|
sedihnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Saat ini, di lobi ICU ini, jiwa aku, hati aku, pandangan aku, fikiran aku, semuanya kosong. Semangat bagaikan direntap. Aku hilang arah dalam gelap.
"Umi, Ju nak balik rumah..Esok, Ju datang semula, jengok Naim. Ju penat..",
Aku dengar Umi menangis teresak-esak. Makcik Ros pun macam tu. Kenapa dengan semua orang?
"Ju okey lah, Mi. Ju cuma nak balik, nak tidur..",
"Ju, jangan macam tu. Ju tak sihat ni..", itu suara Walid.
"Ju tak apa-apa lah, Walid. Esok, Ju datang. Ju janji..",
Walid dan Pakcik Johan berpandangan. Aku buat tak nampak.
"Kalau Ju nak balik, tidur rumah Umi, ya sayang?",
Rumah Umi?
"Tak nak, Ju nak balik rumah kami",
Melihatkan aku yang keras kepala, Marshila dan Miss Wong terpaksa menemani aku pulang.
Aku terus masuk ke bilik bacaan Naim. Duduk di katil itu. Kemudian, aku bangun, duduk pula di kerusi itu. Aku buka almari baju, aku cium sehelai demi sehelai. Terbau-bau wangi badan Naim. Air mata tumpah lagi.
Kemudian, aku kembali semula ke katil. Terbayang-bayang Naim yang sedang lena tidur. Aku cium bantal itu. Bau Naim lagi. Tak tahannya hati ni, aku sembamkan muka di katil. Menangis semahu-mahunya.
"Ju, janganlah macam ni...", suara Miss Wong yang tersekat-sekat itu melekat di pendengaran. |
|
|
|
|
|
|
|
ckitnya...sambung lagi ariel... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya ju....
next |
|
|
|
|
|
|
|
Lama aku di bilik air. Masih terbayang-bayangkan Naim. Wajah Naim. Senyuman Naim. Ciuman Naim. Suara Naim. Semuanya Naim.
"Ju nak Naim....", rintih aku. Betul, aku cuma nak dia seorang. Naim Najman Naufal.
"Ju..keluar sekejab..", suara Marshila.
Perlahan-lahan aku buka pintu. Bengkak-bengkak mata dia. Miss Wong pun sama.
Aku bungkus badan dengan tuala. Kenapa diam je budak berdua ni.
"Ju...Naim...", Marshila berhenti di situ.
Aku diam tak tergerak.
"Naim...", aku masih menunggu patah-patah kata Marshila yang seterusnya.
"Na..im ...dah..tak ada...", segera tubuhku di peluk.
Aku silap dengar ke? Naim aku dah tak ada. Naim tak ada !!
Marshila sapu air mata. Miss Wong dah keluar dari bilik.
Aku capai baju. Aku sarung apa yang di depan mata.
"Shila !!!! aku nak Naim !!!!", teresak-esak aku menangis. Puas aku tahan perasaan ini tapi akhirnya... |
|
|
|
|
|
|
|
mimpi je kan....
kan...kannnnn |
|
|
|
|
|
|
|
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......... ariel katakan ini cuma MIMPI semata-mata.... x sggup rasanye melayan hiba dihati ku in.... :cry::cry: |
|
|
|
|
|
|
|
biar bwtul airell, naim dah xde... dah semput dah ni...jgn la buat mcm ni airell |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam perjalanan, semuanya melayan perasaan sendiri. Membisu seribu bahasa. Dan air mata tetap jatuh biarpun puas aku tahan. Aku dah penat. Aku nak Naim.
"Naim...", dan kedua-dua Marshila dan Miss Wong menoleh aku dibelakang. Aku buat tak endah.
Sampai saja di hospital, aku dibawa ke bilik mayat. Lobi di luar bilik telah dipenuhi oleh keluarga, rakan bisnes dan jiran terdekat. Dan aku, duduk di kerusi ini. Tak mampu nak berfikir apa-apa.
"Ju nak Naim..", Umi menangis lagi.
"Umi, Ju nak Naim..Ju sayang sangat pada Naim..", perlahan aku luahkan isi hati.
"Umi mengelus lembut belakang aku. Habis lencun tudung aku dibasahi air mata. Tapi aku tak kisah. Aku nak Naim sekarang ni.
"Ju, kalau Ju nak tengok Man, Ju boleh tengok dalam bilik tu..", Walid tunjuk bilik mayat itu.
Aku terus bangun, menapak perlahan menuju ke arah itu.
"Sayang, Ju datang ni. Ju tunggu Naim tadi...",
"Shila, monitor Ju..", suara Pakcik Johan tu.
Aku tutup pintu bilik. Sejuk.
Mata terpandang sekujur tubuh kaku di atas troli di tengah-tengah bilik. Aku hampiri tubuh itu. Pelik, air mata dah kering saat ini.
Aku pandang tubuh Naim. Naim yang dah kaku di situ.
Aku nak Naim yang sedang tersenyum memandang aku. Aku nak Naim yang menampakkan lesung pipinya. Aku nak Naim yang mencumbui aku. Aku nak Naim yang tanpa jemu memeluk aku. Aku nak Naim yang itu..!!
Aku tak nak Naim yang ini. Yang diam begini...!!
Sekelip mata saja kau pergi, sayang. Masih ternampak riak wajah Naim di dalam Library yang mencuri pandang. Masih terpancar cahaya terang-benderang di dada langit, fireworks itu. Blue Bear-Bear yang hampir lunyai. Masih terasa pelukannya. Semua bagaikan wayang gambar. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya....dah bergenang air mata.. |
|
|
|
|
|
|
|
ariellll...kenapa naim mti kau kata happy endingkan?huhuh...cian kat dian... |
|
|
|
|
|
|
|
cian ju... cian lagi kami kat sini dah lencun dah ni..next2 n3 |
|
|
|
|
|
|
|
adoiiiiiiiiiiiiiiiii...................... |
|
|
|
|
|
|
|
Dan, aku di sini semula. Keadaan yang sama macam bertahun yang lalu, semasa perginya emak dan ayah. Dan kini, aku dah kehilangan Naim. Bacaan talkin dari Imam juga, aku dengar tak dengar. Tiba-tiba, Aku nampak Naim yang sedang tersenyum memandang aku.
Aku bangun. Marshila turut bangun. Umi dan Makcik Ros berpandangan.
Naim sayang, tunggu Ju. Ju datang ni. Mana Naim ni? Tadi dia ada..Naim...
"Budak ni hilang semangat ni..", aku dengar suara-suara itu.
Aku di mana? Naim...!!!
*********************
"Ju, janganlah macam ni, esok lusa lah Ju balik..", Umi menyuarakan pandangannya. Aku tahu Umi sedih. Tapi aku lagi sedih. Baru nak merasa bahagia, Naim dah tinggalkan aku. Sampai hati dia.
"Ju tak sihat ni..", betul agaknya aku tak sihat.
Pagi selepas Naim dikebumikan, aku tak sedar diri. Dan kini, aku dah tak rasa apa-apa.
"Tak pe lah Umi, Ju balik rumah sekejab. Ju datang semula rumah Umi, sebelum kenduri tahlil..", tak ada siapa yang dapat menghalang aku.
Aku ambil teksi. Sampai di KL Sentral, aku ikut rentak kaki menaiki tren. Kemudian berhenti di KLCC.
Aku duduk di depan kolam itu. Lama.
Aku bangun semula menuju ke dalam KLCC. Melintasi kedai bear itu. Dan...saat ini air mata ku tumpah jua.
Naim...!!! Sampainya hati kau buat aku macam ni !!! aku jatuh terjelepok di situ. Meraung sekuat hati.
"Naim.....!!",
Dan tanpa sedar, seseorang datang menghampiri. Naim ke?
"Ju, kau tak boleh macam ni. Kasihan dia di sana...",
Fazdwan???
"Tak nak !! Aku nak Naim....!!",
******************************
"Hello amoi..sudah sampai loh !! You mau tidur berapa lama??", hah !! aku kat mana ni? Naim??
"Hishh...itu you punya pengarang buah hati, sudah lama tunggu. Penat loh we all tunggu You bangun. Itu, hasben You tak kasih I kejut you..menyusahkan betul lah..",
Hah ! aku gosok-gosok mata. Apa yang Miss Wong bebelkan ni? Aku blur..
"Sayang...", Naim? Naim ke? Naim tak mati ke?
Sepantas kilat aku keluar dari kereta. Dah gelap rupanya.
Aku peluk dia kuat-kuat. Aku cium pipi dia. Aku nampak Miss Wong yang menggeleng-gelengkan kepala.
"I tau lah You rindu sama dia, tapi agak-agak lah Ju...",
Ceh !! mimpi rupanya...
******************************
TAMAT |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|