CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 4-2-2015 10:38 AM | Show all posts
Ko nye speku lawak lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2015 10:55 AM | Show all posts

HAHAHAHAHA.karut gila speku aku.hahaha. Tahu takpe.aku sendiri tergelak.HAHA.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 12:22 PM | Show all posts
cam ner ngan  Rayyan?????????
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 12:27 PM | Show all posts
elia201 replied at 4-2-2015 09:16 AM
kenapa tanya macam tu ek

Kenapa tny mcm tu? Ye la..scene sebelum tu yg tgk tasik tu i thought jie nikah dgn zack n that little child is anak diorg..but then, scene after that kata jie n zack masing2 isteri n suami org pulak..n perlu jaga batas pergaulan..maksudnya they r not hsuband n wife..mayb jie kawin dgn rayyan n zack kawin dgn zeeta kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 12:51 PM | Show all posts
tt smbung lg....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2015 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh83 replied at 4-2-2015 12:27 PM
Kenapa tny mcm tu? Ye la..scene sebelum tu yg tgk tasik tu i thought jie nikah dgn zack n that lit ...

Gud job baby.. kira you memang particular and faham apa yang u baca and get apa yg i tulis
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-2-2015 01:26 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 02:42 PM

Zeeta dan Rayyan berjalan seiringan. Sengaja mahu melawat rumah anak yatim yang sentiasa menjadi kunjungan Jie dan Zack. Papa dan Mama juga ada sini. Untuk menyambut majilis meraikan anak yatim.

Rayyan menoleh ke arah Zeeta disebelahnya yang mengalami kesukaran untuk bergerak. Perut Zeeta yang semakin membesar direnung. Nampak sarat walhal Zeeta baru saja 5 bulan mengandung. Simpati melihat bakal ibu yang kelelahan berjalan , Rayyan menghulur tangan membantu Zeeta untuk berjalan.

Zeeta tersenyum menyambut huluran tangan Rayyan. Mata merenung ke arah suaminya yang tersayang. Hati rasa berbunga bunga.

Zack gembira apabila melihat Rayyan dan Zeeta menghampiri mereka. Senyuman mekar dibibir. Sudah lama menanti kunjungan mereka berdua ke sini. Mereka berbual mesra.

"Sayang !" Rayyan menegur isterinya yang sedang leka berbual dengan Zack. Diri terasa disisihkan. Merajuk.

Isterinya yang sudah masak dengan perangai 'manja' Rayyan hanya tersenyum mendapatkan suaminya.

"Honey.. Kenapa ini?" Tiada respon. Tahu kelemahan suaminya terus bibir itu dikucup mesra. Rutin harian mereka sejak sah bergelar suami isteri dua tahun lalu.

Zack tidak menjangka adegan dihadapan matanya.  "'Daringnya' !" Pantas isterinya diraih dalam pelukan.   " I nak you daring dengan I macam itu boleh tak darling?" Sengaja menyakat.

Lengan Zack menjadi mangsa cubitan isterinya. Gatal ! Rasa segan pun ada. Tambahan pula mereka berada di rumah anak yatim. Takut anak anak yang masih suci fitrahnya ternampak pelakuan mereka.

" Kenapa you sampai lambat Zeeta ?" Pandangan tertancap pada perut Zeeta yang membusung. Jie kepingin untuk merasa pengalaman itu namun nampaknya rezeki masih belum memihak dia dan suami walau mereka berkahwin lebih dulu.

" I pun tak duga nak datang sebab mulanya rasa tak larat.  Tapi kebetulan Ray nak ke sini ,  I follow lah. Malas nak drive . Lagipun bosan duduk rumah." Bibirnya menguntum senyum. Mata masih melekat ke arah suami yang leka berbual.

Sampai sekarang Zeeta rasa sukar untuk percaya bahawa lelaki itu adalah miliknya yang sah sebagai suami. Malah tanda kasih sayang mereka kini bercambah subur dirahimnya. Hati tak sabar menanti kelahiran anak sulung mereka.  

Mengingatkan kisah mereka dulu buat Zeeta rasa ingin ketawa. Sejak kejadian tembak menembak yang menyebabkan Jie cedera parah , hubungan Zeeta dan Zack menjadi semakin rapat. Zack menjadikan Zeeta tempat rujukan masalah dan teman bercerita.

Tanpa sedar Zeeta mula jatuh cinta pada lelaki itu.  Perasaan cinta yang dirasa kali ini lebih dalam dan bermakna buat Zeeta berbanding perasaan cinta untuk Rayyan.

Namun Zack tidak menunjukkan sebarang perasaan terhadapnya. Tak mahu terus dihantui tanda tanya,  Zeeta bertindak menulis surat kepada Zack untuk meluahkan perasaan cinta yang terbuku dihati . Perasaan malu terpaksa diketepikan.

Dan Zeeta sendiri tidak menduga, Zack membalas cintanya dengan sebentuk cincin dan lamaran. Tanpa berfikir panjang Zeeta terus saja menerima. Memang itu yang diharapkan sejak pertama kali bertemu.

Tambah mengejutkan Zeeta apabila mendapat tahu suaminya sebenarnya bukanlah seorang anak yatim piatu tetapi adalah anak bongsu yang hilang kepada Tan Sri Isa dan Tengku Safiah !

Tengku Safiah sangat bahagia apabila mendapat tahu Zack memilih untuk mengahwini Zeeta. Tercapai hajatnya untuk bermenantukan Zeeta walau bukan sebagai isteri Rayyan. Majlis perkahwinan mereka diraikan  dalam suasana gilang gemilang.

Itu semua kehendak Tengku Safiah yang terkilan kerana perkahwinan Rayyan dulu diadakan secara tergesa gesa. Tak sempat untuk Tengku Safiah membuat persiapan rapi kerana Rayyan tidak mahu bertangguh lagi. Mungkin kerana takut kehilangan Jie, mendorong Rayyan bertindak mengahwini wanita itu secara mendadak. Tak mahu melepas lagi !

Mujur saja Dato Hanafi dan Maznah memahami.

Namun, perkahwinan Rayyan dan Jie berjalan lancar dalam suasana meriah walaupun tidak secara besar besaran.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
elia201 replied at 4-2-2015 05:26 AM
Zeeta dan Rayyan berjalan seiringan. Sengaja mahu melawat rumah anak yatim yang sentiasa menjadi kun ...

dlm byk2 .scene. ni scene pling aku suka.Aduhh..happynya.hehe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2015 04:30 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 02:44 PM

" Mommy, Daddy !" Jie dan Zack serentak menoleh. Zack segera mendepa tangan untuk mendukung . Jie mencium pipi montel anak itu yang dalam dukungan Zack.

"Zeeta, Honey .." Jie menggamit Rayyan dan Zeeta. "Inilah budak comel yang selalu ingat I dengan Zack Mummy dan Daddy dia.  Nama dia Tasha." Tangan comel itu disentuh. " Salam Aunty dengan Uncle sayang." Tasha hanya menurut kata. Pantas Rayyan dan Zeeta disalami.

Zeeta berkenan melihat wajah comel dihadapan mata. Berharap anak yang dikandung jua bakal lahir seperti gadis cilik dihadapannya.

" Dah biasa sangat dia panggil I Daddy dengan Najiha Mommy, so consider anak angkat kitaorang lah." Zack menerangkan tanpa diminta. Takut isterinya dan Rayyan terasa hati.

Perasaan sayang mula tumbuh terhadap anak yatim piatu itu sejak kali pertama mendengar Tasha memanggil Zack dan Jie sebagai Mommy dan Daddy. Mungkin kerana kehausan kasih sayang, anak itu mengganggap Zack dan Jie seperti ibu bapanya. Malah Zack juga menganggap Tasha seperti anaknya sendiri. Selalu Zack membahasakan  Tasha sebagai anak bila berbicara dengan Jie. Hingga kadang ada yang menganggap Jie dan dirinya adalah pasangan suami isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 05:26 PM | Show all posts
elia201 replied at 4-2-2015 08:30 AM
" Mummy, Daddy !" Jie dan Zack serentak menoleh. Zack segera mendepa tangan untuk mendukung . Jie me ...

Berapa bab lgi untuk ending?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2015 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 4-2-2015 05:26 PM
Berapa bab lgi untuk ending?

Tak taula.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 06:57 PM | Show all posts

why if abe panjangkn lgi? kisah seterusnya tentang relationship si kapel. Cadang je. sebb rsa tak puas if novel ni end dlm beberapa hari atau jam. Sy suka cter ni sbb tak klise sgt. Tapi ini cadangan. Kalo abe rajin,abe panjangkan lah.klo malas, ....its up to you. Keputusan di tangan abe. Hahaha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2015 07:31 PM | Show all posts
Esmiria replied at 4-2-2015 06:57 PM
why if abe panjangkn lgi? kisah seterusnya tentang relationship si kapel. Cadang je. sebb rsa tak  ...

Akan ada last conflict dalam relationship mereka before the end... apa tu tunggu saja

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 07:47 PM | Show all posts
elia201 replied at 4-2-2015 11:31 AM
Akan ada last conflict dalam relationship mereka before the end... apa tu tunggu saja

tunggu la ni.sambil2 tu, chat dgn crush.haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2015 07:36 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 5-2-2015 09:25 PM

" Patutlah sayang nak datang dulu tak mahu tunggu I.  Rupanya Zack pun ada sekali." Ada nada cemburu dalam suaranya. Masih tak berubah walau telah lama mengahwini isterinya. Rayyan tetap Rayyan !

" You ni. Dengan adik you sendiri pun nak jealous. Dia kan adik ipar I." Jie bersuara lembut. Kadang tak faham kenapa suaminya masih cemburukan hubungan antara dirinya dan Zack. Baik Jie maupun Zack sudah lama melupakan sejarah cinta mereka.

Rayyan terdiam. Barangkali kerana Zack adalah lelaki pertama yang pernah mencuri hati isterinya menyebabkan Rayyan kadang takut melihat kemesraan mereka. " Dia memang adik I tapi dia tetap lelaki yang pernah bercinta dengan you dulu."  Terluah jua segala yang bermain difikiran.

Jie senyum. Kalau waktu bercinta dulu mungkin Jie akan rasa marah dan penyudahnya mereka akan bertekak. Namun sejak  bergelar suami isteri Jie jadi masak dengan cemburu buta Rayyan. Walau kadang rasa rimas tetapi salah Jie juga yang degil tetap memilih Rayyan sebagai suaminya. Cinta dalam hati memang untuk Rayyan Hardy.

"Honey..." Tangan suaminya disentuh. " Zack mungkin cinta pertama I. Tapi you cinta sejati I. Dulu kini dan selamanya I tetap cintakan you." Masih lagi tiada respon dari Rayyan.

" Sorry sayang ! I tak tahu kenapa tiba tiba I jadi takut you lari lagi. Yelah bukan senang I nak dapatkan you.  Mula mula kena compete dengan Khalid adik I sendiri. Then Zack muncul. Sepupu I  Iz pula tergila gilakan you. Paling tak boleh tahan , perempuan pun jatuh cinta dekat you." Serentak itu Rayyan teringatkan Sheera.

Mujur saja mereka akhirnya berjodohan. Kalau tak mungkin Rayyan terpaksa menunggu lama lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 09:28 AM | Show all posts
elia201 replied at 4-2-2015 11:36 PM
" Patutlah sayang nak datang dulu tak mahu tunggu I.  Rupanya Zack pun ada sekali." Ada nada cemburu ...

Paling tak boleh tahan , perempuan pun
jatuh cinta dekat you."   --aku gelak part ni. mmng.klo cantik. seme org minat ko. Haha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2015 07:19 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 7-2-2015 12:56 PM

" Itu tandanya you kena jaga I elok elok. Kalau tak bila bila masa saja I boleh lari dari you." Jie sengaja menyakat suaminya. Suka membuat Rayyan tak keruan.

Rayyan pantas mendekati isterinya. Terlupa rajuk dihati. "Berani ke you nak lari dari I?" Tubuh isterinya dirangkul erat. Mata mereka bertemu. " Berdosa tau isteri keluar rumah tanpa izin suami. Tak cium bau syurga." Giliran Rayyan pula mengenakan Jie. Isterinya dilihat terdiam.

" Sayang !" Rayyan bersuara kemudiannya. Rambut perang isterinya disentuh. "I love you and I am happpy with you. Thanks sebab sudi jadi isteri I" Satu ciuman dihadiahkan dibibir merah delima itu. Jie membalas mesra. Tak sedar tindak tanduk mereka diperhatikan.

"Hai , dah lebih 2 tahun kahwin pun mood 'honeymoon' lagi ke?" Khalid sengaja mengusik. Disampingnya kelihatan Viana yang sedang membawa perutnya yang sarat.

Jie terus mendapatkan kakaknya. Perut Viana diusap. "Baby.. nanti keluar ikut muka Mama Jie yang comel ini tau. Jangan ikut Papa Ray. Comot !" Bayi Viana berkemungkinan besar perempuan dan kalau mengikut mengikut perkiraan doktor, bakal dilahirkan dalam masa 2 bulan lagi.

Khalid hanya ketawa melihat telatah Jie. " Takutlah I Jie ikut muka you. Kang ramai sangat yang nak tackle. Susah I nak pilih menantu nanti." Viana turut gelak mendengar gurauan suaminya.

"Baguslah tu. Hot stuff apa." Jie turut sama ketawa. Rayyan yang bengang dikatakan comot mula mendekati Jie.

"Comot comot I pun  you sayang jugak kan? Cepat mengaku." Jari jemari isterinya digenggam erat. Memaksa Jie berkata 'ya' dihadapan Khalid dan Viana.

"Dah nasib badan 'tersayang' dekat you. Nak buat macam mana? Redha sajalah." Usai berkata begitu Jie terus meleraikan genggaman tangan Rayyan dan lari meninggalkan mereka. "You kejarlah I kalau dapat." Bye !" Rayyan dilambai.

" You cabar I ke sayang? Kalau I dapat you, you tahulah nasib you !" Rayyan terus menuruti jejak isterinya. Khalid dan Viana hanya  tercengang melihat aksi kebudak budakan mereka.

" You tengok abang you dengan Jie. Macam kanak kanak ribena ! Tak padan umur langsung." Viana memberi komen. Senyum melihat telatah pasangan dihadapannya.

"I lagi suka tengok perangai 'spastic' diaorang dari tengok diaorang gaduh. Macam dululah. Sampai I pun naik rimas menengok. " Khalid tak boleh lupa betapa serabutnya Rayyan setiapkali bermasalah dengan Jie. Resah gelisah tak kira masa. Macam ayam berak kapur pun ada !

"Muka Ray akan nampak ketara ada 'masalah negara'. Adik you pula nanti akan  'hilang' entah ke mana.  Sampai Papa Cu I pun dah tahu. Kalau Ray nampak serabut tu mesti gaduh dengan adik you." Khalid senyum sendiri.

Kelakar sebenarnya bila mengingat semula kisah Jie dan abangnya. Penuh dengan suka duka. Terselit juga tragedi. Walau tidak meragut nyawa namun kepahitannya tetap terasa.

Namun, syukur segalanya berakhir dengan baik. Cinta mereka berakhir dengan ikatan suci perkahwinan. Rayyan dilihat sangat bahagia sewaktu diijabkabulkan. Tak pernah Khalid lihat Rayyan seceria itu seumur hidupnya. Mungkin kerana berjaya memiliki gadis yang diimpikan selama ini.

" Dear, you penat ke?" Khalid menyoal apabila melihat Viana hanya mendiamkan diri. Risau isterinya kepenatan berdiri.

Viana hanya senyum. " I cuma tengah terfikir. Macam mana agaknya dulu you dengan Ray berebutkan Jie? Adik dan abang tapi minat perempuan yang sama."

Khalid tersentak dengan soalan yang tak diduga. Namun senyuman terbit selepas itu. "You tahu tak kenapa dulu I jatuh hati dekat Jie?" Wajah cantik Viana direnung.

Viana cuma geleng. Tak tahu.

"Sebab I tak dapat lupa kan you ! Some how Jie mengingatkan I pada you. Keras kepala dia, suka melawan dia dan out spoken dia sebiji macam you !" Khalid ketawa.

Memang kali pertama bertemu Jie, dia terpikat dengan gaya bersahaja gadis itu. Mengingatkan Khalid pada Viana. Lantas tanpa disedari Khalid mula jatuh cinta dan sengaja menyuruh Jie melakukan sesuatu kerja walau bukan tugas Jie supaya Jie akan berada berdekatan Khalid.

"Tapi I tak suka lari bila ada masalah macam Jie ok." Viana tak suka diri dibandingkan walau dengan adiknya sendiri.

"Yelah tu !" Khalid sengaja menyakat. " Masa dekat UK you lari balik Malaysia tinggalkan I tu apa benda?" Masih ingat lagi Viana terus meninggalkan Khalid terkapai kapai mencari hanya kerana menyangka Khalid mempunyai hubungan dengan wanita lain. Sejak itu cinta  mereka terputus.

Melalui Jie, Khalid dapat menjejaki Viana. Kalau tak, mungkin Khalid takkan pernah bersua cinta pertamanya lagi.  Apabila Viana ditemui , Khalid mula sedar sebenarnya dia tidak pernah melupakan gadis itu !

Khalid cuma menganggap Jie sebagai pengganti Viana dan tersilap dengan perasaannya sendiri. Rasa yang hadir untuk Jie bukanlah cinta tetapi lebih kepada pengubat rindunya pada Viana. Khalid tak pernah lupakan Viana !

Justeru Khalid bertindak pantas melamar Viana sebagai isteri untuk mengelakkan gadis itu lari lagi. Saling tak tumpah seperti Rayyan yang terus melamar Jie sebagai isteri sebaik saja waktu Iddah gadis itu berakhir.

Walaupun kalau diikutkan Jie tiada waktu iddah kerana belum pernah disentuhi oleh Ku Iz namun Jie sendiri meminta Rayyan bersabar. Masih trauma dengan segala yang menimpa.

Viana tersipu malu mengingatkan kegelojohannya dulu. Walau terpisah beribu batu hanya Khalid yang berjaya menakluk hatinya.

"I love you dear ! Sepenuh hati I. " Khalid menarik isterinya ke sisi. Memeluk erat tubuh Viana.

"I love you too, Dear !" Viana rasa bahagia dalam pelukan suaminya. Mata memandang jauh ke hadapan dan berharap kebahagiaan yang dimiliki hari ini kekal selamanya.












Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 07:38 PM | Show all posts
elia201 replied at 5-2-2015 11:19 AM
" Itu tandanya you kena jaga I elok elok. Kalau tak bila bila masa saja I boleh lari dari you." Jie  ...

Wei..indah wei rasa cinta. Hayoo..syok wei rsa tu.Eh apa aku ni? HAHA.

I miss Shera.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2015 08:30 PM | Show all posts
" Zack tengok abang you ni !" Jie terus berdiri menyorok dibelakang Zack dan Zeeta. Lagak gaya seperti ayam lari dari musang.

Zeeta yang sedang duduk dibangku panjang hanya tertawa. Kelakar melihat gelagat Jie dan Rayyan.

" You ni Ray ! Kacau lah I nak dating dengan Darling I." Zack pura pura marah. Zeeta yang sedang duduk disebelahnya didakap erat. Bahu isteri yang dicintai diusap. Tanda kasih yang tak berbelah bagi. Kekasih sejati yang kini sedang mengandungkan zuriatnya.

Rayyan gelak. Faham Zack hanya bercanda. "You marah kakak ipar you tu ! Dah kalah tak nak mengaku ! You taulah nasib you balik rumah nanti sayang !" Cuba untuk mengugut. Tangan menarik Jie yang sedang berdiri dibelakang Zeeta pula.

Jie mengalah lalu mendapatkan suaminya. Tubuh disandar ke bahu Rayyan. "Hans, I laparlah ! Penat !" Perut mula berkeroncong.

" Kita pergi makanlah sayang." Rayyan sempat menoleh Zack. " You dengan Zeeta nak ikut tak?"

Zack merenung isterinya. " Darling nak makan tak?" Zeeta cuma geleng.

"You dan Najiha pergi dululah. I nak manja dengan Darling I kejap." Memang Zack ingin menghabiskan masa dengan Zeeta. Mahu isterinya mengenali tempat Zack dibesarkan.

Rayyan hanya mengangguk. Pantas berjalan berpegangan tangan dengan isterinya menuju ke kereta. Kebahagiaan jelas terpancar di wajah mereka.



Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 09:53 PM | Show all posts
elia201 replied at 5-2-2015 12:30 PM
" Zack tengok abang you ni !" Jie terus berdiri menyorok dibelakang Zack dan Zeeta. Lagak gaya seper ...

wahhhhh.happy weii..aku berbunga2 bca ni. Hahaha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.716149 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list