CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bawangkecik

[Tempatan] Polis masih siasat kehilangan Acap

 Close [Copy link]
Post time 11-4-2019 01:35 PM | Show all posts
chanteksekali replied at 11-4-2019 01:31 PM
Ada wei aku tgk sorang tu share ritu, tp pasit selut kat laut, menarik n insya Allah ada idea kala ...

sungai, paya dengan laut berbeza ke pasir jerlusnya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2019 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 11-4-2019 01:34 PM
Kangkung ada tepek link kat page belakang2.. Cuba uols selak..

Tq bnyk2..bnyk yg ai skip ni..xtrkjr shrian ni bz skt
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 11-4-2019 01:35 PM
sungai, paya dengan laut berbeza ke pasir jerlusnya?

Alamak saba jap aku pun nak carik yg aku tgk tu, aku bc komen2 kata lain, tp ada yg kata berguna jugalah survival skills tu dr tak tau apa langsung
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
chanteksekali replied at 11-4-2019 01:34 PM
Akak @noraidil tp tak ingat benang mana, sbb i ada contribute gak aritu

Ok2..tq cuolss..ai akn carik nti..ktenye link dah ada kt blkng2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 11-4-2019 01:34 PM
Tok singa page

Rse mcm xjdi plk nk tgk kenangkn jmbang die tu..haha
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
chanteksekali replied at 11-4-2019 01:38 PM
Alamak saba jap aku pun nak carik yg aku tgk tu, aku bc komen2 kata lain, tp ada yg kata berguna j ...

Lain aku cari lain aku jumpa, takpe tepek je ok

Nota :
QUICK SAND .
paya tersembunyi
Pasir jerlus.

DiAntara. Unsur yang boleh menyebabkan berlakunya bahaya keatas pendaki :

Paya yang agak dalam yang tersembunyi kerana dedaun kering mati yang gugur dari pepohon telah menutupi kawasan paya dan menyebabkan ia terlindung dan nampak seperti tiada apa.

Kawasan kubang kolam haiwan liar yang bersaiz besar seperti gajah &Kerbau hutan . Keluasan kolam Yang sedikit Luas dan dalam . Tanah yang dipijak dibajak haiwan ini biasanya menjadi selut lumpur bewarna coklat atau hitam . Ada kawasan kolam lebih basah,  ada yang cair ada juga yang berlumpur pejal.

Lencongan air hujan yang bertakung didalam kawasan lembah kaki bukit dan tertutup dgn dedaun kering.

.

  kolam mata air semulajadi dari bawah dan lama kelamaan ia menjadi selut lumpur.  

.pasir jerlus.  Mendaki, menceroboh atau memasuki kawasan kuari yang telah tertera larangan masuk adalah sangat bahaya.  Biasanya Mungkin kerana seseorang itu  tertarik dengan unsur alam semulajadi dikawasan kuari seperti seperti kolam berwarna biru.  Kawasan kuari juga mempunyai unsur bahaya besar kerana faktor komposisi tanah tak mampat dan menyebabkan pasir jerlus

.
Safety :
. Jangan mengubah haluan trek sekiranya trek asal masih elok digunakan. .
Jangan Bukak atau rintis laluan baru ikut suka hati atau jika tiada kemahiran yg lebih lanjut sebaiknya jangan berani mencuba.  
Jangan berada terlalu jauh dari rakan didalam kumpulan .
Sentiasa bergerak dalam kumpulan . Sekiranya terjadi kejadiaan yang tak diingini . Harapan untuk bantuan ,pertolongan kecemasan segera masih sempat untuk diberikan.
Jangan mendaki atau membuat explorasi jauh kedalam hutan secara bersendirian.
.

.

..

Kenali Jenis hutan dan 7 Kelas Hutan yang  boleh dikategorikan berubah mengikut perubahan keadaan dan iklim semasa.

bedasarkan ,

ciri-ciri altitud,
komposisi flora,
habitat,  
tanah dan biotik.-

.
( Hutan Paya Gambut)

Hutan ini terletak di belakang hutan paya laut menghala ke darat dengan tanah gambut dan airnya yang kurang masin. Spesies yang terdapat di kawasan ini ialah pokok Meranti.

.

.
Hutan Paya Laut

Hutan ini terletak di persisiran laut yang berlumpur dan bercampur pasir laut yang mengalami air pasang dan surut. Spesies utama ialah pokok Bakau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2019 01:40 PM | Show all posts
Acikgomen replied at 11-4-2019 12:54 AM
Ade jalan masuk ke kat hiway tutup tu
Laki acik suka melilau jalan2 lama ni

Kalau tgk kat gambar, highway lama tu pendek je jaraknya Acik, nampak mcm skrg dah kena katup dgn semak samun & hutan belukar. Dah jadi jalan mati. Nnti laki acik masuk, tak memasal dia plak hilang, jenuh plak acik nak meroyan selang 2 jam kat fb.

Ni artikel & gambar pasal hghway lama tu.






Sumber: https://www.orangperak.com/lebuh-raya-tinggal-di-gua-tempurung-sejak-1996.html

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 11-4-2019 01:35 PM
sungai, paya dengan laut berbeza ke pasir jerlusnya?



Ni ni yansss ko cari n tepek aku tak retiiii

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2019 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 10-4-2019 09:45 PM

kalau beliau masuk quicksand ....kenapa phone beliau ada ping berhampiran terowong sudah hampir ke penamat kata nya dan 4 hours kemudian ada berhampiran gua kandu ...... beliau sudah u turn ter salah laluan ....my mean kenapa seperti ber u turun pula masuk ke kawasan bukit putih ......if beliau buat short cut dari bukit putih kira nya beliau juga sudah lepasi bulatan dan kawasan jurang bukit putih .....yang i pasti quicksand selalu nya berada kawasan berhampiran air iaitu sungai ..dan evidence hanya melalui gambar dan ping mobile phone ... hanya pendapat  
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 10-4-2019 04:43 PM

Kesiannya petugas2 ni. Memang x lapar, x dahaga dan diaorg bergilir tp sampai x dpt balik rumah berjumpa keluarga dan anak2 sampai 2 minggu, memang akak tabik la..
Moga mereka2 yg bertugas atas arahan rasmi atau sukarela sentiasa dirahmati Allah dan urusan mereka jua dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
chanteksekali replied at 11-4-2019 01:41 PM
Ni ni yansss ko cari n tepek aku tak retiiii

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=329301711124979&id=165090397546112

@eyansss
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
chanteksekali replied at 11-4-2019 01:41 PM
Ni ni yansss ko cari n tepek aku tak retiiii

Tapi ada satu video aku tengok kat utube. Lama dah aku pun ingat ingat lupa. Omputih buat live. Dia sorang ja tak silap. Hp tu dia pi letak jauh sikit.

Rasanya dia nak buat step macam mana Kalau nak survive dari pasir jerlus ni. Tapi tragis nya, dia tak berjaya survive

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
gebugebas replied at 11-4-2019 01:37 PM
Tq bnyk2..bnyk yg ai skip ni..xtrkjr shrian ni bz skt

.
Ni link thread Misteri Orang Hilang kat bod Sejarah
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1153964
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 11-4-2019 01:33 PM

Thank you. Memang dasyat & menakutkan  
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 11-4-2019 01:43 PM
kalau beliau masuk quicksand ....kenapa phone beliau ada ping berhampiran terowong sudah hampir ke p ...

Kalau bc yg bdk2 ni discuss ping tu questionable jugak, katanya pakai suunto ke apa pun ada ralat jugak, n tak boleh ambil as absolute proof, cam mh370 punya ping pun takleh guna pakai, ni aku quote dr grp2 bdk2 hiking la ye
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 10-4-2019 04:57 PM
aku harap tak la sebab perit tau menunggu sesuatu yang tak pasti...  nak proceed kehidupan dengan  ...

Kita yg xde kaitan dgn acap or wife dia pun sedih jika tiada closingnya.. Akak ni suami x sampai rumah setengah jam dari biasa pun risau dan kekejap message dia @ cuba try call.. Ini dah 20 hari dan tak tahu sampai bila nak mencari... Moga ada closure. Moga dia dijumpai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2019 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
whadda replied at 11-4-2019 01:23 PM
tak tau dah ade ke tak artikel ni ditepek dalam ni.. pandangan dari orang asli yang mencari acap

...

Ni adalah ulasan yg paling boleh diguna pakai sepanjang kes acap ni. Teori dia pun takde mengarut sgt. Hopefully acap survive & takde kecelakaan lain andainya betul dia sampai ke tpt2 yg encik ni ckp.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 11-4-2019 01:17 PM
Dah cari dlm Netflix tp sedih sebab x ada..

Dlm youtube ade kak muvie jungle tu. Tp xde subtitle ade porumer ckp.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm bercakap pasal pasir jerlus ni. Masih teringat kah hangpa tentang tragedi pilu ini

kisah 8 sekawan lemas ditelan pasir jerlus

TTO ADMIN - 22.2.14


Satu demi satu ‘ditelan sungai’

Segamat: “Ya Allah... Zikri... Ayoi... tolong aku.” Itu ungkapan terakhir mangsa pertama tragedi lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap, dekat sini, yang mengorbankan tiga remaja manakala lima lagi rakan mereka masih hilang, semalam.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi itu, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, yang berjalan di kawasan berpasir di sungai itu bersama 11 rakannya, tiba-tiba tergelincir ke dalam sungai itu sebelum tujuh rakannya yang cuba membantu turut hilang.

Sehingga jam 11 malam tadi, tiga mayat ditemui iaitu Mohd Hafizul Daniel Norhashim, Mohd Zikri Zaidi dan Naz-rul Aminuddin.

Ketiga-tiga mayat itu ditemui dasar sungai berhampiran satu sama lain.
Daripada lapan remaja berkenaan, dua daripada mereka adalah adik beradik, iaitu Mohd Zikri dan abangnya, Mohd Zaki.

Empat lagi rakan mangsa, Mohd Shahrul Abd Halim, 14; Mohd Amerul Shah Ammar, 14; Hafizuddin Zamri, 15; Norshafila Abdullah, 16, terselamat kerana tidak terjun ke dalam sungai selepas melihat satu demi satu kawan baik mereka ‘ditelan sungai’.

Semua remaja berkenaan adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap.
Pasir jerlus

Kejadian dipercayai berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar dekat Buloh Kasap, yang seolah-olah ‘menyedut’, mangsa apabila terpijak dasar sungai itu.

Apabila mangsa memijak dasar sungai yang mencecah kedalaman sehingga enam meter, kaki terbenam dan ‘disedut’ sehingga gagal menyelamatkan diri.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk So’iman Jahid, berkata lokasi mempunyai kedalaman lebih berbanding tempat lain kerana kegiatan mengorek pasir dilakukan di kawasan itu.

“Cuaca panas sejak kebelakangan menyebabkan air sungai menjadi cetek sehingga terbentuknya teluk dan beting pasir jerlus di tengah sungai,” katanya.

Sebelum kejadian itu, 12 remaja berkenaan dari Taman Mewah, yang terletak kira-kira dua kilometer dari sungai itu, berjoging di tepi sungai berkenaan.

Mereka yang berjoging kira-kira jam 6.30 pagi, singgah menghirup udara pagi di tepi Sungai Muar berhampiran lokasi kejadian.

Mohd Shahrul berkata, ketika berada di tepi sungai itu, ada dalam kalangan mereka mengingati sesama sendiri supaya tidak pergi ke gigi air kerana bimbang terjatuh.

“Belum habis bercakap, tiba-tiba Mohd Hafizuddin tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai dan tangan terkapai-kapai.

“Pada mulanya, kami ingatkan dia bergurau, tetapi apabila dia tenggelam, Mohd Izoan dan Mohd Noreen terus terjun untuk menyelamatkannya.

“Apabila melihat Mohd Izoan dan Mohd Noreen tidak juga timbul, Mohd Zikri dan Nazrul Aminuddin pula terjun bagi menyelamatkan mereka,” katanya.

Dalam keadaan cemas dan panik, Nazrul atau dikenali Ayoi, meminta rakannya yang terkapai-kapai dalam sungai supaya bersabar dan mengarahkan rakan di darat mencari tali dan kayu.

Bagaimanapun, belum sempat empat rakan yang berada di darat mendapatkan tali atau kayu, Ayoi turut tenggelam.

Nekad terjun

Melihatkan seorang demi seorang rakan mereka hilang, Mohd Shafiq dan Mohd Hafizul Daniel, nekad terjun untuk menyelamatkan mangsa.

Bagaimanapun, kedua-duanya turut mengalami nasib yang sama.

Mohd Shahrul berkata, Mohd Zaki pula tanpa berfikir panjang, terus terjun untuk menyelamatkan tujuh rakan yang sudah tenggelam, tetapi dia juga tenggelam.

“Kami berempat tergamam apabila melihat kelapan-lapan teman baik semuanya tidak timbul,” katanya sambil menambah kejadian itu berlaku dalam masa kurang lima minit.

Sementara itu, Mohd Amerul Shah berkata, dia yang panik dan terkejut, menelefon ibu dan bapa mangsa untuk mendapatkan bantuan.

Norshafila, satu-satunya perempuan dalam kumpulan itu, berlari pulang ke rumah bagi memaklumkan kepada keluarga. -Berita Harian/Pic Harian Metro





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 10-4-2019 05:53 PM

Siapa dia ni? Menggelar diri sendiri sebagai tok..  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.578726 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list