|
gomo kelate gomo! |
|
|
|
|
|
|
|
This Is Kota Bharu (Semi Final Piala Malaysia 2012)
|
|
|
|
|
|
|
|
gomo kelate gomo |
|
|
|
|
|
|
|
Kelantan ‘Gusar’ Tanpa Ghaddar, Farhan
JURULATIH Kelantan, Bojan Hodak mengakui ketiadaan dua tonggak utama, Mohd Norfarhan Muhammad dan Mohamad Ghaddar, sedikit menggusarkan beliau menjelang aksi final Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sabtu ini.
Jelasnya, kali ini Kelantan bakal berdepan tugasan sangat sukar dan mungkin tidak akan mencapai sasaran andai gagal mencipta jurang awal ke atas pasukan lawan.
“Kehilangan Ghaddar dan Norfarhan memang menjadi masalah pada kami sekarang apabila sudah mengutip dua kad kuning.
“Memang benar, kami tidak berada dalam keadaan terbaik kerana kedua-dua pemain ini merupakan penjaring gol dalam dua aksi separuh akhir, ” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Tambah Bojan: “Ketiadaan mereka berdua bakal memberikan sedikit kesulitan kepada Kelantan dalam usaha merangkul kejuaraan ketiga selepas menjulang Piala FA dan Liga Super musim ini.”
“Saya ada taktik tersendiri menjelang pertemuan itu, dan ia sedikit melegakan saya apabila ATM turut kehilangan bek berpengaruh, Irwan Fadly Idrus,” tambah beliau.
Dalam pada itu, Bojan yang berasal dari Croatia, tidak mahu cepat mengalah dan tetap melaungkan keyakinan bahawa pemain lain mampu menggantikan tempat Ghaddar dan Norfarhan di posisi serangan.
“Saya tidak mahu menjadikan itu sebagai alasan dan tetap mahu beri persembahan terbaik ketika berdepan ATM pada perlawanan akhir nanti.
“Saya kini tertumpu kepada Norshahrul Idlan Talaha, Afiq Azmi, Mohd Ramzul Zahini Adnan dan Azlan Ismail.
“Saya juga mempunyai pilihan lain dengan meletakkan Indra Putra Mahayuddin dari bahagian tengah ke posisi penyerang,” jelas beliau lagi.
Ketika ditanya mengenai prestasi ATM yang patut digeruni, Bojan mengakui ATM sebuah pasukan yang kuat kerana dibarisi pemain berpengalaman dan berstatus kebangsaan.
“Saya tidak nafikan ATM antara salah satu pasukan yang terhebat. Bukan setakat memiliki barisan pemain yang hebat, tetapi juga mempunyai jurulatih yang bijak.
“Mereka sangat bagus dan terbaik tetapi saya tetap yakin pemain kami sudah bersedia untuk mendapatkan kemenangan,” jelas beliau.
credit : kelate.net |
|
|
|
|
|
|
|
Habuan Menanti Pemain Kelantan
GANJARAN istimewa menanti para pemain Kelantan sekiranya mereka berjaya merangkul tiga kejuaraan termasuk Piala Malaysia, Sabtu ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa (gambar) berkata, ganjaran istimewa tersebut akan diumumkan oleh beliau selepas mengadakan mesyuarat dengan ahli majlis Kafa di Kota Bharu hari ini.
“Esok (hari ini) kita akan umumkan bentuk ganjaran tersebut setelah pihak pengurusan mendengar syor-syor yang akan saya kemukakan. Ini adalah satu bentuk penghargaan yang besar dan belum pernah diberikan kepada mana-mana pemain di negara ini.
“Layak ke separuh akhir dan akhir, Kafa memperuntukkan insentif berjumlah RM200,000. Sebanyak RM75,000 telah diagihkan sebelum ini dan selebihnya RM125,000 akan diberikan kepada pemain esok (hari ini),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan dan Penyampaian Barangan Kepada Peserta Azam Tani Peringkat Parlimen Ketereh dekat Kota Bharu semalam.
Tambahnya, inilah masa untuk pemain The Red Warriors mencipta sejarah tersebut memandangkan mereka berada di landasan tepat untuk melakukannya.
Dalam perkembangan lain, Annuar memberitahu, Kafa akan melangkah setapak lagi ke hadapan musim hadapan apabila pasukan Kelantan akan diuruskan oleh sebuah syarikat yang berdaftar iaitu The Red Warriors.Com.
Katanya, langkah tersebut bertujuan untuk memperkasakan lagi pasukan dan akan diuruskan oleh seorang ketua pegawai eksekutif yang akan mempunyai pengalaman luas dalam dunia bola sepak sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
“Pengurusan Kafa tidak boleh dibuat secara sambilan, jadi sebab itulah kita menubuhkan syarikat ini bagi memudahkan sistem pengurusan dijalankan secara sempurna.
“Syarikat ini akan berpangkalan di Kuala Lumpur yang akan menguruskan pelbagai aspek termasuklah penajaan dan barangan cenderamata. Ini adalah salah satu pembaharuan yang dibuat dalam memperkasakan lagi The Red Warriors.
“Begitu juga dengan penajaan bagi musim hadapan. Untuk musim hadapan kita akan mencari penajaan yang mempunyai misi global seiring dengan jenama The Red Warriors yang beraksi di peringkat antarabangsa,” tegasnya.
Dalam perkembangan lain, hampir semua pemain Kelantan akan kekal bersama pasukan untuk saingan liga musim hadapan.
credit : www.kosmo.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Final Piala Malaysia: Kelantan Umum Cuti Peristiwa
KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan 21 Oktober ini sebagai cuti peristiwa atas kejayaan The Red Warriors mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.
Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR10 di sini, hari ini.
‎
“Setelah mendapat persetujuan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, maka kerajaan negeri bersetuju memberi cuti peristiwa kepada rakyat Kelantan.
“Kita mahu penyokong setia Kelantan pergi dan pulang tidak dalam keadaan tergesa-gesa. Insya-ALLAH, semoga Kelantan dapat membawa pulang Piala Malaysia ke negeri ini sekali lagi,” katanya.
Final Piala Malaysia Sabtu ini menyaksikan pertemuan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
credit : kelate.net |
|
|
|
|
|
|
|
Ganjaran Lot Tanah
KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menghadiahkan lot tanah untuk rumah kepada barisan pemain skuad Red Warriors sekiranya mereka berjaya merangkul tiga kejuaraan termasuk Piala Malaysia pada Sabtu ini.
Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dalam majlis perjumpaan dan pembahagian bonus kepada pemain Red Warriors selepas mereka layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.
Annuar berkata, perkara tersebut telah dipersetujui oleh pengurusan KAFA selepas mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Naib Presiden, Rosmadi Ismail.
Menurutnya, hadiah kejuaraan musim ini cukup istimewa kerana ia diberikan dalam bentuk hartanah dan bukannya wang sebagaimana yang dibuat sebelum ini.
“Setiap lot tanah tersebut dianggar berjumlah antara RM60,000 hingga RM80,000 dan dijangka akan menelan perbelanjaan keseluruhan RM2 juta.
“Ini adalah salah satu bentuk manifestasi dari pihak pengurusan Kafa di atas segala kesungguhan yang telah dilakukan oleh barisan pemain sebelum ini,” katanya.
Tambahnya, hadiah tersebut pastinya akan dikenang sampai bila-bila oleh semua barisan pemain Red Warriors sekiranya mereka berjaya merangkul kejuaraan treble musim ini.
Annuar memberitahu ganjaran tersebut diputuskan dengan mengambil kira kebaikan untuk masa depan pemain.
“Kita fikir ganjaran ini adalah baik bagi pemain kerana KAFA mahu mereka mempunyai aset yang boleh memberikan kebaikan di masa hadapan terutamanya pemain muda.
“Saya berharap barisan pemain Kelantan dapat memanfaatkan peluang beraksi pada pentas final Piala Malaysia musim ini sebaik mungkin bagi merealisasikan impian merangkul tiga piala musim ini,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Annuar meminta penyokong Red Warriors supaya menjaga perilaku ketika menyaksikan perlawanan akhir itu nanti.
“Jaga nama baik pasukan, perilaku penyokong adalah tanggungjawab KAFA,” tegasnya.
credit : kelate.net |
|
|
|
|
|
|
|
Kelab Penyokong: Peluang Kelantan Tambah Gelaran
SAMBIL melahirkan rasa bangga atas kemenangan Kelantan yang berjaya menewaskan Selangor kelmarin, Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net), Mohd Khairi Yazid yakin Piala Malaysia akan menjadi milik mereka, sekali gus menambah senarai gelaran.
“Kami sangat bersyukur kerana Kelantan telah berjaya mengalahkan Selangor 2-0 di tempat lawan.
“Tahniah juga kepada barisan pemain, pengurus dan pegawai serta semua pihak yang terlibat kerana telah memberi persembahan yang terbaik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Dengan kejayaan itu, Kelantan telah menjadi satu pasukan gergasi di Malaysia ditambah pula dengan kejayaan Kelantan dalam Piala FA dan Liga Super.
Bagi kelab penyokong Kelate.net dan semua penyokong Kelantan, mereka berharap kemenangan di peringkat final menjadi milik Red Warriors.
“Kami berharap agar misi treble yang dikejar selama ini akan menjadi kenyataan,” katanya lagi.
Beliau menjangkakan aksi di final ternyata menarik berikutan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pernah bersaingan di peringkat Kumpulan B.
“Kedua-dua pasukan ini pernah bertemu, namun aksi di final berbeza jika dibandingkan aksi dalam kumpulan.
“Ini merupakan pentas akhir, kemenangan Kelantan di peringkat kumpulan juga tidak boleh dijadikan ukuran bagi menentukan kejuaraan nanti,” tambah Khairi.
Khairi menegaskan kepada seluruh penyokong Kelantan yang datang ke Stadium Shah Alam Sabtu nanti agar menjaga tingkah laku masing-masing.
Penyokong harus memberi sokongan yang padu dan menerapkan semangat kesukanan yang tinggi.
“Saya nasihatkan agar penyokong menjaga tingkah laku bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” jelasnya.
Dia juga berharap agar semangat penyokong Kelantan wajar untuk dijadikan contoh kepada penyokong pasukan lain.
credit : kelate.net |
|
|
|
|
|
|
|
Pengurus: Laporan Apex Dapat Kontrak RM3j ‘Karut’
PENGURUS pasukan Kelantan, Azman Ibrahim menyifatkan khabar angin mengenai tawaran RM3 juta buat penjaga gol The Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat bagi menebus kontraknya bersama skuad itu adalah tidak berasas dan “mengarut.”
Beliau yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menegaskan, kesemua pemain masih mempunyai kontrak beraksi dengan The Red Warriors setakat ini.
“Kesemua pemain masih mempunyai ikatan dengan Kelantan, begitu juga dengan Apex (Khairul Fahmi).
“Jadi, saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan saya enggan memikirkannya,” kata Azman ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.
Hari ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan penjaga gawang Kelantan itu kini menjadi sebutan apabila dikatakan mendapat tawaran RM3 juta oleh pasukan lain dan bayaran RM800,000 bagi menebus kontraknya dengan skuad The Red Warriors yang masih berbaki tiga tahun lagi.
Azman menambah: “Semua khabar angin ini murahan semata-mata, ini hanya tawaran atas angin sahaja.”
“Mereka hanya berani war-warkan dalam media massa, tapi tidak berani membuat sebarang hitam putih,” jelas beliau lagi.
Dalam pada itu, ketika ditanya adakah khabar angin ini satu agenda sesetengah orang yang hanya bertujuan untuk menjatuhkan moral pemain, Azman bagaimanapun mengakui dan beliau menegaskan bahawa tidak berminat untuk melayan perkara yang tidak berasas tersebut.
“Ya, ia memang agenda untuk mengganggu tumpuan pemain kita yang akan beraksi dalam final Piala Malaysia Sabtu ini. Saya betul-betul tidak faham mengapa mereka buat perkara sebegini.
“Apa-apa pun, saya tidak mahu memikirkan perkara yang mengarut ini dan tumpuan kami hanya terarah kepada final Piala Malaysia nanti,” katanya lagi.
Dalam aksi final Piala Malaysia 2012, Kelantan akan bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam, 20 Oktober ini.
credit : www.sinarharian.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
60,000 Tiket Final Piala Malaysia
SHAH ALAM – Atas faktor keselamatan, hanya 60,000 akan diperuntukkan kepada penyokong Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam.
Jumlah tiket itu diputuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Datuk Hamidin Mohd. Amin pada sidang media Mesyuarat Pengelola Perlawanan Akhir Piala Malaysia, semalam.
”Setiap pasukan akan memperoleh 30,000 tiket dengan jumlah secara keseluruhan tiket yang akan dicetak adalah 60,000.
”Ini jumlah maksimum yang dapat diberikan oleh FAM memandangkan kami perlu meletakkan zon penampan antara penyokong atas faktor keselamatan.
”Tiada cetakan tambahan akan dilakukan walaupun terdapat permintaan mana-mana pasukan kerana itu sahaja jumlah maksimum yang dilihat munasabah.
”Jika ada lebihan iaitu ada tiket yang diperuntukkan kepada mana-mana pasukan tidak dihabis dijual, tiket-tiket terbabit akan dijual di perkarangan Stadium Shah Alam mulai hari Khamis (esok), sehingga hari perlawanan mulai sembilan pagi hingga tujuh petang, tiket ini terbuka dibeli oleh mana-mana penyokong.
”Harga tiket perlawanan akhir kekal seperti yang pernah diberitahu pada awal musim iaitu RM40 manakala kanak-kanak adalah RM5,” katanya.
Turut hadir pada sidang media iaitu Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, Naib Presiden FAM, Datuk Affendi Hamzah, Setiausaha Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera, Kolonel Abdul Rani Abdul Rahim dan Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Azman Ibrahim.
Peruntukkan 30,000 tiket setiap pasukan itu dijangka bakal memberikan sedikit masalah kepada The Red Warriors memandangkan mereka mempunyai begitu ramai penyokong berbanding ATM.
ATM bakal menjadi tuan rumah sementara Kelantan akan bertandang selaku pasukan pelawat pada perlawanan akhir berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang juga Ahli Jawatankuasa Keselamatan FAM, Datuk Wira Salleh Mat Rashid, menjelaskan tahap keselamatan dalam kawasan stadium akan dipertingkatkan dengan pemasangan kamera di tempat duduk penonton.
”Kawalan keselamatan kali ini lebih ketat dengan pihak polis akan memasang kamera bagi merakamkan segala tindak-tanduk penyokong semasa di dalam stadium.
”Cara ini adalah usaha terbaru mengawal keselamatan sebelum dan semasa perlawanan berlangsung, kami telah memulakannya pada perlawanan antara Selangor dan Kelantan baru-baru ini dan ada penangkapan yang telah dibuat.
”Pasukan keselamatan juga akan diperkuatkan dengan kira-kira 1,000 anggota yang akan mengawal di dalam dan luar stadium,” katanya.
credit : kelate.net
|
|
|
|
|
|
|
|
Bojan Yakin Kelantan Julang Piala Malaysia
JURULATIH Kelantan, Bojan Hodak yakin pasukannya akan menjulang Piala Malaysia edisi 2012 dengan mengatasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada final, 20 Oktober ini.
Kejayaan Kelantan menewaskan Selangor 3-0 secara agregat malam tadi, sekali gus melayakkan pasukan dari pantai timur itu ke pentas akhir.
“Secara statistik, kami merupakan pasukan yang terbaik dan di bahagian pertahanan masih boleh ditingkatkan untuk aksi final nanti.
“Saya berpuas hati dengan persembahan para pemain dan ini merupakan corak permainan yang terbaik,” kata Bojan.
Berikutan dua pemain Kelantan yang tidak akan beraksi di pentas akhir kerana dilayangkan kad kuning iaitu Mohd Norfarhan dan Mohamed Mahmoud Ghaddar, ia dilihat akan menjadi satu masalah besar.
“Dua pemain kami Norfarhan dan Ghaddar tidak akan beraksi di final nanti, akan menjadi satu masalah besar. Kedua-dua pemain ini mempunyai kualiti permainan yang bagus di mana mereka sering menjaringkan gol untuk pasukan.
“Matlamat kami untuk menang dan saya yakin kami mampu untuk melakukannya walaupun ketiadaan dua tunjang utama pasukan,” katanya lagi.
Bojan turut memuji kecekapan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali dalam aksi penentuan ke saingan akhir malam tadi.
“Selangor mempunyai seorang penjaga gol yang bagus. Jika kita lihat, dia berjaya menyelamatkan lebih tiga kali serangan dari Kelantan, yang saya fikir kami boleh menjaringkan gol,” jelasnya.
Bojan perlu menyusun strategi yang mantap untuk menentang ATM, yang merupakan juara Liga Perdana.
“ATM merupakan satu pasukan yang kuat, mempunyai barisan pemain kebangsaan dan dua pemain import yang hebat.
“Begitu juga dengan jurulatihnya, dia sangat bagus tetapi saya yakin dengan pasukan saya akan meraih kemenangan,” tambah Bojan.
ATM mara ke final dengan mengatasi Lions XII kelmarin.
credit : www.kelate.net |
|
|
|
|
|
|
|
ambo pun yakin kelate akan mene treble tahun ni,yiiiiiiiiiiiiiiiihaaaaaaaaa,gomo kelate gomo,he2 |
|
|
|
|
|
|
|
xpdckelate posted on 17-10-2012 10:14 AM
ambo pun yakin kelate akan mene treble tahun ni,yiiiiiiiiiiiiiiiihaaaaaaaaa,gomo kelate gomo,he2 {:1 ...
ambo pon yakin
|
|
|
|
|
|
|
|
30 000 jah tiket ko pasuke kelate, mano ckp, harap ado la tiket trip ni |
|
|
|
|
|
|
|
cakap jah 60k lagi 20k print ulat jual masuk poket serupo biaso la kalu tak tiap kali gi bukit jalil doduk atas simen |
|
|
|
|
|
|
|
razzmat posted on 17-10-2012 03:29 PM
cakap jah 60k lagi 20k print ulat jual masuk poket serupo biaso la kalu tak tiap kali gi bukit jalil ...
takpo, kawe ado dh tiket
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiada belas kasihan
TIADA belas kasihan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bedil Kelantan habis-habisan.Jika ia berhasil, Kelantan boleh melupakan impian untuk muncul juara trebel dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
ATM pula mahu membuktikan bahawa mereka bukan pasukan yang boleh dipandang mudah oleh lawan, justeru mereka mahu membuktikannya pada final Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam malam esok.
Penjaga gol ATM, Farizal Harun sudah bersedia untuk tugasan penting itu dan dia tidak akan membiarkan lawan meloloskan diri.
Bagi merealisasikan hajat besar mereka itu, Farizal menuntut rakan-rakan sepasukan agar menyelesaikan perlawanan dalam tempoh 90 minit sekali gus menjulang piala berprestij itu dengan penuh bergaya.
Farizal menjelaskan, dia yakin dengan pengalaman beraksi sebanyak empat kali menentang juara Liga Super itu, ia bakal dijadikan satu pengajaran berguna buat skuad kendalian B. Sathianathan itu pada musim ini.
“ Kami sudah bertemu empat kali dengan Kelantan termasuk dua kali di peringkat Kumpulan B Piala Malaysia dan perlawanan persahabatan.
“ Kali terakhir (ketika menentang Kelantan), kami tewas 3-4 kepada mereka di Stadium Sultan Muhammad IV pada saingan peringkat kumpulan, ” katanya.
Farizal ditemui ketika bersama skuad bola sepak ATM menziarahi bekas pemain Selangor, Ezmi Md. Jan yang menghidap barah hidung di Kampung Sentosa Batang Kali, Hulu Selangor semalam.
Tambahnya, pemain kelahiran Negeri Sembilan itu juga menyifatkan The Red Warriors dilihat memiliki kelebihan sekiranya perlawanan akhir Piala Malaysia tersebut diheret sehingga ke penentuan sepakan penalti.
Jelasnya, kekuatan mental bakal menjadi penentu kepada kedua-dua pasukan sekiranya perlawanan terikat sehingga ke masa tambahan.
“ Ramai mengetahui, Kelantan memiliki penjaga gol terbaik negara, Khairul Fahmi Che Mat dan pendapat saya, sepakan penalti dilihat memberi kelebihan kepada mereka.
“ Apa pun, kami telah bersedia dengan menjalani latihan tambahan dan sekiranya kami terpaksa beraksi sehingga ke penentuan sepakan penalti, saya berjanji akan menampilkan aksi terbaik.
“ Kalau boleh, kami nak selesaikan perlawanan itu kelak dalam tempoh 90 minit, ” katanya.
- Kosmo -
|
|
|
|
|
|
|
|
KAFA didenda RM40,000
2012/10/19 - 05:14:35 AM
Oleh Wan Fakhrul Bakar
Kelantan dihukum sebelum final
Petaling Jaya : Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda RM40,000 semalam - dua hari sebelum final Piala Malaysia, gara-gara tindakan penyokongnya membaling botol minuman ke padang ketika perlawana Kumpulan B menentang Tentera di Stadium Selayang, 28 Ogos lalu.
Hukuman denda tinggi dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu umpama amaran awal kepada ribuan penyokong The Red Warriors supaya tidak mengulangi perbuatan itu pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam esok.
'' Kita ada garis panduan dalam Kod Tatatertib FAM 2011 yang menyatakan kelakuan penyokong mana-mana pasukan tertakluk kepada persatuan negeri masing-masing, " - Taufik Abdul Razak, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM
Jika terus berdegil, mereka pasti sukar melarikan diri kerana setiap kelakuan dan tindakan pada aksi final itu nanti diperhatikan dengan pemasangan kamera di setiap sudut stadium berkenaan sebagai langkah awal mengelakkan kejadian tidak diingini.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak, berkata tuan rumah perlawanan terbabit, Tentera tidak dihukum kerana insiden itu yang disiarkan secara langsung di televisyen jelas menunjukkan kejadian baling botol dilakukan penyokong Kelantan.
“ Kita ada garis panduan dalam Kod Tatatertib FAM 2011 yang menyatakan kelakuan penyokong mana-mana pasukan tertakluk kepada persatuan negeri masing-masing, tidak kiralah siapa yang menjadi tuan rumah.
“ Memang jelas nampak seperti hujan botol minuman itu dibaling ke arah padang sehingga menyebabkan perlawanan tertangguh selama 17 minit, ” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tatatertib FAM di Kelana Jaya, semalam. Taufik berkata, KAFA turut ingkar apabila menghantar Borang B (mengaku tidak bersalah) dua hari lewat daripada tarikh ditetapkan.
“ Walaupun hukuman maksimum ke atas kesalahan itu ialah RM100,000, jawatankuasa hanya mengenakan denda RM40,000 dan KAFA boleh merayu dalam tempoh 30 hari, ” katanya.
Beliau berkata, jawatankuasa juga mendenda Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) RM15,000 kerana penyokongnya membakar mercun roket selepas lagu Negaraku dan membaling mercun ‘ air-bomb ’ ke arah trek dan penjaga garisan.
“ Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) pula didenda RM10,000 kerana penyokongnya membaling mercun ' air-bomb ' dengan serpihannya terkena penjaga garisan, ” katanya.
Katanya, jawatankuasa turut mendenda Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) RM5,000 kerana penyokongnya membaling botol minuman dan bungkusan cili boh ke arah pengadil dan penjaga garisan.
“ Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) didenda RM1,000 kerana penyokongnya membakar suar (flare) dan mercun, ” katanya.
Rabu lalu BH Sukan melaporkan setiap kelakuan dan tindakan penyokong pada final Piala Malaysia antara Kelantan dan Tentera, malam esok akan diperhatikan.
Itu adalah peringatan FAM yang bertindak memasang kamera di setiap sudut stadium berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, Datuk Salleh Md Rashid dilaporkan berkata semua kamera tersembunyi itu dipasang di dalam dan luar stadium bagi mengawal penyokong daripada bertindak negatif dan membawa bahan yang dilarang seperti mercun dan vuvuzela.
- Berita Harian -
|
|
|
|
|
|
|
|
Final Piala Malaysia : Hodak ' pening ' pilih barisan terkuat
MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
19 Oktober 2012
KOTA BHARU – Pengendali The Red Warriors, Bojan Hodak berdepan kesukaran mengenal pasti barisan terkuat pasukannya menjelang sepak mula perlawanan akhir Piala Malaysia, bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam, malam esok.
Sambil menyifatkan itu satu perkembangan positif di kem Kelantan, Hodak bagaimanapun mengakui beliau mula pening kepala memikirkan barisan terbaik memandangkan rata-rata anak buahnya mempamerkan prestasi luar biasa sejak menjalani latihan empat hari lalu.
“ Saya beritahu kepada pemain kita ada 11 slot untuk diisi. Semua pemain kena berusaha keras dan saya lihat mereka bersaing sesama sendiri untuk merebut tempat di dalam kesebelasan utama pasukan, ” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.
“ Itu menyebabkan saya buntu untuk memilih pemain mana. Kalau anda tanya saya sekarang tentang perkara ini, saya sendiri pun susah hendak beritahu. Saya hanya akan putuskan siapa pengganti Mohamad Ghaddar dan Mohd Norfarhan (Muhammad) hari ini.
Jurulatih berasal dari Croatia bagaimanapun membayangkan Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi dan penyerang pinjaman dari Kuala Lumpur, Muhammad Afiq Azmi bakal mengisi kekosongan ditinggalkan dua pemain tersebut.
Ketika ditanya mengenai peluang Kelantan untuk muncul juara pada pertandingan edisi ke-86 ini, Hodak optimis pasukannya mampu menewaskan skuad bimbingan B Sathiananthan itu.
“ Saya akui ATM sebuah pasukan yang kuat, ada lima pemain kebangsaan dan pemain import yang bagus. Peluang 50-50 bagi kedua-dua pasukan. Tetapi di belakang kita ada puluhan ribu penyokong setia Kelantan.
“ Kita pernah menewaskan mereka tanpa Mohamad Ghaddar. Jadi apa masalahnya ? Kita hanya terasa ketiadaan Mohd Norfarhan kerana dia merupakan penjaring terbanyak Kelantan dalam kempen Piala Malaysia musim ini, ” katanya.
Sementara itu, Hodak turut menamakan kelibat tiga pemain ATM iaitu Hairuddin Omar, Marlon Alex James dan Bruno Marteloto dilihat cukup berbahaya bagi benteng pertahanan pasukannya jika tidak diberi perhatian.
“ Ramai orang anggap Hai-O (Hairuddin) dan Marlon (Alex James) menjadi ancaman berbahaya kepada kita. Tetapi anda jangan lupa Bruno (Marteloto). Pemain ini sering memberi masalah kepada kita.
“ Saya tak fikir kita perlu menggunakan taktikal ‘ man to man marking ’. Lebih penting pemain kita beraksi seperti mana menewaskan Selangor tempohari. Saya tahu pemain seperti Indra Putra (Mahayuddin) boleh menyekat kemaraan pemain tersebut, ” katanya.
- Sinar Harian -
|
|
|
|
|
|
|
|
GOMO KELATE GOMO
|
|
|
|
|
|
|
| |
|