|
Realiti
Selalunya ditakuti
kerana tidak yakin pada diri
kekecewaan dirasakan mengakhiri
sedangkan belum pasti
apa yang akan terjadi
jadi
tempuhi realiti
dengan hati yang berani
teguh dengan jati diri
moga kejayaan yang menanti
itulah kekuatan diri
harus disemai dalam sanubari
jangan ditakuti akan realiti.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTiq3g-WE1Ee9YVKS7-XonAzoszSWDS_WjRXx8gy2c3P-XLm84&t=1&usg=__vYc1IXjzHkE_2CK4IL81_qJ_VbY=)
Tempe
sedap kalau dimake
hindange dale jamue
membangkitkan selera teme
nak-nak yang wak adon sedia ke
make nasi dua tiga pinge
perut bucit takdok pingge.
~Goldkey~
p/s baca ikut slang klate. |
|
|
|
|
|
|
|
Tempe
sedap kalau dimake
hindange dale jamue
membangkitkan selera teme
nak-nak yang wak ad ...
Goldkey Post at 24-10-2010 13:16 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Ooo aloh,
cikgu weh,
hok tu jah hok ambo bulih,
tok mace Mat Salih,
make segalo sapa bebuih-buih,
seda-seda inguh meleleh,
kaki tekaih-kaih.
~GRP~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTzn347sXLJpar2XaCtymia4d3Fkn1hkz0VMwdIc8HM4On81wc&t=1&usg=__VjywdkO6jXhrZNvZd6-d3W3Da4I=)
STPM
Saya doakan untuk kalian
Tabah dalam menghadapi peperiksaan
Peluang sedia terhidang
Memberi anda ruang mencipta kejayaan.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRCWwzJ_LH_2h36ojiOSFdAEfjtgWYNWrsnOsQzmo7hr-TppNY&t=1&usg=__Es-lYLXNMHHAXOUfSGJBGVPJfso=)
Mata hati
Bisakah mengerti?
apa yang terjadi
di alam realiti
dikhuatiri
tersalah menaksiri
hati jadi berduri
menyalahi takdir diri.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQdjQTz4GSE4XwJ16mtmqCPW0HHz_H5wYWk8mtBbJbmA9bLiqg&t=1&usg=__gR81J6PYkrtjKcWFBPpbos_N_G0=)
Misteri
Suatu yang tidak pasti
bisakah ditemui
jawapan pada pertanyaannya hati
apakah ilmu cukup tinggi?
menyelesaikan suatu misteri
yang sering kali menghimpit diri
menganggu dalam mimpi
terbayang-bayang di siang hari
igauan mengacau memori
apakah kita sedang diuji?
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQsEffphdmsoGmjksSqY0EtyA4pUPF5kqw1jS9V1sI7NNpfTy8&t=1&usg=__j4NafwvWs0yysB0HwWzyvjpbM6c=)
Laut Kasih XII
Hatiku berbunga-bunga
bila kau mencurah kasih mesra
itulah impian dari masa ke masa
menikmati keasyikkan asmara
limpahan cinta dari laut kasih kita
moga terus menerus bertahta
dalam alunan ombak samudera rumahtangga
sejahtera dan bahagia
ciptaan bersama.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 24-10-2010 21:46
Derita,
Sabar dan redha,
Semuga terhapus dosa,
Biar duka,
Jika bawa ke syurga,
Sihat menduga kita,
Waspada,
Entah esok, entah lusa,
Atau bila-bila,
Tiba-tiba tiada,
Pastikan sentiasa bersedia,
Selamat di hari muka.
~GRP~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTCMddIAmwmu8YtLVbDkjLh9brqSo-086-7HqTZNXNkyUc_sd8&t=1&usg=__mBRxgxJrTrGkkiYsKirCpcQGBY8=)
Teruskan mencari
Teruskan mencari
bahagia yang hakiki
dalam hati yang sukar mengerti
terdetik di nurani
ke mana hendak dijelajahi
menyelusuri jalan penuh duri
mohon janganlah tempuhi jalan mati
ditemukan bahagia di bawa ke alam abadi
moga berseri-seri bila menghadap Ilahi.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRVYnxREIy-A1qRmHXlajjisRpU0TUddtcnQw0n-5mCfUxPbd8&t=1&usg=__IfBRhu6729YLiVWCQ-JTfnUw1Vs=)
Mohon diri
esok tulis lagi
malam sudah berdiri
aku masih duduk di sini
meneliti puisi-puisi
memperbaiki kesilapan sendiri
jadilah pusi bermutu tinggi
bagus dibaca menarik hati
para tetamu yang dihormati.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 26-10-2010 22:39
Misteri
Suatu yang tidak pasti
bisakah ditemui
jawapan pada pertanyaannya hati
apakah ilmu ...
Goldkey Post at 24-10-2010 14:20 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Hidup memang
suatu misteri
yang berlindung
di balik bayang-bayang
kehidupan
beradu tenagalah
setiap insan
mencari makna mimpi
yang datang
menjenguk tanpa diundang
meneka dalam firasat hati
bak nujum tiada jawabnya
hanya renungan
yang berbaki
mentafsir mimpi
yang tidak pasti
ujian ini hanya secebis
dalam menguji
tiang keutuhan
yang berpasak di hati kita
usah berkhayal dan mengharap
tanpa ada gunung dan lurah usaha
yang memberi kita kekuatan
agar mata hati
terarah
walau dalam kesempitan
kita mampu mengharung
perjalanan ini
tafsirlah
mimpi kita sendiri
dengan menyelak
helaian hikmah
yang Dia anugerahkan
hidup dan kehidupan
nyawa dan kekuatan
pintu dan jalan....
~GRP~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jangan hanya
punyai isi hati
tapi perlu ada pengisiannya
dalam bertarung
dengan kejengkelan hidup
yang semakin mendesak
dan mengikat kita
dengan rantai-rantai
kesesatan duniawi
dengan bisikan
dan ajakan meterialistik
biar kita seru
dengan kudrat
yang hina ini
agar jalan kita
tidak ditutup
di tengahnya
yang akan menyimpangkan
haluan hati
dan kata fikir
biar renungan kita
mengalirkan darah
dari satu titik keinsafan
dari terbiar jauh
dengan keseronokan
yang tiada akan dihitung
kelak dengan butir-butir pahala
berlari atau berjalan
kita pasti berada
di medan pertandingan
menang atau tewas
yang pasti....
padaNya kita akan kembali.
~GRP~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sesekali
Sesekali
lihatlah ke dalam diri
dengan mata hati
ke dasar sanubari
adakah jati d ...
Goldkey Post at 22-10-2010 15:49 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Sesekali biar bererti
sesekali itu
yang amat menakutkan
sesekali datang dan pergi
sesekali menyesali diri
sesekali terhumbannya kita ke tepi...
lumrah kehidupan
biar bernama yang enak
biar bertandanya yang indah
biar berakhirnya dengan senyuman
biar berjumpaNya dengan berbekal
jangan sesekali kita mencuba
hanya sekadar untuk
menguji diri
bimbang sesekali
kita akan terbabas
tanpa sempat berpatah
dan mengucap kalimah syahadah
jangan cuma sesekali
kita berdoa
akan menghirup kedinginan Al-Kauthar
biar berpanjangan
dalam menzahirkan zikir membasahi halkum
walaupun dalam kemarau dan kekeringan
biar hingga kita
meneguk nafas terakhir
dalam hembus yang hanya
menyebut namaNya...
~GRP~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRzFwLEcFaIa-Nsg7gmc-lL4zfMhtsQVW7et5RH9KW1eAh0uaM&t=1&usg=__eMlHd4kl0iauMWEAEzIlpdlTZiI=)
Yang pergi tak kembali
Tiba saat itu
kita akan pergi
menemui Ilahi
tidak cepat sedetik telah diketahui
tidak lewat sedetik telah diketahui.
Usah ditangisi
yang terlah pergi
biarkan mereka bersemadi
doalah yang sepatutnya mengiringi
pemergian usah diratapi
jadikan iktibar kepada diri
kelak kita juga akan tempuhi
bersedialah dengan segala amal terpuji
moga mendapat keredhaan Ilahi.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS15GM7juZ5rb95hlsFgZZVjGcOPQsiRrWhPYnL-le7JeEK4SY&t=1&usg=__nWNJvVpsNV-9AQeSPmu5Zm2GidA=)
Syukur kepada ALLAH
Pada pagi yang indah
langit membiru tanda hari yang cerah
awan putih nipis berarak satu arah
rasa damai di hati hilang gundah
syukur kepada Ilahi yang menganugerah
mengurniakan alam yang bersih lagi indah
beri kekuatan untuk terus bermuhasabah
meningkatkan amalan meninggalkan yang bidaah
moga kita jadi sebaik-baik ummah
yang dilindungi dari segala musibah.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Piala Malaysia 2010
...Sokong Biar Bijok
Jange Tunjuk Manggok
Oghe Kelate Bukan Manggok
Sarang Tebuan Jange Sapo Gi Jolok..
......Oghe Kata kito Katok guna botol arak
Yo lo ko,
biso demo
kalut gitu pon bulih nampok
Jange caya lah sekian adik kakok
Botol budu tuh dio kato botol arak..
~GRP~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pada petang yang lesu
aku duduk di sofa yang lumu
mencicah asam hilangkan peningku
membaca puisi sebahagian hidupku
tiada jemu mengulang-ulang bertamu
menggarap puisi buat tetamu
menenangkan hati yang haru
pada urusan bercelaru.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 25-10-2010 16:10
![](http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTnVNlbzhlsJFSwXbdyoexiPRojiyufDnDxAySZC4y54p7sV3s&t=1&usg=__NVjZI45GtI5izt50tcpAyxUHWY0=)
Tali ikatan
Kusandarkan harapan pada bahunya kasih
moga tidak rebah tiang harapan ditiup taufan cemburu
berdiri teguh pada tautan kasih yang menyimpul mati
terikat kejat pada tugu cinta yang dibina atas tapak persefahaman
usah gundah di hatimu wahai kasih
kupertahankan janji dilafaz
buat menyambut huluran tangan cinta
moga tumbuh pohon kepercayaan di ladang jiwa
yang berbuah kesetiaan sepanjang musim
membekal segedung rasa ketenangan
mengukuh tali ikatan
tak terputus dek hirisan
terus merentas setiap perjalanan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 28-10-2010 19:53
Kepahitan masa silam
Kepahitan masa silam
memberi aku kekuatan
merempuh gelombang ombak di lautan
menempuh badai dan taufan
untuk sampai ke seberang
dalam mencari keredhaan Tuhan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQdLkv4p22vabd2zJZ1o5VmHXlu3nw-dQXLcaUNJZodUye44fg&t=1&usg=__zKqi-IK7xQLItNFam10DGhqsZBU=)
Hujan bersuara
Petang ini
hujan bersuara duka
seakan menyatakan rasa
bantahan pada alam yang dinoda
kita yang tidak peka
mencemari alam semesta
tidak menghormati sistem yang ada
mencapai kesimbangan setiap masa
itulah aturan alam yang kena jaga.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|