CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
Post time 25-2-2015 12:04 AM | Show all posts
Ipo replied at 25-2-2015 12:01 AM
sapa ni?..nazirah ke?

Haah. Ummi Nazeera.

Aku rasa mukanya cantik klasik gitu.

Abang dia pun sama. Kejap cun, kejap hensem.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2015 12:05 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-2-2015 12:04 AM
Haah. Ummi Nazeera.

Aku rasa mukanya cantik klasik gitu.

sapa abang dia?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 12:25 AM | Show all posts
Ok..sambung sikit..idea dah mai..dah tenang sikit...sambil siapkan report audit lab nih

RASA lega sebaik kaki menjejak di KLIA. Nicki mengheret beg menuju ke tempat letak kereta di luar. Laju saja kakinya diatur. Beg diheret seiring dengan rentak kaki dihayun. Melilau Nicki melihat ke arah luar, kalau kereta Alif sudah sampai di situ. Tadi, sebaik mendarat di KLIA, dia sudah maklumkan pada Alif untuk menjemputnya di situ. Terasa bahunya dilanggar kuat sehingga dia terjelepuk jatuh ke lantai.

"Aduh.." Nicki menggosok punggung yang terasa kebas. Rasa sudah terseliuh tangan. Betisnya pula terasa sakit terkena troli yang menyondol tiba-tiba.

"Maaf..maaf encik. Saya nak cepat.."

Nicki mendongak. Dengan muka berkerut menahan sakit dan kebas punggung, dia terkesima seketika. Seorang gadis ayu beria meminta maaf padanya dan mengambil beg yang juga sudah terbalik tadi. Troli yang ditolak oleh gadis itu diheret ke tepi. Dia bangun perlahan.

"Sakit ke?"

Nicki diam. Gadis itu tanpa rasa malu terus saja melihat-lihat betis dan seluruh tubuhnya dengan riak cemas. "Kalau sakit, awak nak buat apa?"


"Betul sakit? Eh..kalau awak sakit, saya boleh tolong ubatkan."


Nicki tergamam. Eh minah ni..loyar buruk pulak dia. "Tak apa.."


Gadis itu tidak endahkan jawapan Nicki sebaliknya dia segera buka tas tangannya dan hulur sekeping plaster kepada Nicki.


"Apa ni?" Nicki berkerut kening.


"Laa..tanya lagi. Plaster la! Balut luka awak tu!" Plaster itu masih di tangan gadis itu. "Tu! Ada darah!"


Nicki cepat-cepat lihat tapak tangannya. Memang ada luka dan darah. Perlahan dia sambut plaster yang dihulur gadis itu. Gadis itu sudah tersenyum simpul padanya. Manis juga...

"Ok, saya rasa awak dah ok. kalau tak ok jugak, ni kad saya. Datanglah bila-bila masa. FOC!" Sekeping kad dihulur kepada Nicki dan dia berlalu pergi bersama beg besar yang diletakkan atas troli.


Nicki hanya melihat gadis itu pergi menuju ke sebuah kereta mewah. Dia turut mengheret beg semula ke arah kereta Alif yang sudah menunggunya di luar, hanya selang beberapa buah kereta saja dari kereta gadis itu tadi. Kad yang dihulur gadis itu disimpan dalam poket seluar. Dia segera menuju ke kereta Alif. Kereta menderum laju meninggalkan kawasan KLIA.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 12:54 AM | Show all posts
Ipo replied at 25-2-2015 12:25 AM
Ok..sambung sikit..idea dah mai..dah tenang sikit...sambil siapkan report audit lab nih

RASA le ...

Jatuh kena langgor troli pun boleh luka.   Tak machonyeeee.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 01:00 AM | Show all posts
MALAM itu, Nicki bermalam di rumah Alif buat sementara waktu. Rumah sewa yang dihuni bersama Conan dulu sudah tidak lagi disewa sejak Conan sudah berpindah ke Damansara dan dia sendiri sudah bawa diri ke London sebelum ke Pulau Jeju menjenguk ibu dan abang. Mereka bertiga keluar makan malam di sebuah restoran. Amir dan Alif nampaknya tidak lagi bergaduh seperti dulu. Nicki lega. Sekurang-kurangnya dia boleh menumpang dengan aman di kondo milik dua beradik itu.

"Alif..terima kasih sebab tumpangkan aku tinggal di rumah kau buat sementara waktu ni. Susah juga nak dapat rumah sewa kat Kuantan tu." Nicki mulakan bicara setelah dari tadi mereka bertiga diam sambil menikmati makan malam.

"Alah..kau nak tinggal terus pun tak apa.." Alif sengih sambil meratah ayam goreng berempah.

"Ya..kau boleh je tinggal dengan kami.." Tambah Amir pula.

"Masalahnya, aku kan kerja kat Kuantan. Takkan aku nak ulang alik dari KL ke Kuantan." Nicki geleng. Jus tembikai diteguk perlahan. Sudah habis nasi sepinggan dibedal tadi.

"Yang kau pergi cari kerja kat sana tu buat apa? Dah elok-elok kerja kat sini, berhenti! Takkan kau kecewa dengan buah hati kau, kau dah bawa diri sampai berhenti kerja sekali?" Alif pula menggeleng. Jenuh dia pujuk Nicki supaya tidak berhenti. Jodoh itu ketentuan Allah tapi Nicki seperti sudah patah seribu hatinya.

"Senanglah kau cakap..cuba kau berada tempat aku. Apa kau tak rasa patah hati? Dahlah buah hati nikah dengan kawan baik sendiri. Mahunya aku tak meroyan." Nicki mengeluh. Jus tembikai diteguk sampai habis lau gelas dihentak agak kuat ke meja.

Alif senyum. Nampaknya perasaan kecewa Nicki masih bertapak dalam hati. Dia jeling Amir di sebelah Nicki yang juga turut senyum melihat tingkah Nicki.

"Sudahlah..bunga bukan sekuntum.." Amir tepuk-tepuk bahu Nicki.

"Eh..itu bukan Aylanins ke? Dia dengan tunang dia tu kan?" Alif panjangkan leher ke arah satu arah.

Nicki turut panjangkan leher mengintai pasangan yang dimaksudkan oleh Alif tadi. "Hmm..tu memang Aylanins. Aku nak jumpa dia kejap."

"Weh! Duduk!" Alif tarik tangan Nicki yang sudah bingkas bangun. "Kau nak kacau daun tu kenapa?"

Nicki tak jadi ke tempat Aylanins dan Malik. Dia duduk semula.

Amir pula hanya memandang ke arah Malik. Dia merasakan Malik dalam bahaya sekarang ini. Apa yang dia tahu mawar hitam hanya menunggu masa yang sesuai saja untuk membalas dendam. "Kau tahu..tunang polis tu adalah mangsa mawar hitam seterusnya?"

Nicki pantas menoleh ke arah Amir. Terkejut dengan kata-kata Amir. "Maksud kau?"

"Malik..adalah antara lelaki yang pernah buat jahat pada Hani. Aku rasa kesian pada Aylanins, dapat tunang macam tu." Amir senyum sinis.

Alif dan Nicki saling berpandangan. Mereka pandang Aylanins dan Malik yang asyik menikmati makanan di situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 01:01 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-2-2015 12:54 AM
Jatuh kena langgor troli pun boleh luka.   Tak machonyeeee.

aku pernah kena langgar troli ni..memang luka..ada bucu tajam kat troli tu..huhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-2-2015 01:20 AM | Show all posts
Usai makan malam, mereka bertiga mula meninggalkan restoran itu. Nicki sempat melihat pada Aylanins dan Malik yang masih menikmati makan malam di situ. Kata-kata Amir tadi masih terngiang-ngiang di telinga. Sepanjang perjalanan pulang ke kondo semula, Nicki tidak henti dari berfikir tentang hal itu. Jika benar tunang Aylanins begitu, kenapa Aylanins terima? Takkan Aylanins tidak tahu pasal Malik? Takkan semudah itu?  Esok, dia perlu bersemuka dengan Aylanins. Bimbang juga jika gadis itu tersalah pilih kerana kecewa dengan Conan.

DALAM bilik, Nicki berehat seketika setelah menunaikan solat isyak. Malam itu dia tidak boleh melelapkan mata. Otak dan mindanya hanya teringatkan Arisha. Bohonglah jika dia tidak merasa kecewa dan patah hati tapi hidup perlu diteruskan. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Atas pegangan itulah dia merasa tenang dan tabah sekarang ini menghadapi semua itu. Conan dan Arisha pun sudah tentu sedang bahagia bersama sekarang ini. Rasanya sudah lebih tiga bulan pernikahan mereka. Album kenangan bersama Arisha dibelek perlahan. Nicki senyum sendiri melihat aksi Arisha yang tampak bersahaja namun ayu gadis itu tetap terserlah.

"Arisha..aku harap kau bahagia dengan Conan.." Nicki pejam mata rapat.  Kepalanya disandarkan di kepala katil

Suasana hening pada malam itu hanya ditemani alunan sentimental lagu kegemarannya. Sungguh dia merasa kehilangan satu-satunya gadis yang pertama yang membuat hatinya berdetak.

Lamunannya termati dek bunyi deringan telefon. Nicki lihat jarum jam. Hampir dua belas tengah malam. Dia capai telefon bimbit dari atas meja kecil di sebelah katil. Nombor yang tidak dikenali. Serba salah untuknya menjawab panggilan itu. "Ah..jawab jelah.."

Sepuluh minit berbual, talian dimatikan. Panggilan dari Nayla. Esok, gadis itu ingin berjumpa dengannya di tasik. Macam mana Nayla tahu yang dia sudah berada di bumi Malaysia ini??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 10:02 AM | Show all posts
BAB 33


DAUN kering dikuis-kuis dengan ranting pokok yang jatuh. Nayla masih menunggu Nicki di bawah pokok yang agak rendang. Mata tidak lepas dari memandang ke tengah tasik yang kelihatan agak tenang. Angin petang yang bertiup lembut menambahkan lagi kenyamanan sekitar tasik. Air tasik yang kelihatan menghijau itu dipandang lagi. Kalaulah kehidupan yang dilalui setenang air di tasik itu, alangkah damainya hidup ini. Percaturan hidup yang sukar dicernakan. Apa yang terjadi pada Arisha, adik kembarnya selama ini, mungkin itu takdirnya. Berpisah dengan nenek, hidup sendirian setelah kehilangan ayah dan mak. Ditambah lagi membesar di rumah anak yatim, cukup membuat gadis itu menpunyai sikap berdikari. Kesukaran hidup serba kekurangan yang dilalui Arisha itulah yang membuatnya nekad untuk menculik adik kembarnya dan seterusnya dijodohkan dengan lelaki pilihan nenek. Dia tidak ada niat yang tidak baik di sebaliknya. Mungkin kedengaran kejam pada Arisha, Nicki dan Conan sendiri tapi semua itu bukan untuk suka-suka walaupun sedar dia telah melukakan banyak hati.

"Assalamualaikum."

"Wa'alaikumussalam.." Nayla bangun dan berdiri di depan Nicki yang sudah sampai.

"Ada apa kau nak jumpa aku?" Nicki terus saja ke tujuan dia dipanggil ke situ.

"Maaf..Nicki. Aku ajak kau jumpa kat sini. Kalau kau tak selesa, kita boleh jumpa di tempat lain..tempat ramai orang." Nayla pula merasa tidak sedap hati. Nicki seolah tidak selesa bila bersamanya.

"Baiklah..kita ke gerai sana tu." Nicki tuding ke sebuah gerai tidak jauh  dari situ.

Mereka berdua bersama berjalan ke arah gerai. Minuman dipesan sebelum mereka mulakan bicara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2015 10:32 AM | Show all posts
"Nicki...firstly, aku benar-benar minta maaf. Aku yang jadi punca semua ni. Aku yang culik Arisha dan jadikan dia sebagai pengganti aku masa majlis tunang tu. Tapi..serius, aku tak tahu yang lelaki pilihan nenek tu adalah Conan, kawan baik kau sendiri.." Nayla mulakan bicara.

Nicki masih senyap. Nescafe sejuk diteguk perlahan. Menatap wajah Nayla sama juga dia menatap wajah Arisha. Luka kembali menusuk hati.

"Mereka ditangkap basah pun berpunca dari aku juga. Amir..dia sangkakan aku yang pergi ke resort tu dan dia cuba perangkap aku tapi Conan datang..masa tulah Conan dan Arisha ditangkap basah.." Sambung Nayla lagi, straw dalam gelas diputar-putar. Lemon ais langsung tidak diminum.

Nicki masih diam. Nescafe sejuk diminum sampai habis. Dia bingkas bangun.

"Nicki....kau nak ke mana?" Nayla turut tercegat di situ.

"Aku nak balik. Untuk apa kau beritahu aku semua ni? Untuk tambah rasa kecewa aku? Macam tu??" Nicki mengetap bibir.

Nayla terdiam. Riak Nicki jelas tidak senang dengan kata-katanya tadi. "Ok..maafkan aku kalau aku timbulkan semula rasa kecewa kau tu tapi aku tahu kau masih cintakan Arisha kan?"

"Untuk apa??" Kali ini suara Nicki sudah tinggi.

"Esok..Conan dan Arisha bersama nenek akan ke Paris. Aku kenal sikap nenek. Dia akan pastikan Arisha dan Conan tu..." Tidak sanggup untuk Nayla meneruskan kata-kata.

"Sudahlah! Kalau nenek kau nak cucu cepat, tak salah Nay. Arisha dah halal pada Conan. Sudahlah! Aku minta diri dulu.." Nicki meraup muka. Dia mula melangkah pergi.

"Nicki! Kau memang pentingkan diri sendiri! Kau tahu tak yang Arisha tu tunggu kau? Selama ni dia tak pernah disentuh Conan, kau tahu tak??!!" Jerit Nayla, geram dengan sikap Nicki yang seperti sudah berputus asa sedangkan Arisha bermatian berlakon depan nenek, hakikatnya Arisha dan Conan seperti orang asing!

Nicki berpaling. Langkahnya terhenti. "Jadi? Kau nak aku buat apa? Nak suruh Conan ceraikan Arisha? Kau nak aku nikah dengan Arisha? Macam tu??"

Nayla terdiam. Dia juga buntu sebenarnya. "Tak ada lah..err..maksud aku..takkan kau tak boleh buat apa-apa? Arisha, dia tunggu kau Nicki.."

Nicki sekali lagi meraup muka. Langsung tidak masuk akal apa yang dikatakan oleh Nayla tadi. Nak buat apa lagi? Kuasa di tangan Conan. Arisha merayu meraung sekali pun, kalau Conan tidak lepaskan Arisha, dia tidak boleh buat apa-apa.

"Nay..bina rumah bukan untuk diruntuhkan. Rumah  untuk dihuni, untuk berteduh. Apa lagi kalau bina masjid.." Nicki pandang tepat ke anak mata Nayla. Ah...gadis itu seiras sungguh dengan Arisha. Cepat-cepat Nicki mengalih mata ke arah lain.

Nayla terpaku mendengar kata-kata Nicki. Dia tunduk. "Aku..aku bukan maksudkan macam tu..aku hanya nak yang terbaik untuk korang. kalau kau rasa kau masih sayangkan Arisha, kau pergilah jumpa dia.."

Nicki tidak balas kata-kata Nayla, baginya tiada guna lagi dia berbuat demikian. Arisha, sudah sah jadi isteri  Conan. Bukan dirinya berebut kasih Arisha yang sudah bergelar isteri, lainlah jika Arisha masih bujang. "Tengoklah..aku pergi dulu."

Nayla hanya melihat Nicki berlalu pergi. Dia dapat merasakan yang Nicki sungguh kecewa.



NICKI sandar kepala di kerusi kereta. Mata dipejam rapat. Segala perbualannya dengan Nayla tadi sudah terasa sembilu menusuk tajam ke dalam hati. Enjin dihidupkan. Dia perlu jumpa Aylanins. Dari Pulau Jeju lagi, dia berniat untuk jumpa gadis itu dan mungkin berpeluang berkenalan dengan Malik, tunang Aylanins yang dikatakan jahat oleh Amir. Keretanya menderum laju ke balai polis tempat Aylanins bertugas.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 10:37 AM | Show all posts
Biarlah Arisha dan Conan berbahagia forever after. Aku rela korbankan perasaan. Tak mungkin aku mahu runtuhkan masji orang lain.













Lagipun, aku rasa aku, nak awek lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 11:09 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-2-2015 10:37 AM
Biarlah Arisha dan Conan berbahagia forever after. Aku rela korbankan perasaan. Tak mungkin aku mahu ...

amboih..nak lagi cun la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 11:33 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-2-2015 10:37 AM
Biarlah Arisha dan Conan berbahagia forever after. Aku rela korbankan perasaan. Tak mungkin aku mahu ...

ujung2.. malik mati dibunuh dek mawar itam..
amir kena tangkap.. nicki kawin ngan ayla
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 11:40 AM | Show all posts
Ipo replied at 25-2-2015 11:09 AM
amboih..nak lagi cun la tu..

Errr... Cun itu subjektif. It's in the eyes of the beholder gitu. Yang penting sherashi bershama

But personally, aku agak tak boleh terima memikirkan bab 'passing' bini ni. Pasang niat untuk 'memassing' (memassing? garu kepala cikgu BI aku ) bini pun dah cukup geli pada aku. Tak kisahlah gf / bf dulu chenta maut sekalipun or tak pernah senggama laki-bini sekalipun.

Dah nikah dah ler. Hadap ajelah rumahtangga tu sebaik mungkin. Suami yg baik takkan sia-siakan bini walau tak cinta. Tanggungjawab dah jatuh atas bahu, okeh? Same goes to the bini. Motippp aku serius nak fefeeling pejuang hak wanita dan keluarga?

Selingan: ex-hosmet aku dulu bercinta lama dgn keturunan syedseripah. Tak keterlaluan aku cakap, match made in heaven gitu. Serasi abes. Nak dijadikan drama,
Family syedseripah menentang abes hubungan tersebut atas alasan tak setarap. End up putus dan bfnya nikah dgn keturunan syedseripah gak. Cerita last aku dengar, the syedseripah dah tak duduk serumah and the syed masih contact ex-hosmet aku. Cerita seterusnya, aku tak tau. Dah tak ambik kisah dah.

Nota kaki: iya, aku tau tak semua syedseripah begitu. Aku cerita dari pengalaman sajork.


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 11:42 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 25-2-2015 11:33 AM
ujung2.. malik mati dibunuh dek mawar itam..
amir kena tangkap.. nicki kawin ngan ayla {:mllaugh: ...

Ai rela je. Serupa Ummi Nazeera okeh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 11:51 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 25-2-2015 11:33 AM
ujung2.. malik mati dibunuh dek mawar itam..
amir kena tangkap.. nicki kawin ngan ayla {:mllaugh: ...

suka kalau korang speku nih..
ada ler idea aku nak taip citer ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 11:53 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 25-2-2015 12:07 PM
Nicki_Meow replied at 25-2-2015 11:40 AM
Errr... Cun itu subjektif. It's in the eyes of the beholder gitu. Yang penting sherashi bershama ; ...

aku citer ni pun based on true story..my ex classmate..keturunan syed syaripah..'
kesian pun ada..kena ikut aturan jodoh orang tua..sebab nasab keturunan katanya..
aku rasa mcam tak berkembang je keturuan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2015 11:56 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-2-2015 11:40 AM
Errr... Cun itu subjektif. It's in the eyes of the beholder gitu. Yang penting sherashi bershama ; ...

member aku mak pak nye org biasa2 aje..
no tengku seripah syed bagai..
tapi nama anak gedik nak letak tengku
ni citer zaman purbakala laa..
zaman sekarang tak boleh dah kan nak buat gitu..

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 11:57 AM | Show all posts
Ipo replied at 25-2-2015 11:53 AM
aku citer ni pun based on true story..mu ex classmate..keturunan syed syaripah..'
kesian pun ada. ...

Errr.. syedseripah tu asal mana? tahtah syedseripah yg sama



Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 12:01 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 25-2-2015 11:56 AM
member aku mak pak nye org biasa2 aje..
no tengku seripah syed bagai..
tapi nama anak gedik nak  ...

Mungkin sesaja nak fefeeling bangsawan...

Skang takleh. Raja / Tengku / SyedSyarifah dan yg seangkatan hanya pada yg berketurunan sajork.

Kalau nak fefeeling bangsawan gak, letak ler Puteri / Putera kat pangkal nama. Macam anak awie sawie
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 12:08 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-2-2015 12:01 PM
Mungkin sesaja nak fefeeling bangsawan...  

Skang takleh. Raja / Tengku / SyedS ...

feeling bangsawan la sangatttt....
nama TEngku Adnan.. panggil conan.. puiiii
koman2 nama nik panggil nicki ada jugak kelasssss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.081654 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list