|
Selepas subuh semua sudah bersiap, sekitar pukul 6.30pagi kami memulakan perjalanan dengan 2 buah kereta. Aku, Shah, Mak Som dan Mak Yah menaiki sebuah kereta di pandu oleh pemandu Mak Yah. Manakala Kira pula naik dengan Lina dan Farid.
Perjalanan kami berhenti seketika bersarapan di Perhentian Temerloh.
“mama..Kira change car yer?” tiba2 Kira di sebelah ku memendangku.
“why?” aku sekadar bertanya. Semua hanya memandang ke arah kami. Shah sibuk mengatur makanan di hadapan kami. Aku dan Kira hanya di suruh duduk, dia yang akan pergi membeli makanan dan minuman.
“nothing..” tiba2 tubuh ku di rangkul. Kejap. Lina yang baru duduk di hadapan ku tenung, sekadar menghantar isyarat kening.
“she afraid u leave her.” Lina menjawab, aku hanya tersenyum.
“ok” aku memandang wajah si kecil. Walau ia bukan dari rahim ku, tapi dia tetap anak ku.
“kenapa ni?” Shah yang baru tiba dengan minuman2 untuk kami pelik melihat Kira yang semakin kejap memeluk ku. Aku senyum. Seolah mengerti apa yang berlaku tadi, Shah mencium pipi ku dan Kira.
Bertahun aku tidak ke Genting, hari ini jejak kaki ku bersama En hubby. Kenangan indah buat aku. Sebelum keluar dari kereta aku pakaikan Kira dengan baju sejuk nya. Kasutnya aku kemas kan.
“ok sayang, u can go now..” Kira berlari mendapatkan Lina yang menantinya. Anak Lina dititipkan bersama aku. Shah setia menemani aku di sisi. Sesekali mulutnya riuh melihat anak nya yang bermain mengalahkan dewasa.
Setiap kali ada permainan yang ingin di cuba, aku dan Shah akan menanti di tepi sahaja. Takut jika kami terus berjalan terpisah pula. Cuti hujung minggu, biasa lah. Permainan luar memang sesak. Beratur tunggu giliran pun panjang. Mak Yah dan Mak Som adakala juga mengikut Lina, macam2 permainan diaorang main. Tinggal aku aje yang termangu bersama Shah. Tangan En Hubby tidak lepas merangkul Lisa.
“nasib baik tak hujan kan?” aku menyandar di badan En hubby, saje nak bermanja. Padahal, dah duduk atas kerusi rehat. Mak Yah dan Mak som sibuk mengacah baby Lina.
“ye la.. sejuk tangan Lisa” En Hubby mengenggam tanganku. Aku memang tak tahan sejuk, suhu 20˚C pun kira sejuk dah.
“dear…”
“yes sayang…”
“may I ask u something?” aku takut2 berani nak bertanya. Namun hati ini memang terasa nak tahu. Inkuri terlalu tinggi.
“about what?” |
|
|
|
|
|
|
|
“boleh tak?” terasa tubuh ku diusap perlahan.
“soalan nya ialah…” aku memandang ke wajahnya, tersenyum..nak berlawak En Hubby ni.
“soalan nya ialah…” aku mengajuk ayatnya. Senyap semula. Berkira2 untuk menyusun ayat.
“apa dia yang susah ni?”
“Lisa nak tanya..” aku masih terhenti di situ, dagu ku di angkat. Satu ciuman singgah di dahi. Ciuman penaik semangat. Tidak semena2 bibir nya singgah sekilas di bibir ku. Dia hanya ketawa bila aku menoleh sekeliling. Muka dah tak tahu bagaimana rupanya.
“dear…” aku menepuk lembut paha nya.
“nak bagi ubat, biar bibir tu petah balik..” En Hubby mengusik lagi. Tak guna nak marah sangat, aku suka… gelak nakal di hati.
“ok..back to topic.. Lisa nak tanya pasal kisah hari tu.”
“yes..i ready”
“cerita la…” tak sengaja aku merengek..
“sayang ni..jangan la buat macam tu”
“buat apa?”
“merengek macam tu..”
“ish..dear ni..” aku merenggangkan badan ku.
“alo3… meh kata nak dengar cerita..nak tahu pasal apa?” badan ku di rangkul semula.
“karina kat mana sekarang?”
“entah, last I tahu masa polis panggil pasal kes kebakaran tu. Dengar cerita dari Inspektor dia dibebaskan dengan ikat jamin. Sekarang tak tahu di mana”
“Lisa takut la..”
“Lisa takut apa? Takut dia kacau Lisa?” aku mengangguk.
“percaya pada I sayang, I akan selalu ada di sisi u”
“tapi u tak percaya i..?” tiba2 aku teringat kisah Rusdi.
“I’m sorry about that, I know, I was wrong. Tapi bukan I tak percaya u sayang..ada kisah lain antara I, Rusdi dan Karina, a few years ago.” En Hubby mengeluh berat.
“dear..i nak sangat tahu kisah tu tapi kalau u tak ready it’s ok, I can wait…” pujuk ku. tak sanggup nak melihat muka keruhnya di saat bahagia meniti kami.
“bukan I tak ready, cuma tempat dan masa tak sesuai. Kisah tu kita cerita next time ok.” Shah mencium pipi ku lagi. Sekeliling kami dah riuh rendah. Rupanya Lina dan Farid sudah pun selesai. |
|
|
|
|
|
|
|
“berkepit aje dua orang ni..” kena aku selagu dengan adik ipar. Dia tergelak2 sambil memeluk Farid.
“cemburu la tu..” dalam malu aku masih lagi nak menjawab. Tanpa di sangka, Shah mengucup lagi pipi ku, kiri kanan. Muka ku yang tadi merah entah apa yang terjadi.
“dear…” aku menolak lembut badannya. Semua yang ada ketawa melihat gelagat aku menahan malu.
“jom…” Farid memula langkah ke tempat lain, tawaf ruang Outdoor Game. Tiba di tempat permainan kesukaan aku, Roller Coaster. Aku hanya mampu memandang sayu.
“sabar la sayang..dah habis pantang nanti kita datang lagi.” En Hubby dapat menangkap sayu aku rupanya. Terharu dengan kata2 nya, lantas wajahnya ku raih, ku cium lembut di kedua2 pipi nya seperti Kira pula lagak ku. Shah senyum, di eratkan lagi pelukannya.
“padan lah awak orang berdua kan.. patut dah lekat” usik Lina. Aku hanya tersengih.
Hanya Lina dan Farid sahaja yang lepas untuk bermain Roller Coaster, Mak Yah dan Mak Som tak sanggup. Gayat katanya. Kira mula membentak, dia juga nak bermain tapi tidak cukup umur. Jenuh juga papa nya memujuk. Nasib baik ada tempat di depan yang menarik perhatiannya. Jualan ais krim dan gula ringan yang pelbagai warna.
“nah…” satu gula ringan warna merah di hulurkan.
“thanks dear..” aku senyum semanis mungkin. Macam tahu aku teringin. Sekilas, bibir kami bertemu lagi. Aku hanya senyum memanah matanya.
Puas di Outdoor Game, kami masuk ke Indoor. Aku sudah semakin sesak melihat orang yang sesak. Bila lah nak beransur diaorang ni. Lisa..Lisa…
“sayang, are u ok?”
“ok, penat aje.. kita cari tempat solat dulu dear..”
“kat depan tu. Nak I teman ke sayang?” aku pelik dengan soalan nya.
“mama, mak som kan ada.. jangan risau k” kami terpisah sekejap. Kira mengikut aku ke sebelah perempuan.
“Kira duduk sini aje ok, mama kat depan, jangan ikut orang ye sayang.” Risau pula aku bila bilik solat yang besar itu sesak pula. Kebetulan aku, Mak Yah, Mak som berada satu saf agak depan. Lina pula di saf agak ke belakang.
Selesai salam, aku terus ke Kira. Kesiannya, terlentuk dah si comel. Penat la tu. aku bersiap sementara menanti yang lain selesai solat. Tubuh si kecil ku pangku, biarkan dia tidor dalam dukungan aku. Kepalanya ku lentokkan di bahu, supaya dia selesa.
Setelah semua siap, kami keluar bersama menunggu lelaki di bangku tempat perjanjian tadi. Bangku itu tidak jauh dari surau lelaki dan wanita. Mudah untuk saling mencari.
“la..tidor ke?” lembut En Hubby bertanya. |
|
|
|
|
|
|
|
“bagi kat i..” tubuh kecil itu di ambil. Kami bergerak mencari tempat makan pula. Banyak juga pilihan di dalam ini. Perut aku dah terlalu lapar. Bekalan roti yang ada dalam beg tangan aku pun dah habis. Aku mencari gula2 cadbury.
“lapar ke?” En Hubby menoleh. Lelaki ini memang cepat aje tahu. Aku mengangguk.
“kita makan kat depan tu nak..”
“ok..” sahut Farid, aku hanya mengangguk setuju. Penat dah berjalan ni mencari tempat nak makan.
Hanya aku yang tidak makan nasi, jika mula2 dulu, Kira rajin jugak bertanya tapi kini dia pun kadang2 mengusik aku, ‘baby nak makan ayam…’ Kira..Kira. masakan memang sedap. Tak sia2 kami singgah di sini.
En Hubby pula rajin menyuap lauk pauk ke mulut ku. Lina melihat sengih sumbing, cemburu la tu. Aku berkongsi sepinggan dengan En Hubby, sengaja. Kerana aku hanya lalu makan lauk, beberapa hari sudah aku tak boleh makan nasi. Pasti terkeluar balik nasi itu. sebagai ganti nasi aku makan kentang lenyek, kadang2 roti.
“buka mulut..” sudu di sua ke mulut ku yang masih tertutup. Ada nasi. En Hubby ni nak aku termuntah kat sini ker? Aku cebikkan mulut.
“buka la sayang..sesekali makan nasi” cepat muka aku beralih memandang ke Kira. Berseleranya dia.
“ok nah cepat I dah buang nasi. Cepat..” aku masih tidak memandangnya. Perlahan bahu ku di cuit. Aku menggeleng, tiba2 terasa hati. Rajuk bukan2 sekarang.
“sayang…”
“sayang..nanti lapar..” kata2 lembut itu tak sangka buat banyak mata memandang kami berdua. Cepat aku beralih membuka mulut. Shah hanya menggeleng.
“manja kalah Kira kenapa ni??” bisik nya, hanya kami yang mendengar. Aku dah termalu di usik begitu.
“ye ker??” naïf yer soalan. Shah mengangguk. Senyuman itu, aku tergoda dengan senyuman itu, dulu, kini dan selamanya.
Kami sempat pusing beberapa kedai. Tidak sangka di sini pun ada butik2 pakaian. Paling tidak di sangka, butik Anakku. Tinggi ke jualan di sini? Berbaloi ke dengan sewa dalam tempat ni. Takut aku melihat keadaan butik2 di sini, mujur butik ku masih mampu bernafas sempurna.
Penat berjalan aku duduk di bangku sambil menanti mereka memilih barangan. Sejuk memang tidak dapat dielak, En Hubby memang heater yang baik. Aku senyum nakal padanya.
“kenapa ni?” bisiknya. Kantoi mak..nyah.. aku tergelak kecil. Dia menggeleng lagi.
Banyak juga tempat menarik di sini. Rumah hantu pun ada, tapi Shah tak benarkan aku masuk. Kecewa juga hati ini. Hendak atau tidak, aku hanya tunggu di luar sambil memangku baby Lina.
“dear..”
“yes..” |
|
|
|
|
|
|
|
“Lisa nak something hot” merengek manja pula aku.
“me?” senyum manis nya memang menggoda.
“gatal la…nanti2 la tu..” aku buat2 berani aje menjawab.
“dah berani..” aku senyum termalu dengan ayatnya.
“please dear..hot drinks, rasa sejuk sangat.”
“macam mana nak masuk dalam tu kalau sejuk dah ni?” aku hanya memandang tempat yang di maksudkan, rumah paguin. Kalau masuk dalam boleh lah aku bergambar.
“boleh la tu.” Aku mengayat.
“ok..jom pegi 7E kat depan tu”
“Lisa tunggu sini?” aku sememangnya malas nak berjalan.
“tak boleh, nak jom.. atau nak I dukung” cepat aje aku jegilkan mata. Shah ni bukan boleh percaya.
“boleh la dear…”
“no” tegas bunyinya. Akhirnya kami pergi juga bersama.
Sekembali ke tempat tadi, rupanya semua sudah pun keluar.
“ingat hilang pergi check in 1st World tadi..” usik Farid.
“kalau lambat lagi tadi korang keluar nak juga rasa panas2 sikit, sejuk2 ni” teruk betul En Hubby ni. Masing2 dah bergelak sakan. Nasib baik ketam tak boleh berjalan, sebab sebelah ada Kira, sebelah lagi ada bekas air tadi. Geram hati ni telan aje la..
Sekitar pukul 9 malam kami bergerak berkira2 turun semula. Mungkin cuaca yang terlalu sejuk membuatkan enjin kereta sukar di hidupkan. Lama juga terpaksa menanti, aku dan Kira sudah saling berpeluk. Kira sudah pun mengigil. Sweater dan selimut tak mampu memanaskannya, aku mula resah.
Lama menanti kereta Farid berjaya dihidupkan. Sebaik panas enjinnya, dia mengecas pula di kereta Mak Yah. Bila kereta itu pun sudah hidup, semua bernafas lega. Macam2 hal pula malam ni. Kalau nak tidor sini pun kami tidak bawa baju salin tadi.
Melihat keadaan Kira dan aku yang sudah menggigil kesejukan, Mak Som mengambil tempat Shah di sebelah pemandu. Manakala Shah duduk belakang diantara aku dan Mak Yah. Kira pula berbaring di pangkuan kami. Kepalanya ku pangku, kakinya di pegang kemas papanya. Aku lentokkan kepala di bahu En Hubby.
Sebaik masuk ke LPT aku sudah pun belayar, mata dah tak tertahan. Sayup2 kedengaran Shah dan pemandu Mak Yah berbual.
“dear..” terasa badan aku bergerak. Ku buka mata perlahan. Dia mendukung ku.
“turunkan lah, Lisa boleh jalan”
“tak pe la..bukan senang nak dapat dukung my wife yang malu ni” usik nya. |
|
|
|
|
|
|
|
“Kira?”
“I dah letak dalam bilik dia. U my last trip” ah..senyum tu lagi di buat nya.
“thanks” ujarku, badan ku perlahan di letakkan di atas katil kami. Selimut ditarik hingga ke pinggang.
“welcome, kalau nak dukung lagi cakap ok. Best kan?” aku hanya tersenyum. Takut nak menjawab, nanti kena sakat lagi. Bibir kami bertaut.
“masin” cepat aku pukul bahu nya. saje la tu. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm....so happy...best..best..best...
calla Post at 15-12-2010 20:08
selamat membaca.. |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh best best...bahgianyee
juliet80 Post at 15-12-2010 08:45
masih dalam mood bahagia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
alah bhgianye.. dia org... |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhhhhhhhhhhhhh best besstttnyee |
|
|
|
|
|
|
|
syoknya ada org dukung..... teringin la pulak.... |
|
|
|
|
|
|
|
happy family |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Jumaat semua.........
Faszz n3 mana?
Pagi2 bukaklah pintu umah ni
jgn bertandang umah org lain dulu |
|
|
|
|
|
|
|
ini ada sikit....maaf semua yang menanti...
*******************************************************************
“ok sayang..nak pergi mana nanti bagitahu I ok. Jangan angkat berat2. Wat kerja2 admin aje yer..jahit2 bagi kat diaorang. Dengar tak ni?” aku umpama burung belatuk dah di sebelahnya. Hampir 10 minit aku di dalam keretanya ini. Intan dah pun mulakan bisnes kami pagi ini.
“dengar la dear…” aku penat dah nak dengar syarahan pagi yang berulang entah berapa kali.
“ye la…janji yer..” macam tahu aje aku dah mula bosan mendengar saja ayat meleleh nya keluar. Mula lah hati ni serba salah.
“Lisa janji, nanti Lisa telefon dear…sejam sekali” aku memandang sambil tangan kanan ku angkat seperti berikrar.
“ok sayang..i love u” pantas pipi ku di cium, aku salaminya.
Kereta yang berlalu ku lambai riang. Puas memujuk untuk mendapat kebenarannya ke butik. Takut yang bukan2, macam ini 1st baby lagaknya.
“intan, macam mana bisnes?” aku memandang Intan. Amy yang melintas juga duduk terus bersama kami di sofa depan.
“semua berjalan lancar. Ini ada rekod daily sale” sebuah buku log di hulurkan.
“stok barang jahit ada?”
“cukup lah untuk minggu ni”
“ermmm…ada rekod baru?”
“belum cik Lisa, saya tak sempat nak update” Amy menundukkan sikit wajahnya. Mungkin takut di marahi.
“sejak bila tak update?”
“2 minggu lepas” aku pandang kosong wajahnya. Hendak di marah dengan tidak sama banyak. Sabar aje lah wahai hati.
“sekarang Lisa nak awak Amy, chek semua stok. Sebelum lunch hour bagi saya.” Pantas Amy beredar. |
|
|
|
|
|
|
|
“tempahan macam mana?” perbincangan kembali hanya aku dan Intan.
“semua menepati kehendak pelanggan. Langsir yang ada, tempahan yang tunggu customer collect, baju2 tak ada.”
“so yang tengah jahit tu untuk apa?”
“itu, tempahan dari wedding planner. Alas meja dan bidai pelamin.” Aku mengangguk.
“Intan, Lisa nak minta awak uruskan butik ini dari segi fizikal. Pastu report kasar hantar pada Lisa. Boleh?”
“baik Cik Lisa. Kenapa yer?”
“suami Lisa la..dia minta duduk rumah beberapa bulan ni” pendek sahaja alas an ku.
“Cik Lisa dah berisi ker?” aku hanya senyum padanya. Pandai meneka.
“taniah..”
“terima kasih. Andai ada apa2 awak boleh telefon saya. Sebelum pantang, Lisa akan datang juga untuk urusan akaun dan lain2.”
Sudah lama tidak menjengah kerja, tak sedar pula masa berjalan. Perut yang dari tadi minta diisi pun tak ada masa untukku layan. Setelah maklumat stok terkini aku perolehi, aku mula sibuk dengan telefon pula. Ada sahaja pihak yang perlu aku hubungi.
Malang buatku, stok barang jahit tak dapat aku selesaikan melalui telefon. Suka atau tidak, aku terpaksa ke sana. Telefon En Hubby dulu la, elak perkara berbangkit.
“assalammualaikum sayang…” girang aje suaranya.
“waalaikumsalam..”
“rindu ker?” lembut Shah bertanya.
“of couse” Lisa dah tergelak kecil.
“ni tak sabar nak balik rumah ni.. ke nak sekarang sayang…” Lisa mula menggelengkan kepala.
“dear….” Lisa bersuara geram.
“ok..apa dia sayang?” Shah tidak berani untuk mengusik lebih2, Lisa kalau merajuk bukan senang nak memujuk.
“Lisa kena keluar beli barang. Lisa pergi dengan Intan, naik kereta dia”
“amboi bos..gunakan staff yer..”
“kutuk ke perli?” Lisa makin geram.
“gurau la sayang..pergi lah, ingat jaga diri, apa2 telefon I.”
“ok, thanks dear.. Lisa nak gi dah ni..” |
|
|
|
|
|
|
|
Tanpa berlengah Lisa dan intan pergi ke kedai supplier yang diperlukan. Banyak juga perubahan harga yang berlaku, alasan semua kerana harga minyak yang dah mula naik.
Minyak naik 5 sen tapi harga 1 barang naik 50 sen. Tak logik betul lah diaorang ni. Nasib baik aku ramai kenalan, jika tidak mati tertipu lah.
“Cik Lisa, kita pergi Secret Receipe nak? Haus la.. boleh makan kek”
“ok juga Intan, mulut Lisa ni pun macam terpanggil aje.”
Sedang enak menjamu selera, telefon pula berbunyi. En Hubby. Lisa hanya tersengih memandang Intan yang tergelak melihat skrin telefon Lisa.
“yes dear…”
“ada mana ni, I macam nampak bayangan u aje sayang”
“really, teka la..”
“depan u ada something sweet and cold right, drink milo kan?”
“u kat mana dear…” mata Lisa sudah meliar ke sekeliling. Tidak nampak pula kelibat En hubby nya itu.
“betul kan”
“u kat sini ke?”
“u kat mana?” ish3 Shah ni, soalan di jawab dengan soalan.
“secret receipe kat bangunan celcom”
“ermmm..tadi minta izin nak pergi beli barang aje kan?” serius ton nya.
“sambil lalu lah..” lemah Lisa menjawab. Terdengar gelak besar di belakang nya. Intan di depan dah senyum sambil menjuih bibir di belakang nya.
“dear…” geram pula bila En Hubby asyik menyakat. Tangan suami di salami. Dahi Lisa di cium.
“dah siap beli barang butik” selamba kek Lisa di suap ke mulutnya.
“sudah, tapi lepas ni Lisa nak pergi Kamdar dan Nagoya”
“buat apa?”
“buat bodoh” tanpa perasaan Lisa menjawab. Balasannya, hidung Lisa di tarik.
“dear…” geram nya dengan Shah, malu melihat Intan yang dah gelak besar.
“buat lagi” tangan Shah lembut di perut Lisa. Diusap lembut perut yang semakin menampak. Cair hati Lisa dengan perlakuan itu.
“lisa nak beli apa lagi sana? Larat ke jalan banyak2 ni?” lembut Shah bertanya.
“Lisa nak beli kain untuk buat baju, Lisa beli kain aje nanti staff yang jahit. Stok baju siap dah tinggal sikit. Lisa nak stand by banyak2 , tak la risau sangat nanti.” |
|
|
|
|
|
|
|
“ok, I teman kan. Risau tengok buah hati I ni shopping dalam keadaan macam ni”
“ok dear..my pleasure.”
“I nak call pejabat jap” telefon di keluarkan. Shah membuat satu panggilan sambil memerhati Lisa menghabiskan sisa kek yang ada.
“intan, kereta u tinggal, naik 1 kereta aje” tegas suara Shah mengarah Intan. Terkebil mata Lisa melihat, mujur lah Intan tak kisah. Mungkin juga dah terbiasa membuat dia pun tidak kisah sangat.
“selamba arah2 staff orang yer” Lisa mengusik sebaik mereka sudah pun berada di dalam kereta.
“maaf, tak sengaja” Intan sudah gelak besar. Tidak tahan melihat Shah jika Lisa pula mengusik nya. Sayang sangat2 gamaknya.
Kamdar tidak sesak langsung. Siapa lah yang nak membeli belah masa pejabat hari2 biasa begini. Kalau hujung minggu pasti penuh. Shah hanya mengikut setiap langkah Lisa. Risau juga melihat Lisa yang lincah.
Siap memilih, Lisa dan Shah duduk menanti di kerusi yang disediakan. Penat juga sebenarnya. Tapi Lisa buat2 tak penat aje, takut kena selagu dengan En Hubby. Tidak lama menanti Intan datang memberitahu sudah siap, boleh buat bayaran.
Shah hanya mengikut Lisa tanpa banyak soal, teringat suatu ketika dulu. Dia mati2 handak membayar, penyudah berhari2 terpaksa memujuk buah hati. Pengajaran yang baik. Selagi butik masih mampu mengelola semua urusan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ok kakak2 n kawan2... semoga gembira yer.. next N3 berat skit kot... masalah kembali..
fazss nak merayap ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|