CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Leonarzi

[MERGE EDISI AJL] Tahniah Juara AJL27 Yuna & Aizat (konspirasi TV3 kah?)

[Copy link]
Post time 8-1-2013 04:33 AM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene posted on 7-1-2013 11:13 PM
lagi lagu ana raffali yang boleh dicalonkan..



Lagu ni best gila kut. Lagu iolss melayan perasaan waktu putus cinta dolu2.

Dan ku biarkan kau terlepas..
Walaupun ku berjanji takkan ulanginya lagi..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2013 08:06 AM | Show all posts
parasitology posted on 7-1-2013 11:09 PM
oh..iols cam susah sket nak caye adira dgn hafiz betul2 bercinta dulu...
psl ag coco tuh dh gugle ...

ag memang rapat dgn sh amani.
juga bff liyana jasmay
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 08:07 AM | Show all posts
September14 posted on 7-1-2013 11:12 PM
tgh layan nih.. umo dia berapa ek? nampak sama je mcm dulu...

yg pasti lebih kurang umur hattan, aris ariwatan..rasanya lah kot. sebab dorang ni seangkatan tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 08:08 AM | Show all posts
Orion posted on 7-1-2013 11:24 PM
Yang berhijrah tu bukan Ali kah?

ali pun da berhijrah. tak silap iols mcm ada tertengok ceramah depa bertiga ni.
ke iols silap pandang. tapi ali berhijrah bkn disebabkan politik kekdahnya,
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 08:10 AM | Show all posts
logy posted on 8-1-2013 12:00 AM
mcm dah jadi trends penyanyi rocks berhijrah kan....... dulu aku ingat si Amy dah berhijrah dah bi ...

yup. mudah-mudahan amy terus beristiqamah. dan awie pula berubah. ceh..iye2 je iols ni. mcm lah awie baca
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 08:14 AM | Show all posts
hungryhenry posted on 8-1-2013 03:51 AM
selain dari suara heols still power mcm dulu, aku nk tambah yang dia jugak nampak smart dgn shirt  ...

khenn? kira rahmat ni hensem dlm age mcm heols lah. tapi heols putih
yg uols ckp ni dark gitu. tapi ok lah hensem memasing.

chopp..rahmat pakai shirt merah ke? Last edited by tapibukanaku on 8-1-2013 08:37 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2013 08:18 AM | Show all posts
neez_cookies posted on 8-1-2013 02:03 AM
yang dok terpeluk2 tu???
kaverina je ke??

theyols mmg mesra alam gitu.
menunjukkan rasa kasih sayang.
bukan iols cakap, mak sheols yg cakap..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 08:53 AM | Show all posts
Media Prima: 'Yuna sendiri pilih Aizat'

RAZIATUL HANUM A. RAJAK
7 Januari 2013




BERIKUTAN terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan pada malam Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27), Yunalis Zarai terpaksa memilih penyanyi gantian bagi menyanyikan lagunya, Terukir Di Bintang.

Pada awalnya, penyanyi Uji Rashid dipilih berikutan Yuna sekeluarga meminati penyanyi itu, namun berlaku pertukaran di saat-saat akhir.

Mengulas lanjut soal itu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya tidak terlibat membuat keputusan bagi persembahan AJL.

“Kami biarkan... pemilihan artis dan pemilihan persembahan, nak bawa jeti ke, helikopter ke... semua terpulang pada artis.

“Kami tidak terlibat dalam membuat keputusan sebab ini pertandingan. Semua terpulang pada mereka,” katanya ketika menjawab pertanyaan media berhubung pertukaran penyanyi pada saat-saat akhir itu.

Katanya, mereka akur dengan keputusan Yuna yang mahukan Uji Rashid menyanyikan lagunya itu.

“Yuna telah memilih Uji Rashid untuk menyanyikan lagu dia. Kami akur dengan apa yang artis mahukan.

“Semasa raptai, kami dapat rasakan sesuatu tidak kena tetapi tak pasti apa itu. Jadi, kami menasihatkan, cuma menasihatkan (cari pengganti lain),” katanya.

Tambahnya, “jadi, Yuna sendiri telah memilih Aizat.”

Dalam pada itu, bercakap soal kelayakan lagu Terukir Di Bintang memenangi AJL27 itu, Ketua Juri AJL27, Azmeer berkata, pemilihan pemenang dibuat tanpa ada sebarang perbincangan.

“Kita tidak boleh menidakkan sesebuah lagu itu hanya kerana penyanyinya tidak dapat bersama kita. Saya ucapkan tahniah kepada Aizat kerana dapat mempersembahkan lagu itu dengan gayanya yang tersendiri... lebih santai. Michael Buble punya stail.

“Yuna membawa kita ‘time travel’ ke tahun 50-an..dan kami tidak ada perbincangan langsung sewaktu penjurian. Saya yakin ini adalah keputusan yang ikhlas daripada semua juri,” katanya pada sidang media, malam tadi.

Azmeer menegaskan, Terukir Di Bintang menjadi juara bukan kerana penyanyinya.

“Kita ada peratusan di mana sesiapa saja yang menyanyikan lagu ini, tidak semestinya menentukan kemenangan lagu ini.

“Mungkin ada peratusan 10 hingga 15 peratus (markah untuk penyanyi) tetapi secara keseluruhannya ialah hasil daripada kreativiti, susunan muzik, keberkesanan lagu ini terhadap industri,” katanya.

Apabila dibangkitkan kemungkinan lagu Terukir Di Bintang untuk menang pada malam tadi jika Uji Rashid yang menyampaikannya, Azmeer menjawab:

“Saya belum dengar lagi Kak Uji menyanyi. Jadi, andai kata saya dengar, baru saya boleh beri markah atau komen terhadap 10 hingga 15 peratus (markah) keberkesanan penyampaian Kak Uji terhadap lagu ini."

“Saya percaya, kalau Kak Uji sampaikan dengan baik, lagu ini tetap akan menjadi juara,” katanya.

AJL27 diadili 10 juri profesional, iaitu Ramli Sarip, Hetty Koes Endang, Yassin Sulaiman, Aubrey Suwito, Edrie Hashim, Helen Yap, dan Ad Samad, Eddie Marzuki dan Acis serta Azmeer selaku ketua juri.

Persembahan penutup menyaksikan gabungan empat lagenda rock tanah air, Rahmat Mega, Aris Ariwatan, Joey Bumiputera Rockers dan Ramli Sarip yang menyampaikan lagu hit masing-masing.

Antaranya Bayangan Gurauan, Lamunan Terhenti, Seribu Tahun Takkan Mungkin dan Kamelia diiringi empat gitaris, Rodi Kristal, AG Coco, Man Kidal dan Edrie Hashim.



Credits: sinarharian.com.my
Last edited by achik2009 on 8-1-2013 08:54 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2013 09:06 AM | Show all posts
AJL27: Aizat kecewa dipalit kontroversi

RAZIATUL HANUM A. RAJAK
7 Januari 2013

PENYANYI dan komposer, Aizat Amdan akui kecewa berhubung kontroversi pemilihan penyanyi bagi mempersembahkan lagu ciptaan Yuna, Terukir Di Bintang di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) yang berlangsung, malam tadi.

Meskipun diselubungi kontroversi, lagu ciptaan Yunalis Zarai telah dinobatkan Juara Lagu 27 menewaskan 11 lagu yang lain.

Pelbagai spekulasi beredar berkaitan pemilihan Aizat sebagai penyanyi pada malam anugerah tersebut.

Sebelum ini, dikatakan penyanyi Semakin Hari Semakin Sayang, Uji Rashid, terlebih dahulu dipilih Yuna bagi menyanyikan lagu tersebut, namun digantikan dengan Aizat pada saat-saat akhir.

Yuna dikatakan sudah menghubungi Uji Rashid bagi memohon maaf berhubung hal tersebut.

“Saya tak tweet apa-apa pun. Kontroversi itu semua dalam Twitter saja.

“Saya ada dengar berhubung isu Uji Rashid ini. Masa ‘soundcheck’, saya dapat tahu Kak Uji datang tetapi tak ada sesiapa yang beritahu dia (tentang penggantian penyanyi),” katanya pada sidang media, malam tadi.

Aizat memberitahu agak terkejut dengan kedatangan Uji Rashid untuk ‘soundcheck’.

“Ada satu malam itu, saya terkejut apabila dimaklumkan Kak Uji datang. Kenapa dia di sini? Tak ada orang beritahu dia ke? Sepatutnya pihak berkuasa uruskan. Maksud saya, dia veteran. Walau macam mana sekalipun, kita kena hormat.

“Saya rasa kecewa. Bagi saya, mana-mana manusia pun tak sepatutnya dilayan seperti itu. Datang dengan harapan untuk ‘soundcheck’. Tiba-tiba ada yang tweet (tentang pertukaran). Oh dah kena ganti. Pada saya itu tidak baik,” katanya yang meletakkan hasrat  untuk menghubungi Uji Rashid.

Aizat menafikan ada bertemu dengan Uji Rashid pada malam tersebut.

“Saya tak terjumpa dia pun, tetapi ada orang beritahu saya (Uji Rashid datang). Itu yang buat saya kecewa.

“Kalau boleh saya ingat nak bawa dia saja naik atas (pentas),” katanya yang tampil bersama AG Coco dan band Palawan ketika mempersembahkan Terukir Di Bintang.

Mengulas lanjut tentang persembahannya, Aizat akui tidak memberi seratus peratus ketika tampil malam tadi.

“Secara terus terang, saya tak rasa saya bagi seratus peratus sebenarnya. Bila atas pentas saya tak risau langsung... saya berserah saja,” katanya yang tidak menjangkakan kemenangan malam itu.

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Go Gerila ini tidak menolak sekiranya diminta untuk menyanyikan lagu itu pada masa akan datang pada mana-mana persembahannya.
“Kalau ada permintaan saya akan nyanyikan lagu ini.,” katanya.

Dengan hanya berbekalkan persiapan kira-kira 52 jam, Aizat berjaya menampilkan persembahan yang bersahaja tetapi menarik.

Hanya memegang cawan berwarna merah, Aizat menyampaikan lagu Terukir Di Bintang dengan baik dan tidak mengecewakan, ditambah dengan susunan muzik Melayu yang cuba ditonjolkan oleh AG Coco.

Bercerita tentang persembahan pentasnya itu, Aizat memberitahu idea memegang cawan di atas pentas datang daripada komposer, Adnan Abu Hassan.

“Sebenarnya masa raptai saya teringat cikgu Adnan Abu Hassan beritahu, minum kopi sebelum buat persembahan. Jadi, saya cuba sebab tak pernah cuba sebelum ini.

“Kebetulan pula video Yuna di belakang itu sedang minum kopi. Jadi, saya rasa bagus untuk saya ‘cheers’ bagi dia kan,” katanya.

Sementara itu, AG Coco memberitahu, susunan muzik yang dibuat berkonsepkan Melayu bukan Perancis.

“Sebenarnya saya nak Melayukan lagu ini, tetapi orang lain fikir ia Perancis, jadi saya pun macam, ya lah Perancis,” katanya.


Credits: sinarharian.com.my
Last edited by achik2009 on 8-1-2013 09:17 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 09:06 AM | Show all posts
haha.. finally abes gak AJL ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 09:42 AM | Show all posts
oh ..penyanyi nye markah ms persembhn final 10-15% jah..sikit btl
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 09:47 AM | Show all posts
Terukir Di Bintang layak menang

BIASANYA penganjuran sesebuah acara anugerah yang besar semememangnya tidak pernah sunyi daripada dilanda dengan pelbagai kontroversi. Itu yang dilalui ketika penganjuran Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL 27).

Kontroversi bermula apabila Yuna yang sepatutnya menyanyikan lagu ciptaannya sendiri di pentas AJL 27 terpaksa menarik diri pada saat akhir kerana mempunyai komitmen lain di Amerika Syarikat.

Nama penyanyi veteran Uji Rashid lantas disebut-sebut sebagai pengganti menyanyikan lagu Terukir Di Bintang, tetapi akhirnya Aizat telah diberi tanggungjawab membawakan lagu tersebut.

Biarpun pertukaran penyanyi untuk lagu itu dikecam segelintir pihak, kemenangan telah berpihak kepada Aizat apabila Terukir Di Bintang yang dipersembahkannya itu dinobatkan sebagai juara.

Pada sidang akhbar yang berlangsung selepas berakhirnya acara tersebut, Azmeer selaku ketua juri menyatakan kehebatan sesebuah lagu itu tidak boleh dinafikan, meskipun tidak dinyanyikan oleh penyanyi asal.

"Saya yakin dan percaya kontroversi yang berlaku sememangnya langsung tidak mempengaruhi para juri dan kami sudah sepakat bahawa lagu Terukir Di Bintang layak dinobatkan sebagai juara.

"Mengenai persembahan Aizat pula, saya lihat dia telah membawakan lagu ini dengan caranya tersendiri dan tidak terlalu terikut-ikut dengan gaya penyampaian Yuna," jelasnya sambil menafikan kemenangan lagu tersebut semata-mata mahu menutup kontroversi yang telah timbul.

Ketika ditanya sama ada lagu tersebut akan tetap menang sekiranya dinyanyikan oleh Uji Rashid, Azmeer menjelaskan kekuatan sesuatu lagu tidak terletak kepada penyanyi keseluruhan.

Sebaliknya, persembahan penyanyi hanya merangkumi 10 peratus daripada penilaian dan selebihnya pemilihan lagu terbaik dibuat berdasarkan kepada melodi, lirik dan susunan muzik.

"Tidak kira siapa sahaja yang menyanyikan lagu ini sama ada Yuna, Aizat atau Uji Rashid, sekiranya masing-masing membuat persembahan dengan baik peluang untuk menang tetap ada," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar yang turut berada semasa sidang akhbar tersebut berkata, pihak TV3 tidak mencampuri sebarang keputusan terhadap pemilihan penyanyi.

Beliau berkata, pemilihan penyanyi yang menggantikan tempat Yuna telah ditentukan oleh pihak pengurusan penyanyi itu dan pihak TV3 perlu menghormati segala keputusan yang dibuat.

"Kami terpaksa akur apabila Yuna ada komitmen lain yang menghalangnya membuat persembahan di pentas AJL 27, tetapi dia sendiri yang telah memilih Aizat untuk menggantikan tempatnya.

"Namun begitu, saya melihat Yuna telah membuat pilihan yang tepat apabila Aizat mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan sehingga lagu ciptaannya itu mengatasi 11 lagu yang lain," jelasnya.

Dengan kemenangan tersebut, lagu Terukir Di Bintang berjaya membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM35,000, manakala lagu Idola yang dinyanyian oleh Azlan & The Typewriter membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000 setelah muncul naib juara.

Hafiz yang muncul sebagai pemenang AJL pada tahun lalu menerusi lagu Awan Nano sekadar berpuas hati di tempat ketiga dengan lagu nyanyiannya Ku Akui hasil ciptaan Ajai.

Bagaimanapun, penyanyi tersebut terus kekal memenangi kategori Vokal Terbaik buat dua tahun berturut-turut. Black dan RJ pula menang kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Teman Pengganti. Pemenang kedua-dua kategori itu membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.

Selain Azmeer, antara barisan juri yang dilantik mengadili lagu-lagu di pentas AJL 27 seperti Aubrey Suwito, Helen Yap, Eddie Marzuki, Achik, Edrie Hashim, Ramli Sarip, Yasin Sulaiman, Ad Samad dan Hetty Koes Endang.

Biarpun sudah berpengalaman luas dalam bidang nyanyian, namun menjadi pengganti pada saat-saat akhir untuk sebuah pertandingan yang besar seperti AJL 27 pastinya memberikan pengalaman baharu buat Aizat.

Ketika ditemui pada sidang akhbar tersebut, Aizat mengakui agak terkejut apabila diminta menggantikan Yuna, tetapi tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila lagu itu telah muncul sebagai pemenang.

"Saya telah mendapat panggilan untuk menggantikan tempat Yuna menyanyikan lagu Terukir Di Bintang kira-kira 52 jam sebelum AJL 27 berlangsung dan kemenangan ini pastinya di luar jangkaan.

"Biarpun masa yang saya ada untuk membuat persiapan agak singkat, tetapi sebagai seorang kawan saya perlu bantu Yuna. Itu yang menyebabkan saya bersetuju menerima tanggungjawab tersebut," jelasnya.

Menyedari dirinya tidak mempunyai masa yang banyak, Aizat menyatakan, dia hanya berserah kepada Allah semasa membuat persembahan. Namun, dia bersyukur kerana mendapat bantuan daripada rakan-rakan sehingga semuanya berjalan lancar.

Berkenaan dengan kontroversi tentang pemilihan penyanyi untuk lagu berkenaan, Aizat berkata, dia tahu mengenai perkara tersebut dan berasa sedikit tertekan.

"Secara jujurnya saya memang simpati dengan apa yang berlaku terhadap Uji Rashid memandangkan dia yang dipilih menggantikan Yuna, tetapi keputusan telah bertukar pada saat-saat akhir.

"Sebagai seorang penyanyi veteran yang telah lama mewarnai industri nyanyian, beliau sewajarnya dihormati oleh semua pihak. Kalau diikutkan saya mahu menyanyi bersamanya di pentas AJL 27," luahnya.

Dengan kemenangan tersebut, Aizat juga tidak menolak kemungkinan untuk menyanyikan lagu tersebut dalam mana-mana persembahan nyanyian sekiranya ada permintaan.

"Saya berharap agar dapat berkolaborasi dengan Yuna seperti memintanya menciptakan lagu untuk saya. Sebelum ini perkara tersebut pernah kami bincangkan bersama, tetapi saya faham dia masih lagi sibuk serta jadualnya yang padat," ujarnya.


Credits: kosmo.com.my


Last edited by achik2009 on 8-1-2013 09:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 10:00 AM | Show all posts
reenz posted on 7-1-2013 04:59 PM
aizat siap letak gambar misai dia.. sbb ramai kata misai pelesu kot.. hahha

malam tu mmg nmpk pelesu
sbb makeup retis nipiskan n lukis
aizat ckp ms kt hot fm
die redha je tadah muka die
hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 10:06 AM | Show all posts
mizzmaddie posted on 7-1-2013 09:43 PM
performance wise,takde yg menyerlah...and sgt2 kecewa dgn 1 nation...dulu mase kt gangstarz suke dio ...

kan?
aku pun kecewa gak..
aku rs ni la kesan bila ade gabungan idea kak ani
kan budak akademi tatih seni tu bwh die
boring*
seb bek aku dh xjoin akademi tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 10:19 AM | Show all posts
1st thing 1st, congrats to Yuna sbb akhirnya berjaya sbg pemenang Juara Lagu!
she deserved it, no question about it
persembahan aizat sgt sweet, i love it!

naib jore, lan & mesin taip, layak jgk

no. 3 - kuwa kuwi (xsurprise la bila azmer jd ketua juri, nk jgk lagu oldskool)

vokal hafiz superb!





look forward kolaborasi yuna - aizat
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 10:35 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 8-1-2013 08:14 AM
khenn? kira rahmat ni hensem dlm age mcm heols lah. tapi heols putih
yg uols ckp ni dark gitu. :l ...

uolls,aku dok ckp pasal si aris tuh yg rembes gitu.. ke aku silap quote?kekekeee

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2013 10:38 AM | Show all posts
ade sesapa perasan tak masa gitaris edrie hashim tgh goreng tetiba tak keluar bunyi ape2.. bila spotlight pegi kt man kidal,heolss cepat2 pi nyuruk tepi dinding betulkan gitar heols
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 10:42 AM | Show all posts
enot_sibudak posted on 7-1-2013 10:35 PM
hikhik....same la...iols pun minat dia dr skolah rendah..ingat lagi mst berbunga2 bila iols dgr la ...

iols rasa Rahmat Mega tu makin tua baru hensem
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 10:51 AM | Show all posts
krukx posted on 8-1-2013 09:42 AM
iols rasa Rahmat Mega tu makin tua baru hensem

muka dia sebijik muka ex-bini dia pelakon tuh

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 10:53 AM | Show all posts
beta_carotene posted on 8-1-2013 10:51 AM
muka dia sebijik muka ex-bini dia pelakon tuh

Ainina Ahmad B tu kan
kesian dorang bercerai sebab isteri pertama still tak boleh terima dia as 2nd wife
padahal dah lama gak dorang kawin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kukku
akku3kukku
Views : 505 Replies : 0
Haram jadah punya sepet, betina tersial. Laii..laiiii
sonic-bertaikHaram jadah punya sepet, betina tersial.
Views : 3552 Replies : 1
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 26385 Replies : 119
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 9670 Replies : 11
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 28039 Replies : 172
Aliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah - Gambar
piaoAliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah
Views : 24917 Replies : 93
Seram nyaaaa
laqoyahSeram nyaaaa
Views : 5558 Replies : 0
Betina tersial Cari Forum
laqoyahBetina tersial Cari Forum
Views : 5661 Replies : 0
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35759 Replies : 48
Update :Ramai memuji muji PMX,Ringgit kini RM 3.96
YgBenarUpdate :Ramai memuji muji PMX,Ringgit ki
Views : 1289 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.047416 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list