|
tak pernah lagi baca novel Lily Haslina Nasir
tapi macam best jer review Di Langit Cinta
mesti beli nih |
|
|
|
|
|
|
|
Mod mesti boleh tambah tacangkan Ni ambil dari ruangan Sastera Berita Harian hari ni
Dunia Buku: Trauma lelaki didera bapa
Oleh Farah Wahida Md Razid
[email protected]
Anak didik penulis wanita tersohor
LILY Haslina Nasir dilahirkan di Melaka pada 19 November 1971 yang meminati dunia penulisan sejak kecil menjadikan karya penulis terkenal tanah air seperti Khadijah Hashim, Sasterawan Negara (SN), Datuk (Dr) A Samad Said dan Baharuddin CD sebagai bahan bacaan wajibnya.
Ketika berusia 13 tahun minatnya dalam bidang penulisan cuba dicanai menerusi didikan Pak Matlob dan menghantar karya untuk ruangan di Berita Minggu selain pernah mendapat didikan daripada Khadijah ketika menuntut di Sekolah Menengah Munsyi Abdullah.
Karya lulusan Jabatan Pengajian Media (JPM), Universiti Malaya (UM) ini mendapat tempat dalam majalah dan akhbar tempatan dan bakatnya kemudian digilap Penerima Anugerah Magsaysay 1994, Allahayarham Tan Sri (Dr) Samad Ismail, Allahyarham Dr Othman Puteh dan Allahyarham Profesor Madya Dr Abdullah Tahir.
Lily Haslina menceburi bidang kewartawanan majalah sebaik tamat pengajian sempat menghasilkan lapan novel, tiga autobiografi dan lima novel kanak-kanak manakala antara karyanya termasuklah Epilog Cinta, Masam-Masam Manis, Sesuci Kasih Norlina Alawi serta Marah-marah Sayang.
Selepas 11 tahun bergelar wartawan, Lily nekad meninggalkan bidang itu untuk kembali berkarya menerusi penulisan novel kerana menurutnya, jiwanya sentiasa kacau sekiranya tiada buku baru dihasilkan dan kini mahu mengejar kepuasan dalam dunia penulisan.
Isteri menjadi tempat lepas kemarahan
MOGA Kau Mengerti karya Lily Haslina Nasir membongkar trauma lelaki yang pernah didera ayah sendiri pada zaman kanak-kanaknya sehingga menghantui hidupnya meskipun selepas bergelar suami sehingga isteri menjadi mangsa kekejamannya.
Pengarang menyogok pembaca dengan kisah cinta monyet Adeena Adalia dengan seniornya, Kamali, di Sekolah Menengah Munshi Abdullah tanpa mengetahui pemuda terbabit pernah bersahabat dengan abangnya, Amirul, pada zaman kanak-kanak mereka.
Adeena Adalia yang menerima tawaran kemasukan ke sekolah asrama penuh terbabit tidak menyangka akan terjebak dalam hubungan cinta itu kerana pada asalnya kurang selesa dengan tindakan Kamali menghantar bingkisan hati melalui orang tengah.
Bingkisan cinta Kamali yang akhirnya menjadi peneman setia Adeena Adalia akhirnya memerangkap dirinya apabila pemuda terbabit terpaksa berpindah sekolah kerana mengikut orang tuanya yang bertukar tempat kerja sehingga menjejaskan pelajarannya.
Lebih malang saat perpisahan berlaku ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia hampir tiba dan mengakibatkan dirinya tertekan dan berasa bersalah kepada orang tuanya yang mengharapkan kemasukannya ke sekolah berasrama penuh membantunya mendapat keputusan cemerlang.
Selepas tamat persekolahan Adeena Adalia akhirnya bertugas sebagai wartawan dan tidak pernah dapat melupakan lelaki pertama yang hadir dalam hidupnya meskipun hubungan mereka sudah terputus selama 10 tahun.
Lalu gadis itu berdoa agar dipertemukan dengan lelaki mulia dan doanya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Dr Adib, tetapi dirinya menjadi gusar serta keliru apabila dipertemukan semula dengan Kamali.
Simpati pembaca akan mencurah-curah kepada Dr Adib apabila Adeena Adalia memilih Kamali meskipun tahu bahawa pemuda pujaannya itu pernah berkahwin dan menceraikan isterinya, Wani, sebelum mereka bertemu semula.
Langit tidak selalunya cerah dan nyata Adeena Adalia membuat keputusan yang silap apabila memilih Kamali sebagai calon suaminya kerana walaupun usia perkahwinan mereka baru berusia seminggu, tubuhnya menjadi sasaran lelaki pujaannya melepaskan geram.
Hidup wanita malang itu kian terseksa hari demi hari dengan sepak tendang yang dihamburkan Kamali setiap hari sehingga suatu hari dirinya pengsan dan dimasukkan ke hospital selepas dibelasah suaminya dan mengakibatkan rahsia perkahwinannya terbongkar.
Peristiwa malang itu turut menyebabkan ibu mentuanya, Hajah Rahimah, menceritakan kisah sebenar yang menimpa anak lelakinya yang diseksa bapa kandungnya sehingga berbekas di hatinya, lalu trauma itu diterjemahnya sehingga menjadi suami tidak berperi kemanusiaan.
Wani turut membuat pengakuan bahawa dirinya begitu iri dengan Adeena Adalia ketika dirinya bergelar isteri kerana nyata kasih Kamali adalah untuk wanita cinta pertamanya sehingga beliau menjadi cemburu meskipun menerima nasib serupa dengan wanita malang itu.
Pembaca novel ini akan berasa lebih terharu apabila mengetahui Wani sengaja mengatur agar Adeena Adalia menerima nasib serupa dengannya dan mempersoalkan peri kemanusiaannya terhadap wanita kaum sejenisnya.
Novel ini mengajar pembaca agar berhati-hati dalam mainan perasaan ketika bercinta kerana ia boleh memudaratkan sekiranya seseorang itu tidak dapat membezakan antara kaca dan permata apabila mereka dibuai kisah cinta silam.
INFO: Moga Kau Mengerti
- Penulis: Lily Haslina Nasir
- Tebal: 533 halaman
- Terbitan: Alaf 21 Sdn Bhd
- Harga: RM19.90
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pemenang cenderahati Di Langit Cinta
1. FARHANAH BT AHMAD KHAIR
TAMAN DESA PELANCUNGAN,
31500 LAHAT PERAK
2. NORIANI HASHIM
SMK TUNKU BENDAHARA
06100 KODIANG, KEDAH...
3. Lyndavoc
htp://lyndavoc.blog.friendster.com)
4. Norlia Yusof (liya71)
Putrajaya
5.SARINA RAMLI
Putrajaya
6. Faizah Ibrahim
Jalan Singa Sin Hoe Garden,
75150 Bukit Baru, Melaka
7. Norabella @norabella277.blogspot.com
Singapura
8. Norlaili @ lily
Pantai Dalam Kuala Lumpur
9. mrs.sheikh a.k.a husna
Wilayah Persekutuan Labuan
10. Adhan-
(Harap Adhan emelkan saya alamat ya!)
11. Mahnurfah Mohd Noor
TM BERHAD 09000 KULIM,KEDAH
12. DD Darling, Perlis |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dapat present dari kak lily... Thanks! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #705 liya71a\ catat
Wah..bestnyer..tahniah, Liya.. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks krufan, lama x dengar berita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #708 minahleter\ catat
Lama ker?? saya selalu muncul la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #711 minahleter\ catat
The trouble with Valentine's Day ~ Rachel Gibson...
Sebelom ni bace Twilight..
Sebelom Twilight, bace buku latest Kak Lily..
U?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #712 KRUfan's post
ah twilight!! sampai bile pun cecco tak dapat bace!! lum beli lagi buku tu huhu. susah nak jumpe |
|
|
|
|
|
|
|
Ahkak lili ada komen pasal benang ni lah kat blog dia
baru tengok tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #713 a.ceCCo\ catat
|
|
|
|
|
|
|
Balas #716 minahleter\ catat
Yessss.....pelukis cover tu mesti Nora Ismail...hehe...cun!tak sabar nak beli... |
|
|
|
|
|
|
|
Sizzling Sofi. Adorable Adura.
Itu antara gelaran yang singgah di telinganya dari jejaka-jejaka kampus. Nak buat macam mana |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #718 limau_nipis's post
Sizzling Sofi. Adorable Adura.
Itu antara gelaran yang singgah di telinganya dari jejaka-jejaka kampus. Nak buat macam mana |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|