CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U) - SAMBUNGAN ( SUDAH TAMAT)

   Close [Copy link]
Post time 3-8-2010 07:52 AM | Show all posts
morning sume.....
zafran_iman Post at 3-8-2010 07:36


Morning zafran.......
Salam sume................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2010 07:53 AM | Show all posts
aduiii dalam ketaksabaran dah ni mnanti smiley ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 08:13 AM | Show all posts
smiley...page makin lama makin banyak... tapi smiley idak juga muncul2... kemanakah menghilang
wahai smiley yang manis...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 08:19 AM | Show all posts
salam dan selamat pagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 08:27 AM | Show all posts
salam & muning sume....

smileyyyyyyyyyyyy.........................
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 08:35 AM | Show all posts
Salam dan selamat pagi semua.

Smiley makin nak habis makin seru nak baca ni.

Next   Next {:1_137:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2010 08:36 AM | Show all posts
x sabo rasanya nak tau...
apa yg LALA nak wat nie...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 08:37 AM | Show all posts
salam dan selamat pagi semua.
inagatkan dah ada sambungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2010 09:21 AM | Show all posts
Wowww...katanya cuma nak wat selingan....tp mcm2 konflik ada...
mmg best la kak Smiley ni...

kesian Izlyn nie...otak bijak tp...NGOK...apa sbb erk dia jd cam gini....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 09:26 AM | Show all posts
selamat pagi semua
{:1_144:}  kita minum kopi dulu....

.......................................................................................................
Ada  missed call dan satu SMS dari Najlah berbunyi “ Call Me. Urgent”. Adham makin gundah , lebih lagi bila Datuk Jalil memberitahu yang beberapa penerbangan dari KL telah di tunda. Besar kemungkinan jika cuaca buruk berlarutan, mereka bertiga juga tidak dapat pulang malam ini. Haru! Sementara menunggu makanan sampai, Adham meminta diri untuk menggunakan telefon. Kenapa Najlah cuba menghubunginya? Setahunya Najlah tidak akan menelefon kalau tiada hal mustahak. Panggilan yang di buat pada Najlah tidak berjawab. Dia mendail nombor pejabat dan minta di sambungkan pada Tasha. Kelegaan bila di beritahu yang Najlah menaiki flight lebih awal bertukar menjadi rasa ngeri. Mukanya pucat dan berkerut seribu mendengar cerita Tasha. Perutnya tiba tiba senak. Adoyaiii… masaalah besar! Dia mula menyesal menyuruh Najlah datang. Takut memikirkan apa reaksi Izlyn bila melihat Najlah bersamanya.

Adham kembali ke meja makan dan cuba menenangkan diri. Makanan sudah sampai dan masing masing galak menjamu selera.

“ Kenapa Adham? Ada masaalah?” tanya Datuk Jalil. Perbualan rancak di meja terhenti seketika. Bulu roma Adham menegak bila matanya bertembung dengan mata Izlyn. Izlyn senyum tersipu dan menundukkan mata.

“ Er.. tak. Ada call dari ofis” Seleranya terbantut walaupun aroma black pepper steak mencuit hidung. Dia membaca Bismillah, di ikuti doa sebelum makan dan ayat Kursi sebelum berani menjamah makanan. Baik berjaga jaga walaupun mustahil Izlyn meletak apa apa dalam makanannya. Banyak mata memerhati.

“Adham ni akitek paling popular di Karyabina. Kalau dia tak ada, tutup lah Karyabina. Dia jadi rebutan ramai, Datuk.” Shahrul mengenyit mata, di sambut tawa Datuk Jalil. Datuk Jalil seorang yang serius bila bekerja tapi di luar dia amat peramah dan kelakar. Tawanya berdekah dekah  boleh di dengari di seluruh ruang coffee house dan boleh membuat orang lain turut ketawa.

“ Wah.. you ni terhangat di pasaran lah  ya, Adham. Kalau you masih bujang dan I ada anak perempuan, boleh jadi menantu I” seloroh Datuk Jalil.

Kata kata Datuk Jalil di sambut dengan bunyi sudu dan garfu berkeletung. Semua mata tertumpu pada Izlyn. Muka Izlyn merah padam menahan amarah. Pelayan pantas membawa set baru menggantikan sudu garfunya yang terjatuh. Adham dan Shahrul saling bertukar pandang. Ahh… sudah! Penyakit dia dah mai dah. Janganlah dia buat hal depan Datuk Jalil.


“ Datuk ada berapa orang anak selain Jazlan?”  Adham menukar topik

“ Tiga. Semua lelaki. Jazlan yang sulung. Yang kedua dan ketiga masih belajar. Seorang di US, seorang lagi di New Zealand. Adham dah kahwin kah?”

Izlyn berhenti makan. Riak wajahnya seperti pelajar menunggu keputusan peperiksaan. Aku dengar desas desus yang Adham sudah kahwin tapi biarlah ianya cuma gossip.
“ Sudah tapi isteri saya tak ada disini. Er… dia masih belajar” tipu Adham. Aku harus lindungi Najlah. Shahrul memandangnya dengan hairan tapi tidak berkata apa apa. Dia tak pasti apa muslihat Adham tapi  dia tahu Adham mesti ada alasan yang kukuh. Setahunya Adham bukan spesis kahwin mengaku bujang. Wajah Izlyn berseri seperti pelajar yang mendapat 10A. Aku di sini, bini dia jauh. Ah… kacang lah. Mesti aku boleh dapat.

“ Oh… long distance marriage lah.” Celah Encik Subhan pula. “ Macam saya dulu juga. Lepas kahwin dapat tawaran buat Masters di US. Masa itu isteri saya tak dapat cuti. ”

“ Kasihan Encik Adham. Ada isteri tapi macam tak ada. Mesti sunyi kan?” Izlyn bersuara perlahan tapi cukup kuat untuk di tangkap Adham. Aku rodok budak ni dengan pisau aku kang! Makanan di mulutnya terasa pahit.

“ Kalau I, mesti tak tahan. You tak simpan spare  kah Adham?” Jazran mencelah. Bapanya mendegus.

“ Hishhh Lan, apa kamu cakap macam tu? Tak senonoh. Ha.. Adham, makanlah lagi. Takkan berhenti kot ? Teringat kat bini? Atau makanan tak sedap?”

Adham mengelap mulut dengan napkin. Separuh steak masih bersisa.
“ Bukan Datuk. Steak ni memang sedap. Tapi saya tak boleh makan banyak sangat, nanti mengantuk. Takut tertidur pula bila Imam berkhutbah”

“ I pula kalau tak makan pun tetap tidur bila imam berkhutbah. Tambah pula bila hujan lebat” sampuk Jazlan, di sambut dengan ketawa. Cuma Adham senyap sambil memandang ke luar. Hujan mencurah curah turun. Minta mintalah kapalterbang Najlah selamat sampai. Dia tersentak bila lengannya di sentuh. Pantas dia menarik tanganya. Eee… ini sudah lebih. Nak pegang pegang orang pula.

“ Encik Adham, saya nak buat apa masa orang lelaki  pergi sembahyang? Saya tak boleh ikut.” tanya Izlyn dengan mata yang di bundarkan.

“ Kamu rehatlah dalam bilik. Bukannya lama pun. Pukul 2.30 nanti kita dah nak start semula mesyuarat.” Jawab Shahrul bila Adham tidak menghiraukan  Izlyn.

“ Atau I boleh bawa you ke shopping centre. Izlyn tak pernah datang ke JB lagi kan?” Jazlan mempelawa.

“ Tak payahlah. Saya takut Encik Adham marah.” Izlyn menjeling manja ke arah Adham yang asyik membelek handphone.

“ Okay, kalau semua sudah selesai, kita ke masjid. Dah dekat pukul satu dah ni.” Datuk Jalil menandatangai slip kad kredit dan bangun dari meja, di ikuti yang lain. “ Kita naik kereta sama sama. Kereta ada kat basement”

Izlyn berjalan bersaing dengan Adham. “ Encik Adham, boleh temankan saya ke bilik?”

“ Pergilah sendiri. Takkan tak reti tekan butang lif. Saya nak cepat. ” Jawab Adham sambil berlari anak ke arah tangga untuk ke basement parking. Memang betul betul gila lah budak Izlyn ni. Lepas solat Jumaat nanti  aku kena buat solat hajat dan solat tolak bala.
……………………………………………………………….
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 09:34 AM | Show all posts
gila psyco tul minah izlyn ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 09:34 AM | Show all posts
ada ke perempuan macam ni??? macam terdesak sangat2kan buat malu kaum wanita je!
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 09:35 AM | Show all posts
Reply 710# sang_arjuna


    TQ n3. nanti jangan segan2 bagi lagi n3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 09:35 AM | Show all posts
Selang beberapa minit kemudian, Najlah  keluar dari teksi di hadapan Thistle JB. Doorman pantas membawa payung untuk melindunginya dari hujan.

“ Hey, Najlah!”  Terdengar suara lelaki lantang memanggilnya. Najlah menoleh. Seorang lelaki bertubuh gempal tersenyum lebar.

Siapa pula lelaki ini? Wajahnya macam pernah di lihat. Najlah cuba mencari jawapan tapi tak berhasil. Namun dia membalas senyuman.

“ Jazlan lah. You don’t remember me? Kita sama sama kat UITM dulu. I commander Kesatria.  ” Jazlan mendekatinya. Najlah tak banyak berubah. Gadis yang pernah  di minati di kampus bertahun dulu tetap cantik. Sudah berpunya kah dia? Tapi seingatnya Najlah bukan jenis yang ligat atau kuat bersosial. Bukan senang nak pikat walaupun aku ada Ferrari.

“ A’ah. I baru ingat. Dulu you selalu buli I masa kawad.. Dah lama kita  tak jumpa, ya. ” Mata Najlah meliar ke arah lobi hotel. Alamak, Izlyn sedang berdiri di satu sudut seolah menunggu seseorang. Harapannya untuk berjumpa dengan Adham hampa bila trafik yang sesak melambatkan perjalanan. Pasti Adham sudah ke masjid, nasib baik dia sempat menghantar SMS.

“ What are you doing in JB? You datang seorang saja?”

“ I..er… ada saudara I kahwin esok.”  Tak perlu lah nak jawab soalan kedua. Dari UITM lagi, Jazlan sudah terserlah ke buaya an nya. Maklumlah anak orang kaya berkereta mewah, ramai yang jadi mangsanya samada rela atau terjebak. “Jazlan, excuse me. I pergi check in dulu”

Seboleh bolehnya dia tak mahu terserempak dengan Izlyn yang sedang berlegar di ruang lobi.  Nasib Najlah tak baik, Izlyn terus melaung namanya.

“ Kak Najlah! Kenapa Kak Najlah boleh ada di sini? ” Izlyn memandangnya penuh curiga seolah kehadiran Najlah merosakkan rancangannnya. Najlah menarik nafas untuk menenangkan diri. Dia teringat apa yang di pesan Tasha tadi.

“ Saudara akak kahwin besok.. Jadi kakak bermalam di sini, sebab rumah dia penuh.  Izlyn buat apa di sini?” Kura kura dalam perahu, buat buat tak tahu.

“ Encik Adham ajak saya temankan dia. Dia ada mesyuarat dengan Parkway Holdings. Saya malas nak datang tapi dia pujuk juga. Kami datang pagi tadi.”

Ee… meluatnya aku. Najlah menahan geram. Macam lah aku tak tahu cerita sebenar.

“ Oh, camtu. Izlyn dah makan?”

“ Saya dah makan dengan Encik Adham.  Dia suruh saya tunggu dia di sini. Dia tak bagi saya pergi ke mana mana, takut apa apa jadi kat saya. ” Izlyn tergelak kecil. Gedik sangat bunyinya. Budak ni memanglah. Kalau tak sebut nama Adham dalam setiap ayat, tak sah. Dari ekor mata , Najlah nampak Jazlan menuju ke arah mereka. Najlah mengucap syukur. Tangannya gatal ingin menempeleng muka Izlyn.

“ Najlah, you kenal Izlyn?”  soal Jazlan dengan hairan.

“ Ya,  Kami kerja sama ofis  tapi I bahagian ID. “

“ Macam mana Kak Najlah kenal Encik Jazlan?” Izlyn bertanya  Bagus juga kalau  Jazlan mengorat Kak Najlah , dia tak boleh kebas Adham. Otaknya yang mereng membuat percaturan.

“ Kami kenal masa di UITM dulu.  Siapa tak kenal Najlah Fuad. Orang cantik , ramai peminat” Izlyn mencebik bibir dan membuang pandang seakan menyampah mendengar pujian Jazlan. Jealous lah tu. There is something weird about her, kata hati Jazlan.

“ Najlah, you dah makan?”

Najlah menggeleng. Perutnya berkeroncong hebat. Pergerakkan bayinya juga makin kencang. Aktif sungguh budak ni. Agaknya baby pun rasa nak tendang si Izlyn.

“ Okay, in that case you naik ke bilik dulu. I tunggu you di sini. Kita have lunch together. Lama tak berborak dengan you.” Jazlan tersengih. Jazlan memutuskan untuk menemani Najlah. Buang karan layan si Izlyn yang jual mahal. Macamlah dia lawa sangat.

“ Jazlan, I penat lah. The flight was very turbulent. I nak rehat sekejap.” Aku ni isteri oranglah cik abang oi.

“ Tak apa. I boleh tunggu. You take your time. I memang nak hang around here sebab 2.30 nanti I ada meeting. Malas nak balik rumah.”

Mamat ni tak pergi sembahyang kah? Dia bukan musafir. Uzur mungkin? Gasaklah. Tapi bagus juga  dia ada di sini. Boleh jadi pelakon pembantu dalam drama lakunan aku. Najlah terus ke bilik yang di tempah Adham.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 09:36 AM | Show all posts
izlynn tgh mengatur rancangan jhat dia tu
sib baik tasha dah ceterkan kat yem
yem pas solat jumaat berkurung je dlm masjid tu
elakkan diri dr minah sewel tu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 09:36 AM | Show all posts
Reply 710# sang_arjuna

Time kasih Arjune@ Smiley... Makin menarik...Nak lihat kebijaksanaan Adham sebagai lelaki sejati menangani
'kerenah kehidupan'... Ketua keluarga kan... mestilah bijak mengatur strategi & bijak menangani cabaran2 niih...

Terus maju Arjuna@ Smiley....

p/s- nak pesan kat Adham, lepas solat jumaat tuuh, ingat solat sunat 2 rakaat lepas jumaat & ber doalah banyak2 supaya manusia2 yg 'tak siuman' tuuh... di kembalikan hidayah & kembali ke pangkal jalan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2010 09:41 AM | Show all posts
Mamat ni tak pergi sembahyang kah? Dia bukan musafir. Uzur mungkin?Gasaklah. Tapi bagus juga  dia ada di sini. Boleh jadi pelakon pembantudalam drama lakunan aku. Najlah terus ke bilik yang di tempah Adham.
sang_arjuna Post at 3-8-2010 09:35


Ish..Ish..Ish... Jazlan niih... pegi solat jumaat dah...
   
Arjuna, pegi tegur Jazlan niih....heh..heh..{:1_115:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 09:42 AM | Show all posts
ada ke perempuan macam ni??? macam terdesak sangat2kan buat malu kaum wanita je!
ainahakimi Post at 3-8-2010 09:34


sebab tu iskandar sanggup jadi gay

mungkin juga ada sesuatu yg berlaku kat Izlyn ni... mcm sejarah hitam, kena abuse ke, kena rogol ke.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 09:44 AM | Show all posts
Reply 717# yasmin08

Datuk Jalil sibuk cari harta dunia
tak sempat ajar anak dia
lagipun Jazlan ni dah besar panjang, kena pakai akal, bukan fikir nak ngorat pompuan je
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 09:45 AM | Show all posts
sebab tu iskandar sanggup jadi gay

mungkin juga ada sesuatu yg berlaku kat Izlyn ni...  ...
sang_arjuna Post at 3-8-2010 09:42



    ala kawenkan aje minah sewel ngan boya darat jazlan tu
    smiley bt la scence izlynn kena tgkap basah ngan jazlan
    nampak cam jazlan cuba nk tackle lala plak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.059588 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list