|
|
.
Ramai Ingat Segar Nafas – Rupanya Mouthwash Boleh Jejas Fungsi Otak dan Salur Darah Perlahan-Lahan!
Kajian dedah risiko tekanan darah tinggi, gangguan hormon & risiko mati muda hanya sebab berkumur tiap pagi
Ramai ingat mouthwash ni benda remeh.
Nak nafas segar, berkumur lepas gosok gigi, lepas makan rasa bersih. Tapi rupanya rutin ni boleh bunuh bakteria baik dalam mulut dan merosakkan sistem utama badan tanpa kita sedar.
Menurut satu kajian penting dari jurnal Nitric Oxide, penggunaan mouthwash antiseptik boleh menghapuskan bakteria dalam mulut yang bertanggungjawab hasilkan nitric oxide (NO), satu molekul penting untuk kesihatan salur darah, otak dan jantung kita.
Kajian dapati: “Chlorhexidine mouthwash significantly decreased nitrate-reducing bacteria and plasma nitrite levels.”
Bila NO berkurang:
- Tekanan darah meningkat
- Oksigen tak sampai cukup ke otak
- Fungsi saraf terganggu
- Risiko nyanyuk, stroke, dan sakit jantung meningkat!
Dan lebih mengejutkan, kesan ini berlaku hanya selepas 7 hari guna mouthwash dua kali sehari.
-
NO bukan sebarang molekul:
Nitric Oxide ni bantu:
- Rilekskan salur darah (kawal tekanan darah)
- Tingkatkan oksigen ke otak
- Sokong imun dan hormon
- Jaga kesihatan neuron otak
Kalau kita ganggu kitaran NO dalam badan, kita buka pintu kepada penyakit metabolik, degeneratif, dan penuaan awal.
-
Jadi, apa patut kita buat?
- Kurangkan mouthwash antiseptik harian
- Guna air garam suam atau mouthwash semulajadi
- Makan sayur tinggi nitrate (bayam, beetroot, sawi)
- Elak sterilkan mulut sampai tak ada bakteria langsung - bukan semua bakteria tu jahat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|