CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: satusembilan

~ LIVERPOOL FC : You'LL NeVeR WaLK aLoNe ~

   Close [Copy link]
Post time 8-12-2010 08:04 AM | Show all posts
Hodgson tabik kelibat Babel


2010/12/08




REAKSI Babel selepas meledak ketika menentang Aston Villa di Stadium Anfield, kelmarin. Liverpool menang 3-0


LIVERPOOL: Roy Hodgson menghambur pujian ke atas kelibat Ryan Babel membantu Liverpool menang 3-0 ke atas Aston Villa, kelmarin pada hari yang menyaksikan Gerard Houllier mengalami detik sengsara dalam kepulangannya ke Anfield.

Penyerang Belanda itu kebetulan mendapat peluang tanpa kelibat Fernando Torres yang tidak dapat beraksi kerana bersama isterinya, Olalla yang mahu melahirkan anak kedua mereka.

Apapun, ketiadaan Torres serta kapten, Steven Gerrard tidak dirasai Liverpool dengan tiga jaringan menerusi David Ngog, minit ke-14, Babel, 16 dan Maxi Rodriguez (m-80) melonjakkan pasukan ke tangga kelapan dalam carta Liga Perdana Inggeris.


“Saya kagum dengan persembahan pasukan ini yang menyerang dan bertahan baik sepanjang tempoh permainan,” kata Hodgson. “Dalam setiap kemenangan pasti ada persembahan individu yang baik dan saya tidak pernah mengetepikan Babel. Dia tidak dipilih kerana kami ada Steven dan David (Ngog).”

Sabtu ini, Liverpool akan berkunjung ke Newcastle - barisan yang bermasalah selepas pengurus pasukan, Chris Hughton dipecat. Kini, dua pengendali - iaitu bekas pengurus Tottenham, Martin Jol dan Alan Pardew disebut sebagai calon pengganti. – Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2010 09:19 AM | Show all posts
aku tgk game tu.. bangun kol 4 pagi.. bukak2 tv dah minit ke 11.. minit ke 14 ngog skor flying header.. minit ke 16 babel plak skor..

rumusan aku pasal game :

1)lucas nampak live, lebih banyak control ball compared to meireles..
2) Abe soto dinafikan gol oleh collins di garisan gol.. chis chis chis
3) hampir 50% pemain di dalam padang adalah berkepala botak. mereka adalah, reina, konchesky, meireles,skrtel, ngog , friedel, collins, luke young, agbonlahor, carew dan ireland
4) reina dan maxi dah mula berfesyen lilitan di tengkok

selepas menjaringkan 2 gol.. liverpool nampak selesa dan mula main-main.. hampir dihukum oleh aston villa.. kalo villa dapat gol smangat sure sentap pak roy.

kemasukan joe cole yang sangat lambat tidak membawa impak apa apa.. lebih sekadar latihan kecergasan..

konchesky sememangnya left back yang capek.. 2 kali kene outrun kat side sendiri oleh agbonlahor yg pacenya lebih dari konchesky botak taraguna..

tapping gol dari maxi adalah gol terchantek dalam perlawanan tersebut.

sekian ulasan dari pengulas tak bertauliah
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 11:02 AM | Show all posts
Reply 702# hardeyboyz


like..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 11:03 AM | Show all posts
'Saya tak lupakan Babel'


2010/12/08




BABEL (kiri) jaring gol kedua ketika Liverpool bertemu Villa di Anfield.


Peluangnya terhad dengan kehadiran Torres, Ngog: Hodgson


LIVERPOOL: Roy Hodgson masih percaya dengan keupayaan Ryan Babel selepas pemain kelahiran Belanda itu memulakan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sulungnya musim ini dengan meledak gol ketika Liverpool membelasah Aston Villa 3-0 di Anfield, kelmarin.

Babel yang dilaporkan akan meninggalkan Merseyside pada jendela perpindahan Januari ini, membuka peluang jaringan penyamaan Milan Jovanovic ketika seri 1-1 bertemu Steaua Bucharest minggu lalu dan terus mengukuhkan reputasinya ketika menentang Villa tatkala Fernando Torres terpaksa bercuti selepas isterinya melahirkan anak kedua.

David Ngog meledak gol pembukaan The Reds pada minit ke-14 sebelum Babel menjaring gol kedua, dua minit kemudian diikuti jaringan Maxi Rodriguez pada babak kedua yang mengesahkan kemenangan dan mengangkat Liverpool ke tangga kelapan liga.

“Saya tidak pernah melupakan Babel,” kata Hodgson. “Peluangnya semakin terhad dengan kehadiran Torres, Ngog dan Steven Gerrard. Saya menerima keputusannya mahu beraksi di bahagian tengah dan dia menjalankan tugasnya dengan baik ketika bertemu Bucharest.”

Villa pula semakin nazak selepas hanya menang sekali dalam 10 pertemuan liga, yang memberikan tekanan buat pengendali 63 tahun yang juga bekas pengendali The Reds, Gerard Houllier.

“Kami perlu menganalisa beberapa masalah di dalam pasukan dan salah satu masalah itu ialah kami perlu bertahan dengan lebih baik sebagai satu pasukan,” kata Houllier yang pernah membimbing Liverpool merangkul kejayaan Piala FA, Piala UEFA dan dua kejuaraan liga ketika enam tahun di Anfield, antara 1998 dan 2004.

Hodgson turut mengucapkan tahniah kepada Pepe Reina yang mencatat sejarah menjadi penjaga gol terpantas Liverpool melakukan 100 penampilan tanpa bolos dalam kempen liga, menyertai legenda Ray Clemence dan Bruce Grobbelaar. – AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2010 11:02 AM | Show all posts
kalah 3-1
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 02:13 PM | Show all posts
Kalah lwn sape ni..?
Esok pg stay up tgk manu lwn arsenal..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-12-2010 02:54 PM | Show all posts
Reply 706# edmundo


kalah dgn newcastle...

game tue bukan awal pagi selasa ke?:re:
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 07:41 PM | Show all posts
mungkosssssssssss.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2010 08:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 08:51 AM | Show all posts
rumusan aku mengenai kota bharu lawan liverpool.

- liverpool main cam ayam.. tah hape hape.. x kreatif lansung..
- torres patutnya dah skor..1by 1 dgn inexperienced keeper cam krull tu.zzz
- gol liverpool adalah hasil usaha gigih dirk kuyt yang bernasib baik dapat assist dari pak sol cambell tua.
- 2 botak liverpool bertanggungjawab atas 2 gol pertama yang membolosi gawang liverpool.. mereka adalah skrtel dan konchesky!:@
- konchesky dan skrtel masing2 diherdik dan dicaci dek pengulas kerana kebodohan mereka dalam menjaga posisi masing2.. utk 1st gol.. konchesky telah dilabel oleh pengulas " poor defend by him.. he should have been in front facing off the attacker.. not behind him! " .. yang skrtel plak " he doesnt know how to defend..such an offence such directly point to penalty..( merujuk kepada waktu skrtel cuba sepak bola waktu ranger tengah guna kapla.. gila skrtel..kaki terjah muka ranger.. mujo ref x nampak..
- gol ke 3 newcastle.. aku heran camna pemain liverpool macam kena jampi la biar carrol pegang bola almost 5 second!!.. sekor baju merah pun x nak masuk celen..
- pak roy hanya mampu mengusap muka berulang kali ( rubbing his face regularly)..apa la punya pak tua roy nih.. memang bangang.. nak jadikan liverpool fulham kedua.. away game takat ni menang 1 game aja.. pasni jumpa blackpool away game pun bungkus!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 09:31 AM | Show all posts
At 23-years-old Suarez is one of Europe's most coveted strikers. He scored a remarkable 49 goals in all competitions for Ajax last year and bagged three in the World Cup for Uruguay.
This season, he has hit 11 goals in 22 games this season, but has not scored since the middle of October.
In the meantime, Suarez has also been banned by Ajax for biting a PSV Eindhoven player and coach Martin Jol resigned last week, generating further uncertainty at the Amsterdam club which is already suffering from financial difficulties.
According to Italian website Tuttomercato, Liverpool have already made a
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2010 11:48 AM | Show all posts
Reply 710# hardeyboyz

gol pertama newcastle tue offside...
ref dan ass ref kat england 99% bodo...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 01:04 PM | Show all posts
ingatkan tim neh boleh menang sampai akhir sizen
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 04:04 PM | Show all posts
hahaahaha..mungkosss
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 04:07 PM | Show all posts
klu aku tau nak kalah teruk cam2...
bek aku layan indiana jones lg bes mlm tu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 01:38 PM | Show all posts
mlm ni wa gerenti...tak de aksi uncle roy...
mcm lwn kotabahru ari tuhh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2010 01:01 PM | Show all posts
Liverpool sekadar seri



TORRES sekadar memanaskan bangku simpanan ketika Liverpool seri tanpa jaringan dengan FC Utrecht di Anfield awal pagi semalam.



LONDON - Liverpool melengkapkan aksi pusingan pertama Liga Europa dengan mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang FC Utrecht di Anfield awal pagi semalam.

Begitupun, keputusan seri itu sudah memadai buat skuad The Reds melangkah ke pusingan kalah mati selaku juara Kumpulan K.
Liverpool yang telah melayakkan diri ke pusingan kedua sebelum pertemuan ini, merehatkan beberapa pemain utama termasuk penyerang Sepanyol, Fernando Torres.

Pengurus Liverpool, Roy Hodgson membariskan ramai pemain muda termasuk Brad Jones yang menggantikan tempat Pepe Reina untuk menjaga pintu gol dan Nathan Eccleston mengemudi barisan hadapan bersama-sama Milan Jovanovic serta Ryan Babel.
Pada awalnya, Hodgson bercadang untuk memberi peluang kepada Torres dan Reina beraksi pada perlawanan itu.

Begitupun dia mengubah fikiran pada saat-saat akhir, sekali gus menyebabkan kedua-dua pemain itu sekadar menyaksikan perlawanan tersebut di bangku simpanan.

"Hati saya telah berubah untuk menurunkan Torres," Hodgson.

"Saya telah membuat pertimbangan yang serius untuk menurunkannya tetapi saya telah berbincang bersama pakar kecergasan dan mereka menasihati saya supaya tidak melakukannya."

Turut mengekori Liverpool ke pusingan kalah mati adalah kelab Greece, PAOK Thessaloniki, Sevilla (Sepanyol) dan Napoli (Itali).
PAOK memperoleh slot itu selepas menang 1-0 ke atas Dinamo Zagreb dalam Kumpulan D manakala Sevilla seri 2-2 dengan Borussia Dortmund (Kumpulan J).

Sementara itu, Napoli memperoleh gol kemenangan tiga minit sebelum masa kecederaan menerusi Edinson Cavani untuk menewaskan Steaua Bucharest 1-0 dalam saingan Kumpulan K. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 03:23 PM | Show all posts
chris hughton dan sam allardyce dah disingkirkan.. pak roy bila lagi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2010 03:25 PM | Show all posts
Reply 718# hardeyboyz


lepas avram grant...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 04:55 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.062591 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list