CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 13-12-2007 05:14 PM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 12-12-2007 09:06 AM
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR

berat berbayar (payload)


Nak pecah perut aku tengok translation reporter...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2007 08:09 AM | Show all posts
Samah-Jamilah kongsi 1001 pengalaman dalam PDRM

Oleh Tarmizi Abdul Rahim


JAMILAH dan Abd. Samah bukan saja berkongsi tanggungjawab di rumah tetapi masing-masing memikul jawatan sama sebagai ketua di Balai Polis Pertang dan Simpang Pertang di Jelebu, Negeri Sembilan.

JARANG kali berlaku pasangan suami isteri yang sama-sama menjadi pegawai atau anggota dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berkongsi pengalaman yang serupa, malah pangkat dan jawatan sama.

Namun, itulah keistimewaan pasangan Sarjan Mejar Abd. Samah Ahmad Ali, dan isterinya Sarjan Mejar Jamilah Dahalan, kedua-duanya kini menyandang jawatan ketua polis balai (OCS) di Negeri Sembilan.

Abd. Samah, 45, kini merupakan Ketua Balai Polis Simpang Pertang manakala Jamilah, 53, adalah Ketua Polis Balai Pertang, kedua-duanya di Jelebu yang mana jarak antara balai mereka cuma lima kilometer dan terletak dalam mukim yang sama.

Keunikan

Di kalangan penduduk di kawasan pentadbiran mereka iaitu di Simpang Pertang dan Pertang, malah pegawai atasan mereka dalam PDRM sendiri tidak ramai mengetahui hubungan mereka dan keunikan pasangan itu.

Ini kerana di hadapan khalayak, mereka seolah-olah dua orang pegawai yang tiada hubungan sebaliknya 憁elupakan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2007 08:21 AM | Show all posts
  

Boleh lapor salah laku penguat kuasa, polis
Oleh Sazarina Shahrim

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Aduan Khas yang akan ditubuhkan bagi menyiasat aduan mengenai salah laku polis dan pegawai semua agensi penguat kuasa, diberi kuasa memasuki, menggeledah dan menyita premis serta memberhentikan kenderaan tanpa waran.

Mengikut Rang Undang-Undang Suruhanjaya Aduan Khas 2007 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, pengadu atau pemberi maklumat juga akan dilindungi dan identiti mereka akan dirahsiakan.

Rang undang-undang itu diperkenalkan hasil syor Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia, tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjelaskan ia juga akan meliputi semua pegawai penguat kuasa dan bukan saja membabitkan polis.

Nazri yang membentangkan rang undang-undang itu, berkata tidak adil untuk mengkhususkan suruhanjaya berkenaan menerima aduan salah laku polis saja kerana banyak aduan turut diterima membabitkan agensi penguat kuasa lain.

"Suruhanjaya ini akan menjadi tempat untuk orang ramai membuat aduan mengenai salah laku semua agensi penguat kuasa, termasuk Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Imigresen," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Mengikut rang undang-undang itu, suruhanjaya berkenaan perlu menimbang semua aduan yang dibuat sama ada bertulis atau lisan, tetapi boleh menolak aduan yang membabitkan hal prosiding di Pihak

Berkuasa Tatatertib, mahkamah serta yang sudah diputuskan mahkamah dan dalam penyiasatan agensi penguat kuasa.

Jika suruhanjaya itu berpuas hati bahawa ada merit dalam aduan yang dibuat, ia perlu dirujuk sama ada kepada Pihak Berkuasa Tatatertib, pasukan petugas suruhanjaya atau diselesaikan sendiri agensi penguat kuasa berkenaan.

Setiap agensi penguat kuasa juga perlu bekerjasama dan membantu suruhanjaya berkenaan dalam menjalankan tugasnya.

Suruhanjaya itu boleh melantik pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR), Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Jabatan Audit Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pegawai kerajaan lain sebagai ahli pasukan petugas untuk membantunya melaksanakan tugas.

Anggota suruhanjaya dan ahli pasukan petugas itu juga mempunyai kuasa sebagai pegawai polis daripada apa jua pangkat seperti yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 11:33 PM | Show all posts
Tiga askar maut, empat cedera pangkalan dihempap pokok
GERIK 15 Dis. - Tiga anggota tentera maut, manakala empat yang lain cedera apabila pangkalan sementara mereka di Sungai Ketar, Taman Negeri Royal Belum dekat sini dihempap sebatang pokok balak yang tumbang selepas hujan lebat awal pagi ini.

Panglima II Briged, Brig Jen Datuk Fazlurrahman Mohamad Irfan berkata, kesemua mangsa merupakan anggota 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpangkalan di Pengkalan Chepa, Kelantan yang sedang menjalankan operasi rondaan di kawasan berkenaan.

揔ejadian berlaku pada kira-kira 4.50 pagi tadi. Tiga mangsa yang terbunuh dihempap batang pokok lebarnya kira-kira enam kaki (dua meter)... pokok besar yang tumbang itu berada di luar kem,
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 11:34 PM | Show all posts
Rusuhan kaum: ISA akan dikenakan terhadap penyebar khabar angin
KUALA LUMPUR 15 Dis. - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini memberi amaran akan mengenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin kononnya pergaduhan kaum akan berlaku di Kampung Baru di Kuala Lumpur dan Puchong esok.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan tindak-tanduk kumpulan tertentu yang menyebarkan pembohongan itu melalui Internet dan sistem pesanan ringkas (SMS) bagi tujuan mencetuskan rusuhan kaum dan menghasut mereka supaya membenci kerajaan.

揅ukuplah tu. Walaupun polis telah berkali-kali memberi amaran keras, tapi masih ada kumpulan tertentu yang tetap mahu menimbulkan masalah.

揝aya tidak akan bertolak ansur lagi dengan kumpulan ini. Mereka merosakkan keharmonian kaum di negara ini. Kalau mereka teruskan juga, mereka kena bersedia menghadapi akibatnya,
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2007 10:50 AM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Nak tanyer skit..............
Pasal 3 oghang asokar yg terkorban dek kena hempap kayu balak kat Utan Belum.

Naper sowang tu berumuq 35 tahun masih lagi dgn pangkat PREBET???

Wsalam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2007 11:13 AM | Show all posts
any1 hv idea about tis?


In August 2007, Malaysia placed an order with DEFTECH of Malaysia, for an undisclosed number of 120mm self-propelled mortar systems based on the latest ACV-S.

i found out from here http://www.army-technology.com/projects/acv-s/
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2007 11:24 AM | Show all posts

Reply #707 gancity's post

ini biasa berlaku di sini. expect the unexpected.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2007 11:34 AM | Show all posts

Reply #706 niceghost2005's post

mungkin dia masuk askor lambat.mungkin tolak kursus.mungkin dia tak nak pangkat.dan yang penting sekali mungkin typing error umur 25 jadi 35. sekian terima kasey
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2007 01:22 PM | Show all posts
Originally posted by warknee at 16-12-2007 11:34 AM
mungkin dia masuk askor lambat.mungkin tolak kursus.mungkin dia tak nak pangkat.dan yang penting sekali mungkin typing error umur 25 jadi 35. sekian terima kasey


Entah ler...............

KEMUNGKINAN tu ada juga.

TAPI ATM nie..........especially CO, kedekut skit di dalam memberi kenaikkan pangkat kpd anak2 buah nya.
Dan PAT tak pandai skit nak jaga oghang dier.

Lain ler dgn Bekas IGP Rahim Noor.
Balai PULIH yg kecik tu pung ada SARJAN MEJAR!!! (RSM/KSM)

Gomen tak kasi naik gaji...............dier kasi naikkan PANGKAT anak2 buah nya.!!
So, secara tak langsung...............gaji deme pung NAIK!!!

Kui kui kui.......

[ Last edited by  niceghost2005 at 16-12-2007 07:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2007 04:09 PM | Show all posts
tak juga sebab skarang ni dlm infantri batalion terutama askar melayu mempunyai peluang kenaikan pangkat yang lebih bnyak stkat perlantikan lans kopral tu dalam masa 2-3 tahun dah buleh dapat kalau performance baguih
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2007 05:41 PM | Show all posts
bukan kat royal belum dah ada kem Zabri ke?? yg komando 69 punye?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2007 07:14 PM | Show all posts
Originally posted by warknee at 16-12-2007 04:09 PM
tak juga sebab skarang ni dlm infantri batalion terutama askar melayu mempunyai peluang kenaikan pangkat yang lebih bnyak stkat perlantikan lans kopral tu dalam masa 2-3 tahun dah buleh dapat kal ...


Sebenor nyer.............Tuan Melayu nie penakut skit.
Nak naikkan pangkat anak buah nya.

Bukan perlu SIGNATURE dari Agung pung.(utk LLP)

Hanya mau or idak jer......

p/s structure organisasi bley di ubah......mcm yg di buat olih Rahim Noor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2007 09:15 AM | Show all posts
Don抰 spread rumours via SMS, warns IGP

KUALA LUMPUR: Those spreading rumours via SMS on racial clashes can be detained under the Internal Security Act.

Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan, who issued the warning, said police were aware of unscrupulous persons spreading rumours via SMS to incite racial clashes.  

He said there were such messages being circulated predicting racial clashes in Kampung Baru today.

揥e have our intelligence and we are prepared,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2007 09:22 AM | Show all posts
TERKINI

Satu mekanisme jaga kepentingan agama-agama lain difikirkan
KUALA LUMPUR 17 Dis. - Ketiadaan sebuah jabatan hal-ehwal bukan Islam di negara ini yang khusus untuk menangani isu-isu yang dihadapi masyarakat bukan Islam tidak bermakna kumpulan masyarakat itu tidak mendapat pembelaan daripada kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

31 terbabit perhimpunan haram dibebas, dilepas tuduhan cubaan bunuh
SHAH ALAM 17 Dis. - Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini melepaskan dan membebaskan 31 orang atas dakwaan cubaan membunuh seorang pegawai polis semasa perhimpunan haram anjuran Hindu Rights Action Force (Hindraf) di hadapan Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves, Kuala Lumpur pada 25 November lepas.
       


       
         Muka Hadapan
Rancang tambah aset canggih ATM

KUALA LUMPUR 17 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2007 10:12 PM | Show all posts
Dua anggota polis rentung dalam kemalangan
KUALA LUMPUR 20 Dis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2007 10:32 AM | Show all posts
Al-Fatihah

Takziah kepada keluarga mereka  
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 11:17 PM | Show all posts
Tapak lancar roket di timur Sabah

Oleh Abdul Halim Yusoff

Sekitar Tawau bakal dapat lonjakan besar ekonomi

KUALA LUMPUR: Kawasan pantai timur Sabah, terutama sekitar Tawau bakal mendapat lonjakan pertumbuhan besar ekonomi apabila dikenal pasti sebagai tapak pelancaran roket Malaysia sejajar dengan pengembangan program angkasa negara.

Ia berikutan usaha negara meningkatkan keupayaan teknologi untuk melancarkan roketnya sendiri dalam beberapa tahun akan datang, selepas kejayaan menghantar angkasawan pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), Oktober lalu dengan kerjasama Russia.

Selain tapak pelancaran, kawasan itu juga bakal dipenuhi dengan industri sokongan untuk pembangunan industri aeroangkasa negara.

Ketua Eksekutif Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB), Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad, berkata kawasan pantai timur Sabah dipilih kerana kesesuaian lokasinya untuk pelancaran roket buatan Malaysia beberapa tahun lagi.

"Kita sudah mengenal pasti lokasi tapak pelancaran itu, tapi tidak dapat mengumumkannya sekarang bagi mengelakkan kegiatan spekulasi membabitkan urusan jual beli tanah berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau mengulas sambutan hebat orang ramai terutama generasi muda terhadap bidang angkasa lepas seperti ditonjolkan terhadap pameran interaktif Pengembaraan Angkasa Antarabangsa Malaysia (Misa) yang sedang berlangsung di Putrajaya.

Pameran itu adalah kesinambungan Program Angkasawan Negara.

ATSB, anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) adalah syarikat teknologi dan angkasa yang terbabit dalam pengeluaran satelit mikro Malaysia iaitu TiungSAT-1 dan RazakSAT yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Ahmad Sabirin berkata, selain pantai timur Sabah, kerajaan mengenal pasti beberapa kawasan berhampiran pantai di Terengganu.

Ahmad Sabirin berkata, kawasan berkenaan dipilih kerana di timurnya adalah laut yang perlu ada di sebuah tapak pelancaran roket bagi mengelak perkara tidak diingini, terutama memastikan tiada penduduk di bawah laluan perjalanan roket.

Sehubungan itu, katanya, ATSB sedang menyusun program pembangunan modal insan bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menguasai teknologi pengeluaran roket yang diperlukan bagi penghantaran kapal angkasa dan satelit.

"Usaha penguasaan teknologi roket Malaysia sudah bermula dengan teknologi pembuatan satelit sebelum kita berkembang untuk mengeluarkan roket lebih besar," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2007 11:56 PM | Show all posts
an old news

Cited from Oriental Daily News (22/9): Had Korean attacked Malaysian Network?

Kuala Lumpur: Had Korean attacked Malaysian Defense Network? According to Malaysian Armed Forces扖yber Warfare Department, there were four cyber hacking cases trying to deface Mindef抯 webpage, one of them originated from Korea, the rest were local attacks in the past five years.

Director of Cyber Warfare Department, Captain Mohd Maidin bin Sahadan TLDM, said even though they can track the hackers抯ystem and the last access point, the hackers can still use other countries as a launching pad.

揑t makes us difficult to identify the real identification of hackers.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 12:49 AM | Show all posts

Reply #719 gancity's post

old news indeed.....mesia boleh, expect the unexpected...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.617516 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list