|
Originally posted by Gemukkkkkkk at 23-6-2006 11:53 AM
huihhh.. cepat betul thread berjalan.. walhal baru je 2 jam meeting.. tak larat nak khatam pages belakang.. wa ikut topik seterusnya je lah..
apa-apa yang tertinggal kat pages belakang tu.. ki ...
IsHh.... 5 MiNiT DaH 2 PaGes BrO.. BiaSaK LaRRr.. IsU HoT! PomPUaN Pon LaGi LeR HoT..:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ajis_kg at 23-6-2006 12:02 PM
IsHh.... 5 MiNiT DaH 2 PaGes BrO.. BiaSaK LaRRr.. IsU HoT! PomPUaN Pon LaGi LeR HoT..:nerd:
pembetulan!
kami x hot sebenarnya... tetapi golongan anda yg hot. :nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
soklan seterusnya....
ajis...
betul ke ada ayam kampung kat psr tani tu weh?
kalu betul... jom arr pi. lapar arr.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ajis_kg at 23-6-2006 11:30 AM
BuKaN BeGiTu SaM.. ToPiK iNi LeBih KPd PeMerHaTiaN DlM PolitIK.. ByK Di CI.. aTaU NaK LeBih FaHaM aDe PersamaaN DlM MM di THreaD ini..
http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1
SeKIaN..
mmg politik tapi kalau ko perati betul2 .. ini adalah pasal hak ... wanita protes kahwin misyar , siap ada sister in islam , now, kawin campur agama ..
pelik aku , apa yg wanita islam kat malaysia still x puas hati lagi .. apa yang diorang nak sebenarnya ?.. :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fazamania at 23-6-2006 12:07 PM
mmg politik tapi kalau ko perati betul2 .. ini adalah pasal hak ... wanita protes kahwin misyar , siap ada sister in islam , now, kawin campur agama ..
pelik aku , apa yg wanita islam ka ...
haku mmg suka kalu nk ckp bab2 kawin nih....hihihi...
tp sblm tu.... nk gak la tau pendapat golongan lelaki nih.... korang tau ke apa konsep kahwin misyar nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AsamPedas at 23-6-2006 10:44 AM
soklan ke brape tah...
Dato' Shahrizat baru-baru ini bersetuju dengan permohonan IFC untuk membenarkan masayarakat mesia berkahwin campur ugama... bagaimanakah tindakan kamu semua membantu para ...
Dato' Shahrizat tu pompuan kan....!!! Kan !!!
Ini lah jadinya bila 9 nafsu mulai menguasai akal.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by afja at 23-6-2006 12:09 PM
haku mmg suka kalu nk ckp bab2 kawin nih....hihihi...
tp sblm tu.... nk gak la tau pendapat golongan lelaki nih.... korang tau ke apa konsep kahwin misyar nih?
konsep asasnye tau la..
nape afja.. nak try kahwin cara tu ke.. :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by afja at 23-6-2006 12:05 PM
pembetulan!
kami x hot sebenarnya... tetapi golongan anda yg hot. :nyorok:
KaH.. KaH.. aNda BaCe PosT InTaN..:love: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fazamania at 23-6-2006 12:07 PM
mmg politik tapi kalau ko perati betul2 .. ini adalah pasal hak ... wanita protes kahwin misyar , siap ada sister in islam , now, kawin campur agama ..
pelik aku , apa yg wanita islam ka ...
MeReKa InGin MeMbeLa HaK MrK ... aDeKaH MrK JuGa inGiN MeNaFiKaN HuKuM IsLaM?:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ajis_kg at 23-6-2006 12:17 PM
KaH.. KaH.. aNda BaCe PosT InTaN..:love:
tu bukan hot...
cuma nguatkan hujah :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by afja at 23-6-2006 12:09 PM
haku mmg suka kalu nk ckp bab2 kawin nih....hihihi...
tp sblm tu.... nk gak la tau pendapat golongan lelaki nih.... korang tau ke apa konsep kahwin misyar nih?
byk dah konsep kahwin misyar nie dah dibincangkan....tanya aku, aku faham...hehehee...
** aku nyibuk lagi yek....jangan marah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by afja at 23-6-2006 12:21 PM
tu bukan hot...
cuma nguatkan hujah :nerd:
Ye Ke.. Ye aTaU TiDaK.. aDeKaH kaMu NaMpaK IntaN meNgiGiT KeYbOaRd SeMaSa MeNaIp.. aNda TiDaK TaU kaN..:love: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by afja at 23-6-2006 12:09 PM
haku mmg suka kalu nk ckp bab2 kawin nih....hihihi...
tp sblm tu.... nk gak la tau pendapat golongan lelaki nih.... korang tau ke apa konsep kahwin misyar nih?
aKu POn TaK beRaPe FaHaM MisYaR nIh..:hmm: Soo... aKu PasTe aJeLaH.. JaNgaN TaNye aKu TaU..
Perkahwinan misyar...? Perkara pertama yg perlu kita tanya diri kita..layakkah aku utk memilih perkahwinan seperti ini? Apakah aku memiliki kriteria yg melayakkan aku untuk menyahut cabaran utk mengambil risiko dgn memilih jalan ini sebagai alternatif melengkapkan kehidupanku sebagai seorang wanita? Mengikut penilaian saya dr wanita yg posting kat sini mungkin belum ada antara kita yg layak dan maaf jika saya katakan kita juga tidak layak untuk mempertikaikan berkenaan perkahwinan misyar ini sbb ianya bukan utk kita! Untuk apa kita bertegang urat menentang dan menidakkan perkahwinan misyar ini sdgkan ianya tiada langsung kena mengena dgn kita. Yang berhak utk mempertikaikan buruk baiknya ialah mrk yg memenuhi kriteria2 yg melayakkan mrk memilih berkahwin cara ini.Sebab mrk yg akan berkahwin dan mereka yg akan menanggung segala risiko dr keputusan mrk sendiri.
Seperti yg dikatakan oleh seorg forumner sblm ini, byk lagi perkara lain yg perlu kita perjuangkan spt penindasan terhadap para isteri dlm perkahwinan konvesional, ketidakadilan dlm poligami dan pelbagai lagi masalah sosial dan keruntuhan akhlak yg melanda anak2 gadis zaman ini. Bagi saya soal nikah misyar ini tiada sesiapa yg memaksa dan terpaksa dlm melaksanakannya. Sekiranya ia terjadi juga bererti wanita itu sendiri sudah layak untuknya dan dia sendiri sanggup menghadapi apa jua risiko dr keputusannya dan yg pasti dia sendiri dgn lapang dadanya redha dgn perkahwinan itu dan apa2 yg akan dilaluinya nanti.
Kita tidak menafikan..lelaki adalah perlu dlm kehidupan seorg perempuan spt mana kita amat2 diperlukan oleh mereka. Bukankah lelaki dan wanita itu dicipta utk saling lengkap melengkapi? Kita juga tidak boleh menolak kenyataan yg ada ramai wanita di luar sana yg memiliki segala2nya ttp hidup sepi di hari tuanya kerana tiada sesiapa menemaninya bagi menghabiskan sisa2 hidupnya. Mungkin ini satu alternatif utk mrk, jadi biarlah mrk sendiri yg membuat keputusan samada ingin memilihnya atau tidak. Hanya mrk yg berhak memilihnya. Bukan kita dan bukan juga para lelaki!! Ampun maaf
MASYARAKAT Islam di Malaysia, baru-baru ini, dikejutkan dengan isu perkahwinan misyar. Apabila isu ini dibangkitkan semua orang berebut-rebut memberi komen, termasuk mereka yang tidak mempunyai latar belakang dan asas agama.
Mereka berhujah mengenai perkara ini seolah-olah mereka mempunyai keilmuan yang tinggi dalam bidang ini.
Akibatnya undang-undang Islam itu dilihat seolah-olah bercanggah antara satu sama lain dan umat Islam tidak boleh bersatu dalam perkara remeh-temeh ini.
Misyar (dibaca dengan mis yar) adalah suatu perkataan Arab yang terbit daripada perkataan ?aaro? yang bermakna berjalan. Justeru, misyar bermakna pejalan atau pengembara.
Pernikahan misyar pula bererti pernikahan yang dilakukan oleh pedagang atau pengembara dengan syarat tertentu iaitu isteri bersetuju untuk tidak menuntut sebahagian haknya terhadap suami.
Ada dua pandangan yang seolah-olah bercanggah antara satu sama lain dan menjadi bahan ketawa bukan Islam dan orang Islam sendiri.
Bagi golongan yang menyokong perkahwinan misyar, mereka berpandangan bahawa oleh kerana isteri bersetuju untuk tidak menuntut haknya dalam perkahwinan, kedua-dua pihak terikat dengan persetujuan itu.
Mereka berhujah bahawa semua rukun nikah dipenuhi hingga menjadikan perkahwinan misyar itu sah. Pegangan golongan ini ialah berdasarkan ayat al-Quran yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, tunaikanlah janji-janji kamu."
Oleh demikian setiap janji itu mesti ditepati. Oleh kerana si isteri berjanji tidak akan menuntut haknya, maka si isteri terikat dengan janji itu dan terhalang daripada memohon haknya di sisi undang-undang.
Bagi golongan yang tidak menerimanya pula, melihat aspek perkahwinan itu melebihi daripada suatu kontrak kerana membabitkan anak, pembangunan masyarakat Islam dan institusi keluarga dan sebagainya.
Sebuah perkahwinan yang berjaya memerlukan kasih sayang dan keharmonian. Bagaimana, kita hendak membangunkan umat Islam yang cemerlang jika kerukunan rumah tangga tidak disemai dalam institusi keluarga.
Mereka berpendapat walaupun pernikahan misyar ini memenuhi rukun nikah yang ditetapkan, perkahwinan seperti ini tidak perlu digalakkan di Malaysia kerana tidak sesuai dengan budaya masyarakat kita.
Ia juga tidak menepati falsafah pernikahan yang dianjurkan oleh Islam. Pada asalnya, pernikahan misyar ini yang bermula beribu tahun lalu di negara Arab dilakukan kerana pedagang Arab berdagang dengan meninggalkan keluarga mereka untuk tempoh lama sehingga bertahun lamanya. Ia kerana kaedah perjalanan yang agak sukar ketika itu.
Sejak itu budaya ini disemai dan diterima pakai di kalangan masyarakat Arab. Oleh itu, tidak sukar bagi masyarakat Arab menerima pernikahan misyar pada masa ini. Tetapi, keadaan ini berbeza di Malaysia kerana ia tidak pernah diamalkan di sini dan tiba-tiba kita hendak memperkenalkannya pula.
Kedua-dua pandangan ini sebenarnya mempunyai merit masing-masing dan biarkan ulama kita yang membincangkannya dengan keilmuan mereka.
Pernikahan misyar tergolong dalam perkara ijtihadiy yang tidak membabitkan perkara asas di dalam Islam. Oleh demikian, perbezaan pandangan dalam perkara ijtihadiy seperti ini adalah dibenarkan dalam Islam.
Apabila wujud pandangan berbeza, ia tidak bermakna ulama Islam bertelagah antara satu sama lain. Perbezaan pandangan ini wujud akibat perbezaan tafsiran mengenai sesuatu dalil atau penerimaan dalil itu sendiri.
Keadaan ini sebenarnya menunjukkan kekuatan undang-undang Islam yang boleh disesuaikan pada setiap masa dan tempat. Perbezaan ini tidak sekali-kali menunjukkan kelemahan undang-undang Islam.
Namun, apa yang ditunjukkan oleh media massa (bukan semua) ialah pertentangan pendapat ini seolah-olah ia amat besar dan tidak ada jalan penyelesaiannya. Gambaran yang diberikan ialah ulama kita sering bertelagah antara satu sama lain. Bukan ulama saja ditonjolkan sebagai berselisih faham, malah orang awam dikategorikan dalam dua kumpulan yang bertentangan.
Perkara sebegini amat menyedihkan kerana ia terbit kerana ceteknya pengetahuan dalam undang-undang Islam. Dalam Islam ada hukum yang bersifat putus atau qat'ie dan ada hukum yang bersifat spekulatif atau zanni.
Hukum hakam yang berkait dengan perkara asas atau usul tidak boleh diberi tafsiran yang pelbagai. Hukum hakam yang bersifat cabangan atau furu' boleh diinterpretasi mengikut keperluan dan kaedah ditetapkan.
Di sinilah ijtihad ulama memainkan peranan. Dalam proses menggarap sesuatu hukum melalui ijtihad, maka akan terbitlah perbezaan pandangan dan pendapat kerana perbezaan kemaslahatan atau suasana.
Namun, perbezaan itu dibenarkan dalam Islam. Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: " erbezaan (pandangan) umatku adalah rahmat." Tambahan pula seorang ulama yang berijtihad dan ijtihadnya betul, akan diberi dua pahala. Sementara, ulama yang berijtihad, tetapi ijtihadnya tersalah maka beliau diberi satu pahala atas daya usahanya mengeluarkan ijtihadnya itu walaupun tersalah.
Ia bermakna Islam tidak mengikat umatnya dalam perkara cabangan seperti ini. Perbezaan pandangan adalah lumrah manusia dan bukan kelemahan sistem undang-undang itu sendiri.
Dalam sistem undang-undang lain juga sebenarnya wujud lebih banyak pertentangan pendapat sehinggakan perkara pokok pun menjadi pertikaian. Ini terbukti daripada keputusan mahkamah yang berbeza di antara satu sama lain di dalam membicarakan isu yang sama. Kita kerap membaca sesuatu keputusan itu diketepikan kerana mahkamah memberi tafsiran yang berlainan dengan tafsiran terdahulu.
Sebenarnya ada banyak agenda besar lain harus diberi perhatian di Malaysia, umpamanya, penyeragaman undang-undang Islam antara negeri, mengembangkan bidang kuasa mahkamah syariah, meletakkan undang-undang Islam pada tempat yang sewajarnya, konflik undang-undang dan akidah umat Islam.
Perkara remeh-temeh seperti perkahwinan misyar ini hendaklah ditinggalkan kepada ulama kita untuk membincangkannya mengikut kaedah ditetapkan hukum syarak.
Namun, tidak bermakna kita tidak boleh mengetahui perkara itu, tetapi tumpuan adab dan cara yang betul di dalam menghadapi perbezaan pandangan hendaklah dihayati. Ia supaya umat Islam tidak dijadikan bahan ketawa oleh bukan Islam dan orang Islam sendiri. Artikel ini dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).:nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ajis_kg at 23-6-2006 12:35 PM
Ye Ke.. Ye aTaU TiDaK.. aDeKaH kaMu NaMpaK IntaN meNgiGiT KeYbOaRd SeMaSa MeNaIp.. aNda TiDaK TaU kaN..:love:
gigit keyboard ? bukankah satu office dengar keyborad tu kena hentak...!!!
kena tukar baru... ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sambung nanti..
nk isi tank ngan ajis jab...![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #715 afja's post
udah udah le tuhhh...pi semayang jumat piiiii....:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
aper prasaan korang kalu kawan baik korang rapat ngan gf korang? korang percaya kat gf korang and korang pun percaya kat kawan korang..tapi yerlah kan cemburu tu tetap ada..tapi camner korang nak bagitau kat kawan korang pasal hal nie..yerlah kang dia tuduh korang tak percaya kat dia plak..and kalu korang admit yg korang cemburu for sure sikit sebyk jatuh gak ego korang..so camner nak settlekan hal nie? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by midori88 at 23-6-2006 01:18 PM
aper prasaan korang kalu kawan baik korang rapat ngan gf korang? korang percaya kat gf korang and korang pun percaya kat kawan korang..tapi yerlah kan cemburu tu tetap ada..tapi camner korang nak bagitau kat kawan korang pasal hal nie..yerlah kang dia tuduh korang tak percaya kat dia plak..and kalu korang admit yg korang cemburu for sure sikit sebyk jatuh gak ego korang..so camner nak settlekan hal nie?
heh, lelaki lemah jiwa jek nak gaduh2 pasal perempuan....yang macho2 nie tak de masa nak gaduh...biarlah gf tuh nak rapat dengan sesapa pun, kalu dia tahu siapa diri dia, pandailah dia bataskan kat mana hubungan tuh..senang cite kan, Lelaki lebih suka berkawan dengan perempuan bijak dari perempuan yang pandai mengoda dan mengada2...
:nerd: PEACE |
|
|
|
|
|
|
|
para professor sumer dah balik solat ke? kalau dah boleh kite teruskan kepada soklan yg berikutnya? |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe...
sumer prof. sedang berat matanya....
akibat bahana makan lagaknya....![](static/image/smiley/default/tongue.gif)
ps: tukang menyampuk jek...
[ Last edited by kelip_kertas at 23-6-2006 02:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|