|
IASLA[DIET&ANGELIKA LATEST STORIES-(PAGE 197)]-~(PRE:TDDUP)
[Copy link]
|
|
Episode 83 - Summary
Jasmin dan Oliver berbincang, itu yang mereka takutkan bila Zsa zsa mengetahui tentang hubungan mereka berdua kerana nanti dia akan cuba sedaya upaya untuk memisahkan Oliver dan Jasmin. Kata Oliver, Zsazsa tidak mempunyai alasan kerana antara Zsazsa dan Oliver, mereka tidak mempunyai hubungan sama sekali dan dia tidak menyintai zsazsa kerana hanya Jasmin yang dicintainya. Lagipun walaupun dia tidak mengharapkan zsazsa namun zsazsa juga tahu sejak mereka menjadai kawan semula hanyalah kerana business dan tidak lebih dari itu. Jawab Jasmin yang zsazsa percaya yang dia mmepunyai hak jadi kerana itu itu dia turut mempertahankan haknya.
Vonnie pula tidak tahu bagaimana untuk mengira segala orders dan menjawab telefon. Tukang masak juga mengaku yang dia merasa susah kerana Nea tidak ada disitu. Vonnie mengiyakan kata-kata itu kerana ditinggalkan oleh Nea supaya dia terus menjadi pembantu disitu. Ivan juga telah menelefon.
Oliver dan Jasmin masih meneruskan perbincangan serious mereka. Kata Oliver mereka patut menyatakan perkara sebenar kepada Zsazsa untuk memberikan zsazsa satu pengajaran. Jasmin pula cuba menjelaskan dan dia mendekatkan dirinya kepada Oliver. Oliver tersenyum... Dia lebih suka zsazsa yang menjauhkan diri tetapi bukan si Jasmin, dan menambah lagi apa pula kata orang lain tetang betapa rapatnya mereka berdua...lalu pergi dan mereka tersenyum antara satu sama lain.
Ivan akhirnya tiba di restaurant. Vonnie begitu lega sekali Ivan berada disitu dan menganggapnya sebagai hero. Ivan bertanya dimana Nea berada dan jawab Vonnie yang Nea menghadiri satu seminar di Cavite di Vacoor. Ivan pelik kerana Nea tidak pula menyebutkan hal itu kepadanya. Vonnie menambah lagi yang Nea terpaksa pergi secara tiba-tiba. Ivan ada memberikan flyers dan memanggil seorang staff untuk memberikan kepada orang ramai sebagai menambahkan lagi pelanggan mereka. Vonnie menyatakan yang mereka sudah mempunyai ramai pengunjung, perlu ke lagi membuat begitu.
Masing-masing amat sibuk dan Vonnie masih tidak faham. Ivan pula tidak berjaya menghubungi Nea. Ivan dapat rasakan betapa berbeza jika Nea ada disitu. Vonnie memberitahu Ivan yang dia amat merindui Nea dan bertanya samada Ivan merindui Nea juga. Jawab Ivan "sudah tentu!" Vonnie tersenyum. Orders tidak henti-henti datang. Kata Vonnie lagi padanya sudah tentu Nea juga merindui Ivan. Dia mungkin tidak dapat menahannya. Dia tidak expect bukan main ramai lagi pelanggan. Senyum Ivan menjadi berlainan bila Vonnie berkata begitu.
Ada orang yang memberikan flyers dan Karri pula muncul. Dia gembira kerana ramai customers. Ivan mula membersihkan meja dan melayan untuk mengambil order baru. Ivan memanggil Erik dan Ivan terkejut melihat Karri disitu. Dia menyuruh Karri menunggu sebentar kerana dia perlu membawa barang-barang itu ke dapaur. Karri tidak berkata apa-apa.
Hazel sedang menanti dibawah satu shed. Dia ternampak Nat dan Nat mengajak berjalan sama dan dia akan belanja makan sekali. Hazel menolak kerana dia sedang menantikan kawannya kerana mereka perlu ke National Library untuk membuat research paper dan mungkin pada masa yang lain. Nat rasa sedih...Jadi Hazel menyanyikan lagu ..."If you're happy just laugh!"... mereka tertawa riang dan Hazel berkata dia akan menunggu Nat di bar nanti.
Ivan masih meneruskan kerja-kerja melayan dan menghidang kepada customers. Karri cuba menghampirinya dan bertanya samada Ivan perlu membuat itu semua sementara Nea menghadiri seminar. Tambah Karri lagi dia lebih mementingkan itu dari kerja-kerja di office. Ivan menjawab yang dia boleh melakukan itu semua. Ada seseorang memanggil waiter dan Ivan hampir pergi mendapatkan customer itu tetapi Karri menahannya dan Karri berkata yang dia tidak perlu berseorangan membuat kerja dan Karri sanggup membantu. Jadi Karri mengambil jug berisi air untuk diberikan kepada customer itu.
Oliver terlibat sama dengan story telling bersama-sama kanak-kanak. Jasmin berada disitu hanya memerhatikannya. Memanga Oliver pandai. Kanak-kanak mula tertawa dengannya. Ada satu part yang dia meletakkan crown diatas kepala Jasmin dan dia & Jasmin cuba bermain cuit mencuit. Kanak-kanak tertawa sambil mereka berkata..."uuuyyyy how sweet they are...." Kata Oliver mereka merasa malu...jangan la kanak-kanak mengusik mereka begitu dan seperti mereka juga boleh mencuit-cuit kanak-kanak itu semua dan mereka tertawa.
Para pekerja mula membersihkan restaurant. Mereka berbual mengenai Ivan, Nea dan Kari... Pada masa yang sama Karri muncul dan terdengar perbualan mereka. Kata yang satu...dia ingat Sir Ivan cuba memikat Mam Nea...kata yang satu lagi dia lebih suka Mam Karri kerana dia lebih pandai English dan bergaya pula. Jawab yang seorang pula yang dia lebih suka Nea kerana pada pendapatnya dari gaya Ivan, seakan-akan Ivan cuba memikat Nea....kalau Nea tiada, Ivan akan mencarinya dan bila dia tidak menjumpainya seakan Ivan tidak bermaya...seperti dia sudah terjatuh..jatuh cinta. Karri terhenti ...
Karri juga dapat melihat sendiri yang Ivan masih terus cuba menghubungi Nea.
Sekarang Karri dan Ivan mula meninggalkan resaturant. Ivan berpesan agar mengunci pintu dengan baik. Kata Karri dia akan menuju terus ke kereta dan dia akan menunggu Ivan disana. Ivan juga berpesan pada Vonnie supaya jangan lupa deposit duit kealam bank esok. Ivan hampir meninggalkan restaurang bila dia terpandang pada papan tanda DONA ELENA'S RESTAURANT....Dia teringat kembali waktu Nea memberikan satu ciuman kepadanya tanda terima kasih. Ivan tersenyum...
Nenek Nat telah membuat satu cake dan mahu menyimpannya didalam peti sejuk tertapi dia terlepas. Nat pula sedang memegang satu puppet dan menyanyikan "When you wake up each morning and you feel like calling I'll be there for you..." kemudian dia berlatih mengatakan sesuatu untuk Hazel..."Hazel kau tidak tahu bagaimana kau telah membahagiakan aku" Tiba-tiba dia merasa tidak sedap badan...dia merasa pening dan terus pengsan.
Di bar pula Hazel menyanyi...."When you wake up each morning and you feel like calling I'll be there for you..." dia mencari Nat sambil memerhatikan sekeliling...selepas itu dia hanya terfikir yang Nat berada disitu sendang memerhatikannya.
Nat sudah terbaring diatas stretcher tidak sedarkan diri, hidungnya sudah mula berdarah. Nenek Nat sedang menangis.
Hazel masih meneruskan nyanyiannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 84 - Summary
Doktor memberitahu nenek Nat yang sakit leukemia cucunya sudah balik semula. Doktor tidak tahu samada rawatan cobalt akan berjaya atau mengurangkan penyakitnya. Hazel cuma mendiamkan diri didalam bilik kerana Nat tidak muncul menyaksikan persembahannya di bar seperti yang dijanjikan.
Ivan pula berada didalam keretanya sambil berbaring dan dia mula mengenangkan peristiwa bahagianya bersama Nea. Mungkin perasaan nya terhadap Nea sudah mula berubah?
Yolanda menelefon ke ruamh keluarga Ynares untuk mencari Roden. Pembantu rumah yang menjawab telefon tetapi Susana berkata yang dia saja yang akan menjawab panggilan itu. Susana acted seolah-olah dialah pembantu rumah bila dia bercakap dengan Yolanda supaya dia tahu apa yang sebenarnya berlaku antara Yolanda dan suaminya Roden.
Jasmin dan Oliver telah sampai awal di kedai buku untuk menikmati sarapan pagi bersama tanpa gangguan orang lain. Oliver telah membuatkannya telur goreng dan roti bakar.
Ivan pula asyik menghantar message kepada Nea supaya menelefonnya segera selepas menerima pesanan itu. Dia juga cuba menelefon Nea tetapi tidak berjaya. Karri bercadang yang dia akan membantu pekerjaan di restaurant sementara Nea tidak ada disitu. Tetapi Vonnie berkata yang mereka mampu menjalankan pekerjaan dan Nea telah menyuruhnya (Vonnie) untuk menjaga restaurant tersebut. Tambahan pula Ivan juga bersetuju dengan pendapat Vonnie, jadi Karri terpaksa membatalkan niatnya.
Oliver dan Jasmin gembira dapat bersarapan bersama sambil menyuap makanan sesama sendiri. Oliver berangan yang bila mereka berkahwin nanti mereka akan sentiasa menikmati sarapan bersama dan Jasmin pula yang akan masak dan menyediakan makanan untuk mereka berdua. Jasmin bersetuju dengan Oliver tetapi senyuman dari bibir Jasmin terus hilang bila Oliver menambah lagi apa yang harus dibuat oleh Jasmin setelah mereka berkahwin.
Oliver: Selepas breakfast, kau boleh mencuci pakaian, selepas mencuci kau boleh menggosok pakaian, bersihkan lantai kemudian mandikan anak-anak kita, lepas tu beri makanan pada khinzir peliharaan mereka...lepas tu...
Jasmin: lepas tu aku pulangkan kau balik pada mommy kau...
Mereka asyik bergurau sehingga kesatu peringkat pandangan mereka menjadi bertambah serious. Oliver memegang muka Jasmin dan perlahan-lahan mendekatkan mukanya kepada Jasmin dan hampir menciumnya. Tetapi Oliver ternampak security kedai buku itu datang, dia menjadi panic kerana takut security itu ternampak mereka berdua...jadi Oliver terus menolak Jasmin jatuh ke lantai. Security meminta maaf kerana mengaggu mereka berdua dan terus pergi. Oliver cuba membantu Jasmin untuk bangun tetapi Jasmin telah memberinya satu tamparan (tak lah kuat) Oliver terpaksa menerangkan kenapa dia berbuat demikian. Jasmin accepted his apologies dan mereka meneruskan sarapan mereka semula.
Akhirnya Nat dapat menghubungi Hazel ditalian. Nat cuba bergurau dengan Hazel walaupun pada ketika itu dia sedang dirawat didalam hospital.
Di dalam restaurant, Karri merasa disisihkan oleh Ivan dan Vonnie kerana Ivan lebih suka makan tengahari bersama para pekerja daripada makan bersama dengan Karri.
Di rumah Nea, ada seseorang mengetuk pintu dan Yolanda rasa excited kerana dia menyangka Roden sudah tiba. Tetapi dia menerima satu kejutan yang besar kerana Susana Ynares yang muncul. Mereka sedang bergaduh ketika Jasmin tiba.... |
|
|
|
|
|
|
|
Video clips to download...
|
|
|
|
|
|
|
anne salamat sebab masukkan video tuk cite nie...best2...naik juling mata aku mend/load...hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|