawapan di wajah Lisa. Lisa mengedip kan mata dan tersenyum.
“Kira tak akan bagi mummy masuk kalau mama tak ada. Don’t worry” Kira cuba mendapatkan Lisa, kejap pelukannya.
“tengok Shah, entah apa yang di hasut Lisa. Kira boleh cakap macam tu pada I” Karina berbunyi. Mendidih Lisa mendengar, nasib ada Kira kalau tidak nak juga di ganyam wanita birah tu.
“Kira, kenapa Mat tak boleh jumpa Minah?”
“Mat dengan Minah bukan suami isteri lagi. Jadi dosa kalau Mat dan Minah duduk berdua2 an. Kalau bukan suami isteri atau ada talian darah tak boleh duduk dekat, tak boleh duk tempat tersembunyi , tak boleh duduk tempat tak ada orang nanti ada syaitan. Syaitan jahat. Dia suka kita buat dosa. Minah ngan Mat pun tak boleh pegang2, dosa….” Panjang lebar jawapannya.
“puas? I hanya ajar anak I tentang agama Islam, I ajar dan dia praktikal kan, I pantau” sindir Lisa. Shah dah tergelak mendengar jawapan anaknya. Sekecil ini dia amat bijak. Walau ayatnya keanakan, namun penuh intipati nya.
“sampai hati Kira tak bagi mummy datang” Lisa tahu, Karina masih membakar hati mereka.
“sorry mummy. Mummy macam Mat. Kan mama?” Lisa mengangguk, syukur ajarannya menjadi.
“mummy bukan isteri papa lagi, dosa pegang papa. mama, Kira ngan nenek aje boleh. Kan mama?” Lisa menangguk.
“kalau mummy jadi isteri papa semula, Kira suka?” sungguh tak malu Karina. Jelas senyum di muka nya, Lisa pula semakin membara. |
|
|
|
|
|
|
|
“mana boleh..papa dah ada isteri la.. mama” selamba jawapan Kira membuat semua orang tertawa kecuali Karina.
Karina pulang dengan kepanasan bara nya sendiri. Tak sanggup nak dengar lagi syarahan kecil la tu. Karina2, Lisa mengeluh berat. Entah apa yang di cari Lisa tidak faham. Teringat pula pada kata2 Shah dulu, ada kisah antara dia, Karina dan Rusdi. Sampai hari ini ia belum terungkai.
***********************************************************************
ok tak?? cukup tak?? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fazss at 20-12-2010 11:13
terdouble..maaf....
terdouble?? boleh ke..ayat..ter + double.. ok la dak... heheh |
|
|
|
|
|
|
|
tq fazss for the n3..best..
qislea Post at 17-12-2010 19:41
terima kasih juga sudi singgah..jemput la baca.. hehehe air ambik kat dapur rumah sendiri ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
faszz next
suka brek mengejut
karina tu ntah apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu seronok lisa bershopping
nak gi shopping gak....
iwimz Post at 17-12-2010 17:38
shopping..dunia wanita.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah hbs merayap fazs?? sambung lg la....
xbaik tau berjln umah org lama2. kitorg ni lain la... xde ...
merahsilver Post at 17-12-2010 16:03
hehehe...merayap...joging skit2... |
|
|
|
|
|
|
|
salam fazs....tak sabar jugak ni nak shah citerkan hal dia dengan karina dan rusdi ... |
|
|
|
|
|
|
|
wah wah wah.........
seronoknya lisa dpt keje balik
uda08_za Post at 17-12-2010 15:49
tu la..benda yang dah biasa kita buat confirm ketagih kan... |
|
|
|
|
|
|
|
salam fazs....tak sabar jugak ni nak shah citerkan hal dia dengan karina dan rusdi ...
juliet80 Post at 20-12-2010 11:07
insya Allah...nanti sampai la.. tp ada knflik yang malang akan tiba.... angkara... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks for the n3...
cuma, sikit sangatlah... |
|
|
|
|
|
|
|
ada konflik lagi ke fazss?? |
|
|
|
|
|
|
|
faszz next
suka brek mengejut
karina tu ntah apa2
uda08_za Post at 20-12-2010 09:39
saje nak test brek..brek baru tukar.... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
thanks for the n3...
cuma, sikit sangatlah...
shahrinas Post at 20-12-2010 11:31
maklum la..musim banjir tak habis lagi kat sini..hehehe fazss agak beku weekend lps.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|