|
IASLA[DIET&ANGELIKA LATEST STORIES-(PAGE 197)]-~(PRE:TDDUP)
[Copy link]
|
|
Originally posted by babyface76 at 12-9-2005 05:02 PM
anne salamat sebab masukkan video tuk cite nie...best2...naik juling mata aku mend/load...hehe
hi babe...morning...selamat mendownload this whole thing...ko naik juling and aku lak naik pusing dok ingat episode apa yg aku tgh download ni ha....:cak:...aku pun x sempat nak download sgt...bz sungguh2...nanti susah2, ko tolong le burnkan kat aku ek? :cak: don't worry la...i'll try my best to download it on my own... |
|
|
|
|
|
|
|
hahah camne nak d/loadkan tuk kau anne...aku punya komputer kat opis nie pun zaman jepun punya...hahah kat rumah komputer ngak ada...heheh
wei anne kau ada nengok citer nasam ka man lakonan echo..claudine...diet tak??
wah ada adegan panas...heeh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by babyface76 at 13-9-2005 01:44 PM
hahah camne nak d/loadkan tuk kau anne...aku punya komputer kat opis nie pun zaman jepun punya...hahah kat rumah komputer ngak ada...heheh
wei anne kau ada nengok citer nasam ka man lakonan echo ...
aah dah tgk dah...mmg panas pun scene si diet...terkezut hambo ngknye...:cak: tp aku pun tertipu gak coz ingatkan org lain yg mati tp lain lak yg jadi... |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 85 - Summary
Setibanya Jasmin dirumah, dia terserempak dengan Susana dan Yolanda sedang bergaduh dan Jasmin agak terkejut sambil memanggil nama Mrs Ynares. Susana dan Yolanda terhenti dan menoleh kearah Jasmin. Lalu ditanya Jasmin apa yang Susana cuba lakukan dirumah nya. Jawab Susana yang dia cuba melawat Jasmin dan seolah-olah mereka tidak dapat menerima kehadirannya disitu lalu Susana terus meninggalkan rumah tersebut.
Kini Jasmin bertanya pada ibu tirinya apa yang mereka gaduhkan dan Yolanda hanya memberitahu itu semua hal masa silam. Dan Jasmin bertanya lagi, apa yang dapat digaduhkan oleh dua orang wanita. Sudah tentu Yolanda menjadi defensive dan menjawab tentang lelaki dan terpaksa juga Yolanda menerangkan sedikit bahawa Mrs Ynares cemburu terhadapnya. Jasmin menyoal lagi kenapa Susana harus cemburu dan sekiranya Yolanda mempunyai hubungan dengan Roden. Yolanda terus marah dengan soalan tersebut kerana Jasmin tidak perlu merasa sangsi terhadap nya dan Yolanda terus meninggalkan ruang tersebut.
Nenek Nat memujuk cucunya agar mendapatkan rawatan sekali lagi tetapi Nat menolak kerana dia tahu tidak ada ubat yang dapat menyembuhkannya. Nenek hanya menangis walau dipujuk oleh cucunya. Nat hanya suka menonton video-video Hazel yang diambil dulu.
Di dalam bar, Nat memberi Hazel hadiah yang merupakan satu puppet. Ada juga surat yang disertakan sekali dan berbunyi bahwa dia akan sentiasa berada disisi Hazel walaupun mereka tidak berjumpa. Hazel gembira dan dia menyanyikan semula lagu kegemaran Nat, "I'll be There"
Di rumah Ynares, Susana dengan sikap marahnya cuba menampar Roden kerana sungguh keji sekali perbuatan Roden bersama Yolanda. Tetapi Roden sempat mengelak dan sebaliknya dia pula yang menampar Susana dan meninggalkannya bersendirian menangis kecewa.
Karri pula cuba berbaik dengan tukang masak di restaurant yang bernama Crispy. Dia asyik bertanya tentang Nea dan bagaimana sikap Nea terhadap pekerjanya. Crispy menjawab yang Nea amat tegas bila bekerja tetapi setelah tamat kerja dia begitu baik sekali terhadap mereka seperti kawan rapat. Ivan juga seolah-olah sudah mengikut cara-cara Nea.
Anak beranak Yolanda dengan Jasmin dan Hazel sedang menikmati sarapan pagi. Tetapi suasana begitu senyap sekali sehinggakan Hazel dapat merasakan ada ketegangan antara mereka berdua. Namun mereka menafikan hal itu sama sekali.
Di rumah Karri, dia cuba menukar imagenya supaya menjadi lebih casual. Karri berpakaian simple dengan denim pants serta t-shirt saja. Bila Crispy ternampak Karri semula dia memuji Karri nampak jelita. Karri berharap Ivan perasan akan image barunya dan pada masa yang sama dia cuba mengusik Crispy untuk mendapatkan fesyen rambut yang baru.
Pengunjung restaurant sudah mula tiba dan Karri cuba menunjukkan dirinya kepada Ivan dan menegurnya, tetapi Ivan seolah-olah tidak perasan akan kehadiran Karri dan terus berlalu. Ini membuatkan Karri terus tidak senang hati.
Di dalam kedai buku pula, Jasmin seperti dirundung duka. Lalu Oliver memanggilnya dan bertanya samada dia mempunyai masalah. Jasmin menafikannya dan hanya menanyakan khabar tentang kedua ibu bapa Oliver. Jawab Oliver bahawa ibu bapanya ok saja dan selepas itu mereka mengucapkan selamat tinggal antara satu sama lain. Tanpa disedari Zsazsa sudah memerhatikan perbuatan merea.
Di meja Oliver, Daphne mahu menyampaikan berita kepada Oliver tetapi Zsazsa sudah mendahuluinya dan bertanya terus sekiranya Oliver dan Jasmin mempunyai hubungan sekarang. Dia masih tidak mahu melepaskan Oliver kerana dia masih menyayangi teruna itu. Oliver merayu kepada Zsazsa supaya jangan membuat skandal sedemikian rupa. Zsazsa mengungkit yang keluarganya dan juga dia sendiri banyak membantu Oliver dan Oliver telah mempergunakan dirinya saja. Namun Oliver cuba defend diri sendiri yang dia berada disitu kerana dia telah bekerja keras. Tetapi Zsazsa masih tetap mengungkit dan dia tidak akan mendiamkan diri dan akan melakukan apa sekalipun untuk mendapatkan Oliver. Setelah Zsazsa pergi, Oliver dan Daphne hanya memandang satu sama lain.
Oliver dan Jasmin sedang berbual dan Oliver menasihati lagi Jasmin supaya jangan fikirkan tentang Zsazsa. Jasmin mahu saja berhenti dari bekerja tetapi Oliver tidak bersetuju kerana dia tidak mahu berjauhan dari kekasih hatinya itu.
Ivan dan Karri sedang menikmati dinner dan bila memulakan makan, Ivan hanya menggunakan tangan saja dan ini membuatkan Karri marah. Dia bertanya dengan sinis dari mana Ivan belajar makan seperti itu. Ivan menjawab dengan jujur yang Nea mengajarnya. Ivan cuba menyuapkan Karri tetapi dia menolak dan menjadi lebih marah lagi bila nama Nea saja yang didengarinya. Karri juga menyoal jika masakan Nea lebih sedap daripadanya. Ivan menerangkan bahawa Nea hanyalah business partner tetapi Karri tidak yakin dengan jawapan itu kerana baginya dia dapat melihat perbezaan yang ada dalam mata Nea ketika dia melihat Ivan. Ivan hanya mendiamkan diri dengan kenyataan tersebut.
Semasa didalam kereta, Ivan masih lagi termenung dan tiba-tiba terukir senyuman dibibirnya. Dia mengingati peristiwa silam bersama Nea, mereka menunggang pedicab dan membuat beberapa perkara bersama.
Ivan pergi mendapatkan paderi yang telah menjadi kawan baiknya dan paderi tersebut menyatakan yang Ivan telah melakukan banyak perkara untuk Nea dan kerana itu mungkin perasaan nya terhadap Nea sudah berubah. Bagaimana pula dengan Karri. Ivan tidak mahu membandingkan Karri dengan Nea kerana ternyata sifat mereka berdua amat berbeza sekali. Paderi bertanya kepada Ivan sekali lagi sekiranya Ivan mengenali Nea dan Karri pada waktu yang sama, siapa yang dia akan pilih. Ivan masih memikirkan soalan itu dan akhirnya dia berkata...dia akan pilih NEA. |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 86 - Summary
Paderi bertanya kepada Ivan siapa yang menjadi pilihannya, samada Karri atau Nea. Ivan menarik nafas panjang dan dia lebih cenderung memilih Nea...sekiranya diberi peluang sekali lagi dia lebih suka Nea kerana dia rasa bahagia bersama nya..tak penting bagaimana rupanya atau apa pun keadaan hidupnya dan tak perlu dia menjadi perfect bila bersama Nea kerana mereka saling memahami.
Nea sedang makan bersama beberapa orang nuns. Telefon nya berdering. Masing-masing memerhatikan Nea dan Nea sengaja cancel panggilan tersebut. Lepas itu berdering lagi dan mereka melihat kearah Nea semula. Nea menjadi segan lalu dia berkata dia akan mematikan telefon itu saja.
Hazel bermain-main dengan stuff toy pemberian Nut serta memeluknya dan tersenyum. Jasmin muncul dan berkata seperti adiknya itu dilamun cinta monyet. Hazel cuma menyatakan yang dia hanya berkawan saja. Lalu Jasmin meneruskan lagi..bermula dengan puppy love, kemudian cinta pertama, terus ke greatest love.
Hazel pula bertanya sekiranya Jasmin jatuh cinta dengan puppy love nya. Jasmin cuma tersenyum dan dia tidak tahu samada itu cinta atau tidak. Bila dikenang kembali dia ada mengenali seorang budak lelaki semasa bermain see-saw. Setiap kali Jasmin berada disitu, budak itu akan turut serta. Jika Jasmin menangis, dia pula cuba menceriakan Jasmin. Budak itu juga sangat suka akan cherry balls (bubble gum) dan suka blow his bubbles. Mereka berlari keriangan dalam park dan bercerita hantu sesama sendiri. Jasmin gembira sekali menceritakan semua ini kepada Hazel tetapi tidak berapa ingat akan nama budak lelaki tersebut. Hazel tertanya-tanya juga kenapa Jasmin gembira menceritakan itu sedangkan dia antara ingat dan lupa akan peristiwa tersebut.
Bila ditanya lagi sekiranya Jasmin mengenali lelaki tersebut bila berjumpa kembali. Jawab Jasmin mungkin tidak dan mungkin mereka tidak akan berjumpa lagi, cuma dia ingat budak itu hanya suka kepada cherry balls. Hazel menambah lagi, bagaimana pula sekiranya budak lelaki tersebut mengingati Jasmin dan masih sayang pada Jasmin, apa Jasmin akan buat. Pada Jasmin itu tak mungkin berlaku kerana ia bukan sesuatu yang berharga sekarang kerana Oliver saja yang menjadi sesuatu yang penting buat masa ini dan seterusnya.
Karri cuba mendapatkan nasihat daripada kawannya. Kenapa Karri perlu cemburu sedangkan Ivan tidak berjumpa dengannya kerana dia tidak mahu berjumpa dan juga dia tidak pergi ke restaurant lagi. Tetapi Karri rasa ada yang tidak kena pada Ivan dan seterusnya merasa kurang selesa dengan Ivan. Yang sebenarnya Karri yang merasa insecure dengan keadaan mereka sekarang.
Nea sudah bersedia untuk masuk tidur dan mengambil telefonnya. Ada miss call dari Ivan ataupun dia meninggalkan message.
Ivan masih digereja. Dia mahu menghantar message tetapi tidak diteruskan kerana dia mengingati kata-kata paderi tadi yang dia tidak adil terhadap Nea dan Karri. Dia tahu mana yang betul dan tidak, dia perlu memilih dan akhirnya dia berkata pada diri sendiri yang Karri saja yang dia sayangi.
Karri sedang baring bila menerima panggilan dari Ivan. Ivan menyatakan yang dia merindui Karri dan mahu Karri bercakap dengannya. Mereka menyatakan cinta masing-masing dan Ivan menyatakan segala janji-janji mereka semasa mereka kecil dulu....sepanjang hayat "you're my first....definitely my last....You're the one that I love...hope you always remember that" (kemudian ada message dari DJ, rupanya mereka sedang mendengar radio) Ada flashback mereka sedang bergembira....sementara itu Ivan ada didalam kereta diluar rumah Karri.
Jasmin dan Hazel sudah bersedia untuk bekerja dan ke sekolah. Diluar sudah menanti kedua-dua partner mereka iaitu Oliver dan Nat. Yolanda muncul dan terkejut kenapa kedua-duanya berada disitu. Jawab Hazel dia akan kesekolah. Jasmin pula bertanya sekiranya Yolanda juga akan keluar kerana dia mengenakan pakaian yang cantik. Yolanda tidak menjawab. Sebaliknya bertanya kenapa begitu awal sekali mereka keluar dating. Jawab Jasmin mereka masuk kerja bersama supaya boleh jimat dan lebih selamat. Bila ditanya kepada Hazel, Hazel cuma menjawab yang Nat hanyalah teman biasa. Hazel bertanya lagi kemana ibunya akan pergi kerana therapist tidak ada disitu untuk menolak kerusi roda itu. Yolanda menafikan soalan Hazel dan berkata dia hanya keluar untuk mengunci gate. Selepas anak-anak dia pergi, Yolanda tertawa kerana dia mempunyai rancangan yang lain untuk enjoy.
Bila Jasmin dan Oliver sampai, Zsazsa sudah berada di kedai buku dengan memberikan renungan yang tajam. Bila ditanya kepada Zsazsa mengapa begitu awal sekali dia sampai, jawabnya yang mereka ada meeting dan berkata kepada Jasmin pula yang dia Jasmin sudah lewat 30 minit. Jasmin meminta diri untuk clock in dan Oliver pula mengingatkannya yang mereka perlu kesatu tempat sekejap lagi. Oliver kini bertanya kepada Zsazsa apa yang Zsazsa mahu daripadanya. Zsazsa menjawab dengan marahnya..." I want you to get down" dan terus pergi.
Zsazsa bertanya kepada Daphne dimana Jasmin berada...tetapi Daphne tidak menjawab dengan segera.
Jasmin dan Oliver kini berada di park. Jasmin bertanya Oliver mengapa mereka kesitu nanti pihak office mereka akan marah. Oliver meyakinkan Jasmin supaya jangan bimbang kerana dia sudah memberitahu Daphne. (Oliver sedang makan sesuatu seakan cherry balls agaknya) Jasmin bertanya sekali lagi mengapa mereka disitu. Jawab Oliver supaya tidak ada orang yang menganggu, supaya mereka dapat melakukan seperti dua orang yang sedang bercinta. Lalu Oliver memberikan satu ciuman dibibir. Kata Oliver sekiranya see-saw itu dapat berkata-kata, ia akan berkata yang sudah berbaldi airmata nya jatuh kerana Jasmin. Kata Jasmin pula sekiranya see-saw itu dapat berkata-kata, ia akan berkata sudah beberapa drum air mata nya jatuh kerana Oliver....
Akhirnya Daphne menjawab soalan Zsazsa yang Jasmin keluar bersama Oliver untuk menghadiri satu meeting. Zsazsa naik radang kerana mereka baru saja sampai sekarang sudah keluar semula. Bagi Zsazsa kenapa Daphne boleh tahan dengan perbuatan Oliver dan Jasmin. Jawab Daphne, biarkan saja mereka berdua dan berharap Zsazsa boleh meneruskan hidupnya. Zsazsa menentang dengan keras kerana selagi dia tidak dapat membalas dendam dia tidak boleh meneruskan kehidupannya.
Kata Oliver, benar sudah berbaldi dan drum air mata mereka mengalir antara satu sama lain kerana itulah air mata pengorbanan dan kasih sayang.
Kini Zsazsa pergi menemui Roden. Dia mahu Oliver menyintainya seorang saja. Jawab Roden dia mempunyai pilihan...leave him or hancurkan hidup Oliver dulu...or stay on untuk menghancurkan Oliver dan Roden menyarankan supaya Zsazsa melakukan kedua-duanya sekali (memang baik punya bapak!!!) |
|
|
|
|
|
|
|
yohaaaaaa!!! kabare sume?? byk epi dah missed dload.. baby.. aku ada kat thread hikmah.. nak follow citer ni dah tak terfollow.. :cry: |
|
|
|
|
|
|
|
huhhuu blankie pekabor....wah lama kau tak muncul kat sini...iyalah sibuk wat hikmah 2....heheh
tak pe...aku pun kadang2 tu masuk gak thread hikmah....heheh |
|
|
|
|
|
|
|
anne masa aku nengok cite nasam nie pun dah malam....masa tu rasa dah nak terlelap kot...tup2 ada adegan panas tu...celik mataku...
huhuhu tak sangka diet lakonkan watak tu...huhuh tak dapat nak bayangkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by babyface76 at 14-9-2005 08:17 AM
anne masa aku nengok cite nasam nie pun dah malam....masa tu rasa dah nak terlelap kot...tup2 ada adegan panas tu...celik mataku...
huhuhu tak sangka diet lakonkan watak tu...huhuh tak dapat nak ...
amboi...amboi...amboi..ko celik tang tue aje ha...aiyo la...
:dia: to blankie...apa khabar? lama x nampak ko kat forum ni...eden sorang2 la yg dok meriah kan thread ni...:cak: anyway..anne pun selalu gak masuk thread si hikmah tu..lama2 dah addicted pulak ngk kat astro...best pulak rasanya jln cerita... |
|
|
|
|
|
|
|
bukannya takde masuk sini...bila aku masuk takde org bila tak masuk anne muncul...heheh
lagipun aku sedih tak dapat masuk thread diet...tak dapat nak cari gambar2 terkini dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by babyface76 at 14-9-2005 09:37 AM
bukannya takde masuk sini...bila aku masuk takde org bila tak masuk anne muncul...heheh
lagipun aku sedih tak dapat masuk thread diet...tak dapat nak cari gambar2 terkini dia...
ko nak gambar diet ek? nanti kalo senang anne carikan k |
|
|
|
|
|
|
| |
|