|
ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11
[Copy link]
|
|
Reply 677# sang_arjuna
Inshaallah cuti sekolah nanti 28/05/11 |
|
|
|
|
|
|
|
terpaksa menunggu lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 680# qimi08
ha'ah ... ingat lagi
yg ada adnin & tok bonda
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 683# sang_arjuna
Haah ada 2 kumpulan lelaki yg nak pinang adnin......
sayang kak su dah bz so cerita tu berhenti.... |
|
|
|
|
|
|
|
n333,,,, |
|
|
|
|
|
|
|
kalu free letak n3 tau... |
|
|
|
|
|
|
|
buat laa lia tanye kat amir n amir pujuk lia..jgn bagi lia simpan dlm hati..nanti melarat..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 679# kaypo
lawak giler Nabil
aku rasa mesti Jozan atau Nabil jadi champiang |
|
|
|
|
|
|
|
Amir baru selesai mesyuarat dengan pemilik Kolej Beringin Heights. Nampak gayanya syarikat prasarana yang memiliki 90% saham Kolej Beringin setuju dengan harga yang di tawarkan Perkasa Holdings dan kedua belah pihak cuma perlu meyelesaikan beberapa syarat dan terma sebelum kolej swasta itu menjadi milik Perkasa. Amir lah orang paling gembira. Biarpun dia tidak boleh jadi tenaga pengajar, dia masih boleh menjadi penasihat di sini. Pelbagai rancangan sudah bermain di kepalanya untuk menaikkan prestasi kolej itu.
Sebaik saja dia keluar dari bilik konferens mesej dari Dahlia masuk.
“I balik KK. Ada hal. Very urgent” Rasa risau melanda Amir. Babah sakit kah?
“ Mr Amir , please join us for some refreshments in the guest’s lounge” pelawa Mr Ward, principal kolej yang menawarkan pengajian pra universiti untuk pelajar yang akan ke luar negara.
Perbincangan tadi mengambil masa hampir 2 jam dan tekaknya sudah kering. Lagipun tak baik tolak jemputan pihak tuan rumah.Tapi mesej dari Dahlia membuat dia tak senang duduk.
“ Thanks Mr Ward. I need to make a phone call. I’ll join you shortly.” Amir terus menekan nombor Dahlia. Tiada jawapan. Mungkin dia tidak mahu di ganggu semasa memandu. Alamak…Takkan Dahlia memandu sendiri? Amir bertambah gusar. Dr Seri tak benarkan dia memandu jauh dalam keadaannya sekarang. I phone Amir di tekan lagi. Kali ini Hj Zul pula cuba di hubungi. Juga tiada jawapan. Gusarnya bertambah. Aduh… aku tak sedap hati.
Untuk mengambil hati pihak kolej Amir terpaksa menjamu selera sambil berbual kosong walaupun fikiran nya menerawang jauh. Apa dah jadi dengan Dahlia? Apa yang membuat dia sanggup memandu beratus batu seorang diri? Terukkah keadaan Babah? Kalau di ikutkan hati dia ingin terus ke KK tapi takkan nak ke sana sehelai sepinggang. Tubuhnya yang tinggi mana nak muat baju Hj Zul atau Daniel. Dia segera meminta diri dan dalam masa beberapa minit, BMW Amir sudah meluncur di lebuhraya.
Rumah yang sepi menyambutnya. Amir terus ke bilik tidur dan mengisi pakaian ke dalam beg. Dia mencuba lagi untuk hubungi Dahlia tapi hampa. Sedang dia bergegas mengejar lif, I phonenya berbunyi.
“ Mir, tolong I. Please, I tak tahu apa nak buat” Suara Sarah teresak esak di hujung talian.
“ Kenapa ni Sarah?” Dah hampir dua minggu Sarah berpindah ke KL. Macam macam hal aku kena tolong. Sudahlah aku carikan kerja, rumah pun nak suruh aku yang carikan. Nasib baik aku ada PA yang tak banyak kerja.
“ Anak I… anak I Nu’man hilang. “
“ Ha? Macam mana boleh hilang? “ Kecut perut Amir walaupun dia tak mengenali anak Sarah. Sekarang kes penculikan kanak kanak berleluasa. Pintu lif yang terbuka di biarkan tutup kembali.
“ I bawa Nu’man dengan Nuha ke taman permainan depan rumah. Sambil tunggu dia orang main, I berbual dengan jiran tapi bila I nak balik Nu’man dah tak ada. Nuha pun tak perasan abang dia ke mana. Apa I nak buat , Mir? Tolong lah I” Sendu tangis Sarah menjadi jadi
“ Sabar , Sarah. Mungkin dia ikut budak lain ke rumah mereka. Berapa tahun umur anak you?”
“ He is 5. I dah tanya orang orang di taman tapi seorang pun tak nampak dia. Amir, I tahu I menyusahkan you tapi boleh tak you datang? I need someone with me now”
Amir melepas keluhan. Dia terjerat antara rasa simpati pada Sarah dan risau tentang Dahlia dan Hj Zul. Tak apalah, aku singgah sekejap ke rumah Sarah dan kemudian terus ke KK. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesesakan lalulintas untuk sampai ke rumah Sarah di Taman Keramat menguji kesabaran Amir. Kalau dia terus ke Kuala Kangsar melalui NKVE, dia mungkin sudah sampai Rawang. Di mana letaknya rumah Sarah pun dia kurang pasti. Nasib baik ada GPS.
Dari jalanraya dia melihat ramai orang berkumpul di taman permainan. Amir memakir kereta dan keluar mencari Sarah. Seorang pegawai polis sedang bertanya sesuatu pada jiran jiran Sarah.
“ Amir! Amir! I’m so glad you are here” Suara Sarah membuat Amir berpaling. Sarah berlari ke arahnya. Tindakbalas Amir terlalu lambat bila Sarah terus memaut lengannya. MAKKK ENGKAU! Amir terpempan. Sarah menyembamkan kepala di bahunya dengan esakan. Dah kena sampuk ke makcik ni? Ini kawasan yang penduduknya rata rata Melayu bukan tempat kosmopolitan macam Sri Hartamas atau Bangsar.
Amir segera meleraikan diri. Bukan tak kasihan dengan apa yang menimpa bekas kekasihnya itu tapi aku dengan dia bukan muhrim. Aku suami orang. Jiran jiran yang tadi penuh simpati pada ibu tunggal yang kehilangan anak terus memandang serong. Mesti semua tertanya apa hubungan aku dengan Sarah. Janganlah ada kawan Dahlia tinggal di sini. Lumat lah aku nanti. Mukanya berbahang.
“ Amir, I’m sorry. I tak tahu apa nak buat. Nu’man satu satu anak lelaki I. I yang bersalah. I lalai” Tangisannya menjadi jadi. Mukanya di pekup
“ Sarah, take it easy. Cuba bertenang dan sabar. Berdoa banyak banyak.Allah saja yang dapat tolong.” Amir memberi nasihat. Tangisan Sarah reda sedikit. Encik polis terus mendekati mereka dan menghulurkan tangan pada Amir. Amir menyambut.
“ Saya Sarjan Razif. Encik ni siapa? Bekas suami Puan Sarah?” Amir pantas menggeleng kepala.
“ Bukan. Saya Amir, kawan Sarah. Sarah, your ex dah tahu?”
“ Tak. I tak berani bagi tahu dia. Nanti dia tuduh I cuai. I takut dia ambil balik anak I. ”
“ Mana anak perempuan you?” tanya Amir.
“ I suruh Nuha masuk dalam rumah.”
Sarjan Razif menangkap mata Amir. “ Boleh kita masuk ke rumah Puan?”
“ Ha, mana tahu kot kot Nu’man balik rumah?” soal Amir. Mata Sarah terbeliak. Dia terus berlari anak di ikuti dengan Amir dan Sarjan Razif. Beberapa orang jiran menyusul di belakang. Rumah Sarah cuma beberapa langkah dari taman permainan. Pintu depan yang tidak berkunci di tolak. Seorang kanak kanak perempuan sedang tidur di depan TV tidak berkutik. Itu mesti Nuha, teka Amir. Sarah terus melaung nama Nu’man. Amir masuk ke dapur sementara Sarjan Razif naik ke atas. Sarah membontoti Amir ke dapur. Dapurnya bersih kecuali ada beberapa kotak barang yang belum di punggah. Sarah menolak pintu bilik di tepi dapur yang selalu di guna pembantu rumah.
“ NU”MAN! “ Sarah terus menerpa tubuh gempal yang nyenyak tidur atas tilam di lantai. “ Ya Allah! Ibu ingat Man dah kena culik”
Kanak kanak itu terpisat pisat bangun. Matanya di tenyeh. Untuk beberapa saat dia memandang sekeliling, cuba mencerna apa yang berlaku.
“ Apa pasal ibu nangis? Siapa tu?” Jari telunjuknya tertuding ke arah Amir yang sedang berdiri di pintu.
“ Itu Uncle Amir. Dia tolong ibu cari Man. Ibu ingat anak ibu dah hilang. Puas ibu cari tapi tak jumpa. Kenapa tak cakap kat ibu yang Man nak balik rumah? Menyusahkan orang saja.”
“ Man dahaga. Man balik kejap , minum air pastu nak sambung main. Tapi Man letih jadi Man tidur lah”
Betullah orang kata, kadang kadang apa yang kita cari ada depan mata saja. Sarjan Razif pun nampak lega. Inilah kes kanak kanak hilang yang paling cepat di selesaikan.
“ Okaylah, saya balik dulu. “ Amir bersalaman dengan pegawai polis sebelum menyarung kasut.
“ Amir, tunggulah kejap. You tak nak minum ? ” tanya Sarah. Matanya meraih simpati.
“ Its okay, Sarah. I nak pergi Kuala Kangsar. Bapa mertua I tak sihat” Senyuman Sarah lebar. Ha.. aku masih penting dalam hidup Amir. Walaupun dia ada Dahlia tapi aku masih punya tempat di hatinya.
“ Terimakasih Mir. You dah banyak tolong I. I tahu I boleh cari you kalau I ada masaalah. I’m so lucky to have you.”
“ Sarah, I setakat membantu saudara sesama Islam. Tak lebih dari itu. Kalau sesiapa di tempat I pun, dia akan buat benda yang sama. Hari ini hari you, mungkin hari lain hari I pula.” Klise punya statement. Cukup cukuplah aku menebus kesalahan pada Sarah. Aku tak mahu berlaku silap faham. Kita berbudi , dia ingat aku nak body. Tolong sikit! |
|
|
|
|
|
|
|
“ Amir tahu kah Lia datang sini? Lia bawa kereta seorang diri jauh jauh, kalau Amir tahu mesti dia marah.. ” Mata orang berpengalaman seperti Hj Zul dapat mencungkil apa di sembunyikan. Wajah anaknya kusam macam langit di rundung awan kelabu.
Dahlia menarik muka. Ingatkan nak tenangkan fikiran disini. Aleh aleh kena soal dengan polis pencen. Eh silap… guru pencen berlagak macam polis pencen. Dia menghirup perlahan kopi O panas. Sedap! Sekali sekala pekena kopi memang syiokkk.
“ Lia dah bagi tahu Amir. Mana boleh keluar rumah kalau tak bagi tahu suami. Dosa besar tu.” Ada nada sinis dalam jawapannya. Tapi suami boleh bercengkarama dengan bekas kekasih tanpa pengetahuan isteri. Cis…air matanya mula nak menitis.
“Babah ingat masa Mak kamu mengandung dulu. Kalau masa tiga bulan pertama tak boleh bawa kereta. Lebih lagi drive jauh jauh macam kau ni. Berani betul kamu ni, Lia” sungut Hj Zul.
“Lia dah lebih tiga bulan. Insyaallah tak ada masaalah” Sepanjang perjalanan dia berdoa agar kandungannya tidak terjejas. Takut juga sebenarnya kalau apa apa berlaku. Nasib baik kenderaan tak banyak dan perjalanannya ke sini lancar.
“ Kome ada masaalah dengan Amir ke?” Aik..Babah dah guna slang Perak. Dahlia menyembunyikan senyum. Kepala di geleng
“ Dengan Puan Sri, Datin Elly?” Geleng lagi
“ Takkan nak tunggu ada masaalah baru Lia balik kampung? Lia balik sebab nak tengok Babah dengan Danial pun tak boleh? Danial dah nak balik Cairo tak lama lagi. Lia tak puas borak dengan dia masa bersanding dulu. “ Dahlia berdalih.
“ Lia nak duduk sini berapa hari?”
“ Babah ni, orang belum habis penat dah tanya bila nak balik. Merajuklah macam ni” Dahlia mencebik.
“ Bukan nak halau lah. Babah tanya saja. Amir tak ikut sekali?”
Hati Dahlia mula perit. Buat apa dia nak ikut. Lagi seronok dia tinggal seorang di KL. Boleh dia habiskan masa bersama kekasih lama. Silap langkah kena tangkap basah. Padan dengan muka. Eh… padan muka akulah. Biarkan laki aku sorang sorang.
“ Dia sibuk sekarang. Lia ingat nak duduk sini tiga hari. Besok Lia ingat nak pergi Toko Buku Nilam. Rindu kat Atikah dan Kak Azlin”
“ Dia orang pun mesti seronok jumpa Lia. Nanti Lia bolehlah tengok apa lagi buku dan majalah yang patut di tambah. Babah tak pandai sangat taste orang muda”
“Danial mana Bah?” Sejak dia sampai , kelibat adiknya tak juga nampak
“ Dia pergi memancing. Dua orang kawan dia turun dari Kulim, tidur sini dua tiga malam. Gemar betul dia orang ke sungai” Hj Zul melipat suratkhabar yang sudah di baca berkali kali. Maghrib sudah hampir.
Dahlia meregang tubuh dan menutup kuap. Rasa letih tak hengat. Tadi bukan main “ hero” lagi. Waktu diri di kuasai amarah , dia bagai Wonder Woman campur Catwoman dan segala superheroin.
“ Babah nak ke masjid kejap lagi. Lia nak makan apa? Babah boleh beli. Usu tak sihat hari ni jadi dia tak masak.” Kasihan pula tengok Dahlia dengan wajah sayunya. Entah apa masaalah dia dengan Amir. Mungkin susah dia nak menyesuaikan diri dengan gaya hidup keluarga Amir. Lagipun mereka bukan kenal lama dan jarak umur pun jauh. Mesti ada gaduh gaduh manja. Nantilah aku korek apa kesnya.
“ Lia teringin nak makan laksa. Dalam kereta tadi Lia dah terbayang bayang laksa gerai tepi sungai. Babah tak payah susah susah, Lia pergi beli sendiri” Kalau Babah ke masjid mesti dia tunggu sampai lepas solat Isya’. Aku dah tak sabar ni. Perutnya berkeriuk minta di isi.
“ Lia larat ke? Mata macam dah tak boleh buka. ”
“ Laksa punya pasal, lautan api sanggup ku redah. Okay Bah, Lia mandi dulu. Lepas solat Lia pergi tebing”
“ Beli lebih sikit. Kawan kawan Danial tu kuat makan” |
|
|
|
|
|
|
|
erkkkk,,,amir,,,,knp la ko g lyn si sarah tuhh,,,cari nahas |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhuhuhu...lia dah merajuk....nanti kiter tgk skill cikgu amir pujuk lia... |
|
|
|
|
|
|
|
parah ler amir nak pujuk lia...
sisarah tu giler persan sorang2... amir dah bg statement camtu pun x paham2 lg |
|
|
|
|
|
|
|
ish! AMIR nie...cerpatlah carik LIA... |
|
|
|
|
|
|
|
cik pai ayam..
sila merajuk lbh2 skit... |
|
|
|
|
|
|
|
sarah ni memang MJ kategori gatal merenyam... sarah sudah2 la tu... fikirkan mcm mane nak keje nak besarkan anak n nak bagi pendidikan pada anak2... jgn asik pikir nak goda laki orang jek...nyampahhh... sekolah tinggi2 tapi akal cetek... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 695# ciksurie
pas chekgu amir berjaya pujuk cik pai ayam..
blh la chekgu amir kasi tuisyen kt DA..
kesian Adah.. x terpujuk2 lg nun... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|